Showing posts with label Citer Merapu. Show all posts
Showing posts with label Citer Merapu. Show all posts

Sunday, October 16, 2022

Citer Merapu

KAK LONG KAWASAN PUNYA HAL

      Kelakar baca pasal pompuan yang mengaku dia Kak Long kawasan dan warning jangan ada gerai sebelah dia, jual apa dia jual. Kjee ingat kat ceruk mana rupa2nya kat kawasan elit Taman Tun Dr Ismail, TTDI. 
       Dulu pun Kjee niaga juga tapi bukan pacak payung. Niaga ada lesen di foodcourt Taman Melawati.
        Start jer niaga, ada satu dua peniaga (yang niaga 5-6 bulan sebelum Kjee) nyibuk intai apa Kjee jual. 



       Kjee jual lebih 20 makanan dari 7am-4pm. Laksa Johor, Mi Kari, Bubur Lambuk jer sudah sedia. Tak payah masak on the spot. Lain semua kena masuk dapur kenit kami, masak. Gilir2 Kjee, UP dan Nadia.
       Tiada gerai lain jual apa kami jual sebab Kjee tak mau gaduh. Mungkin dia orang dah ada pelanggan tetap. 
       Tetapi satu hari satu makcik ni (yang niaga selang 5 lot gerai), datang dan beritahu kalo Kjee stop niaga, dia nak amik semua menu Kjee. Kenapa tak amik sekarang? Dia kata tak mau gaduh. Pulak.

       Tetiba 6 bulan kemudian Kjee sakit. Nadia sambung masuk University. UP tak menang tangan so kami buat keputusan berhenti niaga. 
       Ali, yang niaga sebelah kata, gerai lain tak ramai pelanggan tapi tak tutup. Kenapa Kjee mesti tutup! Tak apalah. Biarlah kastemer Kjee ke gerai2 lain pulak. 
       Makcik tadi semestinya cukup seronok. Mesti  dia doa siang malam supaya Kjee stop niaga. Malah ada juga yang ke MPAJ, komplen gerai Kjee sapu semua customer. Tak nak kongsi2. Aikkkk.


       Foto 👆 masa Kjee last day niaga. Nasi briani dan segala dome atas meja tu, peniaga yang amik alih tumpang promo apa dia jual. 
        So the moral of my story ni, kalau niaga, pastikan jual makanan yang tak sama. Ada ke orang jual Laksa Johor, Mi Kari atau Bubur Lambuk dari jam 7 pagi? Ada orang Johor datang kata Laksa Johor bukan makanan untuk sarapan. Tapi heran ya, Kjee buka gerai jer, ada yang dah tunggu nak makan. So? Mungkin orang tak makan  Laksa Johor  pepagi buta sebab tak der org jual. 😁
       So kalo ada yang nak mula niaga, elakkan kemungkinan gaduh atau kena bomoh. Kjee tak kata kami tak terkena serpihan 'bomoh'. Ada kata tak nampak kedai kami, atau gelap macam tutup walhal kami cuti sehari jer seminggu.

       Ada pakcik (yang wajah dia ala2 bomoh 😄) datang kata dia jumpa selonggok duit satu sen belakang kedai kami. Hmmm ada kata dia yg tabur pastu kutip balik. Wallahualam. Foto 👆 hiasan.

       Ada satu pekedai upah mamat antar ais datang makan kat gerai kami sebaik sahaja bukak. Dia makan nasi lemak yang baru UnclePali bungkus. Terus jerit kata basi!! Kebetulan ada satu kastemer tgh makan nasi lemak kami. Dia pertahankan nasi lemak Kjee. Pastu setelah pemandu lori ais tu beredar, my maid kata nampak mamat tu ketawa sambil tepuk tangan dengan peniaga jiran. Macam hepi dia berjaya buat kecuh kat gerai Kjee.
       Sebab itu Kjee stop niaga dan amik order online. Tak ada org kacau. 

        Penang Fried Kwayteow yang laku keras. Masa itu jual rm3 rasanya satu pinggan. Sekarang ada jual rm8 hingga rm12 satu pinggan. Mungkin nak pergi Haji balik hari. 😁😁😁

Wednesday, January 20, 2021

Citer Merapu

BACALAH CITER MERAPU


     DULU-dulu masa Kjee mula-mula wujudkan blog ni, Kjee rajin sangat tulis citer merapu. Macam-macam ada, dari citer cik Han (hantu 😆) sampai ntah apa-apa.
     Kjee baru aje sedar adanya tajuk Citer Merapu beberapa minggu yang lalu. Seorang pembaca tulis kat ruang komen pasal kisah 'kencing malam'. Fuyooo terkejut Kjee apabila Kjee tengok entri tersebut! Waduuuh dulu2 (opppps sampai masa dah kawin dengan UnclePali), Kjee memang Ratu Kencing malam lah. Sekarang dah tak der lah. ☺️
     Then Kjee intai balik semua entri dibawah tajuk Citer Merapu. Ada 76 citer semuanya! Kjee ketawa berdekah-dekah membacanya sampai UP tegur. "Dah gila apa pulak kali ini," tanya dia. 😁
      Tetapi dalam banyak2 Citer Merapu tu, Kjee rasa citer Cik Han yang paling serem. Semua kisah yang Kjee lalui sendiri BUKAN rekaan tau. 
     Ada satu entri Cik Han tu, Kjee terpaksa padam sebab kena warning dengan Cik Han! Serius ni. Kjee dapat amaran itu dalam mimpi! Kjee jenuh fikir cerita Cik Han yang mana satu. Then baru teringat! Kjee post foto2 kawasan berhantu dimana Kjee kena kejar dengan hantu!!! 
     Dari kawasan belakang Zoo Negara menuju ke rumah sewa Kjee di Kpg Kemensah! Masa tu Kjee ibu tunggal. Sebaik kahwin dengan UP, Kjee bawak dia ke kawasan2 tersebut. Dia yg amik foto, Kjee post dalam blog. 
     Padan muka! Rupa2nya Cik Han marah! Tak suka Kjee bocorkan rahsia tempat mereka. 😬
     Malam tu Kjee bermimpi jumpa seorang kawan. Kononnya kawan tu suruh Kjee padam entri nombor (dah tak ingat). Esoknya Kjee bagitau UP. Cek entri tersebut. Alamak entri citer Cik Han. So Kjee sepantas kilat padam. Punyalah takut! 
     Itu jer nak bagitahu. So kalau korang boring, pergi cari tajuk Cerita Merapu Kjee ya. Ada 76 semuanya. 
     Citer Cik Han ada 7. Hanya untuk mereka yang tak lemah semangat. Kalau jadi apa2 kat korang, gue tak dapek nak nolong. 



    
     

Monday, January 27, 2014

Citer Merapu

KITA TAK NAK KAWAN DENGAN AWAK... BOLEH TAK?




























Dah lama dah Kjee nak luahkan apa yang terbuku dalam dada Kjee ni. Ini luahan yang tulus ikhlas dan Kjee harap mereka yang berkenaan boleh menerima dengan hati terbuka.

Ini pasal mereka yang pernah satu hari dulu berada dalam friend list Kjee di Facebook. Jumlah yang Kjee dah approve sejak Kjee mula-mula mengenali media sosial ini sudah berjumlah mungkin 8-ribu orang.

Kjee tahu korang mesti angkat kening sebab mana admin Facebook ada beri ruang sebanyak itu untuk satu-satu akaun. Kalau tidak silap Kjee, hanya 5 ribu orang sahaja. Apapun, along the way, Kjee akan block seorang demi seorang sehingga kini agaknya dah lebih 4,000 or so.

Mereka yang Kjee block adalah hak eksklusif Kjee untuk melakukannya. Semuanya bersebab dan Kjee rasa antara ada diantara mereka yang tahu mengapa. Dan ada juga yang tidak tahu kenapa.

Justru, hingga ke hari ini, Kjee masih menerima pertanyaan daripada sebilangan kecil insan-insan tersebut, menanyakan kenapa mereka tidak boleh akses FB Kjee. Kjee ingat korang dah faham. Apabila seseorang itu tidak lagi dapat akses kepada akaun FB sesiapa pun, maknanya, korang sudah dikeluarkan dari friend list atau di block.

Kjee block sebab Kjee tak nak insan yang sama masuk balik dan request friendship, sekiranya Kjee unfriend. Maklumlah...Kjee bukan keep track siapa Kjee dah block MELAINKAN ada sebab besar kenapa Kjee block dia.

Ingat tak masa kita kecik-kecik dulu... masa kita kat Tadika lagi.. maaf Kjee tidak masuk Tadika tapi terus ke darjah satu sebab zaman Kjee tak ada kindergarten dan yang sewaktu dengannya. Tentu di usia yang mentah itu, kita pun seringkali TAK SUKA NAK KAWAN dengan orang itu dan orang ini. Sebabnya ada pelbagai.

Dan masa tu, kita pun bagitau budak itu... baik yang lelaki mahupun perempuan macam ni..."Eh kita tak sukalah nak kawan dengan awak... boleh tak awak jangan kawan atau tegur kita lagi?"

Masa tu, budak tu terus sentap dan tak pandang ngan kita lagi. Pasti korang ada pengalaman kan?

Anyway, sekarang ni kalau kita block atau unfriend, maknanya sama jugaklah kan?

"Kita tak suka awaklah... so kita nak unfriend atau block awak. Tapi kenapa awak tak boleh terima atau dalam bahasa kasar... tak reti bahasa?" Setelah block, kita tentu rasa selesa nak ber FB dengan kawan-kawan lain, kurang stress dan jugak boleh hindarkan penyakit berjangkit dan buat kita lebih sihat!

Sama jer caranya dengan masa kita kecik dulu. Cuma sekarang ni, kita tak beritahu face to face kita tak nak kawan dengan awak. Kita guna jari jemari jer untuk block atau unfriend. Best kan berkawan di alam maya ni.

Itu jerlah Kjee nak story malam ni. Harap-harap mereka yang berkenaan tak payahlah susah payah tanya kat blog ini kenapa awak tak ada akses kat FB kita ya. Kita tak akan publish. Kita baca dan padam.

Assalammualaikum.






Sunday, January 26, 2014

Citer Merapu

OPPPS LAWAK YANG BUKAN LAWAK



Selamat berhujung minggu.

Monday, January 13, 2014

Citer Merapu

KENAPA SEKARANG KJEE MALAS UPDATE HAH? MENCI TAU!

ehsan ms google








Banyak hari dah Kjee tak update. Maaf kepada anda yang seringkali jenguk tapi hampa sebab tak ada entri baru.

Yang haters pulak pasti sedih tak berjaya kumpul dosa sebab hari-hari maki hamun dan komen macam gamp@%3, Kahkahkah. Sedih jugak sebab Kjee pun kurang pahala sebab tak ada yang maki hamun. Wallahualam.

Anyway, sejak dua menjak ni Kjee sibuk sangat melayan hobi baru iaiatu buat pies dan kuih bakar daging untuk mereka yang memesan. Dulu rancang nak buat dua kali jer seminggu tetapi oleh kerana banyak sangat order, maka terpaksa buat hari-hari!

Tapi hari ini dan esok Kjee cuti... rehat sempena menyambut Maulidur Rasul esok.

Kjee amik kesempatan dari kenaikan mendadak kos sara hidup sejak akhir-akhir ini dengan membuat bisnes kecil-kecilan. Memang menakjubkan sekali, sambutannya. Walaupun kurang sihat, namun Alhamdullilah Allah swt telah beri Kjee kudrat setiap hari untuk melaksanakan tugasan.

So sekarang tak boleh merungutlah duit dalam dompet semakin mengecut alangkah elok bodi yang mengecut bukan dompet.  Walaupun setelah tolak sana sini, pendapatan bersih taklah banyak mana, namun Kjee bangga dapat berubat setiap hari dengan hasil titik peluh sendiri.

Buat pengetahuan semua, Kjee berulang alik ke Hospital Tungshin di Jalan Pudu tiga kali seminggu untuk rawatan akupuntur yang menelan belanja hampir RM200 seminggu termasuk ubat. Alhamdullilah dah buat selama 3 minggu. Doktor Pakar Akupuntur dari China, syorkan Kjee jalani sekurang-kurangnya dua bulan atau atau 60 kali rawatan! Kena buat hari-hari tapi badan dan poket tidak mengizinkan! Lepas akupuntur rasa lemah sangat.

So actually sesiapa yang order my pies and kuih bakar tu, menyumbang kearah rawatan hospital Kjee. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah swt sahaja yang boleh balas.

Sedap ke Kjee punyai pies dan kuih bakar? Hmmm sesiapa yang dah try boleh jawab. Kjee tak mau masuk bakul angkat sendiri.

NAK ORDER, SMS 0126780501.

Tapi Kjee sebak sangat baca komen customers Kjee yang terdiri dari kawan-kawan dan yang bukan kawan-kawan...aka silent readers blog atau FB. Tak larat nak screen capture semua. Yang ado jer. Hehehe.






Ini gambar pies yang ChaHaya Shiela pos kat FB Kjee








Beef Pies with Blckpepper sauce
Kuih Bakar Daging resipi ori my arwah Bonda

Friday, November 15, 2013

Citer Merapu

CUBA TERAI TEST TENGOK


Thursday, August 2, 2012

Citer Merapu

ANTARA MENU SAHUR FAVORITE KJEE


Kjee memang suka makan lauk pauk kering2 jer masa sahur. Kalau basah2 seperti sup atau masak lemak, hanya sesuwai untuk berbuka. Itu tekak Kjee lah kan. Kalau kering2, Kjee rasa cam laju jer masuk ke tekak.

Hehehe macamlah Kjee makan banyak masa sahur. Tiga sudu (bukan senduk tau) nasi pun susah nak habis sebab mengantuk sangat kan.

Tapi kan, kami hanya akan bersahur nasi kalau Kjee masak untuk berbuka. Lauk berbaki dipanaskan kembali.
Kalau tidak, kami bertiga hanya minum yang paling bawah sekali tu. Baru Kjee sedar kenapa sejak dua minggu yang lepas baju Kjee dah longgar sikit. Rupa2nya kerana Nutrastart. Hehehe happynya.

Ini bukan entry nak buat korang tergoda dan terus buka puasa tau! Ini hanya bagi idea saja. Itu niat Kjee. Kalau niat korang ke lain, jangan salahkan Kjee!!!

Opps lupa nak bagitau. Yang kena pergi kerja di siang hari, tidak digalakkan makan sambal petai untuk sahur. Walaupun sedap, tapi siapa nak jawab kalau kengkawan lari sebab tak tahan mulut keluarkan aroma petai. Kahkahkah



Telor Mata Goreng curah kicap. tak perlu resipi yer




Daging Goreng Kunyit. Resipi sini







Terung goreng berlado, resipi sini



Sambal Udang Petai. Resipi sini




Suka minum Nutrastart. Perut kenyang, badan pun ringan. Hehehe. klik sini

Friday, July 27, 2012

Citer Merapu

SUKA SANGAT TENGOK POSTER NI HEHEHE


Monday, April 30, 2012

Citer Merapu

DRAMA SEBABAK YANG BORING


Ini gambar hiasan jer...tak ada kena mengena dengan orang kahwin kat Siam tau


Malam ni Kjee ada satu story pendek nak story kat korang. Pendek jer. Drama tak bersiri yang ada satu babak jer. Betul ni. Korang nak percaya ke tidak, aku tak kesah.




Ceritanya begini.

Pada satu hari, ada satu pasangan ni. Gatal dah nak bernikah. Pasangan ini  sebenarnya, tidak ada masalah nak nikah kat kampung halaman salah satu daripada mereka. Tetapi mereka memilih untuk menikah nun jauh di utara atas sebab2 sulit yang hanya dia orang orang jer tahu. Dia orang seberang untuk nikah naik bot.

Pastu lepas bikah, baliklah semula ke bandaraya. Pakat dan bincang2 nak pergi daftar kat pihak berkuasa Agama di tempat mereka tinggal. Tapi apabila dengar masing2 nanti kena denda RM1,000 sebab bernikah di luar kawasan, tak jadi lah pulak nak daftar. Duit tak cukup beb nak bayar denda.

Pastu duduk pakat2 dengan sedara mara terdekat macam mana tak nak bayar denda tapi mahu pernikahan diikitiraf di negara ini.

So mereka pun pergilah ke pejabat kadi dan mengaku belum pernah nikah. Mohon dinikahkan. Tok Kadi pun nikahkan mereka setelah semua keperluan untuk bernikah berjaya disediakan. Cuma apa yang Kadi tak tahu, dia orang ni sebenarnya sah suami isteri.

So, apa yang Kjee nak story ialah perkara macam ni (nikah dua kali dengan orang yang sama) ada berlaku. Kjee boleh tunjukkan bukti insan yang buat cam tu.

Itu jer lah cerita dalam drama sebabak. Renung2kanlah dan kalau nak kait2kan ke, suka hati korang lah. 

THE END. CUT!!

Nak ke Narathiwat kena naik bot ker? foto2 ni semua gua google

Thursday, March 8, 2012

Citer Merapu

ADA BENDE DALAM BILIK KJEE?

ehsan google


Orang tua2 kata, lagi kita takut, lagi dia berani dengan kita. Isyhh mana boleh tak takut. Dengar jer nama dia kita dah serem.




Pepagi buta Kjee dah masukkan entry ni. Habis tu nak masukkan malam karang ker? Malam ni kan malam Jumaat. Lagi serem.

Actually, dua hari lepas (hari Isnin), Kjee ajak Unclepali pergi beli ikan kat Kampung Baru Sungai Buloh. Ikan tu didatangkan fresh dari Hutan Melintang, Perak. Masa kami pergi tu dalam pukul 6 petang.

Masa Unclepali drive sampai jalan hendak menghala ke Hospital Sungai Buloh, Kjee baru terperasan ada kubur India di sebelah kanan. Mulut Kjee ni mana boleh diam. Kjee terkejut sebab tak sangka kat kawasan perkampungan Melayu ada kubur India.

"Patutlah ada kedai keranda India kat kawasan ini abang. Ada kubur India," kata Kjee. Pastu Unclepali kata ingat tak Mazidul Akmal kata, kawasan paling 'keras' ialah kubur India berbanding dengan kubur2 lain.

So Kjee diam jer lah. Penakut kan!

Malam tu, lebih kurang jam 1 pagi, Kjee tengah nyenyak tidur. Unclepali masih kat depan tengok TV sambil pack barang2 untuk dipos esoknya. Kjee tiba2 tersedar. Kjee jerit panggil Unclepali. Kjee mimpi rumah kami dimasuk orang. Unclepali tengah lawan dengan orang yang tidak dikenali. Seorang sedang tekup muka Kjee dengan bantal!

Unclepali berlari masuk ke dalam bilik. Dia suruh Kjee baca ayat Kursi. Kemudian dia keluar bilik. Tak sampai 10 minit, Kjee tersentak balik. Mimpi yang sikit lebih kurang!

Kjee dah takut. Suruh Unclepali bawak masuk lounge chair (ala2 kerusi malas) ke dalam bilik. Kjee takut nak tidur atas kati. Alhamdullilah, nyenyak sampai pagi. Unclepali terus tidur sama Snowy dan Ginger atas katil.

Selasa malam, Unclepali sibuk spray satu bilik dengan air zam zam yang telah dicampur dengan Minyak Kasturi Syifa pemberian Mazidul Akmal dua minggu lalu. Selain itu dispray sedikit air di telapak tangannya dan sapu di muka Kjee. Kjee pelik. Tak pernah Unclepali buat macam itu. Sambil dia sapu ke muka Kjee, ntah apa dia jampi.

Alhamdullilah malam tu Kjee nyenyak tidur.

Petang semalam baru Unclepali bukak citer. Dia kata lepas Kjee tidur di kerusi malas, dia tidur dikatil tempat biasa Kjee tidur. Kemudian dia terlelap. Tiba2 dia terjaga ada sesuatu sentap kaki dia. Dia bengang dan kata dalam hati. "Kalau kau kacau aku lagi, siap kau!"

Sebab itulah dia spray satu bilik sebelum tidur Selasa tu. Dia baru percaya cerita Kjee bahawa Kjee diganggu dalam tidur.

Malam tadi Kjee suruh dia ulang proses spray minyak Kasturi Syifa. Tapi dia kata tak perlu. Sekali cukuplah. Tapi malam tadi, Kjee kena lagi. Unclepali yang sedang tengok TV kat luar terus masuk blik dan spray lagi air zam zam bersama minyak Kasturi Syifa.

Nyenyak Kjee tidur lepas tu.

Malam ni malam Jumaat. Kalau Unclepali malas nak spray, Kjee akan buat sendiri. Terima kasih Mazidul kerana beri minyak ni kepada Kjee. 

Kalau korang minat nak beli especially yang ada anak2 kecik yang suka menangis waktu malam, bolehlah dapatkan dari Kjee. Sms 0126780501. 

Hati2. Minyak ini jangan dilangkah. Dengan izin Allah swt, ia boleh jadi pelindung diri, rumah, pejabat, tempat meniaga, memberi ketenangan jiwa, menangani masalah anak2, masalah rumahtangga dan sebagainya. Telah dibaca ayat2 suci.

Nanti lain entry Kjee tulis pasal minyak Kasturi Syifa ini. Kalau nak baca dulu, klik kat blog Mazidul Akmal.


Wednesday, February 22, 2012

Citer Merapu

KISAH MALANG PENULIS SKRIP DRAMA

Tak ingat judul drama ini. Skripnya Kjee yang buat. Bersama arwah M Rajoli dan Zul Yahya


Ramai kenalan terutama sekali di kalangan teman2 industri drama tanya Kjee kenapa Kjee dah tak mahu menghasilkan skrip drama lagi. Ketika bertemu teman2 seperjuangan Kjee dulu di rumah allahyarham Latiff Ibrahim, ada jugak yang bertanya soalan yang sama.




Kjee hanya senyum. Lewat tahun lepas Kjee telah menyiapkan dua skrip 13 episod. Satu sudah Kjee jual dan produser itu tanya samada Kjee minat nak jadikannya skrip filem. Satu lagi sudah 90 peratus siap tetapi Kjee tak jual pun lagi walaupun stesyen TV sudah luluskan skrip itu. Alasan yang diberikan produser, dia tak ada duit nak buat drama tersebut. Dan Kjee tak boleh jual kepada syarikat lain sebab skrip itu diluluskan dibawah syarikatnya.

Drama 13 episod yang telah lulus itu sepatutnya diserahkan  'final product' (drama yang telah siap) pada 29 Julai 2011. Kalau tidak silap Kjee, Kjee pergi ke stesyen TV itu pada awal tahun 2011 untuk berbincang dengan pihak stesyen. Dan selalunya setelah lulus stesyen TV, penulis skrip diberikan pendahuluan sebanyak 50 peratus. Dah siap skrip barulah dapat bakinya.

Kjee ni jenis manusia yang tak gemar nak ambil pendahuluan 50 peratus. Rasa tak syoklah apabila separuh duit itu dah dibelanja kemudian apabila serahkan skrip hanya dapat separuh lagi. Kjee suka kalau serah skrip dapat 'selepuk' bayaran.

Rupa2nya Kjee silap. Kalaulah Kjee mintak 50% pendahulan pada awal tahun 2011 masa skrip itu diluluskan, adalah jugak imbuhan untuk penat lelah Kjee kan? 


Masa shooting drama bersiri Rumah Kedai


Anyway, pada lewat tahun lepas, Kjee call pengarah yang sepatutnya mengarahkan drama itu. Pengarah tu kawan baik Kjee. Dia kata eloklah Kjee mintak 50% pendahuluan daripada produser. Dia pun masih menunggu produser itu panggil dia berbincang mengenai pembikinan drama tersebut.

Oleh kerana Kjee dah siapkan kira2 8 episod dari 13 episod (lebih dari separuh), Kjee pun call lah produser berkenaan. Kjee kata, Kjee ni bukan jenis suka ambil 50% pendahuluan tetapi ketika itu Kjee perlukan duit dan Kjee sanggup serahkan dulu 8 episod skrip yang sudah siap.

Produser itu jawab, syarikatnya belum ada duit nak buat drama itu. Kjee heran. Kalau tak ada duit, kenapa dia sanggup ke stesyen TV dan propose pembikinan drama bersiri itu? Kan elok peluang yang dia dapat itu diberikan kepada produser lain yang ada duit buat drama!

Dia tak mahu Kjee serahkan skrip 8 episod itu. Katanya, kalau dia terima maknanya dia kena bayar 50 peratus dulu. Bagaimanapun, apabila Kjee tanya samada Kjee boleh jual kepada produser lain, dia kata tak boleh. Alasannya, skrip itu diluluskan atas nama syarikatnya.

Hah itulah antara sebab yang Kjee dah malas nak buat skrip drama. Pada Kjee, skrip adalah 'modal' pertama sesebuah syarikat apabila hendak membuat drama. Kalaulah dia punya duit berjuta pun, kalau dia tidak ada skrip yang sudah diluluskan stesyen, dia tidak akan dapat menghasilkan drama itu.

Jadi, kalau sesebuah skrip itu penting, kenapa aniayakan penulis skrip?!! Kjee pernah 'hampir makan pasir' di zaman kegawatan ekonomi 1997 dulu. Skrip Kjee sebanyak 13 episod telah 'dibeli' oleh sebuah syarikat produksi. Beli jer tapi duit tak sampai kepada Kjee kerana kegawatan ekonomi.

Kesilapan Kjee ketika itu ialah produser itu telah memberi Kjee deposit sebanyak RM500 ketika Kjee bersetuju membuat skrip tersebut. Setelah siap dan dihantar kepadanya, dia kata tak ada duit. Kjee mintak izin jual kepada produksi lain tetapi dia tak benarkan.

Hidup Kjee tak keruan selepas itu. Masa itu Kjee ibu tunggal dan Nadia masih bersekolah rendah. Ada ketika dia tidak ke sekolah kerana Kjee tidah dapat sediakan wang saku! Anyway, dua atau tiga tahun kemudian barulah produser itu dapat langsaikan hutangnya kepada Kjee.

Dan pisang hampir berbuah dua kali dengan skrip 13 episod Kjee yang Kjee hasilkan pada tahun lepas. Setahun dah berlalu. Kjee tak tahu nasib skrip Kjee ini. Kekadang rasa macam nak terjah sahaja stesyen TV berkenaan dan beritahu masalah Kjee dengan produser.

Tetapi, penulis skrip dan produser ibarat mentimun dengan durian. Of course yang durian, produser yang tak berhati perut.

Jadi apabila ada tanya Kjee kenapa tak buat skrip lagi, Kjee tak boleh jawab. Rasa macam hendak jerit sekuat2 hati. Kalau skrip tak lulus susah, dah lulus pun susah!!


Monday, February 13, 2012

Citer Merapu

KJEE TERIMA SUMBANGAN 2-JUTA POUNDS!!!

ehsan google

Akhirnya, doa Kjee dimakbulkan. Kjee berdoa kalau Kjee banyak duit, Kjee akan salurkan sebahagian besar daripadanya kepada mereka yang memerlukan. Kjee tak perlu banyak sangat duit. Memadailah cukup makan, cukup pakai. Lagipun, rumah tak tak payah bayar kan?




Dan baru sebentar tadi Unclepali terjerit besar. Berlari Kjee kepada Unclepali yang tengah mengadap komputer.

"Kita dapat duit banyak Jee!! Kaya kita!!" kata Unclepali sambil tunjuk kearah komputer. Kjee cepat2 adjust cermin mata. Nak jugak tahu dari mana kami dapat duit tu? Bacalah, Kjee copy paste 'rezeki" yang kami terima.

Assalammuailaikum,


Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan.Aishah Binti Ibrahim from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.


Salam,
Puan.Aishah Binti Ibrahim.


Kahkahkah. Tak habis2 lah dia orang ni!! Dua juta pounds?!! Kaya tu beb. Kjee tak tahu berapa nilanya dalam Ringgit Malaysia. Kalaulah betul Kjee dapat sebanyak tu, Kjee janji akan sedekahkan banyak banyak kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Serius ni!! Hehehe

Harap2 tiada yang terpedaya dengan email spam macam ni.

Saturday, February 11, 2012

Citer Merapu

'SUMPAH...SAYA TAK TAKUT ISTERI SAYA TETAPI...'

Ehsan Google

Semalam masa tengok berita di TV3, Kjee ternampak wajah Menteri ini. Tak payahlah sebut nama. Cukup kanan dalam kabinet Dato Seri Najib.  Dia kawan lama Kjee. Kami berkawan sejak zaman Kjee anak dara lagi dan dia masih student di Universiti Malaya. Dia duduk belakang rumah sewa Kjee di Bangsar dan teman serumah teman sepejabat Kjee.



Kira-kira 15 tahun lalu, dia dah jadi Timbalan Menteri. So Kjee ke rumah beliau di sebuah kawasan perumahan elit di pinggir KL. Dalam bual2, dia kata ramai orang kata dia takut bini.

"Mana ada...sumpah saya tak takut isteri saya. Cuma....dia tak takutkan saya," katanya dalam nada berseloroh! Kjee senyum jer dengar. Pandai dia belitkan kata2.

So entry Kjee hari ini Kjee tujukan kepada mereka yang suka sangat kata si polan si polan tu takut isteri. Betul ke ada suami yang takut isteri?

Jawapan Kjee tak sama dengan Menteri tadi kalau ada orang tanya samada suami Kjee takut pada Kjee. Dalam sesebuah rumahtangga sebenarnya, istilah takut isteri atau takut suami tidak timbul. Ia harus menjurus lebih kepada menghormati suami ataupun isteri.

Kalau kita hormat pasangan kita, pasti kita akan tahu batas2 kita. Kita pasti akan memikir 10 atau 20 kali sebelum kita melakukan sesuatu yang tidak disukai pasangan kita. Kalau kita sama2 ada sikap saling hormat menghormati, Kjee rasa tak perlu ada istilah takut bini atau takut suami.

Terkenang satu ayat seorang kawan: "Aku ni kalau nak kahwin satu lagi, no hal. Aku tak takut bini aku...tapi aku takut perang meletus.." hehehe. Macam tu punya takut okay kot.

Beberapa hari lepas ada pasangan madu bertumbuk di Taman Melawati. Rasa2nya dekat sangat dengan rumah lama Kjee (Kenapalah masa tu jugak aku dah pindah?). Niat suami baik. Nak eratkan silaturrahim antara isteri tua dan isteri muda. Dipertemukan mereka tapi dia duduk jauh2 dan intai dari dalam kereta. 

Entah mana silapnya, tiba2 isteri tua naik angin dan dushhhh sebiji buku lima ke muka isteri muda. Korang rasa suami tu beranai dekat tak? Macam mana dia nak leraikan? Nak memihak kepada siapa?

So yang berani nak tambah cawangan tu, fikir2kanlah. Awak tak takutkan bini sebab tu awak tambah bini tetapi apakah bini awak takutkan awak? Hehehe.

Korang tak nak tanya ke samada Kjee takut suami Kjee? Kjee taklah takut... tapi  malas  nak berdepan dengan dia kalau dia tarik muka 14 sekiranya apa yang Kjee buat tak kena dengan kehendak dia. Macam mana tu? Hehehe




Thursday, February 9, 2012

Citer Merapu

DOOR GIFTS ORANG KAHWIN UNTUK TONG SAMPAH?


Ini bubuh potpourri


Ahad lepas Nadia gi kenduri kahwin. Kawan baik dia punya abang kahwin. Kjee tak nampak pun dia bawak balik apa2. Tapi malam tadi Kjee ternampak satu beg kecik warna pink. Pelik. Kjee ambil rupa2nya door gift dari rumah pengantin hari tu. Dalam ada dua biji telor rebus, satu pek gula2 dan satu pek kuih baulu.


Hmmm perlukah semua tu diberi sebagai tanda terima kasih kepada tetamu yang datang raikan majlis kita? Okaylah, apa yang Nadia dapat hari tu bolehlah dimakan. Telor rebus boleh dihancur2 campur mayonaise dan buat egg sandwich. Kuih baulu keras berdengkang. Baling kat dinding, berbekas dinding. Gula2, kami tak minat sebab takut makan manis2.

Kjee dah lama nak bercerita pasal door gift orang kahwin. Nadia selalu bebel2 sorang diri kalau dapat door gift. Sampai jer rumah, orang buang dalam tong sampah. Serius ni. Tuan rumah penat2 sediakan budget empat lima hingit untuk door gift tetiba si penerima buang dalam tong sampah. Buang duit dan masa nak pack jer kan?

Kenapa mesti ada door gift? Nadia selalu tanya Kjee. Kan elok duit yang ditepikan utnuk door gift diperuntukkan untuk perkara yang lebih berfaedah. Beri kepada pengantin baru untuk budget honeymoon ataupun untuk mereka gunakan untuk jalani hidup baru.

Korang ingat murah ke nak sediakan door gift? Busuk2 pun satu beg tu RM3. Ada yang sediakan peruntukan hampir RM5 untuk satu gift. Kalau seribu beg dah berapa ribu henggit? Pada Kjee itu suatu pembaziran. Tujuannya tak lain, nak show off. Maaflah kalau terkasar bahasa. Tetapi Kjee tetap kata ia semata2 nak menunjuk nunjuk!

Kjee tak tahu budaya mana dia orang tiru beri door gift ni. Masa dulu2, orang bagi bunga telor jer. Pastu tukar bagi gula2 pastu sejak akhir2ni bagi gelas, cawan, sudu garfu dan ntah apa lagi barang yang dia orang nampak kat kedai2 yang jual barang2 keperluan pengantin.

Macam2 fesyen begnya

Dah lama tak dapat yang macam ni - foto2 semua google jer


Nadia kata kalau dia kahwin nanti tak nak bagi door gift. Tak nak barang yang dia bagi orang masukkan dalam tong sampah.

Tetapi kan, tak semua door gift yang orang bagi itu dibuang dalam tong sampah. Ada yang beri door gift yang cukup practical. Contohnya, kain lace alas untuk kita sujud, pengalas kotak tisu dan adalah satu dua lagi yang masih Kjee simpan. Yang lain sorrylah, semua dah jadi perhiasan dalam tong sampah.

Oh ya, dulu2 kan, ada jugak orang beri bekas telor yang cantik2 dan menarik. Kjee ada terima dulu2. Bekas itu kemudian Kjee gunakan untuk makan telor separuh masak. Tenggek telor separuh masak bersama kulitnya dalam bekas telor tu. pecahkan sikit kepalanya, buang dan guna sudu untuk scoop isi telor setelah bubuh kicap cair dan pepper.

Maaflah kalau entry ini buat korang marah especially yang baru sahaja selesai buat majlis kenduri kahwin. Sah2 korang akan tahu kalau door gift korang dianggap ciput jer oleh penerima, akan masuk tong sampah. Kjee suka sangat kalau Nadia kata kalau dia kahwin tak nak bagi door gift. Selamat duit aku! Hehehe.

Friday, January 13, 2012

Citer Merapu

ENTRY KHAS UNTUK MEREKA YANG ADA TITLE HEHEHE

Ini kita goggle tapi kat luar sana ramai muka cam ni tau!!

Sejak dua tiga hari ni, Kjee dapat banyak komen kat blog Kjee ni. Korang tak dapat baca sebab Kjee tak publish. Buat apa nak publish komen manusia yang hasad dengki. Hari2 kata Kjee jaga tepi kain orang, kaki fitnah, kaki gossip.





Hahaha korang (manusia yang bingai tu lah) tahu dan sedar pun tapi korang masih gak jenguk blog Kjee. Kalau korang genuine manusia atau insan yang baik2, yang suci bersih, yang tak hasad dengki, yang tak kaki fitnah atau kaki gossip, tentu korang dah lama tak jenguk blog Kjee ni.

Maklumlah, kalau korang benci dan meluat, pasti korang takkan klik untuk baca apa yang Kjee tulis kan? Bingai bingai bingai!! Ini tidak, hari2 celik mata jer, singgah blog Kjee pastu sumpah seranah. Terima kasih banyak2 sebab Kjee dapat pahala.

Korang bacalah apa yang Kjee tulis betul2. Kalau tak nampak pakai cermin mata tebal2 yang powernya 2,000 atau 3,000. Misalnya untuk citer Fasha Sanda. Dia langsung tak kata berita yang tulis itu fitnah tetapi dia kata gossip. Gossip itu ala2 khabar angin lah. Bukan Kjee fitnah kata Kjee nampak dia bersetubuh ke dan lain2. Itu barulah kata Kjee fitnah kan?!

Ini story orang nak bina rumahtangga? Fitnah ker macam tu?

Kalau dia tak anggap fitnah, camner korang boleh pandai2 kata fitnah! Bingai betullah korang ni. Kan dah tak pasal2 korang dah dapat title bingai! Korang ingat kalau Kjee benar2 buat story fitnah, Fasha tu boleh diam diri? Dia kaya raya babe. Baru2 ni dia hilang kereta mewah sebiji,  pun dia tak heran. Laki dia punyalah kaya.

So Kjee harap si bingai2 ni, buatlah entry ini yang terakhir korang baca. Kalau korang masih lagi komen selepas ini, Kjee anggap korang memang peminat tegar blog Kjee. Satu hari korang (yang bingai tu) tak baca, panas bontot. Terima kasih banyak2. Layanlah sampai 19 ke 20 kali sehari. Insya allah enam bulan lagi boleh dapat 10-juta PV. Hehehe,

Entry ini khas untuk bingai2 saja tau!


Tuesday, January 10, 2012

Citer Merapu

KLUANG STATION COFFEE SUDAH HILANG PENGUNJUNG ISLAM


Ini kisah dulu. Ramai orang Melayu/Islam kan?

Ini gerai Kluang Coffee yang asal



Petang tadi Kjee jemput Nadia dari UniRazak. Dia text Kjee tanya boleh tak rakan kuliahnya Saiful, tumpang sekali. Nadia dah janji nak belanja Saiful makan. Hari tu Nadia ada 'terhutang budi' pada Saiful. Hah? Tak ada masalah. Nadia terhutang budi, Mama yang kena belanja. Baguslah tu. Eh tak adalah gurau jer.



Bukan sekali ni Nadia ajak kengkawannya berkenalan dengan Kjee dan Unclepali. Selalunya kami keluar makan bersama2. Bagus jugak kalau kita kenal kawan2 anak kita kan?

Roti bakar yang femes di sana
Well, Saiful ni anak yatim piatu dan berasal dari Kluang, Johor. Muda setahun dari Nadia dan bukan centa hati Nadia. tapi kata Nadia, Saiful ni baik sangat2. Memang betul kata Nadia. Budaknya lawak. Anyway,  lupa lak tadi nak ambil gambar Saiful masa kami makan di restoran Dulang, Kpg Baru.

Oleh kerana Saiful orang Kluang, perkara pertama yang terlintas di kepala Kjee ialah pasal Kluang Station. Bukan railway station yang dah tua tu tapi Kluang Station Coffee yang terkenal seantero Malaya. Kjee pernah singgah minum di sana beberapa tahun lalu ketika ke Kluang jumpa kawan.

Kalau tanya Kjee sedap ke tidak, Kjee kata biasa2 jer. Cerita jer gempak. Rasa tak segempak. Bagaimanapun, mesti orang Kluang tak suka Kjee kata macam itu sebab restoran itu adalah mercu tanda bandar Kluang.

TETAPI (hehehe cliche betul) Saiful kata restoran Kluang Station Coffee tu sekarang dah lengang. Dah tak ada langsung pengunjung orang Melayu di sana. Hah? Kenapa?

"Aunty tak dengar ke cerita pasal Jabatan Agama Islam Johor ada jumpa bukti makanan di situ tak halal? Hah sejak itu, walaupun selepas mereka samak dan melakukan pelbagai usaha menjadikan tempat itu 'halal', orang Islam dah tak percaya dah," kata Saiful bersungguh2.

Oh ya ker? Aduhhh. Kjee pun pernahlah jugak singgah sana dan makan serta minum. Rupa2nya Kjee salah seorang mangsa. Habis nak buat camner. Redho jer lah.

Gambar2 yang Kjee tayang kat sini, Kjee google. Kalau korang nampak ada wajah orang Melayu/Islam, abaikan jer. Itu gambar lama. 



Friday, January 6, 2012

Citer Merapu

TAK SELAMAT KAU NAK SABOTAJ KAMI!!


Beginilah sikit lebih kurang kereta Nadia. gambar pinjam album goolge.


Ini luahan hati Kjee. Sebenarnya Kjee tak ingin mendedahkan apa yang telah budak ini lakukan. Tetapi today is the last straw.! I cannot take it anymore! Pagi2 buta Kjee dah maki hamun budak ini. Harap2 dia dengar!






Setahun lalu Kjee telah meminjamkan kereta kancil Nadia kepada anak sedara Unclepali (perempuan). Kami mempunyai 3 biji kereta. Kjee merasakan membazir terpaksa membayar ansuran bulanan kepada dua biji kereta (kereta Wira sudah dibayar cash). 

So Kancil itu, Kjee beri anak sedara Unclepali di Bentong untuk guna dan teruskan membayar ansuran bulanan sebanyak RM315. Kereta itu hadiah Kjee kepada Nadia ketika usia dia 18 tahun. Kereta brand new.

Berat Nadia hendak melepaskan kereta pertamanya itu. Dia belai kereta itu bagai adiknya sendiri. Tiap 5,000 kliometer, dihantar servis. Calar sikit dia hantar cat dan sebagainya. Walaupun kereta paling murah di Malaysia namun dia tetap membelainya dengan penuh kasih sayang sebab itu hadiah dari Mama. Dan tika itu, itu sahaja yang mampu dibelikan mama.

Kereta pun bertukar tangan. H, anak sedara Pali dan boyfriend dia N datang ambil kereta itu. Punya manis mulut H. Jangan susah, Mak Su. Saya akan bayar tiap2 bulan dan jaga dengan baik. Kjee pesan, selepas habis bayar, nanti boleh tukar nama sebab kereta itu dibeli atas nama sepupu Nadia (sebelah Kjee) sebab Kjee sukar hendak buat pinjaman bank sebab tiada kerja.

Fine. Kereta berusia 3 tahun itu sudah bertukar tangan. Dua bulan kemudian, Unclepali dapat call dari H yang pakwe dia terpaksa tukar enjin kereta sebab rosak. Kjee melenting! Enjin kereta usia 3 tahun rosak?!!! Kjee dah pakai berbelas biji kereta sampai ke usia ini. Siapa dia nak kelentong?!!

Unclepali macam biasa cool. Kjee malas nak bergaduh sebab itu anak sedara dia!! Beberapa bulan kemudian, ketika kami ramai2 pergi majlis perkahwinan anak kakak Unclepali, Kjee terserempak kancil itu yang dipandu pakwe H. Kereta itu compang camping sana sini dan bunyi macam motorbot! Rupa2nya enjin ditukar menjadi kereta lumba dan ekzos juga ditukar!

Kjee risau sangat2. Satu kerana kereta itu masih bawah nama anak sedara sebelah Kjee. Dan dua, kalau terjadi road block dan sebagainya, kalau polis cek chasis engine, siapa nak jawab. Anyway, Unclepali yang cool lagi suruh Kjee relax!

Hampir setahun berlalu. Tetiba satu pagi sepupu Kjee call. Dia tanya Kjee ada masalah kewangan ker? Kjee terkejut. Tak ada, kata Kjee. Kalau tak de, please bayar ansuran Kancil sebab sudah 3 bulan tertunggak! Jantung Kjee berhenti.. Dunia Kjee gelap. Malu tak sehingga!

Kjee call H. Dia pass pada pakwe dia. Kjee hilang akal. N, pakwe H janji akan bayar. Dua bulan senyap. Bulan ketiga Kjee dapat call lagi. Kereta dah 3 bulan tak bayar! Kjee histeria. Paksa Unclepali ambil balik kereta tu. Dan apabila kereta itu sampai ke tangan Unclepali, dia tak berani guna sebab kereta dalam keadaan cukup daif. N janji akan kembalikan kereta itu ke keadaan asal jika beri dia tempoh dua bulan. So Unclepali hantar kembali kereta itu kepadanya.

Dua bulan berlalu. Tiap minggu janji sekian2 hari siap, tak jugak siap. Akhirnya siap. Unclepali ambil kereta itu di Bentong. Kjee tengok kereta tu. Keadaan luarnya walaupun macam masa ia diserahkan dulu tetapi tak serupa. Kopak sana kopak sini. Tak apa, Kjee pujuk Nadia. Nanti kita cat semula, ya sayang.

Esok pagi kami ke kedai tayar tukar 4 biji tayar baru. Terkejut beruk Kjee apabila Cina tayar tu cakap kuat2 dua tayar depan tak cukup skru. Tiap tayar depan hanya dikat dengan dua skru bukan empat!! Kjee bagai nak pengsan! Unclepali bawak balik kereta itu dari Bentong lalu Karak Highway. Buatnya hujan atau Unclepali bawak laju dan tayarnya tercabut!!!

Unclepali masih cool walaupun Kjee menangis. Mungkin dia malu perbuatan anak sedaranya. Kjee mati2an kata kami sudah disabotaj!! Kemudian Kjee hantar kereta tu pergi servis walaupun Unclepali kata N sudah servis. Tapi Kjee tak percaya. Abang foreman kata kereta itu okay. Unclepali jeling pada Kjee.

Seminggu kemudian, Nadia guna kereta tu pergi Uni. Dia call Kjee. Perkataan pertamanya.."Mama jangan panik." Nafas Kjee terhenti. Enjin depan kereta meletup dua kali, katanya. Tapi dia berjaya bawa kereta itu pulang ke rumah. Esok repair dan rupa2nya gasket sudah pecah! Kopak Kjee RM400. Kjee sudah mula tawar hati nak bagi Nadia guna. Biarlah kami hantar dia ke Uni atau kawan dia datang jemput.

Pagi tadi, Nadia guna kereta itu sebab kena keluar pagi2 sebab ada exam. Kul 8 tadi, sejam selepas dia pergi, dia call Kjee. Dia kata dia akan kembali selepas exam dan mintak papa hantar dia semula ke Uni sebab air con kereta rosak!

Bayangkan betapa H dan N cuba sabotaj kami. Pertama nyawa Unclepali hampir2 melayang seandainya tayar kereta itu terkeluar sebab tidak cukup skru. Nadia jugak hampir maut sebab tiba2 gasket meletup. Dan hari ini aircon pulak buat hal. Apakah kereta yang dibelai dengan baik sepanjang 3 tahun dan pengguna tidak lasak, boleh rosak begitu teruk? 

Kjee hanya mampu urut dada. Sumpah berbakul2. Tak selamat dunia akhirat wahai insan2 yang lakukan semua ini!!!! Kita bagi madu, dibalas dengan najis!!!

TETAPI SYUKUR ALHAMDULLILAH ALLAH SWT MASIH MENYAYANGI KAMI SEKELUARGA WALAUPUN MUNGKIN TUKANG SABOTAJ, HARI2 TUNGGU BERITA BURUK (KEMATIAN) DARI KL!!






Wednesday, January 4, 2012

Citer Merapu

MISAI LAGA MISAI HEHEHE




Lelaki bermisai dah tak boleh percaya sangat tau. foto2 google

Memang betul. Sekarang orang dah tak bicara pasal kisah insan songsang baik lelaki ataupun perempuan secara tertutup. Kat rancangan TV berunsur agama Halaqah di TV9 tadi pun ada.

Kjee tak berapa sihat hari ni so baring depan TV. Tetiba Uncleplai terbukak TV9. Terus keluar rancangan Halaqah. Ustaz tu kata nak bincang pasal sonsang. Unclepali tak jadi tukar ke Red TV 180  favoritenya  di Unifi. So kami teruslah tonton TV9 sampai habis.




Senyum kami suami isteri. Unclepali terkejut besar apabila Ustaz jemputan (ala Kjee lupa nama dia. Kjee ni bab nama orang asyik lupa) tu kata, golongan gay ini anggap apa yang mereka lakukan tak salah di sisi undang2. Kalau mereka berzina, orang lain pun berzina jugak. Tetapi mereka (yang lelaki dan perempuan) berzina, sampai mengandung dan buang anak. Itu salah di sisi undang2. Mereka okay sebab tak mengandung dan buang anak!

Manusia gila dan hilang akal ker yang bagi jawapan cam tu. Dan yang buat kami berdua tadi terkejut besar lagi ialah apabila Ustaz tu kata golongan doktor lelaki ramai yang gay. Nadia yang keluar masuk bilik dia senyum dan kata nasib baik pakwe dia bukan doktor!!

Anyway, Kjee dah lali dengan insan gay ni. Dari Kjee muda sampai tak tak berapa muda lagi sekarang, hidup Kjee memang bergelumang dengan mereka. Kalau tidak bercampur dengan mak nyah atau pondan, Kjee bergaul dengan gay. Kawan dengan mereka selamat. Tak boleh dimengandungkan. Kahkahkah.

Apabila usia dah senja ni, Kjee kekadang sukar nak kenal golongan ini sebab dia orang pandai menyamar. Dressing, body language (gerak laku) mereka paling cekap menyorokkan species sebenar mereka. Tetapi Nadia cepat kenal species ini. Dia selalu bertekak dengan Kjee apabila Kjee nampak lelaki handsome dan macho yang lintas depan kami.

Pernah dulu masa Kjee pergi satu kelab di Jalan Conlay, KL untuk karoke dengan sekumpulan kengkawan perempuan. Sana sini lelaki macho duduk bersama insan sejenis. Kami pun pelik sebab kenapa mereka datang tanpa teman wanita. Kemudian seorang rakan kami yang pergi tandas kembali tencungap2.

"Jom kita baliklah. Kelab ni peliklah. Serem bulu roma aku." katanya. Kjee tanya kenapa. Dia kata dia pergi tandas. Sebaik sahaja keluar tandas perempuan, dia terserempak dengan dua lelaki sedang 'berlaga misai' depan tandas lelaki.

Yang mana satu, Kjee tanya si Zan tadi. Kemudian dua lelaki tadi lalu depan kami. Zan cuit2 Kjee. Aduhhh makkk!!! Puanyalah handsome. Misai tebal...tapi sedihnya, baru lepas berlaga misai rupa2nya. Hehehe.

Itu jer lah. Tak mau citer banyak2 sebab ada golongan itu yang jadi reader blog Kjee ni tau. Kahkahkah. Ada penyanyi popular sangat2 tau yang ramai dah tahu. Juga seorang pelakon yang seringkali keluar TV. Tadi pun ada keluar satu drama bersiri. Ramai kata pelakon tu gay. Ntahlah. Mungkin jugak. Dia suka kunyah chewing gum. Ustaz kat TV tu tadi kata itu antara ciri2 lelaki gay. Opppssss.