Saturday, September 26, 2015

CARA KJEE DAPAT COOKIES RANGGUP










Kjee suka my cookies ranggup ataupun garing. Especially kalau didalamnya ada kacang. Mungkin sebab terpengaruh dengan store bought cookies. My fav is Danish Butter Cookies. Tapi sekarang kat Ayam Mas pun ada butter cookies yang equally sedap. Kalau cicah dengan fresh milk... sedap sangat.

Dah seminggu lebih Kjee buat sendiri Choc Chips cookies. Lihat SINI. Dari menerai resipi ori yang Kjee intai dalam Blog Masam Manis, ke cookies yang Kjee olah balik ikut citarasa sendiri. Ianya mesti kurang manis dan garing.

Dan semalam, setelah buat kali ketiga, Kjee dapatlah keranggupan, yang kami bertiga suka. Puas memikir teknik apa yang harus dibuat. Rupa-rupa kena ikut teknik 'sendiri mau ingatlah'. Hehehe.

Rasanya kalau nak buat biskut ranggup, biskut tu mestilah di bakar leper. Tak boleh buat montel-montel, nanti bahagian dalamnya tidak garing. Dan kena tambah masa memasaknya dari resipi asal. Menurut resipi asal, hanya 18 minit guna suhu 160 darjah. Suhu tu dah okay tapi masa membakar Kjee lanjutkan sampai 25 hingga 30 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.

Alhamdullilah, biskut Kjee jadi garing dan ranggup!! Satu lagi, mungkin Kjee terus susun atas dulang pembakar tanpa letak kertas minyak atau parchment paper. Kepanasan dulang mungkin antara sebab biskut itu garing dan ranggup.




Kjee guna dua sudu utk letak atas dulang. Pastikan ia leper.




Isyhhh korang jangan percaya 100% cakap Kjee ni. Kjeer bukan amik tips ni dari mana-mana atau sesiapa. Cuma main hantam sahaja. Nasib baik menjadi. Alhamdullilah. So, kalau ada nak follow, silalah.

Yang rasa Kjee buat tak betul, korang kongsilah ilmu yang korang tahu. Tak baik simpan atau kemut ilmu, pastu menyalak kata Kjee buat ni silap ya. Ada insan yang macam tu!

Okay itu sahaja yang Kjee nak kongsi. Sebenarnya, berat sangat Kjee nak kongsi sebab Kjee tak tahu samada teknik ini betul atau silap. Apapun, memandangkan ada my FB friends yang mintak sangat Kjee share, maka Kjee pun lakukan dengan seikhlasnya.

Kalau korang suka manis, ikutlah resipi asal dalam blog Masam Manis. Kalau korang rasa lebih sedap ianya dikurangkan manis, tepuk dada tanya sendiri. Tapi sukatan gula Kjee hanya kurang daripada setengah cawan (gula putih campur soft brown sugar). Justru korang tak perlu runsing kalau guna choc chips yang manis atau semi-sweet ya.

Oh ya seperkara lagi. Resipi asal menasihatkan supaya jangan terlalu lama membancuh gula, butter dan telor. Semalam, Kjee bancuh lama sikit... dan hasilnya. rasa Kjee lah, biskut tu menjadi lebih ranggup.

Setelah benar-benar sejuk barulah disimpan dalam bekas kedap udara. Satu adunan, Kjee dapat 50 keping biskut.

Okay selamat mecuba. Kalau ada salah silap, harap maaf.






0 comments:

Post a Comment