DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label cakes. Show all posts
Showing posts with label cakes. Show all posts

Thursday, October 27, 2022

CARROT CAKE CHEESE TOPPING


       Kjee tak pandai buat kek. Kerana itu lah Kjee jarang-jarang baking. Tetapi jauh di sudut hati tetap berkeinginan untuk mencuba. Ada lah cuba beberapa kali tetapi kalau Kjee senyap aje dan tak post dalam blog, pepaham lah kan. 🤫
       Beberapa hari lepas, UnclePali teringin nak makan Carrot Cake. So dia singgah kat Secret Recipe. Beli dua potong kecik. Mak oiii RM8 sepotong. Kjee hitung2 kalau buat sendiri mungkin modal hanya RM20 untuk sebiji Carrot Cake! 
       You reti buat ke, UP tanya? Eh see the leg lah jawab Kjee. Kan pernah buat sekali dulu. Why tak buat lagi? Kjee diam. Then pelan2 jawab. First time aritu tak sukses sangat. 🤭
       UP kata biar dia buat kali ini. Barang semua dah beli. Oppps pagi tadi, tangan dia luka. Since bahan2 dah keluar fridge Kjee pun buatlah sorang2. 


       Masuk dalam oven. Cek resipi, aikkk bake 20 minit aje? Biar betul!! Lepas 20 minit, permukaan kek masih basah. Tambah 20 minit lagi. Tak puas hati. Isyhhh kena tambah masa lagi kot. Dah 50 minit baru puas hati. 

       Lepas keluar dari oven, Kjee terbalikkan atas redai besi dan sejukkan. Sejukkan betul2 baru boleh sapu cheese topping. 
      Kita tengok bahan2. Kjee siap semua baru start kerja. Panaskan oven dan sediakan loyang 8x8in. Loyang bulat ke, empat segi ke, suka hati lah. Lapik kertas minyak. 

Resipi asal Kathrine Kwa. 
BAHAN2 
200 gms carrot sagat (tepikan) 
50 gms kismis (kjee letak 80gms)
A
150gms minyak jagung 
150 gms gula castor 
3 biji telor gred A 
B
180gms tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder 
Setengah sudu kecil baking soda 
Setengah sudu kecil serbuk kayu manis 
Secubit garam 
(Satukan dan ayak) 
C
120 gms Butter 
70 gms Cream cheese
40 gms Gula icing
1 sudu kecik Jus lemon
Kacang walnut (optional) 

CARA
Guna whisk atau senduk kayu dan kacau A sehingga sebati. Masukkan kismis. Gaul. Masukkan B dan gaul sehingga rata. Kemudian masukkan carrot. Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 50 minit ikut kepanasan oven masing2. Keluar dan sejukkan atas redai. 
       Putar butter dengan cream cheese hingga pucat. Masukkan gula icing. Kacau. Masukkan jus lemon. Kacau lagi. 
      Sapu atas kek. Hias dengan kacang walnut yang telah dibakar dalam oven, ikut kreativiti. Kalau tak ada kacang, okay aje. 
       Kjee gandakan bahan2 untuk cheese topping sebab mahu tutup keseluruhan kek. Kjee guna satu tiub 250gms cream cheese, 150gms butter, 80gms gula dan dua sudu kecik jus. Kalau tidak, ikut sahaja resipi asal. 
       Abaikan kejadian cream cheese topping dan taburan kacang. Hasil kerastangan UnclePali. 🤭
       Chill kan sejam dalam fridge baru potong tau. 



       Kjee dan UnclePali suka sangat hasil kejadian. Boleh buat lagi dan lagi. Tak cerewet pembikinannya. 
       Selamat mencuba. 



       















Saturday, March 12, 2022

OLD SCHOOL BUTTER CAKE

      Kalau buat kek, Kjee suka plain butter cake. Cara mak kita buat dulu2. Tanpa letak esen2 yang pelik2. Hanya letak esen vanila. That's how arwah mak kita buat. 
      Tetapi kalau beli, harus kek yang canggih. Cheese cake lah, carrot cake lah, Black Forest, Red Velvet dan semua yang sewaktu. Kita bayar mahal2 takkan nak kek yang boleh godek sendiri kat rumah. Betul tak? 
      Aritu Tiqee, anak angkat Kjee balik kampung kat Kuching, Sarawak. Balik sini dia hulur dua kotak Butter Cake yang sedap sangat. Yang tak sedapnya, ia terlajak manis for my tekak. Alo orang Sarawak jangan ler makan manis2 sangat! 
       Seminggu dah gusi Kjee bengkak. Telan antibiotics pun tak jalan. Hanya boleh makan yang lembut2. So kek Tiqee bagi tu, Kjee cicah fresh milk. Empat hari settle! 
       So what's next? Buat sendiri lah. Itu pun mau cakap kaaa? 

       Kjee nak kek yang old school. Then goggle sana sini jumpa Azie's Kitchen punya butter cake. Wah bahan2 sebiji macam cake arwah mak. Guna satu ketul butter dan 250 gms tepung self raising. 
       Orite. Bahan semua ada. Tapi Kjee guna soft brown sugar bukan Castor sugar seperti resipi asal. 

BUTTER CAKE 
RESIPI ASAL AZIE'S KITCHEN
       Bahan2nya:
1 ketul (250 gms) pure butter
250 gms tepung naik sendiri
180 gms gula kastor
Empat biji telor (kjee guna 5 biji gred B) 
Satu sudu teh esen vanila
Setengah cawan susu segar
       Cara:
Panaskan oven 180 degrees selama 20 minit. Sapu sedikit mentega pada acuan 8x8" dan letak tepung. Hentak2 acuan supaya tepung sekata tutup keliling acuan. Putar gula dan butter sampai pucat. Masukkan telor sebiji demi sebiji sambil terus putar. Kemudian masukan tepung yang telah diayak selang seli dengan susu. Balik-balik guna spatula hingga sebati. 
Curah ke dalam acuan. Hentak dua kali acuan itu sebelum masuk oven. Bakar selama 40-50 minit ikut kepanasan oven masing2. 
       Sejukkan atas redai sebelum dipotong-potong. 
       Hasilnya menepati selera Kjee. UP kata rasanya sebiji kek Tiqee bagi tetai opkos kurang manis. Kita yang buat dia. Kjee kurangkan gula. Letak 165 gms aje soft brown sugar. Dan Kjee guna susu sejat atau evaporated milk. Resipi asal guna fresh milk. 
       Thnx Azie for the recipe. 


       
   

Thursday, March 3, 2022

CHIFFON CAKE


      Terus terang Kjee bagitau yang Kjee memang hopeless bab buat kek. Kek yang simple simple pun kekadang jadi kekadang tidak.
      Kek yang paling sukar dalam hidup Kjee yang telah Kjee buat dua tiga kali dulu ialah Kek Buah. Itu pun sebab kukus. Kalau masuk oven memang hancur.
      Kjee kagum tengok baker Lina Thomas yang tinggal di Amerika, buat Chiffon Cake. Dia selalu dapat order Pandan Chiffon daripada customers sekitar tempat dia. Tabik spring tengok kejadiannya. 👏👏👏
      Foto bawah ni Pandan Chiffon Cake air tangan Lina. 

      Kjee hanya simpan impian satu hari nak cuba buat. So apabila muncul di newsfeed Basic Chiffon Cake oleh Kathrine Kwa Baking Tutorial, Kjee punyalah excited. Bahan mudah sangat. Semua ada dalam rumah kecuali acuan removable base. Yang ada dalam setor tak boleh remove.
      Selain tengok video Kathrine, Kjee juga google. Belajar cara sebenar buat kek ini. Pembikinannya sangat sensitif. Silap haribulan nanti bantat. Ada a few international blogs yang Kjee selak. Tetapi bahan2 tetap Kjee pilih yang diberi Kathrine.

    
BASIC CHIFFON CAKE
5 butir telor ayam gred A
120 gms tepung gandum 
30 gms tepung jagung
40 gms + 75 gms gula Castor 
Satu sudu teh esen Vanilla
100 ml air
50 gms minyak jagung
Satu sudu teh garam
Satu sudu jus lemon atau cuka putih 

CARA:
Panaskan oven. 

A
Asingkan telor putih dan kuning. Kuning telor dikacau bersama 40 gms gula Castor sehingga gula larut. Guna whisk. 
Tuang 50 gms minyak jagung. Kacau sehingga sebati. Masukkan air. Kacau lagi. Masukkan garam dan esen vanilla. Setelah sebati, ayak ke dalam mangkuk tadi tepung gandum yang telah dicampur tepung jagung. Biar elok bercampur dan tepikan. 

B
Dalam mangkuk yang lain, pukul telor putih sehingga berbuih guna mixer elektrik. Masukkan satu sudu teh jus lemon atau cuka. Putar lagi. Gula castor sebanyak 75 gms dibahagi 3. Masukkan satu bahagian ke dalam putih telor dan putar. Setelah rasa gula sudah larut, masukkan satu bahagian lagi. Putar dan habiskan gula bahagian ketiga. Putar sehingga kelihatan peaks atau reben. 

      Kemudian ambil dua, senduk bahan A. Campurkan perlahan-lahan ke dalam putih telor. Guna kaedah kaup balik.
     Selepas itu, Campurkan putih telor bersama baki bahan A. Kjee guna spatula untuk kaup balik perlahan-lahan sehingga semua bahan mesra. 
      Tuang ke dalam acuan 22cm. Kemudian dihentak-hentak untuk buang angin. Kathrine buat 7 kali. Kjee ikut gak. Maklumlah takut sebab first time buat. 

      Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 140 selama 45 minit. Kjee set pada suhu 150 darjah. Ikut kepanasan oven kita lah.
      Selepas 45 minit, tambah suhu ke 160 dan bakar 10 minit lagi. Kjee letak suhu 170 dan bakar lebih kurang 15 lagi. Nak bagi permukaan nampak lebih menarik. 

      Sebaik sahaja tamat tempih berkenaan, cepat2 keluarkan dan terus terbalikkan acuan atas redai. 
      Kathrine kata sampai sejuk betul2 baru dikeluarkan. Dia tak sebut berapa lama. Blog lain yang Kjee intai kata dalam 3-4 jam. Ini untuk elak kek itu collapse atau mendap. 


       Tonggengkan acuan yang dikeluarkan dari oven seperti 👇. 


      Kena sabar sampai benar2 sejuk. Guna spatula dan lalukan keliling acuan dan yang tengah tu. 
      Dan sebaik sahaja dipotong selepas 3 jam dibiarkan atas meja, Alhamdulillah syukur. Menepati citarasa. Unsangkarable Kjee boleh buat!!! 
       Korang cubalah. Kena ikut betul2 resipi. Jangan tengok satu aje. Google tiga empat blog. Insya Allah berjaya. 


Foto bawah ini yang Kjee petik dari video Baking Tutorial by Kathrine Kwa. 

 









Monday, February 1, 2016

WALNUT BROWNIES CITARASAKU







Bukan tak boleh beli. Berlambak orang jual. Boleh pilih ikut citarasa. Tetapi Kjee buat sebab nak adjust ikut citarasa. Maklumlah kalau beli, depa buat macam ada lori gula terbalik depan rumah. Mokcik yang kena hadkan pengambilan gula, boleh beremang bulu roma!

Sebab itulah mokcik buat semalam. Makannya mokcik sorang. Nadia tak minat cokelat. UnclePali pulak asyik sibuk ke hulur ke hilir, lupa mokcik nak bagi jamah.

Resipi simple brownies Kjee intai kat blog Allrecipes yang disyorkan seorang fren FB. Katanya, dia dah cuba buat. Husband dia pun kata tak manis.

Tapi apabila Kjee amati resipi, tepung 60gms gula 200gms!! Aikkkkkkkk. Noktah.

So seperti biasa Kjee pun adjustlah. Dan hasilnya amat memuaskan. Tak manis dan terasa sedikit kepahitan cokelat sebab Kjee tambah semi sweet choc chips selain serbuk koko. Kjee memang suka dark and bitter chocolates.

Jom kita intai resipi.























EASY CHOC BROWNIES
sumber: allrecipes
olahan: sapa lagi?

BAHAN-BAHAN

110 gms mentega (unsalted)
200gms gula (Kjee letak 60gms soft brown sugar)
2 biji telor
60gms tepung naik sendiri
30gms serbuk koko
30gms semi sweet choc chips (kjee tambah)
secubit garam
1 sudu kecik esen vanilla
60gms kacang walnut cincang kasar (optional)

CARA

Panaskan oven suhu 180 selama 20 minit. Lenserkan acuan empat segi 20cm (7 atau 8 inci) dengan sedikit butter dan kertas minyak.

Butter dan gula dipukul. Apabila sudah kembang, masukkan telor. Kacau sampai rata.

Campur serbuk koko, garam dan choc chips (kalau guna) ke dalam tepung. Kacau rata dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau rata kemudian masukkan esen vanilla. Kacau hingga rata. Masukkan kacang walnuts, kalau guna. Gaul rata dan tuang ke dalam acuan. Ratakan.

Bakar selama 25 minit. Kjee hanya guna api bawah.

Sejukkan baru dipotong-potong.

NOTA KAKI:
Oleh kerana Kjee guna hanya 60gms gula, maka rasanya tidak manis. Kerana itu, Kjee ayak sedikit gula aising. Ada kata kalau mau bagi kedut, gula kena banyak. Isyhhh tak payah ler. Muka aku dah cukup kedut. Hehehe







Monday, December 21, 2015

KEK COKELAT TANPA TELOR YANG LEMBAB









Last Friday tetiba Nadia call dari office.

"Mama nak makan Choc cake yang tak ada telor tu? Nadia buat Sunday ya."

Tetiba jer kan? Nadia tak suka chocolate. Tak suka aiskrim dan tak suka apa jua jenis cake. Makan hanya sekali sekali. Itu yang Kjee pelik dia nak buatkan untuk Kjee. Mungkin dia nampak cake tu kat mana-mana terus teringat Mama dia. Hehehe.

Memang pelik bila Kjee mula-mula tengok resipi Eggless Choc Cake. Viral kat FB beberapa tahun lalu. Kek tak letak telor? Seumur hidup makan kek mesti ada telor kan? Tapi bila dah rasa, tak pelik dah. In fact, sedap.









Cuma pelik sekarang ada kek tanpa tepung! Pelik bin ajaib. Kalau tak letak tepung, camner kek tu dipanggil kek! Rupa-rupanya tak letak tepung gandum tapi letaklah ler tepung-tepung lain macam tepung jagung, tepung ubi, tepung suji (semolina). Buat akak terkezutttt jer kan? Hehehe.

Anyway, kek yang Nadia buat dulu letak minyak Zaiton atau Olive Oil. Semalam dia buat guna minyak jagung. Itu resipi yang asal. Pasti sangat-sangat sihat sebab tak ada telor dan guna minyak elok.

Pagi tadi Kjee bekalkan Nadia bawak gi office. Sikit jer sebab dia bukannya makan sangat. So lebihnya Mama punya lah. Hehehe.

Kjee rasa kek yang Nadia buat kali ni, cukup lembab. Very moist. Dan begitu terserlah keenakan dan kepahitan cokelat. Kjee memang suka cokelat yang pahit. Malah, dulu Nadia memang selalu belikan Bitter Dark Choc untuk Kjee kalau dia gi KLCC atau kat Duty Free Shops.

Okaylah korang intai resipi Kek Tanpa Telor kat SINI ya. Kjee tengah enjoy kek yang Nadia buat. Tak risau makan sebab Nadia kurangkan sikit manisnya. Tapi korang kalau nak buat, ikut ajelah resipi yang kat situ.

Ohh baru call Nadia. Kali ni dia letak choc chips seperti dalam resipi. Patutlah sedap. Hehehe.









Tuesday, November 18, 2014

CONGO BARS YANG ENAK BANGET...









Masa pergi makan di Restoran Sambal Hijau, Kampung Sungai Pencala aritu, UnclePali tengah beratur nak bayar. Kjee berdiri berhampiran. Dia belek-belek satu peket kek. Tunjuk Kjee. Congo Bars. RM12. UnclePali amik sepeket dan bayar.

Kemudian Kjee nampak mata dia liar pandang kek di dalam peti ais kaca berhampiran. Mata dia mengelip-ngelip tengok Red Velvet Cake with cheese topping. Itu fav dia especially kalau Shiela Spices Journey yang buat. Dia rembat satu bekas. Kecik jer. Kjee tak ingat harga. Tapi quite pricey.

Dalam kereta, UnclePali suruh Kjee bukak peket Congo Bars. Dah lama Kjee dok perhatikan friends FB buat. Tapi macam tak selera jer nak buat.

Reaksi spontan Kjee dan UnclePali sebaik sahaja masuk sepotong Congo Bars di dalam mulut ketika kereta belum bergerak lagi. "Wow sedapnya!!"











Hmmm sampai rumah, hampir separuh bekas dah habis. Habis dikerjakan UnclePali sebab Kjee memang tak berani makan kek yang manis-manis. Congo Bars yang UnclePali beli tu pada Kjee teramat manis.

Oleh kerana Kjee tengok UnclePali minat sangat, Kjee pun google. Jumpa banyak resipi Congo Bars. Femes rupa-rupanya. Kjee jer yang selalu ketinggalan keretapi. Hehehe.

Dalam banyak-banyak Kjee terpikat dengan blog Aku Bukan Masterchef. Nampak cam mudah jer dia buat. Apabila Kjee ajak UnclePali tolong buat, dia macam tawar hati.

"Manislah. Gigi saya banyak berlubang. Sejak makan Congo Bars aritu, gigi saya sakit," katanya. Isyhhh memanglah kita nak buat kurang manis dari aritu. Lagipun, Kjee dah plan nak letak banyak choc chips.

Bersemangat UnclePali dengar. Dia tolong godek sampai siap.

Kjee kurangkan separuh gula perang atau brown sugar yang dibubuh ABM! Serius ni. Resipi asal 280 grams. Kjee letak tak sampai 100gms! Tapi Kjee guna sweetened choc chips. So okaylah kan. Korang yang tak der penyakit bolehlah ikut resipi asal.

Dibawah ni resipi asal ABM yang khabarnya diambil dari seorang blogger lain. Banyak kali dah bertukar tangan. Tapi Kjee pelbagaikan. Kurangkan kat sana lebih kan kat sini. Bab gula perang atau brown sugar tu Kjee letak 90 gms. Butter Kjee tambah jadi lebih kurang 250gms. Kjee guna tepung naik sendiri atau Self-raising flour tapi Kjee tambah about 1 sudu kecik baking powder kepada tepung tu.







Seperkara lagi, Kjee tambah baking time dari 30 minit kepada 50 minit. Sebaik sahaja tamat 30 minit pertama (Kjee mula-mula ikut resipi), Kjee tengok bahagian atas macam tak nampak brown dan garing. So Kjee tambah 20 minit lagi. Rasa-rasanya ia terpulang kepada oven masing-masing. Hanya korang yang kenal oven korang kan? So pepandailah adjust.

Kjee guna loyang 10 by 10. Ada blogger kata kalau guna loyang yang kecil, nanti bahagian tengah tak masak. Wallahualam. Tapi oleh kerana Kjee ada loyang ten by ten, maka Kjee gunalah.

Banyak mana korang nak letak choc chips, suka hatilah. Kjee letak lebih kurang 150gms dalam adunan. Lagi 50 gms Kjee tabur. Begitu juga dengan almond nibs tu. Kalau nak bubuh dalam adunan pun boleh, tak bubuh pun rasanya polis tak tangkap. Tapi mesti tabur kat bahagian atas kek sebelum dibakar.

Okay, my cake dah masak. Tentu korang nak tahu camner reaksi UnclePali setelah Kjee kurangkan gula.

Wajahnya berkerut. "Hmmmm dah kurangkan gula lebih separuh pun masih manis kan!" Begitulah. Lain kali buat Kjee akan kekalkan pengunaan brown sugar atau gula perang yang sama.

Alhamdullilah. Berjaya jugak Kjee buat Congo Bars. Selama ini bab buat cake Kjee memang fail. Well, mungkin budak sekolah menengah pun boleh buat Congo Bars ni. Mudah sangat. Hehehe.








Thursday, July 10, 2014

SUPER DUPER CAKES DARI SHIELA



Kehebatan rasa kek yang dihasilkan oleh Shiela (blogger femes Spices Journey) memang tidak perlu dipertikaikan. Semua kek yang dihasilkannya mempunyai rasa yang tersendiri. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari jenis terbaik di pasaran. Justru kata orang tua-tua, ADA RUPA ADA HARGA.

Rasanya masih belum terlambat untuk korang yang ingin order kek airtangan Shiela. Ada yang boleh dipos atau kurier. Of course harga pos atau kurier pembeli kena tanggung sendirilah.

Hubungi Shiela di FB. Add atau private message ChaHaya Shiela. Money back guarantee babe. Itu jer yang Kjee boleh cakap! Five Star hotel standard!



Latest 'baby' Shiela... Marble Cake



Marble Cake



Red Velvet Cheese Topping

Moist choc cake

Moist Choc Cake with nuts

Choc Brownies

Super Moist Kek Kukus





Moist Carrot Cake With Cheese Topping

Red Velvet Cake




Wednesday, June 18, 2014

CARROT CAKE SUPER MOIST BLOGGER CAHAYA SHIELA








Better late than never!

Berbaloi jugak UnclePali menunggu Carrot Cake ini dari blogger cake femes CaHaya Shiela. Nak belikan dia cake lain untuk Father's Day, dia cakap tak payah.

Kjee ni pulak malu sikit nak order dengan Shiela sebab udahlah dia sibuk dengan order cake yang bertingkek-tingket, adik perempuan kesayangannya pulak masuk ICU kerana virus di otak. Koma dah banyak hari.

Sebelum itu, Shiela dah janji nak bagi UnclePali rasa Carrot Cake air tangan dia setelah mendapat tahu UnclePali suka sangat kek tu. Seringkali beli kat Secret Recipe tapi komplen, kek kat SR, kering tak lembab.

So, malam tadi apabila Shiela datang hantar Carrot Cake dia yang meletopsss tu, UnclePali terus masukkan dalam fridge. Bagi chill betul-betul baru makan, katanya. Jenguk pun tak nak sebab dia kata biar jadi surprise esok.





Dan pagi tadi, he was grinning from ear to ear. Senyum macam baby dapat toy baru. Sebaik sahaja rasa, dia geleng kepala.

"Hmmm berbaloi tunggu. Sedap sangat. Maceh maceh maceh Shiela!" Dia bagi Kjee rasa sikit saja sebab dia kata orang diabetes tak boleh makan banyak-banyak. Hmmmm.

Cukup rasa Shiela. Just nice. Ada rasa kayu manis dan seriously kalau guna bahan-bahan import, memang lain rasanya!

Tenkiu sis. Terima kasih daun keladi.... lain kali bawak lah lagi. Ewahhh.




Tuesday, October 15, 2013

KEK BELANG RESIPI ARWAH BONDA







Kali pertama buat hari tu, Kjee hanya 55% puas. Nampak memang cantik tapi Kjee rasa Kjee ada buat silap somewhere along the way dan kek itu tidak 'naik' sepatutnya. Ala-ala bantat sikitlah. UnclePali kata okay tapi jauh di sudut hati kata, tak okay.

Malam tadi, lepas buka puasa, Kjee tanya Nadia samada nak buat Kek Zebra lagi. Dia cadang guna resipi arwah nenek dia. Resipi tu dah lama Kjee stacked somewhere. Tapi, geledah punya geledah, zam zam ala kazammm boleh jumpa pulak. So kami guna resipi itu.

Resipi asal arwah bonda guna margerin tapi Nadia insists nak guna butter. Walaupun bonda guna tepung naik sendiri (Self-raising flour) tapi Kjee tambah 1 sudu kecik baking powder.

Bonda guna cocoa powder untuk Kek Belang dia tapi Kjee guna choc emulco dan coffee emulco. Kjee merasakan, kedua-duanya boleh bagi aroma yang lebih sedap termasuk rasa yang Kjee suka.

Hasilnya? Wow sangat-sangat membuat Kjee gum-bira! Bukan sahaja keknya naik agak tembam sikit tapi ia jugak ringan atau gebus! Ini akan jadi resipi Kek Belang Kjee sampai bila-bila.

Jom kita intai resipinya.








KEK BELANG
Resipi asal Arwah Bonda
Olahan Mokcik dan Nadia

BAHAN-BAHAN

1 ketul butter @225gms (Kjee guna Anchor) (Bonda guna 1 cawan margerin)
1 cawan gula halus
1½ cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecik baking powder (Kjee tambah)
5 biji telor gred B
¼ cawan susu cair (evaporated milk) (Bonda guna 2 sudu susu pekat manis)
1 sudu kecik esen vanilla (Kjee bubuh 2..hehehe)
1 sudu kecik choc emulco
1 sudu kecik coffee emulco (Kjee letak 2 sudu)
tin acuan bulat 22cm









CARA

1. Panaskan oven. Oleskan acuan. Kjee guna kertas minyak. Bonda oles dengan margerin dan tabur tepung.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kjee ayak dua kali sebab nak perangkap lebih banyak angin.
3. Kacau butter bersama gula hingga betul-betul kembang dan nampak agak pucat. Kjee guna hand mixer.
4. Apabila sudah kembang, masukkan telor satu per satu hingga semuanya habis dipukul bersama hingga kembang dan rata.
5. Masukkan esen vanilla dan susu cair. Kacau sampai rata.
6. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, mengguna kaedah kaup-terbalik atau folding in method perlahan-lahan hingga rata.
7. Bahagi kepada dua bahagian dan warnakan. Satu warna asal dan satu lagi campurkan choc dan coffee emulco. Kjee bubuh 2 sudu coffee emulco sebab nak bagi warna lagi gelap. Eh sepatutnya bubuh 2 sudu choc emulco bukan coffee emulco kan kalau nak bagi lagi gelap.  
8. Ambil tiga sudu warna asal dan letak di tengah-tengah tin acuan. Diikuti dengan tiga sudu warna cokelat/coffee hingga selesai semuanya.
9. Masuk ke dalam oven suhu 170 C selama 45 minit.
10. Terbalikkan atas redai untuk keluarkan dari acuan.
11. Potong setelah sejuk.

Kali ni Kjee 100% puas hati. Nadia pun tersengih apabila dipotong dan nampak jalur-jalur yang cantik. Ini masih boleh diperbaiki lagi lain kali untuk dapatkan jalur-jalur yang lebih halus. I'm sure kalau bonda ada lagi, mesti dia bangga dengan hasil kerja anaknya.





Saturday, October 12, 2013

KEK ZEBRA IMBAU KENANGAN BERSAMA BONDA








Melihat Kek Zebra yang terhasil ni tadi, Kjee cukup sebak. Ianya kek favorite arwah Bonda. Tak kesahlah hari perayaan atau tidak, Bonda akan buat kek ini. Kekadang jadi cantik, kekadang tak jadi lorek-lorek yang halus dan cantik.

Apapun, kami semua bangga makan kek Zebra atau kekadang dipanggil Kek Marble. Sebenarnya, suka hati dialah nak bubuh nama apa selepas dia siap buat.  Kami diberi amaran, jangan  banyak soal atau cakap. Hehehe.

Kjee memang fail bab buat kek. Adalah dulu-dulu Kjee buat dan Nadia suka sangat makan walaupun hasilnya, dimata kjee, amat mengecewakan.

Semalam apabila Nadia kata dia nak belajar buat Zebra Cake, Kjee terkedu. Ilmu yang tak seberapa yang ada pada Kjee harus diturunkan segera kepada anak tunggal kesayanganku ni. Maklumlah, sejak dua menjaknya Kjee asyik sakit jer...

Masa buat tadi, Kjee ketar jugak. Apabila dah siap, Kjee pandang Nadia angkat masukkan ke dalam oven, sebelah mata ajer. Kjee tahu, designnya mesti hancus. UnclePali yang masuk ke dapur pulak beri kata-kata semangat.

"Isyhh mesti jadi punya," katanya sambil sengih. Dan apabila kek keluar dari oven 50 minit kemudian, UnclePali dah siap tunggu sebelah. Kjee potong sambil tutup mata sebab tak tahu apa nak expect. Tapi, jeng jeng jeng... macam nak pengsan jugaklah. Hehehe.

UnclePali kata kenapa kurang manis. Memang Nadia sengaja kurangkan gula sebab dia tak suka makan manis-manis. Alhamdullilah.

Jom kita intai resipinya.






KEK ZEBRA

BAHAN BAHAN :

250 gm Butter
150 gm Gula Castor (Nadia kurangkan ke 120gms)
2 sudu kecil Ovalette
4 biji telur gred A
270 gm Tepung Cake
1 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Vanilla Extract/Essence
2 sudu besar Susu Pekat
1 cawan Susu Cair
1 sudu kecil Coklat Emulco
1 sudu kecil Coffee Emulco