Showing posts with label nasi/bubur/pulut. Show all posts
Showing posts with label nasi/bubur/pulut. Show all posts

Monday, July 17, 2023

NASI LEMAK IN DA HOUSE


         Oleh kerana Rendang Kacang Nismilan yang Kjee masak semalam ada berbaki, Kjee pun buatlah Nasi Lemak pagi ini. Itu pun setelah UnclePali kata, lauk itu sedap makan dengan Nasi Lemak.
         Memang dah lama Kjee tak masak Nasi Lemak. Kjee jarang2 makan Nasi Lemak untuk breakfast. UP pula suka nasi lemak bungkus daun pisang. Sekarang ada yang jual rm2-2.30 sebungkus. 
         Dulu masa niaga di Foodcourt Anjung Melawati kami jual rm1.20 jer. UnclePali yang bungkus. Kjee memang 'keras tangan'. 😁


         Anyway, sejak niaga dulu Kjee hanya buat Nasi Lemak stail arwah Mak iaitu separuh tanah, separuh kukus. Maknanya tanak atas dapur sehingga hampir2 kering lepas itu kukus. Memang leceh. Elok campak aje dalam rice cooker, kata ramai orang. Tetapi itu bukan cara Kjee. 
         Hati ini Kjee buat stail OnJoho. Letak sebiji hirisan bawang merah dan sedikit halba. Satu pot beras Kjee letak 1 pot santan pekat dan 1 pot air. Garam mesti secukup rasa. Barulah naik lemak. Orang sekarang niaga, nama aje nasi lemak tetapi pada Kjee ala2 nasi biasa. 🤭🤔


       Nak tahu cara Kjee masak Nasi Lemak, sila klik SINI. 


         Alamak masa nak makan tadi baru perasan lupa nak rebus telor. UnclePali terus bangun dan goreng telor. 😁



Thursday, May 18, 2023

NASI AYAM RICE COOKER


         Ini Nasi Ayam yang Kjee paling suka buat. Bukan macam Nasi Ayam biasa2. Tetapi lauknya ditumis dan dicurahkan atas nasi yang baru sahaja kering dalam rice cooker.
         Kalo korang pernah makan claypot rice (nasi periuk tanah) kat food court dalam shopping mall, hah inilah cara yang Kjee adjust. Guna aje periuk nasi elektrik. 
         So kalau masak nasi ayam cara ini, tak perlu lauk lain lagi. Dalam lauknya Kjee letak isi ayam, cendawan Shitake dan juga ikan tenggiri jeruk. Actually ikan kering masin apa pun ok. Goreng, buang tulang dan pecah-pecah. 


   
         Tetapi selalunya apabila Kjee buat Nasi Ayam cara ini, Kjee siapkan semua bahan-bahan sebelum Kjee masak nasi. Ini adalah kerana nasi sekejap aje masak. Dan lauknya yang sudah siap ditumis, harus sudah sedia untuk dicurahkan atas nasi dalam rice cooker. 
        Dibawah ini ayam yang telah diperap selama lebih kurang setengah jam. 


         Dan selepas setengah jam, baru ditumis cili kering selama dua tiga minit. Kalo tak nak letak cili kering, abaikan
Kjee guna non stick pan dan panaskan minyak. Lepas itu dituang perapan ayam tadi. 
         Isyhhh korang tengoklah resipi penuh kat SINI.  Jangan panik tengok dalam blog tu cara masak guna claypot. Korang skrol sampai hujung, ada cara guna rice cooker. 
         Kalau bahan2 semua dah siap sebelum nasi dimasak, mudah aje kerja tau. Since ini makanan orang Cina, maka memang itu stail dia orang masak. 



         Foto atas 👆 UnclePali gaul apabila nasi siap masak. Tetapi elok lah tunggu lebih kurang 10 minit setelah swis rice cooker itu mati. Buka penutup Rice cooker dan lepaskan wap. 


         Selamat mencuba. 














Monday, September 19, 2022

NASI GORENG KAMPUNG


      Kjee tahu ramai pandai masak Nasi Goreng Kampung. Kalau tidak pun akan kata Nasi Goreng emak dia paling best. Yalah kalau anak tak puji, sapa nak puji kan!
       Kjee paling menyampah kalau ada tukang masak baik yang tempatan atau overseas kata, kalau nak buat nasi goreng mesti guna nasi yang telah dimasak hari sebelumnya. Kata orang Jawa, nasi sejuk.
        Kjee pulak bab Nasi Sejuk ni, ada pantang. Arwah mak kata Nasi Sejuk ada 'angin'. So memang dielakkanlah. Kalau nak masak Nasi Goreng mesti guna nasi baru dimasak.
       Korang tahu kenapa tukang masak kata mesti guna Nasi yang telah dimasak sehari sebelumnya? Sebab nak bagi nasi tu cantik berderai sebiji-sebiji.

       Actually, dia orang tu nak kata nasi tu mesti kering dan sejuk. Nasi yang baru masak akan berkepal dan tak sedap.
       Well, Kjee ada solution. Masak nasi yang kurang air dari biasa. Apabila dah masak, keluarkan, letak atas dulang. Ratakan dan biar sejuk betul2. Dua tiga jam. Lepas itu masaklah.
       Maka jadilah Nasi Goreng macam Kjee buat ni. Cantik, berderai-derai dan sedap ikut citarasa dan resipi masing-masing.
       Resipi Kjee, cili padi dan bawang putih ditumbuk. Kemudian masukkan ikan bilis. Tumbuk lagi sampai halus. Bawang besar dipotong bulat2. Kjee letak hirisan kacang panjang sebab ada stok. 
       Tumis bahan tumbuk sampai garing. Kalau tak garing, tak sedap. Kemudian masukkan hirisan bawang dan kacang panjang. Lepas tu, masukkan telor sebiji dua. Telor dah mengeras sikit baru masuk nasi. Kjee letak sedikit kicap manis dan kicap cair. Kalau tak suka letak ler garam. Makan dengan telor dadar, ayam goreng atau ikan goreng. 
      Kalau ada guna nasi sejuk dan nasi itu bergumpal, basahkan tangan dan leraikan pelan2 nasi tu. Itu jer. 

       

Wednesday, April 13, 2022

BUBUR LAMBUK SEDAP


       Sejak Kjee terbaca satu rencana kononnya pengidap Diabetes tidak boleh makan nasi lembik termasuk bubur, Kjee jadi takut. Itu yang buat Kjee jauhkan diri dari bubur favorite Kjee ni.
       Unclepali pulak kata, mungkin tidak digalakkan. Bukan tak boleh langsung kot, dia pujuk Kjee. Tahu sangat orang ghumah dia ni suka sangat bubur lambuk. Opkos bubur lambuk airtangan sendiri. Bukan yang lain. 🤭
       Kjee tak mahu jadi hipokrit. Rasanya Bubur Lambuk Kjee ini tiada tandingan. Ewah. Tapi tentu korang tak pernah dengar Kjee puji melambung-lambung makanan yang Kjee masak. Ada blogger (oppps jahatnya mulut aku), tiap kali buat entri makanan akan terus kata ia sedap sangat. Hmmmm. Sukati dia lah kan! 
       Anyway, saja nak bagitahu Bubur Lambuk Telor Asin+daging yang Kjee buat arini, paling perfect! Selalunya kena tambah garam atau kicap cair. Tetapi Alhamdulillah Kjee pun terkejut makan tadi. Mungkin berkat di bulan Ramadan. 


       Atau mungkin Kjee masak sikit aje sebab ia bukan makanan fav UnclePali. So, kerana teringin nak makan, terpaksa masak dan makan sowang2. 
       Kjee jarang2 masak Bubur ini guna beras yang telah dicuci, ditos dan dibekukan. Baru tahu setahun dua ini. Kononnya untuk percepatkan proses memasak. Selalunya Kjee guna Pressure Cooker. Masak lebih kurang 30 minit. Pastu kena pindahkan pulak ke periuk. Paling  menyampah nak kena cuci PC yang berat. 
       Guna beras beku, masak terus dalam periuk. Tadi ambil masa 15 minit aje mungkin kerana Kjee masak tak banyak. Tetapi apabila dah siap, cukup untuk makan dua orang. Foto bawah beras yang Kjee dah cuci kemudian bekukan. 


       Korang yang suka buat Bubur Nasi yang kosong elok ikut cara guna beras beku. Cantik sangat kejadiannya! 
       Untuk resipi penuh Bubur Lambuk Kjee ini, korang KLIK SINI. 


    

       

Tuesday, March 15, 2022

BUBUR KACANG HIJAU


       Dua minit aje dari rumah Kjee, ada gerai kuih. Macam2 lah budak Din tu jual termasuk Bubur Kacang dan Bubur Pulut Hitam. Sedap tetapi kekadang terlajak manis. Ada orang hantar, katanya. 
       Kalau buat Bubur Kacang citarasa Kjee lain sikit. Mesti letak sagu biji, mesti cukup lemak dan ada rasa masin sikit. Rasa masin itu untuk bangkitkan rasa santan. Kjee buat manis ala kadar. Kalau ada yang nak lebih manis, tambah sendiri gula dalam mangkuk masing2.
       Ini 👇 gula yang Kjee guna. Ada orang panggil gula Melaka dan sebelah negeri pantai timur panggil Gula Nisey. 


       Selalu Kjee rebus kacang hijau dalam pressure cooker. Tetapi dek kerana hari ini ada semangkuk aje kacang, Kjee rebus biasa2 letak daun pandan atas dapur. Juga letak beberapa hiris halia. Arwah mak kata untuk buang angin. Dalam sejam cantik kejadiannya. Kalau guna PC cuma 20 minit. 
       Masa menunggu kacang tu empuk, Kjee rendam kira2 setengah cawan sagu. Dalam freezer ada satu mangkuk santan pekat. 
       Dah empuk letak sekeping gula nise dalam periuk. Gula dah larut, masukkan santan. Dah mendidih perlahankan api dan letak sagu biji. Kacau bagi mesra. Apabila sagu dah elok masak, rasa. Letak garam. Kalau suka manis, tambah gula. 
       UP suka makan setelah disejukkan dalam peti ais. Kjee, apa2 pun okay. 


Friday, February 4, 2022

NASI GORENG THAI

      Dua minggu lepas, Kjee teringin sangat nak makan Nasi Goreng. Kjee selalu terliur tengok UnclePali makan kat gerai Malaya Kway Teow. Nak ke sana aritu baru teringat dia orang cuti Ahad.
      So kami ke foodcourt berhampiran Asrama Felda. Malas lah nak sebut nama gerai sebab kalau nak makan tomyam, itulah tempat kami. Takut dia baca ni, nanti ke sana lagi, food kami dicampur ubat gegat. 🤭😂😆
       Menu Nasi Goreng berderet. Macam2 sampai Kjee tak tahu nak order apa. So order jer Nasi Goreng Thai. Tapi sangat keciwa. Yang datang nasi goreng warna kuning. UP kata macam nasi goreng kunyit Rasanya? Hmmm cukuplah sekadar Kjee jamah dua sudu.
      Pagi tadi Kjee masak nasi. Ingatkan nak suruh UP buat nasi goreng cili kering. Dia terer buat. Tetapi tengok dia tengah nak siap2 nak ke Mesjid, Kjee pun terai google Nasi Goreng Thai. Letak pes Tomyam sedap kata my fren Mazita Yusuf. 

       Wahhh bahan semua ada termasuk pes Tomyam! Lain-lain bahan adalah serai, lengkuas, cili padi, bawang besar, bawang putih, daun limau purut, sos tiram dan nampla. Oleh kerana ada kacang buncis, Kjee pun cuci dan gunting-gunting. 
      Nasi memang sengaja dikurangkan air. Kjee lebih gemar guna nasi yang baru dimasak daripada nasi berbaki semalaman. Dah sejuk dikais-kais dengan garfu. 
       Kemudian Kjee ricik semua bahan. 


        Tetiba pulak terfikir kalau makan dengan daging goreng kunyit pun okay jugak kan?  So Kjee keluarkan daging sebanyak 200 grams, dipotong-potong dan gaul garam kunyit. 
       Goreng dulu daging sampai garing. Tepikan. Menggunakan minyak sama masuk semua bahan hiris kecuali daun limau purut. 
       Apabila bahan semua sudah naik bau, masukkan kacang buncis dan masak sehingga ia layu. Terus masukkan dua sudu pes Tomyam, dua sudu sos tiram dan nampla ikut rasa. Gaul. Masukkan nasi lebih kurang dua mangkuk. Kacau sehingga mesra. 
        Rasa. Kalau nak tambah nampla, boleh lah ikut rasa. Setelah naik wap, tabur daun limau purut. Padam api. Hmmm terpedas sikit tapi UP memang suka pedas. 
       Buatlah telor dadar juga kalau suka. 
Hidang nasi bersama Daging Goreng dan Telor Dadar. 
        Hasilnya? Hmmm sedaplah lagi dari makan kat gerai Tomyam aritu. 

    
       



Tuesday, June 1, 2021

LEMANG CAWAN

      Yezzza hari ini kita, semua kena kurung. Bukan sebelum ini tidak pernah kan! Total Lock Down ikut acuan pemerintah. So, kita akur sahajalah ya.
      Dan hidangan kita di hari pertama lock down ialah Lemang Cawan. Tak payah keluar cari Lemang sebab gerai yang menjualnya pun belum pasti ada
     Ini kejadian tengah hari semalam. Hidangan untuk lunch, dinner kami suami isteri. 
      Terfikir nak buat lemang sebab lauk semalam Ayam Pedas Thai. Sedap sungguh makan dengan lemang. 
      Bahan2 penting buat lemang ini ialah cawan kertas (paper cups), daun pisang, beras pulut dan santan. Kjee sukat setengah cawan pulut untuk satu cawan kertas. Sukatan guna cawan kertas tu. So pepandailah berapa banyak cawan yang korang nak buat. 
      Setelah disukat beras pulut, cuci bersih dan rendam lebih kurang 30 minit. Beras pulut akan mengembang sedikit dalam proses merendam. 
     Sementara itu, bersihkan daun pisang, gunting ikut ketinggian paper cups. Susun dalam cups. 
     Jangan lupa panaskan air dalam periuk kukusan. 

      Kjee guna setengah kilo santan pekat untuk 7 cups beras yang diisi setelah direndam. Kalau guna santan kotak, lebih kurang 2 kotak kecik. Air untuk dicampur dalam santan itu, korang agak- agak ler.            Sorry terlupa sukat semalam. Ia seharusnya cukup untuk tutup setengah inci dari permukaan beras dalam cups. Letak garam dan sedikit gula. Mesti secukup rasa. 
      Susun semua paper cups ke dalam lapisan atas kukusan dan curahkan santan. Hentak2 sikit paper cups supaya beras pulut mendap. Pastu tambah lagi santan sampai setengah inci atas beras pulut. 


      Langkah seterusnya cek air dalam periuk kukusan sudah mendidih ke tidak. Letak lapisan atas kukusan dan tutup. Kukus selama 40 minit. Pastikan air dalam periuk kukusan sentiasa mencukupi. Tak cukup, ditambah air panas! 
      Setelah 40 minit, gunakan sudu tekan2 pulut sehingga padat. Kukus lagi 20 minit. Maknanya keseluruhan masa mengukus ialah 60 minit. 

      Setelah itu, padam api dan sejukkan lemang. Sudah betul2 sejuk baru digunting paper cups, buang daun pisang dan potong-potong. 
      Makan dengan apa sahaja lauk yang disukai. Sambal tumis bilis pun ok. Tetapi Kjee suka makan dengan Serunding Daging. 


Thursday, May 6, 2021

LEPAT PULUT KACANG SPORE



      Kjee baru balik dari buat regular check-up di Klinik Kesihatan. Umur dah senja so tiap 4 bulan kena check kesihatan.
     On the way balik, Kjee scroll lauk pauk untuk Raya nanti. Tahun ni buat ala kadar aje. Maklumlah tak sihat. Mungkin satu dua lauk pastu beli lemang kat satu gerai yang menepati citarasa.
      Tapi UP kata kalau boleh elak makan lemang. Angin mak dia kata. Hmmm tapi setahun sekali tak apa kot. 🤭
       Masa scroll terjumpa foto Pulut Kacang Singapura. Kjee buat lepas dapat idea dari Ady Greatsword, blogger dari Singapura. Sangat menepati citarasa.
      Mudah buat. Sama macam buat lontong. Kjee belajar buat dari my ex sister in law dulu. Orang sana. Samalah kaedah pembikinan macam yang diajar Ady. Cuma guna beras. 
      Masa itu Kjee makan dengan Serunding Daging Kelantan. Seandainya buat Pulut ini, Kjee nak makan dengan Rendang Kelantan.

      Resipi untuk pulut kacang ni korang klik SINI.

      Dan untuk Rendang Ayam Kelantan, boleh klik SINI. 

Thursday, April 15, 2021

BUBUR LAMBUK DAGING TELOR ASIN


     Memang bulan puasa ni Kjee dah plan buat my special Bubur Lambuk Daging. Tetapi tak tahu pulak kena buat pagi ni.
     Tadi Kjee pergi Klinik Kesihatan. Doktor sarankan Kjee amalkan soft diet sehari dua ini. Kjee sengih. Ada excuse nak buat Bubur Lambuk. UnclePali kena fikir what he wants to eat for Buka Puasa. Terjah Pasar Juadah lah kot.
      Selain dari Bubur Lambuk, semalam UP beli kelapa muda. And opkos kalau beli Kelapa Muda, wajib buat jeli. Well, kan kena soft diet. 😅
      Sampai rumah terus Kjee keluarkan daging. Beras dicuci dan rendam. Lepas defrost daging, Kjee ricik halus-halus dan masuk dalam Pressure Cooker dengan beras. 30 minit rebus,  settle lah.
      Why Kjee kata Bubur Lambuk special. Hah korang kena tengok resipi penuh lah. 
       Resipi penuh Bubur Lambuk klik SINI.
       Resipi Jeli Kelapa Muda, klik SINI. 


Saturday, December 26, 2020

BUBUR NASI


     Kjee makan cam ni bukanlah kerana Kjee tak sihat. Tetapi atas arahan doktor. Kjee kena ke HKL Isnin depan. So if Kjee hilang dari radar beberapa hari, faham-faham lah ya.
     Apapun, sekarang ni kan musim sejuk. Hari-hari hujan. So Kjee tengah diserang sakit sendi atau Arthritis yang teruk. Kjee dah mengidapnya sejak berusia 20 tahun. So redho aje lah. 
      Mujur pagi tadi sebelum problem sendi semakin teruk, Kjee dah siapkan my Bubur Nasi. Berasnya Kjee dah cuci dan bekukan sejak minggu lepas. Jadi masaknya, sangat cepat. Tak sampai 20 minit sudah jadi bubur idaman kalbu.
     Untuk lauknya, Kjee buat yang simple aje tetapi sesuai dipadankan dengan bubur. Hiris bawang putih dan goreng garing. Toskan atas tisu dapur. Goreng ikan bilis garing-garing. Tos. Kemudian goreng pulak cili padi. Kalau kecik2 tak perlu potong2. Dah sejuk, campur dan makan dengan bubur. Sedap sangat.


Friday, March 31, 2017

NASI GORENG KAMPUNG LETAK BELACAN








       Apabila penyakit kurang rajin melanda, inilah kejadian untuk lunch hari ini. Musim sejuk penyakit Arthritis sering menemani Kjee. Kejang semua sendi-sendi. Tapi perut nak kena isi. Jadi, masak yang mudah-mudah sahaja lah.

       Pagi-pagi lagi UnclePali dah tolong Kjee masak nasi apabila dengar Kjee nak makan Nasi Goreng Kampung. Kali ini Kjee letak sedikit belacan. Kjee tak letak kicap tetapi hairan jugak hasilnya Nasi Goreng Kampung ni macam letak kicap. Belacan punya kaler kot.

       Untuk masak satu portion ni, Kjee tumbuk dua biji cili merah, satu ulas bawang putih dan sedikit belacan. Jangan banyak nanti pahit. Tumbuk sampai halus, kemudian masukkan pulak ikan bilis dan tumbuk manja-manja. Kjee suka tumis bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat. Bila dah layu baru masuk bahan yang ditumbuk tadi. Kena goreng sampai ikan bilis itu garing. Dah garing, masukkan nasi dan kacang panjang yang telah dipotong kecik-kecik. Gaul sampai rata. Kjee tak letak garam sebab ikan bilis itu dah cukup masin. Nak letak kicap cair bolehlah.

       Tadi plan nak goreng ikan kembung, goreng keropok lah, konon nak makan sama Nasi Goreng Kampung. Tapi tak larat lah pulak. So, Kjee buat telor dadar nipis-nipis dan hiris letak atas nasi goreng. Timun buat ulam.

        Itu jer menu di akhir bulan Mac. Esok masuk April. Tak mau lah main April Fool. Dah terlajak usia. Hehehe.

Thursday, March 16, 2017

BUBUR NASI KINI JADI PILIHAN






       Ini lunch Kjee tadi. Pelik? Ya mesti korang nak tahu kenapa tetiba selera Kjee dah berubah. Mana sedap kan makan macam ni?! Macam makanan spital aje! Hehehe.

       Well, mokcik nak bagitau, inilah diet mokcik sekarang. Bukan diet nak kurus tetapi diet orang tua yang ususnya dah nak kondem! Serius ni! Mokcik baru tahu sekarang ini mokcik dah tak boleh makan pedas-pedas. Usus Kjee dah nipis kot!

       Masa Nadia ke Klinik jumpa sahabat cum adik Kjee, Dr Ina Harlina, dua minggu lepas, Nadia tanya kenapa Kjee asyik sakit perut selepas makan. Pastu ada diarrhea (cirit birit). Dr Ina tanya, najis ada darah tak? Nadia kata tak ada. Apapun, kena cek kata Dr Ina. Kjee dapat baca apa yang dalam fikiran Dr Ina.

       Maka awal minggu lepas, Kjee pun ke Path Lab untuk test darah. Kjee buat the whole package termasuk tiga tests untuk kolon cancer! Alhamdullilah kelmarin Kjee dan dapat results. Sangat clear bab kanser kolon itu! Yang lain pun okay... tak ada yang perlu risau.

       Anyway, apabila Kjee masih sakit selang dua atau tiga hari selepas makan, then Kjee buat keputusan untuk tukar diet. Try makan yang lembut-lembut dan tiada yang pedas. Tapi larat sehari dua jer. Kemudian Kjee bedal balik. Hehehe.

       Sejak malam tadi, Kjee mula rasa memulas pada perut. I have myself to be blamed!  Memang salah Kjee. Penyakit sendiri cari. Justeru, inilah diet yang Kjee akan cuba ikut berselang seli tiga atau empat hari. Selain itu, Kjee akan ambil suppliment probiotics. Pihak Path Lab pun suruh Kjee ambil suppliment tersebut.

       Gum Arabic juga dikatakan probiotik semulajadi yang cukup elok untuk mereka yang seringkali sakit perut. So jom kita amalkan ramai-ramai.

       Hari ini Kjee masak bubur nasi kosong. Kjee kemudian masak juga sup bayam. Bayam sangat elok untuk kesihatan. Tak percaya tanya Popeye The Sailor Man. Tutt Tutt. Dan untuk menambah selera, Kjee goreng ikan Gelama jeruk. Mujur tak ada stok telor asin. Nanti nak pergi beli telor itik buat stok telor asin.

       Ada banyak cara Kjee buat bubur nasi. Klik SINI.







Thursday, March 9, 2017

PULUT INTI KELAPA MANIS






       Sejak lima enam hari lepas, Kjee kurang sihat. Jadi telah diharamkan masuk ke dapur untuk memasak. Resahnya apabila tidak dibenarkan masak. Tetapi hari ini, sebaik sahaja UnclePali keluar sekejap, Kjee terus ke dapur. Walaupun masih lemah, namun gagahkan jugak diri.

       Hasilnya, apabila UnclePali balik sebelum Zohor tadi, sudah terhidang makan tengah hari dan jugak minum petang. Untuk lunch Kjee masak kari ikan Siakap. Dan untuk minum petang Kjee kukus pulut. Intai dalam freezer ada sedikit kelapa parut. Jeng jeng jeng.

       Inilah kejadian  untuk minum petang. Pulut Inti kesukaan UnclePali. Kjee kureng sikit bab Pulut Inti tetapi suka lagi pulut Mangga. Hah itu mungkin kejadian esok. Hehehe.

       Senang aje buat. Kukus pulut seperti biasa. Kemudian buatlah inti kelapa manis Kjee guna gula Melaka sahaja. Letak sedikit garam.

       Resipi penuh, klik SINI.

Sunday, February 26, 2017

NASI GORENG CINA 'BEST IN THE WORLD'







       Semalam kami pergi sebuah cafe di Danau Kota sebab Nadia nak makan nasi goreng. Tetapi apabila dia makan, Kjee perasan ada yang tak kena pada wajahnya.

       "Sedap ker?" tanya Kjee. Nadia hanya senyum. Senyum yang Kjee kenal sangat. Jadi Kjee kata, esok Mama buatkan Nasi Goreng Cina. Punyalah dia suka!

       Pagi-pagi tadi selepas sarapan, dia dah bersiap-siap untuk ke Hero Market untuk beli bahan-bahan yang diperlukan. Perlu ada udang, Kjee pesan. Letak ayam kureng sikit rasanya. Tapi mesti udang putih yang halus-halus.

       Apabila Nadia balik, semua bahan-bahan dah ada di depan mata. Sebelum dia ke pasaraya, dia masak nasi dulu. Kurangkan air ke dia tanya. Kjee hanya angguk. Nasi Goreng mesti guna nasi yang keras sikit daripada biasa. Ada orang kata elok guna nasi semalam atau orang Jawa panggil Nasi Sejuk. Tetapi Kjee lebih suka nasi yang baru dimasak. Tetapi disejukkan sejam dua. Itu stail Kjee walaupun Chef bertaraf antarabangsa kata lebih sedap nasi semalam.

       Kjee tolong Nadia siang udang yang halus tu. Orang muda mana ada kesabaran nak menyiangnya. Lepas itu, Kjee bangun hendak ke depan. Biarkan dia masak. Nadia toleh.

       "Eh Mama nak kemana? Nadia kena masak ke?" Muka dia seperti panik. "Mama kan dah janji semalam nak masakkan! Nasi Goreng Cina airtangan Mama best in the world!" Pandai dia membodek. Kjee terus pusing masuk balik dapur. Hmmm ingatkan dia nak masak! Bukan dia tak reti!

       Sambil Kjee masak, Nadia nyanyi-nyanyi keriangan. Opppss jangan menyanyi nanti dapat laki tua! "Tak kesah. Kalau dapat yang muda tapi banyak songeh, buat apa!" Hehehe pandai dia menjawab.

       Sepuluh minit kemudian, siap. Kalau semua bahan-bahan dah siap, memanglah senang kan untuk memasak. Kjee turut goreng ikan bilis halus garing-garing untuk ditaburkan ketika makan. Tetapi kalau hendak dimakan dengan ikan bilis, hati-hati nasi goreng jangan terlalu masin!

       Kalau nak resipi lengkap, sila ke SINI.

       Masa nak makan, tabur dulu bawang goreng dan makanlah dengan cili padi potong yang telah diletak sedikit kicap cair. Sedap you!






Tuesday, January 31, 2017

PULUT KUNING BERSAMA RENDANG KELANTAN







      Kejadian semalam. Penuhi janji buat seorang adik yang mendapat anugerah baru-baru ini. Tetapi seringkali tertangguh sebab kesihatan yang tidak menentu.  Kebetulan pulak buat apabila buat semalam baru sedar ia juga hari lahir kedua anak bongsunya.

      Kerana tidak buat perancangan awal, maka kejadiannya secara ala kadar sahaja. Plan nak buat Rendang Kelantan guna ayam kampung tetapi dua tempat penyembelihan ayam di Melawati dan Keramat kehabisan stok. Maklumlah musim Raya Cina. Maka guna ayam dari Ayamas sahaja.

      Walaupun dalam kesihatan tidak mengizinkan, dapatlah siapkan dalam masa dua jam setengah. Selepas siap dan dihantar Nadia ke destinasi sepatutnya, Kjee pun KO. Terbaring sepanjang hari. Tak boleh lasak-lasak.

      Tetapi seronoklah dapat menunaikan hajat walaupun cukup sempurna.

      Happy Birthday Hamid Fahad.

      Resipi Pulut Kuning DISINI. Untuk Rendang Kelantan DISINI.





Friday, January 27, 2017

NASI GORENG KAMPUNG BONDA









      Kekadang apabila duduk mengelamun fikir apa nak dimasak, seringkali teringat masakan airtangan Bonda. Yes she was good cook! Anak mana tak nak mengaku masakan Bonda paling sedap kan? Campak-campak pun sedapp.

      Kjee cukup bangga kalau Nadia kata.."Eh Mama masak lagi sedap lah. Mama ingat tak Nasi Goreng Telor ala scrambled egg lepas tu mama letak kicap. Fuyoooo sedapnya!"

      Sebab itu hari ini Kjee masak Nasi Goreng Bonda. Yang biasa-biasa aje. Tumbuk cili hidup, cili padi, bawang dan ikan bilis. Pastu tumis garing-garing bahan-bahan tersebut, masukkan sebiji telor dan goreng lagi sampai telor tu masak. Kemudian campakkan kacang panjang. Goreng seketika dan masukkan nasi. Kacau sampai mesra. Kemudian rasa. Masa tumbuk bahan-bahan Kjee dah letak sedikit garam. Dan ikan bilis pun dah masin. So, secukup rasa bila sudah masak. Jangan lupa buat telor dadar.

      Biasa aje kan? Tetapi sangat luar biasa bagi Kjee.



   



      Bonda tahu anak-anak dia suka makan Nasi Goreng dengan timun yang telah dimayang halus. Caranya seperti diatas. Lepas dihiris nipis, digulung dan dimayang. Makan dengan Nasi Goreng...perghhhh memang tak hengat dunia lah. Cubalah!

      Ini jugak cara timun dihiris untuk Laksa Johor. Rahsianya supaya hiris tidak putus-putus ialah timun itu harus berada pada room temperature. Kalau letak dalam peti ais, ia akan menjadi rangup dan putus-putus bila dihiris.

      Tadi apabila UnclePali balik Masjid, dia tanya ini Nasi Goreng apa? Nasi Goreng Kampung Bonda kata Kjee. Diam jer dia makan. Tak kena kot dengan citarasa dia tetapi tambah pulak dua kali. Hehehe.

      Sambil makan Kjee hantar foto ke Nadia. "Wahhhh sedapnya. Tinggalkan sikit untuk kita tau! Timun tu pun nak!"













 

Tuesday, January 24, 2017

BUBUR KACANG MERAH







      This is my comfort food. Suka sangat-sangat kalau rasa stress. Mudah sangat nak sediakan... well sekiranya ada Pressure Cooker lah kan. Tak perlu rendam dan masak berjam-jam.

      Untuk Bubur Kacang Merah kali ini, sebaik sahaja siap, Kjee teringat pulak kalau letak sedikit sagu biji mesti lebih nyaman. So Kjee cuci sedikit sagu biji (jangan banyak nanti terlalu pekat), tambah lagi air panas, masukkan sagu dan rendidih lagi bubur tu.

      Ini first time Kjee letak sagu biji. Sangat sedap!

      Tiada sukatan untuk buat bubur ini. Kjee juga letak sedikit sahaja gula pasar. Apabila dah siap, curah susu cair.

      So pepandailah korang nak adjust yer. Juga terlupa dalam peti ais ada daun pandan. Dan siap baru jumpa. Kalau letak daun pandai, lebih wangi. Jangan lupa rendam dulu dua tiga jam kemudian masak dan tambah air sekiranya kacang itu belum lembut.... kalau masak tanpa guna Pressure Cooker.

      Selamat Mencuba.