DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label jus/minuman. Show all posts
Showing posts with label jus/minuman. Show all posts

Monday, March 20, 2023

JUS BERHANTU BULAN PUASA




        Antara tiga jus pilihan Kjee di bulan Puasa. UnclePali hanya suka air tebu. Kjee kurang sikit bab air tebu. Ada story yang tak syok sangat pasal air tebu. Ahhh tak payah lah nak story. 
        Jus mangga menimbulkan nostalgia. Arwah mak suka buat especially kalau musim mangga. Dia beli mangga2 yang dah over ripe (terlalu masak) kat pasar Old Town PJ, dekat rumah. Murah. Tak ramai yang nak beli. Dan bonda proses jadi jus. Simpan dalam fridge. 
       Jus Asam Boi wajib UP buatkan untuk Kjee. Perghhhhh masih terasa kesedapannya. Masam, manis dan pahit sikit. Pahit kulit limau kasturi. Kjee mesti suruh dia trrrrrr sekali kulit limau kasturi. Asam boi pulak sekarang UP guna yang serbuk. Sekarang Limau Kasturi lebat sangat kat pokok luar pagar. 
        Selain itu jus Lobak Merah atau Carrot juga suatu kemestian. Favorite Kjee. Mula2 dulu UP tak suka. Sekarang semua dia balun aje. Hehehe. 

        Kacang soya masih ada sepeket satu kilo, rasanya dalam pantry. Tak pasti sama ada larat buat. Maklumlah renyah nak ngerjakannya. Mula2 kacang direndam semalaman. Dah kembang ramas buang kulit. Resipi penuh korang klik SINI. 
        Berbaloi buat sendiri. Bulan Puasa ramai peniaga amik kesempatan naikkan harga jualan jus minuman. 


Saturday, November 30, 2019

SUSU KACANG SOYA

SUSU KACANG SOYA
   Ini antara minuman yang segar dan sangat berkhasiat. Sebagai ganti susu untuk orang yang lactose intolerance atau alah kepada susu haiwan. 
   Masa my doter Nadia kecil dulu, doktor telah menasihati agar dia diberi susu tepung yang diperbuat dari kacang soya. Kjee tak ingat alahan dia ketika itu. Mahal sangat susu tepung soya zaman itu. Tetapi demi anak...
  Anyway, walaupun ada budak pacak kemah jual Soya Bean Milk berhampiran rumah Kjee, namun Kjee tetap nak buat sendiri. Halal dan bersih kalau home made. Dan tersangat lah murah! 
   Malam tadi, sebelum masuk tidur Kjee telah rendam kacang soya.ada berbaki satu kilo setengah daripada buat bulan lepas. Simpan kacang itu dlm fridge kalau mahukan ia tahan lama. 
   Setelah direndam dalam air yang banyak, esoknya ramas dan buang kulitnya. Ramas dan bilas berkali-kali sampai puas hati kulit dah tak ada. Kemudian diblend. Sukatannya satu cawan kacang (yg telah di rendam) dengan dua cawan air.
   Lepas dikisar halus, tapis. Kjee guna kain kasa (muslin cloth). Kemudian Kjee tapis sekali lagi  guna tapis teh kain yg mcm restoran mamak. Kjee beli aritu satu rm5.90. 
   Kemudian dijerang guna api sederhana. Letak ler sehelai dua daun pandan. Mesti kacau selalu. Apabila mendidih tunggu seketika dan padam api.
   Sukati lah letak gula masa ini atau ditambah dengan sirap gula putih masa nak hidang. Sirap gula Melaka pun sedap. Sejukkan kemudian masuk dalam peti sejuk.
   Kjee buat tercair sikit so minum apabila dah betul2 chill. Tak payah tambah ais.
   Satu setengah kilo kacang dapatlah dalam satu setengah atau 2 liter. Perlu dihabiskan dalam masa sehari dua kerana tiada bahan pengawet. 
   Cubalah. Puas hati tau.

Sunday, February 12, 2017

JUS EPAL CAMPUR SERAI... UBAT SEDAP!






   
      Beberapa minggu lalu, Kjee ternampak satu post pada page seorang kawan mengenai tips untuk mendapat kelegaan dari sakit sendi dan lutut. Kjee tengok sepintas lalu sahaja. Kemudian beberapa hari lalu, seorang kawan menyarankan Kjee amalkan minuman Jus Epal dan Serai. Manalah tahu dengan izinNya, kesakitan yang Kjee alami boleh berkurangan.

       Well, no harm trying. Bahan-bahan yang senang diperolehi. UnclePali ada tanam serai dalam pasu. Bukan dia yang tanam tetapi dia hangkut balik sini dari kampung. Epal pun banyak dalam peti ais sebab Nadia jadikannya kudapan.

       Maka semalam Kjee pun ke dapur untuk cuba membuat jus epal dan serai ini. Bahan diperlukan hanya dua biji epal hijau dan empat batang serai. Epal dipotong kecil-kecil, serai diketuk-ketuk dan masukkan dalam periuk bersama 1 litre air.

       Rebus guna api sederhana lebih kurang 30 minit atau sehingga dirasakan airnya sudah tinggal dua mug. Lenyek-lenyekkan epal dan tapis airnya. Sejukkan. Boleh juga simpan dalam peti ais. Itu arahan yang diberi.

       Kjee pun ikutlah. Tapi gelas pertama Kjee minum ketika suam. Kjee memang kurang minum air sejuk dalam peti ais. Tetapi satu gelas lagi Kjee suruh UnclePali simpan dalam peti ais seperti mana diarahkan. Kjee ikut sebab takut airnya basi.

       Malam tadi, sebelum tidur Kjee teringat pasal jus epal yang letak dalam peti ais. UnclePai ambil dan beri Kjee minum. Terkejut Kjee!! Sedap sangat-sangat! Patutlah disarankan minum ketika sejuk!

       Insya Allah Kjee akan buat jus Epa Serai ini minuman setiap hari. Selain daripada sedap, mana tahu memang boleh sembuh sakit sendi dan lutut kan?

        Korang tak percaya, sila cuba. Tak payah letak gula. So bila tak ada gula, pepaham ajelah kan. Tentu ia juga elok untuk kesihatan!

       Tapi kalau nak letak ais mungkin boleh adjust letak gula ataupun madu. Selamat menerai.



   


     

Wednesday, June 15, 2016

JUS LOBAK MERAH BERSUSU






Tetiba aje teringat jus Carrot bersusu. Terus selongkar peti ais. Ada dua biji lobak merah tapi dah kecut. Untuk buat sayur bolehlah tapi kalau nak buat jus, rasanya tak kena. So terus whatsapp UnclePali suruh beli carrot masa balik kerja nanti.

UnclePali yang rajin buatkan jus di bulan Puasa. Macam-macam jus dia buat. Selain tu, yang paling Kjee suka ialah Sirap Bandung Aiskrim Soda Johor. Sedap sangat.

Kjee ada Juicer jadi sangat mudah buat jus yang ada serat. Tak perlu tapis lagi. Jolok aje carrot ke dalam corong Juicer tu, yang keluar hanya jus yang piau (pure). Hanya perlu tambah susu manis dan ais.

Kalau tak ada Juicer, boleh kisar kemudian tapis hampasnya. Jangan campur banyak air sebab ianya sedap kalau pekat. Kalau UnclePali, dia tak campur air setelah diperah dalam Juicer. Ais tu bubuh banyak-banyak. Hmmmm dah terbayang-bayang.


Friday, June 10, 2016

JUS LIMAU KASTURI ASAM BOI WAJIB BULAN PUASA








Minuman ini wajib pada bulan Puasa. Tadi Kjee dah whatsapp UnclePali supaya singgah beli bahan-bahan yang diperlukan, dalam perjalanan dia balik kerja. Hari-hari Kjee gud gurl minum air suam masa berbuka puasa, hari ni boleh noti sikit. Hehehe.

UnclePali belajar buat jus ini dari seorang rakan dia  Dia memang kreatif buat jus. Dan ini antara yang terbaik.

Senang jer buat air ini. Dulu2 UnclePali guna asam boi biji tu. Diblend sekali.  Sekarang dia guna asam boi serbuk. Kjee suka kalau dia blend jugak limau kasturi dengan kulit2nya. Ada rasa pahit2 sikit. Boleh abaikan kalau tak suka. Letak ais banyak2. Gula pulak ikut suka banyak mana nak letak ya.

Pokok limau Kasturi yang ditanam di luar pagar merimbun buahnya. Pokok Limau Nipis pun berbuah lebat. 




Friday, April 15, 2016

JAZZ JUICE, TARIKAN DI REST JAJA JAZZ

JALAN-JALAN CARI MAKAN



Terletak di Jalan 5/5 Wangsa Delima, Wangsa Maju 






Nak letak nama kena bagitau Jaja masa order. Hehehe



Selalunya kita minum jus buah-buahan yang sarat barat dengan rasa buah (bukan perisa ya) di hotel-hotel dan restoran 5 bintang sahaja. Tetapi dengan kreativiti Chef Jaja, kita sudah boleh menikmati jus buah yang nyaman dengan dengan harga mampu milik. Hehehe.

Memang tidak dinafikan, sekarang ni ramai merungut kalau order minuman di restoran. Kekadang harga tak masuk akal. Kjee pernah order Kopi O Ais di sebuah restoran di Taman Melawati. Harganya RM9.50! Kerana Nadia yang bayar, Kjee tak perasan harganya sehingga satu hari Kjee terjumpa resitnya. First and last lah you all!!

Anyway, Jaja ni memang terrer lah bab menggoda orang dengan jus yang sedap. Jus Asam Boi Limau Kasturi yang Kjee buat niaga dulu, resipi dia lah.

Dua minggu lepas Kjee singgah kat Jaja's Jazz House di Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Setapak.  Kalau Waze, gerenti sampai.  Dulu restoran ni terletak di Kampung Baru dengan nama Jazz House Steamboat. Dah niaga elok-elok dekat tiga tahun, rasanya, tuan tanah nak balik premis tu. Jadi, Chef Jaja pun berpindah ler ke tempat baru ni. Dah tak jual steamboat lagi tapi pelbagai juadah kampung untuk makan tengah hari. Dia orang start niaga kul 7 pagi, jual pelbagai jenis sarapan. Petang ada goreng-goreng, ada kuih muih juga. Selain tu, sahabat dia Juanna jual pelbagai jenis pasta, lasagna bagai. Adik Jaja, Zol pulak bukak kiosk jual pelbagai jenis smooties, ice blended dan kopi macam kat restoran Star Bucks.



Chef Jaja ditemubual untuk satu rancangan TV baru-baru ini



Masa Kjee pergi aritu, terkejut Kjee dihidangkan pelbagai jenis jus.

Chef Jaja bagi nama Jazz Juice. Ada jus tembikai yang dihidangkan dalam sebiji tembikai. Kalau customer request, siap boleh tulis nama kat situ. Personalised gitu. Sebiji tembikai itu boleh diminum dua orang! Harganya antara RM12 hingga RM14 ikut saiz. Kalau nak tambah laici, extra RM2 jer. Tapi memang berbaloilah. First time Kjee minum air tembikai macam tu. Terbaek. Jaja boleh jugak buat yang sama untuk buah Rock Melon dan jugak Nenas. Harga mengikut saiz buah pada harga pasaran.

Kalau tak nak minum dalam buah, Jaja juga hidangkan dalam gelas dengan hiasan yang comel. Ada pelbagai jenis jus termasuk Dragon Fruit. Kalau dalam gelas, harganya antara RM4.50 hingga RM5. Jusnya memang pekat dan sedap. Tak percaya, cubalah.

Alamat Jaja Jazz ialah di Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Setapak. Bukak tiap hari kecuali Sabtu dan  Ahad. Tapi kalau ada function misalnya, birthday, group makan-makan ker, maka Jaja kata dia akan buka. Boleh call/whatsapp Jaja  011-18944179.



Ini Abib, atau Syed Muhammad Gadaffi bos Jamu Mak Dara

Jija dan Bondanya (tauke Karipap Frozen)





Jus Nenas

Jus Rock Melon


Jus Belimbing

Jus Dragon Fruit



Friday, March 27, 2015

WHEN MY COUNTRY IS SO HOT... JOM JELI AIR KELAPA MUDA!
















Cuaca panas kembali. Geli hati Kjee tengok dalam status ntah sapa di FB. "Tiap tahun memang akan ada cuaca panas, so why bother? Redho ajelah!"

Betul betul betul. Panas susah, hujan lebat sampai rumah ditenggelami air pun kita susah. Hehehe.

Jadi untuk pujuk hati supaya tidak menjadi stress, apa kata kalau kita buat Jeli Air Kelapa Muda. Modal sikit jer tapi kesannya berbaloi-baloi. Boleh sejukkan sikit badan kan!

Itulah yang Kjee buat pagi tadi. Round sana sini cari kelapa muda seawal jam 8.30 pagi. Mana ada orang jual. So apabila dah berjam-jam cari tak jumpa akhirnya jumpalah jugak kat food court Anjung Melawati. RM4 sebiji. UnclePali beli 4 biji! Naseb baik beli 4 biji sebab 1 biji tak ada air! Huhuhu.

Resipinya 3 biji air kelapa muda, ¾ mug gula dan 10gms serbuk agar-agar. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan sikit gula tu. Manis sikit bagi tekak Kjee tapi nak buat camner... dah terletak. Next time Kjee letak ½ mug jer.

Ada kata jeli kelapa muda yang dijual di KL pun dah mahal sekarang. Satu bekas dadih RM3. Tak sedap pulak tu. Mungkin lebih air dari air kelapa. So, apa nak komplen? Buatlah sendiri kan?

Korang nak resipi, sila tengok SINI. Kjee nak ke dapur amik satu bekas lagi. Tadi dah sebat dua bekas. Naseb lah kan. It's so sedap!!! Hehehe.







Saturday, June 21, 2014

JUS NENAS POTONG URIC ASID






Kjee bukan suka sangat makan nenas. Bukan suatu priority dalam rumah Kjee. Ada okay, tak ada pun tak kesah. Biasanya Kjee tak suruh pun UnclePali beli nenas.

Kjee kan selalu masak ikan talang masin masak lemak. Bila Kjee tayang jer lauk tu, sepantas kilat ada orang kata bubuh nenas pasti yummy. Tapi tak terliur pun Kjee.

But Kjee suka makan pajeri nenas. Kjee tak reti nak buat sendiri. Kjee hanya makan kalau ada ternampak kat restoran atau ada orang beri. Kjee jugak tak suka nenas mentah melainkan kalau ada dicampur dalam acar mentah atau jelantah. Makan rojak buah pun Kjee suruh jangan bubuh nenas.

Ewah. Panjang lebar Kjee story kan? Tapi kenapa hari ni ada tayang jus nenas?

Hah Kjee suruh UnclePali beli nenas tadi untuk dibuat jus nenas kerana ada kengkawan kata, jus nenas ataupun nenas kalau dimakan mentah, boleh potong Uric Acid dalam badan. Uric Asid ni jahat. Boleh menyebabkan kita kena gout atau sakit-sakit sendi.

Sejak dua menjak ni, sakit lutut kiri Kjee semakin menjadi-jadi. Malam tadi kerana tidak tahan kesakitan, UnclePali bagi Kjee telan Diclofenac dan colchicine. Pagi ni dah okay. So agaknya confirm lah Kjee kena gout kat lutut.

Since sejak dua tiga hari dah UnclePali pun kena gout, maka kenalah minum Jus Nenas sama-sama. Kjee ni bukan suka sangat bergantung hayat dengan ubat spital. Mintak-mintak mujarablah minum jus nenas ini. Ameen.

Tadi UnclePali kupas nenas dan blend dengan sedikit air tanpa gula. Kalau nak buh gula memang boleh tapi Kjee memang jauhkan minum minuman manis.

Dah blend, UnclePali tapis buang hampas. Buh ais banyak-banyak dan gogoklah Kjee dan UnclePali sekali. Sedap lah pulak.

Ada sebiji lagi, esok nak buat lagi.
















Friday, June 20, 2014

CARROT JUICE. ONE FOR ME... EH BOTH FOR ME LAH








Musim panas. Kena minum banyak air putih atau air kosong. Semalam ada dua biji carrot yang dah duduk beberapa hari dalam fridge. Dah nampak macam tak ensem. So Kjee suruh UnclePali buat jus Carrot. Dapatlah dua gelas. Both for me cos UnclePali tak suka Carrot Juice. Naseblah kan.

Oleh kerana Kjee tak boleh minum manis, UnclePali campur susu cair dan juga sedikit susu manis. I Like.


Thursday, June 12, 2014

BUAT JUS MANGGA SEBAB TERINGAT ARWAH BONDA








Apabila buat jus mangga manis, Kjee terkenang arwah Bonda. Dia tahu anak-anak dia suka minum jus mangga tapi kalau minum kat restoran atau di hotel, harga segelas sama harganya dengan sekilo mangga yang dibeli di pasar. Satu kilo mangga boleh jadi tiga atau empat gelas jusnya!!.

Ingat lagi masa tu kami tinggal di Kawasan Melayu, Old Town, Petaling Jaya. Bonda memang pergi pasar berhampiran setiap pagi,  sambil mengheret bakul pasar berodanya.

Kalau bonda tengok orang jual mangga manis, dia akan survey dulu. Kalau musim tak berapa menjadi, harga mangga manis mahal. So, bonda tunggu musim mangga berlambak-lambak dan dia orang jual bukan secara timbang kilo tapi secara longgok.

Bonda ni species manusia terlebih ramah bukan macam aku. Suka sapa Nyonya dan Apek yang meniaga kat situ. Kekadang kalau dia ada buat kuih muih untuk breakfast, pasti apek-apek dan nyonya dapat sama-sama merasa. Kerana itu, Bonda selalu dapat beli barang-barang dapur termasuk buah-buahan bermusim dengan harga murah.







Selain daripada memotong dan menyimpan buah-buah dalam bekas dalam peti ais untuk anak-anaknya makan selepas balik sekolah atau kerja, beliau akan buat jus.

So tadi, ada selonggok mangga dalam peti ais. UnclePali suruh buang kulit dan potong kecik-kecik, simpan dalam freezer. Sedap makan sejuk sejuk. Macam dia buat hari tu tapi kesian tengok muka dia sebab Kjee habiskan sorang-sorang tanpa disedari. Hehehe.

Tapi dek teringat jus mangga manis Bonda, Kjee suruh UnclePali tolong buatkan jus. Nasib baiklah Kjee dapat suami yang ringan tulang. Sebut jer, dia terus capat blender, trrrrr isi mangga sampai halus. UnclePali letak sedikit air masak, tanpa gula, maka siaplah jus untuk isterinya yang banyak songeh ni.

Pastu dia siap bubuh ais dalam gelas/mug, tuang jus mangga tadi dan amik gambar.

So, apa lagi, kita pun sedutlah sampai nak dekat habis. Dia pandang jer Kjee sedut. Eh nak ker? Naklah dia kata. Oh ingatkan awak tak suka, kata Kjee sambil hulurkan mug yang dah hampir kering.

Kejam kan? Taklah. UnclePali memang tak berapa suka jus mangga. Dia lebih suka jus tembikai yang Kjee tak minum sebab akan menyebabkan panas badan. Hehehe.







Saturday, March 22, 2014

JELI AIR KELAPA MUDA





Masa tinggal kat Sg Buloh dulu, seminggu dua atau tiga kali, Kjee buat Jeli Air Kelapa Muda ni. Ada dua sebab. Satu kerana kelapa muda murah sangat kat kedai-kedai di tapak pasar malam Paya Jaras. Sebiji rm2.50. Dan kedua sebab Sg Buloh kawasan yang panasnya agak melampau!

Apabila dah keluar dari Sg Buloh genap setahun yang lalu, Kjee dah tak buat lagi sebab kawasan yang Kjee tinggal sekarang amat nyaman. Hanya panas sejak sebulan yang lalu kerana musim kemarau.

Anyway, Kjee teringat nak buat hari ni sebab Nadia tak sihat. Demam sikit dan tekak dia pun ada sakit sikit. Kalau beri dia makan Jeli ni, diharapkan dapatlah kurangkan sikit kesakitan dia.

UnclePali bawak balik air dari 3 biji kelapa muda tadi. Sebiji RM3.50. Minggu lepas mencecah sampai RM4.50 sebiji.



Isi kelapa muda yang dihiris, gula dan agar2 serbuk


Susun hirisan isi kelapa muda dalam bekas disukai




Satu peket air kelapa muda tu Kjee sukat dapat dalam 1½ mug (mug standard ukuran 4"). Perlu 9½ mug. So lepas sukat air kelapa dalam periuk, bakinya Kjee tambah air biasa untuk jadikan amaun air plus air kelapa yang diperlukan.

Kjee didihkan air tersebut atas dapur. Kemudian Kjee letak gula. Ikut resipi 1 mug gula. Dulu Kjee adjust letak ¾ mug jer. Tapi hari ni Kjee kurangkan hingga ½ cawan. Tak boleh bubuh banyak sangat gula. No good for health! Alamak terlupa dalam pantry ada gula batu!

Apabila gula dah larut, Kjee masukkan 1 peket agar-agar serbuk yang beratnya 10gms. And then apabila sudah larut serbuk tu, anggaran 10 minit, padam api.

Kjee dah siap hiris isi kelapa yang UnclePali beli tadi. Lepas hiris, susunlah dalam bekas yang disukai. Tadi Kjee tercari-cari bekas dadih tapi UnclePali kata, kalau tak bagi orang yakni untuk makan sendiri jer, tuang dalam bekas tauhu faa. Senang...nak makan amik satu bekas sorang. So, tadi settle jadi 8 bekas.

Kjee biarkan ia sejuk ikut suhu bilik lepas tuang ke dalam bekas dan masukkan peti ais. Tak sampai dua jam dah siap. Sejuk dan sedap.

Itu jer. Senang nak buat.







Friday, July 19, 2013

IDEA HIDANGAN BERBUKA PUASA/SAHUR...3

Asalammualaikum. Hari Jumaat sudah kembali.

Hari ni tetiba rasa nak share dengan korang resipi berasaskan udang. Kjee pelbagaikan pilihan. Ada udang halus yang warna putih tu, ada udang galah dan ada udang biasa. Karang kena sindir kalau tayang udang galah dan yang besar2 sahaja kan?

Udang halus putih ni dulu murah jer. Masa tu ramai yang tak pandang atau buat2 tak pandang jer sebab leceh nak buang kulit dan kepalanya. Bila dah buang tinggal secoit jer.

Tapi sejak Kjee dapat resipi buat Udang Halus Goreng Pedas ni, kalau ke pasar, mata meliar cari udang halus. Sekarang harganya dalam lingkungan RM12-RM14 sekilo. Hmmm nak buat camner kan?

Sedap sangat dibuat jamuan untuk Sahur. Kerangupannya membuatkan kita boleh tambah nasi lah. Resipi kat bawah gambarnya yer.


Resipi klik sini  http://www.dapurkakjee.com/2013/04/udang-halus-berlado-pembuko-selero.html


























Resipi klik sini  http://www.dapurkakjee.com/2012/11/betik-mengkal-lemak-pedas.html

Ini kali pertama Kjee masak Udang Galah dengan Betik Mengkal. Biasanya Kjee masak dengan Peria Katak atau Peria Besar.

Masa tu Kjee tinggal di Sg Pelong, Sg Buloh. Banyak pokok betik ditanam keliling rumah. Kami sekeluaarga kureng sikit bab makan betik. Habis dikerjakan oleh sang kera. Tak kesahlah dah rezeki mereka.

Pastu satu hari singgah kat blog Che Mat Gebu. Nampak dia masak betik mengkal. Itu yang Kjee terus suruh UnclePali kait dan buat lauk diatas.




Resipi klik sini http://www.dapurkakjee.com/2012/10/baked-prawn-and-crab-stick-omelette.html



























Baked Prawn and Crabstik Omelete ini salah satu menu yang dicadangkan untuk Sahur. Ini boleh disediakan awal. Simpan dalam fridge. Apabila bangun sahur, boleh panaskan atas kuali, dalam oven mahupun microwave.

Boleh guna apa jua jenis udang. Kalau tak nak guna crabstik, boleh ganti dengan isi ketam. Hmmm lagi marvelos!

Omelete ini pasti disukai anak2 sebab boleh ratah begitu sahaja.






Ini satu minuman yang Kjee tahu agak popular untuk hidangan berbuka puasa. Tiada resipi khusus. Rendam saja biji selasih dua atau tiga jam. Kemudian apabila dah kembang, kaup kekotoran yang timbul di permukaan. Tapis dan campurkan dalam air sirap. Boleh buat air sirap kaler biru jugak.

That's all for today. Selamat mencuba.


Tuesday, July 16, 2013

IDEA JUS UNTUK BERBUKA PUASA

Resipi klik sini http://www.dapurkakjee.com/2011/06/jus-limau-kasturi-asam-boi-unclepali.html

Selain makanan, minuman juga sering membuat ibu2 pening kepala untuk menyediakan. Hari pertama, kedua dan ketiga bolehlah buat air sirap jer kan. Tapi kalau dah asyik ulang2, segan jugak kalau anak2 kata 'dah tak ada air lain ke mama... atau ini air semalam ker?"

Semalam UnclePali buat Jus Limau Kasturi Asam Boi atas permintaan Kjee. Kjee sebeut jer, terus UnclePali  gi beli asam boi dan limau kasturi. Malangnya semalam bateri kamera dah kong so taklah dapat snap gambar. Kjee sendiri tak tau kenapa Kjee request UnclePali buat jus tu sebab sejak 1 Puasa, Kjee tak pernah minum ais!

Anyway disebabkan dah suruh dia buat, takkan tak minum kan? Tapi susah nak citerlah. Memang marvelos especially semalam cuaca panas sangat.

Hari ini Kjee nak share 3 jus air tangan UnclePali yang meletopppsss! Ais blended chocolate UnclePali lagi dasyat pada kat Coffee Bean. Itu, customer yang kata bukan Kjee sebab Kjee tak suka ice blended.

Resipi Ice Blended  ni ciptaan UnclePali sendiri tau.

Resipi klik sini http://www.dapurkakjee.com/2011/01/23-ice-blended-chocolate-unclepali.html

Dibawah ni pulak Sirap Bandung Johor. Sedap sangat2 dan guna ais krim soda. Langsung tak campur air tau.

UnclePali terer gak buat Sirap Bandung ni sebab kalau tak pandai, airnya akan jadi bergentel. Sirapnya pun kena buat sendiri. Masak air gula bubuh daun pandan dan bubuhlah pewarna merah. Sirap yang beli, ada bubuh bahan pengawet dan esen ros. Kjee tak suka langsung!

So selamat mencuba.


Resipi klik sini http://www.dapurkakjee.com/2011/06/sirap-bandung-aiskrim-soda-unclepali.html


Monday, October 22, 2012

AIR MATA MEOW?






Korang suka tak minum air mata kucing? Masa kecik Nadia panggil Air Mata Meow. Kahkahkah. Kjee selalu heran kenapa mahal sangat orang jual air ni. Kat Group Base, Sri Damansara, satu gelas rm2.50.

And then satu hari Kjee tersinggah kat satu kedai sinseh kat PJ. Fullamak mahalnya mata kucing kering ni! Sekilo RM60. Patutlah dia orang jual mahal sangat kan?





So Kjee pun rembatlah sepeket. Harganya RM18 untuk 300 gram. First time Kjee beli. Tapi Kjee masih ingat ada pakcik tu dulu ajar Kjee camner nak masak air ni.

Cuci bersih2 pastu rebus guna air yang agak banyak. Anggaran dalam 1 cup mata kucing kering ni, air bubuhlah 4 cup. Rebus bubuh gula Melaka atau gula merah ikut suka korang.






Apabila mendidih, slowkan api, kemudian rendidih lagi sampai puas hati mata kucing tu dah lembut, Sejukkan, bubuh dalam gelas, bubuh ais dan tunggu apa lagi kan?

Sedap minum di hari panas. Macam cuaca sejuk sekarang, tak payahlah yer.

Boleh simpan lama selepas direbus dalam peti ais, selagi penghuni rumah korang tak habiskan. Hehehe.




Sunday, September 30, 2012

BOIKOT PUNYA PASAL!!!







Ya betul. Kerana Kjee sekeluarga dah lancarkan boikot terhadap Old Town White Coffee ( milik mamat Cina yang sindir orang Islam di Malaysia yang  kononnya buang masa, wang dan tenaga kecuh2 pasal filem Innocence of Muslims), pagi ni bekfas Kjee, Egg On Toast yang selalu Kjee makan kat restoran tu.

Kalau korang selalu ke restoran tu untuk makan egg on toast, usahlah susah hati. Buat jer sendiri. Lagi murah, bersih, halal dan yang pasti tidak mengalirkan wang kita ke kocek orang yang menghina Islam!!

Egg On Toast ni, Unclepali yang buat. Bukan pertama kali. Dah banyak kali sebab Kjee memang suka sangat. Dan roti pun anak Kjee yang buat. So berapa banyak daaa jimat.



Hadiah dari MamaFaMi. Thnx



10 minit jer tenggelam dalam air panas mendidih


Roti dipanggang


Bekas telor yang warna kuning itu, MamaFaMi yang hadiah hari tu. Terima kasih MF. Memang perfect sangat telor separuh masak guna bekas ini. Tapi pagi ni kuning telor tu pecah sikit mungkin sebab telornya tak berapa fresh.

Unclepali grill dulu roti yang telah disapu sedikit butter atas grill pan. Tu yang nampak cantik kesan grill tu. Kalau guna kuali biasa pun okay lah. Polis tak tangkap punya.

ehsan google

Telor setengah masak tu, habus dipecahkan dalam mangkuk dulu baru dicurahkan keatas roti yang telah dibakar garing. Makanlah dengan apa jua sos kegemaran samada cili sos atau mayonaise. Lagi sedap tau dari kat restoran tu!!

Okay korang mesti ada yang gian nak minum Iced White Coffee restoran tu kan maleh nak sebut namanya. Masa Kjee meniaga dulu, Unclepali ada jugak jual White Coffee. Sedapnya hanya mereka yang pernah minum kat gerai Kjee jer dapat bagi testimoni.

Tadi Kjee tanya Unclepali camner dia buat. Selama ni kalau tanya dia sengih jer. Kata Unclepali, dia hanya guna serbuk kopi biasa. Dia dah lupa jenama tapi kalau tak silap Kjee, Unclepali guna kopi Hang Tuah. Gunalah serbuk kopi apa sahaja yang ada di rumah.

Kena pekat sikit kopi tu. Pastu tuang sedikit susu manis, susu cair atau evaporated milk dan hah yang inilah rahsia Unclepali rupa2nya dia bubuh whipping cream yang dalam can tu. Cream tu Unclepali guna untuk Ice Blended. 

Patutlah Iced White Coffee Unclepali rasanya sama cam kat restoran tu! Kjee dah agak dah white coffee restoran tu bubuh cream sebab pekatnya semacam jer.

Kata Unclepali, dia bubuh kopi yang agak pekat sikit dari yang biasa kita minum kopi ala2 pati kopi kot  ke dalam blender. Blender kami masa meniaga dulu diasingkan dari yang digunakan untuk blend chili tau! Kalau tidak, ice blended ataupun white coffee Unclepali ada perasa cili dan bawang. Hehehe

Pastu diletak susu manis, susu cair dan sedikit whipping cream. Lepas di trrrrr beberapa minit sampai berbuih, dituang ke dalam gelas dan bubuh ais! Harga yang kami jual RM2.50.

Masa tu, pelanggan setia white coffee kami ialah Pengarah filem Bade, suami kepada Erma Fatima. Bade suka minum White Coffee panas. Camner nak buat White Coffee panas?

"I buat cam biasa, pastu I letak dalam mircowave," kata Unclepali sambil ketawa.

So kengkawan. usah gundah gulana lagi kalau nak minum White Coffee. Tak payah support restoran tu. KITA BOIKOT!!!!


Klik sini