DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label buah-buahan. Show all posts

Friday, September 24, 2021

KEK PISANG BERANGAN


      Banyak kali dah buat kek pisang resipi Raihan blogger Periuk Tanah. Terbaik! Thnx Raihan. Tetapi apabila buat selalu sedih tengok kek merekah dipermukaan setelah siap masak.
      Ada kata suhu oven terlalu tinggi.  Mujur my bff Larry, beri link satu video. Banyak sebab rupa2nya. Antaranya memang suhu oven tinggi. Tetapi punca lain adalah kerana terlalu banyak baking powder atau sebarang serbuk penaik yang digunakan. Acuan/loyang terlalu kecil juga antara sebab yang selalu kita lalai. Dan juga kedudukan loyang/acuan. Tidak boleh pada rak dalam oven terlalu tinggi. Kita kena pepandai adjust. 
      Maka setelah tahu semua itu, kali ini Kjee turunkan sedikit suhu. Guna acuan 8x8. Selalu guna 7x7. Alhamdulillah. 

      Ada yang tanya kenapa kek pisang mereka nampak luaran dah masak tapi dalam masih mentah?
      Hah itu Kjee rasa sebab pisang mempunyai kelembapan tersendiri. Sebab itu pertengahan kek mentah. So pepandai adjust masa membakar. 

Tambah masa lebih kurang 10 minit. Lepas itu cucuk di tengah2 guna cungkil gigi buluh. Kalau dah ok, jangan terus keluarkan acuan dari dalam oven. Api dipadam dan kek dibiarkan seketika dalam 5 minit dalam oven. Pintunya ditutup. Insya Allah. Cubalah.
      Hari ini Kek Pisang yang Kjee buat langsung tidak merekah. Kjee guna kaedah-kaedah yang Kjee sebut diatas tadi.
      Kalau nak cuba buat, sila tengok link SINI. Resipi Raihan Periuk Tanah. 

Thursday, June 24, 2021

KERABU MANGGA MUDA


       Kalau nampak mangga muda, terus register dalam otak nak buat Kerabu sama ikan bilis. Alahai sedapnya especially kalau letak extra ikan bilis garing. Perghhh.
       Dekat kawasan rumah Kjee adalah satu kampung kecil. Kampung Klang Gate. UP selalu guna jalan kampung itu untuk short cut ke jalan besar.
       Dan kiri kanan tepi jalan kampung itu ada pokok mangga. No man's land. Mangga pauh atau mangga telor. Kekadang Kjee suruh juga UP berhenti. Amik sebiji dua. Kalau ada orang kat situ, minta lah kebenaran dulu. Tapi selalunya dia kata amik aje lag. Bukan pokok dia pun. 😆
       Kelmarin, anak bujang my fren Bakyah hantar lima biji mangga. Empat dah masak dan manisnya Ya Rabbi. Semua dah bedal kecuali yang sebiji hijau. So projek Kerabu lah kan! 


       Mula2 dibuang kulit dan ditokak-tokah buah tu sebelum dihiris. Kjee amik satu hirisan. Rasa. Alamak mangga lemak lah. Sama pokok pun dengan yang manis aritu. 
       No hal. Kjee suruh UP petik lima biji limau kasturi yang ditanam kat luar pagar rumah mendiang Uncle Chong. Perah amik jusnya dan letak sedikit gula. 
       Bahan2 lain seperti foto bawah. 


       Kemudian campur lah semua bahan itu dengan mangga. Last sekali curah jus limau+gula tadi dan gaul rata. Actually masa nak makan baru gaul bilis supaya tetap garing dan sedap kruk kruk. 
      Ketika sedang makan, UnclePali kata ada satu bahan tertinggal. Kjee kerut dahi. You lupa letak kacang goreng or even gajus!! Opppsss dia lupa gajus dah habis dia ratah. Kacang tanah ada tapi... 
       Itu aje cara buat Kerabu Mangga Muda. Mudah buat kan! Hah tak reti-reti ke nak buat sendiri. 😁




Thursday, January 16, 2020

NANAS JADI PENAWAR?


   Lepas kebah dari demam, selsema dan batuk minggu lepas, Kjee ternampak satu posting pasal Seafood Shellout atau kjee rebranding bagi nama Seafood Longgok. Kalau semua seafood dimasukkan sekali masa masak dan dihidang secara longgok bukan longgok namanya?! 😁
   Maka Kjee suruh UnclePali gi beli Udang, Ketam, Sotong, Kupang dan Lala. Nak masak sendiri sebab dah sedia maklum kalau makan di restoran bukan sahaja tak menepati citarasa tapi mahal bebenor! 

   Masa UP bawak balik semua bahan ikut list yang Kjee beri, kecut jugak perut. UP kan seringkali kena Gout. Setahun adalah tiga, empat kali. Dan penyakit itu berpunca daripada pengambilan seafood yang berlebihan. Nak bagitau UP, mesti dia jawab, alaaaa ubat ada!! Tak dapek den nak nolong!! 
   So aritu kami berdua mengadaplah Seafood Longgok, yang sepatutnya cukup untuk 4 orang, berdua sahaja! Kjee awal-awal plan nak simpan sebahagian untuk dinner. Tetapi.... Hehehe. Opppps foto Seafood tu terlupa nak amik. Terlalu excited nak makan sebaik sahaja dihidangkan. 😄
   Anyway nak pendekkan story, Kjee dah keluarkan ubat Gout untuk UP. Sediakan payung sebelum hujan tau. 

   Dua hari sebelum makan Seafood Longgok tu, UP beli nanas. Setiap pagi kami lalu di gerai tepi jalan Dewan Komuniti Keramat AU4 selepas bekfes, mesti beli. Sangat2 manis dan murah. Yang dah siap kupas dan potong2 cuma rm5. Berat dlm 800gms rasanya! Kjee tak suka nanas mentah. Hanya makan nanas yang sudah dimasak. Tetapi apabila UP kata manis giler, Kjee pun terai dan sejak itu kami berdua sudah ketagihan! Tiap pagi mesti beli. 
   No no no... Kjee tidak menyimpang dari cerita seafood ke nanas! Rupa2nya nanas tu adalah penyelamat kepada UP. Dia tidak langsung diserang Gout walaupun mengadap seafood dalam kadar yang banyak!!!! 
    Tak tau lah benar atau tidak tetapi nanas itu telah berjaya rasanya menyahkan uric acid dari bertakung!! Wallahualam. 
   So the moral of this entry is, ikhtiarlah. Gout is very painful. Sangat menyakitkan. Kalau UP kena, dia hanya telan painkiller dalam dos yang tinggi. That is very bad for his organs, tetapi itu sahajalah cara menahan kesakitan. 
   Prevention is better than cure. So kalau korang yang ada Gout nak cuba, bolehlah. Tetapi UP nampaknya happy sangat sekarang. Nanas dia suka, seafood apa lagi kan! 
    Tadi beli nanas dah simpan dalan fridge. Tengah hari karang, di waktu panas terik, kami bedal. Hehehe.