Monday, May 19, 2014

TEMPAHAN UNTUK COOKIES ITA'S DELIGHT SUDAH DIBUKA



Biskut Ita's Delight di pack begini


Hari ni dah 19 hb bulan Rejab. Pastu bulan Syaaban dan disusuli bulan Ramadhan. Rata-rata Kjee tengok ramai peniaga kuih Raya sudah sibuk war-warkan kat blog dan FB mengenai biskut Raya yang bakal mereka jual. Malah ramai dah keluarkan sampel biskut.

Tahun lepas Kjee tolong sahabat Kjee, Rozita Kader jual cookies Raya dibawah jenama Zielicious dibawah syarikat Ita's Delight. Sambutan yang Kjee terima tahun lepas amat-amat memuaskan. Terima kasih semua.

Kjee sebenarnya nak cuba-cuba jer atau main-main jual cookies Ita masa itu. Kjee beritahu UnclePali, dapat jual 100 pek dah syukur Alhamdullilah. Tapi rasa-rasanya Kjee berjaya jual lebih 500 bekas!

Kjee rasa mereka yang membeli cookies Ita's Delight ini tahun lepas boleh memberi testimoni, sedap atau tidak cookies ini. Kjee telah rasa dulu setiap cookie yang Rozita tawarkan sebelum Kjee menjualnya. Alhamdullilah semuanya menepati citarasa Kjee.

Rozita tak buat cookie macam yang dijual kat Chow Kit tu. Doh sama tetapi mereka hanya pelbagaikan warna dan rupa! Setiap cookie Ita's Delight ada rasa yang tersendiri!

Tahun ini Rozita tambah lagi 7 hingga 8 jenis cookies baru. Semuanya berjumlah 25 jenis! Setiap jenis di pek cermat dan ada dalam 42 hingga 52 keping setiap pek. Cookies Rozita bukan sahaja boleh kita beli untuk jamu tetamu di musim Raya tapi boleh jugak buat hadiah atau dimasukkan ke dalam hamper.

Kjee akan menerima tempahan dari sekarang. Hari terakhir untuk tempahan ialah 7 hari sebelum bermulanya bulan Puasa. Boleh amik tempahan anda seminggu sebelum Hari Raya.

Kjee akan tetapkan pick-up point di tiga atau empat kawasan yang akan diberitahu kelak. Jika minat, sila sms 0126780501 untuk mengetahui lebih lanjut.

Hanya Tart Nenas dan Tart Blue Berry sahaja RM28 satu pek. Yang lain RM26. Terima kasih.

TERKINI: PICK UP POINT
 PUTRAJAYA, PETALING JAYA (DEKAT AMCORP MALL), SELAYANG (DEKAT NSK), KAMPUNG BARU, WANGSA MAJU DAN TAMAN MELAWATI.
MAAF TAK ADA KHIDMAT POS. HANCUR BISKUT.
KALAU ADA KENGKAWAN TINGGAL KL BOLEH KIRIM DENGAN DIA KALAU DIA BALIK KAMPUNG ANDA RAYA NANTI.


















Tarts Blue Berry dan nenas sahaja RM28. Yang lain RM26.

4 comments:

  1. Nmpk sedap dan menarik biskut tu kak jee

    ReplyDelete
  2. kjee saya nak order yer.. nnti saya bg list

    ReplyDelete
  3. Kak Jee,

    Saya nak order Brownies flake, Cereal Blend, Stunning Oreo & Fancy Chocolate Chip. 1balang setiap satu.

    ReplyDelete
  4. Sesiapa nk order, harap sms 0126780501. Maaf yer sebab Kjee senang nak rekod kalau sms.

    ReplyDelete