Showing posts with label Jejak Blogger. Show all posts
Showing posts with label Jejak Blogger. Show all posts

Friday, November 22, 2013

RAHEL BLOGSPOT... INDAH SENI FOTO

SIRI JEJAK BLOGGER # 12

A Picture Speaks A Thousand Words... tells a million stories.













Jangan risau. Ini bukan entry poems atau puisi. Kjee cuma nak kongsi dengan semua pasal keindahan photograpy. Sesuatu yang Kjee memang tak pakar...begitu jugak my in-house photographer, my beloved husband, UnclePali.

Kjee memang pandai tengok hasil kerja orang lain. Boleh ngences aka terliur hanya dengan tengok gambar. Malah, si Nadia pernah menakut-nakutkan Kjee, hanya menrusi terliur tengok gambar pun badan boleh gemuk. Yo lah tu!!!

Anyway, untuk Siri Jejak Bloggers kali ini, Kjee nak bawak korang singgah ke blog masakan
Rahel Blogspot.

Mary Rahel orang Tawau, Sabah dan pada Kjee sangat low profile. Biodata mengenainya jugak tidak lengkap dalam blognya. Tapi itu semua tak penting sebab hasil seni tangannya mengatasi segala-galanya.

Setiap kali Kjee singgah di blognya, untuk cuci mata setiap foto yang dia post. Semuanya sangat cantik dan halus beserta props yang cukup menarik. Singgahlah ke blog Rahel untuk foto-foto yang lagi hebat.

Rahel jugak menjalankan bisnes kek, pastries dan semua yang sewaktu dengannya, khas untuk orang sekitar Tawau sahaja. Bertuahnya mereka.

Oleh kerana Kjee tak mau buang masa bebel tak tentu arah, jom kita cuci mata dengan air tangan Rahel. Sorry ya Rahel...Kjee amik gambar tanpa izin terlebih dahulu.








Friday, November 1, 2013

USAH PERLEKEH BLOGGERS MASAKAN




Sedih kan...ehsan google








Seringkali Kjee perhatikan bloggers masakan mengeluh. Semuanya kerana segala hasil titik peluh mereka, 'dicuri' oleh penerbit-penerbit majalah yang tidak berhati perut.

Gambar-gambar diedit, dibuang 'water-mark', resipi disalin bulat-bulat tanpa sebarang kredit kepada pemilik gambar dan resipi yang asal. Ada yang bersikap lebih kurang ajar apabila mendakwa itu respi turun temurun nenek moyang mereka!!

Selama ini Kjee dengar dan baca sahaja rintihan mereka. Bukan Kjee tidak bersimpati tetapi pada Kjee, bloggers dan penerbit buku ibarat mentimun dengan durian.

Hanya, kalau tidak silap Kjee, ada sekali dua Kjee bertanya kepada beberapa bloggers masakan yang Kjee boleh kata kenal rapat. Kjee tanya berapa mereka caj sekiranya, penerbit buku approach mintak nak siarkan gambar-gambar dan resipi dalam majalah mereka.

"RM30 jer kak. Kami tak kisah..."

Agak meremang jugak bulu roma Kjee dengar imbuhan RM30 sahaja untuk satu resipi beserta gambar! Itu sahaja ker nilai titik peluh mereka? Apatah lagi ada bloggers sekarang yang amat mementingkan fotografi. Mereka sanggup berhabis wang beli props sebagai hiasan latar, sanggup beli pinggan mangkuk yang cantik-cantik demi mahu rasa puas dengan hasilnya nanti.

Jadi, berbaloi kah penerbit buku bayar RM30 untuk satu gambar dan resipi sedangkan kita tidak tahu berapa banyak keuntungan yang mereka kaup!

Itu bab penerbit yang approach cara baik. Bagaimana pulak dengan sesetengah penerbit atau wartawannya yang buat kerja mudah? Copy paste gambar, edit dan terbitkan senyap-senyap. Bloggers hanya sedar gambar resipi mereka keluar setelah ada followers yang beli majalah itu dan segera beritahu.



Resipi yang ini yang diedit buang water mark Che Mat Gebu




Semalam, Kjee dapat mesej dalam inbox Facebook dari seorang blogger tersohor tanahair, Adnan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Che Mat Gebu, pemilik blog Dunia Tanpa Sempadan. Kjee dapat bayangkan wajah Che Mat ketika dia menulis mesej itu kepada Kjee.

Ini bukan kali pertama tapi dah banyak kali Che Mat terkena. Selama ini hanya majalah picisan atau nyamuk sahaja yang menganiaya Che Mat Gebu. Tetapi semalam, sebuah penerbit buku milik Bumiputera tersohor di negara ini yang melakukannya dalam laman web satu penerbitannya.

Kjee tidak mahu melepaskan wartawan laman web, yang tidak bertanggungjawab itu. Kjee pernah kerja seketika dengan syarikat penerbitan itu dulu. Dan Kjee yakin, orang atasan syarikat tidak tahu apa yang anak buah mereka lakukan.

Dalam sekelip mata setelah Kjee beritahu salah seorang staff kanan syarikat, entry itu terus dipadam dalam website berkenaan. Dan pada  page itu terus digantung poster tergendala seketika!

Kjee tidak mahu menyebut syarikat mana yang bertanggungjawab. Kjee kenal bos syarikat itu ketika dia masih belajar lagi di Universiti Malaya. Dan Kjee yakin semua ini dilakukan tanpa pengetahuannya.

Kjee harap semua blogger masakan bersatu. Kjee pasti, antara mereka yang menjadi followers blog masakan, berkelulusan undang-undang dan menjadi peguam. Kjee mohon mereka ini beri bantuan kepada blogger masakan dalam isu membabitkan ciplak dan plagiat.

Kehadiran bloggers masakan hanya untuk mewarnakan industri mereka. Mereka beri peluang kepada ramai wanita tak kira suri rumah dan yang bekerja untuk mempelajari cara memasak tanpa perlu bayar satu sen. Ramai jugak yang menggunakan resipi yang diperolehi dari bloggers masakan untuk meniaga.

Kisah Che Mat Gebu ini hanya satu dari ramai-ramai blogger masakan yang Kjee tahu, telah di'kencing'. Baru-baru ini, blogger Azlita Aziz telah membuat laporan polis kerana mengalami masalah yang sama.

Sudah tiba Kjee rasa untuk Blogger Masakan bersatu dan meletakkan karya mereka di tempat yang sepatutnya.

Jangan terima bayaran yang hanya cukup untuk beli kuaci atau jajan.  Penerbit bantah? Take it or leave it!! 

YOU CILOK SECARA HALUS ATAU KASAR, I SAMAN!!!





Grrrrrrr ...ehsan google






Wednesday, October 10, 2012

DAPUR CT DELIMA LEBARKAN SAYAP KE ITALI!




SIRI JEJAK BLOGGER #9



Pertama kali Kjee jengah blog Dari Dapur CT, Kjee senyum sendirian. Sebabnya, tiap gambar yang ditampal dalam blog dia, pada background gambar itu, mesti ada kamera antik. Kjee kata dalam hati, pemilik blog ini mesti pengumpul kamera antik.

Kemudian, perlahan2, kamera2 antik tersebut mula hilang dari gambar2 yang ditampal CT. Kreativitinya cukup menarik. Komposisi makanan dengan props membuatkan Kjee cukup teruja dan seringkali mahu singgah blognya.

Maklumlah, Kjee ni bukanlah pandai amik gambar walaupun masa jadi wartawan di The New Straits Times dulu ada amik kursus singkat camner nak amik gambar. Tapi berpuluh tahun dah berlalu. Kami hanya diajar amik gambar biasa2 jer, kalau dalam kecemasan kalau photograper tiada. So pepaham jer lah kenapa gambar yang Kjee amik sekarang tak lawo. Hehehe.

Anyway, blog Dari Dapur CT hari ini jadi pilihan Kjee untuk Siri Jejak Blogger yang dah lama Kjee lupa nak isi entrynya. Ramai lagi dalam list Kjee. Tetapi CT menjadi pilihan Kjee hari ini sebab sejak Kjee terpikat dengan gambar2 food dia yang ber'prop'kan kamera antik, sudah banyak pencapaian wanita comel ini baik di dalam negara mahupun di luar negara.

Namanya cukup sweet, Siti Delima secomel orangnya. Didalam negara, CT antara blogger masakan yang cukup aktif, creative dan innovative. She takes great pains untuk jadikan hasil penat lelahnya di dapur, suatu tatapan terindah untuk mereka yang singgah di blognya.

Walaupun sekarang kamera2 antiknya sudah tiada lagi digunakan sebagai props gambarnya, Kjee perhati, kerativitinya semakin terserlah. Penggunakan props amat penting dalam menjadikan gambar lebih menarik.

Koleksi resipi manisan dan kuih muih CT sudah dimuatkan dalam tiga buah buku masakan yang Kjee rasa harus kita dapatkan dan jadikan simpanan. (lihat gambar)






Selain itu, resipi2 CT juga pernah dimuatkan dalam beberapa majalah tanahair seperti Jelita dan Saji, sekadar menyebut beberapa nama majalah.

Pencapaian CT di luar negara juga tidak harus dipandang ringan! Dalam ramai2 blogger masakan yang ada, CT telah dilamar oleh sebuah majalah dari Itali 'Open Kitchen Magazine' untuk menjadi salah seorang dari team contributors atau penyumbang resipi kumpulan mereka. Baca sini.

Tahniah CT. Setakat ini Kjee belum pernah dengar ada majalah dari overseas yang lamar blogger kita jadi penyumbang resipi mereka. Correct me if I'm wrong.

Kjee tak dapat bubuh banyak gambar2 dari blog CT sebab CT ambil jalan bijak 'mengunci' semua gambar2nya dari dicopy paste. Itulah antara jalan paling baik untuk safeguard karya anda. Maaf CT. Unclepali dah ceroboh gambar header blog CT. Mereka yang belum pernah intai blog CT, harus ke sana untuk melihat keindahan gambar dan kehebatan resipinya at www.sitidelima.com

Kjee doakan CT akan terus berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan resipi2 menarik yang dikongsinya dalam majalah Open Kitchen itu. All The Best CT!!

Tetapi dalam pada itu, jangan lupa jugak kami, peminat2 anda yang seringkali singgah di dapur CT. Bila agaknya CT nak diundang muncul di kaca TV untuk demonstrasi kehebatannya?







Friday, October 14, 2011

BLOG INAHAR'S COOKING TIME! AIR TANGAN SEORANG DOKTOR

SIRI JEJAK BLOGGER MASAKAN #5

Menarik Header. I like!!





Bubur ni kena try. Sedap banget!

Ini Nadia selalu buat. Fav dia!




Pertama kali Kjee jumpa wanita comel ni bersama suaminya, kartunis popular Che Li ketika mereka datang menjamu selera di gerai Kjee di Anjung Melawati. Cukup peramah walaupun suami agak pendiam. Mereka pengunjung tetap. Kalau Ina tak datang berdua, dia datang sorang2 ataupun Che Li datang sorang2.

Ina kata dia buat bisnes kraftangan dan opis dia kat Sri Rampai, Setapak. Ini mesti Che Li yang ajar dia cakap kartun. Dan hari2 dia tapau makanan untuk setafnya. Baiknya hati. Seminggu kerja seminggu cuti. Isyhh pelik, kata hati Kjee. Macam mana buat bisnes, seminggu bukak kedai, seminggu cuti. Bila nak kaya, camni?!!


Kemudian satu hari sedang Kjee sibuk melayan customer lain, Miss Jun, ibu kepada penyanyi Wann datang. Ketika itu seperti biasa, Ina sedang makan seorang diri. Miss Jun terus hampiri Ina dan bersalaman sambil berpelukan. Kemudian Miss Jun keluar satu kotak berisi ubat. Kjee ternampak dari jauh Ina belek2 dan berbual dengan Miss Jun.

Kemudian Ina pun beredar setelah habis makan. Kjee pergi dekat Miss Jun. Miss Jun kata tak sangka Dr Ina customer tetap Kjee. Terkejut beruk Kjee. Dr Ina? Amboi..bukan tokeh kedai kraftanganlah yer!

Begitulah Dr Ina Harlina Ali. Tak pernah riak atau bangga diri walaupun seorang doktor perubatan! Sekarang kami sekeluarga  pulak jadi 'pelanggan tetap' klinik beliau.

Apabila Kjee sibuk facebooking, Dr Ina 'menjelma' dan suruh Kjee intai blog masakan beliau, INAHAR'S COOKING TIME. Kalau tak silap Kjee, itulah blog masakan pertama yang Kjee intai Dan dari situ, Kjee temui Dapur Tanpa Sempadan. The rest is history. Masa tu, Kjee betul2 tak tahu wujudnya rangkaian blog masakan yang begitu besar!!

Ina memang pandai dan rajin sangat memasak. Apabila melihatkan kesibukkannya sebagai doktor, Kjee heran macam mana boleh timbul kerajinan dia ke dapur. Patutlah Che Li cerewet sangat bila makan. Rupa2nya Ina terer masak dan sebab itu agaknya Che Li pandai milih tempat makan mana yang sedap. Hmmm gerai  gua lah tu!

Mempunyai empat orang buah hati - dua lelaki dua perempuan (psst kalau korang nak tahu rahsia dapat anak2 comel, bijak dan selang bunga tu, pergilahlah ke klinik beliau. Hehehe). Ina berasal dari Johor tapi ada waris kat Terengganu.

Cara Dr Ina mencoretkan mukadimmah sebelum tempekkan resipinya, cukup santai. Samalah macam dia berbual mesra dengan patientnya di klinik. Kalau korang tengok Dr Ina ni, seminggu update blog, seminggu tidak, korang tentu tahu kenapa ya. Hah seminggu dia bertugas dan seminggu lagi, partner comel lotenya, Dr Aida, bergilir2 bertugas.

Blog dia siap ada lagu2 yang sering kali bertukar2. Sambil layan resipi dia dengar lagu tau. Dan nyata sekali dia tak buta IT. Pandai dia hias blog. Kjee suka sangat watermark dia. Ala mesti Che Li buat, kata Unclepali. Kenapa? Jeles ker? Awak pun hebat jugak.

Kjee dah try bubur nasi special Ina. Sedap sangat2, Bubur nasi kesukaan orang Terengganu. Dan Nadia dah banyak kali buat choc chips cookies Dr Ina yang memang sedap! Ina pandai masak macam2lah. Kalau tak bukak klinik, dah boleh bukak restoran/bakeri dah!

So kita semua patut ambil ikhtibar dari kerajinan Dr Ina. Macam tulah baru Encik Asben dan anak2 sayang!

Baru2 ini, setelah lama tak jumpa Ina, Kjee ke klinik beliau bawak Nadia yang tak sihat. Makin comel tubuh Ina bila kami berpelukan. Atau apakah tubuh Kjee dah bertambah besar!!!

Terima kasih Ina kerana perkenalkan Kjee kepada blog2 masakan yang hebat2 selain Inahar's Cooking Time. Love you so much sis. Thank You sebab suka sangat makan di gerai Kjee dulu, walaupun awak seorang cook yang hebat!!

(As usual, maaf cilok gambar dari blog tanpa permisi ya Ibu Doc)




Anak2 yang comel, cerdik dan soleh/solehah.


Saturday, October 8, 2011

KJEE TERUJA BUAT ROTI SEBAB MAMAFAMI

SIRI JEJAK BLOGGER MASAKAN #4


Apakah MamaFaMi secomel Cinderella?

Ini antara header MF yang seringkali ditukar2





Potato Bread MF jadi inspirasi Kjee buat roti!
Blog masakan kedua yang Kjee intai selepas Dapur Tanpa Sempadan ialah blog MamaFaMi's Spice n Splendour. Masa tu MamaFaMi aktif di Facebook. Rasa2nya Kjee ternampak link blog dia pada wall FB ntah sapa ntah. Terus Kjee follow.

Blog MamaFaMi dwi bahasa dan Kjee suka ramblings dia. Ikhlas dan telus. Kalau tidak kerana beliau, pasti Kjee tak beli breadmaker. Dan apabila dah beli breadmaker jenama Noxxa Amway, Kjee masih tak berani nak buat roti walaupun hari2 terjah blog CMG dan MamaFaMi.

Setelah lebih sebulan dan setelah hari2 Kjee duduk dan tatap breadmaker tu, barulah Kjee berani nak buat. Resipi pertama yang Kjee try dari blog MF ialah Potato Bread. Apabila menjadi, walaupun tak sehebat yang MF buat, Kjee bukan main2 punya excited. After that, boleh dikatakan hari2 Kjee dan Nadia buat roti!!

Okay berbalik kepada blog MF Spice and Splendour, apalah agaknya yang Kjee boleh cerita pasal MF? Well, orangnya samalah penuh rahsia macam Che Mat Gebu. Tak berani nak tampilkan wajah yang glamour.

Bawah ni Kjee copy paste coretan beliau dalam blognya.

"Mama anak sulung di dalam keluarga. Ada dua lagi adik, seorang lelaki dan seorang perempuan. Tahun ni, alhamdulillah merasa menjadi 45 tahun. Mama dilahirkan dan dibesarkan kebanyakkannya di Melaka sahaja. Bersekolah pun di Melaka gak. Bermula dengan CHIJ Melaka, Sek Ren Dato Palembang, MGHS dan kemudian di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu. Habis sekolah menengah, terus sambung ke ITM Shah Alam. Tapi sebab mama ni tak berapa nak rajin belajar, lepas Diploma, dah tak mau sambung lagi (tak mau sambung ke tak leh sambung... hahaha...biarlah rahsia...) Lepas Diploma, dapat offer masuk progrem Skim Cepat Kaya Skim Latihan Khas. Bila keluar, dapat lesen dan terus on business, share dengan kawan. Agaknya mama ni jenis suka dok rumah buat kerjarumah kot. Tu yang mama rasa macam nak pencen je.. hehe. Bila hubby kena transfer overseas, mama pun dapatlah pencen dan menjawat jawatan SURIRUMAHTANGGA hingga ke akhir hayat, insyaAllah.. I like!!! Hobi mama, mencuba resepi baru, membaca buku cerita, menyelak majalah masakan terutamanya, melayari internet, menjahit cross stitch dan menggosok baju... Itu antaranya la kan... karang kalau tulis semua, mau tertidur orang baca! Hahaha..

Ini antara hasil kerja tangan MF yang boleh di order!!

Dan beliau juga rajin amik orders cakes, muffins, cup cakes etc. Kalau tengok gambar2 hasil kerja tangan beliau yang dibuat untuk order, boleh pennngsaaannn!! Susah nak dapat kat bakeri, kerjatangan yang kreatif dan halus cam yang beliau buat!!

Kjee turut suka tengok gambar profile beliau. Diletakkan foto Cinderella yang comel tengah baca novel. MF ni mesti secomel Cinderella, kan?

Kelebihan MF selain daripada resipi2 beliau yang mudah difahami dan diikuti, ialah gambar2 beliau yang cukup menarik. If only I have ideas to capture my food the way she does! Kjee yakin blog MF bukan sahaja diikuti oleh pelayar2 internet dan food lovers Malaysia tetapi seluruh dunia! Bukan senang nak dapat followers dari seantero dunia. Kjee percaya MF can do it!

Thanks MF for giving me the confidence to do things that I have never dared done before! Kjee ingatkan membuat roti adalah satu tugasan yang paling sukar untuk dilakukan. You've proven me wrong!

Beliau menjadi blogger sejak July 2007. Dan kini dengan bangganya telah mencapai hits dan followers yang amat memberangsangkan! Terbaru, MF dah kembali ke Facebook menggunakan nama Ma Mamafami. Welcome back!!

Maaf MF. Gambar2 semua Kjee cilok dari your blog! Tak per Hari Raya Haji nanti boleh pohon maaf yer. Hehehe


Thursday, September 22, 2011

DAPUR TANPA SEMPADAN, DIREKTORI MASAKAN YANG UNGGUL!!

SIRI JEJAK BLOGGER MASAKAN #3






boleh kalah kek kat bakeri!!!




Sehari tak jenguk blog Che Mat Gebu, rasa tak lengkap hidup kalau masuk internet. Begitulah sebahagian besar komen yang seringkali Kjee nampak apabila singgah di sana. Begitulah penangan Che Mat Gebu atau CMG.

Nama sebenarnya Adnan Ibrahim. Tetapi setakat ini belum ramai tahu bagaimana rupa sebenar CMG kecuali yang pernah bertandang ke rumah beliau di Sedenak, Johor.

Gambar cam ni buat kita gatal nak try buat!!
Kjee pun saspen nak tahu rupa sebenar CMG. Bagaimanapun, Kjee rasa2lah, Kjee boleh bayangkan macam mana. Nombor satu, CMG tu gebu dan kedua dia mesti putih melepak sebab dia keturunan Baba dan Nyonya. Itu jer.

Tapi Kjee tabik springlah pada CMG kerana keikhlasannya berkongsi kepakarannya dengan semua yang singgah di blognya. Kjee pun dah banyak belajar daripada blog beliau. Walaupun hasilnya taklah secantik yang beliau buat tapi yang penting rasanya sedap!!

Dapur Tanpa Sempadan adalah blog masakan pertama yang Kjee singgah. Masa tu Kjee belum jadi blogger lagi. Masih terhegeh2 kat Facebook. Siapa yang tak teruja tengok blog masakan CMG kan? Begitu jugaklah dengan Kjee. Tapi Kjee sedar yang ilmu Kjee dalam bidang masakan tak setaraf dengan CMG. Macam langit dengan bumi.

Sebab itu apabila buat keputusan membuka blog, Kjee tak ada niat pun nak buat satu blog masakan 100% macam CMG!! Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Gambarnya sentiasa lengkap dengan tema masakan
Blog Dapur Tanpa Sempadan Kjee ibaratkan sebagai test kitchen. Che Mat bukan sahaja post resipi dia sendiri tetapi dia juga mencuba resipi rakan2 blogger lain. Kjee cukup teruja apabila Che Mat cuba resipi Kjee. Kjee tak ingat yang mana satu. Tapi satu pagi tu, sebaik sahaja Kjee singgah kat blog DTS, Kjee punyalah menjerit suka sebab Che Mat ada menerai resipi Kjee.

Pada Kjee, Che Mat adalah seorang insan yang cukup kreatif, sensitif dan peka kepada semua di sekelilingnya. Sensitivitinya kekadang menakutkan. Mana tidaknya. Apabila ada je 'lalat2' yang dengki dan post sesuatu yang  tidak berkenan di hatinya, Che Mat ugut nak berhenti blogging. Risaunya Kjee sebab kalau beliau berhenti, pasti ramai yang akan rugi tidak mendapat ilmu lagi dari Che Mat.

Selain itu, Che Mat juga peka kepada kawan2 sekelilingnya. Kjee perasan yang banyak blog menjadi popular hasil promo bertubi2 dari Che Mat. Terima kasih Che Mat kerana pernah jugak promo blog Kjee satu ketika dulu. Kini, sebahagian besar mereka yang singgah di blog Kjee adalah dari DTS.

Setakat ini (22/09/2011), Kjee tengok Che Mat dah berjaya mengumpul 8-juta PV. Satu pencapaian yang cukup menakjubkan (sejak tahun 2008)!! Tahniah.

Kecur melihat home made pizza CMG
Dan Kjee yakin dan percaya hits DTS akan terus meningkat tanpa henti kerana blog itu bukan blog sembarangan. Ia menjadi direktori masakan kepada beribu2 orang. Kjee antara mereka yang singgah di blog Che Mat lebih 5 kali sehari!!

Carry on posting Che Mat. Kjee suka cara awak yang santai dan lucu plus those lovely pictures walaupun Che Mat kata hanya guna camera cap ayam! Cap ayam pun cap ayam lah kan? Apa guna kalau kamera cap rimau tapi tak dapat hasilkan gambar2 yang cantik cam awak buat.

Kjee yakin blog awak akan menjadi rujukan kepada semua plus anak cucu Kjee yang akan datang!! Insya Allah.

Ini sajalah yang dapat Kjee coretkan buat masa ini. Kjee ada satu projek yang ingin Kjee laksanakan dengan Che Mat dan rakan2 blogger masakan lain. Kjee baru jer bisikkan pada Che Mat tapi awal2 lagi dia dah angkat bendera putih. Hopefully, dia berubah fikiran.

Akhir kata, sorry Che Mat, Kjee cilok semua gambar2 dari blog awak! Hehehe


Sunday, August 21, 2011

BLOG MASAKAN JADI RUJUKAN. TAK PAYAH BELI MAJALAH!

SIRI JEJAK BLOGGER MASAKAN #2



Apalah Kjee ni kan? Asyik buat entry macam ni. Boring lah pulak kan? Eh apa pulak boring? Tak boringlah! Sekurang2nya Kjee dah ingatkan korang supaya tak payah lagi keluar belanja beli majalah masakan! Jimatkan sikit duit tu!!

Maaflah, dalam 10 majalah yang keluarkan menu biskut Raya, hanya lima atau enam je yang boleh percaya. Korang tentu setuju dengan Kjee kan sebab pasti ramai dah terkena! Bukan korang jer...Kjee pun dah selalu sangat terkena.

Bila dah siap sedia nak buat tetiba tengok ada bahan yang tidak tersenarai dalam list bahan2. Tapi dalam cara membuat, ada pulak! Hmmm masa tu rasa nak bako jer majalah yang dibeli dengan harga belasan ringgit. Kalau tiba musim perayaan, masa tulah nak keluar edisi khas, edisi bonanza dan macam2 lagi. Harganya pun berlipat kali ganda.

TETAPI kalau korang rajin menjenguk blog2 masakan, pasti korang tahu sekarang tak perlu lagi beli majalah. Udahlah resipi percuma, bila buat gerenti sedap dan menjadik!!

Pastu kalau ada masalah, boleh berinteraksi pula dengan pemilik resipi masakan. Selalunya bloggers masakan seronok sangat kalau ada yang nak tahu lebih lanjut pasal resipi mereka. Dapatkah korang semua layanan macam tu kalau kat majalah?

Dalam banyak2 blog masakan, Kjee pasti blog milik Che Mat Gebu iaitu Dapur Tanpa Sempadan  antara yang paling popular! Followers blog tu dah menjangkau 10,000 orang dan PV dia lebih 7-juta!

Kjee yakin setiap hari, semua 10,000 followers CMG masuk ke blog dia sebab nak intai resipi buat biskut dan kek Raya. Blog DTS dah jadi macam rujukan...macam ensaiklopedia masakan. Nak buat kuih apa, biskut apa, kek apa semuanya ada di situ.

Malah, Kjee anggap blog CMG ini macam Test Kitchen. Che Mat suka sangat menerai resipi dari blog orang lain. Dan setelah menerai, beliau bagi komen. Selain menerai, Che Mat juga seringkali 'menderhaka' tokok tambah itu ini. Celotehnya yang sempoi jugak cukup menghiburkan!!

So kalau dah ada blog masakan yang 'macam2 ada (macam Asteruk)' buat apa lah beli majalah masakan lagi kan? Duit beli majalah tu boleh digunakan beli acuan baru ke, baking tray baru ker...ooopppsss mulut ni memang tak de insuran...silap2 haribulan kena saman ngan member2 Kjee kat majalah. Tak sedau awak tu dulu wartawan gak kan?



Anyway the moral of my entry...ewah cakap omputih jap...adanya blog masakan macam DTS, 1001 Resipi, Kurniaanmu, MamaFami, Masam Manis, Home Sweet Home (sekadar menyebut beberapa nama..yang tidak disebut, janganlah kecik hati), hidup ini menjadi lebih mudah.


Yang tak pandai masak jadi pandai sebab ada blogger masakan yang ajar step by step. Yang malas masak jadi rajin masak sebab selalu kena sindir dengan Kjee (lawak jer ye) dan apa lagi hah? Ala korang fill in the blanks sendiri lah yer.

Kjee ni sebenarnya penat giler. Mata dah berpinar2 sebab buat kuih tart dari tengah hari tadi. 10 jam kemudian baru selesai. Banyaknya buat tarts? Tak le banyak tapi dek kerana buat sorang2, jadi pepeham je lah. Bukan tak ada yang nak tolong tapi masing2 sibuk dengan kerja sendiri. Cian kan Kjee...well, do I have a choice?!!

Friday, August 19, 2011

BLOG MASAKAN SIAPA PALING GANAS SEKARANG?

SIRI JEJAK BLOGGER MASAKAN #1

Hehehe semua pasti saspen apabila Kjee ajukan soalan ini. Blog masakan siapa paling ganas sekarang? Cuba teka? Dapur Tanpa Sempadan milik Che Mat Gebu? Hmmm blog dia memang ganas sepanjang zaman. Dah lebih 7-juta PV tu. Pennnngsaaaannnnn!!

Siapa lagi? Home Sweet Home Kak Ummi Kuantan kita ker? Hah blog tu pun ganas. Memang salah satu blog yang Kjee dok intai setiap hari. Resipi beliau mantap!! PV pun dah lebih 2-juta. Banyaknya! Berjanggut Kjee nak tunggu PV banyak tu!!

Hah siapa lagi? Kjee rasa korang dah dapat teka. Siapa lagi kalau bukan si cantik manis Azlita Aziz yang blog dia nama Masam Manis!

Kjee kan kalau intai blog Ita, Kjee tak layan sangat coretan mahupun resipi dia. Yang penting gambar2 dia. A Picture Tells A Thousand Words!! Maaflah geng blogger lain...setakat ini Ita meninggalkan kita semua jauh di belakang di segi gambar masakannya!! Setuju tak??

Ita start blogging pada bulan Oktober 2010. Masa itu entry gambar-gambar dia biasa2 jer. Kjee pasti kalau Ita sendiri selak balik dari hari pertama dia jadi blogger sampai sekarang, mesti kecut perut dia.

Tengok sajalah gambar2 ini dari bulan pertama dia mula post entry dia!!







Dan gambar2 dibawah ini pula menunjukkan peningkatan pada kreativiti Ita.  Semuanya bermula selepas bulan April 2011. Dan sejak itu, blog Ita menjadi perhatian ramai.


Mujurlah Kjee tak jadi wartawan lagi, kalau tidak pasti Kjee pergi interview Ita.

Syabas Ita. Pada Kjee, beliau seorang yang cukup rajin berusaha. Setiap apa yang dilakukannya, dibuat penuh teliti. Tidak pernah sambil lewa atau main2! Tidak semestinya apabila usia semakin meningkat, kita tidak boleh mendalami ilmu yang menjurus kepada bidang yang kita minat.

Dan Kjee perhatikan, Ita memang banyak berhabis. Bukan sahaja berhabis di segi membeli peralatan photography (yang pasti mahal) tetapi bahan2 atau props yang digunakan juga memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Kjee pernah jadi wartawan dan seringkali juga terbabit dalam photo shoot untuk akhbar dan majalah.

Inilah cara Ita dapat gambar yang memukau kita semua!
Bagaimanapun, minat Kjee lebih kepada bidang penulisan. Lagipun, setiap akhbar ada yunit foto sendiri dan kami tidak dibenarkan menyibuk. Justru, minat kami sebagai wartawan hanyaa tertumpu kepada bidang penulisan sahaja.

Ita juga tidak lokek berkongsi ilmu. Dia juga memberi tutorial cara mengambil gambar yang betul. Tetapi Kjee rasa tidak semua mampu mengikut cara dia.

Apapun Ita, keep up with the good work. Kjee berharap Ita akan dijadikan role model oleh blogger2 muda!!

Maaf Kjee copy gambar2 dari blog awak untuk dimuatkan dalam entry ini....tak sempat nak mohon izin. Tak per..Raya dah dekat. Nanti Kjee bolehlah menyusun jari sepuluh memohon maaf! :)

Harap Ita tak malu dengan gambar2 yang diatas. Ita harus bangga dengan your achievement sekarang!!



Siapa tak kagum dengan kerjatangan Ita yang amat teliti!!