DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label kudapan. Show all posts
Showing posts with label kudapan. Show all posts

Saturday, July 8, 2023

PAN FRIED BABY POTATOES


        Hehehe makan kentang lagi Kjee ni. Ya lah itu aje yang Kjee selera makan. Nasi dah tak boleh telan lagi sejak akhir2 ni. 😓
         Dah lama Kjee cari Baby Potatoes. Tetiba kelmarin singgah kat Hero Market, ternampak. Terus Kjee rembat satu peket. Tadi lupa nak amik foto. So foto bawah ini ehsan Cik Google.
         Yang Kjee beli serupalah macam dalam foto diatas tu. Dari Indonesia. Murah aje. Satu peket tak sampai rm4. Sama aje rasanya dengan yang pernah Kjee beli kat Jaya Grocers yang kononnya diimport dari Australia. Dan harganya pun berkali-kali ganda. 😬
         Kjee suka pan fry Baby Potatoes ini. Buat ratah. Ianya kenit2 maklumlah namanya baby kan. 😀

          Mula2 cuci bersih2. Tak perlu buang kulit. Kemudian Kjee rebus dalam air yang telah diletak garam. Rebus dalam 10 minit. Jangan terlalu lembik. Agak2 dalam tiga suku masak jer. Cucuk dengan garfu. Tengahnya masih agak keras. Pastu ditoskan, biar sejuk sekejap dan belah dua. 

        Kjee ketuk-ketuk 7-8 ulas bawang putih. Jangan hancur sangat. Lebih banyak pada Kjee lagi sedap. Tepikan. 
        Kemudian Kjee guna non stick pan untuk panaskan lebih kurang dua sudu besar, butter. Sebelum butter cair sepenuhnya susun kentang tadi. Cut side down. Guna api sederhana. Intai satu kalau dah garing, terbalikkan semuanya. Pastikan semua mesra dengan butter cair tadi. 


         Apabila sudah nampak garing, taburkan bawang putih dan terus dibalik-balik sehingga semua garing. Hati2 jangan sampai bawang putih hangit. 
         Taburkan sedikit cili flakes dan padam api. Rasa. Kjee juga letak Ajishio Blackpepper. Kalau tak ada boleh letak garam. Hati2 jangan berani2 letak garam sebab masa rebus awal tadi airnya dah masin. 
         Itu aje. Tadi Kjee ratah sowang2. Kenyang. Ada lagi sikit untuk dinner. Sedapnya especially dikunyah bawang putih yang garing. 
         Boleh dijadikan kudapan atau sebagai peneman steak atau ayam goreng. 
         
        

Friday, July 7, 2023

BERGEDIL 2.0


         Korang tahu tak apa makan favorite Kjee kalau sarapan di luar? Hmmm kalau restoran mamak, Kjee mesti order Vadey. Dah kalau ke warung Melayu yang jual Nasi Lemak, Kjee mesti nak Bergedil sekali.
        Entah kenapalah sejak akhir2 ini suka sangat Bergedil. Tetapi yang jual biasanya Bergedil kosong. Tak letak apa2 protein tapi ada yang caj sebiji kecik sampai Rm1.50. Mungkin nak pergi Umrah balik hari. 😬🤭
        So tadi Kjee buatlah. Apabila kita reti buat, kita tahulah modal sebiji Bergedil tu tak berapa sen jer. Kalau tak letak ayam atau daging dalam 20 sen jer. So kenapalah jual mahal sangat. Hepppp. 
        Bawah ini cara Kjee buat. Letak foto jer. Resipi penuh SINI.






         Kentang dipotong wedges, goreng sampai masak, tumbuk sampai halus, campur bawang dadu dan ayam (Kjee rebus) diricik, letak telor sebiji  yang telah dipukul (campur garam). Pastu bulat2kan, tekan bagi leper sikit. 
          Panaskan minyak dalam kuali. Pukul telor sebiji, celup Bergedil dan goreng guna api sederhana sampai cantik warnanya. Toskan dan ngaplah. 
          Tadi buat 6 biji kentang. Nanti nak bekukan dan bila nak makan, dicelup telor dan goreng. 
          Yang bestnya UnclePali tak minat makan so I eat sowang2 lah. 😬😁







Sunday, January 29, 2023

POTATO CHEESE FINGERS


        Ketika Kjee singgah kat page SEMBANGRESIPI kelmarin, tetiba ternampak posting Jejari Kentang Keju. Wah lama betul tak buat. 
        Kemudian scroll lag. Banyak rupa2nya makanan yang Kjee post kat situ. Tapi malangnya dah lama Kjee tak update. Begitulah kalau mood merundum. Blog ini pun apabila rajin baru update. 😱
        Kalau rajin, korang intailah page Sembangresipi. Walaupun tak ada posting baru tetapi seronok juga tengok foto makanan kat situ. 
 
        Okay berbalik kepada story Potato Cheese Fingers atau Cheese Sticks yang Kjee buat untuk sarapan pagi ini. Kelakar apabila UP masuk dapur dan intai apa yang Kjee tengah goreng.  "Wah Churros ke?" Isyhh mana sempat nak buat Churros pepagi. 
        Senang aje buat Potato Cheese Fingers ni. Kentang dibuang kulit, dipotong kecik dan rebus. Cepat masak kalau potong kecik2. 
        Resipi penuh korang klik SINI. 
        Resipi ini hanya guna kentang, keju Cheddar dan tepung Jagung. Kjee berhajat nak letak tepung beras. Tak adalah pulak. Letak sikit tepung beras, garing sikit. 



        Kali ini Kjee guna 4 biji kentang yang sederhana. Letak 4 slice cheddar cheese. Jadi banyak lah pulak. Kenyang kami makan berdua. Cicah dengan sos cili dan Mayonaise, sedap gua cakap! 
        

        Lepas 20 minit mengadap, tinggal 3 ketoi aje. Mujur UP tolong habiskan. 😆





        

Saturday, January 28, 2023

MINI CORNBEEF MURTABAKS


        Kali pertama Kjee menikmati Murtabak CornBeef di Kuching, Sarawak kira-kira 35 tahun lalu. Masa tu Kjee on assignment kat sana. Adik2 angkat Kjee bawa Kjee makan kat satu gerai. Opkos lah kena dengan tekak Kjee yang gemar sangat cornbeef.
        Balik KL, Kjee sanggup beli doh basah roti canai kat rest Mamak. Cuba buat sendiri. Nampak sama tapi tak serupa. Kat sana Murtabak CornBeef dia cegini 👍.
       Tadi Kjee buat ler untuk Sarapan. Buat empat keping aje sebab first time buat guna kulit popia. Hasilnya, menyesal buat sikit. 🤭
        Tak susah mana pun nak buat. Cincang sebiji bawang besar dan pecahkan sebiji telor. Pukul. CornBeef yang baru keluar dari fridge, dihiris-hiris dan campur dengan telor dan bawang tadi. Jadilah macam foto bawah ni. Kjee letak cili flakes sikit. Garam jangan letak sebab cornbeef agak masin.


       Kemudian keluarkan kulit popia. Kjee guna jenama Kawan yang saiz M. Saiz ini sesuai untuk buat mini murtabak. 
        Letak sehelai atas piring. Dan letaklah satu sudu besar atau lebih cornbeef tadi.  Kemudian lipat.  Buat sampai habis. 




        Panaskan kuali leper. Kjee letak sedikit marjerin dan minyak. Hati2 angkat murtabak. Api jangan besar. Letak dulu side yang dilipat. Kemudian setelah garing, terbalikkan. 


        Siap! Hidang bersama sos cili atau mayo. Tapi tadi terlupa nak keluarkan sos cili dan mayo sebab terja sangat nak makan. 





        



       


Friday, December 23, 2022

CHEESE CORNBEEF BERGEDIL


      Salam semua. Lamanya Kjee tak singgah sini. Kejap tak sihat, kejap malas. Gitu lah sebabnya. 😅
      Actually, sejak dua menjak ni, Kjee tak berapa sihat. So jarang2 Kjee ke dapur. Sekiranya UP tak masak, dia beli aje dari kedai makan atau gerai2 yang berdekatan rumah kami. 
      Beberapa hari lalu UP bakar roti dan letak sekeping CornBeef. Oh ada rupanya stok dalam peti ais. Pastu tetiba muncul idea nak buat Bergedil Sumbat CornBeef dan cheese.
       Tak ada niat pun nak masukkan resipi ini ke dalam blog. Tetapi Kjee lakukannya sebab ada yang tanya, sama ada resipi sudah masuk dalam blog. 
        Ini kali pertama Kjee buat Bergedil Sumbat camni. Yang sumbat dalam taupok adalah. 

        Bahan2nya kentang, cornbeef, cheese ( Ceddar Slice) dan telor. Bahan2 Kjee buat main campak2 aje. Kentang ada 5 biji. 
        Kjee buang kulit, potong ala2 wedges dan goreng. Lepas itu tumbuk. Dah lumat, letak sedikit lada hitam. Kjee guna Ajishio Blackpepper. Pukul telor sebiji letak sedikit garam kalau tak guna Ajishio Pepper dan gaul sehingga mesra.
       Hiris CornBeef sebesar satu lorek jari kelinking. Sebenar, agak2 jer lah boleh buat satu Bergedil yang sederhana besar. Pastikan nanti kentang tadi dapat menutup keseluruhan cornbeef.
       Kjee letak satu potong cheese slice. Satu slice dibahagi tiga.


       Amik kentang tumbuk tadi dan bulatkan sebesar bola tennis. Bulatkan kemudian dileperkan. Letak satu potong cheese dengan diikuti cornbeef. Selepas itu dibalut sehingga menutupi dua bahan tadi.
        Setelah siap semua (5 biji kentang dapat 6 biji Bergedil), panaskan minyak dalam kuali. Pukul sebiji telor dan letak sedikit garam. Jangan banyak sangat kerana kentang dah letak sedikit garam dalam telor. Cornbeef pun agak masin.

       Goreng dalam minyak sederhana panas. Tunggu sampai agak keperang-perangan baru diterbalikkan. Terlalu pantas diterbalikkan nanti Bergedil berderai.
       Tos atas tisu dapur utk serap minyak. Hidang dengan kicap cili padi. Dengan sos cili biasa pun okay. Ikut tekak kita. 
       Kalau buat banyak, boleh digoreng separuh masak dan sejukkan. Simpan dalam peti ais. Digoreng semula apabila hendak makan.
       Kalau tak nak letak CornBeef, boleh dipelbagaikan dengan letak udang atau ayam. Mungkin ayam lebihan yang telah digoreng.
       Corn beef adalah daging yang telah diproses. Didatangkan dalam tin. Boleh dibeli di banyak pasaraya. 

Saturday, October 1, 2022

KACANG TANAH REBUS


       Ini salah satu daripada kudapan yang Kjee dan UnclePali, suka sangat. Dah banyak tahun tak makan sebab tak tahu dimana ada orang jual. Even kat pasar malam pun tak ada kata UP.
       Kjee pernah cuba nak rebus sendiri kacang ini dulu. Dulu tu dalam 21 tahun yang lalu. 😆😆😆
       Masa itu kami tinggal di Cheras Perdana. Kjee tak ingat di mana UP beli. Kami punyalah excited. Tetapi malangnya, rebus punya rebus, tak juga lembut kacangnya. Rasanya Kjee rebus sejam dua. Terus buang. 😢


       And then pagi semalam (Jumaat) balik dari sarapan, UnclePali terus drive ke Giant di Taman Permata. Kjee tanya, nak beli apa? Kacang Tanah katanya. Kjee kata situ mana ada jual. Jom kita ke Selayang. Mungkin ada. 
       UP masuk ke Giant. WA Kjee foto kacang tanah!! Nak berapa peket dia tanya. Kjee kata kita try satu dulu. Walaupun tak mahal sangat, Rm7.50 untuk 500 gms, tapi kalau tak sukses, taklah kecewa sangat. 
       Kjee google. Terjumpa blog Amie's Little Kitchen. Malah banyak blog guna cara Amie. Ohhh kena masak selama 4 jam! Mak oii. 


       Amie suruh rendam lebih kurang 30 minit untuk bersihkan kekotoran tanah pada kacang. Tetapi kacang dari Shandong, China yang UP beli cantik bersih. So Kjee cuci, rendam 10 minit dan rebus. Empat jam kena rebus? Boleh pengsan menunggu. 😁
       Kjee congak2. Kul 9.30 pagi rebus, UP balik solat Jumaat, bolehlah dia makan. Yes dia tak peduli ada Gout. Kacang fav dia dan ubat juga dah standby kalau kena Gout, katanya. 😁
       Setiap sejam, Kjee cek tengok paras air. Tiga jam kemudian, Kjee cek sebiji. Tak ada perubahan. Adoiii macam gagal jer. 
       So pantas otak ni fikir. Kjee keluarkan Pressure Cooker. Transfer kacang tadi bersama airnya ke PC. Nak cuba rebus guna PC. Harap2 berjaya. Maklumlah kul 2 UP balik. 

       Tiga puluh minit kemudian, Kjee cek. Wahhh ada perubahan lah. Tapi kena rebus lagi. At least 30 minit lagi baru lembut dan gebu kot. Alhamdulillah sukses! 
       UP balik. Tersengih apabila jenguk ke dapur. Maka tanpa buang masa, kami mengadap makan berdua. Tapi sedih sebab beli 500 gram aje. Satu UP capai, satu Kjee capai, beres semua dalam sekelip mata. Kira lunch kami lah. 
       Kjee nak cuba buat eksperimen kalau beli lagi lain kali. Korang tunggu ajelah ya. 
       Oh lupa nak bagitau. Mesti letak gula dan garam. Hasilnya tersangat sedap. Kjee letak setengah cawan gula dan satu senduk garam. Air sentiasa top up kalau semakin kurang. Kjee top up guna air panas. 



   
      






Sunday, September 12, 2021

COLESLAW - SENANG BUAT


     Kalau beli ayam goreng kat rest fast food tu, first thing yang terlintas di fikiran ialah keenakan Coleslaw atau salad kobis.  Ia campuran sayuran seperti carrot, kobis dan bawang. Dihiris dan dicincang halus. 
     Lepas itu dicampur Mayonaise, gula dan jus lemon. Cik Abang kita yang selalu buat kalau Kjee nak makan Coleslaw untuk iringi makanan yang Kjee buat. 
      Sedap sangat kejadiannya. Heran camner dia tahu buat. Akhirnya dia ngaku dia google resipinya. 😁
      Tetapi sejak akhir-akhir ini Kjee yang buat. UP kata sedap. Tanya pulak resipi apa Kjee guna. Hehehe kita pun Google lah. Letak sedikit honey ganti gula. 
      

      Empat bahan sahaja diperlukan. Kjee guna Mayonaise Jepun Kewpie. Kenapa perlu guna mayo tu? Entah. Resipi tu kata Mayo Jepun, Kjee pun gunalah. Mayo Jepun ni manis sikit. So pepandailah adjust letak honey. Kalau nak ganti gula sikit pun ok. 
      Mula2 kena hiris Kobis. Kemudian hiris dan cincang carrot. Kjee tak guna carrot sebab tak ada stok. Ia juga untuk kalerkan coleslaw. Kemudian letak sebiji bawang besar yang didadu dan cincang halus. Kalau cincang sayur-sayur tadi dalam food processor pun ok lah. 
      Dah halus semua, satukan dan letaklah mayo, honey (atau gula) dan perahan separuh biji lemon serta sedikit lada hitam kisar. Gaul rata. Rasa. Siap! 
      Simpan sejam dua dalam fridge bagi bahan2 tadi mengenal hati budi memasing dan bermesra-mesraan. 🤭
      Kjee makan aritu dengan Grilled BBQ Chicken. Bukan buat. Beli aje kat Baker's Cottage. 
      Juga buat Fresh Mushrooms Soup dan Garlic Bread. Sedap gua cakap lu. Macam makan kat restoran. 


Resipi Soup tu klik SINI. Sejak Kjee buat Soup tu sendiri, dah tak beli yang dalam tin! 



      Buat Garlic Butter pun cenang cangat. Sagat bawang putih keatas butter yang telah diletak pada room temperature. Kacau rata. Kalau guna salted butter tak payah letak garam. Sapu kat roti dan grill. 

Sunday, August 29, 2021

CEMPEDAK GORENG


      Musim durian dah hampir sampai ke penghujung. Tiba pula musim Cempedak. Kjee jarang layan Cempedak sebab seringkali dimomokkan ia akan menambahkan angin dalam badan. Seram Kjee. Udahlah kita kilang angin. 🤭
      So tiap kali Kjee tengok aje dari cermin kereta apabila melalui kawasan orang jual Cempedak. Baunya cukup menggiurkan. Tiap kali ajak UnclePali singgah, alasan angin, akan dibangkit.
      Kelmarin seorang FB fren kata nak kurang sikit angin, kena beli Cempedak kampung. Beza yang kampung dan bandar ialah buah kampung kecik sikit. Kjee punyalah happy tanpa banyak citer terus ajak UP gi beli.
      Foto bawah ni ehsan google. Ini cempedak bandar kot. 

      Kjee tak pulak tahu Cempedak kampung bukan sahaja saiz buah kecik tetapi isinya pun kenit-kenit. Hmmm dah beli so jangan banyak songeh.
      Pantas otak Kjee fikir camner nak goreng sebiji-biji yang kenit besar guli kaca tu. So, Kjee decide buang biji dan satukan isinya dari 3 biji jadi sebesar bola ping pong dan goreng!!! Yayyy kita yang buat dia kan. 😁
      Untuk batter Kjee campur satu cawan tepung beras, dua sudu makan tepung gandum, secubit garam dan satu sudu teh air kapur. Selalunya Kjee guna tepung beras aje tapi tengok ada yang campur tepung gandum, terai jer 
     Masukkan sedikit demi sedikit air dan kacau sehingga sebati. Jangan terlalu pekat atau cair. Ada kata letak sedikit serbuk kunyit. Kjee ikut jer.
      Foto bawah ni ehsan google. Kalau montok-montok cam ni tak perlu buang biji. 

       Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Api mesti sedang2. Terlalu kecik api, gorengan akan serap minyak.
      Ambil satu kepalan isi cempedak macam bola ping pong tu dan celupkan dalam batter. Kjee kaup guna sudu. Masukkan dalam kuali. Jangan letak terlalu banyak dalam kuali takut suhu minyak turun. 
       Goreng sehingga habis. Toskan atas tisu dapur. Itu aje. Selamat mencuba. Cempedak yang digoreng tanpa biji selamat untuk dimakan anak2 dan warga emas.


Thursday, August 26, 2021

CRISPY GARLIC SLICES


      When my Bff Aishah, kirim sebalang bawang putih goreng crispy beberapa bulan lalu, masa UP singgah rumahnya, Kjee was so excited! Isyhhh sedap buat ratah ni. Garing dan ranggup!!
      Bibik dia buat jual. Aishah suruh Kjee ke rumahnya lagi kalau nak. Kjee congak-congak, kalau suruh dia hantar by delivery man, kos lagi mahal dari harga sebalang. So fikir-fikir, tunggu lah nanti lepas PKP baru ke sana.
      Tetapi hari-hari teringat kerangupan Crispy Garlic Slices tu especially kalau makan Bihun Goreng. Tabur diatas bihun tu, fuyooooo sedap tak terkata.
      UnclePali kata takkan tak reti buat sendiri. Ricik-ricik, goreng. Isyyyy orang lelaki cakap memang mudah. Tetapi boleh ke dapat ranggup macam bibik buat!!
      Then Kjee google. Yayyyyyyy ada rahsia rupa2nya. Terus plan nak buat berbalang-balang. Malangnya Kjee jatuh sakit minggu lepas. Hanya terbaring jer. Dan masa sakit UnclePali masakkan bubur nasi. Ayoyo berderai-derai airmata fikir kalau ada garlic slices yang garing...
     Semalam apabila dah boleh bangun sikit, Kjee minta UnclePali tolong cari bawang putih jenis besar-besar. Kalau kecik-kecik, reject!!
      Apabila melihat bawang putih yang dibeli, rasa nak peluk cium my husband. Molek sangat. Besar-besar dan masih fresh. Terus leraikan bawang putih tu sama UP malam tadi. Opppps lupa nak amik foto. 
      Tadi lepas breakfast, Kjee buang kulit dan ricik. Pedihnya jari jemari! Tapi tahan ajelah. Ricik sampai habis. 


      Pastu panaskan minyak dalam kuali. Minyak mesti banyak supaya tenggelam bawang putih masa goreng. Dan rahsianya... Jeng, jeng, jeng, rupa2nya letak satu sudu marjerin dalam minyak. Penambahan marjerin buat garlic slices tu ranggup! Ohhhhh camtu! 
      Apabila minyak dah panas, perlahan sikit api dan masukkan bawang putih ricik tu. Sekali-sekali dikacau supaya  masaknya, sekata. 
      

      Api tak boleh terlalu besar. Atau terlalu kecik. Sedang-sedang aje tau! Dan apabila sudah nampak keperang-perangan, cepat-cepat ditoskan atas pinggan yang telah dilapikkan tisu dapur. 
      Jangan tunggu sampai terlalu golden brown nanti hasilnya terasa pahit. Warnanya akan berubah apabila disejukkan dalam pinggan. Dan akibat kepanasan sebaik keluar kuali. 


      Dah sejuk betul-betul baru disimpan dalam bekas kedap udara. 


      Boleh tahan berapa lama? Hmmm kalau tak habis korang bedal/ratah begitu sahaja, lama kot 🤭. 
      Alamak ingatkan UnclePali tak gemar. Hmmm sambil jenguk Kjee nak masukkan dalam balang, sempat dia cilok masuk mulut dia. 
      "Fuyoooo dasyatnya ranggup!" Hmmm esok kena suruh dia beli lagi lah bawang putih. 😉