Showing posts with label brunch. Show all posts
Showing posts with label brunch. Show all posts

Monday, February 13, 2017

breakfast

ROTI GRILL UNTUK SARAPAN



Ini guna roti bijirin



       Sejak kesihatan Kjee tidak begitu elok sejak akhir-akhir ini, Kjee dah jarang-jarang dibawa UnclePali ke my favorite kedai untuk sarapan. Kalau tidak, setiap pagi, dia akan membawa Kjee ke merata kedai di Taman Melawati untuk menikmati roti canai, lontong, nasi lemak dan semua yang sewaktu.

       Tetapi, Kjee macam sudah seronok pulak makan roti grill dengan telor separuh masak ataupun apa sahaja yang dijadi breakfast, daripada roti. Kekadang UnclePali buatkan French Toast dan kekadang Sandwich,

       Walaupun di rumah ada dua Bread Toasters, namun Kjee lebih suka kalau roti itu dipanggang atau grill atas grill pan. Entahlah... pada Kjee, rasanya lebih enak daripada dimasukkan kedalam toaster. Kalau tak ada grill pan, kat kuali pun boleh.




Ini roti paun atau roti benggali




       Ramai puji cara UnclePali buat telor separuh masak tu. Perfect kejadiannya, kata mereka. Walaupun dah berpuluh kali UnclePali buat guna teknik sama, namun semuanya terpulang kepada kesegaran telor. Kalau telornya masih fresh, maka cantiklah kejadiannya. Begitu juga sebaliknya.

       Kelmarin Kjee ternampak satu blog yang mengajar cara buat telor separuh masak yang perfect. Menurutnya (maaf Kjee tak pasti blog yang mana satu), jerang air sampai mendidih. Kemudian padam api. Masukkan telor perlahan-lahan ke dalam air panas tadi. Set masa antara dua hingga tiga minit. Kemudian keluarkan. Kjee belum kesempatan mencuba kaedah ini.




Egg Boiler




       UnclePali guna bekas untuk rendam telor setengah masak. Banyak jual di pasaran termasuk dari jenama Cosway. Kjee dapat hadiah dari seorang teman. Dah banyak tahun.

       Menurut UnclePali, walaupun dia guna bekas itu, namun masih kena pastikan samada telor itu baru dikeluarkan dari peti ais atau sebaliknya. Kalau duduk dalam peti ais, katanya direndam dalam 10 minit. Cuba klik SINI.

       Selain itu, Kjee juga suka French Toasts versi orang kita yang tidak letak susu segar. Kjee letak secubit garam sahaja. Kemudian makan dengan Maple Syrup atau apa sahaja jem.





French Toast

     


Tuesday, January 19, 2016

breakfast

POPPERS KENTANG KEJU








Dah berzaman Kjee tak buat Cheese Potato Poppers. Dulu masa Nadia sekolah rendah, rajin Kjee buat untuk bekal dia ke sekolah. Bukan tak boleh beli tetapi semua tak menepati citarasa. Baik poppers mahupun nuggets. Selain mereka letak terlebih perisa (kekadang sampai tahap terlalu masin), Kjee berasakan ia tidak sihat, berbanding buat sendiri.

Kjee teringat nak buat kembali setelah Nadia beli satu peket Cheese Poppers kat Ayam Mas aritu. Terlebih masin. Daripada banyak komplen dan buat dosa, baiklah buat sendiri kan?

So pagi tadi, Kjee pun ke dapur dengan tujuan nak buat poppers. Tiada resipi yang khusus. Cuma cuba refresh apa yang Kjee buat dulu-dulu.

Kjee guna 6 biji kentang. Lebih kurang ½ kilo. Kentang dari Indonesia, rasanya. Tapi sekejap jer rebus dah lembut. Cuci dan gosok pelan-pelan setiap biji dan rebus tanpa buang kulit. Jangka masa terpulang kepada kentang yang korang gunakan. Cucuk tengah-tengah kentang dengan hujung pisau untuk pastikan ia sudah elok empuk. Buang kulit.










Letak dan besen dan letak lebih kurang satu sudu besar butter, sedikit garam dan lada hitam. Terus lenyek ketika ia masih panas. Guna apa jua gadget yang korang ada untuk lenyek. Buat macam nak buat mashed potato. Rasa. Mesti secukup rasa.

Kemudian letak lebih kurang tiga sudu besar tepung gandum. Mulakan dengan dua sudu dulu. Kalau perlu, baru tambah satu sudu lagi kalau doh terlalu lembik. Ia harus diuli seketika menjadi doh yang sederhana lembut.

Keluarkan cheese dan baked beans (kalau guna). Toskan baked beans tu daripada sosnya. Kalau terlalu banyak sosnya, doh akan menjadi lembik.

Bulatkan doh ikut besar mana korang nak poppers itu. Kjee buat dua saiz. Satu Kjee buat lonjong yang Kjee hanya letak Mozarella Cheese. Yang bulat-bulat Kjee letak Ceddar Cheese dan Baked beans. Boleh letak apa jua inti yang korang suka.




Celup dalam telur, kemudian dalam bread crumbs


Bread crumbs


Leperkan doh dan letak cheese (dan baked beans) dan bentukkan menjadi bulat atau lonjong. Kemudian dicelup dalam telor (yang telah dipukul manja) dan dicelup pulak dalam bread crumbs.

Kjee buat bread crumbs sendiri. Kjee guna roti berbaki yang telah lama Kjee simpan dalam peti ais. Oleh kerana ia kering dan keras, Kjee terus masukkan dalam food processor (blender pun boleh) dan kisar sampai halus. Jika roti yang masih segar dan lembut, bakar seketika dalam oven (atau panggang dalam kuali atas dapur). Jemur di tengah panas hingga kering, pun boleh. Apabila sudah garing, dikisar. Boleh simpan bread crumbs dalam bekas kedap udara dalam peti ais.

Alternatif lain, kaedah malas,  bread crumbs boleh dibeli kat kedai yang jual bahan kek atau bakeri.

Bekukan seketika dalam peti ais. Boleh digoreng terus atau  disimpan beku dalam bekas tertutup dalam peti ais. Bila hendak makan, boleh digoreng tanpa dinyah beku. Api hendaklah sederhana panas. Hati-hati ketika menggoreng kerana ia mudah pecah dan cepat hangit.

Boleh dijadikan bekal untuk anak ke sekolah. Atau untuk sarapan serta minum petang. Sedap makan sejuk ataupun panas. Kalau suka boleh cicah dengan sos cili.

Maaf foto dan hasil poppers tak begitu sempurna. Kjee tak berapa sihat tapi habiskan jugak buat sorang-sorang. Hehehe







Tuesday, November 10, 2015

bekfas

GARLIC BREAD + SCRAMBLED EGGS










Dah dua hari Nadia beli Baguette aka Roti Perancis. Memang Kjee plan nak buat Garlic Bread makan dengan Mushroom Soup malam tu. Kemudian buat pan fry Dory Fish. Bakar pulak kentang. Yummy kan? Tapi like I said hari tu, segala yang dirancang tak semestinya menjadi.

Maka pagi tadi Kjee buat untuk sarapan pulak... Garlic Bread dengan Scrambled Eggs. Idea nak buat ni, spontan jer. Mulanya Kjee nak grill jer roti tu pastu sapu tuna yang dalam tin. Malangnya, tak ada stok. So, tiada rotan, akar pun berguna. Hehehe.

Breakfast camni, kena ajar anak-anak remaja buat supaya ringan sikit beban menyediakan sarapan hujung minggu kan? Kalau ada mushroom soup, lagi best tapi malas pulak nak godek fresh mushroom soup pepagi buta. Sejak pandai buat fresh mushroom soup sendiri, dah tak pandang lagi yang dalam tin. Hehehe.





Garlic Bread


Nak resipi Garlic Bread, KLIK SINI.

Untuk scrambled eggs, Kjee pukul manja 3 biji telor, letak sedikit garam dan secubit lada hitam kisar. Kemudian panaskan kuali non stick, letak lebih kurang dua sudu butter. Guna api perlahan untuk cairkan butter. Kemudian tuangkan telor tadi. Guna api sederhana, kacau perlahan-lahan telor hingga hampir pekat. Kemudian cepat-cepat padam api. Jangan masak terlalu kering. Biar masih mentah-mentah sikit telor tu.

Letak Scrambled Eggs atas Garlic Bread selepas roti itu siap di panggang.




Tuesday, August 18, 2015

bekfas

UNCLEPALI BUAT PANCAKES







Kjee selalu konfius. Pancakes ni asal orang kita buat atau Mat Salleh? Kita memang ada Lempeng Tepung atau ada orang panggil lempeng pekak. So, sapa tiru sapa! Tulis sambil cekak pinggang.  Hahaha.

Anyway, arini UnclePali buat Pancakes resipi omputih walaupun Kjee suka lempeng orang kita. Hari tu makan kat gerai pelakon Rena Tan kat Wangsa Maju, depan Seri Rampai Business Park. Sedap cicah dengan sambal tumis hijau dia.

UnclePali hanya buat pancakes kalau Nadia tak kerja. Hari ni Nadia cuti sebab pagi semalam dia terjatuh dan terseliuh kaki. So, memandangkan Nadia suka makan pancakes airtangan Papa dia, maka yang kena buat adalah UnclePali. Kjee tak lulus bab buat pancakes. Actually alasan malas nak buat. Hehehe.

Oleh kerana UnclePali jarang buat, maka Kjee intai entry lama. Sukatannya 2 cawan tepung gandum, 2 cawan susu segar (Kjee guna susu cair), 2 sudu besar butter dan 1 biji telor. Blend semua sampai sebati. Resipi penuh, korang check kat SINI.












Apabila Kjee kata dua cawan tepung, UnclePali garu kepala. "Dua cawan? Banyak jadi nanti. Sapa nak makan?" Kjee suruh dia guna cawan comel ala Old Town White Coffee tu. Apa-apa bekas yang kenit pun tak apa kalau yang nak makannya tak ramai. Atau mungkin boleh buat separuh adunan jer. Telor biar sebiji.

Sekejap aje UnclePali siap buat. Dia guna kuali non stick yang kenit... yang 6 inci tu. Dapat dalam 15 keping agaknya! Lain kali nak buat separuh jer adunan.

Kebetulan, my dear sister, Kak Hawa yang tinggal di Australia, kembali bercuti Raya aritu. Kjee kirim kat beliau Maple Syrup. Beliau beri Kjee 3 botol. Sukanya Kjee sebab Maple Syrup ori memang mahal. Hanya dijual di supermarket besar sahaja.

So, tadi kami makan Pancakes dengan Maple Syrup. Nasib baik tak ada sambal tumis. Kalau tidak, Kjee pasti makan dengan pancakes ni. Tekak Melayu. Opppsss Jawa. Hehehe.




Tuesday, November 25, 2014

breakfast

MIHUN GORENG MUDAH

































Breakfast fav UnclePali kalau makan kat luar ialah roti canai atau mihun goreng. Kjee tak pernah tengok dia makan tosei atau capati. Ada sekali dua Kjee tengok dia makan poori.

Tapi, Kjee cukup sedih kalau dia makan mihun yang dah siap dibungkus. Buka jer, hanya mihun goreng kosong. Sayur sehelai pun tak ada.Rencah ayam atau udang, janganlah nak harap! Anyway, harganya RM1.20. So what do you expect dia orang nak letak!

So pagi ni, Kjee tanya UnclePali nak makan apa for breakfast? Dia kata roti ada lagi. Hmmm roti? Semalam dah makan roti. Tak lalu lah! Makan mihun nak tak? Dia angguk. Tak leceh ker dia tanya. Ahh for you tak leceh mana. Ada cara instant. Hehehe.

Kjee terus ke pantri dan keluarkan mihun jenama Faizah. First time beli jenama ni. Kalau rendam air sejuk mau makan masa dua jam. So Kjee rendam  sekeping selama 10 minit dalam air paip dan masak air panas dalam cerek. Dalam flask pun ada air panas....hmmm terlupa.

Setelah air tu masak, Kjee toskan mihun tu dan rendam dalam air panas. Tepikan.

In the meantime, Kjee siang sayur sawi dan rendam. Lepas tu, kupas 1 labu bawang besar, 1 ulas bawang putih dan tumbuk sampai halus. Kemudian Kjee rendam seketika 1 sudu besar udang kering dalam air panas. Kemudian tumbuk sama bawang. UnclePali dah tolong siangkan udang dan keluarkan cili kisar dari peti ais.

Sekejap-sekejap cek mihun. Kalau dah agak lembut, toskan airnya dan letak bawah paip. Biarkan ia rendam seketika dalam air sejuk supaya mihun tu tak lembik sangat. Pastu toskan.

Panaskan kuali. Tumis bahan tumbuk 5 minit kemudian masukkan 2 sudu besar cili kisar. Goreng hingga terbit minyak. Masukkan udang. Goreng seketika. Masukkan sayur sawi dan mihun. Kjee tak guna garam sebaliknya hanya guna fish sos atau nampla.

Dah siap semuanya, goreng pulak telor mata kerbau dua biji.

Hah kan dah siap! Tak sampai setengah jam dari proses merendam mihun. Makan pun puas hati kerana cukup rencah cukup rasa. Kalau nak ganti dengan mi kerinting aka maggi pun boleh. Kita yang buat dia. Hahaha.

Kalau nak versi Mihun Siam, KLIK SINI.





Monday, November 24, 2014

breakfast

JOM BUAT EGG MAYO SANDWICH












Salam adik-adik. Good morning. Hari ni Mokcik nak ajar adik buat Egg Mayonaise Sandwich. Mudah dan sedap sangat adik-adik. Mokcik belajar buat sandwich ni dari kak Nadia. Masa tu dia ambil diploma jurusan Hotel Management. Dan salah satu sabjek dia kena amik ialah kulineri atau masakan.

Mokcik suka sangat makan Egg Sandwich Mayo ni kalau pergi hotel. Entahlah, mungkin ini salah satu menu wajib di hotel. Selalu Mokcik fikir macam mana lah dia orang buat sandwich yang sedap ni.

Satu hari kak Nadia balik kuliah dan dia pun bawak balik satu bekas. Dia buat Egg Mayo Sandwich masa dalam kelas!! Akhirnya dapat Mokcik belajar buat Egg Mayo Sandwich ni tanpa perlu bayar berkali-kali ganda di hotel.

Senang jer adik-adik. Kalau nak buat dua keping sandwich untuk makan dua orang, kena ada 4 keping roti dan perlu rebus 2 biji telor. Kemudian rendam telor tu dalam air paip dan biarkan ia sejuk barulah di buang kulit. Kemudian, masukkan dalam mangkuk dan lenyek-lenyek guna garfu sampai ia halus.




Bahan2 yang diperlukan

Lenyek dengan garfu

Letak mayo dan sedikit blackpepper



Susun timun atas roti dan telor tadi



Kalau ada cheese boleh letak





Selain telor, perlu ada mayonaise. Mokcik rasa banyak rumah ada mayonaise ni dalam peti ais. Hah lepas korang lenyek telor tu, bubuhlah mayonaise. Mokcik bubuh 2 sudu jer tapi kalau nak bubuh lebih, lagiiii sodap. Hahaha.

Dah letak mayonaise, kacau sampai rata, lepas tu adik-adik taburlah sikit lada hitam yang telah dikisar atau tumbuk. Kalau tak nak letak pun tak apa. Polis tak saman kan! Hehehe.

Lepas tu, amik dua keping roti. Mokcik guna roti yang dalam gambar kat bawah sekali tu. Roti ni bagus untuk kesihatan. Tapi kalau tak ada, boleh guna apa sahaja roti. Pastikan Roti Gardenia tau sebab ia buatan bumiputera yang bersih dan halal. Eh tolong promote sikit. Hehehe.

Sapu butter kalau suka pada roti tu, susun dengan timun ataupun salad jugak kalau suka sebab Mokcik tahu ramai adik-adik tak suka sayur! Noti noti!

Kemudian bubuhlah telor campur mayo tadi kat atas roti itu. Kalau nak bubuh satu slice cheese pun boleh. Sedap sangat. Lepas tu kalau nak bubuh sikit sos cili pun okay. Tapi Mokcik tak bubuh sebab nanti sos cili tu 'bunuh' rasa mayonaise.

Ok itu jer. Senang kan? Hah lepas dah pandai nanti bolehlah buat breakfast untuk mama dan papa awak yer. Selamat mencuba.






Saturday, November 22, 2014

breakfast

JOM KITA BELAJAR BUAT HASHBROWNS ADIK ADIK







It's that time of the year again! Cuti sekolah!!!! Time untuk anak-anak turun ke dapur buat breakfast. Mula dengan breakfast pastu belajar-belajarlah masak untuk lunch, tea dan dinner.

Inilah antara breakfast kegemaran ramai anak-anak. Hashbrown Potatoes. Memanglah ada jual yang frozen kat supermarket tetapi kepuasannya lain kalau adik-adik buat sendiri tau.

Hari ni, mokcik guna 3 biji kentang yang dikupas kulitnya. Kemudian dihiris nipis-nipis, disusun hirisan tu dan dihiris seperti match sticks atau kayu mancis. Mokcik merasakan dihiris match sticks ini lebih sedap daripada disagat guna box grater.

Kalau guna sagat, terlalu banyak air akan dihasilkan oleh kentang tu. Pastu lecehlah nak perah air kentang tu kan? So, mokcik buat eksperimen dan hiris jer. Halus-halus tau. Kalau kasar-kasar mungkin lambat ia masak.









Setelah siap dihiris, mokcik bubuh 2 sudu tepung jagung dan sebiji telor ayam yang telah dipukul manja-manja. Kacau rata. Lepas tu bubuhlah sedikit garam dan juga lada hitam, kalau suka. Garam ikut rasalah tapi kalau tak cukup garam pun okay. Boleh makan dengan sos cili.

Panaskan kuali. Mokcik guna kuali non-stick yang kenit. Ukuran lilit 6 inci. Mokcik beli kat Tesco. First time beli RM10 satu. Second time beli RM20! Noti kan dia orang! Bubuh sedikit jer minyak. Lebih kurang 1 sudu besar. Mokcik guna minyak jagung.

Apabila kuali dah panas, guna sudu kaupkan adunan tadi dan letak ditengah-tengah kuali. Kalau tak silap, tadi mokcik letak 3 sudu besar. Pastu di tekan-tekan hingga leper dan memenuhi ruang kuali kenit tu.













Perlahankan api. Kalau api besar, luarnya akan hangus dan dalamnya belum masak. So ingat yer anak-anak. Kemudian setelah lebih kurang 8 minit, terbalikkan. Biarkan sebelah lagi garing. Kalau tak puas hati, bolehlah balik-balikkan dua atau tiga kali sampai cantik brown. Nama pun hashbrowns kan! Hehehe.

Hari ni mokcik buat telor mata kerbau atau sunny side up egg. Dulu mokcik pernah makan dengan daging burger. Tak kesahlah nak makan dengan apa. Nak makan begitu saja pun ok.

Mudahkan nak buat? Hah lepas ni buat sendiri tau. Biar mama kamu rehat masa cuti sekolah.

Hati-hati kat dapur. Kakak-kakak dan abang-abang yang besar sikit, perhatikan adik-adik ya. Opppps lagi satu penting. Lepas makan, cuci semua pinggan mangkuk, sapu lantai dan kalau rajin, mop sekali. Mama awak mesti happy. Petang dia boleh bawak jenjalan. Hehehe.






Sunday, November 16, 2014

breakfast

PANCAKES UNCLEPALI SETELAH SEKIAN LAMA







Ini antara kepandaian UnclePali. Well, sapa nak puji kalau bukan isteri dia kan? Hehehe. Actually, Kjee memang tak pernah diberi peluang buat pancakes sebab UnclePali suka sangat nak buat. Sambil buat tadi, Kjee dengar dia nyanyi-nyanyi kecil. Cam happy jer. Hahaha.

Dah lama UnclePali tak buat. Nadia punya favorite. So sejak setahun lalu (eh Nadia dah setahun kerja!), UnclePali tak pernah buat. Sebab kalau dia buat, hanya untuk Nadia makan. Kjee pulak tak kesah. Ada okay tak ada pun hokay lah.

Dek kerana dah lama tak buat, Kjee pun bukak balik entri terakhir pasal pancakes air tangan UnclePali. Naseb baik ada. KLIK SINI.




























Rasanya batter pancakes yang UnclePali buat arini, tercair sikit. Tipis jer tapi tetap sedap!

UnclePali dan Nadia makan guna Maple Syrup. Isyhhh dah habis fotografi baru Nadia keluarkan dari dalam peti ais. Kjee makan guna sugar free Orange Marmalade. Ingatkan nak makan jugak dengan honey tapi tetiba teringat ada baki asam rebus daging yang buat semalam. Nadia terus masuk dalam microwave. Hmmm sedap bebenar pancakes makan dengan asam rebus. Kalau ada sambal tumis udang ngan petai ataupun kari ayam pun sodap tau!! Fuyoooo.

Kjee baru tau selama ini UnclePali bubuh butter masa blend bahan-bahan seperti tepung gandum dan susu cair. Patutlah pancakes dia sedap. Kjee tanya mana belajar? Dia kata : "Saja-saja...suka-suka."




Ini cara mokcik makan. Kalau dah tekak Jowo kan? 
























That's all for this beautiful Sunday. Enjoy your tomorrow. Hehehe

Thursday, November 13, 2014

breakfast

CUCUR KENTANG PERISA BILIS UNTUK SARAP







Had this for breakfast tadi. Bulan lepas ia menjadi fav ramai di Facebook. Memang sedap untuk breakfast atau teatime.

Kjee buat guna tiga biji kentang yang sederhana besar sahaja tadi. Unuk me and my other half. Nadia ada tapi dia dah breakfast masa keluar pergi klinik tadi. Today dia on medical leave. Batuk, demam, selesema. Jangkit dari mama dia agaknya.

Anyway, Kjee parut kentang guna box grater. Pilih lubang yang kasar sekali. Kalau tak ada box grater, hirislah halus halus macam mancis.

Pastu hiris sebiji bawang besar dan jugak daun bawang. Pastu Kjee ramas masuk satu kiub bilis bagi perasa. Tak bubuh garam pun. And then letak 2 sudu besar tepung beras dan 1 sudu besar tepung jagung serta sebutir telor ayam yang dipukul manja. Gaul semua.

Panaskan minyak dan goreng. Api kena jaga. Tak boleh terlalu besar atau terlalu kecik. Terbalikan bila dah garing.

Makan dengan sos cili atau mayo. Sedap tau. Hehehe.




Monday, November 10, 2014

bekfas

FISH BURGER GUNA IKAN TEMPURA




Hari ni breakfast Fish Burgers lagi. Kali ni UnclePali buat guna Tempura Black Pepper Fish Fillets. Sedapppp.

UnclePali jugak panaskan Fresh Mushroom Soup. Berbaki dari aritu. Simpan frozen.





Sunday, November 9, 2014

breakfast

DOUBLE FISH BURGER SENDIRI BIKIN







Apa pilihan favorite korang kalau pergi ke McD? Mine is Fillet 'O Fish atau Fish burger. Dah lama teringin nak makan tapi takut terkeluar dari senarai mereka yang memboikot, sabar jer lah kan.

Anyway, itu tidak bermakna kita tak boleh makan Fish Burger ala McD ni. Jawapannya? Buat sendiri atau DIY!

Itulah yang Kjee buat pagi ni. Masih tidak sihat, so buat fish burger yang mudah ni pun ala-ala gotong royong dengan UnclePali. Kjee beli jer fish fillet jenama Pacific West yang memang meletops. Mereka guna real fish bukan fish cake tau. Pantang nenek moyang bila beli brand lain, rupa-rupanya fish cake!!









Goreng fish fillet tu ikut instructions di kotak. Api jangan besar dan minyak mesti banyak. Bila dah garing di kedua belah, toskan diatas kitchen paper towels. Actually kalau goreng guna suhu kepanasan yang secukupnya, fillet itu tidak akan menyerap minyak.

Roti burger pulak dibelah dua, sapu dengan butter dan tekapkan pada kuali atau grill pan. Guna api slow hingga garing.

Pastu cuci salad dan renjiskan airnya. Boleh juga bubuh hirisan timun dan tomato kalau ada. Kjee tak ada.

Susun atas pinggan bahagian bawah roti yang telah dipanggang, bubuh salad dan fish fillet, sekeping cheese dan juga mayonaise dan sos cili. Kalau nak makan double fish fillet with double cheese seperti yang Kjee buat, bolehlah.

Hah mudahkan! UnclePali kata lagi sedap buat sendiri. And lagi murah tau. Kalau tak silap Kjee, satu kotak 6 keping fish fillet Pacific West dalam lingkungan RM15 jer. Roti burger rasanya RM3.50 untuk 6 biji. So, korang congak sendirilah betapa murah DIY daripada beli jenama mahal tu.

Okay, makcik nak ngap. Selamat mencuba ya adik-adik di cuti persekolahan nanti yer. Duit yang jimat tu boleh guna pergi tengok wayang. Hehehe








Monday, November 3, 2014

breakfast

CUCUR BEBOLA UDANG











Ketika Kjee nampak ramai frens di FB pos gambar-gambar Cucur Manis Kembung, Kjee sangat-sangat excited. Selalu Kjee buat cucur, hasilnya jadi leper. Kalau bubuh serbuk penaik pun haram nak jadi kembung.

Cuma satu jer Kjee tak berkenan. Kenapalah bubuh nama resipi Cucur Manis Kembung? Resipi dah cukup kreatif, cuma namanya jer yang berapa nak sedap. So, Kjee beri nama Cucur Bebola Manis.

Tapi pagi ni, Kjee tak buat Cucur Bebola Manis. Kjee bubuh udang, cili dan daun bawang. Kena sesuaikan dengan masa. Kalau pagi elok dibuat savoury atau berperisa atau sedikit pedas. Kalau untuk minum petang bolehlah buat manis yer.

Kjee cincang udang, sebiji cili merah dan jugak hiris daun bawang. Perisa dengan sedikit garam. Oleh kerana makan berdua saja pagi ni, Kjee hanya buat 2 cawan tepung sahaja. Lagipun, ini kali pertama buat. Kalau tak jadi, taklah ralat sangat kan?

Resipinya memerlukan air panas mendidih. Kjee mula risau. Kalau dituang air panas mendidih dalam tepung yang sudah dicampur udang, cili dan daun bawang, apa yang akan terjadi hah? Jawapannya hanya boleh dapat selepas cuba membuat.






Terima kasih tuan punya resipi asal. Kjee tak tau siapa sebab dah berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain. Yang Kjee tahu hanyalah resipi asal cucur Manis Kembung ini menggunakan 3 cawan tepung gandum, 3 cawan air panas mendidih dan ½ cawan susu pekat manis.

Kjee tak buat yang manis. Tapi Kjee rasalah, susu tu dilarutkan dulu dalam air panas sebanyak 3 cawan tu sebelum dituang ke dalam tepung. Kacau pantas-pantas dengan senduk. Ia akan jadi doh bergentel dan melekit-lekit. Tunggu sejuk sedikit barulah boleh dibuat bulat-bulat yang sederhana besarnya. Goreng dalam minyak yang banyak.

Itu cara yang manis. Kalau nak savoury atau berperisa bukan manis, bolehlah bubuh udang segar, udang kering ataupun bilis. Suka hati kita nak letak apa kan? Kita yang buat dia.

Apapun, Kjee cukup puas hati dengan hasilnya tadi. First time Kjee buat cucur yang cantik bulat. Luarannya garing dan dalamnya lembut. Sedap dicicah dengan sos cili ataupun mayonaise.

Selamat mencuba. Tapi rasanya petang ni nak buat yang manis pulak lah.















Wednesday, October 29, 2014

bekfas

GRIILED CHEESE SANDWICH RACHEL STYLE
























Asyik terliur jer tengok Rachel Ray of 30 Minutes Meals di AFC buat, maka pagi ni Kjee pulak buat. Opppsss pembetulan. Not me but my better half. Kjee jadi mandor jer. Hehehe.

Malam tadi, UnclePali beli wholemeal brown Gardenia. Kalau roti buat sendiri lagi sedap tapi sejak akhir-akhir ni Nadia banyak makan Vit M. So mama dia telan air liur jer lah teringat white bread sedap yang dia buat. Eh bukan dia buat. Dia letak jer semua bahan-bahan dalam Breadmaker Noxxa dan dua jam kemudian dah dapat roti benggali atau roti paun yang super delicious. KLIK SINI.

Kjee copy cara Rachel. Dia sapu butter pada roti (one side on each slice) pastu letak slice cheese (kjee bubuh dua slice) dan letak atas grill pan yang sudah dipanaskan.. Sebelah dalam roti yang diletak cheese tak perlu sapu butter.

Pasti UnclePali perlahankan api, dan hempap sandwich tadi dengan piring dan diletakkan batu penumbuk diatas piring yang hempap sandwich tu. Rachel guna batu bata yang dibungkus dengan foil. Harus lepas ni nak round satu taman perumahan tengok kalau ada orang buat rumah. Nak cilok bata batu satu. Hahaha.

Apabila sudah garing, terbalikkan pulak sandwich tu sampai dua-dua belah garing. And then, letak atas piring dan potong dua. Nampak tak cheese tu meleleh. Yummy makan dengan mayonaise dan sos cili.

UnclePali jugak grill sausage dan buat sunny side up egg atau telor ceplok. Hmmm kenyang sampai lunch nanti. Nasib baik tak letak baked beans tadi. Walaupun sedap tapi kenyang sangat pulak kan? Kalau buat scrambled eggs pun sodap.







Friday, September 26, 2014

breakfast

CROISSANTS INTI TUNA






Kalau pergi ke bakeri Kjee suka sangat cari roti ataupun croissants. Boleh simpan untuk dibuat sandwich untuk breakfast atau pun minum petang.

Croissants, misalnya boleh di simpan dalam bekas kedap udara dalam freezer selama seminggu. Apabila hendak digunakan, panaskan seketika dalam microwave oven ataupun oven biasa. Ia akan menjadi lembut sangat. Malah, sedap dimakan begitu sahaja.

Hari ini Kjee balik dari Mesjid Al Ghufran setelah menziarahi jenazah Allahyarham Dato Jamil Sulong, terasa lapar pulak sementara tunggu UnclePali gi Solat Jumaat. Apabila dia balik, kami akan ke Kampung Janda Baik pulak untuk urusan pengkebumian.



Kalau tak reti buat sendiri, beli jer lah



Kjee bukak peti ais, tiada apa yang menarik. Kemudian ternampak croissant yang dibeli di Eon Big hari tu. Ada 4 biji. Kjee panaskan dua. UnclePali segera bukak dua tin kecik Tuna. Yang ada mayo untuk Kjee sebab sekarang kerana kurangkan makan pedas dan Tuna Cili untuk dia,

Mujur ada salad dan tomato. Maka inilah hidangan kami untuk alas perut sementara tunggu UnclePali balik solat. Kalau lapar nanti, balik dari Kampung Janda Baik, bolehlah singgah lunch.

Senang jer nak buat sandwich croissant ni. Just belah tepi (jangan sampai putus), letak salad, tuna dalam tin pilihan anda dan jugak tomato. Kalau tak suka tuna yang dah tersedia itu, bolehlah buat inti sardin yang dicampur bawang, cili dan jugak perahan jus lemon atau limau nipis.