Showing posts with label tempoyak. Show all posts
Showing posts with label tempoyak. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

YAHOOO MUSIM DEGHOYAN...TIME BUAT TEMPOYAK
































Malam tadi, lepas dinner di GroupBase, Sri Damansara, UnclePali singgah di satu gerai durian di Wangsa Melawati dalam perjalanan pulang ke rumah.

Stok tempoyak kat rumah dah habis. So, Kjee nak buat lagilah memandangkan tempoyak readymade banyak mencurigakan. Kalau warnanya cantik kuning adakala mereka campur pisang masak. So daripada curiga, baiklah buat sendiri.

Tak susah mana pun. Leraikan isi dari biji, kemudian masukkan dalam bekas seelok-eloknya bekas kaca. Tabur sedikit gula dipermukaan durian yang telah diisi ke dalam botol. Kemudian simpan di mana-mana tempat yang kering di dalam dapur sekurang-kurangnya 3 hari. Jangan ditutup rapat botol nanti boleh meletup kata orang lah.






Lepas tiga hari boleh simpan dalam peti ais selama mungkin atau sampai habis korang bedal. Bukan freezer tau tapi dalam ruang peti ais biasa.

Pasti korang tanya kenapa Kjee letak gula dan bukan garam. Itu Kjee tak tahu. Nenek Kebayan yang ajar Kjee kata letak gula so I letak lah gula. Kita kan anak murid yang dengar kata.

Kalau nak tempoyak tu masam, letaklah 4 atau 5 hari kat luar sebelum masuk peti ais. Kjee suka tempoyak yang tak terlalu masam.

Dulu pun Kjee pernah buat. Klik SINI.




Saturday, June 8, 2013

GULAI TEMPOYAK TENGGIRI BUNGA







Hari ni Kjee masak gulai tempoyak. Ramai mesti kata ek eleh tak heranlah kan! Tapi bagi Kjee ia satu gulai yang cukup eksotik. Dan Kjee memang tak berani memasaknya sebab takut tak sedap.  Kali pertama Kjee buat cair sikit. Lihat sini.

Tapi hasil percubaan kali kedua ni, my princess puji sedap! Dia kata sama macam makan kat Temerloh hari tu!

"Pandailah Mama buat," tambah Nadia yang buat Kjee kembang kuncup!!

Tadi Kjee buat gulai tempoyak ni guna ikan Tenggiri Bunga. Korang kenal kan Tenggiri Bunga. Species tenggiri yang kurus panjang. Yang satu lagi Tenggiri Papan. Itu lebar dan isinya mantap sikit. Tapi Kjee lebih suka isi Tenggiri Bunga. Lebih manis.

Kjee buat terlebih pedas sebab masa makan kat Temerloh hari tu, sampai berpeluh2 menahan pedas. Hidung pun meleleh tak henti2. Boleh terasa kesedapannya hingga ke hari ini.





Anyway, untuk masakan hari ni, Kjee tak bubuh daun kesom sebab ada 3 batang bunga kantan. Ada orang buat gulai tempoyak ni bubuh bawang tapi Kjee hanya bubuh cili api sahaja. Sebaik sahaja cili api ditumbuk halus, Kjee masukkan 2 hingga 3 sudu tempoyak dan ditumbuk jugak sampai halus.

Dulu Kjee tak tahu cara tumbuk tempoyak ini bersama cili api dalam lesung. Rupa2nya ia untuk mengelakkan tempoyak daripada bergentel ketika menjerangnya.

Kalau bubuh kunyit hidup lagi sedap tapi tak ada stok kat umah. So Kjee guna jer kunyit serbuk. Sama jer rasanya. And then campak lah jugak 1 atau 2 batang serai.

Kuahnya ikut kepekatan yang korang nak. Tadi Kjee jugak tak bubuh asam gelugor sebab tempoyak dah sedia masam. Kjee buat kuahnya pekat sikit hari ini berbanding kali pertama dulu.

Apa lagi nak story. Hah ini ada satu rahsia pasal tempoyak tu. Korang janganlah ketawa. Tempoyak ni Kjee buat dua tahun lalu! Lihat sini. Kjee simpan elok2 dalam balang kaca dan simpan dalam peti ais. Tempoyak tu dah ikut Kjee duduk di 3 buah rumah!

Apapun, rasa2nya masih elok lagi. Tapi kalau ditakdirkan nak mati sebab makan tempoyak 'terlebih usia' jangan lupa sedekahkan Al Fatihah untuk Kjee dan Nadia. UnclePali selamat sebab dia tak makan. Hehehe.









Saturday, May 25, 2013

JJCM - GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK, TEMERLOH










Dalam perjalanan kembali ke KL dari Kampung Ulu Jempul, Pahang semalam, Kjee request UnclePali amik jalan lama sebab nak singgah Temerloh makan lauk Tempoyak Ikan Patin. Memang femes sangat lauk ni kat  Temerloh.

Kjee masih ingat dulu masa baru kahwin dengan UnclePali. Dia sibuk bercerita mengenai keenakan lauk Ikan Patin Masak Tempoyak. Dia tahu citarasa Kjee dan Nadia. Kami berdua suka sangat tempoyak.

So satu hari kami pulang ke Kampung UnclePali. Kena lalu bandar Temerloh sebab masa tu highway belum siap. UnclePali bawak kami ke satu restoran di bandar. Punyalah excited kami dua beranak.

Memang enak sangat makan di situ. Kjee tak pernah rasa ikan yang 'manis dan isi ikan Patin halus'. Habis sepiring, Kjee order satu lagi untuk ratah. Bila bil datang, Kjee terkejut. Seratus lebih (tak ingat exact amount). Kjee tanya ikan tu berapa henget sepotong? Dia kata RM70!! Dua potong jadi RM140. Tak termasuk lagi lauk lain yang kami ambik!

Rupa2nya ikan yang kami makan tu Ikan Patin Liar!! Patin Liar dengan patin sangkar jauh beza harganya! Anyway, itu kali pertama dan terakhir kami makan di restoran tu! Tak berani story kat MIL takut dia marah.

Dah lama selepas tu, kami ronda2 dan jumpa satu lagi gerai di foodcourt sebelah sungai menuju ke Temerloh. Selalu jugak kami singgah di situ. Harga dan keenakkannya menepati citarasa Kjee dan Nadia. UnclePali pulak tak berapa selesa makan ikan sungai. Happynya kami sebab tak perlu share 3 orang. Hehehe.

Semalam, gerai yang selalu kami kunjungi tutup pulak. So UnclePali suggest kami cari kedai makan lain di bandar Temerloh. Masa kami sampai di traffic lights sebaik sahaja keluar dari foodcourt tepi sungai tu, Kjee nampak satu gerai dengan sigboard cukup besar. Nama kedai GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK.



Eh macam menarik jer ni, kata Kjee. So UnclePali drive buat u-turn. Gerai tu sebelah pam Esso.

Kat banner ada tulis, anda order baru kami masak. Masa tu tak ramai orang. Ada lah dalam empat atau lima meja yang penuh. Maklumlah dah lepas lunch time. Kjee minta menu, budak waitress tu kata tak ada. Dia kata hanya ada makanan tempoyak Ikan Patin. Semangkuk RM10. Kalau dengan nasi RM12.

Kjee tanya satu mangkuk tu boleh makan berapa orang. Dia kata seorang jer. So Kjee pandang Nadia. Dia kata try satu mangkuk dulu sebab sebenarnya kami dah lunch kat rumah MIL di kampung. Dia tanya nak bahagian kepala, badan atau ekeor? Kjee pilih ekor.

Makanan panas lain pun dia orang jual. Tapi tukang masak tak ada. Kira2 setengah jam kemudian, hidangan sampai. Kjee tengok...Isyhhh boleh makan dua oranglah. Kjee share nasi dengan Nadia. Kami makan ala ratah2.

Terkejut Kjee rasanya sedap sangat2. Kuahnya pekat tak macam kat kedai lain yang kedekut nak bubuh tempoyak! Cukup pedas dan cukup rasa! Ikan patin pun tak hanyir. Berbaloi2 dengan harga yang dikenakan!

Kjee hirup jer kuahnya. Memang sedap. Kjee beritahu UnclePali, lain kali tak payah ke kedai lain di Temerloh. UnclePali kata kalau teringin nak makan, bukan jauh pun. Ewah bestnya dapat suami yang selalu sanggup drive ke mana sahaja kalau isteri teringin nak makan.

Kjee tak pandai nak tunjuk arah ke kedai ni sebab kita bukan orang Pahang. Anyway, masa nak bayar, dia ambil bisnes kad kedai tu. So dah ada alamat kat bawah, korang check it out sendiri. Tapi kalau guna highway, tak lalulah depan kedai ni. Kena masuk ikut jalan lama ke bandar Temerloh.

Kjee bagi 5 bintang untuk lauk Tempoyak Ikan Patin Go Bang Maju Patin Tempoyak ni!






Friday, August 31, 2012

LUNCH DI HARI MERDEKA 2012




Hari ni Kjee masak Kari ayam bersama kentang, kangkung goreng belacan, goreng ikan tenggiri jeruk sementara Nadia buat sambal tempoyak mentah untuk digandingkan dengan petai jeruk. Memang kena sangat gandingan lauk ini. Makan tak pandang kiri kanan. Senyap jer sambil ngappp. Hehehe.



Mujur Mak mertua tinggal jauh. Kalau dekat pasti udah tak nampak beliau lagi. Eh kenapa kalau orang makan sedap2, dia kata 'Kalau Mak Mertua lalu pun tak perasan?'. Eh bukan ke kalau kita makan, mak mertua pasti duduk semeja makan. Takkan nak dera dia dan hanya dihidangkannya makan lepas kita makan kan? Macam mana boleh timbul dailog camtu, Tuhan jer yang tahu kan? Hehehe.

Kangkung Goreng Belacan. Resipi Disini

Petai jeruk dengan sambal mentah tempoyak

Ikan tenggiri masin jeruk yang bersepai bila goreng


Anyway, Kjee teringin nak makan kari ayam ni sejak bulan puasa hari tu. Tapi ntah kenapa tak kesampaian untuk memasaknya. Semalam Unclepali beli ayam baru sembelih kat Paya Jaras. RM16 seekor. Kalau harga camtu, pasti ayamnya besar. Sekilo RM6.80. Maknanya lebih dari dua kilo.

Separuh Nadia buat Rosemary Roast Chicken semalam. Dan bakinya Kjee buatlah kari ayam ni. Kjee rasa sedap sangat kari yang Kjee masak hari ni. Ewah...siapa lagi nak puji kan? Or maybe dah teringin sangat nak makan sebab tu, rasanya tekak ni happy sangat.

Gandingan lauknya memang kow. Kangkung goreng belacan, ikan tengiri masin jeruk (yang berendam minyak dalam botol) dan petai jeruk bersama sambal tempoyak mentah. Tak perlu lauk lain lagi. Cuma Kjee musykil setiap kali goreng ikan tenggiri jeruk masin. Kalau goreng mesti isinya bersepai. Dari sekeping terus hancur2. Tetapi kalau makan bersama nasi putih dan kari ayam, mestilah pennngsaaan!!

Okaylah. Ini rezeki Hari Merdeka kami sekeluarga. Masih ada berbaki lauk untuk dinner nanti. Alhamdullilah.

Oh ya. Nasib baik ingat. Hari tu ada yang tanya Kjee camner nak buat petai jeruk. Senang jer. Kopek petai tanpa buang kulit ari atau kulit dalam yang warna putih tu. Jerang air panas sampai mendidih. Bubuh petai dalam bekas kaca (botol nescafe atau yg sewaktu dengannya) atau bekas tauhu faa pun boleh. Curah air mendidih sampai tutup paras petai. Campakkan sekeping asam gelugor. Biarkan air tu sejuk. Pastu tutup dan simpan dalam peti ais. Dua tiga hari dah boleh makan. Oh lupa lak. Lepas dua hari, toskan air tu dan simpan petai tu dalam bekas yang bersih dalam peti ais. Tahan lama.


Kari Ayam. Resipi klik sini

Wednesday, June 6, 2012

ENAKNYA TEMPOYAK UDANG BERSAMA PETAI BARU DIJOLOK




Tak ada plan pun nak dapat rezeki makan lauk petai malam ini. Hari2 Kjee panjangkan leher dari tingkap opis kecik Kjee di rumah tengok pokok petai yang sarat dengan buah. Tiap pagi sambil duduk depan komputer, Kjee lambai balik kat petai2 tu apabila angin tiup dan nampak macam petai tu melambai kat Kjee. Hehehe..




Semalam masa pergi pasar Tanjung Karang, Kjee jenguk2 jugaklah kalau ada petai. Tapi malangnya tak ada rezeki. Tapi Kjee beli jugak dekat 2 kilo udang yang segar dan agak kasar2. Saja buat stok. Bukan senang nak dapat udang segar kan?

Pemberian jiran2





And then tadi, sebaik sahaja Kjee keluar dari bilik air setelah mandi, Kjee dengar anak2 jiran bagi salam. Macam biasa kalau ada surat merekayang rajin tukang hantar lepas dapat dari posman. Kjee jenguk kat tingkap bilik, dan nampak mereka genggam dekat 12 papan petai!

Alhamdulilah. Punyalah suka. Tak sampai 10 minit si adik pulak datang hulurkan secekak bayam yang baru dipetik dari belakang rumah mereka!

Unclepali sengih2 dengan dailog: "Malam ni tak payah dinner kat luar yer." Pepaham jerlah. Maknanya dia nak suruh Kjee masaklah tu.



So sepantas kilat Kjee ke dapur. Unclepali pun sama2 tolong. Dan jadilah lauk pauk dinner kami malam ini. Sambal tempoyak udang bersama petai, bayam masak bening, ikan goreng dan sambal belacan. Unclepali insists buat sambal belacan sebab dia nak makan dengan petai rebus.

Kjee buat sambal tempoyak simple2 jer. Ikut suka Kjee dan tiada ikut resipi sesiapa. Kjee tumbuk cili api dan cili merah. Tak payah bubuh bawang.

Kemudian masukkan ke dalam frying pan. Masukkan dua sudu tempoyak dan sedikit air dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan petai dan dijerang atas dapur sampai petai separuh empuk. 

Pastu Kjee campakkan 1 piece asam keping, daun kesom dan biarkan ia masak seketika, bersama sedikit garam dan pak aji. Kemudian masukkan udang yang telah dibuang kulit dan vein kat belakang. Golek2kan udang tu kira-kira 10 minit jer. Udang segar kalau dimasak lama2 nanti jadi keras.

Tempoyak yang Kjee gunakan tadi adalah tempoyak yang Kjee buat tahun lalu. masih manis sebab duduk jer dalam fridge selama ini. Ada dua botol besar. Ada sesapa nak?





Friday, October 14, 2011

AYAM GORENG YANG TAK JADI PENYET VS SAMBAL TEMPOYAK PIPIT




Hari ni dinner kami simple giler. Siang tadi ingat nak buat ayam penyet. Semalam tak puas makan dekat foodcourt Taman Melawati. Bahan2 nak buat Ayam Penyet pun dah suruh Unclepali beli tadi tapi bila sampai je rumah lepas jemput Nadia balik kelas, ubah fikiran.

Sebabnya? Kami kelaparan sebab tak lunch. So goreng je ayam garing2 (yang Kjee defrost sebelum amik Nadia) dan buat sambal tempoyak terung berembang atau pipit.

Pastu Unclepali kata nak bagi penyet ke ayam? Dia dah standby chopping knife yang besar tu. Ah tak payah. Penyet ke tak penyet, masuk perut terus penyet. Hehehe.

Pastu curahkan kicap dan makan dengan nasi panas dan ayam goreng yang baru keluar dari kuali. Sedap gilerlah. Mak mertua lalu, memang tak nampak dah. Lalu belakang mana nak nampak! Cuba lalu depan.


Kemudian Nadia tambah lagi kick dengan bawak keluar petai jeruk dari dalam fridge. Penggsannn.

Resipi sambal tempoyak ni, sikit lebih kurang cam ni. Cuma Kjee tak bubuh petai dan serbuk kunyit. Tadi Kjee celur terung tu, pastu campakkan ke dalam sambal ni. Itu jer.

Saturday, October 8, 2011

KARI DAGING DENGAN SAMBAL PETAI TEMPOYAK..KENA KER?





Ala kita yang buat dia kan? Kena ke tidak, kalau dah tekak kita teringin sangat nak makan, hujan ribut ker, banjir ker, tsunami ker, tetap kita redah.

Hari tu, lebih tepat hari Selasa, masa Nadia mula2 kena keracunan, Kjee balik dari seminar Ziarah kat Flamingo, sepanjang jalan teringin nak makan kari daging. Home made punya. Tak mau yang beli.

Sampai rumah Nadia kata dia tak sihat. Tapi dek kerana nak sangat makan, Kjee terus ke dapur sorang diri dan masak. Sebelum balik Kjee dah suruh Nadia keluarkan daging batang pinang.

Godek punya godek kat dapur, tak sedar Nadia rupa2nya serius sakit. Tapi dek kerana dia diam, ingatkan sakit biasalah. Tapi itu bab lainlah.

So Kjee pun masaklah kari daging. Pastu nampak pulak petai yang Unclepali beli kat Simpang Renggam. Hmm sempat Kjee projek buat masak tempoyak.

Bila dah masak, Kjee makan punyalah berselera. Resipi kari daging ni dah selalu Kjee buat. Cuma kali ni Kjee tambah serbuk lada kering nak bagi lebih pedas. Hari tu Kjee masak guna daging tetel (sini). Tapi maklumlah daging tetel sebenarnya tak berapa sihat. Sekali sekali bolehlah kan. Kalau nak resipi, tengok jer kat situ yer. Resipi sambal tempoyak kalau korang teringin, tengok sini.

Masa Kjee meniaga dulu, Kjee buat kari daging bersama roti jala. Ramai tanya camner Kjee buat kari daging jadi pekat. Isyhhh kalau nak pekat, janganlah kedekut bubuh rempah. Pastu, pastikan rempah tu betul2 garing atau masak dengan sempurna. Ada orang buat dia tumis rempah tu sikit lebih kurang jer.


Dulu masa mula2 belajar buat kari, Kjee pun buat begitu. Tumis rempah dia sikit lebih kurang pastu, campakkan semua bahan2 lain. Satu hari Kjee tengah makan kat satu gerai bawah pokok kat Cheras. Ada satu pakcik ni, ala2 orang Pakistan pun ada. Dia asyik cerita pasal masak nasi kandar. Kjee pasang telinga. Bukan main kuat lagi dia bercerita sampai semua orang pasang telinga masa tu.


Kata pakcik tu, orang KL tak tahu rahsia masak kari ala Penang yang sedap tu. Rahsia dia, rempahnya mestilah dimasak sampai betul2 cukup masak. Itulah rahsia sebenar masak kari!

Sejak itu, Kjee follow tips yang diberi oleh pakcik tadi. Dan alhamdullilah, ramai kata kari yang Kjee buat memang sedap. Thanks to the pakcik.

So, kalau korang ada cara sendiri buat kari, gunakanlah tip pakcik tadi. Mesti masak rempah tu sampai sempurna baru masukkan bahan2 yer. Yang lain ikut lah cara korang.

Thursday, September 29, 2011

SIMPLE DAN SEDAP!! TAPI AWAS YANG PAKAI SUSUK!!

Pucuk daun kelo


Bila dah siap masak


Hari ni Kjee nak cepat. Kena siapkan skrip dalam kadar terpantas! So lepas bekfas codok jagung dengan udang tadi, terus Kjee prepare masak untuk lunch. Hari ni nak masak simple2 jer. Tak boleh buang masa banyak2 kat dapur.


Pokok Moringa dan buahnya
So Kjee keluarkan ikan Jepun berbaki hari tu. Nak goreng garing2. Pastu sayur? Kjee nak suruh Unclepali pergi cari pucuk ubi tapi last minute Kjee ubah keputusan. Dua hari lepas, kat Taman Melawati, ribut angin. Pokok kelo depan rumah Kjee hampir menyembah bumi. Hah itu idea.


Pokok kelo atau moringa adalah pokok yang mengeluarkan kacang kelo yang panjang2 yang orang buat kari atau bubuh dalam dhal. Sedap sangat. Arwah mak dulu selalu buat tapi Kjee tak pernah buat lagi. Daun pokok depan rumah Kjee ni selalu diambil oleh Aci yang duduk berhampiran rumah Kjee.


Pelik tengok dia suka sangat ambik, Kjee tanya buat apa. Sengih2 dia jawab masak lemak putih. Budak2 Alam Flora yang hangkut sampah pun selalu hangkut sekali kacang kelo kalau musim berbuah.


Kecur tak?!!
Nak tahu cerita, ada segelintir manusia yang tak suka pokok ni. Kalau nampak pokok ni, cepat2 berpaling tempat lain dan tak berani nak dekat. Ya ker? Kjee gormal ker? Tak!! Serius ni.


Ada dua jenis manusia yang Kjee tahu tak suka pokok ni. Satu yang guna susuk. Pantang nenek moyang lalu bawah pokok ni. Habis tawaq segala'khasiat susuk' yang depa guna. Nombor dua, jenis manusia yang ada ilmu. Yang warna hitam ke biru ker purple ker, Kjee tak pasti. Tapi macam tu jugaklah. 'Khasiat ilmu' tersebut akan tawaq kalau terkena tempias pokok ni.


Ikan Jepun goreng garing2
So tadi Kjee suruh Unclepali petiklah pucuk daun kelo untuk buat masak lemak putih. Masak lemak putih biasa jer yang campak bawang hiris dan sedikit udang kering. Pastu bubuh santan dan didihkan. Bila mendidih masukkan sayur pokok kelo yang Kjee rendam dan cuci bersih2. Maklumlah pokok duk kat luaq. Terkena macam2 habuk yang tak sihat. Oh ya Kjee hiris cili hidup dan campakkan sikit lada hitam kisar. Buang angin. Itu jer.


Ini rupa Ikan jepun
Rasanya bila dah masak? Rasa macam biasalah, kalau guna pucuk2 daun. Ada pahit2 sikit macam kita buat lemak pucuk ubi. Hmmm lain kali kalau tak ada sayur, bolehlah buat lagi. Dua bulan sekali Unclepali cantas pokok tu sebab cepat sangat dia naik.


Selain itu Kjee goreng ikan, petai jeruk dipadankan dengan tempoyak dan masak nasi putih. Kejap lagi boleh makan. Sure berpeluh nanti.


Hari tu Kjee balik kampung, Kjee hangkut balik buah kelapa. Harga santan segar sekarang kat KL dah RM6 sekilo. So kalau perah santan sendiri boleh jimat, especially kalau kelapa kampung dapat free. Hehehe. Mak mertua (MIL) Kjee tanya: "Hang ada mesin kelapa kat umah ker?". Isyhhh mana ada mak. Hang buat camner? tanya mak. Ceq sagatlah kalau rajin. Terkejut MIL. Rajin hang, tambah MIL.


Kalauuuu rajin. Kalau malas, Kjee buang kulitnya dan ricik kecik2, masukkan dalam blender dan trrrrr. pastu tapis. Oklah kan? Jimat belanja dan selalu ada santan fresh. Hehehe


Haa ini cara Kjee buat santan!

Tuesday, September 20, 2011

ASAM PEDAS IKAN JEPUN DAN TEMPOYAK PETAI JERUK

 Masa Kjee ke Sri Ternak semalam, Kjee mulanya frust jugak sebab tak banyak pilihan ikan. Selalunya malam2 buta banyak ikan yang dipamerkan. Rupa2nya dah dua atau tiga hari pasaraya itu kehabisan stok, kata Arie, adik angkat Kjee yang meniaga western food kat Arima Western.

Masa Kjee nak pusing ke tempat ayam, mata Kjee terpandang ikan ni. Rupanya macam ikan merah. Warna dia merah2 biru gitu. Kjee pandang tanda kat situ yang tertulis Ikan Jepun, 1 kg RM14. Kjee pun belek2. Bahaya ni. Unclepali cerewet sangat pasal ikan. Banyak jenis dia tak makan. Kjee dan Nadia, tak cerewet teruk sangat macam dia.

Gambar ikan Jepun Kjee cilok kat sini. Mohon Izin share yer.
Kjee belek2 dan pilih dua ekor. Suruh budak tu timbang dan siang. Sisik ikan tu taklah tebal. Sikit lebih kurang jugak macam ikan merah. Bila dah balik rumah baru teringat...isyhhh kenapalah tak amik gambar.

Padi tadi Kjee keluarkan ikan tu dari freezer. Rendam ikan. Pastu rendam jugak cili kering dalam air panas, Kjee pun keluar ikut Unclepali gi antar Nadia. Balik dekat pukul 2 petang terus Kjee sibuk nak masak. Lambat kan. Tapi dek kerana dah keluarkan ikan tu, terpaksalah jugak masak.

Masa cuci ikan tu tadi, Kjee pelik. Banyak sangat lemak! Hmm mulalah Kjee risau Unclepali tak makan. Kemudian selepas rendam seketika dalam air asam jawa, hilanglah lemak.

Tetapi apabila makan, terkejut Kjee. Rasanya seakan2 ikan terubuk kahwin sama ikan parang! Serius ni. Sedap sangat buat asam pedas. Unclepali pun relax je makan sampai bertambah! Wah ikan ini akan jadi satu kemestian kalau Kjee ke Sri Ternak lagi.

Satu lagi kelebihan ikan Jepun ini ialah ia tidak mempunya tulang atau duri halus2 macam ikan terubuk dan parang! Tulang dia kasar2 macam ikan merah. Kjee pasti kalau dibakar pun sedap sebab ikan ini cukup lemak! Tak rugi mencuba. Tidak merbahaya untuk kanak2 dan warga emas!

Kalau korang nak resipi, klik sini. Maleh nak salin balik. Sama jer cuma kali ni Kjee bubuh dalam 1 sudu besar lada hitam tumbuk.

Dekat pukul 3.30 petang barulah kami makan. Unclepali tolong tumbukkan cili api nak digandingkan dengan tempoyak mentah. Tak sangka Kjee buat tempoyak itu sebelum bulan tempoyak masih elok. Tapi disimpan dalam peti ais. Lihat sini. Ada dua balang besar!! Yezzza hari2 boleh jadikan menu pembuka selera.

Oh ya hari tu masa petai murah, Kjee beli banyak dan buat jeruk. Apa lagi, berpeluh2lah makan tadi. Sedap sangat. Korang tahu ke buat petai jeruk? Kjee kopek petai dan bubuh dalam bekas serta dicurahkan air panass mendidih. campaklah 1 atau 2 keping asam gelugur. Sehari dua dah boleh makan. Ada orang bubuh sikit garam. Sukatilah. Kita yang buat dia! Hehehe.


Friday, July 22, 2011

SAMBAL TEMPOYAK BUBUH PETAI



Dua tiga hari ni sejak badan rasa tak selesa dan tekak rasa tak sedap, Kjee jenuh memikir apa makanan yang boleh buat Kjee berselera makan. Tiga malam lepas masa pergi Chow Kit, Kjee tengok ramai orang jual petai. Dah murahlah petai sekarang.

Dua minggu lepas, 1 ikat yang ada tiga papan harganya RM6. Kali ni Kjee pergi, 1 ikat yang ada 3 papan, RM3 saja. Apa lagi, Kjee pun cekuplah tiga ikat. Selera besar sangat tapi bila sampai rumah, terus tertutup nafsu nak makan.

Fikir punya fikir, Kjee pun buatlah sambal petai dengan tempoyak. Sambal cara kawan Kjee Wan Azizah dari Pahang yang ajar. Tapi Kjee terlupa cara dia ajar. Nak call dia, nombor telefon tak ada. So Kjee main hentam je lah.

Tapi yang Kjee ingat, Zah atau Liza kata, tumbuk cili api. Pastu tumbuk sekali tempoyak bagi halus. Tak payah bubuh bawang. Pastu masuk dalam periuk, bubuh sedikit air. Pastu jeranglah. Kalau tempoyak tak cukup masam, bubuh asam keping. Lepas tu masukkan jugak petai dan ikan bilis. Kjee terlupa pulak ikan bilis kena goreng ke tidak. So, Kjee ambik keputusan goreng dulu. Dan Kjee masuk bilis last sekali.

Maka jadilah sambal tempoyak petai seperti dalam gambar. Sayangnya, walaupun Unclepali dan Nadia kata sedap tapi tekak ni masih tak boleh terima. Entahlah.

Agaknya nak cari pulak daging rusa masak rendang, baru berselera makan kot. Ada sesapa tahu mana nak dapat daging rusa? Hehehe


Saturday, July 2, 2011

TEMPOYAK PUCUK KAYU





Akhirnya, kini pasti...korang ingat tak lagu Anita Sarawak tu? Hah hari ni setelah bertahun2 tangguh akhirnya, pastilah sudah Kjee berjaya buat Tempoyak Pucuk Kayu. Eleh...ingat apa tadi kan? Saja sesekali buat gempak. Eh bukan sesekali...dah selalu sangat kan? Kahkahkah

Entah kenapa selama ni tak buat. Bukanlah susah sangat macam nak buat kek Alunan Kasih, Kek Karamel ataupun Apam Dot Dot kan? Tapi kalau ada penyakit M memang susah sebab nak buat ni renyah sikit. Kena hiris atau mayang semua pucuk2 halus macam buat bunga rampai.

Tadi Kjee buat sendiri. Tak boleh harap anak dara kita. Nanti dipotongnya lebar2 dua tiga inci. Masuk dalam perut hancur jugak, nanti dia akan kata. So sebelum dia nak kata, biarlah mama dia buat. Kalau tidak, Anita Sarawak nyanyi pulak lagu lain...'periuk belanga terbang melayang layang', kan?

Kjee dapat resipi ni dari adinda Kjee lagi sorang yang suruh Kjee panggil dia Along. Eh bukan Ah Long tu tapi Along ni Kak Long, sebenarnya.

Kjee guna tempoyak yang MIL bagi hari tu. Kalau nak buat Tempoyak Pucuk Kayu ni kena start awal sikit. Banyak tu yang nak dihiris. Tadi Kjee hiris sampai satu dulang bulat seramik yang besar tu. Sementara nak tunggu Unclepali gi kebun petik pucuk ubi dan daun kaduk, Kjee pun mula projek dengan hiris daun kunyit dan pucuk labu. Nadia kerjakan petai. Unclepali balik bukan sahaja bawak pucuk ubi dan kaduk, dia turut bawak balik bunga kantan pemberian jiran.

Okay kalau dibiarkan Kjee ni, panjang pulak merapu so kita tengok keperluan buat lauk ini.


BAHAN2:

pucuk ubi*
pucuk labu*
daun kunyit (6 helai)*
serai (6 batang)
daun kaduk*
bunga kantan* (optional)
petai (suka hati)
cili api (suka hati. lagi pedas lagi sodap)
kunyit hidup (2 inci)
tempoyak (1 mangkuk)
santan pekat (1 mangkuk)
asam keping (2 keping)
ikan bilis (segenggam)

CARA:

Mayang sampai halus semua yang bertanda *. Sebelum mayang cuci bersih2 dulu dan keringkan ya. Tumbuk (Kjee blend) cili api, serai, kunyit hidup dan tempoyak bersama kira2 1 mug air sampai halus.

Kemudian masukkan dalam periuk (Kjee guna kuali besar) bersama santan pekat dan jerang hingga mendidih. Bila dah mendidih Kjee masukkan petai dan juga ikan bilis yang ditumbuk kasar.. Petai lambat empuk jadi masukkan dulu.

Dah setengah empuk petai tu, baru masukkan asam keping dan semua sayur2 yang telah dimayang halus. Perlahankan api dan masak lagi sampai pekat. Kjee hanya bubuh garam di penghujung sebab tempoyak kekadang masam sangat. Kalau guna tempoyak yang sudah sedia masam, suka hatilah nak bubuh asam keping atau tidak.

Lauk ni sedap kalau dibuat pedas. Lagi lama simpan dalam peti ais lagi sodap.



TEMPOYAK AIR TANGAN KJEE LAGI








Ini kali kedua Kjee buat tempoyak sendiri. Kjee tak ingat siapa yang ajar Kjee buat tapi yang pasti dia orang kengkawan Kjee di page Kongsi resipi. Bagus bebenar page tu. Semua ahlinya tak kedekut bagi ilmu. Terima kasih.
Durian ini yang Kjee buat tempoyak

Tapi tempoyak Kjee kali ni special sikit. Satu sebab durian free. Terima Kasih adindaku Sharifah Rosida. Eh bila pulak Kjee ada adik keturunan Arab hah? Kalau nak tau Shida ni adik beradik Kjee sepusat sepusing. Kalau korang tak tahu apa makna sepusat sepusing, baca sini 


Sebenarnya orang kalau nak bagi Kjee barang2 free, Kjee malu betul nak terima. Apa lagi nak mintak kan? Melainkan kalau orang tu betul2 kita kenal dan close to our hearts. Macam Shidah ni, walaupun dia dan suami dia SB muda dari Kjee, namun Kjee tetap hormat mereka berdua. Hormat dan sayang hingga ke akhir hayat. Tanpa mereka, mungkin tak terdirilah mesjid Kjee dan Unclepali!

So pagi semalam apabila Kjee dapat call dari suaminya yang Kjee gelar SB (pendekkan nama dia bukan Special Branch tau), arah Kjee ke rumah dia amik durian sebelum pukul 12 tengah hari. Kjee jadi bingung. Waktu tu dah pukul 9 pagi. Kjee dah siap2 nak ke Branang tolong amikkan ubat seorang sahabat yang tak berapa sihat.

Macam2 alasan Kjee bagi. Suruh dia simpan dulu dalam peti ais (sebab lepas solat Jumaat mereka nak balik ke Johor). Tapi Kjee memang cairlah dengan SB dan Shida ni. Mujurlah Unclepali setuju nak pergi. Bukan dekat rumah dia orang tau. Kat Teluk Panglima Garang, Banting!


Tapi berbaloi2 lah Kjee dan Unclepali pergi. Dapatlah kira-kira 20 biji deghoyan. Shida ni kalau nak bagi apa2, memang tak hengat dunia! Bagi kelapa pun sampai 40 biji hari tu. Terima kasih daun keladi, kalau nak bagi apa2 lagi macam rumah ke kereta ker, duit dalam ASB ke, bagilah tahu yer. Mesti cepat aku sampai! Kahkahkah.

Okaylah banyak merapu. Korang nak tahu ke camner Kjee buat tempoyak? Korang sediakan balang ke, bekas ceramic ker atau pyrex. Pastu korang buang biji deghoyan. Amik isi je. Pastu campur dengan sedikit jer garam tau. Kjee baru dapat ilmu baru dua tiga hari lepas. Kalau nak bagi tahan lama, tabur sedikit gula atas durian sebelum ditutup bekasnya. Tak payah dikacau2.

Kalau nak isi durian dalam bekas, jangan sampai terlalu penuh. Nanti meletup. So bubuhlah paras ¾ bekas. Jangan tutup rapat. Simpan kat luar selama dua hari baru masuk peti ais. Lepas tiga hari boleh makan. Sedap giler babe!

Ada orang kata kalau nak tahan lebih lama, simpan dalam bekas kecik dalam freeezer. Bila nak guna baru keluarkan. Ya Ker? Kjee pulak kalau nak tahan lama, jangan makan. Sampai bila2 pun tak habis. Kahkahkah