DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label tahu. Show all posts
Showing posts with label tahu. Show all posts

Sunday, November 15, 2015

TAUFU KUKUS SOS MANIS






Hidangan untuk mereka yang nak diet. Ya ker? Entahlah... kalau makan ini sahaja boleh lah kot kan. Hehehe.

Hidangan ini pasti favorite kami kan. Kalau tidak takkan buat. Betul tak? Dah gaharu, cendana pulak.

Hidangan ini mungkin elok untuk vegetarians atau mereka yang tak makan any meat. Walaupun Kjee gua sos tiram tetapi Kjee beli jenis perisa sos tiram yang vegetarian. Bukanlah Kjee dah vegan sekarang tapi cuba elakkan seafood sebab UnclePali kena gout.

Nak keluarkan taufu ni dari bekasnya cukup susah. Silap haribulan boleh pecah. So hati-hati lah yer.








Kukus selama 10 minit. Kemudian sediakan sos. Bahan-bahannya, 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos hoisin dan 1 sudu plum sos. Kalau tak ada plum sos dan hoisin sos, letak sahaja 1 sudu besar kicap lemak manis.

Campur semua sos bersama 1 sudu kecik tepung jagung. Letak lebih kurang 4 sudu air, kacau rata dan masak guna api sederhana sampai pekat. Kalau perlu, tambah sedikit kicap cair atau fish sos atau garam untuk seimbangkan masin dan manis.

Apabila taufu sudah dikukus, padam api dan curahkan sos manis tadi. Kemudian susun cili merah dan hijau dan daun bawang. Tabur juga bawang goreng masa hendak makan.

Itu sahaja. Mudah kan?

Ini satu lagi cara lebih mudah. Curah jer kicap lemak manis dan kicap cair atau sos ikan. KLIK SINI.




Tuesday, August 13, 2013

MIHUN KARI NYONYA KJEE YANG BEST...EWAH






Inilah hidangan Mi Kari Nyonya ketika sahabat seperjuangan Kjee di NST dulu, Asraf Dahari (yang jugak Photographer fav arwah Sudirman), isterinya Aida dan anak daranya Amira, penyanyi utama kumpulan TILU, datang berkunjung. Mi Kari Nyonya memang fav Asraf. Kononnya dia sanggup terjah jauh mana pun kalau ada orang kata Mi Kari kat kedai sekian2 sedap!

Mulanya Kjee nak buat soto ayam sebab ada nasi impit. Kjee kol Asraf dan dia kata okay jer. Tapi apabila Nadia kata nak makan Mi Kari Nyonya, Kjee call Asraf sekali lagi. Bukan main suka lagi dia!

Oleh kerana Kjee tak berapa sihat, Nadia ditugaskan membuat segala persiapan dan Kjee buat rempah Mi Kari. Tugas mengopek kerang, bidang kuasa Kjee dan UnclePali sebab Nadia allergik kopek kerang tapi makan tak allergik!!

Dalam gambar tak nampak ayam sebab gambar ini Kjee ambil pagi selepas ia dihidangkan kepada tetamu semalam. Kjee bekalkan sedikit buat Aiman, anak bujang Asraf yang tak datang sebab puasa sunat. Nadia pulak bekalkan buat ibu CH dia, si Sham.

So bila nak amik gambar tadi baru Kjee perasan ayam tak ada. Hanya ada chicken balls Ayam Mas, taugeh, taupok dan kerang. Tapi korang bayang-bayangkan ajelah dalam mangkuk tu ada ayam. Hehehe.

Rempah semalam banyak berbaki. Nadia dah bekukan dalam freezer supaya senang kalau ada tetamu datang. Cuma tambah santan, ayam dan semua yang sewaktu dengannya. Yang leceh buat rempahnya kan? So kalau ada yang teringin, koling2 jer lah yer.

Untuk resipi korang klik sini. Sedap Mi Kari ni. Kalau korang tak percaya, buatlah. Ewah.






Thursday, July 25, 2013

CHINESE FOOD UNTUK BERBUKA HARI NI?












Apabila kita bercerita mengenai Chinese Food atau makanan Cina, pasti ramai beranggapan ia makanan yang tidak pedas. Oppps silap tu. Sejak kebelakangan ini, makanan Cina pedas2 terutama sekali kalau menu itu dari daerah Szechuan, China.

Daerah Szechuan dikatakan daerah paling sejuk di negara itu, jutru mereka memasak makanan pedas2 supada badan menjadi panas.

Anyway, idea hidangan Kjee biasa2 jer. Makanan yang Kjee reti masak. Mungkin boleh jadikan idea untuk korang.





Resipi klik SINI

Butter Prawns. Resipi klik SINI


Ikan Siakap Kukus. Resipi SINI

Resipi klik SINI

Sunday, July 21, 2013

IDEA HIDANGAN BERBUKA PUASA/SAHUR ... 5





Hari ni Kjee nak kongsi tiga resipi yang sedap tetapi agak mengambil masa untuk disediakan. Sebab itulah Kjee syorkan dibuat di hujung minggu. Anak2 ada dan korang yang berkerja, cuti.

Semalam Kjee ajak UnclePali pergi pasaraya Sri Ternak di Selayang. Dah dua hari Kjee teringin nak makan Sotong Kangkung. Dalam perjalanan, Kjee pun senaraikan barang2 yang perlu dibeli dalam bentuk sms. Maklumlah sampai sana nanti, UnclePali yang turun. Kjee seperti biasa jadi penunggu kereta.

Sampai rumah, semua barang ada kecuali Sotong Kembang! Laa baru teringat sotong kembang tiada dalam senarai yang Kjee text pada UnclePali. So melepaslah nak makan!

Sotong kembang memang susah nak dapat. Sesekali Kjee nampak ada di Tesco. Harganya tak mahal. Masa Kjee meniaga dulu sekilo sekitar RM4 atau RM5. Sekarang tak tau.

Nak tau cara buat korang klik pada resipi pada gambarnya yer.





Sotong Kangkung. Resipi SINI 



Ini pulak Tahu Bakar. Sos yang digunakan, sama dengan sos Sotong Kangkung. Mudah disediakan dengan kos yang lebih murah. Tetapi mesti ada tahu atau taupok yang sudah siap sedia digoreng. Boleh didapati di kebanyakkan pasaraya dan jugak pasar basah.

Dulu Kjee buat guna oven toaster. Tapi kalau guna kuali leper pun okay juga.

Masa meniga dulu Kjee guna sagat seperti yang digunakan oleh peniaga Siam untuk buat Somtam untuk sagat sengkuang. Tapi ricik halus2 sebenarnya lebih sedap kerana air senkuang tu tidak keluar dan lebih manis rasanya.




Tahu Bakar. Resipi SINI 




Resipi ketiga Kjee ni, Fucuk Dumplings, sedap dan mudah disediakan. Intinya bolehlah korang guna udang, ikan ataupun ayam.

Kjee selalu buat Fucuk Dumplings ini untuk minum petang. Tetapi kekadang Kjee buat jugak sebagai lauk sampingan. Suka hati kitalah kan...Kita yang buat dia. Hehehe.



Fucuk Dumplings. Resipi SINI




























Selamat Mencuba.

Friday, September 23, 2011

INI JER YANG KJEE SELERA SEJAK DEMAM DAN SAKIT TEKAK



Thursday, June 16, 2011

TEMPE, TAHU, TERUNG PIPIT & BILIS TAMBAN BERLADA




Tu dia panjangnya nama. Nak menyediakannya jugak renyah. Tahu, tempe, terung pipit dan bilis tamban nak kena goreng dulu. Kemudian barulah masak berlada.

Ini makanan orang Minangkabau. Sekarang dah panggil orang Minang jer. Tadi pergi Branang, seperti biasa, Unclepali kena dera petik terung pipit atau terung rimbang ni kat tepi jalan. Tapi oleh kerana isteri Unclepali baik hati hari ni, dibawak juga gunting supaya jari Unclepali tak kena duri. Mana nak dapat isteri sebaik ini kan? Amboi..hehehe.

Ingatkan Kjee naklah masak lemak cili api ikan kembung pekat2 dan pedas2 bubuh terung ni. Tapi my anaknda kata dia nak makan goreng berlada untuk berbuka. So kena hormat orang puasa. Eh tekak kita tak pulak dia nak hormat. Kita pun puasa. Tapi demi anak...

Hari tu Kjee buat Kjee rebus atau celur terung rimbang tu. Tapi ada pulak kata orang Minang buat, digoreng dulu terung tu. So today Kjee follow. Dalam gambar nampak cam green peas pulak kan?

Resipi korang ikut je resipi ini Tapi yang hari tu  bubuh petai. Gantikan je lah dengan terung pipit. Sorry bukan malas nak taip balik tapi pose...tak larat.

Hari ni ada kurang sikit ramuan. Cili hidup tak ada banyak so Kjee campur cili api. Sebab itu gambar nampak kureng menarik kan? Pastu guna ikan bilis tamban, lagilah tak lawa gambar. Hehehe

Tadi lepas masak, Nadia yang duduk sebelah memerhatikan Kjee, kata :"nasib baiklah pose...kalau tidak, semangkuk mama, semangkuk Nadi... meratah..."

Hari ini untuk berbuka selain lauk ini, telor masak taucu klik sini dan untuk dessert, mangga water lily, siam mali. Manis giler. 

Sunday, May 15, 2011

Kudapan Fucuk Dumplings lagi!







Masa hujan lebat petang semalam, Kjee tak tau apa nak buat untuk minum petang. Kemudian teringat ada fucuk. Terus Kjee ke dapur dan keluarkan fucuk dan rendam. Pastu bukak freezer jumpa isi dada ayam. Terus masukkan dalam microwave dan defrost.

Kemudian mulalah projek. Resipi ini pernah Kjee buat beberapa bulan yang lalu. So Kjee copy paste je dibawah. Cuma kali ini Kjee buat lain sikit bentuknya tapi sebenarnya resipi sama.

Nak buat berjam jam, makan tak sampai 10 minit licin. Hehehe.

Yang tak pernah cuba, cubalah. Tak de paksaan.

Jom kita tengok resipi.

BAHAN2NYA:

1 keping isi ayam (bahagian dada)
15 ekor udang sederhana besar (ikut suka)
½ batang carrot disagat halus
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 tangkai daun bawang dimayang halus
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecik minyak bijan (optional)
garam atau sos ikan
lada hitam
2 kepung fucuk direndam sampai lembut

CARA:

1. Ayam dibuang kulitnya dan dipotong kecik2. Pastu masuk dalam blender kering dan kisar sampai halus.   Boleh guna food processor tapi tadi Kjee malas nak keluarkan. Kemudian kisar pulak udang yang telah dibuang kulitnya. Campurkan ayam kisar dan udang dan gaul sampai rata. Masukkan carrot yang telah sagat halus dan daun bawang serta minyak bijan. Gaul rata. Kemudian bubuhlah tepung jagung, serta perasa iaitu kicap/sos ikan atau garam. Kalau suka boleh bubuh sedikit msg. Gaul lagi sampai rata guna spatula. Okay paste dah siap.
2. Potong fucuk pelan2 takut ia koyak. Letak atas pinggan. Ambil satu sudu paste dan letak atas fucuk tadi. 
3. Kemudian gulung.
4. Kemaskan tepinya. 
5. Susun dalam kukusan. Air mesti melegak baru dikukus.
6. Kukus selama 20 minit atau sampai masak.
7. Makan dengan sos cili.

fucuk. utk buat dumplings guna yg sebelah kiri


Friday, April 8, 2011

Taufoo Jepun Lembut Kukus




Yang lembut tu taufoo tau bukan orang Jepun. Jangan lak baca...taufoo si Jepun lembut. Marah nanti dia orang kan? Hehehe gurau jer sekali sekala.

Ini salah satu makanan yang cukup elok untuk yang nak diet. High in protein. Bukannya mahal. Satu peket kira2 rm1.50 jer. Tapi kalau Kjee makan kat restoren Chinese Muslim sampai RM8 sepinggan. Cekik darah!

Kali ini Kjee buat Kjee bubuh hirisan cendawan fresh Shitake. Kalau tak de tak payah bubuh. Nasib baik Unclepali tak suka sangat so tadi Kjee makan sorang jer. Maklumlah Kjee dah kureng makan nasi. So malam ni kena buat untuk Nadia pulak.

Kjee suka sangat kalau bubuh hirisan daun bawang dan bawang goreng banyak2 masa makan. Hmmm.

Jom intai resipi.

BAHANNYA:

1 peket taufoo
cendawan shitake (optional)
2 sudu besar kicap manis (Kjee guna cap kipas udang)
2 sudu besar fish sos
bawang goreng
daun bawang
cili merah

CARA:

1. Panaskan kukusan
2. Keluarkan taufoo perlahan2 dan susun atas pinggan.
3. Hiris cendawan dan susun sekeliling taufoo.
4. Bila air sudah mengelegak, kukus taufoo selama 7 minit.
5. Keluarkan dari kukusan, tuangkan kicap keatas taufoo.
6. Kemudian hiaskan dengan bawang goreng, daun bawang dan hirisan cili merah.


Saturday, April 2, 2011

Snek Fucuk Dumplings

Hari ini Kjee buat snek atau kudapan untuk minum petang. Walaupun nampak jer kenit2 tapi Kjee makan lima biji dah kenyang sangat. Hari tu Kjee beli yang frozen kat Sri Ternak tapi isinya ikan. Rasa ala2 fish ball.

Jadi hari ini Kjee buat bubuh isi ayam dan udang dan carrot. Kalau tak suka bubuh udang, gunakan sepenuhnya isi ayam bahagian dada. Atau boleh buat guna ikan. Ikan apapun boleh. Kalau anak2 tak suka carrot, tak payah bubuh. Kita yang buat dia.

Mestilah rasanya lagi sedap kalau buat sendiri, kan? Banyak jugak dapat hari ini. Kalau nak simpan dalam peti ais, kukus separuh masak dulu. Pastu simpan kemas2 dalam bekas kedap udara di freezer. Nak makan baru dikukus.

Jom kita tengok resipi.

BAHAN2NYA:

1 keping isi ayam (bahagian dada)
15 ekor udang sederhana besar (ikut suka)
½ batang carrot disagat halus
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 tangkai daun bawang dimayang halus
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecik minyak bijan (optional)
garam atau sos ikan
lada hitam
2 kepung fucuk direndam sampai lembut

CARA:

1. Ayam dibuang kulitnya dan dipotong kecik2. Pastu masuk dalam blender kering dan kisar sampai halus.   Boleh guna food processor tapi tadi Kjee malas nak keluarkan. Kemudian kisar pulak udang yang telah dibuang kulitnya. Campurkan ayam kisar dan udang dan gaul sampai rata. Masukkan carrot yang telah sagat halus dan daun bawang serta minyak bijan. Gaul rata. Kemudian bubuhlah tepung jagung, serta perasa iaitu kicap/sos ikan atau garam. Kalau suka boleh bubuh sedikit msg. Gaul lagi sampai rata guna spatula. Okay paste dah siap.





2. Potong fucuk 4"x4" pelan2 takut ia koyak. Letak atas pinggan. Ambil satu sudu paste dan letak atas fucuk tadi. 











 tangan ehsan nadia. hehehe





3. Kemudian gulung.
















4. Kemaskan tepinya.















5. Susun dalam kukusan. Air mesti melegak baru dikukus.
















6. Kukus selama 25 minit atau sampai masak.










7. Makan dengan sos cili.










Tuesday, February 8, 2011

TAHU BAKAR SOS PEDAS

kjee dah kata hari tu kalau otak dah beku tak tahu apa nak tulis atau kalau sibuk buat skrip, kjee akan masukkan entry resipi. kali ni, kjee nak bagi korang terliur dengan resipi tahu bakar.

ini antara makanan favorite kjee. tapi sejak pandai buat dah tak selera lagi makan kat luar. ada jer yang tak kena. daripada menyumpah tak tentu arah, baik ler jangan makan. itulah susahnya bila kita dah pandai buat sendiri dan kena lak dengan tekak kita. orang lain buat semua ada ajer yang nak komplen.

okay bercerita pasal tahu bakar ni. mula2 niaga dulu kjee buat sos hitam pekat yang guna base taucu manis. ala macam sos yong taufu tu. lama gak kjee guna resipi tu. resipi dia ala rasa cina. satu hari ada member datang gerai. dia bagi resipi ni untuk sos tahu bakar. dia kata ini sos kaw johor mali. arwah kakak ipar dia yang guna buat niaga. memang laku gila! so kjee ni cam biasa terai ler. eh sedaplah. so kekal lah ia menjadi sos tahu bakar kami. resipi ala sos yong taufoo tu terus kami buang.

untuk sosnya, semuanya ada lima item...sama sukatan. kalu guna cawan make sure yang sama. 1. cili kisar 2. gula. 3. air asam jawa. 4. petis. 5 air. campur semua bahan ni pastu masak atas api sampai dia mengelegak dan pelankan api sampai dapat kepekatan yang kita nak. itu resipi asal member tu. tapi kjee ni buat sikit perubahan.

sebenarnya, cili kering yg dikisar tu tak boleh kita nak agak kepedasannya. so kjee hati2 bila mencampurnya. kekadang tiga suku cawan dan kekadang setengah jer. begitu juga ngan petis. kekadang setengah cawan jer takut masin sangat. pastu kjee ubah lagi. cili yg dah blend tu sebelum dicampurkan ke dalam periuk, kjee campur dulu ngan air sejuk satu cawan tadi dan kjee tapiskan ke dalam periuk. sebab? kan masa kita kisar cili tadi walaupun nampak halus tapi tak halus sangat sebenarnya. so bila ditapis ngan air tadi kita akan dapat result sos yg halus dan cantik.

ok bab sos dh siap. skrg camner nk buat tahu bakar. korang mesti ada tempat membakar. kalau ada oven toaster lagi baik. belilah tahu yang dah goreng. cina panggil taupok yang empat segi. pastu belah ikut tepi tapi jgn sampai putus. susun kat pembakar dan bakar. bila dah puas hati ngan kegaringannyer, korang angkat dan susunkan timun dan sengkuang yg telah diricik halus, ditengah2 tahu tadi. tutup atau kepitkan tahu tu dan potong dua ke empat ker. pastu siram sos dan tabur kacang tanah yg telah ditumbuk halus. kacang tanah yang dah siap pun ada jual.


selamat mencuba. kalo dah buat please bagitau...jadi ke tidak yer. Oh ya lupa nk bagitau. sos ni boleh simpan lama dalam fridge dengan syarat korang tak abiskan...juga diguna untuk sos sotong kangkung or rojak buah or yong taufoo. suka hatilah. kita yang buat dia kan.

untuk sotong kangkung, celur sotong kembang (bukan sotong kering tau) dalam air mendidih selama kira2 10 minit. toskan dan dipotong ikut suka. kemudian celurkan sedikit kangkung (kangkung? ada beran makan). susunlah atas pinggan hidang berserta timun. ada orang suka bubuh sengkuang jugak. pastu siramlah kuah sos tadi. kemudian ditabur dengan bijan yang telah disangai.