Showing posts with label Menu Puasa. Show all posts
Showing posts with label Menu Puasa. Show all posts

Friday, September 13, 2013

ayam

NASI HUJAN PANAS AIR TANGAN NADIA

































Ini first attempt Nadia buat Nasi Hujan Panas. Pagi tadi dia tanya Kjee apa itu Nasi Hujan Panas? Kenapa mesti nama Hujan Panas? Isyhhh banyak soal lak budak ni. So, nak tutup mulut dia sebab tak tau kenapa nama nasi tu Nasi Hujan Panas, Kjee suruh dia buat.

Untuk gandingkan dengan Nasi Hujan Panas, Kjee suruh dia buat lauk Ayam Masak Kurma dan Jelantah. Untuk UnclePali, Kjee buatkan sambal Ikan Kembung. Kalau makan tak pedas, nanti dia berulamkan cili padi.

Nadia kata dia nak tanak hingga separuh kering atas dapur, pastu dia nak letak periuk tu dalam kukusan dan kukus sampai masak. Katanya, kalau transfer masuk rice cooker nanti hangit. Sukatilah. Dia yang masak hari ni kan? So Mama tak boleh banyak songeh.

Kjee perhatikan sahaja dari jauh dia masak. Terkial2 jugak. Hehehe. Mula2 dia panaskan air dalam kukusan. Kemudian dia rendam 3 mug kecil beras Basmathi Moghul Faizah.

Kemudian dia mayang 1 labu bawang besar, 2 inci halia, 3 ulas bawang putih dan ketuk 2 batang serai. Kemudian dia panaskan 2 sudu besar minyak sapi di dalam periuk. Apabila dah panas, dia masukkan bawang, halia dan bawang putih sert serai. Kemudian dia campakkan 1 batang kayu manis, 3 bunga lawang dan 4 pelaga.






























Sementara tunggu wangi, dia cuci beras perlahan2 dan toskan. Apabila bahan2 tumisan sudah wangi, dia masukkan beras ke dalam periuk. Dikacau perlahan-lahan sehingga beras sebati dengan tumisan dan minyak sapi.

Kemudian dia tuang dua mug air (mug sama sukat beras) dan 1 mug susu cair. Menggunakan api yang sederhana, Nadia terus biarkan beras separuh kering sambil kacau sekali sekala. Jangan selalu kacau nanti beras patah2.

Apabila sudah separuh kering, Nadia angkat periuk tadi dan terus pindahkan ke dalam kukusan. Dia kukus selama lebih kurang 30 minit atau sampai nasi masak dengan sempurna. Kemudian dia titiskan warna yang disukai. Merah, oren dan hijau.

Tunggu kira-kira 5 minit, pastu kais2 nasi guna garfu atau chopstick. Hidang dengan lauk pauk yang korang suka. Jangan lupa buat Jelantah yer.

Itulah cara Nadia buat Nasi Hujan Panas. Okay jugakkan dikukus setelah ditanak separuh masak.








Saturday, August 17, 2013

daging

RENDANG HATI CAMPUR PEPARU VERSI KJEE







Raya hari tu Kjee teringin nak makan Rendang Campur. Order kat my kakak angkat Puan Maziah Razak of Mazia Catering tapi beliau beri Kjee sekilo rendang campur. Rendang Campur versi Mazia Catering adalah campuran Hati, Peparu dan Limpa.

Memang sedap. Finger licking good. Tak sedar pada Raya pertama, kami tiga beranak habiskan. Raya kedua Kjee suruh Nadia panaskan tapi Nadia kata hanya tinggal bekas! Hehehe.

So apa lagi. Kalau tak puas makan kenalah masak sendiri. Takkanlah nak hantar mengkuk tingkat kat rumah kakak angkat lagi kan?

Anway, kelmarin Kjee sms kat toke daging segar di Taman Permata. Kjee pesan 1 kilogram peparu dan ½ kilo hati lembu. Nadia tak berapa suka limpa so Kjee taklah order limpa. Actually kalau ada limpa, baru cantik warna hitam rendang tu kan sebab Kjee buat rendang jarang guna kerisik.

Balik jer tadi Kjee terus cuci bersih peparu dan masukkan dalm pressure cooker selama lebih kurang 20 minit. Kemudian dipotong2. Opps baru ingat Nadia kata hati tu 900gms bukan ½kg yang Kjee order. Lepas tu hati dicuci bersih, potong bite size dan toskan airnya.

Kjee guna ½ mangkuk tauhu faa yang kecik cili kering kisar, kira-kira 10 biji cili padi kampung, 4 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, 2 inci halia, 5 biji buah keras, 6 batang serai serta dua kotak santan.











Bahan2 diatas semua Kjee kisar kecuali serai yang Kjee ketuk2. Kemudian masukkan bahan kisar bersama cili kering kisar ke dalam kuali besar. Bubuh kira-kira 1 cawan air, kacau rata dan didihkan. Masukkan jugak serai dan jugak peparu yang dihiris.

Kalau tak rebus guna pressure cooker, rebuslah peparu sampai ¾ lembut. Jangan guna airnya.

Didih sampai separuh kering kemudian masukkan dua kotak santan dan 5 helai daun limau purut yang telah diramas2. Campakkan jugak dua keping asam gelugor.

Guna api sederhana hingga kuah rendang separuh kering kemudian masukkan hati lembu yang terus direndang hingga agak kering. Bubuh garam, 1 sudu besar gula putih dan hirisan dua helai daun kunyit, perlahankan api dan biarkan ia hingga mencapai kekeringan yang dikehendaki.

Inilah rendang resipi Kjee. Tak bubuh kerisik tapi Kjee bubuh buah keras. Kenapa Kjee bubuh buah keras? Tak ada sebab. Oppps sebab ada banyak stok buah keras dalam pantri. Hehehe.

Sedap makan dengan Nasi Impit, Lemang atau nasi putih. Boleh tahan podeh. Kalau tak suka pedas, tak payah bubuh cili padi.





Thursday, August 1, 2013

lauk pauk

PEMBUKA SELERA PALING UMPPHHHH












Hahaha mesti korang menci sangat2 kat Kjee. Masa Kjee edit semula gambar2 ni tadi, dah terlior bergelen2. Mujurlah iman di dada masih kukuh. Tinggal sorang2 pulak tu. UnclePali gi posto. Isyhh kalau tak kuat iman mahu... oppps niat macam tu nanti kurus pahala puasa.

Inilah appetizer atau pembuka selera paling Umppphhhh baik bulan puasa atau tak puasa. Ada yang tak makan budu atau cencalok tapi Kjee baham semua, Especially kalau ada ikan bakar atau rebus jer ikan cicah dengan  budu. Perghhhh.









Sambal Gesek Ikan Bilis

Bahan2nya

segenggam ikan bilis, dicuci dan keringkan
cili padi/cabai burung ikut suka kepedasan (lagi pedas lagi sedap)
1 labu bawang sederhana besar
garam
limau

cara:
Tumbuk cili padi hingga halus, masukkan bawang dan teruskan tumbuk sampai halus. Pastu masukkan ikan bilis dan sambung tumbuk tapi tak payahlah halus2 sangat. Bubuhlah sikit jer garam sebab ikan bilis pun dah masin. Perah sikit jus limau, kacau sampai rata.
Itu jer. Sedapnya susah nak cakap especially kalau badan tak sihat dan tekak meragam. makan dengan nasi panas. Tak payah masak tau.
Ada lagi sambal gesek cara Jawa. Bawang dan cili digoreng seketika. Bilis pun digoreng garing. Pastu tumbuk semua bahan2 tadi. Bubuh sikit garam dan jus limau. 

Budu dengan cencaluk, pandailah korang buat kan?



Budu





Cincalok








Hari ni Kjee plan nak buat Sambal Gesek Ikan Bilis, Gulai tempoyak Ikan Kembung dan sayur tak pasti lagi. untuk berbuka puasa. Kalau buat gulai tempoyak dalam rumah Kjee, tak bleh guna ikan sungai. UnclePali tak makan. Eh kalau buat telor dadar kacang panjang pun okay kan? Ada sayur gak tu. Setttt.



Telor Dadar Kacang Panjang. Resipi klik Sini.













Gulai Tempoyak Tenggiri Bunga. Klik sini.



Wednesday, July 31, 2013

ayam

KALAU TAK PEDAS, PATAH SELERA







Ada pendapat menyatakan jangan berbuka puasa dengan makanan yang pedas kerana ia bakal mengundang penyakit. Penyakit gastrik lah tu kan? Penyakit gastrik yang ori bukan tipu sebab nak ngelat tak mo pose. Tapi bagi Kjee, kalau tak ada lauk yang pedas, tak selera bebenor nak makan.

Kjee mengaku Kjee memang ada penyakit pedih ulu hati. Jenis yang kalau kita sendawa especially masa nak tidur, gas yang menyerupai asid akan 'berarak' dari perut hingga ke tekak dan pedihnya teramat sangat! Mengambil masa kekadang sampai 10 hingga 15 minit untuk hilang.

Arwah bonda kata, itu akibatnya makan terlalu banyak lauk pauk pedas. Arwah bonda sebenarnya pandai jugak nasihat tapi beliau pun sama dua kali lima dengan Kjee. Kalau tak makan lauk pauk pedas, patah selera. Hehehe.

UnclePali lagi dasyat. Semalam kami makan Nasi Beriani. Dia sediakan tiga hingga empat biji cili padi Bangladesh yang merah dan menyinga pedasnya. Sambil makan sesuai nasi, sambil kunyah cili padi!

Anyway, tak payahlah nak bebel banyak2. Kat bawah ni Kjee bagi idea lauk untuk sahur ataupun berbuka. Sambal telor pecah, Ayam Goreng Berlada ala Thai dan lauk fav Kjee, Terung Berlado Udang kering.

Selamat mencuba. Kalau kena gastric pepandailah cari ubat ya.




Sambal Telor Pecah



Ayam Goreng Berlada ala Thai





Terung Berlado Udang kering



















Saturday, July 27, 2013

ikan

IDEA PASTA DAH SPAGHETTI UNTUK BUKA PUASA





Apa kata kalau kita makan pasta pulak hari ini. Jangan terkejut kalau ada Laksa Johor pulak yer. Laksa Johor memang menggunakan spaghetti. Kjee pernah jugak tengok orang buat Laksa Johor guna mi kuning. Tapi dalam resipi orang Johor, mereka semua guna spaghetti.

Kuah Laksa Johor mesti pekat sebab orang Johor makan guna tangan. Itu yang Kjee tahu. Anyway, ada orang kata Laksa Johor Kjee tak ori sebab tak letak ikan kering. Ya memang Kjee tak bubuh ikan kurau kering.

Kjee buat eksperimen sendiri tanpa bubuh ikan kurau kering. Anehnya, orang Johor yang datang makan kat gerai Kjee tu kata, rasanya tak lari pun. Entahlah. Lepas ni nak tukar nama bagi nama baru iaitu Laksa Kuala Lumpur atau laksa Kampung Baru. Hehehe. Resipi klik SINI.





Ini masakan pasta Itali yang cukup popular. Namanya Aglio Olio. Orang Malaysia suka sangat sebab ia pedas. Kjee pertama kali diperkenalkan makanan ini ketika makan di gerai Western ARIMA CLASSIC.
Terkejut Kjee sebab pedas dan sedap sangat. Pedas cili padi.

Masa tu Kjee terfikir... orang Itali makan pedas ker? Hanya selepas Kjee selalu tengok rancangan Food Network barulah Kjee tahu mereka sebenarnya suka makan pedas.

Kjee buat ini  ikut suka resipi Kjee sebenarnya. Yang halus2 bersepah atas Aglio Olio tu adalah Parmesan Cheese. Nak letak boleh, tak nak pun boleh. Polis tak tangkap punya. Tapi letak banyak2, sedapppp. Hehehe. Resipi tengok SINI.








Yang bawah sekali ini Beefy Cheese Makaroni. Dah lama Kjee tak buat. Kalau untuk berbuka, Kjee boleh makan ini sahaja. Sedap dan mengenyangkan.

Tak tau nak citer apa pasal Beefy Cheese Makaroni ini sebab Kjee dah terliur. So kalau citer panjang2, nanti terbatal pulak puasa. Hehehe.

Resipi kat SINI.









daging

BUBUR BERLAUK UNTUK BERBUKA PUASA SEMALAM






Semalam Kjee buat bubur berlauk untuk buka puasa. Kjee buat lima jenis lauk iaitu Kangkung Goreng Belacan, sayur Tau Miu Goreng sos tiram, Daging Goreng Berlado, Ikan Bilis goreng dengan cili padi dan bawang putih serta rebus telor asin.

Nasib baik UnclePali nak makan bubur jugak so tak perlulah Kjee tambah lauk yang sesuai untuk dia makan dengan nasi.

Sebelum ini Kjee jugak pernah buat menu ini tapi ada jugak lauk lain. Klik SINI.








Friday, July 26, 2013

ayam

IDEA BERBUKA DENGAN NASI BERPERISA
















Salam Nuzul Quran. Ada beberapa negeri yang bercuti hari ini. Di Kuala Lumpur, walaupun tidak bercuti, namun kawasan2 tumpuan membeli belah sarat barat dengan pengunjung. Jalan menjadi sesak dan Kjee langsung tak teruja untuk keluar menambahkan lagi kesesakan.

Kjee pasti ramai yang memilih untuk bersantai di rumah hari ini. Dan apabila hari cuti, ibu2 yang bekerja mungkin boleh fikir untuk memasak lauk pauk berbuka puasa yang special sikit. Kalau hari2 dah hidang lauk tunjuk sebab tiada kesempatan untuk memasak, pasti hari ini anak2 gembira dengan airtangan ibu yang special. Oppps suami juagk ya.

Kalau tak ada idea nak masak apa, Kjee senaraikan tiga jenis nasi iaitu Garlic Rice With Lemon Chicken atau Nasi Bawang Putih dengan Ayam Lemon, Nasi Tomato yang guna sup tomato dan Nasi Ayam Hailam resipi bonda.

Kjee terfikir jugak nak buat Nasi Tomato hari ini. Nak selongkar dulu pantry samada ada setin tomato soup. Kalau ada, maka hidangan kami hari ini adalah Nasi Tomato dengan Kurma Daging.

Selamat bercuti dan selamat menghabiskan masa di dapur. Hehehe.




Garlic Rice With Lemon Chicken. Resipi SINI



Nassi Tomato Special. Resipi klik SINI.



Nasi Ayam Hailam. Resipi klik SINI






















Thursday, July 25, 2013

chinese food

CHINESE FOOD UNTUK BERBUKA HARI NI?












Apabila kita bercerita mengenai Chinese Food atau makanan Cina, pasti ramai beranggapan ia makanan yang tidak pedas. Oppps silap tu. Sejak kebelakangan ini, makanan Cina pedas2 terutama sekali kalau menu itu dari daerah Szechuan, China.

Daerah Szechuan dikatakan daerah paling sejuk di negara itu, jutru mereka memasak makanan pedas2 supada badan menjadi panas.

Anyway, idea hidangan Kjee biasa2 jer. Makanan yang Kjee reti masak. Mungkin boleh jadikan idea untuk korang.





Resipi klik SINI

Butter Prawns. Resipi klik SINI


Ikan Siakap Kukus. Resipi SINI

Resipi klik SINI

Tuesday, July 23, 2013

ayam

HARI INI IDEA MASAK WESTERN FOOD LAAA




Dah penat cari idea untuk berbuka? Well, apa kata hari ini kita plan masak ala Western. Mudah disediakan, cepat masak dan sedap dimakan. Tak sedap dibuang.

Sebenarnya, kalau kita masak sendiri makanan Barat popular seperti Fish n Chips, Chicken Chop, Lamb Chops atau steak, tak lah mahal sangat. Kosnya tak sampai satu per tiga jer daripada harga yang kita kena bayar di restoran. Yang buat mahal tu overhead dia orang. Kos sewa restoran, pekerja dan sewaktu dengannya.

Sekarang ni tak ada masalah mencari resipi untuk makanan Barat. Google jer kat internet. Blogger2 masakan juga banyak yang murah hati beri resipi yang sedap2.

Hari ini Kjee nak kongsi idea untuk tiga jenis makanan Barat yang Kjee dah cuba try test kat Dapur Kjee dan gerenti sedap kat tekak akulah.

Selamat menerai. Tak leh duk lama2 depan PC menatap gambar2 ni. Kecur dan termeleleh air lioq. Hehehe. Resipi korang klik bawah gambar ya.



Hailam Chicken Chop. Resipi KLIK SINI

Grilled Lamb Chops. Resipi KLIK SINI 

Fish n Chips with tartar sauce. Resipi KLIK SINI

Monday, July 22, 2013

Menu Puasa

ROTI BOOM YANG KEBAHBOOOM UNTUK SAHUR





Kita hampir masuk minggu ketiga di bulan Ramadhan. Biasanya dari hari pertama hingga minggu kedua, memang rancak kita bangun sahur. Anak2 yang baru belajar puasa pun tak sabar nak dikejutkan sahur.

Bagaimanapun, sampai ke minggu ketiga, ada yang sudah mula liat nak bangun. Ramai yang sanggup minum seteguk air sahaja pastu cepat2 berlari tidur. Semuanya kerana nak kejar masa tidur.

Ada yang sebelum tidur cek dulu apa makanan yang Ibu akan sediakan sahur nanti. Kalau tidak menepati selera, sanggup tak bangun. Tidur lebih penting.

Tahun ini Kjee berjaya buat UnclePali dan Nadia tak ponteng sahur. Kjee sediakan makanan kegemaran mereka iaitu Roti Boom!








Bukanlah Kjee buat sendiri tapi Kjee beli Roti Boom di gerai Roti Boom Corner yang popular di Jalan AU5D, Keramat. Kjee order roti boom separuh masak. Kemudian Kjee simpan dalam peti ais. Bangun sahur, dipanaskan atas kuali leper hingga garing.

Kenapa beli yanag separuh masak? Well, kalau beli yang cukup masak, nanti ia menjadi garing apabila dipanaskan kembali. Kalau yang separuh masak, ia masih lembut kalau dipanaskan balik. Itu jer. Tapi yang separuh masak ni, tahan dalam peti ais (bukan freezer) selama dua atau tiga hari.

And then masa sahur, kalau ada lauk atau kari berlebihan masa berbuka, Kjee sediakan sebagai cicah. Kalau tidak, susu manis pun jadi!

Mula2 dulu, Kjee sediakan 3 keping untuk kami bertiga. Sorang satu. Sekarang dah jadi 5 keping untuk tiga orang. Ala bukan besar pun Roti Boom. Ala2 saiz telapak tangan. Panaskan atas kuali, bubuh sikit margerin selama 3-5 minit. Balik2kan.

Amacam? Korang tak nak try ke hidangkan untuk suami dan anak2?

Untuk sahur nanti, Kjee dah beritahu UnclePali suruh buat telor separuh masak untuk makan dengan roti boom. Sure kebahbooom! Hehehe.








ayam

IDEA HIDANGAN BERBUKA/SAHUR ...6




Kalau ingin mengubah selera dari makan nasi setiap hari, Kjee akan menyediakan bubur nasi dengan lauk pauk beranika jenis.

Ini adalah antara menu favorite Kjee dan Nadia. Bab bubur nasi ni, UnclePali kureng sikit terutama sekali untuk berbuka. Orang lelaki mesti mahu pekena nasi setelah seharian berpuasa.

So kalau Kjee teringin sangat nak buat Bubur Nasi, Kjee akan masak nasi untuk UnclePali sementara lauk pauknya, Kjee fikirkan yang boleh dimakan  dengan nasi dan juga bubur. Cara ini, tiada siapa akan merajuk. Hehehe.

Lauk2 yang mengiringi bubur nasi, selalunya yang kering2. Ini adalah kerana bubur dah agak basah. Malah pada Kjee bubur tidak memerlukan lauk pauk yang banyak. Kalau ada telor asin, ikan kering atau bilis goreng pun sudah memadai.

Dibawah ini, lauk pauk yang Kjee cadangkan untuk membuat korang lebih berselera menghadapi menu bubur. Kjee ni memang kuat meratah lauk. Sebab itulah kalau menyediakan bubur, macam2 lauk kering yang menjadi pilihan. So pepandailah adjust kan?







Telor Asin dan ikan kering

Sotong goreng kunyit

Ikan bilis goreng

Pucuk Paku Goreng. Lauk pauk diatas, klik SINI 


Ayam goreng ala Szechuan. Resipi klik SINI


Stir Fry Tau Meu. Resipi klik SINI 


Sunday, July 21, 2013

ayam

IDEA HIDANGAN BERBUKA PUASA/SAHUR ... 5





Hari ni Kjee nak kongsi tiga resipi yang sedap tetapi agak mengambil masa untuk disediakan. Sebab itulah Kjee syorkan dibuat di hujung minggu. Anak2 ada dan korang yang berkerja, cuti.

Semalam Kjee ajak UnclePali pergi pasaraya Sri Ternak di Selayang. Dah dua hari Kjee teringin nak makan Sotong Kangkung. Dalam perjalanan, Kjee pun senaraikan barang2 yang perlu dibeli dalam bentuk sms. Maklumlah sampai sana nanti, UnclePali yang turun. Kjee seperti biasa jadi penunggu kereta.

Sampai rumah, semua barang ada kecuali Sotong Kembang! Laa baru teringat sotong kembang tiada dalam senarai yang Kjee text pada UnclePali. So melepaslah nak makan!

Sotong kembang memang susah nak dapat. Sesekali Kjee nampak ada di Tesco. Harganya tak mahal. Masa Kjee meniaga dulu sekilo sekitar RM4 atau RM5. Sekarang tak tau.

Nak tau cara buat korang klik pada resipi pada gambarnya yer.





Sotong Kangkung. Resipi SINI 



Ini pulak Tahu Bakar. Sos yang digunakan, sama dengan sos Sotong Kangkung. Mudah disediakan dengan kos yang lebih murah. Tetapi mesti ada tahu atau taupok yang sudah siap sedia digoreng. Boleh didapati di kebanyakkan pasaraya dan jugak pasar basah.

Dulu Kjee buat guna oven toaster. Tapi kalau guna kuali leper pun okay juga.

Masa meniga dulu Kjee guna sagat seperti yang digunakan oleh peniaga Siam untuk buat Somtam untuk sagat sengkuang. Tapi ricik halus2 sebenarnya lebih sedap kerana air senkuang tu tidak keluar dan lebih manis rasanya.




Tahu Bakar. Resipi SINI 




Resipi ketiga Kjee ni, Fucuk Dumplings, sedap dan mudah disediakan. Intinya bolehlah korang guna udang, ikan ataupun ayam.

Kjee selalu buat Fucuk Dumplings ini untuk minum petang. Tetapi kekadang Kjee buat jugak sebagai lauk sampingan. Suka hati kitalah kan...Kita yang buat dia. Hehehe.



Fucuk Dumplings. Resipi SINI




























Selamat Mencuba.