Showing posts with label desserts. Show all posts
Showing posts with label desserts. Show all posts

Wednesday, March 15, 2023

desserts

KUIH DANGAI KUKUS


        Kuih Dangai kesukaan my husband. Dek kerana sukar nak cari orang menjualnya di Kolumpo, maka satu ketika dulu Kjee cari resipi dan cubalah buat. Alhamdulillah sukses.
        Dan minggu lepas, UnclePali balik dari beli sarapan bersama satu peket plastik kuih. Kjee pelik sebab tak pernah tengah kuih macam itu. Ada secoit gula Melaka di tengah-tengah. UP makan dan sengih. 'Kuih Dangai lah!'
         Isyhhh biar betul. Kjee pun google. Rupa2nya Kuih Dangai Kukus! Dan semalam Kjee cuba terai test buat. Alhamdulillah sukses.

           Foto atas ini 👆 kuih dangai ori yang orang jual. Guna acuan. Dan dibakar. Sekarang orang guna oven. Dulu bakar atas dapur arang. 
          Cara Dangai Kukus dibuat sama macam kuih Dangai yang dibakar dalam oven. Cuma ianya dikukus. Kjee buat ikut resipi yang Kjee google. Takut buat banyak2 bimbang gagal. 
         Satu cawan tepung pulut, dua cawan kelapa parut putih, satu sudu kecil garam, satu sudu makan gula pasir dan gula Melaka secukupnya. Satu adunan jadi 12 biji. 

         Satukan dan gaul semua bahan kecuali gula Melaka sampai jadi berderai. Kalau perlu, tambah sedikit lagi garam sebab nak naikkan rasa lemak kelapa. Gula putih itu adalah optional. Boleh letak atau tidak sebab nanti ada gula Melaka. 
     Kemudian oleskan sedikit minyak di acuan kenit2 kuih lompang. Ambil satu atau dua sudu adunan tadi, letak dalam acuan dan tekan2 sikit bagi padat. Kemudian amik gula Melaka yang telah dipotong kecik2. Tekan dibahagian tengah. 



        Buat sampai habis. Kukus lebih kurang 15 minit. Kalau tiada penutup bambu seperti yang Kjee guna ini, balut penutup dengan kain atau tuala supaya air tak menintis. 👇


       Dah elok kejadiannya, biarkan sejuk sekejap dan toreh keluar guna pisau.


          Kalau nak buat Kuih Dangai Asli, 






Tuesday, January 31, 2023

desserts

CREAM CHEESE FLAN KUKUS

        Pagi semalam UP cek bacaan gula dalam darah Kjee.  Alhamdulillah 7.2 aje. Maknanya boleh cheat sikit sehari dua ini. Selama ini I've been good. Hehehe yo lah tu.
      Cream Cheese Flan Kukus ini Kjee buat semalam. Arini baru dibedah siasat. Kejadian setelah diterbalikkan semalam kurang molek sebab Kjee buat tergesa-gesa. Sepatutnya tunggu 5 jam. Tapi empat jam Kjee dah tak sabar. 😬

        Dah banyak kali Kjee buat. Tapi kali ini guna sirap gula Melaka ganti gula hangus. Tak suka caramel yang pahit. Dan kali ini yang kedua Kjee kukus. Selalu bake. 
        Resipi klik SINI. 
        Kukus sejam aje. Tapi sebelum letak loyang berisi adunan, air dalam kukusan mesti mendidih kuat. Pastu letak aje loyang, terus kecikkan api. Kalau api besar, kejadian flan bersarang dan keras. 
        Kjee guna penutup bambu supaya air tak menitis atas flan ketika kukus. Tak payah balut penutup dgn towel. Penutup ini ada jual kat kedai pinggan mangkuk Cina atau kat shopee. Saiz ikut pembukaan periuk kukus korang. 


        Adunan kalau dah masuk telor, pukul manja2 aje dengan whisk. Kalau kembang telor tu, end result flan tak cantik.


Api mesti very kecik. 

     

        Guna putup bambu setitik pun air tak menitis masa kukus. 👆
        Dah masak, sejukkan seketika sebelum masuk ke dalam fridge selama 5 jam atau semalaman. 





Thursday, February 25, 2021

desserts

KOLAK PISANG TANDUK


     Kolak itu maknanya Pengat atau Bubur Manis dalam bahasa Jawa. Kjee tengok dalam internet, orang seberang semua kenali Pengat sebagai Kolak. Ada sesekali dengar arwah Mak guna perkataan itu.
     Apapun, Kolak ke Pengat ataupun Bubur mempunyai maksud yang sana. Ia pemanis mulut atau dessert yang dimasak dalam santan dan gula Melaka. Ada orang suka tambah sedikit sagu biji. Garam suatu kemestian sebab akan menyerlahkan lagi rasa. 

     Pisang yang digunakan ikut kesukaan masing-masing. Tetapi kalau ada pilihan, pisang Nangka yang masak ranum, adalah yang terbaik untuk buat Kolak. 
     Tadi Kjee guna Pisang Tanduk. Beli di kedai runcit berhampiran rumah. Kalau ke pasar, pasti dibeli pisang Nangka. 
      Hanya perlu Pisang (ikut pilihan sendiri) satu kotak kecil santan, sedikit sagu biji yang direndam 20 minit, gula Melaka (ikut suka manis mana) secubit garam dan dua helai daun pandan. 

     Pisang dibuang kulit dan dipotong-potong. Jerang dalam periuk dengan sedikit air. Apabila sudah lembut sedikit, masukkan santan, daun pandan, gula, sagu biji dan garam. 
     Kacau perlahan-lahan. Apabila mula mendidih, kecikkan api. Kolak sudah masak sekiranya biji sagu sudah tidak kelihatan seperti mata ikan. 
     Sedap dihidangkan chilled atau setelah sejuk dalam peti ais. 
     Selain letak Pisang, kolak Ubi Kayu, Labu dan juga Keladi, sedap banget! 


Wednesday, December 4, 2019

desserts

Biskut Bipang


   Korang pernah makan Bipang? Kjee panggil biskut kacang sebelum tahu nama sebenarnya. Tak pernah buat dan tak pernah terbayang akan buat. Tetapi apabila UnclePali (UP) beli satu peket kat Hero Market, tetiba tergerak nak terai buat. 
   "Eh susah nak buat ni tau," katanya. Kjee senyum aje. Tak bagitau pun kat dia dulu masa Kjee kecik2, arwah mak ada buat. 😀 
   Sampai aje rumah Kjee geledah pantry. Jumpa kacang dan bijan. Canteq! Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya. 

BAHAN2 
1 cawan setengah kacang tanah
Setengah cawan bijan
Setengah cawan gula pasir

CARA
   Mula2 sangai kacang tanah sampai masak. Lepas tu lenyek2 buang kulit. Tak perlu hancur. Takat pecah dua aje. Tepikan. Kemudian sangai bijan seminit dua. Tepikan. 
   Siapkan loyang dan tabur sikit bijan atas loyang. Amik sudip yang nak diguna utk ratakan kacang nanti dan balut dgn plastik. Sapu minyak sikit pada plastik yg balut sudip tu. Ini utk mudahkan kerja merata adunan. 
   Semua ini kena siapkan sebelum kerja buat gula hangus dimulakan. Susun elok2 semua bahan2 ini atas meja.
   Masak gula hangus dalam kuali. Kjee guna kuali leper. Jangan dikacau sebelum gula tu bertukar warna. Api kecil. Goyang2 jer kuali sehingga semuanya rata. Masuk air lebih kurang dua sudu. Masa ni baru dikacau sehingga warna gula sekata perang. 
   Kemudian masukkan kacang yg telah dicampur bijan. Kacau pantas2. Apabila sudah rata gula hangus dan kacang, terus tuang ke dalam loyang.    Cepat2 ratakan guna sudip yg telah dibalut plastik. Ratakan hingga nipis (dlm setengah inci). Kemudian toreh ikut saiz yang disukai. Apabila sudah sejuk, patah2 pada torehan. Simpan dalam bekas kedap udara. Siap.
   Semua kerja kena lakukan dengan pantas sebab gula hangus cepat mengeras apabila sejuk.