Showing posts with label lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts

Thursday, July 30, 2026

lauk pauk

LAKSA JOHOR CARA KJEE


      Since ramai sekarang sibuk cerita pasal Laksa Johor, Kjee pun nak tumpang sekaki lah. Semuanya bermula di page SEJUTA RASA OFFICIAL by Lina Thomas.
     Ada seorang komen kononnya jangan jatuhkan standard orang Johor buat LJ guna Ikan Kembung atau Ikan Selayang (sardin fresh).
     Ewah dasyat komen tu sampaikan viral netizens kecam dia!
     I got one thing to say to her. 
Kalau kau tu terer masak, guna ikan bilis pun sedap. Tiada rotan akar pun berguna lah makcik. 
     Sepanjang Kjee niaga LJ dulu, tak ada sapa pun komplen. Cuma satu pakcik tu tanya arini buat kuah letak ikan Parang ke Tenggiri? Apabila Kjee kata tak pernah pun, dia x percaya. 
     "Oh dulu awak letak kan? Pakcik kenal sangat2!" 
     Anyway, tak mau cakap banyak. Cer korang klik SINI untuk intai resipi. 

   
      

Tuesday, April 28, 2026

chinese food

TOFU LEMBUT JEPUN KUKUS










Ini cara makan Japanese soft taufoo atau tofu yang dipek dalam plastik lonjong, yang Kjee suka sangat. Tapi, sebenarnya, ada ke cara lain nak masak tofu ni? Ia terlalu lembik dan hanya sesuai untuk dikukus.

Masaknya mudah jer. Tak sampai 10 minit. Sediakan kukusan. Bila airnya sudah mendidih, diletakkan tofu ini didalam kukusan dan kukus.

Ada macam-macam cara orang memasaknya. Ada yang letak pelbagai jenis sos seperti sos tiram, hoisin sos dan sebagainya. Tetapi Kjee hanya guna kicap manis dan kicap cair atau fish sos aka Nampla. Kicap Thai tu. Kekadang kalau terlalu ghairah bubuh macam-macam, tak jadi sedap pun end result. Hehehe.

Apapun, setelah dikukus selama lebih kurang 10 minit, keluarkan pinggan berisi tofu tu. Kalau ada banyak air bergenang dalam pinggan/piring, toskan buang. Tapi hati-hati takut tergelincir sekali tofu tu.

Kemudian curahlah kicap manis dan sedikit kicap cair ikut rasa diatas tofu kukus tu. Tabur dengan cili merah yang telah dimayang halus, daun bawang dan jugak bawang goreng. Kjee ni suka sangat bawang goreng, so Kjee tabur banyak ler. Pastu titis sikit minyak bijan.

Bab paling susah buat Tofu Kukus ini ialah hendak keluarkannya dari pek plastik tu. Rasa-rasanya dulu Kjee ada dengar caranya. Dah lupalah pulak. Jadi, masa keluarkan tofu, adalah cedera dan cacat sikit hehehe.

Kjee baru terfikir satu lagi cara nak masak tofu ni. Kukus seperti biasa, kemudian bila dan siap, letak sambal tumis udang kering diatasnya. Sedap kot. Kat rumah sentiasa ada stok sambal udang kering ranggup dalam botol yang Kjee belu kat Tesco. Wah nanti nak trylah.

Klik SINI untuk tengok entri dulu.








Saturday, April 18, 2026

chinese food

OTAK OTAK PERANAKAN NYONYA PULAU PINANG














Tadi masa Kjee surf internet cari resipi Otak-Otak Nyonya yang original, Kjee tersengih apabila dalam satu blog tu, pemiliknya kata kenapa beri nama Otak-Otak sedangkan ia tak ada kena mengena dengan otak.

Rupa-rupanya dia kata, rempah ala2 kastad yang digunakan, bila dah masak rasa macam otak. Lembik2 gitu. Dia tanya, dia jawab lah ikut kefahamannya sendiri, kan? Hehehe.

Kjee tak tahu kenapa orang Peranakan Nyonya gelar makanan ini Otak-Otak. Kena tanya Che Mat Gebu sebab dia ada keturunan Nyonya Peranakan. Ia adalah menu wajib dalam restoran Nyonya Melaka dan Pulau Pinang.

This is, definitely, my comfort food. Suka sangat2. Kalau makan kat Restoran dan ternampak menu ada Otak-Otak, tak sah kalau tak order. Tapi sekarang ni, rasa-rasanya, makanan ini dah jadi makanan eksotik. Susah dah nak cari. Mungkin sebab penyediaannya renyah.





































Tapi dek kerana dah mengidam sangat maka Kjee gagahkan diri buat, walaupun bangun pagi tadi rasa demam sikit. Bahan-bahannya tak lah susah cari. Cuma kalau korang duduk bandar mungkin daun kaduk akan menimbulkan sedikit masalah. Tapi kat pasar atau pasar tani, ada jual.



Daun Kaduk dan Bunga Kantan



Kjee terjah dua tiga resipi tadi termasuk resipi Chef Amy Beh yang femes tu. Dalam ramai2, hanya Amy saja bubuh buah keras. So since ada stok buah keras, Kjee pun masukkan jugak. Amy tak bubuh bunga kantan tapi Kjee saja bubuh sebab tak ada stok lengkuas. Baunya hampir sama kan? Ok lah tu.

Jom kita intai resipi. Bahan-bahannya banyak sikit tapi tak payahlah panik sebab Kjee cuba explain cara mudah. Kalau tengok resipi kat internet dan buku Amy Beh memang nampak berbelit2 sikit.



ehsan google















OTAK-OTAK NYONYA
SUMBER: AMY BEH DAN BLOGGERS DI INTERNET
OLAHAN : MOKCIK JEE


BAHAN A
200 gms isi ikan Tenggiri (Ikan Merah pun boleh)
Garam
Lada hitam

BAHAN B
1 labu bawang besar (yang besar sekali) *
3 ulas bawang putih *
4 biji cili merah *
1 sudu besar cili kering kisar (dlm 10 tangkai) *
6 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi) *
3 biji buah keras (optional) *
1 batang bunga kantan (optional tapi kalau letak, sedap) *
2 batang serai dihiris *
1 inci lengkuas dihiris *
1 sudu kecik serbuk kunyit
1 inci belacan *

BAHAN C

2 biji telor Gred C
1 sudu kecik tepung jagung
1 sudu kecik tepung beras
5 helai daun limau purut dimayang halus
½ cawan pati santan
garam secukupnya
1 sudu kecik gula

BAHAN D

Daun Pisang secukupnya
Daun Kaduk secukupnya
Lidi


CARA:

1. Bahan A iaitu Ikan Tenggiri, dihiris nipis. Kemudian diperapkan dengan garam dan sedikit lada hitam selama ½ jam. Simpan dalam peti ais.

2. Bahan B ditumbuk halus. Kisar pun boleh tapi guna air yang sedikit sahaja. Gaul sampai rata.

3. Pukul telor. Sedikit sahaja. Tak payah kembang. Campurkan santan pekat, garam, gula dan tepung jagung serta tepung beras. Kemudian kacau sebati dan masukkan daun limau purut yang telah dimayang halus. Ini bahan C.

4. Campurkan Bahan B bersama Bahan C dan gaul rata. Tepikan.

5. Celur daun pisang yang telah dipotong dalam air panas supaya lembut. Saiznya korang agak2 jer lah supaya senang nak bungkus bahan2 tadi.

6. Letak daun atas permukaan leper. Kjee letak atas pinggan. Lepas itu, susun 2 helai daun kaduk diatas daun pisang. Letakkan sekeping atau dua ikan tenggiri diatas daun Kaduk. Tutupkan dengan 2 sudu paste. Kelim tepi dan semat dengan lidi. Boleh jugak guna stapler.

7. Kukus selama 20 hingga 30 minit.

8. Hidang dengan nasi atau boleh ratah camtu jer.









Friday, April 10, 2026

ayam

RENDANG AYAM KELANTAN TANPA KERISIK










Kalau ada ayam dalam peti ais, nak merendang tapi masa tak banyak, cubalah buat Rendang Ayam Kelantan. Membuatnya bukan sahaja pantas tetapi bahan-bahan pun tak banyak. Tak perlu buat kerisik sebab rendang ini tak pakai kerisik.

Kalau ada yang kata, bukan namanya Rendang kalau tak pakai kerisik, itu bukan masalah mokcik tapi masalah dia. Hehehe. Serius ni. Ramai yang tanya Kjee samada Kjee tertinggal kerisik dan lengkuas dalam resipi masa Kjee mula-mula buat dulu.

Well, kalau korang nak letak, letaklah. Polis tak tangkap punyalah. Anyway, itulah resipi yang Kjee dapat dari arwah Bonda yang dapat resipi itu dari majalah MAS Inflight Magazine.

Sedap ke kalau tak letak kerisik? Sedaplah! Kalau tak sedap korang ingat Rendang Ayam Kelantan ni menu tetap mokcik di pagi hari Lebaran?

Sedap sekiranya dibuat pedas dari biasa. Nak pedas, tambah ler lagi cli padi.

Okay tak mo cerita panjang lebarlah. Korang intai resipinya kat bawah ni.

RENDANG AYAM KELANTAN

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam (lebih kurang 1½ kg)
15 biji bawang merah kecik atau 5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
10 biji cili merah (tapi kjee tambah 5 biji cili api dan 5 biji cili kering utk pedas)
2 helai daun kunyit diracik cam bunga rampai.
3 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cawan pati santan
garam
sedikit gula

CARANYA:

Potong ayam ikut suka. Kisar semua bahan tumis kecuali serai, daun limau purut dan daun kunyit. Tumis sampai garing. Masukkan serai yang telah diketuk-ketuk. Apabila sudah terbit minyak, masukkan ayam. Gaul sampai sebati dengan rempah. Masak guna api sederhana sehingga ayam tu kecut.
Kemudian masukkan santan, daun limau purut, garam dan sedikit gula. Masak lagi sehingga kauhnya pekat. Jika inginkan ia berkuah atau suka yang kering, adjust sendiri masa memasak.

Apabila sudah masak, padam api dan taburkan daun kunyit.

Walaupun resipi ori tidak letak asam keping, kadang-kadang Kjee letak jugak. 







Monday, April 6, 2026

kudapan

MIANG KHAM - PEMBUKA SELERA THAI





       Sudah lama Kjee teringin nak buat sendiri Miang Kham, pembuka selera Thai ini. Tiap kali jengah resipi kat internet, Kjee tak begitu yakin. Apapun, setelah dua kali makan di sebuah restoran di Danau Kota, Setapak, Kjee seakan-akan dapat agak apa bahan-bahan dalam sosnya. Sedikit lebih kurang macam cicah rojak Mak Bee.

       Minggu lepas, Kjee ajak UnclePali pergi ke pasar Selayang cari pes rojak Mak Bee tapi tak jumpa. Dalam peti ais ada satu cicah pemberian kawan UnclePali. Tetapi Kjee tak berapa berkenan dengan rasanya.

       Maka semalam Kjee beranikan diri. Tak susah mana pun cara membuatnya dalam resipi yang Kjee temui. Kebanyakkan blog yang Kjee terjah,  dari Thailand. Siap ada video dalam You Tube. Begitulah popularnya Miang Kham ini.

       Bahan-bahan untuk Sos sangat mudah. Ada kat dapur kita.

       Belacan
       Cili padi
       Kelapa parut goreng
       Serai
       Lengkuas (Kjee tak letak)
       Bawang merah
       Gula Melaka
       Kicap Cair Thai atau Nampla
       Daun Limau Purut (Kjee tambah)

        Sukatannya, Kjee main agak-agak jer macam biasa. So pepandailah korang adjust tau. Bahan-bahan Kjee buat dalam jumlah sedikit sebab bimbang tak menjadi.

        Mula-mula sekali, masak gula Melaka bersama sedikit air sehingga sirap yang pekat. Pekat seperti sirap macam kita makan dengan kuih lopes gitu. Sejukkan dalam mangkuk.

        Kemudian goreng kelapa seperti buat kerisik. Kjee guna lebih kurang satu sudu besar sahaja untuk sos. Buat lebih untuk dijadikan condiment nanti. Goreng sehingga perang. Selepas itu, bakar belacan (Kjee guna kecik sikit dari ibu jari), empat biji bawang merah, satu batang serai (dirick halus), setengah inci halia dan  tiga biji cili padi.










       Tumbuk semua bahan bakar sehingga halus. Apabila sudah halus, masukkan pula satu sudu kelapa goreng. Tumbuk lagi. Ada resipi letak kelapa goreng, ada tidak. Ada juga letak kacang tanah sangai. Suka hatilah ya. Kemudian Kjee hiris dua helai daun limau purut dan tumbuk sekali.

       Daun limau purut ini Kjee saja letak untuk naikkan aroma. Kalau tak ada, tak apa. Tetapi Kjee rasa kalau letak tersangatlah sedap.

       Setelah semuanya ditumbuk halus, masukkan ke dalam sirap gula Melaka dan gaul mesra, letak satu atau dua sudu kicap ikan Thai atau nampla ikut rasa. Kacau hingga mesra. Ketepikan.

       Bahan-bahan lain untuk dimakan bersama sos selain daun kaduk ialah Udang Kering, Kacang Tanah sangai, Limau kasturi, Bawang, Cili Padi, Halia muda dan Kelapa goreng. Limau Kasturi, Bawang dan Halia harus didadu kecik-kecik. Cili padi pula dihiris.

       Daun Kaduk dicuci bersih dan dilap kering. Kalau suka boleh rendam dulu dalam air garam selama 10 minit. Kemudian dibilas bersih.

       Cara menghidang ialah ambil sehelai daun kaduk. Lipatkan sedikit seperti kelongsong. Susun didalamnya semua bahan-bahan. Kemudian dicurah sedikit sos.

       Kjee guna udang kering berwarna oren yang diberi oleh seorang rakan. Bukan macam udang kering biasa. Kalau korang guna udang kering biasa pun okay. Cuci dan keringkan. Jika udangnya terlalu kasar, cincang sikit. Sos pun boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais.

       Rasanya? Kalau korang tak pernah rasa, cubalah. Buat kali pertama, tentu ada rasa yang pelik terutama sekali daun kaduk itu. Tetapi setelah mencuba, terutama sekali setelah dicampur dengan segala condiments dan sosnya yang manis serta pedas, susah kot hendak berhenti.

       Itu sahaja. Selamat mencuba. By the way, ada orang kata nama Melayu untuk Miang Kham ialah Colek Daun Kaduk.






Saturday, April 4, 2026

ketam

KARI KETAM vs SAMBAL TERUNG






Menu semalam. Kari Ketam dan Sambal Terung. Sejak Kjee kecik lagi kalau arwah Bonda masak lauk ketam, jangan nak ada lauk2 lain kecuali satu sayur. Mesti lauk lain tak laku sebab semua sibuk 'mengerjakan' ketam... 

Jadi, mengambil ikhtibar dari pengalaman bersama Bonda, Kjee pun gandingkan Kari Ketam dengan Sambal Terung. Biasanya Kjee buat Terung Berlado Udang Kering. Tapi semalam ubah selera pulak. Kjee buat sambal biasa tapi kisar sekali udang kering.

Masa masak Kjee campakkan kiub ayam (sepatutnya kiub ikan bilis tapi tak de stok). So dah masin tak payah bubuh garam. Masak sambal tu sampai kering betul2 dan hampir garing barulah dimasukkan terung yang telah digoreng separuh masak terlebih dahulu.



Kjee guna terung telunjuk. Selalunya terung telunjuk warna hijau tapi semalam Kjee guna yang warna purple. Hmmm sedap betul. Ada berbaki semalam, Nadia simpan dalam freezer.

Untuk kari ketam, Kjee beli 5 ekor je. Itupun dah sekilo setengah. Penghuni rumah tak ramai. Dapat makan sampai ke malam.



Kari ketam Kjee buat macam selalu je. Resipi di sini. Cara ini jer yang Kjee tahu sejak turun temurun. Hehehe.

Kalau ada sesiapa nak mencuba silakan. Tak perlu mintak izin. Sikit lebih kurang halal yer.

Tuesday, August 27, 2024

lauk pauk

BAKSO JAWA MALAYSIA



        Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'.
        Seperti biasa, timbul keinginan untuk masak sendiri. Pernah dulu seorang mbak (kakak) beritahu kuah Bakso mesti letak buah keras. Isyhhh bukan ke buah keras untuk menjadikan lauk pauk lebih lemak.  Kjee terlupa pulak nak tanya kenapa harus letak buah keras.


        Mula2 Kjee rebus sedikit daging. Adalah lebih kurang 100 gms. Bakso ori, orang sana guna tulang lembu. Kjee tak ada jadi guna daging. Ini untuk mendapatkan kuah bakso yang berasa daging. Kalau tak ada daging, boleh guna 2 atau 3 kiub daging. Rebus daging sampai lembut.
        Kjee mayang dua labu bawang besar yang taklah besau sangat. Juga 4 ulas bawang putih dan satu inci halia. Kemudian ditumis dalam minyak yang sedikit sehingga warna keperang-perangan.

        Sementara menunggu gorengan itu siap, tumbuk tiga biji buah keras bersama satu sudu kecik serbuk lada putih. Dah halus, masukkan gorengan tadi ke dalam lesung. Tumbuk sampai halus.

        Kemudian kaup semua bahan yang ditumbuk tadi dan masukkan ke dalam periuk rebusan tadi. Apabila sudah mendidih, rasa. Kjee letak jugak 2 ketoi kiub daging. Tak perlu letak garam. Kalau masih tidak mencupi rasanya, tambah seketul lagi kiub daging. 
        Apabila sudah mendidih, potong2 sayur sawi dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kjee hanya letak bebola daging bakso setelah api dipadam. Ini untuk elak bebola daging itu pecah. Dalam kata lain, sekadar celur sahaja.
        Hidang panas-panas dengan sambal cili. Cara orang sana, cili padi dan seulas dua bawang putih ditumbuk dan dicampur kicap manis.
        Oh ya lupa pulak, Bakso juga dimakan dengan bihun atau mi kuning. Kjee dan UnclePali suka Bakso Kosong aje.
        Selamat mencuba.



Friday, August 16, 2024

lauk pauk

CUTLET IKAN



        Kjee selalu buat bergedil. Simpan beku dalam freezer, celup telor dan goreng apabila terasa lapar. Biasanya Kjee buat ikut apa protein yang ada. Ayam atau daging. Tetapi ada juga buat letak chicken atau beef cube jer. Kita yang buat dia kan!
         Pagi tadi tetiba terfikir nak buat bergedil. Sewaktu intai dalam fridge, ternampak seekor ikan kembung goreng. Dah dua hari kot UnclePali goreng. Ingatkan dia dah bagi makan anak2 bulus.
         Tarrraaaa boleh buat Fish Cutlet atau Bergedil Ikan. Biasa makan kat Restoran Daun Pisang. Tetapi sekarang dah tak jumpa lagi. So, buat lah sendiri kan! Resipi sendiri. Olah dari resipi Bergedil yang selalu Kjee buat.
        
           Ikan kembung itu disiat-siat. Dapatlah dalam satu mangkuk kecik. Goreng sebiji kentang dan tumbuk. Campurkan bersama ikan, satu biji bawang besar (yang kecik) dan cili flakes. Juga satu butir telor. Gaulkan. Letak garam.
         Kemudian dikepal-kepal padat macam buat bergedil. Rehatkan dalam fridge lebih kurang 30 minit.


         Sebelum dikeluarkan untuk goreng, pukul sebiji telor. Golek cutlet nipis2 dalam tepung jagung kemudian celup dalam telor yang telah dipukul manja tadi. Gorenglah macam biasa. Api sederhana sahaja.
         Siap! Kjee suka sangat ratah bergedil. Kjee tak letak garam sebab ikan goreng tu dah cukup rasa. Kalau u all nak letak, boleh jer.
        Tiada rotan, akar berguna. Tiada daging/ayam, ikan lebih goreng semalam pun jadi lah. 😂

           

Saturday, August 10, 2024

lauk pauk

MLCP SARDIN PETAI


        First time Kjee cuba masak lauk Lemak Cili Api Sardin letak petai. Tak dapat bayangkan selama ini sardin masak gulai lemak cili api. Tetapi Kjee pernah masak kari. Manakala UnclePali konfiden mesti sedap sebab dia memang suka sangat sardin dalam tin.
       Apabila my bff Azlinda Hashim kata sedap, Kjee pun ajak UnclePali tolong masak. Laju dia tolong maklumlah dia sedar Kjee tak sihat.
        First thing first. UnclePali goreng satu tin ikan sardin. Ada suruh hati2 nanti meletup satu dapur. UnclePali selamba aje sebab dia memang pro goreng sardin. Masa menunggu, celur satu genggam kecik petai. Jangan lama2 sangat. Lepas itu tos airnya. 
        Sepatutnya petai tak perlu buang kulit. Hanya kikis sedikit dulu permukaan kulit. Tetapi UnclePali dah buang semua kulit dan letak dalam peti ais, semalam.
       Masak cam biasa. Tumbuk cili padi (Kjee letak 12 biji), kunyit hidup dan dua batang serai. Kemudian masuk semua bahan tumbuk ke dalam periuk bersama satu kotak santan. Didihkan guna api perlahan. Apabila dah mendidih letak 1 asam keping dan petai tadi. Rasa. Letak garam ikut citarasa.
        Perlahan api dan masukkan sardin goreng. Kacau perlahan-lahan kemudian padam api.
 
        Sebaik padam api, UnclePali terus capai sudu dan rasa. Tunjuk dua ibu jari.
"You suruh I diet tapi masak sedap2!" Isyhhhh alasan. 😂
         Selamat mencuba. Masak lemak cili api stail Nismilan tak letak bawang. Cuma tumbuk cili padi dan kunyit.


Wednesday, September 20, 2023

lauk pauk

SAMBAL TUMIS SOTONG TIN


         Kalau Kjee teringin nak makan sotong yang dalam tin jenama Rex, UnclePali mesti risau. Hehehe sebab dia kena keluar masuk hutan opps supermarket, cari. Biasanya tak dapat. Dia kata mungkin kilang tu dah bungkus. Pepandai jer kan!! 
        So apabila tanya frens kat FB (mereka macam kaunter pertanyaan Kjee 🤭), ramai kata ada kat Mydin atau Lotus. UP pernah ke Lotus tapi tak ada stok. Suruh ke Mydin, hmmm dia malas nak layan. 
         So orang mengantuk disorong bantal. My fav aunty Mai suruh staff dia cari (tanpa pengetahuan Kjee). Tetiba muncul aje depan gate bawak 4 tin! Thnx so much Aunty Mai. 😘
         

         It used to be RM10 satu tin beberapa tahun lalu. Tetapi informer FB Kjee (termasuk Che Mat Gebu) kata harga dah naik. RM13 hingga RM15 satu tin besar.  Wadduhhhh! 
         So pepagi tadi Kjee dah proses. Mujur cili kisar memang sedia ada dalam freezer. So tak lah renyah sangat sebab sehari dua ni Kjee tak sihat sangat. 
         First thing first. Kena keluarkan sotong dari dalam tin. Isyhhhh kecewa sikit. Isi tak banyak sangat macam biasa tapi janggut banyak. Selalu banyak dan puas makan. 



         Pastu buatlah sambal tumis macam biasa.  Ikut ajelah resipi korang. Tetapi rasa-rasanya ini first time Kjee buat sambal letak belacan. Dan kejadiannya buat Kjee happy. UP pun puji sedap.  Kali ini Kjee masukkan sekali kuah yang didatangkan bersama sotong tersebut. 
         Eh lupa nak cakap yang selama ini Kjee makan sowang2 jer. Tetapi arini, UP terlajak suka pula. Ada pulak Egg Drop Soup. Hmmmm laju dia makan. 



         Foto atas 👆 dalam pinggan iaitu nasi secoit tu lah yang Kjee makan tadi. Bukan tadi aje tetapi itulah portion nasi Kjee tiap hari. Sikit jer sebab sejak jadi warga emas, Kjee dah tak selera makan nasi. Cuma ratah lauk jer setiap hari. 
         Sambal sotong ni sedap makan bukan sahaja dengan nasi tetapi lemang ke, lempeng bodow, ubi kayu rebus... The list is endless ikut citarasa korang lah. 





Monday, September 18, 2023

lauk pauk

RENDANG KERANG BULU


         Kjee jarang beli kerang. So apabila UnclePali kata nak makan kerang rebus, Kjee pun suka sangat. Suruh dia bawa Kjee ke pasar tani di Desa Setapak, pagi semalam (Ahad).
         Kjee risau juga nak beli kerana sebab the last time kami makan di Melaka, kita kena food poisoning. Teruk juga. 
         Tiba di Pasar Tani Desa Setapak, Kjee singgah kat gerai yang selalu Kjee singgah. Mata liar cari kerang. Tak ada. Penjual syor Kjee terai Kerang Bulu. 
         Kjee pandang. Kenapa kulitnya warna hitam? Itu bulunya kata budak itu. Kerang laut dalam. Susah nak hilangkan bulunya. Tetapi isinya sedap. Kenyal. 
         Kenyal? Lebih tepat liat! Foto bawah ni Kjee google. Sebab sampai rumah terus cuba buang bulu. So terlupa nak foto. 


         Mak aiii. Susahnya nak berus hilangkan bulu tu. Kjee guna berus plastik dan berus besi. Gagal. Mulut Kjee bising. UP dengar. Dia masuk dapur dan suruh Kjee tepi. Kjee keluar dapur. Dengar dari jauh dia bebel. "Lain kali tak payah beli. Nyusahkan badan!" 
         Beli sekilo jer. Rm13. Dekat sejam baru siap bersihkan sebiji sebiji. Kjee rebus tanpa air bersama daun kunyit. Cuba keluarkan isi. Ada yang mudah. Akhirnya UP guna lesung pecahkan. 

         Dah penat. Simpan dalam freezer. Nanti nanti lah masak Rendang, Kjee pujuk hati. 
         So tadi kjee keluarkan. Blend cili padi, bawang merah, bawang putih dan kunyit sampai halus. Tumis sampai terbit minyak. Campak dua batang serai. Kemudian masuk setengah kotak santan. 
         Dah mendidih, masukkan kerang dan satu asam keping. Apabila nak padam api, Kjee rasa. Terlajak pedas. 
Perlu garam. Memang Kjee nak buat rendang pedas stail Nismilan. 
         Itu jer nak story. Rasa rendang sedap kata my asben. Tetapi lain kali tak payah beli lagi Kerang Bulu. Liat. I also agree. 



         Rendang cara Nismilan bukan macam rendang biasa. Ia mirip Masak Lemak Cili Api yang kering. 







     

Monday, August 21, 2023

lauk pauk

MASAK LEMAK CILI PADI OTAK LEMBU


         Aritu Kjee masak Lidah Lembu. Ini pulak Otak Lembu. Hehehe tak lah bukan Kjee beli sampai satu ketoi kepala lembu tu. Cuma ketika beli lidah lembu, UnclePali turut beli otak. 🤭
         Ini antara dua lauk yang Kjee anggap eksotik. Susah nak dapat orang jual lauk otak Lembu. Lauk lidah lembu ramai yang jual. 
         So, aritu untuk tunaikan hajat bff Kjee, Aishah Ali kita pun usahakan lah. Aishah kalau disebut aje MLCL Otak Lembu terus dia terliur. 😋
         Kepada yang tak minat lauk ini, tak payahlah baca entri ini ya. Kjee tak kesah. Polis pun tak tangkap. 😁😁😁
         Selain masak lemak cili padi, Kjee tak tahu otak lembu boleh dimasak lauk apa. Kalau buat masak lemak, harus terlajak pedas. 
         Otak lembu hanya dijual oleh peniaga yang jual daging segar. Tak pernah pulak jumpa otak lembu beku yang diimport. 
         Harga sekarang sudah dua kali ganda dari dulu. Kjee pernah beli seketoi rm10. Sekarang paling murah pun rm20. 
         Oleh kerana masa masak aritu, Kjee tak sihat sangat, maka terlupa untuk amik foto otak yang belum masak. Mujur Cik Google ada. 


         Anyway, korang nak terai busy boleh klik link SINI. 




     

Monday, August 7, 2023

lauk pauk

LIDAH LEMBU MASAK MERAH

         Apabila UnclePali sengih2 bawak masuk lidah lembu yang dibelinya di gerai daging Taman Permata, Kjee hepi dan risau. Hepi sebab suka sangat makan sup lidah lembu. Tetapi, risau jugak sebab ini kali pertama nak masak lidah lembu.
         Nak masak apa hah? Sup ala mamak, lidah daging merah atau goreng kunyit aje? Sup mamak terbaik di hujung Jalan Raja Abdullah, Kpg Baru. So antara masak stail merah atau pedas ala2 Thai. 
         Maka Kjee google dan masak merah jadi pilihan. Kjee pernah buat Daging Masak Merah. So no hal lah kan? Ganti aje dengan lidah lembu. 
         Cuma bab nak siat kulit lidah lembu tu masalah sikit. Blog yang Kjee intai beritahu celur dulu lidah tu kemudian siat aje kulit lidah tersebut. Tetapi omputih kata, It's easier said than done! 
         Jadi mokcik terkial-kial bab siat tu lepas celur dalam air panas. Akhirnya buat cara kita. Guna pisau tajam dan hiris pelan2 kulit tu. Masa buat tu, jangan fikir yang bukan2. Nanti tak lalu nak makan. Hehehe. 
          Pastu rebus dalam Pressure Cooker lebih kurang 30 minit. Dah elok lembut keluarkan, masukkan dalam periuk kecik, bubuh air rebusan dan sedikit pewarna merah. Lepas tu biarkan sejuk sekejap dan hiris2. 


         Kemudian Kjee potong bulat2 dua biji bawang besar. Hiris empat lima biji cili padi merah. Ketuk2 dua batang serai. Tumis semuanya sehingga layu. Letak lebih kurang setengah cawan air rebusan tadi. Pastu bubuh dua sudu makan sos tiram dan juga dua sudu makan sos cili. 
        Dah mendidih kuah, ramas2 tiga helai daun limau purut. Masukkan bersama semua hirisan lidah lembu tadi. Masak sehingga mesra. Rasa. Siap. Hidang terus.