DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label bekfas. Show all posts
Showing posts with label bekfas. Show all posts

Friday, January 22, 2016

HASHBROWNS UNTUK SARAPAN






Pagi ini kononnya nak buat Hashbrowns untuk breakfast kami bertiga tetapi terkejut sedar-sedar dah pukul 6.30 pagi. Sempat Suboh lepas tu berlari ke dapur. Tapi UnclePali dan Nadia kata tak sempat kot nak sarapan bersama. Nadia asyik bising hari-hari jalan kat Keramat jem. UnclePali tak complain sebab mungkin dia drive ikut jalan lain.

Hashbrowns adik beradik lempeng. Kalau mak kita mesti kata.."ohhh Lempeng Kentang Sagat". Hehehe.

Tetapi oleh kerana dah teringin nak makan, Kjee pun buatlah. Buat sebiji aje cukuplah. Tetapi bila tengok kentang dalam pantri, semuanya besar-besar sebab masa beli hari tu plan nak buat inti karipap. Kentang besar senang nak kopek kulitnya dan dadu untuk inti.

Bila dah sagat baru Kjee sedar boleh buat dua biji Hashbrowns kalau guna kuali kenit non stick yang berukuran lebih kurang 6 inci. Hmmm kalau dua biji, maknanya, hari ni tak payah lunch. Elok jugak sebab Nadia dah warning pepagi tadi suruh Kjee rehat. Tiap malam dia balik, Mama dia asyik komplen penat. Hehehe.











Okay selepas buang kulit, Kjee sagat guna box grater. Perah dan buang air kentang tadi. Dadu sebiji bawang besar dan campur. Kemudian pukul telor sebiji, letak garam dan lada hitam. Gaul telor itu bersama kentang dan bawang tadi. Rasa. Mesti secukup rasa.

Kemudian panaskan kuali. Kjee guna kuali non stick yang berukuran 6 inci. Sapu sedikit mentega dan kaup kentang tadi letak dalam kuali dan leperkan. Jangan terlalu tebal. Guna api sederhana. Hanya diterbalikkan setelah dirasakan ia sudah garing. Kalau tidak, risiko Hashbrowns akan pecah. Pastikan Hashbrowns cukup masak baru dialihkan ke pinggan.

Ada perbagai cara untuk makan Hashbrowns. Kjee pernah jadikan ia burger. Caranya, letak daging burger yang telah dipanggang diatas sekeping Hashbrowns. Kemudian letak salah atau tomato dan lapikan dnegan sekeping lagi.

Kjee jugak pernah makan dengan Scrambled eggs. Dan jugak kalau malas, goreng aje Telor Mata.

Hari ni, Kjee letakkan sekeping cheese diatas Hashbrowns dan makan dengan Baked Beans.

Boleh makan dengan sambal tumis. Sukati kan. Tekak kita. Dan kita yang buat dia. Hehehe.

Selamat mencuba.




Hashbrowns dengan Scrambled Eggs



Hashbrowns Burger



Hashbrowns dengan Telor Mata Kerbau



Saturday, November 14, 2015

KALI PERTAMA KU BUAT LAKSAM






Ini salah satu makanan yang Kjee dan Nadia cukup suka makan. Kalau singgah gerai orang Kelantan untuk sarapan, wajib order! Kjee kan suka makan letak kuah yang banyak. Jadi, setiap kali order mesti mintak kuah lebih. Tapi yang diberi hanya lebih satu sudu. Maunya tak sakit hati kan!!

Tiap kali teringin nak makan, Kjee akan google dan tengok images Laksam yang buat Kjee terliur. Tengok jer tapi nak buat macam tak berani. Hehehe.

Beberapa hari lalu, Kjee terserempak dengan Laksam dalam blog GeeHut. Alamak Gee buat laksam. Macam senang jer. Kjee pun browse resipi dia. Alamak mudahnya buat kuah tu rupa-rupanya. Jerang jer tak payah tumis! Wah mencabar ni!

Bab buat Laksam mulanya Kjee runsing jugak. Tapi kata Nadia: "Apahal Mama nak risau. Kita kan pernah buat Chee Cheong Fun. Adik beradiklah tu. Cuma CCF guna tepung ubi, kalau Nadia tak silap." Betul sangat-sangat. Buat CCF lagi susah! Ianya sangat nipis dan nak gulung pun satu hal!!





Guna Pastry Cutter lagi mudah. Spatula pun boleh

Gulung sebaik keluar kukusan

Kira okaylah buat kali pertama kan?



Jadi, mulalah kami dua beranak projek sejak lepas sarapan pagi tadi. Start buah kuah dulu. Ikut resipi, ikan Selayang 1 kilogram, 3 atau 4 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, ½ inci halia, ½ kilo santan (Kjee guna 1½ kotak santan cap Ayam), 1 sudu besar lada hitam kisar, 1 keping asam gelugor dan garam sesedap rasa.

Rebus ikan dalam air yang menutupi paras ikan sampai masak. Dah masak, keluarkan dan sejukkan seketika sebelum diambil isinya. Tapis air rebusan ikan.

Kisar bawang merah, putih serta halia bersama air rebusan ikan tadi. Apabila sudah halus, masukkan pulak isi ikan ke dalam blender dan kisar hingga halus. Kena betul-betul halus. Kalau tidak cukup air, tambah lagi. Kisar hingga habis. Air yang digunakan harus secukupnya untuk menjadi kuah.

Masukkan ke dalam periuk, hidupkan api dan jerang hingga mendidih. Kemudian masukkan santan dan terus jerang guna api sederhana. Perasa dengan garam dan letak jugak 1 keping asam gelugor dan 1 sudu besar lada hitam kisar.

Apabila sudah cukup rasa, padam api.








Sekarang bab buat Laksa. Perlu sediakan kukusan. Jerang air. Kalau ada tudung periuk, boleh guna. Kjee tak ada tudung periuk leper jadi Kjee guna loyang yang muat dalam kukusan.

Bahan-bahan untuk Laksam ialah 3 cawan tepung beras, ½ cawan tepung gandum dan 5 cawan air suam (3 cawan air panas mendidih dan 2 cawan air sejuk disatukan). Letak 1 sudu kecil garam ke dalam air dan kacau.

Campur kedua-dua tepung dan curahkan air. Kacau hingga sebati. Kjee sambung dengan mengisar bancuhan tepung itu. Tak perlu tapis dah. Kalau tak blend, perlu tapis.

Panaskan loyang dalam kukusan setelah disapu sedikit minyak. Apabila sudah panas, curahkan lebih kurang dua senduk adunan tepung ke dalam loyang. Kukus hingga masak.

Keluarkan dan gunakan pastry cutter (kalau ada) untuk gulung Laksa. Kalau tak ada, spatula pun boleh.  Kukus lagi hingga habis. Adunan tadi boleh jadi 8 hingga 9 gulung Laksa.

Ulam ikut suka korang. Tadi Kjee guna taugeh yang telah dibuang ekor, kobis, kacang panjang dan timun. Kalau ada bunga kantan boleh dimayang halus. Ricik jugak halus-halus daun kesom.

Untuk sambalnya, Kjee tumbuk 4 biji cili merah bersama sedikit garam

Cubalah buat. Tak seteruk mana pun. Lagi puas hati makan sebab boleh letak banyak mana kuah yang kita suka.

Hari ni Kjee sendiri yang amik gambar sebab UnclePali pergi kenduri. Terkial-kial jugalah dengan Nadia. Lain kali tak mau cerewet sangat kalau UnclePali amik gambar. Tapi sentuhan dia sangat elok berbanding Kjee. Huhuhu.










Tuesday, November 10, 2015

GARLIC BREAD + SCRAMBLED EGGS










Dah dua hari Nadia beli Baguette aka Roti Perancis. Memang Kjee plan nak buat Garlic Bread makan dengan Mushroom Soup malam tu. Kemudian buat pan fry Dory Fish. Bakar pulak kentang. Yummy kan? Tapi like I said hari tu, segala yang dirancang tak semestinya menjadi.

Maka pagi tadi Kjee buat untuk sarapan pulak... Garlic Bread dengan Scrambled Eggs. Idea nak buat ni, spontan jer. Mulanya Kjee nak grill jer roti tu pastu sapu tuna yang dalam tin. Malangnya, tak ada stok. So, tiada rotan, akar pun berguna. Hehehe.

Breakfast camni, kena ajar anak-anak remaja buat supaya ringan sikit beban menyediakan sarapan hujung minggu kan? Kalau ada mushroom soup, lagi best tapi malas pulak nak godek fresh mushroom soup pepagi buta. Sejak pandai buat fresh mushroom soup sendiri, dah tak pandang lagi yang dalam tin. Hehehe.





Garlic Bread


Nak resipi Garlic Bread, KLIK SINI.

Untuk scrambled eggs, Kjee pukul manja 3 biji telor, letak sedikit garam dan secubit lada hitam kisar. Kemudian panaskan kuali non stick, letak lebih kurang dua sudu butter. Guna api perlahan untuk cairkan butter. Kemudian tuangkan telor tadi. Guna api sederhana, kacau perlahan-lahan telor hingga hampir pekat. Kemudian cepat-cepat padam api. Jangan masak terlalu kering. Biar masih mentah-mentah sikit telor tu.

Letak Scrambled Eggs atas Garlic Bread selepas roti itu siap di panggang.




Sunday, September 20, 2015

LEMPENG LETAK JAGUNG DAN UDANG







Drama satu babak.
scene: 1
location: Living area
props: lounge chair, tv, kudapan
pelakon: Nadia, Mama

Nadia: Mama, ada jagung tak?
Mama: Jagung? Cuba cek dalam freezer. Rasanya ada baki jagung manis frozen

Nadia pun bangun. Pergi ke freezer. Kemudian bukak kabinet pantry.

Nadia: Tak ada Mama.
Mama: Isyhh cuba cek betul-betul.

Cut

Itu kisah semalam yang sempat dirakam. Nadia kata dia nak makan cucur jagung leper yang pernah Kjee buat beberapa tahun lalu. Letak jagung manis dan udang. Baru teringat resipi tu. Kjee jumpa dalam salah satu buku resipi Thai.

Semalam cari buku tu. Masa nak guna, tetiba ghaib! Sapalah sorokkan buku resipi Thai ku itu!!!!

So pagi tadi, Kjee ke dapur. Cuba ingat resipi Thai tu tapi tak muncul dalam fikiran. So, what's next? Of coz cooking without a recipe. Samalah macam resipi hantamlah saja labu!

Tapi mokcik tetap sukat. Manalah tahu kalau menjadi kannnn. Heheheh.








Kjee sukat ½ cawan tepung gandum, ¼ cawan tepung beras dan ¼ cawan tepung jagung. Gaulkan. Kemudian Kjee cincang 1 labu kecik bawang besar dan cili padi. Ikut suka nak pedas mana. Campurkan ke dalam tepung.

Telor sebiji dipukul manja dan diletak dalam tepung tadi. Kemudian, letak 1 cawan air dan gaul hingga sebati. Adunannya agak basah bukan doh. Kemudian Kjee ramas-ramas 1 chicken cube. Kalau nak letak bilis cube pun okay. Gaul rata.

Kalau tak mau letak chicken/bilis cube, perasa dengan garam dan pak aji kalau guna.

Kemudian Kjee masukkan kira-kira satu mangkuk jagung. Tak kisahlah yang beku atau yang segar. Selepas gaul, Kjee letak lebih kurang ½ mangkuk udang halus. Kalau guna udang kasar, cincang dulu kasar-kasar. Gaul hingga sebati.

Panaskan kuali. Kjee guna non stick frying pan. Letak sedikit sahaja minyak. Bila minyak dah panas, perlahankan api dan letak satu senduk adunan. Bagi rata adunan itu.

Apabila sudah nampak brown, terbalikkan. Masak hingga garing. Ulang sampai semua adunan habis.

Hidang dengan sos cili Thai atau apa jer yang ada. Sesuwai gak untuk minum petang.









Saturday, September 19, 2015

MIHUN GORENG BUKAN BODOH... HEHEHE








Tiap kali Kjee masak Mi ataupun Mihun Goreng Bodoh, ramai terjerit! "Tang mana bodohnya?" tanya mereka! Oppppsss salah ker? Kjee bab macam ni memang kureng sikit. Orang kata mihun atau mi goreng bodoh, Kjee ikut ajelah.

Apa sebenarnya Mi atau Mihun Goreng Bodoh?

Ada yang kata, ia digoreng gitu-gitu jer. Tak ada bubuh apa-apa perencah. Eh biar betul! Macam mana orang boleh kata Mihun atau Mi Goreng Bodoh tu sedap, kalau tak ada perencah?!!

Macam Mihun Goreng yang Kjee buat pagi tadi. Tak ada banyak pun perencah yang Kjee letak. Kjee tumbuk bawang putih dan bawang merah bersama sedikit udang kering. Kemudian Kjee selongkar peti ais. Cuma ada udang halus (tak lah halus sangat) yang telah dibersihkan, sebanyak segenggam.









Kemudian cari pulak cili kisar. Jumpalah dalam dua sudu. Sawi pun ada dalam tiga tangkai. Mihun jenama Tayba pulak ada dalam ½ peket. Okaylah tu kan untuk sarapan kami tiga beranak.

Maka itulah kejadian untuk sarapan pagi tadi. Selepas siap masak, Kjee buat telor dadar nipis (guna dua biji telor). Bila dah sejuk, Kjee hiris-hiris dan tabur atas mihun yang dah siap masak.

Selepas ini nampaknya, tak lah boleh panggil Mihun Goreng Bodoh lagi kan? Sebab ada kata Kjee bubuh lauk (lauk?) so bukan masuk dalam kategori Mihun Goreng Bodoh. Hehehe suka ati korang lah.






Tuesday, September 8, 2015

CUCUR JAGUNG MANIS GARING







Cucur Jagung sarapan di pagi yang dingin. Ia cukup versatile. Untuk minum petang pun sangat okay. Cicah dengan sos cili. Pastu minum kopi O panas. Perghhhh.

Kjee buat cucur bulat-bulat kali ni letak jagung manis, bawang hiris dan bilis. Bukan guna jagung fresh tapi yang beku atau frozen jer. Itu yang ada. Kalau letak jagung fresh tentu lagi manis. Ala apa ajelah yang ada kan?

Ini bukan cucur manis ya. Cuma letak jagung manis.

Kjee guna kaedah 2 cawan tepung 2 cawan air panas mendidih. Campur semua bahan-bahan termasuk sedikit garam ke dalam besen. Buat lubang ditengah-tengah dan curahkan air panas. Gaul panas-panas guna senduk. Biarkan seketika.

Dah sejuk sikit, bentuk bulat-bulat. Tadi Kjee guna dua sudu tadi untuk bentuk bulat. Malas nak kotorkan tangan. Hehehe.

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan satu persatu dan perlahankan api. Balik-balikkan setelah nampak brown. Goreng hingga garing.

Tadi Kjee buat, luarnya garing, dalamnya lembut. Sedapnya cicah cili sos. Kat luar pulak hujan lebat. Adoiii tak sedar habis satu besen. Besen ayan kecik jer tu. Hehehe.

Dulu pun Kjee pernah buat. Klik SINI.






Tuesday, August 18, 2015

UNCLEPALI BUAT PANCAKES







Kjee selalu konfius. Pancakes ni asal orang kita buat atau Mat Salleh? Kita memang ada Lempeng Tepung atau ada orang panggil lempeng pekak. So, sapa tiru sapa! Tulis sambil cekak pinggang.  Hahaha.

Anyway, arini UnclePali buat Pancakes resipi omputih walaupun Kjee suka lempeng orang kita. Hari tu makan kat gerai pelakon Rena Tan kat Wangsa Maju, depan Seri Rampai Business Park. Sedap cicah dengan sambal tumis hijau dia.

UnclePali hanya buat pancakes kalau Nadia tak kerja. Hari ni Nadia cuti sebab pagi semalam dia terjatuh dan terseliuh kaki. So, memandangkan Nadia suka makan pancakes airtangan Papa dia, maka yang kena buat adalah UnclePali. Kjee tak lulus bab buat pancakes. Actually alasan malas nak buat. Hehehe.

Oleh kerana UnclePali jarang buat, maka Kjee intai entry lama. Sukatannya 2 cawan tepung gandum, 2 cawan susu segar (Kjee guna susu cair), 2 sudu besar butter dan 1 biji telor. Blend semua sampai sebati. Resipi penuh, korang check kat SINI.












Apabila Kjee kata dua cawan tepung, UnclePali garu kepala. "Dua cawan? Banyak jadi nanti. Sapa nak makan?" Kjee suruh dia guna cawan comel ala Old Town White Coffee tu. Apa-apa bekas yang kenit pun tak apa kalau yang nak makannya tak ramai. Atau mungkin boleh buat separuh adunan jer. Telor biar sebiji.

Sekejap aje UnclePali siap buat. Dia guna kuali non stick yang kenit... yang 6 inci tu. Dapat dalam 15 keping agaknya! Lain kali nak buat separuh jer adunan.

Kebetulan, my dear sister, Kak Hawa yang tinggal di Australia, kembali bercuti Raya aritu. Kjee kirim kat beliau Maple Syrup. Beliau beri Kjee 3 botol. Sukanya Kjee sebab Maple Syrup ori memang mahal. Hanya dijual di supermarket besar sahaja.

So, tadi kami makan Pancakes dengan Maple Syrup. Nasib baik tak ada sambal tumis. Kalau tidak, Kjee pasti makan dengan pancakes ni. Tekak Melayu. Opppsss Jawa. Hehehe.




Sunday, August 16, 2015

ROTI BAKAR BERSAMA TELOR DAN CHEESE











Kjee suka sangat cari idea nak pelbagaikan makanan berasaskan roti. Macam-macam dah Kjee try. Dan ini yang terbaru... Kjee bagi nama Roti Telor Cheese Bakar. Kjee jumpa resipi ini kat FB seorang rakan.

Caranya ala-ala Roti Bakar letak telor separuh masak yang Kjee pernah buat dulu. Cuma kelainannya roti ini dibakar, dan ditaburkan cheese.

Rasanya? Hmmm bayangkanlah roti bakar, letak telor separuh masak dan ditabur cheese. Kjee malas nak panaskan oven, jadi Kjee guna Magic Pan. Lebih menarik, rasanya, kalau dibakar dalam oven.

Ini satu menu sarapan yang boleh disediakan anak-anak. Ajak mereka tolong kita buat, lain kali dia orang boleh buat sendiri. Dan mama semua boleh relax. Hehehe.

Kjee guna brown bread Gardenia. Kjee guna sudu untuk penyekkan roti di bahagian tengah. Penyekkan sampai ada 'benteng' yang tinggi sikit, sekeliling.








Kemudian, Kjee panaskan Magic Pan. Kalau guna oven, panaskan ke suhu 160. Selepas magic pan panas, Kjee slowkan api dan susun roti didalam Magic Pan. (Kalau guna oven, susun roti dalam dulang pembakar).

Kemudian, pecahkan telor ke dalam bahagian tengah roti yang telah dipenyekkan. Hati-hati jangan tertumpah putih telor keluar dari kawasan tu. Seelok-elok guna telor gred C. Kjee taburkan sikit lada hitam (Kjee guna ajishio blackpepper). Kemudian tudung tudung Magic Pan. Api kena paling low sebab takut bahagian bawah roti, rentung.







Selepas 3 minit, Kjee bukak kembali Magic Pan. Kalau nampak putih telor dah berubah warna sikit, taburkan cheese di sekeliling 'benteng' roti. Kjee guna Ceddar Cheese Slice yang didadu kecik-kecik. Tutup kembali penutup Magic Pan. Periksa lagi 3 minit kemudian. Kalau kuning telor sudah kelihatan masak sikit, boleh alihkan.







Kuning telor tu harus 'runny' atau cair seperti kita makan telor separuh masak. Hidangkan panas-panas. Enak kalau dimakan bersama Mayonaise ataupun Sos Cili pilihan.

Boleh juga pelbagaikan dengan meletak sosej yang telah dihiris nipis di sekeliling roti, sebelum tabur cheese.

Kalau nak roti telor yang biasa Kjee buat, klik SINI.









Monday, November 10, 2014

FISH BURGER GUNA IKAN TEMPURA




Hari ni breakfast Fish Burgers lagi. Kali ni UnclePali buat guna Tempura Black Pepper Fish Fillets. Sedapppp.

UnclePali jugak panaskan Fresh Mushroom Soup. Berbaki dari aritu. Simpan frozen.





LIVE MUSIC BUSKERS MASA BEKFAS DI TANGLIN


JALAN JALAN CARI MAKAN



























Kjee selalu sangat pergi makan ikan bakar di foodcourt depan Hospital Tanglin, Kuala Lumpur. Kalau nak ke sana kena masuk dari kawasan belakang Mesjid Negara. Makan ikan bakar kat situ memang meletoppsss. Cuma masalahnya ialah mencari parking.

Jumaat lepas, Kjee dan UnclePali hantar Nadia pergi kerja. Badan dia tak sihat jadi dia mintak kami hantar.

Lepas hantar Nadia, kami pun menilau fikir nak bekfas kat mana. Jalan pulak banyak yang sesak. Sebaik sampai depan Mesjid Negara, Kjee suggest UnclePali singgah kat Food Court Tanglin, pekena Nasi Lemak yang femes.

Umur dah banyak ni pun, tak pernah sekali pun Kjee makan nasi lemak yang terkenal seantero Kolumpo tu.

Macam biasa parking susah. UnclePali ni species yang tak suka double park. Dia tak minat nak alihkan kereta kalau tengah makan. Whatever lah. Tapi pagi tu tetiba dia double park.

"Sekejap jer kita makan. Rasanya tuan punya kereta yang kita nak block ni, mungkin lama park kat sini." kata UnclePali beri alasan. Hehehe. Dah kelaparannya agaknya sebab jam dah pukul hampir 10 pagi.


Fokus kat signboard belakang tu. Bukan wajah yang depan tu yer. Hehehe




Turun sahaja kereta, kami berjalan ke arah foodcourt. Terdengar orang main muzik dan menyanyi. Ohhh ada insan kurang penglihatan main muziklah, kata Kjee kepada UnclePali. Tetapi sampai jer kat situ, UnclePali senyum. Apatah lagi laguThai yang cukup pupular sedang berkumandang. Suara seorang gadis muda.

"Eh bukan pemuzik jalanan kurang penglihatanlah. Buskers," kata UnclePali.

Kami cepat-cepat queue ambik nasi lemak. Mata liar cari meja kosong. Kebetulan ada meja dekat sangat dengan grup buskers tu. UnclePali angkat kening bagi signal ikut dia. Dan sambil makan, kami dihidangkan dengan lagu-lagu lama dan baru dendangan penyanyi tadi. A 4-piece buskers.

Cepat bebenor UnclePali makan sambil seronok menikmati music live di pagi hari. Tak perlu pergi hotel lounge atau kelab. Kalau dah musician, begitulaah perangai bila berdepan dengan live music. Kjee usik UnclePali. "Lain kali abang bawak gitar jam ngan dia orang." Hehehe.










Sebelum balik, Kjee cam biasalah dekati penyanyi. Nama dia Rini. Dan mereka bermain di situ tiga hari seminggu iaitu Selasa, Khamis dan Jumaat. Hari lain grup lain pulak. Lupa nak tanya dari pukul berapa sampai pukul berapa. Alahai mokcik.

Anyway, memang seronoklah breakfast pagi tu dengan dihiburkan muzik dan nyanyian segar. Dah penat dengar radio dengan iklan dan bebelan yang tak tentu arah. Hahaha.

Dah enjoy dengar muzik, pepandailah hulur. Ada beg diletakkan di depan penyanyi tu.

Esok hari Selasa. Nak ajak UnclePali ke sana lagi. Kali ni nak try makan Mi Kari yang geng journalists masa kat NST dulu kata sedap. Oh by the way, nasi lemak Tanglin okaylah. Ada banyak tempat yang jual nasi lemak lagi sodap.

Ada macam-macam lagi makanan lain seperti gambar dibawah. Lunchtime ada ikan bakar yang marvelos!!



Lepas ni nak try makanan lain 


Wednesday, October 29, 2014

GRIILED CHEESE SANDWICH RACHEL STYLE
























Asyik terliur jer tengok Rachel Ray of 30 Minutes Meals di AFC buat, maka pagi ni Kjee pulak buat. Opppsss pembetulan. Not me but my better half. Kjee jadi mandor jer. Hehehe.

Malam tadi, UnclePali beli wholemeal brown Gardenia. Kalau roti buat sendiri lagi sedap tapi sejak akhir-akhir ni Nadia banyak makan Vit M. So mama dia telan air liur jer lah teringat white bread sedap yang dia buat. Eh bukan dia buat. Dia letak jer semua bahan-bahan dalam Breadmaker Noxxa dan dua jam kemudian dah dapat roti benggali atau roti paun yang super delicious. KLIK SINI.

Kjee copy cara Rachel. Dia sapu butter pada roti (one side on each slice) pastu letak slice cheese (kjee bubuh dua slice) dan letak atas grill pan yang sudah dipanaskan.. Sebelah dalam roti yang diletak cheese tak perlu sapu butter.

Pasti UnclePali perlahankan api, dan hempap sandwich tadi dengan piring dan diletakkan batu penumbuk diatas piring yang hempap sandwich tu. Rachel guna batu bata yang dibungkus dengan foil. Harus lepas ni nak round satu taman perumahan tengok kalau ada orang buat rumah. Nak cilok bata batu satu. Hahaha.

Apabila sudah garing, terbalikkan pulak sandwich tu sampai dua-dua belah garing. And then, letak atas piring dan potong dua. Nampak tak cheese tu meleleh. Yummy makan dengan mayonaise dan sos cili.

UnclePali jugak grill sausage dan buat sunny side up egg atau telor ceplok. Hmmm kenyang sampai lunch nanti. Nasib baik tak letak baked beans tadi. Walaupun sedap tapi kenyang sangat pulak kan? Kalau buat scrambled eggs pun sodap.







Friday, October 17, 2014

CEKODOK KENTANG ATAU NAMA GLAMERNYA POTATO FRITTERS



Mata Kjee memang tak boleh pandang orang tayang makanan yang baru. Kreatif sungguh lah budak-budak ni. Ada jer makanan yang boleh buat Kjee terliur. Justru, selagi tak buat, siang malam boleh angau. Hahahah angau?!!

Anyway, makanan terbaru yang Kjee teringin nak buat ialah cekodok kentang atau Potato Fritters iaitu bahasa glamer ramai di Facebook. Kalau diterjemah, Potato Fritters tu sebenarnya Kentang yang telah dicampur tepung dan digoreng. Macam Banana Fritters iaitu Goreng Pisang ehh pisang goreng?

Pagi tadi Kjee pun ke dapur untuk buat Cekodok Kentang alaf baru ni. Ntah jadi ntah tidak sebab buat cekodok nasi pun tak lulus-lulus dari dulu. Che Mat Gebu buat gebu cam dia tapi mokcik buat ntah apa rupanya.

Kjee dapat resipi ni dari FB, DSelly Zass. Tak tau mana dia dapat. Tapi thnx Selly for sharing. Kjee copy resipi tu masuk my handfon tapi bila time buat ntah apa bende yang Kjee letak.

Resipi asal guna 3 biji kentang yang disagat (Kjee guna box grater), 3 sudu makan tepung gandum, 4 sudu makan tepung jagung, sebiji telor ayam dan daun bawang.

Sebaik sahaja Kjee sagat kentang, tetiba baru perasan dalam fridge tak ada daun bawang. Nak suruh UnclePali pergi beli, takut pulak kena silat. So, tak payah ikut resipi ori. But Kjee nak letak udang hidup. Mistake pulak letak seekor seekor. Sepatutnya dicincang dulu baru dicampur ke dalam adunan kentang dan tepung. Nanti Kjee story kena tak boleh bubuh seekor seekor.




Nampak tak udang tu terlerai dari cekodok? Rasanya harus dicindang udang dulu

































Setelah adunan bercampur, Kjee perasan resipi ori tak ada bubuh air. Kenapa? Ohhh mungkin sebab kentang yang sudah sagat akan mengeluarkan airnya. Aku tanya, aku jawab, aku pandai hehehe. Oklah tu. Kemudian Kjee perisakan adunan guna Aji-Shio Black Pepper, sedikit garam dan oh ya Kjee letak 1 sudu besar serbuk cili Babas. Saja nak bagi pedas sikit.

And then gorenglah cam biasa kita buat cekodok. Selitkan juga satu ekor udang dalam secubit adunan yang hendak digoreng. Api jangan besar. And then, Kjee baru sedar silap guna udang seekor-seekor. Ketika goreng, udang tu terkeluar dari tepung. Hah baru terfikir kalau dicincang-cincang udang tu taklah ia terkeluar masa goreng kan!!

Apabila sudah garing, terbalikkan. Kalau api tak besar, maka masaknya sampai ke dalam. Ranggup diluar tau. Kemudian toskan dan cicah dengan sos cili. Tapi UnclePali kata tak perlu makan dengan sos cili dah sebab dah cukup rasa dan pedas sikit sebab guna cili serbuk.

Kjee terlupa satu lagi bahan iaitu telor. Ala kalau tak letak pun okay lah. Seandainya dihiris cendawan shitake atau carrot dan dicampur sekali dalam adunan, tentu sedap kan? Well citarasa masing-masing. Kita yang buat dia.

Elok untuk sarapan, minum petang atau untuk supper.




Sunday, March 23, 2014

ROTI JOHN FOR BREAKFAST AGAIN AND AGAIN





Kalau dah tak ada idea nak sediakan menu untuk breakfast, Roti John seringkali menjadi pilihan. Sebab utama adalah kerana sentiasa ada stok beku inti kuih bakar daging. Hehehe.

Korang nak tau cara membuatnya, KLIK SINI.

Tak tau kenapalah Kjee calit mayo dan sos cili kat bahagian atas Roti John. Sepatutnya di sebelah dalam roti tu kan...atas inti daging dan telor. Otak blur pagi ni. Alaaa kita yang buat dia. Hehehe.



Wednesday, March 5, 2014

ROTI JOHN BY UNCLEPALI































Breakfast Kjee dan UnclePali pagi tadi. Sejak dua menjak ni rajin lak UnclePali buat untuk sarapan pagi. Sedap dan mudah buat tau.

Boleh guna apa roti pun tapi kalau roti burger atau roti hotdog lagi sedap.

UnclePali pukul telor dan perasa sikit. Lepas tu dia campurkan dengan daging inti kuih bakar. Daging inti biasa-biasa jer. Tumis bawang besar, letak sikit rempah kari daging dan bila dah naik bau, bubuh daging, ayam yang dicincang. Whatever yang ada lah macam ikan sardin atau ikan goreng berbaki semalam . Kacau sampai rata. Tepikan.

Roti dibelah dua. Nak bagi putus ke tak, sukatilah. Kita yang buat dia. Pastu sapu butter atau marjerin.

Curahkan telor yang telah dicampurkan dengan telor tu elok-elok kat atas kuali yang telah dipanaskan dan cepat-cepat telangkupkan roti tadi keatas telor tadi. Perlahankan api. Bila rasa dah elok masaknya iaitu garing sikit, perlahan-lahan terbalikkan dan biarkan selama 1 atau 2 minit. Siap,

Angkat dan letak atas pinggan dan kepitkan dua. Kalau ada salad boleh jugak letak. Sedap makan dengan sos cili dan mayonaise.

Boleh sediakan untuk bekal anak-anak ke sekolah.




Saturday, November 2, 2013

HASHBROWN DENGAN SCRAMBLED EGGS










Hashbrowns lagikk? Yo lah. Mokcik tak tahu nak makan apa for breakfast. Roti tak ada. Nak buat cekodok, maleh pulak. Tetiba teringat ada russet potatoes dalam pantry. Itu yang cepat jer dapat idea nak buat hashbrowns ni.

Tapi oleh kerana nak bagi hashbrowns tu garing sikit, nasib baik tak rentung. Itulah api kena slow. Lagipun, Kjee buat guna kuali non stick yang Kjee beli untuk buat rempeyek. Saiz kenit jer, 6 inci beli kat Tesco hari tu.

Sebenarnya, hashbrowns ni boleh digandingkan dengan apa-apa pun lauk berbaki semalam. Sambal tumis ker, rendang ker atau apa sahaja lauk yang kering-kering.

Resipi tak payah bagilah ya. Okaylah nak nak korang tengok entry Kjee dulu kat SINI..



Wednesday, September 11, 2013

WORDLESS WEDNESDAY - HASHBROWNS/SOSEJ/MAGGIE MAMAK