Showing posts with label mi/mihun/Kway teow. Show all posts
Showing posts with label mi/mihun/Kway teow. Show all posts

Friday, February 17, 2023

mi/mihun/Kway teow

MI KARI NYONYA PUNYA 😬


       Hari ini Kjee buat Mi Kari untuk  'adik' Kjee dan staff opis dia. No bukan  jual tetapi orang kata 'membalas budi baik dia' terhadap Kjee selama ini. Known her banyak tahun dah. Dah anggap my adik.
        Tenaga ada sikit aje tetapi my beloved other half, ringan tulang bantu Kjee buat dari mula hingga akhir. Tak ler susah mana. Tak payah keluar masuk hutan cari bahan. Tetapi kalau buat sensowang mahu amik masa tiga kali ganda. 😀
        Hari ini tak ada kerang dan taugeh. Semalam gi supermarket, taugeh dia macam dah nazak. Kerang pulak kenit2. Buang masa aje nak nak buang kulit. 
        Foto bawah ini yang Kjee buat dulu. Memang cukup semua bahan. 


        Resipi lengkap Mi Kari Nyonya ni, sila klik SINI
        Sorry frens yang seringkali nak order. Kjee tak sihat. Ini pun mujur UnclePali nak tolong. Angin tengah baik. 
😁😁😁




Sunday, April 10, 2022

mi/mihun/Kway teow

BEEF GINGER KWAY TEOW

       Kalau tekak meragam sebab badan  tak sihat, makanan pilihan Kjee ialah Kway Teow. Tak kisahlah Penang Fried Kway Teow ke. Atau yang bersup seperti Kway Teow sup Utara dan semua sewaktu. 
       Kway Teow Beef Ginger ini sepatutnya Kjee masak untuk Buka Puasa semalam. Tetapi kerana tak sihat, bagun Sahur tadi, Kjee buat sebab tak nak teringat-ingat sepanjang hari. 😀
      Oleh kerana kurang pencahayaan dari luar, maklum lah masa Subuh, kejadian foto nampak kurang berselera. Tetapi percayalah ia sebenarnya cukup sedap. ☺️😋

       Ini resipi hantam sajalah labu yang Kjee masak ikut naluri. Tetapi rasanya resipi sebenar sikit lebih kurang aje. 
       So semalam, Kjee senaraikan bahan2 yang perlu dibeli UnclePali. Kwayteow mesti yang halus. Yang kasar tak minat. Halia mesti betul2 muda especially yang ada tunas. Macam foto bawah yang Kjee google. Halia muda tak pedas sangat berbanding halia tua. Dan daun bawang mesti yang gemuk2. 

       Of course daging mesti batang pinang. Kena daging lembut sebab masaknya secara stir fry. Tetapi daging biasa pun okay asal korang rebus sampai lembut. Air rebusan daging itu pun tersangatlah penting. 
       Selain itu perlu ada tiga jenis kicap. Kicap manis, kicap cair (Kjee guna Nampla atau kicap Thai) dan kicap karamel untuk warna. Ada orang guna sos tiram. Kjee tak guna. Dan last sekali satu sudu makan tepung jagung yang telah dicampur sedikit air. Untuk pekatkan kuah. 
       Itu aje. Mesti dimasak dan terus makan. Jangan lupa potong2 cili padi yang telah diletak kicap cair. 
      Untuk resipi klik SINI.

Friday, March 25, 2022

mi/mihun/Kway teow

BIHUN SUP MUDAH

       


       Sejak Azali, Kjee suka sangat makan apa sahaja yang berkuah. Kalau roti canai, mesti banjir. Kalau makan berlauk, kuah penuh tutup nasi. Kjee sangat berselera makan bihun/kway teow yang berkuah. Tak kesahlah Mi Bandung, Laksa ataupun  sup. Janji ada kuah! 
       So apabila malam tadi UP kata dia nak balik kampung pagi ini sebab Bonda tak sihat, otak Kjee terus fikir apa nak masak yang menepati selera Kjee.
       Lepas sarapan tadi Kjee keluarkan daging dan rebus dalam Pressure Cooker. Nak buat Bihun Sup. Yang mudah. Tak mau complicated taruk bonjot/rempat sup bagai. Just a plain clear sup. Tetapi Kjee yakin sedap!

       Then terfikir kalau makan bersama Bergedil mesti sedap. Ala2 Bihun Sup fusion Chinese /Jawa. 😂😂😂
       Tetapi kalau buat Bergedil, sambal kicap Johor, wajib! Pun sedap dicurah kat Bihun Sup nanti. Bereh.
       Masa tunggu daging direbus, Kjee potong wedges kentang. Kemudian digoreng. Tumbuk hingga lumat. Tumis hirisan bawang dan daging rebus tadi sikit. Letak lada hitam dan gaul dalam kentang tumbuk. Letak sebiji telor dan garam. Gaul dan bentuk. Tepikan dalam peti ais.
       Lepas tu hiris sebiji bawang besar, dua ulas bawang putih dan goreng bersama 12 biji cili padi. Bawang dah brown, tumbuk semua bahan sampai halus. Letak kicap, jus lumau kasturi dan sedikit gula. Ikut rasa masing2. Tepikan. 
      Daging dah empuk. Keluarkan. Letak satu batang kecil kayu manis dan dua ketoi bunga lawang. Panaskan guna api kecil. Letak satu ketul beef cube. Dah mendidih, padam api.
      Masa nak hidang, celur bihun dan sawi, letak dalam mangkuk. Susun kepingan daging rebus dan curah kuah panas2. Makan dengan kicap cili. 


Klik SINI kalau nak cara Kjee buat bergedil. 

Sunday, June 20, 2021

mi/mihun/Kway teow

MI KARI NYONYA LEGEND

   

       Dah setahun rasanya last Kjee buat Mi Kari. Malam tadi sebelum tidur teringat nak masak. Bahan asas tak lah lengkap sangat dalam peti peti ais. Yang ada hanya ayam, buah keras, belacan dan opkos rempah kari.
       So lepas breakfast tadi, ajak UnclePali beli santan, taupok dan kacang panjang. Sepatutnya letak juga chicken balls tetapi since Hero Market di Taman Melawati masih ditutup, malas pulak nak cari. Fish ball biasa tak sedap bagi Kjee. 
       Sampai rumah terus Kjee mula masak. Awal sangat. Baru pukul 9 pagi. Start awal boleh lah rehat awal kan! 

       Resipi penuh Mi Kari Nyonya yang Kjee anggap legend ni klik lah SINI. Kjee anggap ia legend sebab dah 40 tahun rasanya Kjee kecek resipi ini dari nyonya tukang masak kat kantin NST dulu. 
       Faham-faham ajelah orang niaga susah sikit nak share resipi. Tetapi kalau pandai kecek, tak lah mustahil sangat untuk mendapatnya. 
       Hampir semua resipi makanan yang Kjee niaga di Anjung Melawati dulu, sudah Kjee share dalam blog ini. Ada juga yang terai buat dan buat niaga. Alhamdulillah syukur.