DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label kisah2 close to my heart. Show all posts
Showing posts with label kisah2 close to my heart. Show all posts

Saturday, July 29, 2023

I AM 68!!



         Alhamdulillah syukur. Dalam keadaan kesihatan yang tidak beberapa elok sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, dapat juga Kjee sampai ke usia ini. 
         TERIMA KASIH ALLAH. 


Tuesday, July 25, 2023

SUDAH 17 TAHUN


         Masih ada ke yang ingat Hani Mohsin? Anak2 sekarang mungkin tidak kenal, sebab masa dia pergi, korang belum lagi lahir.
         Apapun, doa untuk Mohsin tidak pernah Kjee lupakan. Kalau lalu di jalan berhampiran Tanah Perkuburan Islam di perkarangan Mesjid Al Rhidwan, Hulu Kelang, pasti ku hadiahkan bacaan surah Al Fatihah.
         Moga Roh mu tenang disana adikku. Al Fatihah. 
         Kalau sudi bacalah di link SINI.  Setiap kali membaca, airmata Kjee akan berlinangan... 

Tuesday, October 25, 2022

WE MADE IT. ALHAMDULILLAH.


       Baru macam semalam dia kata... "You tak risau ke tinggal berdua dengan anak yang masih kecil? Apa kata kalau.. Kita... Kahwin!"
       Of course masa itu Kjee anggap lamaran tu macam kelakar. Baru berkenalan seminggu. Beza usia 13 tahun pulak! Boleh keluarga dia terima? Tetapi sebulan selepas itu, kami dijabkabul. 
       A few days ago Kjee tanya lagi. "Abang ada ke beritahu your family masa itu, yang you nak kahwin dengan I? Mesti berpeluh you dengar jawapan mereka!" 
       "Eh taklah. Mereka okay aje. I yang berpeluh tunggu jawapan you!" 
      Hehehe itu rupa2nya. Anyway, dah 22 tahun. Banyak berperang daripada berkasih-kasihan. Mujur tak ada yang kecundang. Well, almost! 
      Terima kasih Allah hantar jodoh ini buatku. Susah dan senang bersama. Sihat dan sakit juga bersama. Alhamdulillah. Love you Pazeli Ishak hingga ke Jannah. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 












Tuesday, May 3, 2022

SALAM SYAWAL 1443H


       Selamat 'Hurry' Raya kata my sista Maryam Haji Ahmad Shah. Adik sepusat sepusing. Mak lain bapak asing-asing.
       Memang tepat kata-kata tu. Semua was done in a hurry. Malam itu, kalau lah boleh ada tiga empat pasang tangan kan! 🤭
       Kami berbuka Puasa di Melawati Mall malam tu. Manusia punyalah ramai. Patutlah tiap kali lalu berhampiran Mall tu, jalan jem. Rumah Kjee sepelaung aje dari situ.

       As UnclePali tolak kerusi roda Kjee, kami melintasi semua restoran. Fuyoooo. Semua letak signboard Full House! Alhamdulillah rezeki semua peniaga! Mujur Kjee awal2 dah buat reservations. Serik! Makan kat gerai Tom Yam pun kalau tak call dulu buat reservations, alamatnya makanan sampai sejam kemudian! 
       Orang Malaysia sekarang banyak duit kata UnclePali. Yang ada KWSP, dapat keluarkan minima Rm50 dan maksimum Rm10k. Yang kerja Kerajaan dapat bonus lah bagai. Yang OKU dan dah lebih usia, macam Kjee, habuk pun tarak. Tapi adik2 Sepusat Sepusing banyak transfer duit Raya. Dulu orang hulur, sekarang transfer online banking. 🤭
       Okay Kjee nak citerlah what happened that nite. Sebaik sahaja habis Berbuka Puasa, memang style kami untuk terus bayar dan balik. Nak rebut solat Maghrib yang masanya cukup pendek.

       Sampai rumah Kjee tengok kat fon ramai macam kelamkabut. Ada yang upload video Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja umum Hari Raya. Isyhhh Kjee kata. Pepandai aje dia orang edit video lama. Fake news.
       Habis solat, UP keluar amik angin luar. Dalam rumah dia dilarang hisap rokok. Tetiba lutut Kjee rasa lemah. Satu badan mengeletar! Serius babe! Scroll FB. Esoknya Rayalah!!! Kjee jerit sekuat-kuatnya panggil UP.

       "Abang!!!! Esok Raya!!!" 
Panik! Maklumlah belum masak apa2 juadah Raya!
        Kjee terus bergegas ke dapur. UP ikut dari belakang. Risau takut Kjee jatuh. Capai ayam dari freezer. Mujur belum beku banget sebab beli pagi tu. Rendam sekejap. UP terus capai chopping knife. Kerja dia uruskan ayam. Kjee buat kerja lain sambil duduk.
      Apa yang jadi sehingga keesokan harinya, akan terpahat dalam kotak sejarah kami. 

      Siang hari itu Kjee baru tulis kat FB pengalaman masa kecik2. Masa itu pengumuman Hari Raya tidak boleh dijangka. Kekadang Puasa 29 hari dah Raya. Dan kami tunggu kat TV dan juga radio untuk dengar pengumuman. Kalau Raya, terus berlari ke dapur. Kalau tidak, lega lah mak ada sehari lagi untuk buat persiapan. Tetapi yang sedih kami berempat beradik. Kena Puasa sehari lagi. 😂
       Tak sangka apa yang Kjee tulis jadi kenyataan. Sejarah ketar lutut masuk dapur untuk masak in a hurry, berulang!
        Malam itu di Melawati Mall, kalaulah Kjee intai FB dan nampak orang up status esoknya Raya, pasti Kjee buat pengumuman khas macam Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk semua yang ada dalam restoran tu. Maklumlah semua makan santai2, ada yang baru nak order dessert. Dan ada yang baru masuk!
        Herannya seorang pun pengunjung Mall itu tak sedar esoknya Raya. Kalau tidak, pasti gamat kan!!
        Okay itu aje story boring. Harap korang tak boring baca. 
        

        Ini dia juadah Syawal kedua. Kjee bangun kul 5 pagi tadi untuk masak. Masa itu banyak tenaga. Dah siang sikit habis semua tenaga. 
        Lontong Semarang ini sedap dan mudah dimasak. Tak renyah macam Lontong Malaysia. Tak perlu kuah kacang, sambal dan serunding kelapa. 
        Resipi KLIK SINI


       

Thursday, April 14, 2022

MAKAN MATI, TAK MAKAN MATI


       Sekarang ni Kjee tak sihat nak masak hari-hari. So korang kena siap sedia dengan kisah-kisah isu semasa ulasan Kjee. Dan juga citer-citer merapu. 🤭
       Makan Mati, Tak Makan pun Mati. Itu antara kata2 yang sering arwah mak lemparkan kalau kami adik beradik tegur cara pemakanan dia. 
       Rasanya Arwah Mak dapat penyakit Diabetes di awal usia empat puluhan. Dulu Kjee guna perkataan kencing manis. Tetapi setelah ditegur seorang doktor Kjee tukar guna Diabetes. 
       Perkataan kencing manis bunyi sangat elok. Apa yang manis kan sedap kata doktor tu. Tetapi manis ini boleh bawak maut. So jangan lagi guna perkataan itu, sambungnya lagi. Okay lah tu.

       Mak kena diabetes sebab suka sangat makan makanan yang manis-manis. Baik kuih muih ataupun minuman. Kat rumah stok gula pasir nya ada berkati-kati. Sirap merah tu dia buat sendiri. Dan ada berbotol-botol!
       Mujur sebaik mula kerja, Kjee dah tinggal berasingan. Tinggal dengan mak, tentu awal2 lagi Kjee dah kena Diabetes.          Kjee hanya dapat penyakit itu di hujung usia lima puluhan. Kjee pelik sebab kita punyalah berjaga-jaga. Tak suka air manis atau kuih yang manis sangat, tetapi terkena juga!
       Rupa2nya penyakit ini adalah genetik
Kjee dapat sebab mak ada. Allahu Akhbar. Hati2 korang! So memang tak boleh elak lagi!

       Masih teringat dan terasa di tekak, Kuih Bakar Bombay arwah mak yang sedap giler. Tak pernah makan kuih tu, sesedap itu, yang orang lain buat. Kuih Bakar Bombay arwah mak 'bersakau' di permukaan. Makna 'bersakau', gulanya terbit di permukaan kuih! Kalau tak bersakau, kureng sedapnya!!
       Hmmm sambil kami sama-sama layan Kuih Bakar Bombay mak tu, kami suruh dia beringat. Dia ada Diabetes. Dan jawapannya cliche sangat. "Makan, Mati, Tak Makan pun Mati. Baik ler aku makan'"
       Korang intailah resipi tu DISINI.  Makan tanggung sendiri. 😝😁🤭
       Selain itu, Diabetes mak semakin teruk sebab dia kuat menipu kami. Kami dah sediakan dia alat untuk cek kandungan gula dalam darah dia. Tiap kali kami tanya dia akan jawab "Don't worry. All under control'".
       Justru mak meninggal di usia 64 tahun, 25 tahun yang lalu kerana komplikasi Diabetes. Lima hari dia koma. Kjee ikut sama mak dalam ambulans ke Hospital Tawakkal. Lima hari kemudian dia pergi.

       Okay bab Kjee. My sugar level is under control. Mine is type 2. Jarang melebihi angka 8. Serius. Ini tak tipu sebab Kjee penakut ya rabbi. Ada kawan UnclePali, angka sampai tak boleh baca dan dicucuk insulin. 
      Foto bawah ini antara bacaan gula Kjee. 

       Kjee sebenarnya bedal apa aje yang Kjee teringin. Tetapi sangat berpada-pada. Malah minum air manis sehari sekali aje iaitu di waktu pagi. Sebab itu Kjee selalu hypo. Terhoyong hayang sebab badan tak cukup gula.
       Tetapi aku taklah macam arwah mak. "MAKAN MATI, TAK MAKAN PUN MATI!"
       Foto paling atas, famili Kjee. Mak yang belakang berdiri di tengah2. Orang tua yang duduk tu nenek sebelah bapa. Sekarang tinggal Kjee berdua dengan Abang Ahmad Fauzee.
       AL FATIHAH. 

Tuesday, April 12, 2022

JUSTICE FOR BELLA

       Setiap hari Kjee menangis. Tiap kali teringat atau terbaca berita mengena anak Syurga BELLA, Kjee tak dapat menahan airmata. 
       Macam cerita dalam kisah dongeng masa lalu. Didera dengan kejam oleh ibu tiri. Disimbah air panas mendidih, disapu cili pada luka-luka di badan. Macam-macam lagi lah kisah anak yang diperlakukan ibu tiri yang kejam.
       Tetapi itu semua kisah dongeng. Cinderella pun tidak didera sedemikian kejam. Sampai ramai anak2 takut sekiranya ayah kahwin lagi setelah ibu pergi mengadap Illahi. Takut meneruskan hidup berinsankan Ibu Tiri. 
       Tetapi ini tahun 2022. Alaf baru. Lagi kejam rasanya kes BELLA diperlakukan penjaganya! Bukan sahaja terhenti setakat disimbah air panas, diaibkan dalam rumah tanpa sehelai benang, dilumur cili TETAPI juga dipaksa makan najisnya!
       Ini bukan drama tetapi dilalui oleh anak Syurga BELLA sehingga dia diselamatkan oleh seorang pekerja sosial dalam keadaan yang amat memilukan.
       Apakah hukuman yang harus dikenakan keatas penjaga yang lebih binatang daripada binatang itu? Kerana dia dari keturunan berada, dia berdiri disebalik 7 peguam. Selain sokongan padu daripada famili yang pernah satu ketika dahulu pegang tampuk kepemimpinan negeri paling kaya di Malaysia. 
       

       Ramai memohon doa agar haiwan ini dikenakan hukuman paling berat dalam sejarah! Tetapi berbaloikah untuk BELLA, anak Down Syndrome yang pasti tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku keatas dirinya? 
       Mengapa dan kenapa dia harus diperlakukan sedemikian rupa? Apa kesalahannya? 
       Hanya Allah swt sahaja yang tahu! Di hari baik dan bulan yang baik ini, marilah kita titipkan doa agar BELLA diberi pembelaan yang sewajarnya! Moga apa yang telah dilaluinya hanya sebuah mimpi yang ngeri walaupun luka dan parut pada tubuhnya akan berada disitu sehingga nafasnya yang terakhir. 
       Percayalah adik BELLA, selepas ini semua yang dilalui bakal indah-indah sahaja. Insya Allah. 
      Aamiin Ya Rabbal Alamin. 


       

Sunday, January 2, 2022

KEJAYAAN TERBESARKU


      Tadi masa tunggu nak sarapan di Restoran Taqwa, Gombak, Kjee scroll my memories kat FB. Waduhhhhh terlintas satu post yang Kjee anggap cukup eksklusif 👇. For me that is. 

     Kjee tak pernah rasa malu nak share pengalaman lalu. Masa muda kan! Apa yang kita lakukan seringkali ikut hati bukan otak. Nevertheless never too late to change. 
     Dibawah Kjee kongsikan apa yang Kjee luahkan di FB a few years ago. Moga tidak diulangi apa yang pernah dilalui. Insya Allah. 

######### 🤭🤭🤭🤭🤭🤭#########

Tadi pergi makan di restoran nasi kandar. Masa nak bayar, Kjee tengok kotak pameran rokok kosong. Kjee tanya cashier kenapa kosong? Dia kata ada larangan tak boleh jual rokok. Hmmm. Mokcik ada satu pengakuan. Mungkin korang tak percaya. 
Mokcik dah stop hisap rokok sejak 17 tahun lalu setelah bergelar perokok selama 30 tahun! Oppppsss terkejut?!!
Ini kisah benar.
Belajar merokok masa menjadi wartawan. Kononnya dengan menghisap rokok idea boleh datang mencurah-curah. Maybe yes, maybe no.
Tapi mokcik bangga tiada siapa yg paksa mokcik berhenti. Setelah 30 tahun bergelar perokok, akhirnya satu malam, Kjee berazam berhenti merokok. Masa itu baru dua tahun berkahwin dgn UP. 
Masih ingat lagi malam itu di Hosp Pantai Medical Centre. Pagi esoknya mokcik akan jalani satu pembedahan. Agak major. Kjee dan UP sama2 hisap dlm toilet single room di hosp itu. Nurse masuk. Dia bau asap. Suruh UP hisap kat car park bawah. Dia tak sedar patient tu pun sama hisap. Malam tu Kjee beritahu UP agar itu 'our last cigarette'. Dia setuju. Dan sejak malam itu, hingga kini, Kjee sudah tiada title perokok. (Sedihnya iman UP tidak sekuat Kjee. Dia masih merokok). 
Semua rakan2 terkejut bagaimana kjee boleh berhenti. Ada satu wanita dari grup anti perokok, kata dia tidak percaya. Impossible. Too drastic, katanya. Dia kata sukar utk stop setelah merokok selama 30 tahun, dlm masa sehari! Dia kata Kjee pasti ambil ubat atau jalani terapi. Well, tak suruh dia percaya pun! UP dan keluarga jadi saksi! Siapa percaya kalau kjee hisap 2 kotak, 40 batang sehari! 
Well, I did it! Iman mesti kuat babe. Kjee ni jenis manusia degil. If I want to do anything, by hook or by crook, I will achieve it.
Kjee tak pernah menyesal atau malu jadi perokok satu ketika dulu. Cuma rasa terkilan apabila melihat kaum wanita muda/remaja sekarang menghisap rokok tanpa segan silu. Apa yg melintas dlm fikiran... "Macam itu ke rupanya aku masa jadi perokok dulu. Hodohnya!!" 
Terima kasih Allah kerana kuatkan imanku. Tak dapat bayangkan jika masih ketagih merokok walaupun sudah berhijab.
Ini pengakuan mokcik yg eksklusif di FB. Belum pernah lagi buat sebelum ini. 
Sekian. 
###########😆😆😆😆😆#######

      Semua foto diatas ehsan google. 






      


Friday, December 31, 2021

2022 - MOGA KITA SELAMAT


      Ini foto terbaru Kjee. Dirakam pada Selasa 28 Disember 2021. Nampak kurus ke? Taklah bukan kurus tapi dah kecut. 🤭
At 66 okaylah kan! Well I pun pernah lalui zaman muda yang kebahboom. 😂
      Hari ini hari terakhir 2021. Banyak kenangan yang cukup memilukan terutama sekali di hujung-hujung tahun, lebih tepat bulan dua belas. 
     Negara dilanda Tsunami kecil. Walaupun tidak diisytiharkan sebagai Tsunami tetapi melihat kepada musibah yang melanda, itulah yang dikatakan ramai orang.
      Nauzubillah jika Tsunami sebenar berlaku seperti di Aceh dulu. Kjee tak nak fikirkannya. Seram sangat. Moga Allah swt lindungi kita semua. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 
      Seperti kebiasaannya apabila tiba penghujung tahun, semua pasti teruja untuk sambut ketibaan tahun baru. Tetapi Kjee yakin sambutan kali ini tidak sama. Musibah banjir yang dikatakan akan berlarutan hingga awal tahun depan, merunsingkan. 
      Mujur Kerajaan membatalkan semua majlis menyambut Tahun Baru. Tiada percikan bunga api di tengah-tengah ibu kota atau  berkumpul depan Jam Besar di Jalan Sultan Abdul Samad, untuk final countdown, jam 12 malam. 
      Sebaliknya setiap orang tanpa mengira bangsa dan Agama disaran buat majlis doa selamat. Mohon agar negara kita selamat dari sebarang malapetaka dan bahaya. 
🤲🤲🤲
      So harap-harap esok tiada yang ucap Selamat Tahun Baharu. Kita mohonlah agar KITA SELAMAT DI TAHUN BAHARU. 
      AAMIIN YA RABBAL ALAMIN. 

Sunday, November 14, 2021

KJEE NI WARTAWAN KE PELAKON?

      
      Kisah terjadi minggu lepas. Kjee tengah sarapan dengan UnclePali di sebuah restoran. Tetiba terdengar jeritan.. "Mona!!!" Kjee segera berpaling. Tak kenal siapa!
      Kalau tak kenal kenapa Kjee berpaling? Apa kena mengena Mona dengan Kjee? Hehehe panjang cerita tapi dipendekkan, ramai orang ketika zaman Kjee muda2 dulu lebih suka panggil kita Mona. Kjee malu masa itu.
     Kenapa Mona? Hah mak atau ayah korang semua pasti boleh beri jawapan. Itulah watak Kjee dalam drama Santan Berlada. Kisah gadis bernama Monaliza yang 'kurang seposen!'
     Sebenar Kjee sepatutnya muncul sebagai artis jemputan dalam satu episod Santan Berlada masa itu. Tetapi ketika rakaman di Studio Sound Stage Filem Negara, penulis skripnya ada sama. S.A.Takiyuddin kalau tak silap. Beliau ketawa lihat Kjee bawa watak itu. Justru dia tanya mahu tidak menjadi barisan pelakon tetap.
      Hati berbelah bagi. Kjee masa itu wartawan di NST. Adoiiii tapi minat sangat2 nak berlakon. Akhirnya.... Kjee curi2 berlakon. Tapi masa rehat, interviu artis2 untuk dimasukkan dalam paper. So tak kira ponteng lah kan., 🤭
       Antara pelakon Santan Berlada ketika itu. Fauziah Nawi, Accapan, Jantan Osman, Khairul Azhar. 👇

      Maka tiap episod Kjee berlakon lah. Oleh kerana watak kurang seposen, Mona dimekapkan oleh mendiang mekap artis Rama Lingham, dengan mekap tebal. Pipi merah menyala bagai.
      Kjee sanggup pakai kasut sebelah warna lain, subang juga sebelah lain, rambut kejap gerbang. Hehehe kelakar betul. Semata-mata nak hidupkan watak Monaliza yang senget 
      Dan kerana keberkesanan watak Mona, orang mula panggil Kjee nama itu. Sehingga hari ini, penonton zaman itu panggil kita Mona.
      Kjee sangat dikenali masa drama Santan Berlada. Actually watak Mona itu bercinta dengan Abg Ghani (lupa nama sebenar) tapi buat album Mona digandingkan dengan Os.
      Tetapi sekarang orang hanya ingat Kjee dalam drama Rumah Kedai. Kjee berlakon satu musim aje Rumah Kedai gantikan Rosnah Mad Aris, yang tarik diri.


      Setakat ini dah dekat 100 drama Kjee berlakon sejak RTM zaman hitam putih. Drama pertama 'Angin Bila Menderu' slot Panggung RTM arahan Abdullah Zainol. Baru-baru ini diulang tayang di TV9. Che Mat Gebu capture foto Kjee dalam drama itu minggu lepas. 👇

    
      Kjee dah berlakon lebih 100 drama setakat ini. Paling banyak drama bersiri. Filem ada lah sikit. 
     So Kjee ni Pelakon atau Wartawan? Hmmm satu kaki dalam industri drama dan satu kaki lagi dalam bidang kewartawanan. Itu aje yang kjee boleh kata. Tapi dua-dua Kjee suka. Masa jadi wartawan, Kjee menulis bidang hiburan.
      Malangya tak banyak foto untuk dijadikan kenangan. Yang bawah ni jer. 👇



Monday, October 25, 2021

ULANG TAHUN KE-21


      Alhamdulillah syukur. Sudah 21 tahun bersama Pazeli Ishak, an incredible person. My bestie. Suami, sahabat karib dan kekasih hati.
      Moga Allah swt berkati kami hingga ke nafas akhir. 
      Sebuah perkahwinan harus dijalinkan dengan penuh kasih sayang, hormat menghormati dan saling berkompromi. Seorang naik hantu, seorang lagi diam. Diam bukan bererti menikus tetapi untuk elak perang sabil. 🤭
      Kami nampak seusia tetapi jarak kami 13 tahun. He's 53. Me? Lu worang kiralah sendiri. 😬
      Thank you Abang kerana bersama saya susah dan senang. Bukan senang hendak menempuh onak duri. Langit tidak selalu cerah. Kita selalu jugak perang dingin. Tetapi we made it for 21 years. Mudah-mudahan banyak lagi tahun kita betsama. Insya Allah. 












Masa first anniversary 2001.







Cincin kahwin 21 tahun lalu. Yang sebelah kiri tu beli a few years ago.