Showing posts with label kari. Show all posts
Showing posts with label kari. Show all posts

Thursday, April 2, 2026

chinese food

30. mi kari ala nyonya


tekak kjee ni memang cukup ceweret bab makan mi kari. eehh yang lain2 pun cerewet gak tapi kalau mi kari ataupun kwayteow goreng, kjee cerewet tahap gaban!!

maaflah tapi tekak kjee tak boleh terima mi kari yang ada telor rebus. pantang nenek moyang kjee. sedap cam mana pun orang masak, kjee tetap tak suka. tak tau kenapa. begitu jugak dengan char kway teow yang basah tu. loya rasa nak telan.

tapi, kjee ni kan tak hipokrit. kalau tak suka, kjee cakap terus terang, kalau suka aduhh kjee ni emosional abis tau! sebab itulah kalau kjee puji sesuatu, kjee puji melambung...dan begitu juga sebaliknya. tak der bagi can duk tengah2 punya kan. harap lama kelamaan korang fahamlah tabiat kjee ni. kjee ni laser jer lebih tapi hati baik tau. percayalah

pagi ni kjee nak kongsi resipi mi kari. yalah dah kutuk mi kari orang lain berbakul2, kjee kena tunjuk contoh apa dia mi kari sedap di tekak kjee kan.

apa bezanyer mi kari nyonya kjee ngan mi kari melayu? tanya seorang rakan. banyak beza. masakan nyonya gunakan belacan dan buah keras. rasa kjee buah keras jarang digunakan dalam masakan melayu. mungkin masakan jawa adalah. ntahlah kjee ni bukannya pakar sangat dalam masakan melayu yang guna buah keras.

anyway, balik kepada topik mi kari nyonya ini. usia resipi yang kak jee perolehi ni dah berpuluh tahun usianya.. Ingat lagi. masa tu kak jee keje di The New Straits Times. kjee mengandung anak sulung. Hari-hari pergi kantin kat tingkat atas NST tu, kecek nyonya tu mintak resipi mi kari dia yg sedap sangat tu. hari2 kjee boleh makan mi kari kat situ. Ntah satu hari nyonyo tu kesian gaknyer tengok Kjee terboyot2 asyik sengih je kat dia maka dia berilah resipi ni.

korang ingat senang ke orang cina nak bagai resipi dia orang. so tengoklah bahan2 kat bawah ni.



bahan2nya:
1 cawan rempah kari daging babas
½ cawan cili kering yang telah diblend
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
4 batang serai (diketuk)
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam
kerang
taupok (tahu goreng)
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh

cara:
tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan. kemudian tumis hingga wangi, masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari, serai dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste.

Nyonya tu suruh tepikan sikit paste ini utk bubuh atas mangkuk masa nak makan nanti. (kjee tak tepikan. tapi guna cili hijau jeruk). bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka pekat camner. Bila dh melegak, masukkan santan pekat 1 cawan. Kalo suka bleh bubuh fresh milk ganti santan.

Lepas tu biarlah ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. nyonya tu kata, jangan selalu kacau sebab mi kari nyonya selalunya pecah santan. tapi kjee ni mana boleh tengok jer kan masakan yang tengah mendidih. tangan mesti gatal nak kacau. maka selama kjee buat, tak pernah pecah santan.

rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit. kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.

macam biasa celur mi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk. sediakan kerang yg telah direbus tanpa air dan dikopek sebagai hiasan. begitu juga taupok atau tahu goreng yg dipotong nipis dan disusun atas mi yang telah dicurah kuah panas-panas. Inilah mi kari nyonya.

korang cubalah. memang sedap giler tau. kjee puji sebab bukan resipi ciptaan kjee tapi orang punya. tapi masa hidang kuah dia mesti panas tahap mengelak gitu. aduh maleh nak citer lah.

kjee ada bagi resipi cili jeruk dalam Notes kjee di FB. rupa2nya ada cara buat cili jeruk tau. bukan main hentam bubuh air panas jer tau. korang nak tahu, intailah kat Notes kjee di FB. best giler cili jeruk tu, wa cakap lu.

Nak cuba buat cili jeruk? Klik sini.

Wednesday, April 28, 2021

ayam

KARI AYAM PLUS KENTANG


      Kalau tiba Ramadhan, Sahur kami selalunya roti Canai atau Roti Gardenia yang digrill. Jarang sekali makan nasi. Hanya itu sahaja yang lalu. Opcos mesti diiringi Telor Separuh Masak. Rasa macam breakfast seharian. Yang tak ada cuma teh tarik. Ohhh next Sahur  mesti ingatkan UnclePali suruh buat. His teh tarik is as good as mamak's! 😁
      Kalau makan roti canai, harus diiringi kari. Baru segar sikit mata nak mengadap makanan. 
     Roti Canai favorite Kjee adalah Prata Jenama Kawan. Sangat-sangat menepati citarasa. 

      Pagi tadi Kjee tak sihat sangat. Mata panas. Petanda nak demam. Kjee berselimut depan TV. Isyhhh mata dah mula layu. Kjee terus buang selimut dan ke dapur. 
      Cek semua bahan-bahan ada. So it's Kari Ayam with kentang. Tapi hanya ada dua biji Russet Potatoes. Tak pernah guna RP sebelum ini untuk kari. Hantam sahajalah. Kita yang buat dia. 
      So the ayam cepat-cepat di rendam. Tak banyak. Ada separuh ekor aje. Sambil tunggu ayam defrost, siapkan semua bahan. 
     Tadi cek esbok ada terung kontot. Hah itu boleh buat menu iringan. Apa lagi kalau bukan Terung Sambal Udang Kering. 
     Kjee dah mula berpeluh. Petanda baik demam akan chow. So terus start masak. 
     Resipi penuh klik SINI. 


     


Sunday, November 29, 2020

ikan

KARI KEPALA IKAN


     ALHAMDULILLAH syukur. Semalam Kjee dapat rezeki banyak ikan segar yang Insya Allah cukup untuk dua minggu. Sarat barat freezer. Antaranya Ikan Jenahak, Siakap, Cencaru. Terima kasih Cikgu Noor Farhana Musa. 
     Kalau Ikan Jenahak in da house, Kjee seringkali buat Kari. Itu yang dilakukan arwah Mak dulu. Memang sedap Ikan Jenahak masak kari. Memasak lauk ini cukup nostalgik. Teringat arwah Mak dan bapak. 
     Since Kjee tak berapa sihat, Kjee start masak awal tadi. Sebaik lepas breakfast. Masa itu masih ada tenaga walaupun tak banyak mana. 


     Kerana itu, Kjee hanya masak Kari Ikan+ekor Ikan Jenahak. Lauk lain UnclePali suruh keep it to the minimum. Dia petik pucuk betik belakang rumah. Kjee terus cuci dan rebus. Letak garam lebih sikit bagi hilang pahit. 
     UP masak nasi dan letak dalam rice cooker dua biji homemade telor asin. Itu cara kami merebus telor asin. Cuci telor asin bersih-bersih. Letak atas beras dalam rice cooker. Nasi siap masak, telor asin pun cantik kejadian.  Selain itu dia  juga goreng Papadom. 
     Sekarang Kjee lunch tersangat awal. Kul 12 tengah hari sudah mengadap hidangan. Perut Kjee terlalu sensitif sekarang. Lambat makan kena, serang gastrik. 
     Okay kalau nak tahu cara Kjee masak kari ini, KLIK SINI. 

     
      

Wednesday, December 13, 2017

ayam

ROTI JALA CICAH KARI AYAM










          Alhamdullilah percubaan selepas lama tak buat, menjadi. Roti Jala ni sebenarnya kerja UnclePali. Kalau dia ada rumah tadi, pasti Kjee tak boleh dekat. Kari ayam pun dia terer buat. Maklumlah masa meniaga dulu, itu 'department' dia.

          Sekarang semua tinggal kenangan. Masa order masuk menimbun-nimbun, UnclePali guna sekali gus empat kuali, empat dapur di foodcourt Anjung Melawati. Dia buat sorang. Hanya kerja melipat dibuat oleh Saniah, maid Indon kami. Kjee? Jadi supervisor aje. Hehehe.

          Sehingga ke hari ini Kjee masih dapat orders untuk Roti Jala especially untuk Open House. Alahai sejak stop niaga, semua aktiviti menjala sudah dihentikan. Tetapi apabila buat sorang-sorang tadi, rasa macam teringin nak ambil order semula. Oppppsss kalau UnclePali dengar, mesti telinga dia keluar asap. Hehehe.

          Tak susah sebenarnya nak buat Roti Jala. Tak perlu tahap kesabaran yang tinggi. Cuma harus guna teknik. Kalau mahukan hasil Roti Jala yang halus, adunan tidak boleh lebih daripada separuh acuan. Jika terlebih, adunan akan keluar laju. Kalau pandai kontrol (iaitu terus dijala laju-laju) okay lah. Jika tidak, hasil Roti Jala menjadi tebal. Tak sedap sebab rasa macam lempeng.

          Adunan yang dicipta sendiri UnclePali ialah 2 cawan tepung, 1 cawan air, 1 cawan susu cair dan sebiji telor. Letak sedikit garam dan pewarna egg yellow. Masuk semua bahan dalam blender dan trrrr sehingga halus. Boleh terus menjala.

          Actually Kjee hanya teringat nak buat Roti Jala ini semasa selongkar laci kabinet dapur beberapa hari lepas. Tiba-tiba ternampak acuan lama plastik tu. Ingatkan dah humban entah kemana. Hehehe.

          Kalau mahu Roti Jala sentiasa lembut, setelah ia sejuk, terus simpan dalam bekas kedap udara. Insya Allah ia tidak akan menjadi kering.






Pasal jumpa acuan ni dalam laci kabinet buat Kjee teringat nak buat.


Saturday, May 20, 2017

ikan

KARI IKAN MACKEREL JEPUN






         Dah lama Kjee tak masuk Hero Market, baik yang lama di Section 6 Wangsa Maju atau yang baru di Taman Melawati. Selalunya, Kjee bagi list samada kat UnclePali atau Nadia. Apa yang dalam list, mereka beli.

         Semalam, Kjee insist nak masuk Hero. Mulanya UnclePali tak benarkan tetapi apabila Kjee pujuk, akhirnya dia mengalah dan bawa Kjee masuk. Siap dia standby tongkat takut isteri dia rebah. Nak bawak kerusi roda, leceh lah pulak. Hehehe.

         Kjee teringin nak makan kari. Ikan yang jadi pilihan ialah Jenahak. Kjee tau UnclePali tak kenal ikan tu sebab itu Kjee nak masuk sendiri ke Hero Market. Kami ke Hero baru di Taman Melawati. Kat situ, pilihan tak sebanyak di Hero lama tetapi sana susah pulak parking.

         Memang ikan Jenahak yang diingini, tidak ada. Kjee pun angkat dua ekor ikan Bawal Hitam. Itu fav Nadia kalau masak kari. Kemudian ternampak Ikan macam rupa ikan Tongkol tetapi bukan. Kjee pergi dekat-dekat dan nampak tertera Mackerel. Ohhh inilah Mackerel yang selalu Kjee tengok chef kat AFC guna bila masak! Kjee terus rembat tiga ekor. Tersangatlah murah. Rasanya RM8.99 sekilo. Ikan import dari Jepun.

         Kawan-kawan kat FB kata ikan ini sedap dibakar. Ada kata buat kari pun sedap. So Kjee terai ajelah. Murah jer so no problem. Kalau tak sedap boleh bagi anak-anak bulus makan.

         Setelah dipotong-potong dan dicuci dalam air asam Jawa, Kjee pun masak kari. Half way through memasak, Kjee baru perasan isi ikan ini agak pejal! Tapi taklah sepejal ikan Tongkol. Tapi kalau masak lama mana pun, rasanya isinya tak pecah berderai.


  1.          Ada kata dia pernah bakar ikan itu dan baunya sangat hanyir. Kjee rasa semua ikan bukan dari perairan sebelah sini kuat hanyirnya termasuk Salmon. Ada yang boleh uwekkk dengan bau Salmon yang telah dimasak. Justeru kita kena pandai-pandailah cuba kurangkn sikit bau itu. Tetapi heran pulak apbila macam Sushi atau Sashimi, Salmon yang dihidang mentah tidak pulak hanyir!


         Kjee tidak ada masalah semalam. UnclePali yang paling sensitif dengan bau hanyir ikan pun tak komplen.

         Tapi lain kali kalau beli Mackerel ini, Kjee akan cuba bakar pula. Cicah dengan air asam atau budu pasti sedap. Lemak rasanya dan banyak isi.

         Kakak angkat Kjee, Kak Hawa yang sudah berpuluh tahun tinggal di Australia beritahu,  ini Ikan Mackerel Jepun. Ikan Mackerel Spanyol (Spanish Mackerel) lagi besar. Indian Mackerel pula seperti Ikan Kembung atau Temenung.

         Kalau buat kuah Laksa Johor sedap ini. Banyak isi dan lemak.

         Anyway Kjee gandingkan Lauk Kari semalam dengan Kerabu Mangga (resipi  SINI), sambal belacan, jeruk petai (lihat SINI) dan jugak bendi celur. Untuk resipi kari ikan, klik SINI.




Japanese mackerel


     

Tuesday, March 21, 2017

kari

KARI VEGETARIAN MUTTON






       Kjee suka sangat makan semua yang berkaitan daging kambing ataupun lamb. Apabila Kjee kata demikian, ramai angkat kening. Risau. Tak elok tu kata mereka. Nanti boleh kena high blood pressure. Ya ker? Habis tu kalau Kjee low blood, okaylah kan? Hehehe.

       Kjee pernah jumpa Dr Yahaya Sofi, my regular doctor of almost 30 years. Dia kata, dengan bacaan blood pressure yang selalunya rendah, Kjee bukan sahaja boleh makan daging kambing ataupun lamb tetapi unta pun boleh. Kjee pernah sekali makan daging unta ketika pergi ke rumah Abah (Pak Habib Hussein Al Attas) Raya Haji banyak-banyak tahun yang lalu. Abah kol kata ada daging unta. Jomlah ke Janda Baik katanya. Kjee makan okay jer walaupun sebelah malam tak boleh tidur kekrana kepanasan. Hehehe.

       Alhamdullilah setakat ini my BP reading (latest pada 7/3 lepas) ialah 115/86. Masih okay dengan izinNya.





Frozen Vegetarian Mutton

     

 Jadi kenapa Kjee makan vegetarian mutton kalau boleh makan mutton atau daging kambing biasa? Beginilah... kalau korang pernah sekali try Vegetarian Mutton, mesti korang suka sangat. Texture macam daging kambing (ada seratnya sekali) dan baunya ada sedikit bau kambing tetapi ia diperbuat dari kacang soya! Dan ia sangat-sangat sihat dan boleh makan hari-hari!

       Kjee beli Vegetarian Mutton ini (frozen) di sebuah supermarket India di Brickfields, Kuala Lumpur. Ada kata pernah jumpa di Tesco dan Giant. Dan menurut seorang kawan berbangsa India, ia boleh dimasak pelbagai jenis lauk termasuk rendang! Tetapi ia hanya boleh dimasukkan di saat akhir setelah lauk itu siap masak. Ini adalah kerana vegetarian mutton sangat lembut (maklumlah taufoo) dan boleh hancur kalau masak terlalu lama. Ada yang syorkan digoreng seketika sebelum dimasukkan ke dalam lauk yang sedang dimasak. The choice is yours.

       Nadia suka sangat Vegetarian Mutton ini kalau dibuat Mutton Paratel. Kalau ke Rest Sri Paandi di Petaling Jaya, mesti Kjee bungkus satu atau dua portion untuk dia, Murah sangat. Satu piring RM3.50 sahaja. Nadia ratah sahaja.

       Okay Vegetarian Mutton Curry ini Kjee buat kelmarin. Sedap dimakan dengan nasi atau putu mayam. Ini bukan kali pertama Kjee buat. Untuk resipi, sila KLIK SINI.

   
 








Friday, March 10, 2017

ikan

KARI IKAN JENAHAK... MALU NAK KATA SEDAP. HEHEHE







       Walaupun Kjee sebenarnya tak sihat untuk ke dapur setiap hari, tetapi kerana memikirkan perihal suami dan anak, Kjee paksa juga gagahkan diri. Kjee tahu mudah sangat bagi UnclePali beli nasi campur dan semua yang sewaktu. Tetapi, jauh di sudut hatinya pasti mahu makanan disediakan isteri. Itu anggapan Kjee walaupun Kjee tahu UnclePali bukan seorang suami yang cerewet. Boleh hidup dengan nasi putih dan telor dadar sahaja.

       Justeru, semalam Kjee ke dapur apatah lagi beberapa hari lepas, Kjee ternampak seekor ikan Siakap dalam freezer. Mulanya fikirkan nak goreng sahaja. Ikan Siakap sebenarnya enak jugak kalau dikukus tetapi UnclePali kureng sikit bab itu.

       Kjee whatsapp UnclePali beritahu dia nak buat Kari Ikan Siakap. Tetapi bersyarat. Kjee tak pasti samada ada rempah kari ikan dalam pantri. Yang ada selalunya rempah kaki daging. Kjee gemar jenama Babas. Alhamdullilah, ada satu peket. Rezeki UnclePali. Or is it my rezeki sebab Kjee yang teringin sangat nak makan kari ikan air tangan sendiri.

       Maka terjadilah Kari Ikan Jehanak walaupun pasti ada kata nampak macam tak cukup bahan. Tak ada tomato, bagai. Tetapi inilah cara Kjee selalu buat Kari Ikan. I believe, Less Is More. Banyak 'sampah sarap' contohnya beras goreng... hehehe tak sedap mana pun. Tak penting buat selera kami.

       Kemudian Kjee goreng ikan kering jeruk Gelama. UnclePali buat sambal belacan dan petik pucuk daun Belalai Gajah yang ditanam di lama. Timun Jepun pun ada. So very the sedap.

       Okay nak resipi, klik SINI.

       Sedap ker? Isyhhh malulah nak kata sedap. Terai lah buat. Hehehe






Pembuka selera

Monday, February 6, 2017

ayam

KARI AYAM BERSAMA KENTANG







      Tak ada plan pun nak masak Kari Ayam hari ini. Cuma teringin nak masak Asam Pedas Ayam. Tetapi apabila ke kedai dan tak jumpa daun kesom, balik rumah tukarlah pulak rancangan. Buat apa yang mudah.

      Resipi hari ini sama macam selalu. Cuma hari ini Kjee tambah serbuk cili Babas selain rempah kari Daging jenama sama. Cuma nak bagi pedas aje.

      Nak resipi, sila klik SINI. Nak amik gambar pun macam tak ada mood aje kan?

      Anyway, kalau masak kari ayam, Kjee akan gandingkan dengan ulam-ulam serta sambal belacan dan Ikan kering ataupun Telor Asin. Barulah ngam.

   

Friday, June 17, 2016

ayam

MI KARI NYONYA YANG ENAK







Ini hidangan untuk esok. Kjee terliur tengok fren FB Norazimah Ahmad, buat semalam. Katanya guna resipi Kjee. Alhamdullilah ramai yang dah cuba buat, kata ia menepati selera mereka. Ada yang kata rasa macam kat Pappa Rich.

Kalau kita masak sendiri, kita boleh adjust santan. Mi Kari Nyonya resipi ori, biasanya terlalu lemak. Sangat tidak sihat bagi orang tua macam Kjee. Jadi kalau buat, Kjee lebihkan rempahnya dan kurangkan santan. Makan pun tak muak sangat.

Mi Kari Nyonya tak letak telor rebus macam mi kari Melayu. Tapi ianya dianggap tidak lengkap kalau tiada taupok (tahu goreng), ayam, fish balls (Kjee guna chicken balls) serta kerang. Tetapi ramai tak gemar letak kerang sebab alahan atau alergik. Tak ada pun tak apa bagi Kjee. Kekadang Kjee letak jugak kacang panjang yang telah dicelur.

Esok, mungkin Kjee nak campur mi dengan mihun. Harap-harap jadilah buat esok. Kekadang lain yang dirancang, lain pulak menjadi. Hehehe.










Kalau nak resipi, sila klik SINI.

Boleh makan dengan cili jeruk atau sambal. Kalau nak tahu, sambal tu sebenarnya, rempah mi kari yang telah ditumis. Kalau ada yang request nak sambal, Kjee masak rempah itu lebih-lebih sikit pastu tepikan. Bila nak hidang letak sekali dalam mangkuk.

Tetapi kalau kuah kita sudah cukup rasa rempahnya, tak perlu sambal berasingan. Makan dengan cili jeruk pun sedap sangat.

Resipi untuk cili jeruk, sila klik SINI.

Biasanya kalau buat Mi Kari, Kjee akan buat rempahnya banyak-banyak. Tumis dan simpan dalam freezer. Bila teringin nak makan, mudahlah kan? Hanya tambah santan dan bahan-bahan lain. Selamat mencuba.





Friday, June 10, 2016

ayam

AYAM VARUVAL DIRENDANG TANPA SANTAN










Dalam banyak-banyak Indian Foods, ini yang paling kerap Kjee order kalau makan Nasi Daun Pisang. Memang kena dengan selera sebab ia seakan Rendang kita tapi terasa rempah dan bukan santan yang berlebihan. Malah, bagi Kjee lebih sihat dari rendang tiada guna santan.

Rakan Ayam Varuval ialah Ayam Paratel. Sikit lebih kurang sama dari segi rasa dan penyediaannya. Kjee pernah buat kedua-duanya dan pilihan akhir sekarang, kalau nak masak ialah, Ayam Varuval.

Kjee jugak pernah makan Kambing Varuval. Sedap tetapi Kjee tak berani masak. Memang dari dulu Kjee jarang-jarang masak lauk berasaskan kambing. Lebih kerap makan di kedai. Tapi pernah jugak masak Vegetarian Mutton. Sedap. Hmmm nak pergi carilah. Nak masak kari. Hehehe.

Untuk lauk ini, Kjee telah google dan jumpa tiga resipi yang menjurus kepada Ayam Varuval. Dan Kjee olah sehingga mendapat lauk yang menepati citarasa.

Resipi seperti dibawah. Sedap dimakan dengan nasi, nasi impit, lemang, roti, capati, roti canai dan semua yang sewaktu. Selamat mencuba.

Nak intai resipi Ayam Paratel, klik SINI.








AYAM VARULVA
rujukan:
Chef Thyaga B Rajan  
Venisri Senthan
Swasthi's Recipes
olahan:
mokcik

Bahan-Bahan:
600gms ayam (dipotong kecik-kecik)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji tomato
4 biji cili hijau
2 helai daun kari
2 batang serai (dipotong memanjang hingga putus dan ketuk2)

Garam Masala (disangai dan dikisar halus)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecik jintan manis
1 sudu kecik jintan putih
1 sudu besar lada hitam
8-10 biji kacang gajus (optional)

Bahan Tumis
1 kayu manis
4 biji buah pelaga
2 bunga lawang
5 biji cengkih

CARA

Ayam dicuci, tos kering dan dilumur dengan serbuk kunyit dan serbuk cili. Kjee guna cili flakes. Tepikan.

Bawang besar didadu. Halia dan bawang putih ditumbuk halus. Tomato jugak didadu.

Tumis bahan tumis. Minyak lebih kurang ¼ cawan. Apabila sudah naik bau, masukkan bawang besar. Goreng sampai layu. Kemudian masukkan pes bawang putih,halia dan daun kari. Apabila sudah keperang-perangan, masukkan ayam.

Masak sehingga ayam kecut. Kemudian masukkan lebih kurang ½ cawan air dan tomato. Biarkan ia didih seketika dan masukkan garam masala dan cili hijau yang dihiris tepat.. Kacau hingga rata. Guna api sederhana, masak hingga hampir kering. Sekali sekala dikacau supaya dasar periuk tak hangit.

Bubuh garam secukup rasa.

Hidang dan hias guna daun ketumbar kalau suka. Enak dimakan dengan roti, dhosei, Idli, Roti Canai Capati, nasi impit, lemang atau pulut..

Bila sudah siap, baru Kjee sedar ia bukan Ayam Paratel walaupun bahan-bahannya hampir sama. Pada Kjee, lagi mudah buat dari Rendang. Dan mungkin lebih sihat sebab tiada penggunaan santan.

Cubalah.

NOTA KAKI:
Selain gajus (kalau guna), boleh gantikan dengan kacang badam.

Thursday, December 31, 2015

ayam

KARI AYAM TANPA SANTAN








Kalau buat kari, baik ayam atau daging, Kjee selalu buat banyak-banyak. Bekukan dalam fridge. Nak makan, masuk jer dalam Microwave.

Lauk ni cukup versatile. Boleh makan dengan apa sahaja selain nasi. Gerenti sedap. Baik roti jala, roti canai, pulut, nasi impit, lemang, lempeng pekak dan kalau sesak-sesak dengan roti Gardenia pun sodap. Hehehe.

Oleh kerana Kjee dinasihati doktor kurangkan makanan bersantan, maka hari ni Kjee masak kari ayam ni letak sedikit susu cair. Dalam dua sudu besar sahaja. Rasanya tetapi maintain sedap. Well, tengoklah sapa yang masak kan? Hehehe

Resipi korang intai SINI.

Rahsia nak masak kari sedap korang intai SINI.

Itu ajelah cara Kjee masak kari yang kena dengan tekak Kjee. Kalau ada kata harus tambah itu, tambah ini, well, Less Is More! Sukati korang lah. Aku buat cara akum janji aku happy. Hehehe.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016.







Wednesday, December 2, 2015

ayam

CHICKEN PARATEL KARI KERING INDIA







Selera Kjee memang selera 1 Malaysia. Tiada makanan di Malaysia ni yang Kjee tak suka melainkan yang tak halal lah kan. Hehehe. Kalau boleh semua Kjee nak terai. Of cos yang halal.

Paratel Chicken ini adalah antara lauk ayam yang Kjee suka sangat-sangat. Tetapi selama ini Kjee tak tau namanya. Main hentam sahaja order. Kejap mintak Kari Ayam Kering. Dan ada kalanya Kjee order Rendang Kari Ayam. Anehnya, waiter kat Restoran Nasi Daun Pisang Thurkah's kat Taman Melawati, macam faham jer.

Sejak dua menjak ni Kjee kena mencari banyak resipi membabitkan ayam. UnclePali kena Gout dan tak boleh makan red meat dan seafood. So, Kjee dah rimas masak lauk ikan sahaja. Begitu juga dengan lauk ayam biasa-biasa. Tu yang yang skodeng blog-blog masakan kengkawan untuk cai resipi ayam baru.

Semalam Kjee skodeng blog Daun Kari milik Chef Thyaga B Rajan. Nak cari resipi mirip Kari Ayam Kering yang Kjee suka sangat tu. Dan Kjee jumpa resipi Ayam Paratel! Belek-belek dan Kjee rasa inilah resipi yang Kjee cari.








Nadia kata Kjee pernah buat Kari Ayam kering ni dulu. Ya memang pernah tapi masak main hantam sahajalah labu. Rasanya? Hmmm bolehlah. Hehehe. Nak tengok resipinya KLIK SINI.

Lauk ini kena masak guna ayam yang ada tulang-tulang. Semua bahagian ayam boleh kecuali dada yang banyak sangat isi. Tadi Kjee ada satu kilo ayam bahagian Thigh. Beli kat Ayam Mas. Tapi resipi Chef Thyaga hanya perlu 600gms atau satu kati. So UnclePali timbang ngam-ngam 600 grams. Lebih tu dia goreng.

Bila dah siap masak, tak cukup lah pulak untuk makan malam ni. Kejap lagi nak gi beli ayam dan masak lagi. Mengamuk Nadia kalau dia balik malam ni, Ayam Paratel tu dah habis kan? Hehehe.

Buatnya mudah aje. Tak perlu santan dan Kjee pasti ia hidangan yang sihat. Cuma kalau buat untuk makan keluarga yang besar, elok digandakan bahan-bahannya.










Untuk resipi penuh, KLIK SINI.

Chef Thyaga bukan sahaja berkongsi resipi masakan India tetapi juga kuih muih Melayu yang pelbagai. Semuanya senang untuk diikuti. Pengalamannya cukup luas memasak di dalam dan jugak luar negara!

Lauk ini sedap digandingkan dengan Rasam dan Papadom. Jugak dengan Cucumber Raita atau salad mentah yoghurt. Tapi Kjee malas nak buat. Kalau peria goreng garing pun sedap.

Thnx Chef Thyaga for this wonderful recipe. This is a keeper. Setelah buat sekali, Kjee dah boleh hafal bahan-bahan dan cara pembuatannya. Tidak banyak kerenah dan bahan-bahannya semua ada di dalam rumah.

Rasa-rasanya, boleh jugak dibuat daging kambing untuk resipi ni. Akan cuba lain kali.

Ayam Paratel bukan sahaja enak dimakan dengan nasi putih tetapi jugak Capati, Roti Canai, Roti Naan dan jugak Poori. Roti Arab dan Lempeng pun sodap.










Kjee buat Rasam ikut resipi Mat Gebu. KLIK SINI. Kalau ke restoran Nasi Daun Pisang, wajib order Rasam. Ia sup masam India yang sangat menyegarkan.


Thursday, November 19, 2015

ikan

KARI IKAN TALANG KERING








Our lunch tadi. Otak dah buntu. Tak tau nak masak apa. Kesian kan jadi suri rumah yang setiap hari terpaksa fikir apa nak masak?

Mujur teringat ada berbaki ikan kering talang dalam freezer. Selongkar dan jumpa 4 potong isi ikan talang. Jadilah. Kalau tak cukup sampai malam, nanti fikir kemudian lah.

Kjee terus rendam ikan talang kering tu. Selalu rendam dalam air garam untuk kurangkan sikit rasa masin. Tapi dalam kelamkabut tadi, terlupa. So, korang dapat jangkalah macam mana rasa kari ikan talang Kjee hari ni. Mujur Kjee tak letak garam dalam kari.

Kalau korang masak lauk yang membabitkan ikan kering masin, jangan letak garam sehingga waktu hendak mengaupnya ke dalam bekas untuk dihidang. Cara ini, Insya Allah lauk akan tidak akan masin terlampau.

Untuk resipi Kari Ikan Talang Kering ni, KLIK SINI.

Kjee masak cara tumis dulu bukan tumis darat. Stail tumis darat ini popular di negeri-negeri belah Utara.

Kjee padankan lauk ini dengan Terung Kontot Goreng Belacan. Resipi DISINI. Jugak goreng Papadom dan Ikan Selar Kuning. Plan nak suruh UnclePali tumbuk sambal belacan. Kononnya nak makan dengan pucuk Cekur dan Pucuk Daun Belalai Gajah. Tapi malas lah pulak. Hehehe.






Thursday, November 5, 2015

ikan

KARI KEPALA IKAN JENAHAK








Korang tau tak kenapa di Restoran Mamak, mereka hanya guna Ikan Merah dan Bawal Hitam untuk masak kari? Sebabnya, Ikan Merah dan Ikan Bawal Hitam tahan lasak. Tak mudah berderai dan kekal 'cantik' walaupun dimasak pada suhu tinggi atau apabila dipanaskan kembali! It maintains it shape!

Tapi rasa Ikan Jenahak lebih sedap. Isinya lembut dan sesuailah untuk digoreng begitu sahaja. Kalau goreng cili pun sedap. Tapi untuk isinya sahajalah. Kepala Ikan Jenahak biasanya Kjee masak kari atau buat sup.

Dulu Kjee pernah buat Kari Kepala Ikan Jenahak tanpa santan ataua susu. Tetapi tak boleh buat selalu sebab my other half orang Utara. Kari depan banyak sangat santan. Macam masak lemak berempah. Hehehe.

Tadi masa masak kari kepala ikan Jenahak bersama tiga keping isi, Kjee terlupa ia mudah pecah kalau api besar. So ada masalah sikit masa nak kaup ke dalam mangkuk tadi. Kena lebih hati-hati daripada biasa.

Kjee jugak guna Taupok untuk lauk hari ini. Teringat makan kat Steven's Corner, Desa Pandan. Sedap karinya. Mana kita boleh dapat rasa yang sama. Taupok kena letak last iaitu kira-kira 7 minit sebelum padam api. Nanti dia sedut semua akuah kalau masuk terlalu awal.

Untuk resipi kari, KLIK SINI. Sama jer caranya.

Kjee gandingkan Kari Kepala Ikan tadi dengan Sambal Belacan Power UnclePali. Terdahulu dia petik Daun Belalai Gajah dan Pudina dari depan rumah. Mungkin ramai tak biasa makan Pudina sebagai ulam. Kjee pun baru discover beberapa tahun lalu ketika lunch di sebuah kedai di Balik Pulau, Pulau Pinang. Sebelum itu tak pernah terai. Give it  shot. Sedap.





Thursday, September 10, 2015

ikan

KARI BAWAL HITAM STYLE MAMAK








Sejak dua menjak ni harga ikan melonjak-lonjak naik. Pagi tadi Kjee pergi Pasar Keramat. Terkejut apabila Ikan Merah RM38 sekilo. Jenahak RM35! Sotong yang biasanya antara RM11-13 sekilo, pagi tadi RM20.

Kjee teringin sangat nak makan Kari Ikan. Kari Ikan stail Mamak atau India yang hanya letak sikit jer santan. Actually resipi asal Kari Ikan Mamak atau India, tak bubuh langsung santan. Tapi Kjee suka kalau diletak sedikit sahaja. Bagi seimbangkan rasa.

Kalau ke kedai nasi kandar, Kjee memang suka sangat makan kari ikan Bawal Hitam. Korang tahu tak kenapa kebanyakkan kedai mamak suka menggunakan Ikan Bawal Hitam untuk kari mereka? Sebab Ikan Bawal Hitam tak mudah hancur. Dan mungkin harganya jugak berpatutan. Tapi pagi tadi Kjee beli satu kilo RM25. Biasa antara RM9-RM11 sahaja.

Kari Ikan ni sedap makan dengan Roti Canai, Capati ataupun Thosei. Selera orang macam Kjee yang kurang gemar sangat makan nasi lah kan. Hehehe.

Itu aje lah nak story. Kalau nak respi, boleh KLIK SINI.

Tadi Kjee goreng garing-garing Ikan Terubuk Kering Masin, pemberian Puan Sofia, anak jati Bintulu yang dah berkampung di KL. UnclePali buat sambal belacan power. Oleh kerana tak ada ulam, Kjee suruh UnclePali petik pucuk daun Belalai Gajah buat ulam. Sedapnya.






Monday, August 31, 2015

ayam

ROTI JALA NGAM DENGAN KARI AYAM












Semalam Nadia nak makan Kari Ayam. Mama dia pula teringin nak makan Roti Jala atau orang Penang panggil Roti Kirai. So, bila dicantumkan Roti Jala dan Kari Ayam, memanglah ngam kan! Hehehe

Kari ayam buat semalam manakala Roti Jala buat pagi tadi sambil pasang telinga dengar Perarakan Hari Kebangsaan kat TV. Tapi my beloved doter tolong rekodkan. So, I miss nothing.

Lama dah tak buat Roti Jala. Kjee pasti my regular customers dulu masih rindukannya as much as I did. Kjee jarang-jarang buat lepas stop meniaga sebab kenangan mengusik jiwa. Tukang jala (who else kalau bukan UnclePali), pernah buat sampai 9 kilo tepung satu pagi, kalau ada orang order. Pasang sampai 4 kuali atas 4 burner. Panas tak terkira... tak boleh kacau dia. Cepat hangat hati. Hehehe.

Pagi tadi, kekok jugak buat sorang-sorang. Tapi halfway, Nadia tengok Kjee terkial-kial, dia pun bantulah. Pssstttt don't tell her this... dia punya Roti Jala lagi cantik dari mama dia buat. Hehehe.














Masih ada hingga Raya baru ni, customer lama sms nak order. Sorry, mokcik dah tak buat lagi. Tukang Jala dah gantung kuali. Hehehe

Resipi roti jala Kjee mudah jer. Dua mangkuk tepung, satu mangkuk air dan satu mangkuk susu cair serta 1 biji telor, sedikit garam dan a pinch of salt. Trrrrrrrrr semua sampai halus kemudian bubuhlah satu atau dua titis pewarna egg yellow. Tapis dan lepas tu jala lah.

Dulu Kjee pernah jual beribu-ribu botol tiga muncung untuk buat Roti Jala. Tapi tadi, cari satu botol pun tak jumpa, Justru guna acuan roti jala conventional.

Nak resipi penuh, KLIK SINI.

Nanti nak gi beli durian, buat kuah serawa pulak. Harus sedap kan?




Wednesday, August 12, 2015

daging

KARI DAGING DENGAN KENTANG STAIL MOKCIK









Lama bebenor Kjee tak masak Kari Daging dengan Kentang. Aritu Kjee beli daging batang pinang. Rasanya tak sampai sekilo. Ada plan nak guna daging tu masak ntah apa bende. Masa beli ingat. Bila dah dekat seminggu duduk dalam freezer, lupa pulak.

Pagi tadi, tekak Kjee teringin sangat nak makan kari daging. Teringat daging batang pinang dalam freezer. Kentang pun ada... rasanya dua tiga bijik. Orite... tak mau ubah fikiran lagi walaupun turut bermain di kepala Daging Kaprau atau Daging Goreng Daun Selasih, Sampai rumah dari hantar Nadia pagi tadi, Kari Daging yang menang. Hehehe.

Sementara defrost daging, Kjee sediakan bawang merah, bawang putih dan halia. UnclePali petik 3 helai daun kari. Kalau tak ada daun kari, rasa tak lengkap masak kari. Memang ada 3 biji kentang. So Kjee kupas kulit dan belah dua.

Kjee suruh UnclePali standby pressure cooker nak rebus daging. Habis hiris-hiris daging Kjee perasan daging batang pinang dah lembut. Sumbat dalam pressure cooker nanti hancur.











Ini ada tips untuk pastikan daging itu lembut atau liat. Masa beli, pastikan daging itu warna pink. Kalau merah menyala, mesti liat. Lepas tu, korang cubit sikit daging tu. Kalau senang dicubit, maka itu daging lembut. Kalau kenyal atau liat masa dicubit (daging mentah), nasib ler kan kena rebus berjam-jam kalau tak guna pressure cooker.

Korang nak resipi lengkap kari daging, sila KLIK SINI. Resipi itu guna daging tetel yang direbus sampai lembut. Memang sedap guna daging tetel sebab ada urat-urat dan jugak lemak-lemak sikit. Tapi jangan sedih kalau kolestrol melonjak naik. Hehehe.

Ada orang tanya camner nak masak kari daging yang sedap. Kalau nak tips dari mokcik yang masih belajar ini, KLIK SINI. Tak tahu samada kena dengan citarasa korang.  Arwah mak selalu letak lebih kurang satu sudu besar kerisik dalam kari daging atau ayam. Kjee malas nak buat kerisik. Tapi hasilnya memang kebahboom. Hehehe.

Okay itu saja mokcik nak story arini. Kalau nak terai buat, ok jer... kalau tak nak, mokcik tak report polis. Ok babai.





Sunday, July 26, 2015

chinese food

MIHUN KARI NYONYA GUNA BIHUN JENAMA TAYBA










Kjee rasa kalau korang pergi ziarah di Hari Raya, dan jumpa Mi Kari, pasti dah tak pandang lagi ketupat rendang kan? Serius ni... sapa lah larat nak makan ketupat rendang sepanjang Raya. Betul tak? Well, itu tekak Kjee lah kan.

Anyway, Kjee cukup happy apabila ramai frens FB dan blog Kjee ni yang bagitau mereka buat Mi Kari Nyonya Kjee ni untuk Raya dan mendapat pujian tetamu. Malah ada seorang tu kata, tetamu dia siap mintak bungkus kuah nak bawah balik. Ewah... kembang kempis aku. Hehehe 

Mi Kari Nyonya Kjee ni memang mudah disediakan. Tak banyak modal tapi adalah sedikit sebanyak songeh. Songeh ke? Hehehe. Bahan-bahan dia taklah eksotik. Tak perlu keluar masuk hutan cari. Kalau dulu-dulu, taupok atau tahu yang sudah digoreng tu, susah sikit nak cari, sekarang berlambak ada kat kebanyakkan pasar raya.

Kenapa Kjee promo Bihun Tayba kat gambar tu? Hah mai sini makcik nak cerita kat korang. Sejak dua menjak ni, dah tersebar luas banyak kisah banyak jenama mihun yang diragui kebersihannya. Malah, dah keluar dalam paper dan TV, foto-foto tempat-tempat penyediaan mihun baik dalam negara mahupun negara jiran nun di Utara sana, Jijik!!!









Bila nampak jer, terus mokcik loya nak makan. Kembang tekak ni apabila kilang-kilang bihun tu dalam keadaan cukup menyedihkan! Serius ni bukan Kjee nak sebar fitnah.

Oleh yang demikian, apabila Kjee bertemu dengan Bihun yang dikeluarkan syarikat bumiputera, maka Kjee pun terailah. Mak aiiii. So sedap texture bihun Tayba ni. Tak patah-patah.. tak lembik bila dimasak!

Teksturnya agak kenyal. So, setelah mokcik rendam kira-kira ½ jam, mokcik curahkan air panas. Apabila dah agak puas hati, terus rendam balik dalam air sejuk. Cara itu jugak kalau kita tak punya banyak masa untuk rendam. Tapi jangan celur lama-lama dalam air panas. Cukup 5-7 minit jer. Pastu cepat-cepat letak kat sinki dan buka paip. Bila dah sejuk, toskan.




Nak order, koling2 lah nombor kat situ




Bihun yang kenyal, tahan lebih lama kalau kita buat Mihun Goreng. Tak mudah basi macam jenama Bintang-bintang yang diimport dari negara jiran tu.

Selain suka texture bihun Tayba ni, Kjee tolong promote sebab Bihun ini dipasarkan usahasama projek kengkawan kita yang Kurang Upaya. Mereka gelar ProjekOKU. Mereka ini cukup dekat di hati Kjee sebab Kjee pun OKU jugak. Kjee tabik spring kat mereka kerana bukan sahaja Orang Kurang Upaya tapi Orang Kuat Usaha macam mokcik.

Maknanya, kalau korang sokong usaha ProjekOKU ini, korang sedikit sebanyak dapat membantu mereka menjana pendapatan. Kjee suka usaha ini sebab mereka tak tunggu sumbangan datang mengolek.

Kalau tak silap Kjee, satu peket RM3 jer. Murah sangat-sangat kan. Dan yang penting, bila makan kita tak risau dan terfikir-fikir kebersihannya. Dan... bukankah sudah tiba masanya kita melariskan product orang kita.

Oklah, mokcik nak ke dapur makan Mihun Kari Nyonya yang mokcik buat tadi. Korang nak resipi? Dah banyak kali mokcik tayang. Tak per lah, mokcik ni kan rajin melayan anak-anak mokcik yang manja-manja ni. Korang klik kat SINI.




Beginilah bersihnya pembikinan Bihun Tayba. Gunalah tanpa was was