DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Monday, February 1, 2021

SOTONG TUMIS SOS TIRAM


      Salam semua. Dah Bulan Februari. Pejam celik pejam celik tetiba sampai pulak bulan Ramadhan kan? Harap2 kita tidak berkurung till then. Insya Allah.
     Arini Kjee keluarkan sotong bunga pemberian Nur Farhana aritu. First time Kjee dengar sotong bunga. Selama ni ingatkan ada Ketam Bunga aje. Rupa-rupanya sotong tu sudah siap ditoreh-toreh jadi macam bunga. Lawa sangat. Kita buat sendiri jarang jadi lawa camtu. 


     Kjee tak tahu mana nak beli ini. Kjee hanya dapat call dari sebuah syarikat sejuk beku, ada delivery buat Kjee. Masa dapat peket sotong bunga tu, Kjee terkejut. Kelihatan ketulan bebola ais. UnclePali kata kalau di nyahkan ais, nampak lah sotong tu. Hehehe. 
     Anyway, Kjee tak tahu nak masak apa guna Sotong Bunga tu. So Kjee google dan jumpa resipi blogger Fauziah Geehut. Beliau buat sotong goreng kunyit letak bunga kantan dan sos tiram. Wah menarik
Boleh cuba. 

     Tetapi Kjee adjust sikit. Bahan-bahan seperti Bawang Besar, Bawang Putih, Serai dan Lengkuas, dihiris halus. Resipi asal ditumbuk. Kjee tambah sebiji cili merah dan dua biji cili padi. Bunga Kantan dihiris dan Kjee tambah daun limau purut dimayang.
     Sotong ditoskan dan diletak kunyit dan sedikit garam. Kemudian digoreng. Jangan terlalu garing nanti jadi liat. Tepikan. 
     Bahan-bahan yang telah dihiris (kecuali bunga kantan dan daun limau purut), ditumis guna sedikit minyak. Apabila sudah naik bau, masukkan bunga kantan, daun limau purut. Kjee juga tambah kacang panjang. Bubuh sos tiram. Kacau rata dan campur sotong bunga tadi. 
     Kjee suka sangat. Kalau diletak ayam pun sedap rasanya. Guna isi ayam yang telah digoreng. Begitu juga kalau guna udang. 
     Selamat Mencuba. 




    


Thursday, November 16, 2017

SOTONG KEMBANG KANGKUNG SOS MASAM MANIS







          Ini adalah makanan yang disukai semua kaum di Malaysia. Selalu orang jual di malam hari. Tetapi masa Kjee niaga di Anjung Melawati dulu, start niaga kul 7am, Sotong Kangkung korang dah boleh order. Those were the days. Kenangan mengusik jiwa. Masa tu jual RM3.50 sahaja sepinggan. Letak home made sauce, kacang tumbuk dan bijan.

          Malangnya semalam, selepas siap hidang, teringat bijan. Kacang tumbuk memang tiada. Suruh UnclePali cari bijan dalam pantry sebab nak sangai seketika kemudian tabur atas sotong. Cari tak dapat. Sebab itulah Sotong Kangkung yang Kjee buat semalam, togel aje. Huhuhu.

          Anyway, masa singgah kat Hero Market minggu lepas, Kjee ternampak sotong kembang. Tangan gatal nak capai tetapi tak jadi. Esoknya Kjee pesan UnclePali supaya beli. Siap warning kalau tak ada, abang cari sampai dapat. Hehehe.









          Beli seekor sahaja sebab yang makan Kjee sorang. Lepas itu, rendam sotong dalam air dan letak dalam peti ais. Boleh simpan begitu sahaja sehari dua.

          First thing first. Buat sos. Resipi KLIK SINI. Sos ini sangat versatile. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam bekas dalam peti ais. Ia tahan selagi tak habis. Hehehe. Kjee guna sos yang sama untuk Tahu Bakar.

          Sos dah siap dan sejukkan, jerang air dalam periuk. Sotong dicuci dan dipotong suka hati. Apabila air sudah mendidih, masukkan sotong dan celur BUKAN REBUS. Celur satu atau dua minit sahaja. Lebih lama sotong itu menjadi liat. Keluarkan sotong. Kjee tak pasti sama ada sotong itu sudah masak ketika membelinya. Mungkin ya. Celur hanya untuk panaskan kot. Wallahualam.

         Kemudian perlahankan api dan letak sedikit minyak. Tak perlu letak garam sebab lepas ini nak celur kangkung pulak. Kjee kata tak perlu letak garam sebab sos dah cukup masin. Celur kangkung yang telah dipotong selebar tiga inci. Celur dalam air tadi sehingga ia bertukar warna. Toskan. Ada orang beritahu, kalau nak celur atau rebus sayur-sayuran hijau untuk kelihatan cantik warna hijaunya, letak sedikit gula dalam airnya. Wallahualam.

         Kemudian susun kangkung dalam pinggan diikuti sotong. Curahkan sos. Tabur kacang tumbuk dan bijan sangai. Titiskan sedikit minyak bijan. Makan terus sebaik siap. Dah sejuk nanti kangkung tu akan keluarkan air.

          Selamat mencuba.

         



Saturday, May 23, 2015

SOTONG GORENG KUNYIT SEDAP DIRATAH





















Lauk Sotong goreng kunyit ini Kjee buat semalam. Buat lepas biskut susu minyak sapi baru masuk oven. Tapi bahan-bahan untuk lauk ni Kjee siap sebelum Kjee start baking. Masuk dalam peti ais. Apabila sudah sampai dekat masa abang kita nak balik mesjid baru kita goreng.

Lauk ni boleh jugak buat guna ayam ataupun udang. Kjee selalu buat mana sempat dan apa yang ada dalam peti ais.

Lauk ni sedap diratah begitu sahaja. Itu yang Kjee buat semalam. Ratah sampai kenyang.

Hari ni Kjee demam so korang kalau minat nak tengok resipnya, sila klik SINI.




Sunday, March 29, 2015

KARI SOTONG DENGAN TERUNG KONTOT





Dah lama tak masak Kari Sotong. Tapi masa ikut UnclePali pergi Pasaraya Segi di Ampang hari tu, ternampak lah selonggok sotong yang montel-montel. Nampak segar sangat. Tak tau lah segar baru sampai atau segar sebab telah dibekukan dan defrost. Whatever.

Harga boleh tahan. RM20 sekilo. Kjee rembat 12 ekor. Ewah boleh ngam-ngam satu kilo! Terer ke tak terer. Isyhhhh ngada-ngada pulak kan. Hehehe.

Kjee plan nak buat sambal jer dengan petai tapi sampai rumah Kjee geledah pantry dan jumpa rempah kari ikan Babas. Ok masak kari sotong. Kebetulan ada dua biji terung kontot dalam peti ais.

Masak kari ni kalau nak sedap, rempahnya kena tumis sampai garing dan masak. Guna api sederhana jer, Kalau tidak akan hangit dan kari menjadi pahit.

Itu jer nak story pagi ni. Kalau korang nak terai buat, boleh follow resepi Kjee kalau sudi. KLIK SINI.







Monday, May 12, 2014

SAMBAL SOTONG BERSAMA PETAI








Pada Kjee, seafood paling sukar untuk dimasak ialah sotong dan udang. Terlebih masak ia akan menjadi liat. Hari tu Kjee tengok chef mana ntah masak kat Asia Food Channel, katanya masak sotong tak perlu lama. Dalam 4 atau 5 minit sahaja.

Oppps 4 atau 5 minit? Alahai kekadang Kjee masak sampai 20 minit. Sebab itulah sotong atau udang yang Kjee masak bila makan, rasa liat macam makan 'selipar Jepun'.  Hehehe gurau jer. Giler ke nak makan selipar Jepun!

Anyway, hari ini Kjee cuba ikut saranan chef mat salleh tu. Kjee goreng dulu petai sampai separuh masak dan keluarkan. Oppps Chef tu tak ajar buat sambal petai tau. Kjee hanya ikut saranan chef tu agar tidak masak sotong lama-lama sangat. Hehehe.

Ok oleh kerana Kjee nak buat sambal sotong bubuh petai, Kjee goreng dulu petai yang telah dikopek kulitnya. Nadia suka cara ini kerana katanya petai tak rasa mentah.








Selepas goreng petai dan diketepikan, Kjee tumis pulak bahan-bahan tumbuk seperti bawang merah (Kjee guna bawang besar), bawang putih dan sedikit belacan. Tumis hingga wangi kemudian Kjee masukkan cili kisar.

Goreng guna api perlahan sehingga pecah minyak. Kemudian Kjee masukkan kembali petai goreng separuh masak tadi. Lepas tu bubuhlah garam dan sedikit gula. Masak lagi selama 5 hingga 10 minit. Kemudian rasa. Oppps lupa lak...campak juga satu asam gelugor. Kalau nak letak sebiji bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat boleh jugak lah.

Apabila sambal sudah cukup masak, masukkan sotong yang telah dibersihkan dan ditos airnya. Kacau hingga sama rata selama 4 atau 5 minit sahaja. Kemudian cepat-cepat matikan api.

Kjee ambil sudu dan rasa. Sotong itu memang lembut dan moist atau lembab. Sedap sangat. Taklah liat macam selalu Kjee buat.

Oklah tu. Lain kali boleh cuba kaedah yang sama apabila masak udang pulak ya.





Thursday, October 31, 2013

NASI LEMAK SEPARUH KUKUS CARA ARWAH NENEK NADIA








Sebenarnya, kalau nak makan Nasi Lemak, tak susah mana nak cari. Setiap ceruk rantau di Malaysia ni, ada jual. Malah orang Indon pun dah pandai jual tau. Nasi Lemak yang tak lemak.

Tetapi, apakah Nasi lemak beli, sama dengan air tangan kita sendiri. Kita pun fahamlah orang meniaga nak untung, tapi jangan lah melampau-lampau sampaikan nasi lemak mereka ala-ala nasi putih berlauk sambal tumis dan telor rebus saja!

Kalau tak tahu nak masak, jangan meniaga. Itu kata-kata yang selalu terbit dari mulut arwah Bonda. Jangan bagi pelanggan sumpah seranah. Nanti pendek rezeki.

Apapun, hari ni Kjee masak Nasi Lemak sebab dah lama tak makan dan jugak senang nak buat. Hari ni Kjee banyak kerja. Tapi perut nak jugak kena isi, kan?




































Nasi Lemak Kjee hari ni berlaukkan sambal sotong dalam tin jenama Rex, telor rebus, ayam goreng dan jugak tempe goreng. Dan tak lengkap kalau tak ada timun. Kjee suka timun Jepun sebab rasanya lebih enak daripada timun biasa.

Dulu-dulu, nasi lemak kampung biasa turut digunakan Kangkung yang dicelur dengan sedikit garam. Adoii kenapa tadi Kjee tak suruh UnclePali beli kangkung tadi!

Kjee malaslah nak type balik resipi di sini sebab dah banyak kali buat. Link jer kat SINI.

Nasi Lemak hari ni, Nadia yang buat. Nasi Lemak airtangan anak anak dara yang cukup segala-galanya. Rasa lemak, rasa masin dan wangi dek aroma daun pandan. Kjee masak sambal sotong jer.

Masa Kjee meniaga dulu, kami jugak jual nasi lemak untuk sarapan. UnclePali yang bungkus. Jual RM1.20 sebungkus. Laku beb...sebab sedap hehehe.






Friday, September 20, 2013

SIMPLE TAPI SEDAP







Kjee, sebenarnya, suka makan nasi kalau ada lauk yang berkuah. Kalau makan di Restoran Nasi Kandar, Kjee selalu beritahu mamak tu : "Kasi taruh semuaaa kuah, campur2, kasi banjir!". Hehehe baru terbuka selera nak makan.

Tapi sekali sekala sedap jugak makan lauk kering2. Tanpa kuah tapi stand by kicap.

Sayur buncis goreng antara favorite kami sekeluarga. Kjee dan Nadia memang suka. Kalau tanya UnclePali, dia kata okaylah. Tapi setiap kali Kjee goreng, tangan dia jugak tak henti2 capai masa makan. Sekejap jer licin. So kira dia sukalah tu kan?


Kacang Buncis dan fresh Shitake Mushrooms


Nampak mewah kan cendawan Shitake kat atas tu. Kjee letak dekat ¾ peket sebab nak bagi perabis. Sabtu lalu, Kjee guna ¼ peket untuk buat Chicken Pot Pie yang tak sempat amik gambar sebab habis disambar. Semalam, Kjee belek2 cendawan tu. Isyhh kalau tak cepat masak, mesti busuk. Sebab itulah mewah sangat Kjee letak tu. Tapi memang suka letak banyak2. Puas makan.

Kalau nak bubuh cendawan Shitake kering pun boleh. Kena rendam dulu dalam air panas kira-kira ½ jam. Pastu buang tangkai dan hiris. Kalau nak resipi, tengok SINI.






Ini antara sambal yang Kjee suka sangat. Sambal Sotong jenama Rex dalam tin. Kjee lebih suka sotong dalam tin daripada yang segar. Yang segar sedap dibakar dan cicah air asam. Adoiiii kecur lak.

Kali ni, Kjee masukkan sekali sos sotong tu sekali. Selama ini Kjee tos buangkan sos tu. Tapi kalau letak sekali, rupa-rupanya lagi sedap. Ada rasa pedas dan manis.

Kjee buat dua tin besar. Sekarang dah mahal sikit. Dua tin dekat RM12. Tahun lepas, satu tin tak sampai RM10.

Resipi, korang intailah SINI. Makan dengan nasi panas2. Gandingkan pula dengan sayur buncis goreng dengan cendawan Shitake. Yummy. Oppps jangan lupa curahkan kicap kat nasi.










Sunday, July 21, 2013

IDEA HIDANGAN BERBUKA PUASA/SAHUR ... 5





Hari ni Kjee nak kongsi tiga resipi yang sedap tetapi agak mengambil masa untuk disediakan. Sebab itulah Kjee syorkan dibuat di hujung minggu. Anak2 ada dan korang yang berkerja, cuti.

Semalam Kjee ajak UnclePali pergi pasaraya Sri Ternak di Selayang. Dah dua hari Kjee teringin nak makan Sotong Kangkung. Dalam perjalanan, Kjee pun senaraikan barang2 yang perlu dibeli dalam bentuk sms. Maklumlah sampai sana nanti, UnclePali yang turun. Kjee seperti biasa jadi penunggu kereta.

Sampai rumah, semua barang ada kecuali Sotong Kembang! Laa baru teringat sotong kembang tiada dalam senarai yang Kjee text pada UnclePali. So melepaslah nak makan!

Sotong kembang memang susah nak dapat. Sesekali Kjee nampak ada di Tesco. Harganya tak mahal. Masa Kjee meniaga dulu sekilo sekitar RM4 atau RM5. Sekarang tak tau.

Nak tau cara buat korang klik pada resipi pada gambarnya yer.





Sotong Kangkung. Resipi SINI 



Ini pulak Tahu Bakar. Sos yang digunakan, sama dengan sos Sotong Kangkung. Mudah disediakan dengan kos yang lebih murah. Tetapi mesti ada tahu atau taupok yang sudah siap sedia digoreng. Boleh didapati di kebanyakkan pasaraya dan jugak pasar basah.

Dulu Kjee buat guna oven toaster. Tapi kalau guna kuali leper pun okay juga.

Masa meniga dulu Kjee guna sagat seperti yang digunakan oleh peniaga Siam untuk buat Somtam untuk sagat sengkuang. Tapi ricik halus2 sebenarnya lebih sedap kerana air senkuang tu tidak keluar dan lebih manis rasanya.




Tahu Bakar. Resipi SINI 




Resipi ketiga Kjee ni, Fucuk Dumplings, sedap dan mudah disediakan. Intinya bolehlah korang guna udang, ikan ataupun ayam.

Kjee selalu buat Fucuk Dumplings ini untuk minum petang. Tetapi kekadang Kjee buat jugak sebagai lauk sampingan. Suka hati kitalah kan...Kita yang buat dia. Hehehe.



Fucuk Dumplings. Resipi SINI




























Selamat Mencuba.

Monday, June 17, 2013

SOTONG GORENG SAMA KUNYIT...SEDAPLAH EH






Kalau beli sotong, Kjee selalu ketandusan idea nak masak apa. Hari tu Kjee beli sebab nak masak sambal bubuh petai. Tapi tetiba ubah fikiran buat pulak sambal udang petai. Dah seminggu Sotong tu duduk bertapa dalam freezer.

Hari ni pun kalau nak ikutkan hati tak ada plan nak masak sotong. Tapi tetiba bila UnclePali kata goreng kunyit jer lah, Kjee pun teruja sangat nak buat Sotong Goreng Kunyit cam gambar. Actually UnclePali suruh goreng bodoh jer kot. Naseblah.

Dah banyak kali Kjee buat masak camni. So resipinya korang intai jer lah kat sini yer. Kali ni Kjee bubuh kacang panjang instead of kacang buncis.














Wednesday, February 27, 2013

PERIA KATAK UBAT DIABETES?




Lebih elok kalau dibuat ulam mentah


Betul ke orang kata sayur2an pahit seperti peria kata boleh jauhkan diabetes? Wallahualam. Tapi sayur ini memang favorite Kjee. Tadi Kjee buat tumis biasa jer peria katak dan sotong ni. Resipi yang semua boleh 'hentam sajalah labu'.


Dan eloklah tu kalau ia boleh kurangkan glukos dalam darah sebab kita dah pun join grup yang terkena diabetes. Tapi alhamdullilah reading glukos Kjee within control. Tiap2 pagi cucuk jari cek darah.


Anyway, kalau peria tidak boleh turunkan glukos dalam darah, takkan ahli farmasi di Healthlane suruh Kjee minum bittergourd tea. Bittergourd tu, peria lah dalam bahasa Inggeris.

Tapi teh ini taklah pahit. Biasa2 jer. Kjee memang gemar makan benda2 pahit2 especially dark bitter chocolates....oppps sekarang dah tak boleh....I mean tak boleh makan banyak2. Sikit2 jer. Hehehe.


Teh Peris. Beli kat Health Lane Farmasi. RM26

Saturday, February 16, 2013

BUBUR NASI ATAU CONGEE ATAU NASI AIR









Masak simple jer untuk dinner tadi. Bubur kosong atau congee (kanji) atau nasi air. Lauknya pulak, masak apa saja yang jumpa dalam fridge.

Siang tadi, masa nak balik dari Mesjid India selepas beli tudung untuk Nadia, UnclePali singgah di Kpg Baru apabila Kjee kata nak makan kuih. Kjee nampak beberapa gerai Thai sudah siap sedia untuk meniaga Bubur Nasi.

Oleh kerana kami sudah lunch, Kjee decide buat sendiri di rumah sebab tak kuasa nak nak keluar semula malam nanti semata2 nak makan bubur nasi.




Sampai saja rumah, Kjee suruh Nadia rendam beras satu mug. Kalau rendam sejam dua, proses memasak bubur atau congee dapat disingkatkan.

Kalau buat bubur nasi, lauk favorite Kjee dan Nadia ialah ikan bilis yang digoreng garing bersama cili padi dan bawang putih. Kalau ada lauk ini, tak ada lauk lain pun tak kesah.




Cara buatnya cukup mudah. Hiris bawang putih. Kjee guna 6 hingga 7 ulas. Cili padi kampung pulak dalam segenggam dan ikan bilis yang telah dibelah dua dalam semangkuk.

Panaskan minyak. Goreng hirisan bawang putih hingga garing. Keluarkan dan bubuh atas kitchen towel untuk serapkan minyak. Kemudian hati2 goreng cili padi hingga separuh masak. Hati2 kerana cili padi jika digoreng akan meletup2. Last sekali besar api dan masukkan ikan bilis. Goreng hingga garing.

Kemudian dicampurkan ketiga2 bahan. Masa makan dengan bubur, pasti ada campuran ikan bilis, bawang putih dan cili padi. Enak banget! Kalau perah jus limau nipis lagi sedap. Tapi tadi terlupa!








Lauk lain yang Kjee masak tadi ialah sotong goreng kunyit dan goreng ikan kering. Nadia pulak buat kangkung goreng belacan dan rebus telor asin.




Tuesday, December 25, 2012

SEAFOOD SPAGHETTI IN CHILLI, GARLIC AND OLIVE OIL







Spaghetti Aglio Olio. Dalam bahasa Inggeris, Spaghetti with olive oil, garlic and chilli peppers. Dalam bahasa kita Spaghetti yang dimasak dalam minyak zaiton, bawang putih dan cili.

Mudah dimasak, sedap dan mengikut citarasa tekak Melayu iaitu pedas!!!

Mula2 Kjee makan dulu di Arima Classic . My first reaction...sedap sebab pedas!!! Pelik sebab tak sangka makanan Italian boleh pedas. Atau apakah ia sengajakan dipedaskan untuk tekak orang Melayu. Jawapannya tidak.

Kjee google cari resipi and then baru tahu orang Itali bubuh banyak cili untuk menikmati kepedasan makanan ini. Dan sejak kali pertama diperkenalkan kepada Aglio Olio ini oleh Arima Classic, maka selepas itu Kjee seringkali order spaghetti jenis ini apabila makan.

Dan sekarang dah jarang order sebab dah pandai buat sendiri. Aimran anak saudara Kjee pernah beritahu, masa dia study di London dulu, inilah makanan ruji dia dan mungkin ramai students. Senang dimasak, sedap dan murah.

Walaupun tak berapa sihat a few days ago, Kjee tetap ke dapur especially apabila teringin nak makan sesuatu. Kali ini tekak teringin pulak nak makan Aglio Olio. Nak pergi Arima Classic jauh sangat. Nasib baik ada udang dan sotong dalam fridge serta spaghetti dalam pantry.



Tak ada resipi specific. Janji ada bawang putih (Kjee hiris banyak2), ketuk cili api (ikut kepedasan sendiri), Olive oil dan spaghetti serta seafood. Mula2 rebus spaghetti bersama garam. Apabila spaghetti sudah dekat nak kenyal (al dente), tumis hirisan bawang putih dan cili api dalam minyak zaiton dalam kuali atau periuk. Banyak sikit minyak zaiton tak mengapa...ia minyak sihat. 

Apabila bawang putih dan cili api dah agak garing, masukkan apa jua seafood yang menjadi pilihan. Goreng seketika. Kemudian tapis spaghetti dan masukkan ke dalam tumisan tadi. Tuang air rebusan tadi kira2 setengah cawan ke dalam tumisan. Gaul pantas2 dan rasa garamnya.

(Kjee celur brocolli yang telah dipotong flowerettes dan gaul bersama disaat akhir. Ini optional).

Sebelum mkan, Kjee taburkan Parmesan Cheese. Ini ikut selera masing2 lah yer.









Friday, November 9, 2012

SOTONG GORENG KUNYIT MEMBUKA SELERA

























Ini antara lauk yang Kjee suka masak sebab my husband dan doter suka sangat makan. Kekadang Kjee buat Ayam goreng kunyit. selalunya Kjee bubuh kacang panjang tapi hari ini Kjee letak kacang buncis. Suka ati lah nak letak apa. Kita yang buat dia kan?

Actually kalau buat pedas2 sedap. KJee bubuh cili padi yang telah diketuk2. Tapi, lunch tadi ada tetamu yang tak makan pedas. So terpaksalah buat kurang pedas.

Tak payahlah resipi sebab dah selalu sangat Kjee buat. Tapi kalau nak, klik sini.





Tuesday, July 24, 2012

SOTONG KENIT AKA CUMIT2 GORENG GARING




Tadi ketika Kjee berlegar2 kat Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor, Kjee sampai di gerai jual sotong dan udang. Mata Kjee liar cari udang 'lain dari yang lain'. Sebabnya Kjee dah boring asyik makan udang yang species sama jer.


And then Kjee nampak udang putih yang biasanya halus2. Tapi kali ni agak kasar dan warnanya kuning kekuningan. Harga RM15 sekilo. Biasanya udang putih halus RM10 jer. Kjee rembat sekilo.

And then tetiba Kjee nampak satu bekas plastik sotong kecik2 ala2 cumit2 kering. Hah inilah cumit2 kata Apek tu. Amiklah, tinggal ini saja. Manyak sedap goreng sama kunyit garing2 tau. Kjee mulanya was2 jugak sebab tak pernah beli cumit2 yang fresh. Haiyaaa nyonya amiklah, kata bini Apek pulak. Lu tak payah siang punya. Manyak sedap.

Dan sampai rumah, setelah siang dan simpan semua ikan2 yang Kjee beli, Kjee pun cuci bersih2 dan bubuh garam dan kunyit.



Dan jeng jeng jeng...inilah dia. Cumit2 fresh goreng garing!! Kjee siap buat kicap cili sekali.. Actually, Unclepali jugak beli kerang. So dia dah rebus tadi.

Kjee tak dapat beritahu bagaimana rasa cumit2 fresh ni sampai berbuka nanti. Tetapi baunya ketika goreng, menggoncang iman!!! Hehehehe.

Dan ini pulak sambal cumit2 kering yang Kjee buat dulu. Hmmmm kecur!!!


Saturday, July 14, 2012

MI GORENG MAMAK AIR TANGAN UNCLEPALI YANG SODAP!!




Hari ini Unclepali buat Mi Goreng Mamak yang terbaekkkk setakat ini untuk tekak Kjee lah. Sejak pagi tadi Kjee teringin nak makan mi goreng mamak. Jangan ingat yang bukan2 tau. Kjee tak mengidam. Kilang dah tutup. Hehehe.

Bukan senang nak cari mi goreng mamak sedap di Sungai Buloh. Kat Restoran Mami Tanjung, boleh diklasifikasikan sebagai sedap tetapi hanya kalau isteri taukenya yang masak. Kalau harap pekerjanya, memang tak sedap.

So masa balik dari minum petang tadi di Group Base, Unclepali singgah beli udang, sawi dan taugeh. Walaupun kami dah kekenyangan selepas hi-tea yang agak berat, lepas Maghrib tadi Unclepali tanya samada nak makan mi goreng mamak. 



Kjee antara hendak dengan tidak sebab ada seperiuk serawa durian yang Kjee masak sebelum Maghrib tadi. Ingatkan nak makanlah dengan sekeping dua roti. Tetapi Unclepali terus bangun dan ke dapur bersama Nadia untuk masak.

Sebaik sahaja habis Buletin Utama, Mi goreng Mamak sudah siap! Kjee tengok muka Unclepali macam peserta Masterchef Selebriti menunggu kritikan juri. Apabila Kjee senyum, bukan main suka dia. Actually, dia sengih. Ekk lah kononnya sebab bini puji sedap.

Untuk mi goreng hari ni, Unclepali bubuh udang dan sotong. Dia tak bubuh cili sos sebab Kjee kata nak makan mi goreng pedas. So dia ketuk cili api dan campak ke dalam kuali, dia kata. Dia jugak guna sambal tumis nasi lemak yang memang sentiasa ada stok dalam peti ais.

Korang tengok jer lah resipi kat sini. Sikit lebih kurang macam itulah resipi Unclepali. Unclepali ni spesies manusia yang kalau suruh dia masak, takkan dapat rasa sama seperti yang dimasak sebelum ini. 

Tetapi memanglah mi goreng hari ni, The best so far!!!

Kalau pinggan dah kering, bonda kata mesti curah sikit air. Petua jangan kering rezeki.