DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Thursday, April 28, 2022

CORNFLAKE COOKIES & TARTS

       Cukuplah kot buat tiga jenis untuk Raya kali ini. Selesai aje bakar Pineapple Dragon Balls tadi, rasa macam nak tumbang. Terlupa sebenarnya kita ni tua dan tak sihat. Dua hati berturut-turut, buat biskut. 😱
       Actually Pineapple Dragon Balls ini bukan Kjee buat arini. Tiga bulan lepas punya baki. Cuma keluarkan dari freezer, defrost sekejap dan bakar. Namanya Dragon Balls sebab ini resipi Raya Cina aritu. Tahun Naga maka digelar Dragon Balls. Ia Closed Pineapple Tarts. 

       Cornflakes Butter Cookies ini memang request dari UnclePali. Dia suka sangat. Lepas biskut tu keluar oven, dia asyik mundar mandir dari depan ke dapur sebab tak tahan dengan baunya. 

        Cara buat sangat mudah. Rasa macam letak susu tapi tak letak pun susu atau telor. Kjee memamg rekemen lah buat biskut ini. 
        So yang nak resipi sila tengok link bawah. Ada juga link untuk Dragon Balls. Selamat menerai. 
   


Untuk Cornflake Butter Cookies, sila klik SINI.
Untuk Pineapple Dragon Balls,  klik SINI. 

Thursday, March 24, 2022

ROCK BUNS


       Rock Buns always remind me of my late mum. Arwah mak selalu buat. Tak tau mana dia dapat resipi. Kjee dah selongkar cari buku resipi peninggalan beliau. Entah mana UnclePali letak dalam setor. Harap2 jumpa agar tidak terkubur resipi Rock Buns mak. 
       Kjee tanya frens kat FB, semua ada kenangan buat biskut ini masa kelas Home Science di sekolah. Tapi resipi tak ada. 
       So kjee intai lah koleksi resipi Cik Google.. Memang adalah!
       Kjee tengok resipinya. Mudah sangat. Pakai gaul-gaul aje. Bahan2 pun tak cerewet. Kjee pilih yang guna dried mix fruit. Itu stok yang ada. Arwah mak dulu guna Black currants. Pilihan kitalah nak letak kismis pun boleh.

       Bahan2 nya 250gms tepung self raising, 65 gms butter, 70 gms gula castor, sebiji telor, 5 sudu makan susu segar dan 100 gms buah-buahan kering campuran. .
       Panaskan oven 170 darjah Celcius. 
       Sapu sedikit minyak pada loyang pembakar.
       Tepung diayak. Masukkan butter ikut kaedah 'rubbing in' sampai jadi macam serbuk roti.  Tuangkan semua buah-buahan kering dan gaul rata. Pukul sebiji telor. Campurkan dengan gula. Masukkan ke dalam adunan. Gaul sampai menjadi doh sambil ditambah satu demi satu sudu susu segar. Kesemuanya Kjee guna 5 sudu makan.

       Setelah menjadi doh, ambil sejemput dan susun atas loyang. Biarlah rupanya macam batu. Tak payah bulat-bulatkan sampai molek.
       Adunan yang Kjee bentuk jadi 30 biji. Kemudian dibakar sehingga perang. Resipi asal  kata 20 minit tapi tambahlah masa ikut kepanasan oven masing-masing.
       Biarkan betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.
       Kenapa namanya Rock Buns? Sebab rupa macam batu. Kelakar UP terkejut Kjee kata Rock Buns. Dia ingat ada lagu Rock baru... "cookies rupa2nya!" 😂😂😂


Monday, February 15, 2021

CORNFLAKE BUTTER COOKIES



     Sejak nampak seorang fren di FB tunjuk Cornflake Cookies dia jual, Kjee dah tak senang duduk. Nampak awesome sangat. Nak order kat dia jauh pulak. Sampai nanti pasti jadi serbuk.
     So you all tentu dapat agak apa plan Kjee seterusnya. Yezzaa buat sendiri lah kan! 😉
     Tetapi Kjee tak ada resipi. Kjee spent dua hari Kjee cari resipi. Hari pertama resipi Blogger tempatan. Dan kemudian blog Mat Salleh.
      Kjee terpikat satu resipi Mat Salleh ini sebab dia  tak guna telor. Dia guna dua jenis tepung dan gula ising. Tetapi yang penting mesti guna pure butter. Jom kita intai resipi.


BAHAN2 NYA
      200 gms butter (unsalted) 
      60 gms gula ising
      1 sudu kecil esen vanila
      120 gms tepung gandum
       80 gms tepung jagung
       1 sudu kecil baking powder
       100 gms cornflakes 
CARA
      Butter diletak pada suhu bilik. Ayak gula ising. Tepikan. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan baking powder.
      Pukul butter bersama gula aising. Boleh guna electric mixer atau senduk kayu. Pukul sehingga warna menjadi pucat. Masukkan tepung. Gaul perlahan-lahan guna spatula. Jangan gaul terlalu lama. Cukup sekadar butter bercampur tepung. Masukkan satu sudu kecil esen vanila. Gaul rata. Kemudian campur cornflakes. Tidak perlu ramas cornflakes. Gaul guna plastic spatula perlahan-lahan. Kemudian rehatkan dalam peti ais selama 15 minit. 

     Panaskan oven suhu 180 darjah. Sediakan loyang yang telah dilapik kertas minyak. 
     Ambil sedikit doh dan susun diatas loyang. Jarakkan sedikit sebab ia akan mengembang. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga perang. 
     Sejukkan betul2 sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 
     This recipe is definitely a keeper. Mudah membuatnya. Tak perlu tunggu Raya. Kjee rekemen buat biskut ni. Melt in the mouth, gitu. 😁

       
  

Thursday, May 26, 2016

ORDER BISKUT RAYA ITAS DELIGHT TUTUP 31/5/2016


Kjee tutup order untuk cookies Raya pada Selasa 31 Mei. Tinggal tak sampai seminggu. Terima kasih kepada semua yang order. Terima kasih juga atas kepercayaan kepada Kjee dan masukkan duit ke dalam akaun sebelum melihat kuih.

Alhamdullilah setakat ini, cookies dari Ita's Delight memang boleh dipercayai kesedapannya. Kalau tidak, pasti tiada repeat orders dari customers terdahulu.  

Insya Allah Kjee akan mula agih-agihkan kuih tersebut pada Sabtu 25 Jun dan Ahad 26 Jun, di tiga pick up points yang telah dipersetujui. Masa akan Kjee titipkan secara persaorangan, melalui pesanan Whatsapp.

1. Shell Station Wangsa Maju sebelah Eon Big
2. A&W Drive Thro, Petaling Jaya
3. Mesjid Besi, Putra Jaya

Kepada yang ingin membuat pesanan, sila lihat senarai cookies seperti di bawah. Order ikut nombor kod yang tertera ya. Terima kasih.


 #1001   CHUROS STRAWBWERRY ICE
#1002   ALMOND LONDON
#1003   PARADISE HAZELNUT
#1004   RICOCO CHEREO
#1005   HAVENLY CHOC KISSES
#1006   APPLICIOUS
#1007   OTTIS CHOCOLATE
#1008   SCOTISH ORICA
#1009   SEMPERIT CHOC
#1010   ROMERO DIAMOND
#1011   FLAKY BYTE
#1012   NUTTY CHOCOLATE
#1013   COFFEEIFY CHOC
#1014   ROYALE CAPPUCINO
#1015   SUJI OREO
#1016   SEMPERIT
#1017   BROWNIES FLAKES
#1018   DOLLY PEARL
#1019   BUTTEROAT CRISPY
#1020   RED PEARL
#1021   TART GULUNG
#1022   TART BLUEBERRY

#1001 - #1020       RM26 satu bekas
#1021 - #1022       RM28 satu bekas

Penghantaran adalah percuma. Order minima 3 bekas. Kalau minat, WA 01131771389 dan bank in sebelum 31 Mei 2016. Terima kasih.

NOTA:
NURUL AFIQAH SILA WHATSAPP KJEE. URGENT.




















Saturday, September 26, 2015

CARA KJEE DAPAT COOKIES RANGGUP










Kjee suka my cookies ranggup ataupun garing. Especially kalau didalamnya ada kacang. Mungkin sebab terpengaruh dengan store bought cookies. My fav is Danish Butter Cookies. Tapi sekarang kat Ayam Mas pun ada butter cookies yang equally sedap. Kalau cicah dengan fresh milk... sedap sangat.

Dah seminggu lebih Kjee buat sendiri Choc Chips cookies. Lihat SINI. Dari menerai resipi ori yang Kjee intai dalam Blog Masam Manis, ke cookies yang Kjee olah balik ikut citarasa sendiri. Ianya mesti kurang manis dan garing.

Dan semalam, setelah buat kali ketiga, Kjee dapatlah keranggupan, yang kami bertiga suka. Puas memikir teknik apa yang harus dibuat. Rupa-rupa kena ikut teknik 'sendiri mau ingatlah'. Hehehe.

Rasanya kalau nak buat biskut ranggup, biskut tu mestilah di bakar leper. Tak boleh buat montel-montel, nanti bahagian dalamnya tidak garing. Dan kena tambah masa memasaknya dari resipi asal. Menurut resipi asal, hanya 18 minit guna suhu 160 darjah. Suhu tu dah okay tapi masa membakar Kjee lanjutkan sampai 25 hingga 30 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.

Alhamdullilah, biskut Kjee jadi garing dan ranggup!! Satu lagi, mungkin Kjee terus susun atas dulang pembakar tanpa letak kertas minyak atau parchment paper. Kepanasan dulang mungkin antara sebab biskut itu garing dan ranggup.




Kjee guna dua sudu utk letak atas dulang. Pastikan ia leper.




Isyhhh korang jangan percaya 100% cakap Kjee ni. Kjeer bukan amik tips ni dari mana-mana atau sesiapa. Cuma main hantam sahaja. Nasib baik menjadi. Alhamdullilah. So, kalau ada nak follow, silalah.

Yang rasa Kjee buat tak betul, korang kongsilah ilmu yang korang tahu. Tak baik simpan atau kemut ilmu, pastu menyalak kata Kjee buat ni silap ya. Ada insan yang macam tu!

Okay itu sahaja yang Kjee nak kongsi. Sebenarnya, berat sangat Kjee nak kongsi sebab Kjee tak tahu samada teknik ini betul atau silap. Apapun, memandangkan ada my FB friends yang mintak sangat Kjee share, maka Kjee pun lakukan dengan seikhlasnya.

Kalau korang suka manis, ikutlah resipi asal dalam blog Masam Manis. Kalau korang rasa lebih sedap ianya dikurangkan manis, tepuk dada tanya sendiri. Tapi sukatan gula Kjee hanya kurang daripada setengah cawan (gula putih campur soft brown sugar). Justru korang tak perlu runsing kalau guna choc chips yang manis atau semi-sweet ya.

Oh ya seperkara lagi. Resipi asal menasihatkan supaya jangan terlalu lama membancuh gula, butter dan telor. Semalam, Kjee bancuh lama sikit... dan hasilnya. rasa Kjee lah, biskut tu menjadi lebih ranggup.

Setelah benar-benar sejuk barulah disimpan dalam bekas kedap udara. Satu adunan, Kjee dapat 50 keping biskut.

Okay selamat mecuba. Kalau ada salah silap, harap maaf.






Tuesday, September 22, 2015

BISKUT CHOC CHIPS DENGAN KACANG WALNUT











Baru kelmarin Kjee buat ikut 90% dari resipi pilihan Azlita Aziz (blog Masam Manis). Tetapi, memandangkan masalah kesihatan tetapi nak jugak menikmati keenakan choc chip cookies tersebut, maka Kjee buatlah adjustments.

Ada orang kata derhaka, tapi Kjee tak berapa nak berani guna perkataan tu. Kalau bahasa pasar, kita bega-bega atau adjust. Hehehe.

UnclePali yang juga peminat Numero  Uno (nombor satu) Famous Amos cookies, setuju percubaan pertama Kjee sedap tetapi terlalu manis. Walaupun UnclePali bukan Diabetic, tetapi dia ada masalah gigi tak berapa sihat. So, kalau makan kuih muih manis, mulalah dia tersengih-sengih... sakit gigi. Hehehe.

Kali ini, Kjee dah siap sedia. Mula-mula pergi beli semi-sweet choc chips (choc chip kurang manis). Walaupun semi sweet namun ia masih manis. So, korang bayangkan stok yang Kjee beli kelmarin! Patutlah cookies tu, kemanisannya sampai menusuk ke tulang! Hehehe.

Kemudian Kjee beritahu UnclePali, Kjee nak letak kacang Walnuts. Dia setuju sebab dia memang suka apa juga jenis kekacang. Justru, dia seringkali kena gout. Hehehe.

Dan yang paling penting, Kjee mesti half the sugars. Tak boleh ikut resipi asal iaitu ½ cawan gula halus dan ½ cawan soft brown sugar. Kjee guna hanya ¼ cawan gula halus putih dan ¼ cawan soft brown sugar!

Dan, apabila my cookies keluar oven, memanglah menepati citarasa! UnclePali terus tunjuk two thumbs!!! Masih manis tetapi tidaklah sampai tahap menusuk ke tulang temulang!

Dibawah Kjee beri sukatan yang Kjee buat arini. Kalau korang suka yang manis, boleh follow resipi Azlita Aziz di SINI. Resipi yang dibuat Ita tu memang sedap. So, the choice is yours. Kjee hanya kurangkan gula dan tambah kacang Walnuts.




























Choc Chips Walnut Cookies
resipi asal : Tengku Marceline Tengku Finn
rujukan Kjee: Blog Masam Manis

BAHAN-BAHANNYA:

300gms tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecik baking powder
115 gms salted butter
¼ cawan soft brown sugar
¼ cawan gula castor
1 sudu kecik esen vanilla
1 butir telor ayam gred A
1 cawan semi sweet choc chips
1 cawan kacang Walnuts cincang

CARA

1. Ayak tepung bersama tepung jagung dan baking powder.
2. Butter yang telah didadu kecik-kecik, dicampur dengan gula putih dan brown sugar. Disatukan perlahan-lahan hingga sebati. Jangan terlalu lama. Cukuplah sampai sebati.
3. Masukkan vanilla dan telor yang telah dipukul sedikit. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Masukkan tepung dan kacau hingga rata menjadi doh yang lembut.
5. Masukkan kacang walnuts dan choc chips. Gaul hingga sebati.
6. Kjee guna dua sudu dan bentuk menjadi bebola kecil. Tetapi jangan jadikan bebola licin. Biarkan ia nampak kasar-kasar.
7. Susun atas baking tray dan simpan dalam fridge selama 1 jam.
8. Bakar guna suhu 160 darjah selama 25 minit atau sehingga nampak golden brown.


Kjee guna suhu yang rendah dengan masa baking yang lama sedikit untuk mendapat kerangkupan biskut tersebut. Resipi asal biskut ini tidak rangup. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Terima kasih Azlita dan Tengku Marceline. This recipe is for keeps.









Monday, September 21, 2015

CHEWY CHOC CHIPS ALA SUBWAY?











It's one of those rare moments when I crave for a piece of Chocolate Chip Cookie. Selalunya, bila ronda-ronda kat shopping complex, hidung ni akan terus follow bau harum Amos Choc Chips. UnclePali mesti belikan sebab dia pun hantu choc chips Amos tu.

Hari tu, ketika blog walking, Kjee terserempak dengan Chewy Choc Chips Cookies di blog Masam Manis. Wah, ini boleh try buat walaupun Nadia insists resipi choc chips dia, lagi sedap. Katanya, kalau Azlita guna resipi ala choc chip cookies Subway, maka taklah boleh lawan Amos. Subway punya macam lemau, katanya!

Well, let me give it a try. Lagipun Azlita kata, it's chewy. Chewy tu maknanya, tak garinglah. Maybe ala-ala lemau, ikut kata Nadia.









So, pagi semalam, kami dua beranak pakat buat Choc Chips dan juga Butter Cake, yang Nadia asyik teringin nak makan sejak minggu lepas,

Kami mula dengan buat Chewy Choc Chips sebab Azlita pesan harus disimpan dalam fridge selama 1 jam sebelum dibakar.

Jadi, selepas mengerjakan Choc Chips (yang Kjee sengaja tak hias dengan Button Choc Chips...cos less is more), kami sambung buat Butter Cake Nadia pulak.

Untuk Choc Chips, Kjee kurangkan gula putih dan soft brown sugar. Rasanya Kjee keluarkan dua sudu besar (level) dari tiap jenis gula tu. Sebabnya, Kjee rasa choc chips yang Kjee beli kat Bake With Yen aritu, sudah manis. Ada dua jenis yang dijual disitu. Local dan dari US. Kjee beli yang import.

Hasilnya setelah dikurangkan gula, masih tersangat manis. Nadia asyik jeling jer apabila tengok Kjee capai one after another lepas keluar oven. Hehehe.









Of course buat apa sahaja for the first time, mesti tak perfect. After a few trials and error, I guess semua akan menepati citarasa. Maklumlah mokcik species 'No School'. Hehehe.

My cookies nampak tak sama size sebab ice cream scoop Kjee, satu saiz besar. So Kjee guna dua sudu dan bentuk. That's why ada yang kecik, ada yang besar. Hehehe.

Anyway, Chewy Choc Chips resipi yang Azlita buat tu sedaplah kalau korang suka yang chewy. Yang tak garing dan ranggup macam Amos punya.

But I'll give it another shot. Kjee akan buat lagi sebab ada lagi baki choc chips. Dan kali ni, Kjee akan tokok tambah sana sini. Maybe letak Walnuts or Pecans. And of course, I'll half the sugars. Tapi if you have a sweet tooth and no problems with your health, ikut jer resipi tu. Hehehe.

Resipi penuh sila ke Blog Masam Manis.






Tuesday, September 8, 2015

PERLU SABAR BUAT SERUNDING SIMPUL KULIT POPIA








Sejak dari anak dara, Kjee ni jenis yang brutal. Tak reti duduk diam, buat kerja laju jer. Makan pun laju. Langsung tak ikut sunnah Nabi Muhammad saw yang ketika makan mesti kunyah betul-betul baru telan. Tapi seingat Kjee arwah Bonda ada kata, orang yang ketika makan suka amik masa yang panjang, maka dia juga slow melow buat kerja. Hehehe.

Walaupun Kjee memang tak sabar orangnya, tetapi arwah Bonda selalu puji Kjee. Dia kata bab baking biskut Raya, Kjee "tukang jaga oven yang hebat!". Ehhh bukan Kjee kata tapi arwah Bonda yang kata. Kalau dia buat biskut Raya, Kjee mesti dipujuk 'jaga oven'. Biskut dia akan cantik dan sekata dibakar. Hehehe.

Itu bab jaga oven lah kan. Yang lain, rasanya Kjee ni ganas. Nak cepat jer. Tak suka kerja terkebil-
kebil macam si Nadia. Kalau boleh Kjee nak siap dua tiga kerja dalam satu masa! Hehehe camner tu kan?!! Well, that's me!

Anyway, mukaddimah panjang lebar hari ni. Actually, Kjee nak story, bukan mudah nak buat Serunding Simpul ni guna kulit popia. Nampak memang senang tapi dah tiga kali Kjee buat, barulah Kjee benar-benar puas hati.



Potong 10cmx5cm. Tarik sehelai. Bab ni tak mudah

Letak secoet serunding daging kering

Gulung dan lilit kiri dan kanan

Kemudian disimpul


Kalau nak buat serunding simpul ini, kena siap sedia semua keperluan di sisi. Handfon, satu bekas besar air dan juga tissue. Kalau tidak, siksa badan berat cam aku ni nak duduk bangun, duduk bangun. Buat kerja ni, memang tak berbaloi dengan masa.

Kjee tabik spring kawan Kjee, Ilyana Aziz yang buat jualan Serunding Simpul Kulit Popia ni. Dia jual satu kilo RM40. Kjee rasa dia amik masa dua hingga tiga jam untuk menyiapkan 1 kilo!!! Serius ni! Jual hanya RM40! Sedih tak sedih kan!

UnclePali tak percaya Yana buat secara manual. Katanya, Yana buat guna mesin! UnclePali tanya dia hari tu dan Yana ketawa. "Semua buat dengan tanganlah UnclePali!" kata Yana. UnclePali geleng kepala. Kesiannya Yana.





Ini rupa yang dah siap



Tapi bak kata arwah Bonda, Kjee ni insan yang cukup penyabar di dapur, maka Kjee antara insan terpilih selain Yana untuk membuat Serunding Simpul Kulit Popia ni! Ewah macam real! Hehehe.

Hari ni Kjee buat tak banyak. Dalam ¼ peket kulit popia jer. Jenama? Mana yang sempat rembat kat supermarket. Serunding pemberian seorang sahabat pun tak banyak lagi. Tapi bila dah siap, pinggang macam nak patah.









Nak goreng jugak ada teknik. Panaskan minyak. Kemudian bila nak masukkan popia simpul ni, kena perlahankan api. Goreng sampai warna keemasan. Balik-balikkan. Kemudian tos atas tisu dapur yang berlapis-lapis untuk serap minyak. Kjee tukar lapisan tisu tu dua kali. Kemudian disejukkan selama satu jam. Barulah disimpan dalam bekas kedap udara.

Cara Kjee buat ini, jari kita langsung tidak akan berminyak bila makan. Kena sejuk lama sebab nak bagi dia kruk kruk dan tahan lama. Tidak mudah lemau.

UnclePali siap amik video lagi, step by step cara membuatnya. Tapi terlalu amatur video tu so Kjee reject. Tapi UnclePali kata okay. Hehehe.




Friday, May 22, 2015

BISKUT SUSU MINYAK SAPI









Anak Kjee, si Nadia punya tekak rasanya lagi cerewet dari Kjee. Macam-macam dia tak makan walaupun dari kecik lagi Kjee tak pernah ajar dia macam tu. Cekelat tak makan, ais krim tak makan dan macam-macam lagi lah.

Kalau biskut Raya, dia amat memilih. Kalau berasaskan cornflakes, baik dinyorokkan balang biskut. Agaknya masa tidur pun dia boleh habiskan satu balang. Hehehe.

Tetapi, kalau biskut Arab, tak guna nak ceritalah. Memang favorite dia. Kelmarin dia kata ada kakak kat opis dia bawak biskut Arab. Buat sample untuk jualan Raya. Kakak tu tak perasan kata Nadia, dia yang habiskan biskut tu! Hehehe.

Nadia dah ingatkan Kjee supaya buat biskut Arab tahun ni sebab Kjee dah banyak tahun tak buat. Semuanya sebab Kjee kan jadi agent jual biskut Raya. Tak kuasalah aku nak buat biskut sendiri.

Tetapi kerana tahun ini Kjee dah tak nak lagi jadi agent 007 untuk biskut Ita's Delight tahun ni, Nadia punyalah suka. "Buat biskut Arab jer ya mama... opppsss Red Pearl yang ada cornflakes tu Nadia nak juga.. dan Biskut Semperit yang Ginger (anak bulus Kjee) suka, pun kena buat. Tiga cukuplah." Hmmm nasib baik dia cakap 3 jer. Kalau tidak pengsan jugak nak buat biskut dengan papa dia sebab dia kan kerja.








Semalam Kjee tengah fikir nak buat biskut Arab apabila Kjee ternampak satu resipi sapa ntah kat FB adik Kjee, Lan. Ehh macam menarik. Dohnya letak susu tepung. Kjee pun salinlah. Nak bagi surprise kat Nadia.

Tadi masa Kjee godek-godek nak buat Biskut Arab resipi baru tu baru Kjee terperasan sukatan tepung 7 cawan, minyak sapi 2 cawan dan 2 cawan susu tepung serta sedikit garam. Ewah banyaknya tepung! Apapun Kjee tak ada niat nak derhaka. Kjee sukat 7 cawan tepung dan ayak. Hmmm banyaknya... larat ke aku buat sorang-sorang sebab UnclePali gi solat Jumaat.

Apapun, Kjee sukatlah susu tepung dan minyak sapi. Ada sedikit lagi baki ( dlm 4 sudu kot) dalam tin minyak sapi 400gm dan Kjee guna semua. Kacau susu tepung dengan minyak sapi dengan secubit garam hingga sebati. Lepas tu Kjee masuk sikit demi sedikit tepung. Separuh jalan Kjee berhenti. Tepung masih banyak tapi dalam besen rasanya doh macam dah cukup eloknya.

Kjee terus sukat baki tepung. Ada lebih kurang 2 cawan lagi! Kalau Kjee masukkan jugak baki tepung tu, gamaknya kalau biskut Kjee dibaling ke dinding mahu berbekas dinding. So, Kjee stop sampai situ. Semuanya Kjee guna tepung lebih kurang 5½ cawan.










Kjee panaskan oven 160 darjah selama 20 minit. Pastu Kjee terus buat bulat-bulat doh tadi dan bakar selama 15 minit. Dah sejuk, Kjee ayak gula icing atas biskut tadi. Kena letak gula tu sebab tepung tadi langsung tak ada gula.

Dah siap UnclePali balik Mesjid dan rasa. "You letak susu tepung ker?" Kjee angguk. "Lain kali you adjust letak lebih sikit susu tepung, lagi ok kot," katanya sambil ngap entah berapa biji sejak dia masuk dapur tadi.

So korang, kalau dapat resipi yang korang tak kenal dan rasa pelik sikit sebab sukatan yang tidak seimbang dengan bahan-bahan yang diperlukan, pepandailah adjust ya. Jangan pulak bila dah siap jadi jamuan Cik Tong.

Resipi yang Kjee dah adjust ni bakal menjadi biskut Arab famili kami lepas ini. Tapi rasanya nak tukar nama... Biskut Lemak Minyak Sapi... eh biskut susu sapi punya nama... isyhhh nasib lah kan. Hehehe

Ini sukatan yang Kjee dah adjust.

Biskut Susu

5 cawan Tepung Gandum
3 cawan susu tepung
400 gms minyak sapi
secubit garam






Saturday, June 21, 2014

TARIKH AKHIR ORDER COOKIES ITA'S DELIGHT 28/6



Kalau masih ada yang belum membuat persiapan untuk order biskut Raya, adalah dimaklumkan tarikh akhir order pada 28 Jun ini. Tinggal tak sampai seminggu.

Kalau berminat, boleh buat pilihan pada senarai DISINI dan SINI. Kemudian sms 0126780501. Tenkiu.


Tuesday, June 3, 2014

JOM ORDER BISKUT RAYA ITA'S DELIGHT









Tak sampai sebulan lagi kita akan berpuasa. Sana sini ramai sudah mula mengambil tempahan baju raya, biskut, kek dan semua yang sewaktu dengannya.

Walaupun harga butter dan juga banyak bahan-bahan membuat kek sudah mula naik menjelang hari Hari Raya, namun Ita's Delights tetap menjual biskut mereka ikut harga tahun lepas iaitu dari RM26 hingga RM28 sebekas. Lihat gambar diatas.

Biskut keluaran Ita's Delight memang sudah dijamin sedap dan dijaga disegi kualiti pembikinannya. Kjee adalah agent Ita's Delight. Hari terakhir Kjee menerima tempahan adalah dua hari sebelum Puasa. Kjee perlu hantar semua order kepada Ita's Delight pada hari pertama Puasa.

Kjee telah menetapkan pick up point untuk mengambil order anda pada minggu ketiga di bulan Ramadhan di tempat-tempat berikut:

PUTRAJAYA, PETALING JAYA (DEKAT AMCORP MALL), SELAYANG (DEKAT NSK), KAMPUNG BARU, WANGSA MAJU DAN TAMAN MELAWATI.

MAAF TAK ADA KHIDMAT POS. BIMBANG BISKUT AKAN HANCUR.
KALAU ADA KENGKAWAN TINGGAL DI KL, BOLEH KIRIM DENGAN MEREKA DAN MEMBAWA BISKUT TERSEBUT APABILA DIA  BALIK KAMPUNG ANDA RAYA NANTI.


Semua order boleh dibuat dengan menghantar sms ke 0126780501. Nyatakan nama biskut, jumlah bekas dan jugak dimana pick up point dalam sms anda. Order hanya confirm selepas anda bank in seblum atau pada 28 June 2014. Buatlah pilihan biskut menerusi entry Kjee sebelum ini. KLIK SINI.