DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Info Berguna. Show all posts
Showing posts with label Info Berguna. Show all posts

Saturday, June 26, 2021

CARA ASAH GUNTING

      
       Kjee suka sangat tengok iklan-iklan yang lalu kat FB. Tetapi apabila terasa nak terjebak, Kjee cepat2 check harga kat Shopee. Maklumlah dah terkena! Kat iklan FB, harga berkali-kali ganda!
      Anyway beberapa bulan lalu, Kjee terpikatlah dengan satu Pengasah Pisau ni. Kat iklan FB as usual kalau tahu harga kena Whatsapp. Isyhh tak kuasa aku. So Shopee jadi penyelamat!
       Ada harga antara rm30 hingga rm90. Kjee suruh UnclePali amik harga yang tengah-tengah. Rm55 rasanya! Happy giler sebab selama ini Kjee guna pengasah batu yang UP beli kat Mr DIY. Pengasah batu tu Kjee dah pandai guna sejak Kjee kecik. Maklumlah atuk jual sate. Jadi tetap berfikiran old school. 😁

       Apabila Pengasah moden tu sampai, Kjee pun asah segala pisau yang ada di dapur. And then teringat my gunting. My one and only kitchen shears. Beli dekat 10 tahun lalu. Jenama popular. Gunting yang boleh dipisahkan dua kalau nak cuci.
       Since pisau ok tajam, gunting pun should be okay kalau guna pengasah moden tu, fikir Kjee. Malangnya, tak okay. Semakin tumpul. Kjee give up. Kalau terus mencuba, boleh jahanam! So tunggu tamat PKP, nak kena hantar pergi asah kat satu kedai di Chow Kit lah. 
       Then UP kata kenapa tak buat style lama? Guna daun tebu atau daun serai! Kjee tepuk dahi! Camner boleh forget! 🤦‍♀️

       Then terus ajak UP minggu lepas ke rumah adik angkat Kjee di Hulu Kelang. Dia mesti ada tanam tebu. Bukan tebu aje, sebutlah apa tanaman kampung dia mesti ada dikawasan rumahnya yang sekangkang meow tu.
       Mula-mula UP amik 5 helai. Sampai rumah Kjee terus project. Dan kelmarin UP amik lagi lima helai daun tebu sebab Kjee kata kalau buat dua kali buat baru cantik tajam!!!
       Cara mudah sangat. Gunting aje halus2 daun tebu. Tak picaya? Cubalah. Kalau tak ada daun tebu, daun serai atau lalang pun ok. Kita yang buat dia. 😆

       Dulu Kjee pernah ajar kat blog cara nak asah gunting. Klik SINI.
       Kaedah ini hanya untuk gunting aje tau. Guna pengasah moden tu untuk pisau okaylah. Tetapi Kjee lebih suka guna batu pengasah old school. Harga tak sampai rm5 rasanya, satu. Namun kena ada cara nak asah. UnclePali kalau asah guna batu ni, semakin tumpul pisau. Serius. Kalau silap teknik, tak maunya tajam pisau tu! 
       Nantilah satu hari suruh UP  buat video Kjee ajar cara asah pisau guna Batu Pengasah ya. Cara old school tapi tidak mengecewakan.


       Yang moden dan yang pesen lama. Pilihan di tangan anda. Batu pengasah yang ini, rasanya baru dibeli setahun lalu. Tak tahu yang ke berapa. Ada yang dah 'haus' dan ada yang patah dua apabila terjatuh. 😁

Thursday, October 1, 2020

DAUN SUP


    Daun Sup dan Daun Ketumbar adalah dua jenis herba yang agak penting dalam masakan orang kita. Sekarang satu ikat dua tiga batang, dekat dua ringgit. Nak guna sedikit sahaja. Lepas tu simpan dalam peti ais, tahan tak sampai seminggu. Dah kering buang.
    Seringkali selepas guna daun sup, Kjee cubalah rendam bahagian batang yang kekadang ada akar kekadang togel. Hari-hari tengok bilalah nak besar. Malangnya selepas tiga empat hari, batang tu busuk. Lantas dibuang. 
    Bukan sekali Kjee terai. Tiap kali kecewa. Tetapi kecewa tak bermakna give up. Beberapa hari lepas, Kjee buka peti ais nampak satu ikat Daun Sup yang daunnya dah warna kuning. Masa tu Kjee buat Sup Ayam. So cepat-cepat selamatkan daun hijau.
    Batangnya? Well, Kjee letak dalam bekas terpakai dadih. Basahkan akar tu dan terus letak dalam bekas. Tak letak air. Ini eksperimen. Mungkin air yang rendam akar dan batang tu yang menyebabkan ia reput!
    Alhamdulillah. Setelah tiga hari, daun mula keluar. Hari-hari Kjee keluarkan dari bekas dan basahkan sikit akarnya. Sambil tu, story story lah, tanya bila nak besar. Kemudian letak tepi tingkap dapur bagi dapat cahaya matahari.
    Tadi UnclePali terkejut. "Eh terer lah you. Selalu tak menjadi." Hehehe kembang kita apabila asben kita kata kita terer. Dia kata biar aje tumbuh cam tu. Kalau alihkan ke tanah tak lama hidup. Orite kita tengok nanti ya. 
    UnclePali sebenar, cukup terer tanam sayur. Masa kami tinggal Sg Buloh dulu, macam-macam dia tanam. Semua tumbuh dengan sihat! Kat tanah sekangkang meow kami sekarang pun dia rajin bercucuk tanam. 
    So dia tak pernah terfikir orang ghumah dia pun terer. 🤭
    Sebelum ini dia turut terkejut tengok kita tanam pokok Ketumbar. Sekarang sedang elok tumbuhnya. Tapi itu entri lain lah ya. 😅

Friday, September 18, 2020

PERIHAL BELACAN


   Kjee ingat belacan hanya disukai negara rumpun Melayu aje. Rupa-rupanya banyak negara sebelah sini ada versi belacan dengan bahan sama iaitu udang geragau.
   Di Indonesia ia dikenali sebagai Terasi. Dan Kjee rasa orang Indonesia paling banyak guna belacan dalam masakan mereka. Masak lemak kuning pun depa letak belacan. 
   Kjee ni hari-hari tengok rancangan masak di AFN, Astro. Di Thailand, Filipina juga guna belacan yang mereka gelar shrimp paste atau pes udang. 
   Kjee dididik oleh Arwah Mak supaya hati2 memilih belacan. Yang warna dark pink tu elok. Yang warna cekelat gelap tu, mesti pahit. 
   Sedap tidak masakan kita bergantung kepada eloknya belacan. Buat sambal belacan pun akan sedap kalau belacan itu dari kualiti yang elok. 
   Setelah beli belacan, mak akan hiris-hiris dan sangai sehingga menjadi serbuk. Dah sejuk dia simpan dalam bekas dalam peti ais. Nak masak senang. Especially kalau buat Sambal Belacan. Tak payah bakar lagi belacan tu. 
   Antara belacan pilihan arwah Mak ialah Belacan Sementa yang dihasilkan oleh mereka yang tinggal ditepi pantai Perak. Tetapi belacan Melaka pun sedap. Ada sahabat pernah beri Kjee belacan bakar dari Melaka. Sedap sangat. Nak mintak dia lagi, malu pulak. 😁
   







Friday, August 14, 2020

SUKATAN BERGUNA DI DAPUR


Setiap kali nampak resipi baru, pasti korang intai-intai yunit sukatan apa yang mereka beri. Macam Kjee lah, suka sangat kalau diberi sukatan cawan daripada timbangan metrik. Kjee ada alat penimbang digital tapi tak reti nak guna. 😁
Tadi sewaktu Kjee skrol foto lama dalam galeri foto Kjee, jumpa dua foto ini yang Kjee rasa berguna untuk simpanan kita, semua.
Simpan jangan tak simpan.

Thursday, August 6, 2020

TIP ELAK KUALI BARU MELEKAT


Apabila ternampak Apom air tangan Chef Thyaga B Rajan kat facebook, punyalah teringin nak buat. Sebelum tu sis Lina Thomas dah tayang Apom Lenggang kat page dia Sejuta Rasa by Lina Thomas. Tapi Kjee tak konfiden nak buat.
Anyway, masa pergi Chow Kit aritu, UP belilah kuali kenit 6", untuk buat Apom. Kuali murah aje. Rm13.
Esoknya Kjee projek lah. Buat persiapan sebelah malam. Kena bagi perap adunan. Masa adunan tengah diperam, Kjee was-was tengok kuali. Cantik sangat kilatnya. Mesti melekat! Mula rasa cuak! 
So Kjee tanya Chef Thyaga sama ada beliau tahu cara untuk buat kuali baru jadi non stick. Maklumlah beliau chef di banyak hotel bukan sahaja di Malaysia tetapi di Sri Lanka.
Chef Thyaga kata, cuba letak minyak, garam dan halba sikit dalam kuali tu. Then panaskan kuali sampai halba garing. Buat malam. Esoknya, lap bersih kuali guna kitchen towel atau tisu dapur. Lap aje jangan cuci tau. Pastu terai goreng sebiji telor. Kalau telor tu tak melekat, maknanya sukses!! 
Kjee tak terai dulu teknik Chef Thyaga. Nak tunjuk pandai ler tu. Hasilnya Apom melekat banget. Tapi nak pujuk kita, UP kata rasa dah cukup cantik. Kita fikir cara tak bagi melekat.
So pagi semalam Kjee buat macam Chef Thyaga sarankan. Dan Alhamdulillah syukur. Hepi giler mokcik! Esok plan nak terai buat Apom. Resipi Kjee bagi lepas buat ya. 😆
Oh by the way, Chef Thyaga kata, kuali tu tak payah cuci. Lap guna kitchen tissue aje. Sebelum nak simpan, oles minyak sikit. Kalau kotor sangat, cuci manja2 aje. Tak perlu guna sabun cuci. Goreng ikan pun khabarnya tak akan melekat lagi. Cubalah. Tak perlu beli kuali non stick yang mahal banget. Mudah rosak/tercalar kalau tak hati2 guna. 


Saspen juga masa ni. Takut telor tu melekat. Slow slow Kjee guna sudu, selak sikit. Fuyoooooo tak melekat! 

Elok aje macam goreng guna kuali non stick! 

Kesudahannya! Bersih aje kuali. Pastu lap guna tisu, oles sikit minyak dan gantung. Jangan dicuci. 


Wednesday, December 11, 2019

Sekarang sudah boleh makan


 Masa kecik-kecik dulu, antara bahagian ayam yang menjadi rebutan selain peha (drum stick) dan kepak ialah kulit ayam. Sedapnya kalau digoreng garing-garing. Kruk kruk kruk... 😬
   Tetapi kami tiga beradik perempuan kena beralah dengan abang Ahmad Fauzee. Dia anak lelaki tunggal so, apa saja makanan yang dihidangkan, arwah mak mesti utamakan 'blue-eyed boy' dia.
   Bagaimanapun, setelah kami meningkat dewasa, kulit ayam sudah tidak lagi menjadi part of the menu. Kononnya ia sangat-sangat tidak sihat. Boleh menyebabkan meningkat kolestrol jahat dan serangan pada jantung.
   Maka tiap kali Kjee mengadap mamat yang jual ayam sembelih, dia akan tersengih kalau Kjee kata kulit tak nak. Memudahkan kerja dia tak perlu buang bulu ayam. Siat aje kulitnya sehingga ayam bogel. 😂
   Tetapi pagi tadi Kjee terjumpa cerita yang mengejutkan ini. Korang baca tau kalau selama ini korang terlalu ingin nak makan kulit ayam tapi berani-berani takut. 😁

Monday, April 20, 2015

SELAMAT KEMBALI REJAB 1436.








AMALAN BULAN REJAB


~ Bersolat dan buatlah solat Qado sebanyak mungkin di samping solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.
~ Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

Dalam Syahrullah (Bulan Allah), di ampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya di tambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
di ampunkan dosanya yang lalu.
di peliharakan Allah s.w.t umurnya yang tinggal...terlepas dari dahaga di hari kiamat.

~ Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.

~ Bertasbih: Setiap satu, 100 kali
(a) سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى.
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi.

(b) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong.

(c) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

PEMBAHAGIAN : (jika nak teratur laa hmm..)
~ 1 – 10 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus.

~ 11 – 20 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan.

~ 21 – 30 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan.

TAMBAHAN....
~ 1 – 30 Rejab, dibaca 80 kali selepas Subuh & Asar:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَـيَّهِ.



Ya Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku serta daku bertaubat kepada-Nya.

وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَلله ُ الْكَافِى اَلله ُ الْشَّافِى اَلله ُ الْمُعَافِى.
Dan tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung. Dan cukuplah Allah tempatku berlindung, sebaik-baik pemerintah dan tempatku meminta pertolongan. Allah yang Maha Mencukupkan, Allah yang Maha Menyembuhkan, Allah yang Maha Menyihatkan!.

KERAPLAH...SELAWAT & ISTIGHAR.. :
~ Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.

~ Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.

~ Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.

Friday, January 18, 2013

LISA SURIHANI BARU SAHAJA KEHILANGAN

Lisa - ehsan google











Hari tu Kjee terbaca berita mengenai musibah yang melanda aktres Lisa Surihani. Jumaat lepas, dia membuat laporan polis kerana kehilangan wang sejumlah RM50,000 dari akaun bank beliau.

Lisa muncul jadi juri Maharaja Lawak Mega di Ipoh,  dengan wajah selamba. Walhal dalam hati dia hanya Tuhan sahaja yang tahu keresahannya. Banyak wang tu...kalau Kjee dah tergolek-golek sedih.

Anyway, beberapa tahun lalu Kjee pernah menghadapi masalah serupa. Duit dalam akaun lesap. Taklah banyak macam Lisa punya.

Kjee menyedarinya setelah kad ATM Kjee hilang. Kjee bergegas ke bank dan masa tu baru sedar duit dah tak ada. Lepas tu, Kjee diarahkan buat laporan polis.

Masa itu, Kjee tak pasti apa akan terjadi. Apakah Kjee akan dapat duit itu ataupun apakah orang yang keluarkan duit itu akan ditangkap. Korang tak perlulah tahu apa terjadi kepada duit Kjee itu sebab tak penting.

Tetapi apa yang Kjee ingin cerita di sini ialah, mungkin ramai tidak tahu bahawa ada yang melihat anda ketika anda keluarkan duit di mesin ATM. Tak kesahlah samada its your money or duit orang lain.

Macam mana pulak ada orang nampak? Pak Guard yang duduk dekat dengan mesin tu ke? Bukan pak guard tapi tentu CCTV!

Serius ni. Masa kita nak keluar duit, dalam otak kita hanya fikir nak tekan apa yang perlu ditekan kat mesin tu dan duit keluar. Tetapi korang mesti tak syak ada CCTV kan? Sebab kalau korang tahu, pasti korang pose maut kat situ kan? Hehehe.

Anway, on a serius note... janganlah korang susah hati kalau mendapati duit tetiba lesap dari akaun. Foto orang yang lesapkan duit itu sudah dalam dalam simpanan Bank. Dan kalau korang buat report, pasti Bank akan serahkan semua details termasuk foto si minah atau mamat yang keluarkan duit korang tu.

So the moral of my entry...masa nak gi keluarkan duit, berhiaslah diri dulu...pergilah blow dry rambut, pakai fesyen K-Pop yang latest..sebab semuanya akan di capture di CCTV ATM machine bank tersebut. Kahkahkah.

Atau kalau korang nak keluarkan duit yang bukan korang punya, eloklah korang go in disguise. Tapi sepandai2 tupai melompat....jeng jeng jeng. Fill in the blanks yourself!

Thursday, October 18, 2012

DAH SEDIAKAN PAYUNG KER?




Apa yang mampu kita lakukan? Sediakan payung sebelum hujan lah! Jabatan Kaji Cuaca dah ramalkan hujan akan berterusan dalam masa 14 hari yang mendatang.

Mereka yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir atau flood prone areas, seharusnya sudah mula bertindak dengan menyelamatkan dulu dokumen2 berharga. Begitu barang2 seperti perabot dan yang  sewaktu dengannya ke tempat tinggi.

Kalau ada ibu bapa atau anak2 yang sakit dan terbaring sahaja sahaja dalam rumah, harap2 cepat pindahkan mereka di rumah2 sedara mara yang lebih selamat.

Hari ini PDRM sudah mengeluarkan amaran dan meletakkan pegawai2 dan anggota mereka dalam mode berjaga2. Hmmm kalau macam ini, apakah cuti Hari Raya mungkin dibekukan. Kesiannya.

Ini berita yang Kjee baca di mStar Online pagi tadi.



PETALING JAYA: Pasukan polis trafik bersedia menghadapi banjir kilat di Lembah Klang apabila hujan lebat dijangka berterusan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Timbalan Ketua Polis Trafik Selangor, Supt Azmi Mansor berkata, polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengendalikan kesesakan lalulintas.

"Jika berlaku banjir kilat, kita akan segera menghantar anggota ke kawasan yang terjejas.

"Kami berhasrat untuk mengekalkan ketenteraman dan menjaga kesesakan lalu lintas pada tahap minimum," katanya pada Rabu.

DSP Azmi berkata, pasukannya telah diberi taklimat mengenai apa yang diharapkan dan apa yang mereka perlu lakukan.

Jelas beliau, trafik akan segera dialihkan sekiranya banjir kilat berlaku dan berharap pemandu dan pengguna jalan raya yang lain supaya bersabar jika mereka terperangkap dalam kesesakan.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asst Comm Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya telah berkerjasama rapat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA).

"Kami mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menggunakan kakitangan bagi menguruskan banjir kilat," katanya.

Thursday, October 11, 2012

HARI SEKOLAH LEBIH PANJANG, CUTI MAKIN PENDEK







Tahun persekolahan tahun depan akan lebih panjang dari tahun ini. Selain itu, cuti persekolahan juga dijangka lebih pendek tahun 2013.

Menurut berita dalam The Star Online, tahun depan, jumlah hari persekolahan adalah 205 hari berbanding 203 tahun ini. Cuti persekolahan juga kurang 3 hari dari tahun ini menjadikannya 84 hari!

Bagaimanapun, berita gembira untuk semua ialah cuti umum (public holidays) tidak akan jatuh pada cuti persekolahan. Maknanya, anak2 yang bersekolah masih dapat menikmati cuti tambahan itu selain dari cuti sekolah.

Menurut kalender persekolahan dalam web site Kementerian Pelajaran, sessi persekolahan tahun depan akan bermula pada 2 Januari 2013 kecuali negeri2 seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu yang akan bermula sehari lebih awal.

Dibawah ini Kjee copy paste berita dalam The Star Online




PETALING JAYA: Parents who want to book holidays with their children next year should bear in mind that there will be more school days.

There will be 205 school days two days more than this year. Students will also get a shorter break with 84 holidays next year compared with 87 days this year.

However, the good news is that there are many state public holidays which would coincide with school breaks.

Those celebrating Good Friday on March 29 would be able to enjoy a longer break that month.

The Harvest Festival and Gawai in May and June coincide with the mid-year break as does Hari Raya Aidilfirtri which is expected to fall within the two-week break in August.

Next year's school calendar, as shown on the Education Ministry's website, showed that students go back to school on Jan 2 in all states except Kedah, Kelantan and Terengganu, where classes start a day earlier (see chart).

School heads can apply for four days of cuti peristiwa (occasional holiday), which need not be replaced.

They can also apply for cuti ganti (replacement holiday), which is subject to approval by the respective state education departments.

The year-end break will start on Nov 15 next year, except in Kedah, Kelantan and Terengganu where the holidays start a day earlier.

Wednesday, October 3, 2012

KALAU KENA SAMAN NI SEKURANG2 RM300!!!




Actually kan Kjee tak nak tulis kesah ini. Tetapi pagi ini Kjee terpanggil pulak nak menulisnya setelah baca dalam mStar Online apa yang berlaku kepada deejay Sinfar fm, Tyzo.

Banyak dah Kjee dengar cerita dan yang terbaru, teman sekuliah Nadia, bernama Mun. Mun sanggup bayar saman setelah diusher beberapa kali oleh polis tu. Tapi bila tengok Mun sanggup bayar saman, dia terus berlalu. Cuma acah (kot) amik no kereta dan no roadtax kereta Mun. Malah, CH Nadia pun pernah kena. Kopak RM500 sebab polis tu kata ada 3 kesalahan. At least kena RM1000!

Kjee paling menyampah sekali dailog ini :"Kalau saman ni, mau kena RM300!! Macam mana?". Diucapkannya berulang2 sampai nak naik loya mendengar. Dulu Unclepali pun pernah kena. Apabila Kjee nampak Unclepali asyik merayu2, Kjee gamit kat dia suruh amik jer saman. Tak sukalah Kjee nak bagi rasuah.

Tapi herannya, bila Unclepali kata sanggup kena saman, abang polis tu terus berlalu. Macam kes deejay Tyzo semalam. Tapi Tyzo sempat amik no dan name tag polis tu. Dan dilaporkannya. Kjee tak sampai hati nak lapor walaupun Kjee tahu kalau tak lapor memang salah.

Anyway, korang bacalah kesah Tyzo dibawah.

Anggota Polis Minta Sogokan, Deejay Tyzo Buat Laporan

PETALING JAYA: Percubaan seorang anggota polis trafik yang ingin meminta sogokan daripada Tyzo bakal menerima padah apabila penyampai radio Suria FM itu telah melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris berkata, dia terpaksa melakukan tindakan tersebut semata-mata untuk menyokong usaha pihak PDRM bagi membanteras kegiatan tersebut khususnya melibatkan anggota mereka.

"Saya ditahan oleh salah seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu dan dia meminta sogokan sehingga menyebabkan saya terpaksa melaporkan perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya agar menjadi pengajaran kepada anggota terbabit serta polis-polis lain.

"Bukan setakat pihak PDRM sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah memberikan respons terhadap laporan berkenaan," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Tyzo diminta mengulas luahannya menerusi segmen 'Citra Muzik Di Suria FM' (8 malam hingga 11 malam) yang dikendalikannya pada malam Isnin lalu yang antara lain turut berkongsi pengalaman apabila seorang anggota polis cuba meminta sogokan ketika menahannya.

Bercerita mengenai kejadian itu Tyzo berkata, ia berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah mesyuarat dan ditahan dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Jalan Sunway dekat sini, kira-kura pukul 12 tengah hari pada Isnin lalu.

Tyzo berkata dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman.

Katanya, selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.

“Mungkin kerana terkejut dengan penjelasan itu, anggota tersebut melepaskan saya dengan meninggalkan saya begitu sahaja tetapi saya sempat mencatat nama dan nombor badannya,” jelas Tyzo.

Katanya, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM.

Ujar Tyzo lagi, dia mendapat respons yang positif apabila seorang pegawai kanan polis dari bahagian tatatertib, Bukit Aman telah menelefonnya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu manakala pihak berkuasa SPRM turut mengambil langkah serupa.

“Saya berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana memandang kes ini dengan serius demi kebaikan anggota polis. Ini menunjukkan pihak berkuasa benar-benar mahu membanteras kegiatan rasuah di negara ini," ujarnya.

Sehubungan itu Tyzo juga menyarankan kepada orang ramai agar tidak takut untuk melaporkan salah laku penjawat awam atau sesiapa sahaja agar perbuatan rasuah dapat dibanteras sepenuhnya. - mStar

Friday, September 28, 2012

BN TUNAI LAGI JANJI...BUDGET MESRA RAKYAT









Tiap kali hendak pilihanraya, Perdana Menteri yang bentang bajet mesti kena sindir. Budget pilihanrayalah...nak beli undilah dan bla bla bla! Bukan tohmahan yang baru. So WHO CARES!!

Terima kasih Kerajaan kerana kepentingan rakyat diambilkira!

Hensemlah Dato Seri Najib dengan baju Melayu hijau tadi. Selalu pakai kaler pink. Hehehe.

Nak tau apa citer bajet yang dibentangkan PM tersayang kita, dengar news kat tv malam ni atau esok baca paper atau jenguk blog2 yang ada.

Saturday, September 22, 2012

SATU ANAK LUAR NIKAH DARI IBU REMAJA SETIAP HARI?





gambar ehsan google


Mintak2 statistik ini salah. Terkejut Kjee baca berita ini di The Star Online tadi. "Kes Remaja Hamil Luar Nikah: 'Satu Kelahiran Setiap Hari'. Sukar nak percaya tapi itulah hakikatnya! Pahit untuk ditelan.

Korang bacalah sendiri terjemahan berita ini yang dibuat dalam mStar Online.

KLANG: Semakin ramai remaja Malaysia hamil luar nikah dengan beberapa hospital utama mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes setiap hari.

Menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Mohamad Farouk Abdullah, kira-kira 12,000 anak luar nikah dilahirkan di hospital tersebut.

"Kami ingat kes remaja hamil luar nikah hanya berlaku di Klang tetapi senario sama turut dihadapi enam hospital pakar di Selangor," katanya.

"Remaja berusia 12 tahun merupakan remaja termuda melahirkan anak di hospital ini," kata Dr Mohamad Farouk pada seminar 'Pregnant by Choice, Not by Chance or Force'.

Ia dianjurkan hospital tersebut sempena bulan Perancangan Keluarga.

Kementerian Kesihatan merekodkan kira-kira 18,652 kelahiran oleh remaja berusia di bawah 19 tahun pada 2011 berbanding hanya 5,962 kes pada separuh kedua 2010.

Pegawai perubatan kebajikan sosial HTAR, Nurul Azira Mahamad Jafar berkata, dia menguruskan sekurang-kurangnya satu kes remaja hamil luar nikah setiap hari pada tahun ini.

"Saya pernah mengendalikan 14 kes, bilangan tertinggi dalam tempoh sehari melibatkan remaja hamil di usia muda," katanya.

Nurul Azira memberitahu dia pernah menguruskan kes yang melibatkan remaja hamil luar nikah, mangsa rogol dan penderaan seksual di hospital tersebut dalam tempoh enam tahun.

Kebanyakan remaja yang hamil ini diarahkan oleh klinik untuk merujuk kepada hospital.

Ini kerana, kehamilan di usia remaja dianggap kes berisiko tinggi.

Seorang remaja berdepan risiko dua kali ganda untuk meninggal dunia akibat komplikasi kehamilan atau ketika melahirkan anak berbanding wanita berusia 20-an.

Kebanyakan remaja datang ke hospital mengadu mengalami ketidakselesaan di bahagian perut.

Sebagai sebahagian daripada protokol hospital, doktor akan melakukan pemeriksaan kehamilan ke atas mereka.

Sekiranya disahkan hamil, mereka akan dimasukkan ke wad dan pihak hospital akan memaklumkan perkara itu kepada keluarga remaja terbabit.

Nurul Azira berkata, remaja di bawah usia 18 tahun yang hamil dan anak mereka dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 serta akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam kebanyakan kes, remaja hamil luar nikah kerana mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing.

"Mereka terdiri daripada keluarga bermasalah dan berpendapatan rendah. Ada sesetengah daripada mereka melarikan diri dari rumah.

"Kami menjalin hubungan baik dengan remaja-remaja ini. Oleh kerana takut, mereka tidak akan menceritakan perkara itu kepada keluarga, jadi kami perlu mendapat kepercayaan mereka untuk memperoleh maklumat keluarga," katanya.

Nurul Azira berkata, kebanyakan ibu bapa malu apabila dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka.

"Mereka bimbang jiran akan mengetahui perkara tersebut. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang mengakui gagal mengawal tingkah laku anak mereka.

"Kebiasaannya kami akan menasihatkan remaja terbabit dan ibu bapa mereka untuk mendapatkan kaunseling," katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya ibu bapa tidak dapat menjaga ibu dan anak tersebut, mereka boleh menyerahkan kedua-duanya kepada JKM.

Beliau menceritakan kes remaja berusia 13 tahun yang melahirkan anak luar nikah baru-baru ini.

"Ibu bapanya berkata mereka enggan memberi jaminan bahawa remaja tersebut tidak akan hamil semula sekiranya bapa kepada anak luar nikah itu tinggal di kawasan sama," katanya.

"Jadi mereka bersetuju untuk menghantar remaja dan bayi tersebut ke JKM," katanya.

Tuesday, September 18, 2012

HATI2LAH WAHAI WANITA


Ini kejadian sebenar yang diambil seorang pemandu kereta


Tiap kali anak dara Kjee keluar untuk ke Uni, mulut Kjee bising ingatkan dia. "Beg tangan jangan letak atas seat passenger...handfon jangan dipamerkan...pintu kereta kunci sepanjang masa...kalau balik malam2, ada orang tahan, jangan berhenti...terus drive ke balai polis berhampiran..."



Mesti Nadia boring apabila hari2 Kjee rewind tape yang sama. Tetapi pepahamlah kan, anak2 ni bukan boleh dibiarkan leka.

Beberapa hari lepas, Kjee telah baca musibah yang melanda, Dr Ina Harlina, kawan yang kini menjadi antara adik angkat yang sangat Kjee sayangi.

Dr Ina kehilangan beg tangannya ketika berada dalam tandas awam. Usahlah tanya apa yang dia hilang. Beg tangan wanita memang sarat barat dengan barang keperluan. Baca sini kisah Dr Ina yang diberi judul Berpisah Tanpa Kerelaan.

Antara barang yang paling disayanginya ialah handfon yang dihadiahkan suami tersayang, kartunis popular Che Li. Kjee dapat bayangkan kesedihan Dr Ina kehilangan hadiah pemberian suami tercinta.

Kjee memang amat peka kalau makan di restoran ataupun gerai. Sebaik sahaja duduk, Kjee akan suruh Unclepali atau Nadia tolong simpankan handfon Kjee dalam poket mereka. Kjee memang tak suka bawak beg tangan kerana bagi Kjee, beg tangan adalah umpan untuk peragut. 

Justru Kjee bersyukur apabila Dr Ina selamat dan tidak diapa2kan. Maklumlah, kalau beg yang disangkut dalam tandas, dan ada yang mencurinya, kita tidak pasti samada yang mengambilnya lelaki atau perempuan.

Pernah terjadi masa Kjee di Mekah dulu, orang bising2 beritahu ada lelaki memakai purdah masuk ke tandas wanita dan mencuri! Nauzubillah.

Apapun, Kjee rasa kita semua janganlah leka walau dimana kita berada. Sekarang ini, banyak gerai2 baik Melayu mahupun mamak, meletak meja di sisi2 jalan. Kjee pernah tengok ramai (baik lelaki ataupun perempuan), selamba saja letak fon atau lappy atas meja. Tidakkah mereka sedar, seorang penunggang motorsikal mudah lalu berhampiran dan merampas fon atau lappy?

Kjee pernah berdepan dengan perompak masa ke restoran Dunkin Donut di Desa Pandan dulu. Klik sini. Trauma berdepan dengan perompak, rasanya masih belum hilang hingga kini.

So kepada wanita yang memandu seorang diri atau terpaksa ke tempat sunyi (macam Dr Ina di tandas pam minyak), hati2lah. Apapun, tak payahlah bergelut demi beg atau harta yang ada. Pentingkanlah nyawa sebab perompak sekarang sudah terlalu terdesak. Sanggup buat apa sahaja.

semua foto ehsan google



Sunday, September 16, 2012

SELAMAT TINGGAL SYAWAL, BERTEMU ZUL QAIDAH




Tuesday, September 4, 2012

SIREN MENJERIT TETAPI BETUL KE ADA PESAKIT DALAM AMBULANS?


ehsan google



Dah lama dah Kjee sangsi tapi Kjee tak naklah luahkannya kerana bimbang Kjee silap. Tapi setiap kali Kjee dalam kereta  yang sedang sangkut dalam kesesakan lalulintas, seringkali jugak Kjee dan Unclepali bebel pasal kehadiran Ambulans yang pasang siren kuat2 hingga semua pemandu panik!



Seringkali Kjee tanya Unclepali samada betul ada pesakit yang perlu dikejarkan ke hospital dalam ambulans tersebut? Ntah2 kosong ambulans tu. Pemandunya hanya amik kesempatan sebab tak mahu sangkut macam kami!

Kjee un pernah naik ambulans ketika mengiringi Bonda on her last journey dari Bukit Antarabangsa ke Hospital Pakar Tawaakkal di Setapak berbelas tahun lalu. Sepanjang jalan, pemandu itu drive biasa jer. Tetapi apabila sampai di Setapak, dan apabila dilihat bonda semakin tenat, mereka terus bunyikan siren.

So susahlah kita nak buat tuduhan melulu samada bunyi siren yang kita seringkali dengar especially dalam kesesakan lalulintas itu genuine (sahih) atau tidak. Rasa2nya pemandu ambulans harus diberikan kursus Etika Pemanduan Ambulans yang berhemah.

Sukar kadang2 untuk mempercayai  (maaflah kepada pemandu ambulans) setiap kali trafik jam, masa itulah ada bunyi siren ambulans yang kuat. Kjee jarang jarang sangat jumpa Bomba yang membunyikan siren dengan kuat ketika lalulintas sesak. Begitu jugak dengan kereta peronda polis. Walhal mereka juga boleh ambil kesempatan yang sama dengan Ambulans. Setuju tak?

Cuma yang selalu bunyikan siren di dalam kesesakan lalulintas selain Ambulans ialah polis2 pengiring yang mengiringi Menteri ataupun Raja2 Melayu.

Anyway, hari ini Kjee dapat jawapan kepada kemusykilan Kjee ini apabila terbaca mengenainya di akhbar The Star pagi tadi. Entah betul entah tidak, tapi ramai pemandu kereta nampaknya mencurigai bunyi siren kuat pemandu Ambulans.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, juga peka dengan kesulitan yang dilalui pemandu ketika tersangkut dalam kesesakan. Tetiba entah dari mana ada aje bunyi siren ambulans. Kononnya, pihak Kementerian akan cuba memantu kesahihan bunyi siren ambulans itu.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Pengakutan Jalan pulak berkata sukar untuk membuktikan samada pemandu Ambulans bunyikan siren palsu ketika tersangkut dalam kesesakan lalulintas.

Harap2 seorang dua jer pemandu Ambulans yang nakal yer. Tapi jangan kerana seekor kerbau bawak lumpur, habis semua terpalit! Wallahualam.

Friday, August 31, 2012

MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!

Foto ehsan The Star Online



Tuesday, August 14, 2012

IKUT JADUAL CADANGAN PLUS ELAK KESESAKAN


PETALING JAYA: Plus Ekspressway Bhd (PLUS) pada Isnin mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) kepada penggunanya bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, pelan perjalanan yang diatur oleh ini akan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dalam menghadapi 1.4 juta kenderaan yang dijangka berada di lebuhraya PLUS pada waktu puncak nanti.

"Jumlah ini adalah peningkatan 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan pada hari biasa.

"Jika semua kenderaan memasuki lebuhraya serentak sudah pastilah kesesakan teruk akan berlaku...sebab itu kita rangka jadual TTA dengan mengagihkan trafik secara berperingkat," katanya pada sidang media yang diadakan di Persada PLUS dekat sini, Isnin.

Menurut Mohammad Fuad, TTA membantu dengan pengagihan trafik mengikut masa dan destinasi tertentu.

Katanya, jadual TTA yang dicadangkan itu ialah pengguna di Lembah Klang yang akan menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor diminta memasuki lebuhraya Utara-Selatan sebelum pukul 12 tengahari.
Bagi mereka yang menuju ke Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping disarankan memasuki lebuhraya antara pukul 12 tengahari hingga 3 petang.

"Mereka yang menuju ke destinasi lebih dekat seperti Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Tampin dan Alor Gajah (melalui Simpang Ampat) bolehlah memasuki lebuhraya antara pukul 3 hingga 6 petang," katanya.

Mohammad Fuad juga berkata, waktu paling sesuai untuk pengguna dari Lembah Klang ke Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Tanjung Malim, Senawang, Port Dickson dan Seremban memasuki lebuhraya ialah selepas pukul 6 petang.

Menurut Mohammad Fuad lagi, TTA yang dikeluarkan PLUS adalah untuk pengguna yang menggunakan lebuhrayanya pada waktu puncak iaitu dari 16, 17, 18, 30 dan 31 Ogos ini.




Mengulas lanjut, beliau berkata lebih kurang 50 peratus pengguna lebuh raya telah mematuhi TTA cadangan PLUS pada Aidilfitri tahun lepas dan ia merupakan peningkatan sejak diperkenalkan pada 2007.

Katanya, kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA akan berjaya mengurangkan kesesakan sekali gus melancarkan perjalanan dan selesa kepada pengguna.

Beliau menambah, bagi menggalakkan orang ramai bekerjasama mematuhi jadual ini sebanyak 50,000 jadual telah dicetak untuk diagihkan kepada orang ramai.

Sementara itu PLUS turut mencadangkan waktu memasuki Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan P.Pinang mengikut plat kenderaan.

"Kenderaan yang nombor plat diakhiri nombor ganjil disarankan memasuki laluan ini pada setiap jam ganjil seperti pukul 9, 11, 1 dan 3 petang.

"Kenderaan bernombor plat genap pula masuk ke lebuhraya pada jam genap seperti pukul 4, 6, 8 dan 10," jelasnya.



Monday, August 13, 2012

MAKLUMKAN KEPADA POLIS KALAU BALIK KAMPUNG





Peringatan ini cukup penting bagi mereka yang hendak pulang ke kampung terutama sekali jika korang merasakan tidak selamat tinggalkan rumah lama2.


Laporkan Kepada Pihak Polis Sebelum Pulang Ke Kampung
SHAH ALAM: Mereka yang ingin pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut hujung minggu ini digesa memaklumkan kepada pihak polis supaya rondaan dapat dilakukan sepanjang ketiadaan mereka bagi mengelakkan kejadian jenayah seperti pecah rumah.

"Kita minta mereka yang ingin pulang ke kampung ambil borang yang dikhaskan untuk memaklumkan mereka tiada di rumah sepanjang musim perayaan ini. Selepas ambil borang isi dan hantar semula ke balai polis yang berhampiran dengan rumah masing-masing.

"Dengan adanya maklumat ini pihak polis akan mengadakan rondaan di kawasan kediaman anda. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan berlakunya kes pecah rumah yang paling banyak dilaporkan pada musim perayaan," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada majlis perasmian Kempen Keselamatan Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Karangkraf di sini pada Isnin.

Bagi keselamatan jalan raya, beliau berkata pengguna diminta mengamalkan sikap berhati-hati ketika memandu.

"Kita perlu berhati ketika memandu, jangan langgar lampu isyarat, jangan memandu melebihi had laju, jangan memotong di selekoh.

"Apa yang lebih penting, jangan memandu dalam keadaan mengantuk, berhenti di mana hentian rehat dan rawat, bila mengantuk. Kalau kita cuai dan lalai, kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata," katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat menyimpan nombor-nombor penting seperti talian hotline polis 0320329999.

Pada masa yang sama, Tun Hisan berkata sikap cuai dan mengambil mudah keselamatan harta benda dan diri turut mengundang jenayah daripada berlaku.

Menurutnya, jenayah tidak akan berlaku sekiranya tidak ada peluang dan penjenayah itu sendiri.

"Kita sering ambil mudah perkara ini namun kita sering mengabaikan langkah-langkah keselamatan ini kerana beranggapan jenayah tidak akan berlaku.

"Sebagai contoh kita tidak mengunci kenderaan. Ini akan membahayakan diri kita sendiri.

"Kalau di rumah, sekiranya kita tidak kunci pagar maka kita juga beri ruang untuk pencuri masuk untuk melakukan jenayah. Sikap sambil lewa dan kecuaian kita ini akan membawa padah," katanya.

Beliau turut menegur sikap kaum wanita yang suka meletakkan tas tangan mereka di tempat duduk hadapan penumpang.

Ini katanya mengundang bahaya.

"Kita sendiri yang memberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah. Untuk mencegahnya, kita seharusnya menutup peluang-peluang yang ada bagi mengelakkan jenayah ini daripada berlaku.

"Peluang yang terhidang di depan mata sudah pasti tidak akan dilepaskan dan ia menjadi semangat kepada mereka untuk melakukan jenayah tanpa mengenal siapa mangsa mereka," katanya. - mStar Online

Wednesday, August 8, 2012

ANAK MELAYU ANTARA 6 TERBAIK DUNIA!! TAHNIAH!!!





Azizulhasni Gagal Raih Pingat, Duduki Tempat Keenam Terbaik Dunia

LONDON: Walaupun gagal menyumbangkan pingat kepada Malaysia, pelumba trek sensasi negara Mohd Azizulhasni Awang berjaya memperbaiki pencapaiannya apabila menduduki tempat keenam dalam acara keirin individu lelaki Sukan Olimpik 2012.

Pencapaian pelumba kelahiran Dungun, Terengganu berusia 24 tahun itu mengatasi kedudukan tempat ketujuh yang diraihnya pada Sukan Olimpik Beijing 2008.

Pada perlumbaan akhir acara itu yang melibatkan enam pelumba di Velodrom London di sini pada Rabu, Mohd Azizulhasni terpaksa bersaing dengan jaguh-jaguh dunia yang lebih berpengalaman daripadanya.

Pelumba negara itu terpaksa akur dengan kehebatan pelumba Britain Chris Hoy yang juga juara bertahan serta juara dunia tiga kali, Teun Mulder dari Belanda pada perlumbaan yang membabitkan lapan pusingan itu.

Mohd Azizulhasni yang merupakan juara Piala Dunia Keirin tiga kali berturut-turut sejak 2008, beraksi cemerlang untuk berada di hadapan ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan, namun apabila 50 meter menuju ke garisan penamat, beliau dihalang Mulder menyebabkan pelumba lain berjaya memintasnya.

Hoy memenangi pingat emas acara itu manakala perak milik Levy Maximilian dari Jerman. Simon Van Velthooven dari New Zealand dan Mulder, masing-masing meraih gangsa.

Terdahulu, dalam saingan di peringkat separuh akhir, Mohd Azizulhasni yang digelar 'The Pocketrocketman' menduduki tempat kedua di belakang Hoy manakalaMulder pada kedudukan ketiga.

Pada pusingan pertama, pelumba negara itu juga menduduki tempat kedua di belakang pelumba Perancis, Mickael Bourgain untuk layak secara automatik ke separuh akhir.

Pengurus pasukan negara, Datuk Naim Mohamad menyifatkan Mohd Azizulhasni mempunyai jiwa besar walaupun bertubuh kecil.

"Sebelum Olimpik ini, dia mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan dan latihan namun beliau tetap cekal untuk bersaing di temasya ini. Beraksi di peringkat akhir merupakan satu pencapaian kepadanya," kata Naim.

Dalam acara pecut dua hari lepas, Mohd Azizulhasni menduduki tempat kelapan. - BERNAMA