DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Sunday, December 13, 2020

YOGURT BUTTER CAKE


     Kjee jarang buat cake. Tetapi apabila ternampak satu resipi kek guna Yogurt, timbul keinginan mencuba. 
     Sounds different kan? Sebelum ini mungkin Kjee tak sedar pernah beli/makan  kek letak Yogurt. Mujur ada satu bekas kecil plain Yogurt dalam peti ais. Alahai kalau tidak menjadi pun apadehal. Bahan-bahan semua dah ada. Tak perlu keluar masuk hutan mencari. 😁
      Resipi memerlukan Cake Flour. Kjee dah lama tahu cake flour dan Self Raising Flour tidak sama. Tetapi jangan risau. Cake Flour adalah campuran tepung gandum dan tepung jagung. 


     Sebelum Kjee list down bahan2nya, sukat dulu satu cawan setengah tepung gandum. Keluarkan dua sudu besar tepung gandum tersebut. Kemudian masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan gaul rata. Juga satu sudu teh baking powder dan secubit garam. Kalau guna salted butter, tak perlu letak garam. Ayak campuran tepung tersebut 3 kali. 
     Bahan-bahan lain adalah 225 grams butter, satu cawan gula castor, 4 butir telor gred A, 4 sudu besar yogurt dan satu sudu teh esen vanilla.  

     Panaskan oven suhu 190 C. Oles sedikit butter pada acuan 8x8 empat segi atau acuan bulat 9 inci. Kjee guna saki baki butter pada kertas pelapik butter untuk oles acuan. 
     Butter dan gula dipukul guna electric mixer selama lebih kurang 3 minit atau sehingga warnanya menjadi pucat. Gula seharusnya sudah sebati. 
     Kemudian masukkan telor sebiji demi sebiji, terus pukul dengan mixer sehingga elok  bercampur dan menjadi creamy. Pukul lebih kurang 1 minit untuk setiap biji telor. 
     Kemudian masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit, guna plastic spatula. Gaul perlahan kaedah kaup gaul sehingga semua tepung sudah elok bercampur. Kemudian masukkan satu sudu kecil Vanilla dan 4 sudu besar Yogurt. Kacau sehingga rata, perlahan-lahan. 
     Tuang ke dalam acuan. Hentak sedikit acuan untuk bagi adunan mendap. Bakar selama 40 hingga 50 minit atau sehingga warna kek menjadi keperang-perangan.   

      Pada 20 minit pertama, tutup permukaan acuan dengan Alluminium Foil. Ini untuk elak permukaan kek terlalu gelap. Tetapi Kjee padam api bahagian atas oven dan sambung bakar kek guna, api bawah sahaja. 
     Guna lidi untuk mencucuk di tengah-tengah kek setelah tamat waktu baking. Jika lidi bersih dan tiada kelihatan basah, kek dah siap masak. 
     Sejukkan kek seketika sebelum dikeluarkan dari acuan. Dan biarkan kek sejuk betul2 baru potong. 
     Mengguna cake flour menjadikan kek lebih halus teksturnya. Tetapi yang gusar guna Yogurt sebab bimbang kek menjadi masam, usah bimbang. Tidak menjelaskan rasa kek. 
     Selamat mencuba. 

     
     

     

Tuesday, September 29, 2020

KESILAPAN KETIKA BAKING


    Pagi ini Kjee buat Kek Pisang lagi. Tunggu, baca dulu sampai habis. Kjee bukan nak share resipi kek Pisang  lagi. Kan baru buat minggu lepas! Kjee nak bagitau pagi ini Kjee ada buat satu eksperimen. Minggu lepas, Kjee kecewa kerana setiap kali buat kek Pisang, ia merekah di permukaan!
    Tentu korang perasan Kjee jarang share entries kek. Sebab utama ialah Kjee tak pandai. Sekali dua buat, tak menjadi, I give up. Lebih baik beli kat SR atau bakery yang lain. 
    Tetapi ada juga kek yang terkecuali. Kek Pisang antara fav UnclePali. So Kjee seringkali buat kalau UP beli pisang. 
    What UP tak tahu is, Kjee selalu kecewa apabila kek merekah atau bantat. Bagi dia, asal sedap okaylah. 

     Then my fren Larry Yusuf, link Kjee kat satu tip di you tube. Barulah Kjee tahu rupa2nya kesilapannya di pihak kita apabila terlepas pandang. 
     Kenapa kek kita merekah di permukaan apabila dah siap? Ada dua tiga sebab. Satu yang kita semua tahu sebab suhu oven terlalu tinggi. Kjee selalu panaskan oven selama 10 minit sementara nak siapkan adunan. Suhu ikut resipi. Rupa2nya suhu oven orang tak sama dengan oven kita. Misalnya kalau pada resipi ditulis suhu 180 darjah, cuba turunkan ke 165 atau 170.
    Itu yang Kjee cuba tadi. Masa panaskan oven, suhu pada 180. Tetapi masuk kek, Kjee turunkan ke 165. Jangan lupa selawat banyak-banyak. 😅🙏
    Penambahan Baking Powder dan/atau baking soda juga penting. Jangan ghairah sangat nak kek kita naik tembam maka kita lebihkan sikit serbuk-serbuk itu. Untuk resipi kek pisang, tertulis disitu satu sudu teh baking powder dan satu sudu teh baking soda. Kjee kurangkan jadi setengah sudu teh tiap satu. 

    Dan acuan juga memainkan peranan. Aritu Kjee guna acuan 6x6". Empat segi. Adunan yang ada sebenarnya memerlukan acuan yang lebih luas sedikit. Itu antara penyebab kek naik dan merekah! 😱
Tadi Kjee cuba guna acuan bulat yang Kjee tak pasti ukurannya. Ala acuan yang biasa jer. 
    Alhamdulillah kek Pisang Kjee kali ini molek sangat! Tidak merekah atau mentah di permukaan! 
    Kalau ada bakers yang nak ketawakan Kjee sebab share posting ini, ada aku kesah! Kjee tak pernah belajar dari orang persaorangan atau pergi kelas. But I use my brains. You tube ada. 
    Okay kalau korang nak terai cara Kjee, silakan. Kalau tak nak, no hal one lah. 
    Oh lupa lak. Masa kek masuk oven tadi, Kjee letak di rak paling bawah. Api hanya bahagian bawah. Selepas 30 minit, Kjee tukar api atas sahaja. 


    
   

Friday, September 25, 2020

KEK PISANG


   Sehari dua ni, Kjee asyik teringin nak makan kek. Home made old school butter cake pulak tu. Resipi dah ada tetapi belum ada mood nak baking.
   Semalam UP beli pisang. Katanya, buat alas perut in between meals takut Kjee gastrik. Tetiba dapat idea nak buat Kek Pisang. Kjee ada satu resipi Kek Pisang yang awesome sangat. Dah banyak kali Kjee buat. Tiap kali puas hati. 
   So pagi semalam, sebaik UP keluar kerja, Kjee pun menyusup ke dapur. Kalau dia ada mesti bising sebab kelmarin Kjee teruk kena gastrik. Terbaring aje.
   Bukan susah nak buat Kek Pisang ni. Guna blender aje untuk kisar telor, gula dan minyak. Kjee guna hand blender sebab kelmarin blender biasa buat kisar cili.


   Tak sampai setengah jam, adunan kek dah masuk oven. Kali ini seperti biasa, Kek Pisang yang Kjee buat, merekah sikit. Silap Kjee rasanya. Suhu oven terlalu panas. Tapi apa der hal. 
   Kejadiannya cukup memuaskan hati. Kjee rasa ini Kek Pisang terbaik yang Kjee pernah hasilkan guna resipi sama! Tak tahu kenapa. 
   Korang intai kat LINK ini untuk resipi lengkap ya. Ramai yang mintak resipi apabila nampak gebu sangat kek ini semalam.
    Satu peringatan kalau tak mahu kek ini merekah. Jaga kepanasan oven. Hanya korang yang tahu oven korang. Next time Kjee buat, Insya Allah Kjee turunkan sikit suhu.