DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label reviu buku. Show all posts
Showing posts with label reviu buku. Show all posts

Monday, June 20, 2016

BUKU MASAK TERBARU DARI CHEF SELEBRITI NORZAILINA





Kjee hairan anak-anak gadis sekarang. Dah nak kahwin pun ada yang masih tak reti nak masak. Seorang dua yang Kjee tanya, pandai masak apa... dengan bangga dia kata masak air, goreng telor dan masak nasi. Itu pun guna rice cooker.

Amboiii dia ingat jawapan tu kelakor bebenor!

Zaman Kjee dulu, kalau tak reti masak, jangan gatal nak kahwin. Masa Kjee nak kahwin dengan abah Nadia dulu (sekarang dah arwah), kakak dia siap suruh Kjee masak. Dia nak datang rumah makan! Masa tu Kjee tinggal bujang di Flet Kampung Baru.

Jenuh jugaklah Kjee masak lauk satu meja, siap dengan kuih muih. Konon nak bagi bakal kakak ipar terai test. Mungkin Kjee lulus cemerlang maka dapatlah Kjee kahwin dengan adik dia. Hahaha.

Kenapa tetiba Kjee buat entri ini? Sebab Kjee baharu dapat memiliki buku masakan Chef Selebriti Norzailina yang terbaru. Lihat foto atas.

Ada 12 buah kesemuanya. Beliau yang Kjee sapa Chef Lina, ajar step by step lagi. Dwi bahasa pulak tu! Kalau tak faham bahasa Malaysia tengok yang bahasa Inggeris!










Kalau dah ikut panduan yang diajar Chef Lina, dan masih kata tak pandai lagi memasak, Kjee rasa elok korang jangan mengaku jadi orang pompuan. Maaf gurau kasar. Hehehe.

Masa jumpa Chef Lina Sabtu lepas, buku yang diberinya tertinggal dalam kereta. Sampai rumah dan turunkan Kjee, Nadia terus keluar servis kereta dia. Tak lama lepas tu dia Whatsapp Kjee.

"Mama suka makan kuih Kulit Popia Manis?" Eh kenapa pulak dia tanya.
"Kalau ada orang jual, beli ajelah," jawab Kjee malas nak layan.

Balik rumah dia bercerita lah sebab dia bertaya. Rupa-rupanya masa servis kereta, dia intai-intai buku masak Chef Lina.

"Nadia nak buatlah. Macam senang aje. Kalau dah ajar step by step, masih tak dapat buat, tak tau nak katalah."










Apapun, kalau orang malas memang seribu satu alasan yang diberi. Alasan tak masuk akal. Tapi, Kjee memang teruja dengan buku masakan yang dihasilkan Chef Norzailina.

Tak mau lah citer panjang-panjang lagi. Baik korang pergi dapatkan buku Chef Norzailina ni. Murah aje. Siapkan budget RM60 untuk 12 buah buku tu. RM5 jer satu tapi kalau tak beli semua 12, memang rugi!!!

Macam-macam lauk pauk ada. Kalau korang dah terai setiap satu masakan tu, bukan aje korang senang dapat laki (yang belum kahwin lah), yang dah kahwin tu boleh tambat laki korang kat rumah. Insya Allah, suami tu tak cari makan kat luar lagi. Oppppssss kena susun bahasa ni. Hehehe.

Kalau ada yang confirm tak nak kahwin tapi nak belajar masak supaya boleh jadi Chef ataupun buat bisnes dari rumah, bolehlah dapatkan buku-buku Chef Norzailina ini.








Buku 100 Resipi Biskut, Kek, Manisan dan Kudapan bulan, kalau tak silap Kjee dah tiga bulan di pasaran. Harganya RM27 dan RM30 kat Sabah/Sarawak. Kalau dah judul dia 100 resipi maka tak payahlah nak cerita ada berapa banyak resipi dalam buku tu ya.

Cepat beli sebelum habis. Kenapa mesti beli buku Chef selebriti ini? Sebab gambar-gambar sangat menarik, resipinya mudah diikuti sebab ada sediakan panduan Langkah Demi Langkah.

Buku-buku ini sangat elok dijadikan hadiah buat bakal pengantin atau hadiah hari jadi buat anak perempuan dan juga lelaki. Anak lelaki sekarang pun harus diajar masuk ke dapur supaya senang nanti bila dah kahwin. Manalah tau isteri nanti setiap tahun beranak. Bolehlah si suami bantu isteri masak bagi makan anak-anak masa si ibu dalam pantang.





Wednesday, November 25, 2015

HAJAH NORZAILINA NORDIN...BUKAN SEBARANG CHEF

REVIU BUKU





Kjee tak perasan pun yang Kjee pernah bertemu Chef Norzailina Nordin, beberapa tahun yang lalu. Ketika iu Kjee hadir sebagai tetamu di majlis anjuran Majalah Jelita. Kjee pergi dengan Nadia. Dan kami duduk semeja dengan beliau yang memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang penyumbang rencana majalah tersebut.

Apabila beliau menghadiahkan Kjee buku terbaru beliau berjudul '101 Resipi Pengikat Kasih Mertua' baru-baru ini, barulah Kjee dapat mengimbau kembali pertemuan dengan chef yang berkulit putih melepak dan kecil molek orangnya.

Chef Hajah Lin (baru sahaja kembali menunaikan Haji baru-baru ini), nyata sekali bukan sebarang chef. Ini buku beliau yang ke-32 setelah 23 tahun dalam industri kulinari!  Dan buku ini dilhamkan dari scrapbook ibu beliau, Norlia binti Abdullah, yang kini berusia 71 tahun! Buku resipi ibu yang menurut Chef Lin, mengandungi guntingan resipi dari akhbar dan majalah! Puan Norlia adalah anak berbangsa Cina yang dibela oleh keluarga orang Melayu.



Chef Hajah Norzailina



Chef Lin, 53 tahun, berasal dari Bentong, Pahang. Kalau baca Biodata dalam buku masak terbaru ini, memang boleh meremang bulu roma. Buku masakkan sahaja yang ke-32, tetapi kalau dicampurkan kesemua buku dalam pelbagai genre termasuk novel dan buku akademik, sudah menjangkau 65 biji kesemuanya!

Tak kenal maka tak cinta. Mahu mengenali Chef Lin lebih rapat, korang kena miliki buku masak terbarunya ini. Kjee tak pasti samada ada buku masakan dwi bahasa dikeluarkan setakat ini. Beliau memang sudah terkenal di persada kulinari antarabangsa, justru buku ini dibuat dalam dwi bahasa, agaknya!

101 resipi yang terkandung dalam buku ini bukanlah resipi yang kita selalu hidangkan. Ia merangkumi resipi-resipi pilihan yang mungkin membuat ibu ataupun ibu mertua tersenyum lebar. Resipi, yang boleh dikategorikan sebagai resipi rahsia ibu-ibu dulu-dulu.

Gulai Asam Rong, Sambal Gelewa, Sesagun, Sambal Hitam dan macam-macam lagilah. Maklumlah ada 101 resipi semua. Yang buat Kjee ketawa terkekek kekek ialah lauk Encik Abas Demam! Lauk apakah itu? Itulah, kan elok korang miliki sendiri dan ketawa berdekah-dekah pulak. Hehehe.




Ada arahan step by step lagik!







Selain beri resipi, ada jugak arahan cara memasak step by step! Atau panduan langkah demi langkah! Bak kata Chef Lin, pasti jadi punyalah walaupun korang selalu bagi alasan tak reti masak. Dan kalau korang tak fasih sangat baca dalam bahasa Malaysia, versi Inggeris jugak ada dik Non!

Kjee sangat teruja melihat kemasan buku ini. Memang ada kelas yang tersendiri. Bukan macam buku resipi biasa yang berkertas murah gitu. Dan semua resipi adalah resipi turun temurun yang telah disusun mengikut citarasa masakini.

Orang kata ada rupa ada harga. Kjee rasa mesti mahal buku ini. Apa tidaknya, gambar lawa, kertas cantik, covernya tebal.Tetapi apabila Kjee mesej Chef Lin tanya harganya, punyalah Kjee terkejut. Only RM29.90. Isyhhh takkan lah murah sangat! Agaknya, memang sengaja dijual begitu murah supaya dapat dimiliki semua. Alhamdullilah syukur.

So, kalau korang tak percaya buku ni best sangat, korang pergi cepat-cepat ke Popular Book Store terdekat. Cepat rembat sebelum kehabisan.

Gerenti boleh buat mak mertua atau bakal mak mertua korang tersengih-sengih bila kau pamerkan kecekapan korang. Jugak boleh beli hadiahkan kepada bonda sendiri.

Okaylah. Lepas ni kalau korang nampak Kjee post resipi pelik-pelik tapi sedap, korang tahu siapa sifu kita ya. Hehehe.

Juga intai blog beliau DISINI.












Thursday, October 31, 2013

KOLEKSI BUKU MASAKAN NOR AZLITA AZIZ













Diam-diam ubi berisi. Agak lama Kjee tak intai blog beliau. Dan apabila Kjee cari masa yang sesuai, terkejut jugak melihat perkembangan semasa Nor Azlita Aziz. Dia buat kerja diam-diam dan jeng jeng jeng, tetiba dah muncul dengan buku masakannya sendiri!

Blog Azlita adalah antara blog masakan favorite Kjee kerana ia benar-benar 'sedap dipandang mata'. Kjee yakin, gambar-gambar yang diambilnya sendiri, berserta dengan props dan susunan yang menarik, membuat ramai tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi Blog Masam Manis.

Terima kasih Azlita atau mesra disapa Ita,  kerana sudi mengirimkan buku-bukunya kepada Kjee. Memang Kjee berhasrat nak ke kedai MPH membelinya, setelah mendapat tahu ia berada di pasaran. Tetapi seringkali tidak berkesempatan.


Antara resipi yang dimuatkan... nak tengok banyak lagi, kena dapatkan koleksi buku-buku ini.





















Kata orang, sekarang dah ada banyak 'buku resipi' online, jadi tak perlu lah membeli buku. Tetapi mungkin ramai jugak tidak tahu, ada kelompok besar di luar sana yang membuat koleksi buku-buku resipi.

I have not much to say about Ita's books. It speaks for itself.  Bagaimana cantik gambar yang dipamerkan dalam Blog Masam Manis, begitulah jugaklah dengan buku-bukunya. Tidak jemu, merenung gambar-gambar yang begitu menambat.

Semoga Azlita terus berkarya. Kalau ingin ke blog Masam Manis, sila KLIK SINI.

Buku-buku koleksi resipi Azlita yang berjumlah tiga semuanya, diterbitkan oleh MPH. Ada buku kek, manisan dan jugak biskut Raya. Harga sebuah hanya RM9.90. Borong tiga sekali RM27.90. Boleh juga dibeli online DI SINI.




Laman belakang - Biografi Pengarang