Showing posts with label pie. Show all posts
Showing posts with label pie. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

CHICKEN POT PIE YANG MUDAH






Kjee suka makan bende-bende camni. Malangnya, housemates Kjee yang lain tak berapa suka. So, tiap kali buat, kena bedal sowang-sowang. What to do. Huhuhu.

Heran camner dia orang boleh tak suka. Actually bukanlah tak suka tapi kalau tak ada pun tak apa. Kalau ada, dan kebetulan dia orang tengah kebulur, dilayan jugak. Hehehe kasar bahasa, nampak.

Anyway, hari ni Kjee buat banyak short cuts untuk Chicken Pot Pies ni. Dari inti hingga ke pastri. Intinya, Kjee letak canned Mushroom Soup. Buat sendiri bukannya payah sangat pun. Kjee tak malas tapi tak kuasa. Ehhh adik beradik malas lah tu kan? Hehehe.

Dan pastrinya beli yang readymade. Jenama Kawan. Senang kerja. Habis cerita.



Cream of Chicken pun boleh

Letak ler apa cendawan pilihan kalbu

Isi dalam acuan biasa yg kecik pun okay

Inti isi ¾  penuh jer

Sebelum masuk oven, sapu egg wash


Kjee guna cendawan Shimeji. Tapi korang boleh guna apa sahaja cendawan yang korang suka. Sebab Kjee buat tiga biji pies sahaja, Kjee guna satu biji kentang yang telah didadu kecik-kecik. Rebus sampai empuk. Kjee rebus bersama satu potong kecik isi ayam. Tak kesah bahagian mana. Janji isi ayam.

Apabila ayam dan empuk, disiat-siat halus. Kentang rebus tu ditoskan.

Kemudian Kjee keluarkan sup cendawan (cream of chicken soup pun boleh), masukkan dalam periuk dan ikut arahan pada tin iaitu campurkan satu tin sama, air. Kacau sampai sekata, jerangkan guna api perlahan. Untuk 3 biji pies, Kjee hanya guna separuh sahaja dari sup itu.

Lepas tu, masukkan ayam, kentang, cendawan dan jugak mix vegetables. Kalau tak ada, letak carrot dadu pun boleh tapi rebuslah sekali dengan kentang supaya lembut. Jerang seketika atas api sehingga kuahnya agak pekat. Rasa. Kalau tak cukup masin, tambah garam tapi Kjee tak tambah. Taburkan sedikit lada hitam diatas inti.

Pastri dikeluarkan. Letak suhu bilik. Taburkan sedikit tepung diatasnya, kemudian ambil bekas ramekins dan potong ikut bulatan permukaannya. Buat potongan/torehan atas pastri untuk benarkan asap/wap keluar.

Letak ¾ penuh ramekins dan tutup dengan pastri. Sapu dengan egg wash.

Panaskan oven selama 10 hingga  20 minit. Kemudian baru masukkan pies. Oven perlu panas betul-betul kalau tidak, ia tidak bantu pastri naik.

Masak selama 10 mini jer atau hingga warna pie keperang-perangan.











Thursday, December 17, 2015

QUICHE TUNA DAN CENDAWAN







Quiche adalah adik beradik, suku sakat pie atau open tart. Selalunya, ia dimakan untuk sarapan tetapi sekarang orang makan tak kira masa.

Masa Nadia kecik-kecik dulu Kjee selalu buat. Tapi buat guna acuan yang kecik-kecik. Jadi, tak perlu potong dan berebut-rebut. Buat sorang dua biji. Entah camner, tetiba semalam Kjee teringin nak makan. Dalam otak berlegar-legar nak buat Tuna and Mushroom Quiche. Kemudian, tambah pulak Cheddar Cheese kat atasnya. Perghhhh sedap.

So pagi tadi lepas hantar Nadia pergi kerja dan pergi medical checkup, singgah pulak kat Hero Market cari cendawan. Kjee pilih White Button Mushrooms sebab Nadia tak suka Shitake Mushrooms yang menurutnya, bau terlalu kuat. But I like. Namun, demi anak, beli lah cendawan butang putih yang segar.  Dalam fridge ada green and red capsium atau cili besar Benggala.

Untuk inti Quiche, kita boleh letak apa sahaja yang kita suka. Seafood (udang, sotong, isi ketam), isi ayam, daging dan jugak sardin atau tuna. Kita buat ikut selera kita ajelah kan?









Sampai rumah, Kjee siapkan doh dulu. Pastri doh mudah iaitu half fat to flour. Kandungan lemak separuh daripada tepung. Tapi Kjee sukat 225grams tepung gandum, 115 grams butter dan secubit garam. Jugak air yang diletak beberapa ketul ais untuk jadikan adunan doh. Jangan terlalu banyak air. Cukup-cukup jer untuk menjadi doh kental macam kulit karipap.

Butter harus sejuk dari peti ais. Dipotong dadu dan diramas-ramas dalam tepung yang telah dicampur sedikit garam. Ada orang letak sedikit gula tapi Kjee tak letak. Apabila adunan sudah jadi macam serbuk roti, masukkan air sedikit demi sedikit.

Bulatkan doh, bungkus dengan cling wrap dan simpan dalam peti ais. Rehatkan lebih kurang ½ jam.

Sementara doh rehat, potong 1 labu bawang besar bulat-bulat. Dua ulas bawang putih didadu halus. Kemudian, hiris cendawan serta green and red capsicum. Hiris ikut sukalah sebab bila dah jadi inti, tak nampak lagi rupanya.

Kjee guna Tuna dalam tin yang direndam minyak. Tos minyak dan buang. Tuna tu diramas-ramas hingga berderai. Kemudian campur 1 sudu kecik lada hitam tumbuk.










Untuk kastadnya, Kjee pukul 5 biji telor dan letak ½ cawan susu cair. Garamkan secukup rasa.

Apabila bahan-bahan semua sudah siap, keluarkan doh dan dicanai. Doh itu cukup untuk acuan 9". Kjee guna acuan warna hitam dengan removeable base. Setelah dicanai dan diletakkan dalam acuan (doh berlebih di trim guna pisau), bakar secara blind bake. Kjee alas doh dengan kertas minyak dan letak kacang merah. Ini untuk elak doh itu mengelembung. Bakar dalam oven suhu 200 darjah Celsius selama 20 minit atau doh dah garing. Kemudian keluarkan.

Susun segala bahan-bahan yang telah disediakan kecuali telor. Apabila sudah siap, curahkan adunan telor dan susu cair tadi perlahan-lahan diatas quiche. Kemudian, kalau suka boleh susun kepingkan Ceddar Cheese yang telah atas permukaannya.

Kjee turunkan suhu ke 160 darjah (sebab guna acuan hitam) dan bakar. Kalau guna acuan biasa, suhunya lebih kurang 180 ikut kepanasan oven memasing. Tempoh baking antara 40-50 minit. Atau sehingga permukaan atas quiche sudah keperang-perangan atau golden.

Boleh hidang panas, suam atau sejuk. Hidang dengan sos cili pun sedap.






Saturday, May 9, 2015

CHICKEN PIES MACAM ANGEL CAKE HOUSE






Apabila dah lama tak buat, bila buat balik memang kekok sangat. Begitulah terjadi siang tadi apabila Kjee ajak UnclePali bantu buat pies. Terpinga-pinga selak buku cari resipi walhal Kjee memang tahu resipi pastri yang Kjee guna adalah ehsan my good friend, Wan Noor Rizan.

Kjee adalah pengikut tegar rancangan AFC especially program Anna Olson dan Tyler Florence of Tylers Ultimate, fame. Siap rakan setiap series supaya tidak terlepas. Maklumlah kekadang waktu siaran, Kjee keluar atau zzzzz.

Anyway, apa yang Kjee pelajari ialah tips bagaimana dengan mendapatkan pastri yang flaky. Bukan jenis puff pastri tetapi pastri biasa yang rasa macam berlapis. Flaky lah tu. Hehehe.

Menurut mereka, mudah aje. dadu kecik-kecik butter yang sejuk beku. Terus diramas ke dalam tepung. Apabila butter tu masih dalam bentuk ketulan yang agar kasar (bukan halus macam breadcrumbs), masukkan air yang sudah dicampur ais. Maknanya air itu mesti sejuk sangat-sangat.

Kemudian disatukan hingga menjadi doh. Bukan doh keras macam kita buat karipap tetapi lembut sedikit. Uli doh tu pantas-pantas kemudian terus dibungkus dalam plastic wrap dan diletak dalam peti ais selama lebih kurang ½ jam.

Jangan risau ketika mencanai masih terdapat ketulan butter. Ketulan butter itulah yang membuat pastri itu flaky bila dibakar.




























Itulah yang Kjee buat tadi guna resipi Wan Noor Rizan yang Kjee ambil dari page dia Sugar-Sucre. Kjee guna 250gms butter (Kjee guna Anchor) dan 3 cawan tepung. Air ais secukupnya untuk bind pastri tersebut.

Apabila sudah keluar oven, nyata sekali tips yang Kjee kutip dari rancangan Anna Olson dan Tyler Florence menjadi. Tak tipu punya hehehe.

Hari ini Kjee jugak eksperimen buat inti ayam seperti yang pernah Kjee beli dari kedai Angel Cake House. Masa muda-muda dulu ACH ini cukup femes. Selain kek dan pastri yang sedap, Chicken Pies antara attraction mereka. Mereka jugak bubuh telor rebus dalam Chicken Pies. Apabila ACH dah tutup, Kjee selalu terbayang nak buat Chicken Pies macam yang mereka buat.

Akhirnya Kjee berani dan hasilnya hampir sama seperti ACH. Alhamdullilah dapatlah sikit kurang rasa seperti yang Kjee makan dulu-dulu.




Inti chicken pie
























Untuk inti, Kjee guna isi dada dari 1 ekor ayam yang kecik. Kjee rebus guna sedikit air sehingga masak. Letak sedikit garam ketika merebus. Air yang sama Kjee guna untuk rebus 2 biji kentang yang telah Kjee dadu kecik-kecik. Sementara tunggu kentang empuk, Kjee carik-carik isi ayam. Kjee toskan kentang dan simpan airnya untuk buat stok.

Kemudian Kjee dadu 2 labu bawang besar dan 3 ulas bawang putih. Kjee tumbuk halus 1 sudu besar lada hitam. Kjee jugak guna mixed vege yang terdiri dari green peas, carrots dan jagung dalam satu mangkuk kecik.

Tumis lebih kurang 2 sudu besar butter dan 1 sudu besar minyak jagung. Minyak itu untuk elakkan butter hangus. Apabila sudah cair, masukkan bawang dan goreng hingga layu. Kemudian masukkan kira-kira 2 sudu besar tepung gandum dan kacau serta masak hingga sebati. Masukkan kira-kira 1 mangkuk air rebusan tadi dan kacau hingga halus. Jika terlalu pekat, masukkan lagi stok atau kalau dah habis, boleh tambah sedikit air panas supaya ia cari sedikit.










Kemudian masukkan isi ayam dan juga lada hitam serta mixed vege. Masukkan juga 1 kiub ayam. Kacau rata. Kalau ada stok bay leaf kering, bolehlah jugak letak. Rasa dan padam api. Sejukkan.

Sementara itu, keluarkan pastri. Canaikan dan guna bekas alluminium untuk bahagian bawah pie. Cucuk-cucuk dengan garfu dan bakar (blind bake) dalam oven lebih kurang 10 minit suhu 160. Kemudian keluarkan, isi inti ayam, letak ¼ biji telor rebus dan tutup dengan sekeping lagi pastri. Cucuk-cucuk bahagian atas pastri dan sapu dengan telur.

Bakar guna suhu 160 selama 25-30 minit atau sehingga masak keperang-perangan.

Sedap makan ketika suam. Lebih sedap kalau dimakan bersama black pepper sauce dan jugak sos cili.











Sunday, June 8, 2014

KUIH BAKAR DAGING/AYAM SERTA MINI BEEF/CHICKEN PIES
















Kuih Bakar Daging dan Mini Beef pies yang Kjee jual.

Sebiji Kuih Bakar Daging RM6 dan order minima 3 biji. Untuk Mini Beef Pies pula, harga sebiji RM3.50 dan order minima 12 biji.

Ramai yang meminta Kjee buat Kuih Bakar Ayam dan jugak Mini Chicken Pies.  Order minima untuk Kuih Bakar Ayam 6 biji dan harganya RM7 sebiji. Mini Chicken pies pula harga dan order minima sama seperti Mini Beef Pies.

Tiada penghantaran/pos. Kalau minat, boleh sms Kjee di 0126780501. Pick up point di Taman Melawati. Order dua hari sebelum.

Wednesday, May 14, 2014

DAH BOLEH ORDER PAI AYAM ATAU KUIH BAKAR AYAM



Add caption

Inti yang mewah




Kjee dapat banyak permintaan untuk pie ayam. Sebenarnya bukan Kjee tak nak buat tapi...ehhh kenapa yer? Ohhh sebab Kjee kureng rajin nak cincang-cincang isi ayam. Kalau daging, Kjee either beli daging kisar atau Kjee kisar sendiri guna gadget manual.

Ramai pujuk Kjee kata nak jamu kengkawan yang tak makan daging kat opis. Yalah kalau buat jamuan pastu hidang makanan yang ada daging, pasti sebilangan opis mate kaum India dan juga Cina tak boleh makan.

Kerana itu, Kjee akan buat mini chicken pies selepas ini. Harga sama iaitu RM3.50 dan order minima 12 biji. Begitu jugak dengan kuih bakar. Kalau ada permintaan Kjee boleh jer buat.

Yang berhajat boleh sms 0126780501. Tapi, TIADA PENGHANTARAN. Kena amik sendiri di stesyen minyak BHP Taman Melawati pada masa dan waktu yang ditetapkan.



Sebiji RM6 order minima 3 biji



Mewah dengan inti

Sunday, March 16, 2014

BEEF PIES, SAMOSA DAN KUIH BAKAR



Mini Beef pies Rm3.50/min order 12 biji

Frozen Samosa 20 biji RM18


Kuih Bakar Daging RM6/min order 3 biji

Nak order sms 0126780501. TIADA PENGHANTARAN/POS. Kuala Lumpur sahaja.

Sunday, March 2, 2014

NAK CARI PAI DAGING YANG HALAL TOYIBBAN?

































Hari tu Kjee pergi PeeJay. UnclePali turun beli air di sebuah kedai runcit. Sebelahnya ada bakeri yang cukup femes bukan milik orang Islam. Kjee suruh UnclePali masuk dan intai berapa hengget harga pie kat situ. Saja nak tau.

UnclePali masuk balik kereta dan kata pie yang sama saiz kecuali tak sarat inti cam yang Kjee buat dijual dengan harga RM2.50. Kjee angkat kening. Aku jual RM3.50 sebiji.

"Laa awak tak usah bimbanglah. Pai yang awak buat intinya padat dan penuh. Dan gerenti halal dan sedap," kata UnclePali.

Alhamdullilah. Sejuk sikit perut dengar kata-kata UnclePali. Mungkin sebab itu ramai kawan-kawan order pie Kjee. Sebab halal kot Kjee beritahu UnclePali.








"Yalah agaknya. Lagipun, kalau ada banyak repeat orders, faham-faham sajalah," tambah UnclePali.

Kenapa Kjee buat pies dan kuih bakar daging sahaja? Sebab jarang orang kita buat dan jual. Actually aku tak reti buat cakes, brownies, muffins bagai. Ramai kata harga yang Kjee jual berbaloi dengan rasa. Wallahualam. Kalau korang nak order, sila sms 0126780501.

Kjee TIADA BUAT PENGHANTARAN ya. Sebab itu Kjee kata hanya untuk mereka sekitar lembah Kelang sahaja. Kena amik sendiri di pam minyak Bhp Taman Melawati, Ulu Kelang di hari dan masa yang ditetapkan.

Kjee mohon maaf sekiranya ada yang tak selesa kalau Kjee suruh bank in duit baru Kjee confirm order. Ada yang order tapi bila tiba masa nak pick up, bagi alasan macam-macam. So nak selamat Kjee suruh bank in supaya korang tu genuine customers.

Kuih bakar daging dijual dengan harga RM6 sebiji. Order minima 3 biji. Mini beef pies RM3.50 sebiji dan order minima 12 biji.


Kuih Bakar Daging







Tuesday, February 4, 2014

MINI BEEF PIES UNTUK MEREKA DI PAHANG, GANU






Kjee akan ke Pantai Timur hujung minggu ini. Ramai kengkawan sepanjang jalan (laluan Kjee) ke sana, minta Kjee buatkan mereka Pai Daging. Tak ada masalah asalkan tunggu untuk pick-up di Kuantan-Kemaman-Kerteh-Paka-Dungun-Kuala Terengganu.

Kjee tak buat banyak sebab UnclePali kata banyak-banyak nanti mana nak letak dalam kereta. Hehehe. Sesiapa yang berminat boleh sms Kjee 0126780501 sebelum hari Khamis 6/2/14.

Order minima 12 biji. Hanya pies daging sahaja.

Masa pick up akan kjee sms sebelum sampai ke destinasi tersebut.





Sunday, February 2, 2014

PIES OH PIES OH PIES








Shiela (blogger Spices Journey) kalau amik gambar, rasanya makanan yang tak sedap pun nampak sangat-sangat berselera!

Tetiba Kjee bersemangat sangat nak teruskan projek buat pies. Thnx Shiela.

Yang beminat nak rasa pies Kjee bolehlah place your orders @ 0126780501. Hanya untuk mereka di Kay Ell dan Lembah Kelang. Tiada deliveries. Amik sendiri tau. Dan tak ada nak pos gak. Kjee lawak jer aritu. Ada yang sms nak suruh pos. Isyhhh Isyhhh Isyhhh.

Next change... Chicken Pot Pies pulak. Hehehe



Tq for the testimony Shiela... hehehe






Thursday, January 23, 2014

PAI WAJAH BARU DARI KJEE




Ini sebelum masuk oven





Inilah pai daging berwajah baru yang Kjee hasilkan. Sesiapa minat dan nak order, sila sms 0126780501. Sms jer tak payah kol buang kredit.

Minimum order 12 biji dan TIADA DELIVERY! Hanya untuk kawasan KL dan yang sewaktu dengannya yang sanggup pick up sendiri di pam minyak Bhp Taman Melawati. Pos boleh tapi risiko tanggung sendiri.

Boleh jugak order Kuih Bakar Daging. Minimun order 3 biji jer.




Mewah dengan inti daging

Thursday, January 2, 2014

CUBALAH MAKAN PIES DENGAN SOS



Pie seperti ini not for sale..renyah nak buat



Rasa-rasanya tak ada orang buat pies makan dengan sos. Tak kisahlah brown sauce, blackpepper ataupun mushroom sauce. Tapi Kjee buat pies dan turut menjualnya bersama blackpepper sauce sebab nak perkenalkan cara makan pies dengan sos, yang Kjee suka.

Tak sangka pulak ramai customer Kjee suka!!

First time Kjee makan pie bersama sos di Dave's Deli, many many years ago. Mereka menghidangkan pelbagai jenis pies. Dan setiap hidangan pie itu dicurahkan dengan sos yang sedap. Harganya kalau tak silap Kjee, di antara RM7 hingga RM9.

Masa tu Kjee rasa dah mahal sangat-sangat. Tetapi kerana teringin nak makan selalu, tapi tak mampu  Kjee rela pergi ke bakeri biasa dan beli chicken pies. Of course rasa pies tu tak sama dengan yang dijual di Dave's Deli.

Oleh kerana tak reti buat sosnya, Kjee beli sos instant kat supermarket. Balik rumah, bancuh ikut arahan pada peket (kalau tak silap jenama Mc Cormik), dan Kjee curahkan keatas pie tersebut. Sedap tapi mana boleh lawan yang di Dave's Deli.






Panas panas baru keluar oven



Masa tu, Kjee memang tak jinak sangat ke dapur untuk baking. Setakat masak biasa-biasa untuk Nadia dan Kjee (masa tu Kjee ibu tunggal).

Kini Kjee dah belajar buat pies... terima kasih Wan Noorizan, kerana buat Kjee berani buat pies... dan jugak beri resipi. Dan Alhamdullilah, sudah menjadi satu cabang perniagaan Kjee.

Terima kasih kepada Fasya, adik angkat Kjee yang mencetuskan idea untuk Kjee meniaga pies. Dia nampak Kjee post dalam facebook dan blog, gambar-gambar pies yang Kjee buat. Fasya adalah insan pertama yang order pies dari Kjee. Thnx Fasya tapi masa tu Kjee tak buat sos sebab tak yakin Fasya akan suka.


Ada choice antara Beef dan Chicken pies



Kemudian pada mid November 2013, Ogy Ahmad Daud text Kjee dan minta Kjee buatkan dia pies. Kalau tak silap Kjee sebanyak 2 dozen. Kjee tanya Ogy samada dia hendak sos blackpepper sekali dan Ogy kata dia sangat suka.

Ingatkan terhenti disitu sahaja 'perniagaan' Kjee. Tak sangka pulak beberapa hari selepas itu, Ogy text sekali lagi, mintak Kjee buatkan pies dalam jumlah yang banyak untuk konsert anaknya Aminah. Kjee menolak kerana hanya mampu buat 50 biji sahaja sehari. Maklumlah tak berapa sihat. Ingatkan Ogy hanya mahu pies. Rupa-rupanya, Ogy beritahu sos blackpepper yang Kjee buat menyedapkan lagi pies tersebut.

The rest is history!

Bagaimanapun, Kjee hanya amik order untuk pies dan jugak Kuih Bakar Daging untuk mereka di sekitar Lembah Kelang. Mereka perlu mengambilnya sendiri. Tiada delivery service...kecuali pada hari Kjee ke Hospital Tung Shin untuk buat akupuntur. Dan Kjee boleh drop off orders along the way from Ampang. That's three times a week.

Dan kini Kjee tak menang tangan jalankan bisnes Pies dan Kuih Bakar Daging. Walaupun kekadang rasa semput jugak menyiapkan order tapi Kjee happy sangat. Happy kerana mereka yang membelinya puas hati. Dan happy sangat Kjee dapat mengisi masa terluang untuk menambah pendapatan.

Kalau ada sesiapa (di area Lembah Kelang) nak oder, sila sms 0126780501. Order minima untuk pies ialah 12 biji. Tak boleh campur campur sebab Kjee buat satu jenis aje each time. Untuk kuih bkar daging pulak, order minima ialah 3 biji.

.






Kuih Bakar Daging yang jugak laris...Alhamdullilah