Showing posts with label awards/cards/ole ole. Show all posts
Showing posts with label awards/cards/ole ole. Show all posts

Friday, January 13, 2012

awards/cards/ole ole

OLE2 KAK HAWA LERNO DARI PERTH, AUSTRALIA



Setelah lama menjadi fren Kak Hawa Lerno di FB, akhirnya Kjee dapat berjumpa beliau in person. Dapatlah Kjee peluk beliau puas2. Macam rindu seorang adik kepada seorang kakak!



Malam tadi, Kjee menemui kak Hawa, my gud fren Wan Noor rizan serta anak Kak Hawa bernama Zakiah, suaminya dan seorang lagi anak angkat Kak Hawa di Old Town White Coffee, Bangsar Selatan. Kjee ke sana selepas function di office 4Life kira2 jam 10 malam.

Kangaroo dari Perth, Smurf dapat cabutan bertuah 4Life


Sembang punya sembang, tak sedar jam dah menunjukkan pukul 12 malam. Tak puas bersembang. Akhirnya buat keputusan jumpa lagi Isnin ini sebelum kak Hawa kembali ke Perth, Selasa ini.



Kak Hawa bawak ole2 satu beg buat Kjee dan juga Wan Noor Rizan. Kjee siapa dapat benih Basil atau daun selasih. Harap2 boleh hidup di Sungai Buluh nanti. Terima kasih banyak2 Kak Hawa. Ada lagi ole2 special yang Kak Hawa berikan tapi rahsia. Hehehe.




Thursday, November 10, 2011

awards/cards/ole ole

REZEKI KJEE HARI INI...ALHAMDULLILAH SYUKUR








Dari pagi tadi hingga ke petang tadi, Kjee dan Unclepali jadi courier. Hantar barang2 yang dipesan orang dan juga Unclepali jumpa klien pasal nak buat printing t-shirt.


Menilaulah jugak satu KL. Mula2 gi bekfas, pastu gi pos barang2, kemudian gi antar Nadia gi Uni. Pastu ke Daya Bumi, Pandan Indah, Pandan Jaya dan akhirnya ke tengah2 pusat bandar lebih tepat lagi di Menara Maybank. Seumur hidup Kjee tak pernah Kjee drive sampai ke depan bangunan tu walaupun kalau tak silap dah lebih 35 tahun bangunan itu wujud di situ.

Rezeki Kjee hari ini betul2 murah. Tadi ke Pandan Jaya, Hajah Zaharah bagi Kurma Nabi dan Air Zam Zam. Alhamdullilah syukur. Tak sempat nak amik gambar Kurma sebab terlalu seronok dan kelaparan sebab dah pukul 1 tgh hari  terus makan dalam kereta. 

Kemudian kami ke Menara Maybank. Jumpa pulak cik puan yang sangat2 cantik dan manis. Sebaik sahaja barangan yang dipesan bertukar tangan, Kjee pulak dapat ole2. Satu set barangan keperluan dapur seperti apron, oven gloves dan pot holder, serviette sayangnya nak guna  dan juga fragranced sachet. Boleh gantung dalam bilik atau almari dan harum semerbak!

Terima kasih Cik Puan cantik manis yang tak mahu Kjee dedahkan identiti. Kjee tiga beranak juga diberi sorang satu lagi cenderamata special. Untuk kegunaan orang yang terer IT cam kami...kahkahkah.

Kjee tak sempat sembang lama dengan beliau kerana nak rush balik hantar Lemon yang sakit huhuhuhu ke klinik. Kjee selak hadiah2 dalam kereta, terkejut dan sempat antar text terima kasih. Ini balasannya yang buat Kjee terkedu.

"...GIVING FOR THE SAKE OF GIVING IS VERY GOOD FOR THE HEART AND SOUL. WHEN WE FREELY GIVE TO OTHERS, THE ENERGY RETURNS TO THE GIVER MULTI-FOLD, IN UNTOLD WAYS..."

Sunday, November 6, 2011

awards/cards/ole ole

SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA DARI KJEE SEKELUARGA



Wednesday, October 19, 2011

awards/cards/ole ole

DAPAT BENIH DAUN SELASIH DAN JUGA OLE2 DARI JEPUN





Alhamdulilah syukur. Ada orang sayang Kjee apabila kita sibuk2 nak cari pokok daun selasih. Tadi, sebaik sahaja Kjee sampai rumah, tetiba ada abang posto laju kat luar. Bunyi horn berulang kali. Unclepali dan Kjee berpandangan.


Kemudian Unclepali terus ke depan apabila abang posto tak henti2 bunyi horn. Dan jeng jeng jeng, Kjee dapat  bingkisan dari Tambun, Perak. Dari fren FB, Puan Jannatunna'im Sabdin! Banyaknya benih daun selasih. Terima kasih banyak2. Happy sangat2.

Kjee malulah bila ada yang hantar ole2 macam ni. Kjee nak bayar tapi Janna kata, ikhlas. Terima kasih sekali lagi. Wah, Unclepali kata kalau boleh hantar benih selasih melalui pos, lain kali bolehlah order benih daun ganja. Eee nakalnya Unclepali kan!!

Now masalahnya. Camner nak semai. Kena keringkan dulu pastu taburkan atau tak payah keringkan? Sesapa tahu, sila ajar mokcik yang memang tak reti bercucuk tanam ni!

Dan selain itu, beberapa hari lepas, masa Kjee hantar order acuan roti jala kepada Maklong Aida melalui anaknya, Diana, Kjee dapat fridge magnet ni. Baru Kjee perasan ini mesti ole2 yang dibeli anak Maklong yang tinggal kat Jepun tu. Kan hari tu dia balik Raya. Selain itu, ada sepeket emping beras lagik.

Terima kasib banyak2 Maklong. Kjee tak reti nak balas dengan apa. Kalau ada rezeki, adalah nanti.

Begitu juga dengan Janna. Tak tahu nak balas camner. Kalau Kjee panjang umur dan ke Ipoh, bolehlah singgah umah Janna yer. 

Tuesday, August 23, 2011

awards/cards/ole ole

HAMPER COOKIES DARI SUHAN MOVIES



Dah banyak hari Kjee sakit dada, sesak nafas. Walaupun dua minggu lalu, dah buat ECG dan doktor Hospital Selayang (bahagian kecemasan) bagi ubat Nubilizer namun malam tadi berulang kembali. Apapun, Nadia kejarkan semula Kjee ke unit kecemasan apabila dia tengok Kjee dah tak boleh bernafas.

Alhamdullilah hari ni okay sikit. Dada rasa ringan sikit. Dah dua hari tak ke dapur. Nadia beli jer makanan kat pasar juadah. Kalau esok okay, start balik buat cookies.

Dan hari ini, Nadia ke Suhan Movies. Alhamdullilah ada cheque (duit skrip) dan juga ole2 dari Rosyam Noor. Terima kasih.

Cantik kotaknya. Nak bukak sayang tapi nak juga tengok apa ada kat dalam.

Ada dua bekas cookies di dalam - choc chips dan juga popia mini.

Terima kasih daun keladi....Oh lupa lak nak ucapkan Selamat kembali ke tanahair setelah menjalani ibadah  Umrah, di Tanah Suci Mekah kepada Rosyam, isteri serta ahli keluarga.


Thursday, June 23, 2011

awards/cards/ole ole

TIADA KATA MELAINKAN...

Tuesday, June 21, 2011

awards/cards/ole ole

OLE OLE DARI SARAWAK & ACUAN ROTI JALA





 Hari ini Kjee dapat ole2 dari seorang adik blogger dari Balingian, Sarawak. Dia bagi Kjee paste Laksa Sarawak, cabai jarum (sebutannya Jar-Ghum) yang buat telinga Kjee keluar asap nanti, gula2 lada hitam dan juga beg cute design Pua Kumbu.

Terima kasih banyak2. Malunya menyusahkan adik blogger dari Balingian ni. Kjee pernah bagitau dia yang cabai jarum Sarawak, pedas giler. Tak sangka dia hantar sampai empat peket cili ala2 cabai Melaka tu. Disamping itu, dia suruh Kjee buat Laksa Sarawak.Oh macam ini rupa paste laksa Sarawak!

Kat Kolumpo ni memang susah nak cari Laksa Sarawak yang ori. Tapi seperti biasa, Kjee sudah ronda2 dan jumpa satu gerai di kawasan flat section 1 Wangsa Maju, yang jual Laksa Sarawak dan Mi Kolok. Gerai milik sepasang suami isteri yang masih muda dan berasal dari Sarawak.

Kjee tak pernah try makan (hisap?) gula2 lada hitam. Dan hari ini dapatlah Kjee rasa. Ada rasa lada hitam tapi taklah pedas sangat. Dan beg cute yang dia bagi ni, Kjee nak simpan buat kenangan. Tak nak guna, sayang.

Terima kasih sekali lagi. Lain kali Kjee tak beranilah nak buka mulut kata apa yang Kjee suka kat Sarawak. Nanti tak sampai seminggu, ada jer abang Pos Laju bunyi horn depan rumah. Hehehe. Love you adik blogger. Dia tak bagi sebut nama. Dia kata cukuplah sekadar Kjee tunjuk gambar jer. Ok no hal.

Ole2 dari Sarawak Kjee dapat tengah hari tadi. Dan pukul 8.30 pagi tadi, Kjee dapat pulak barang yang Kjee order dari Penang. Sukanya. Inilah acuan roti jala yang Kjee ingin sangat nak beli. Kjee ada acuan plastik biasa yang Kjee guna sejak bertahun2 lalu.

Kjee teruja nak buat roti jala fesyen baru. Dulu masa meniaga, kalau hujung minggu saja sampai 15 kilo tepung Unclepali bancuh sebab ramai orang order. Sampai sekarang masih ada yang telefon, kecek2 Kjee supaya ambil order mereka tetapi maaflah. Kjee dah pencen.

Order terbesar roti jala yang Kjee terima ialah pada tahun...agaknya empat tahun lepas. Bos BERNAMA (ketika itu) yang menjadi pelanggan setia roti jala Kjee order untuk rumah terbuka di RTM. Dia orang order 7,000 keping tapi Kjee tolak. Unclepali hanya sanggup buat 5,000 keping bersama dua pembantu kami. Berjaga sepanjang malam sebab esoknya pukul 8am dia orang dah datang ambik.  Bayangkan kuahnya! Kjee rasa Kjee buat kira2 tiga flask besar (flask nasi lemak) kari daging!

Hmmm kenangan yang cukup manis.

Korang nak order acuan ni, carilah Mimi Azilina Abdul Rahman di Facebook. Dia pengedar acuan ni.

Thursday, June 9, 2011

awards/cards/ole ole

Bunga lagi - kali ini dari Home Sweet Home



Blogger femes dari Kuantan, Ummi Zaihadi, walaupun sibuk, sempat juga celebrate kejayaannya mengumpul 3,000 followers hari ini. Beliau menghadiahkan sejambak bunga kepada semua followersnya termasuk ehem ehem ni.

Blog HOME SWEET HOME adalah antara blog favorite Kjee. Mesti intai tiap hari. Korang kalau belum kesempatan, better do so!

Ummi ni bukan fulltime housewife jadi sukar kekadang nak buat so many things at the same time. Kalau sehari adalah lebih daripada 24 jam, boleh kot Ummi. Tapi please don't give up this blog. Sayang sangat2. I love your recipes and your pictures.

Kjee dah amik jambangan bunga dan spray air tadi supaya sentiasa fresh. Dan bila tengok dan cium bunga ini, sentiasa ingat Ummi yang cantik manis.

Wednesday, June 8, 2011

awards/cards/ole ole

Dapat Rose Biru Dari HaSue



Blog HaSue: I Love My Life klik sini adalah salah satu blog yang Kjee suka singgah. Hari2 kena intai. Sebab? HaSue seorang ibu muda yang cukup ceria dan sempoi. HaSue tinggal di Sarawak.

Kjee suka cara dia menulis yang santai. Manja2 gitu. Dan yang paling penting, ibu kepada 4 orang anak yang masih kecil ini, rajin sangat2 memasak. Hari2 ada je entry dia. Lauk pauklah, keklah dan macam2 lagi.

Selain itu HaSue cukup bangga mempunyai anak2 yang comel2. Yang bongsu Zhariff baru berusia 6 bulan dan muka saling tak tumpah anak Korea. Suka sangat Kjee tatap wajah Zhariff.

Dan bukan senang nak kumpul pengikut seramai 1,000 orang. HaSue berjaya memikat mereka untuk singgah di blognya. Tahniah HaSue atau nama sebenarnya HaSuriah. Kjee dah ambil bunga biru yang cantik itu dan bubuh dalam umah Kjee. I Like!! Happy blogging.

Sunday, May 15, 2011

awards/cards/ole ole

336. Selamat Hari Guru 2011

gambar ehsan Unclepali
Apabila dikenang kembali zaman persekolahan, Hari Guru adalah antara hari yang dinanti2kan selain Hari Kanak2. Sekarang dah tak der ke Hari Kanak2?

Dulu kalau Hari Kanak2, Kjee dapat makan aiskrim, dapat biskut, dapat party pack dan dapat pergi ke Stadium Merdeka sebab nak tengok budak yang dapat pingat Hang Tuah. Dan kalau sekolah menengah dapat tengok wayang free!

Hey apa daaa kena mengena cerita ni. Sorry cikgu. Kjee memang suka merapu dari zaman2 sekolah dulu. Lain yang cikgu suruh buat, lain yang Kjee buat. Hehehe selalu dapat 'upah' dari cikgu kena petik duri kat padang sekolah.

Walaupun masa sekolah dulu, Kjee memang antara pelajar yang boleh harap bising jer, sekolah tak pandai, tapi Kjee kenang jasa guru Kjee sampai ke hari ini.

Tak perasan Kjee samada guru2 Kjee di Sekolah Menengah Perempuan Air Panas Setapak masih ada tapi yang pasti, guru Bahasa Inggeris, Miss G Kumar masih sihat dan sering Kjee temui. Apabila bertemu dengan beliau, Kjee akan cium tangannya. Love you Miss Kumar.

Dan Miss Kumar dengan bangganya akan kata Kjee salah seorang anak murid dia yang paling berjaya. Apa tidaknya. Kjee dapat A1 untuk English ketika peperiksaan MCE (Malaysian Certificate Of Education) dulu, dibawah asuhannya. Ingat senang ke? Kalau SPM tu, ala kacang jer kan. Dan dia lebih bangga Kjee jadi wartawan sebuah akhbar bahasa Inggeris daripada mak bapak Kjee sendiri!

Kertas peperiksaan zaman Kjee dihantar ke England untuk diperiksa! Omputih yang periksa tau! So kalau dapat A1 kira dasyatlah kan! Kertas Bahasa Malaysia pun dapat A1. Yang lain jangan korang berani nak tanya!!

Kjee tak tahu kenapa budak2 sekarang baik yang pompuan mahupun lelaki sanggup sampai nak bertekak dan pukul bantai cikgu mereka. Selain ibu, cikgu adalah orang luar yang paling mulia di sisi kita. Dia yang berhempas pulas mendidik kita tau sampai kita jadi manusia berjaya di segi akademik.

So kalau korang nak buat apa2 kat cikgu, fikir 1,000 kali. Ah tak payahlah nak susah2 fikir!!! Jangan buat jer kan? Tanpa mereka, siapalah kita!!!

SUDI KIRANYA CIKGU/TEACHER BAWAK BALIK OLE2 NI DAN GANTUNG DALAM RUMAH ANDA . TERIMA KASIH.


Friday, May 6, 2011

awards/cards/ole ole

306. Gold Card Jadi Follower Dapur CT




So creative!!! Itulah reaksi Kjee apabila terpandang ole2 dari CT Delima sini. Macam2 kreativiti orang sekarang. Apapun, thnx CT kerana hargai kengkawan yang selalu intai blog awak. Macam nilah kan kalau nak pastikan followers kita setia bersama kita selain selalu update blog.

Wish it's the real thing. Hehehe

Thursday, May 5, 2011

awards/cards/ole ole

305. SELAMAT HARI IBU






Tiada profesyen semulia profesyen sebagai ibu. Kerja tanpa gaji... tanpa rungutan... tetapi meluap2 dengan rasa penuh kasih dan sayang terhadap anak2 yang dicintai!

Kepada semua ibu dan bakal ibu, sudi kiranya terima poskad ini dari Kjee.

Tiada syarat untuk menghangkut balik poskad ni. Ini hanya sedikit cara Kjee meluahkan rasa kasih dan sayang Kjee kepada korang semua. Dan seperti biasa, kredit diberikan kepada pencipta kad ni...Unclepali. Thnx abang.

Kepada semua yang masih ada ibu, berilah pelukan erat dan ciuman kepadanya di Hari Ibu. Beliau tidak pernah mengharapkan apa2 dari kita. Hanya kasih sayang yang kekal abadi hingga ke akhir hayat!

Happy Mother's Day All.

Nota:
Boleh dijadikan PC wallpaper, pesan Unclepali.

Saturday, April 16, 2011

awards/cards/ole ole

228. Ole ole dari Sarawak




Dalam hujan lebat tadi, Kjee dapat call. Encik Posto Laju ada dalam van depan rumah Kjee. Tak dapat turun sebab hujan lebat. Unclepali bergegas keluar bawak payung. Memang bungkusan ini Kjee nanti2kan dari adik blogger HaSue dari Sarawak! klik sini

Terima kasih HaSue sebab mengirimkan ole2 ini buat Kjee. Selama ini bukan sahaja doa yang Kjee terima agar cepat sembuh tapi ada jugak yang kirimkan ubat2. Terima kasih daun keladi HaSue. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa awak. Akan ku kenang hingga ke akhir hayatku!

Buat pengetahuan semua, ubat periuk ini elok untuk pulihkan tenaga. Badan akan bertambah segar kalau rajin minum. Rebus cam biasa, pastu bila habis airnya, rebus lagi sampai hilang rasa herbanaya baru dibuang. Elok untuk orang perempuan. Terutama sekali selepas kedatangan haid.

Friday, April 15, 2011

awards/cards/ole ole

222. Award Jadi Follower 'Story Of Mama'


Dah malam baru Kjee sempat nak gantung award ni kat rumah Kjee. Thnx Noorsafone dari blog Story of Mama   sini.    

Makin banyak blog yang Kjee boleh singgah dan intai sekarang. Terima kasih jugak kerana rajin intai blog Kjee yang tak seberapa ni. Jangan lupa amik ole2 dari Kjee di sini.

Tuesday, April 12, 2011

awards/cards/ole ole

212. Post Card From Nieza in Finland



A sweet surprise to start my second busy day...a post card from Finland!

Congrats Nieza kerana telah setahun 'bersiaran' menerusi blog 'Our journey Begins' nun jauh di perantauan. Happy first anniversary!

Terima kasih kerana 'melayangkan' poskad ini kepada Kjee. Mohon Kjee link blog Nieza bersama link kawan2 bloggers di blog Kjee yang baru jer berusia lebih kurang empat bulan.

Harap kita dapat kongsi ilmu serta bertukar2 resipi, pendapat dan pengalaman. Lihat sini

Thank you for being my friend too!

Wednesday, April 6, 2011

awards/cards/ole ole

202. One Lovely Blog Award From MamaFaMi!


   

Baru 3 bulan usia blog Kjee ini tapi Kjee dah di recognise oleh blogger friends. Thnx MamaFaMi  klik sini for the award. Something I have never ever dreamt of getting! 

Tapi untuk mendapatkan award ini, Kjee kena penuhi beberapa syarat.



1. Kena pos balik linking kepada orang yang memberi Kjee award ini. (siap)
http://mamafami.blogspot.com


2. Berkongsi apa jua mengenai diri Kjee dengan semua (siap)
a) usia?... dah cukup matang..:)
b) kelakar tapi sensitif. kekadang Kjee pun menyampah sensitif sangat. hehehe
c) suka masak dan of course suka makan yang sedap2 jer
d) love to me is sharing, caring and understanding
e) I adore cats tapi Malaysian cats only. Yang ada jenama tak minat. hehehe
f)loves travelling but hates driving long hours. camner tu hah?
g) badan jer besar tapi penakut yarabbi

3. Berikan kepada 15 blog lain yang baru ditemui. Semua baru Kjee temui sebab Kjee pun baru (siap)
a) Mat Gebu from http://tiffinbiru/blogspot.com
b) Yani from http://thekitchenguardian.blogspot.com

c) Ina from http://myinhar67.blogspot.com

d)deena from http://luvdeena.blogspot.com

e)nora from http://momotemuk.blogspot.com
f)aidah from http://aidahjune.blogspot.com
g)ummi from http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

h)ina from http://syarasin.blogspot.com
i) azlita from http://intankitchen.blogspot.com
j)ratna from http://mamawandiha.blogspot.com

k)rose from http://seripayaku.blogspot.com
l)nina from http://sweetlilykitchen.blogspot.com
m)ida from http://1001resipi.blogspot.com
n)nora from http://alamroon.blogspot.com
o)Ha Sue from http://sue-hasue.blogspot.com

4) Drop them a note and tell them about it (siap)


Amboi letihnya! Tapi tak per lah..layan jer. Suka sangat dapat award! Thnx MamaFaMi! Terima Kasih daun keladi. Kalau yang lain sudi, silalah bagi. hehehe