Showing posts with label kedai Kjee. Show all posts
Showing posts with label kedai Kjee. Show all posts

Sunday, July 27, 2014

ORDER UNTUK SYAWAL MULAI 31 JULAI





















Order Kuih Bakar Daging dan Hong Kong Egg Tarts sudah mula dibuka untuk sepanjang Syawal. Tempahan bermula pada hari Khamis 31 Julai. Sila sms 0126780501/whatsapp 01131771389 dari sekarang. Tiada penghantaran. First order first serve basis. Ambil di Taman Melawati. Terima Kasih.







Sunday, June 8, 2014

KUIH BAKAR DAGING/AYAM SERTA MINI BEEF/CHICKEN PIES
















Kuih Bakar Daging dan Mini Beef pies yang Kjee jual.

Sebiji Kuih Bakar Daging RM6 dan order minima 3 biji. Untuk Mini Beef Pies pula, harga sebiji RM3.50 dan order minima 12 biji.

Ramai yang meminta Kjee buat Kuih Bakar Ayam dan jugak Mini Chicken Pies.  Order minima untuk Kuih Bakar Ayam 6 biji dan harganya RM7 sebiji. Mini Chicken pies pula harga dan order minima sama seperti Mini Beef Pies.

Tiada penghantaran/pos. Kalau minat, boleh sms Kjee di 0126780501. Pick up point di Taman Melawati. Order dua hari sebelum.

Wednesday, June 4, 2014

STOK RAMEKINS, BOTOL ACUAN ROTI JALA DAN PIE TEE DAH SAMPAI







Kalau ada yang berminat, sila sms 0126780501.

Saturday, April 19, 2014

JOM INTAI APA KJEE JUAL

Ramekins - 1 set 6 pcs 4" white


Acuan Pie Tee




Kuih Bakar Daging minimum order 3 pcs


Frozen Samosa/Samosa Beku


Samosa - minimum order 20pcs

Mini beef pies - minimum order 12 pcs

MINAT? SMS 0126780501


Friday, October 4, 2013

STOK RAMEKINS SAIZ BARU DAH SAMPAI








Stok Acuan Roti Jala 3 muncung dan Acuan Pie Tee jugak ada. Kalau berhajat, sms 0126780501.





Sunday, September 22, 2013

MARI MARI MARI.... STOK BARU DAH SAMPAI







Oleh kerana permintaan untuk ramekins saiz 4 inci lebih banyak daripada saiz lain, Kjee kini menumpukan jualan saiz itu sahaja. Actually beza antara saiz 3.5 inci dengan 4 inci tidak banyak mana pun. Harganya sama seperti saiz 3.5 inci.

Selain itu, Kjee juga telah menambah stok Acuan botol 3-muncung untuk Roti Jala. Heran jugak sejak minggu lepas order semakin meningkat. Baru Kjee sedar kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada pertengahan Oktober nanti.

Jadi, kalau ada yang nak order acuan2 diatas, sila sms Kjee. Jangan tunggu hingga saat-saat akhir.  Terima kasih.



Roti Jala atau Roti Kirai. Resipi klik SINI




Pie Tee.  Resipi klik SINI 


Kjee belum pernah cuba buat pie tee lagi. Ada orang panggil Top Hats. So gambar diatas Kjee google. Untuk resipi korang klik jer kat situ dan korang akan sampai ke blog blogger masakan femes seantero dunia, Mat Gebu.




Telor Kukus. Resipi klik SINI 


Chicken Pot Pie. Resipi klik SINI


Mangkuk Ramekins bukan sahaja boleh buat untuk kukus tapi masuk oven serta jugak microwave. Mangkuk serba boleh.

KALAU ADA SESAPA BERHAJAT, HARAP SMS KE 0126780501. TAK PAYAHLAH EMAIL ATAU TANYA DALAM RUANGAN KOMEN YA. PESANAN ATAU SEBUT HARGA HANYA DIBERI MELALUI SMS. TERIMA KASIH.


Friday, August 16, 2013

PIE TEE, ROTI JALA DAN RAMEKINS











Stok baru Acuan Pie Tee, Ramekins (saiz 4") dan Botol Tiga Muncung Roti Jala sudah sampai, Kalau minat, sms 0126780501.




Monday, July 15, 2013

NAK ORDER UNTUK HARI RAYA?





Kjee akan ambil stok ramekins, botol acuan roti jala dan Pie Tee hari ni. So kalau ada yang berminat nak order, sila sms 0126780501.

Pos mengambil masa 3 hingga 5 hari kerja di Semenanjung dan tempoh yang tidak pasti (kecuali pos laju) ke Sabah dan Sarawak. Bayaran pos laju ditanggung pembeli.

Saturday, May 11, 2013

MACAM2 BOLEH BUAT GUNA RAMEKINS


Ramai tanya Kjee, apa guna bekas kaca/ceramic Ramekins yang Kjee jual. Ramekins atau mangkuk2 ni cukup versatile. Korang boleh buat untuk mengukus, untuk membakar dan jugak untuk dijadikan 'acuan' kalau buat jeli.

Kjee suka menggunakan ramekins sebab kita boleh terus hidang secara individu. Tak payah dipotong2 atau di scoop untuk hidangan individu. Kalau penghuni rumah ramai, memasing ada portion sendiri tanpa ada anak yang merungut portion abang lebih, portion adik sikit. Sama rata, ibu pun tak pening kepala. Hehehe.

Dibawah ini Kjee tunjukkan contoh apa yang korang boleh buat dengan ramekins. Kalau minat Kjee ada menjualnya. 1 set 6 biji, saiz 3.5" dan hanya ada warna putih sahaja. Sila sms 0126780501 untuk harga dan pesanan. Tq.



Jeli Kelapa Muda. Resipi sini.




Telor Kukus. Resipi sini.


Bread n Butter pudding. Resipi sini.







Creme Brulee. Resipi sini.





Monday, April 15, 2013

STOK YANG BARU DAH SAMPAI



Nak order tau tanya harga, sms 0126780501 sahaja.

Wednesday, February 27, 2013

STOK BARU DAH SAMPAI










Minat? Sila sms 0126780501. Tq.

Friday, January 18, 2013

ROTI JALA TAPI ROTI KIRAI KATA ORANG UTARA
























Sejak Nadia dah tamat belajar, seronoknya Kjee. Nak makan apa, semua okay jer. Masa dia tengah sibuk nak exam hari tu, apa sahaja kita sebut nak makan, dia antara dengar dengan tidak, sebab dalam fikiran hanya teringat nak study jer.

Semalam Kjee cakap nak makan roti jala dan pagi ini, siap!!! Nadia dan papa dia gotong royong menjala atau kata orang Utara, 'mengirai', sementara Kjee buat kari ayam.








Inilah hasilnya roti jala yang dibuat 90% oleh UnclePali dan 10% oleh Nadia. Dia kata dah lama tak buat, so kekok sangat. Masa Kjee meniaga dulu, Nadia dan UnclePali memang tak menang tangan menghasilkan roti jala.

Kalau tiba hujung minggu, macam2 alasan UnclePali dan Nadia beri bila orang order. Dema maleh nak buat! Hehehe. Maunya tak letih apabila tiba hujung minggu, mereka berdua terpaksa buat dekat 10kg tepung. 1 kilo jadi 80++ keping. Kalau dah 10kg?

Anyway, semua itu sudah tinggal sejarah. Tetapi masih ada yang sms atau call Kjee, selamba jer nak order roti jala. Yang memanggil tu dah ketinggalan zaman. Dah dekat 4 tahun Kjee tak meniaga.





Sejak buat menggunakan acuan botol roti jala 3 muncung ni, dah tak lecak dapur. Maklumlah bancuhan tepung duduk dalam botol yang tertutup rapat dan hanya keluar waktu dipicit ke dalam kuali.

Tapi UnclePali yang pakar buat roti jala kata, acuan tiga muncung ini hanya untuk kegunaan
suri rumah. Bukan untuk orang meniaga. Kalau meniaga kena guna acuan pesen lama tu. Lebih cepat, katanya.

Hmmm entahlah. Sejak ada botol acuan tiga muncung ini, Kjee tak pernah try buat. Baru nak sentuh, UnclePali udah suruh main jejauh. So kerja gua buat kari jer.

Nak resipi roti jala, tengok sini. Nak resipi kari ayam/daging, klik sini. 












Thursday, December 27, 2012

CREME BRULEE VERSI KJEE























Masa UnclePali beli torch untuk modify 'Big Boy Toy' dia hari tu, beliau tanya Kjee samada nak buat Creme Brulee (CB). Nanti dia tolong bakarkan gula on the top of the CB. Kjee sengih jer. UnclePali ni, sejak rajin tengok Masterchef US, bukan main suka nak suruh Kjee try recipe baru.

Kjee pun google cari resipi CB. Tak susah. Berlambak2 resipi yang boleh dijadikan panduan. Cuma kena pandai pilih yang highly rated. Taklah kecundang bila menerai.

Selepas tengok beberapa resipi yang dimuat naik omputih seluruh dunia, Kjee kerut kening. Kena guna heavy cream? Ohh tidak!! Nadia takkan sentuh kalau ada banyak cream. Fattening Mama, dia selalu ingatkan Kjee.




Tapi dek tak mahu kalah dengan cabaran UnclePali supaya buat CB, Kjee pun fikirlah bahan2 yang boleh diadun nak buat dessert itu. Masa pergi makan di Italian Restaurant Porto Romana a few months ago, Kjee tak perasan UnclePali ada order Creme Brulee. Masa tu Kjee tengah seronok menikmati Prawn Bisque. Dia makan CB sorang2 sampai habis!

Kata UnclePali, texture CB lembut sangat. Tak macam egg caramel. Apabila di 'crack' (pecahkan) lapisan gula atas CB tu, kaup dengan sudu creme yang lembut sangat, katanya. Lembut? Hmmm itu bisa diatur dong beresnya belum tentu.

So semalam Kjee pun mulalah projek kat dapur. Kjee guna 4 biji telor (grade B). Kjee pecahkan dalam mixing bowl dan bubuh 1/4 cup (lebih kurang 2 sudu kot) gula perang atau soft brown sugar. Pastu pukul sampai gula hancur. Masukkan 3 cups fresh milk (Kjee guna low fat) dan 1 cup evaporated milik. Kjee bubuh jugak secubit garam dan 1 sudu besar esen vanilla.

Belum di'torch'. Warna keemasan sebab Kjee guna soft brown sugar



Kacau sampai sebati. Pastu tapis. Lepas tapis Kjee tuangkan dalam beberapa biji ramekins. Kemudian Kjee susun ramekins tu dalam tray/baking pan dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan 180 darjah. Kjee curahkan perlahan2 air panas hingga menutupi separuh ketinggian ramekins. Bake selama 1 jam atau sehingga sudah set.

Sejukkan. Bila dah sejuk baru masuk peti ais. Bila nak makan, Kjee tabur sedikit gula diatas permukaan CB dan UnclePali tolong torch.


Nak torch kena hati2. Besar apinya, jadi hangit!


Ewah sedaplah. Tak payah guna cream yang mengembangkan body.

Itulah kalau kita reti nak adjust sendiri bahan2, tak perlu susah payah nak kena masuk hutan keluar hutan cari bahan, kan? Amboi mentang2 rumah kita dalam hutan hehehe.

Creme Brulee Kjee warna keperang2an sebab Kjee guna soft brown sugar. Kalau guna gula putih elok titiskan sedikit pewarna kuning. Pasti cantik. But who cares! Soft Brown sugar taklah manis sangat macam white sugar.

Korang nak follow recipe Kjee, no prob. Kalau tidak, korang google jer lah. Kalau korang tak ada torch, tak reti2 nak beli ker? Or follow macam HaSue yang tabur gula atas CB yang dah masak dan masukkan ke dalam oven hingga gula tu a bit hangus. Suka hati koranglah.

Yummy...

Saturday, December 15, 2012

WAJAH BARU RAMEKINS DAN ACUAN ROTI JALA




Stok baru Ramekins dan Botol Acuan Roti Jala kini dalam wajah baru. Stok ramekins kini hanya dijual dalam saiz 3.5 inci atau saiz M. Kalau dulu saiz 3.5 inci tingginya 4.5 cm, stok yang baru sampai didatangkan dengan ketinggian 6 inci. Harga tetap sama.

Untuk botol acuan roti jala  muncung, Kjee kini hanya simpan stok untuk saiz 500ml dan tidak lagi saiz 350ml. Bagaimanapun, Kjee masih ada sedikit sahaja stok 350ml. Dan ia cukup terhad. Siapa cepat dia dapat.

Selain itu, Kjee mash ada stok acuan pie tee.

Kalau ada yang minat, SILA SMS KE 0126780501. Pesanan atau untuk tanya harga, HANYA melalui sms. Tiada perubahan harga untuk ramekins.

Terima kasih.






Yang kiri ramekins baru. harga sama seperti yang lama