Tuesday, December 6, 2011

ORANG POMPUAN MENGAMUK, CUACA TUNGGANG TERBALIK!

Kaum wanita luarannya memang nampak lemah lembut. Tetapi apabila dia mengamuk, korang baik siap sedia! Boleh tunggang langgang tau. Boleh menyebabkan banjir, tsunami dan sebagainya!


Isyhh kata Kjee pose, apa hal lak merapu kan? Ala kalau pose kena duduk diam2 dan zip mulut pun tak best lah. Puasa tetap puasa. Kerja mesti jalan. Dan dah kerja Kjee menulis. Kalau Kjee tak tulis, Kjee tidur. Kalau tidur, nipis pulak pahala kan?!

Korang ingat Kjee citer pasal perempuan mana yang naik angin. Hehehe tak adalah. Kjee citer pasal cuaca sekaranglah! Eh apa pulak kena mengena cuaca sekarang dengan kaum wanita?!

Papan tanda besar di Jalan kepong yang tumbang semalam ekoran ribut petir - foto Star
Hah itulah yang Kjee sendiri pun pelik. Korang tentu pernah dengar pasal La Nina kan? Hah khabarnya La Nina tengah mengamuk sakan sekarang. Sebab itulah cuaca jadi kelamkabut. Ditambah pulak dengan musim tengkujuh. 

Hah sebab itulah kita semua hati2. Masa Kjee kecik2 dulu, banjir hanya melanda negeri2 Pantai timur. Tetapi sekarang kat KL waiimah di tengah2 bandar pun, boleh banjir tau!

Jahatlah mereka yang namakan angin topan dan yang sewaktu dengannya dengan nama pompuan. Apa dia orang tu ingat orang lelaki pun tak naik angin ker? Hangin mereka lebih teruk dari hangin orang pompuan! Orang pompuan naik angin kalau laki dia buat hal! Tetapi orang lelaki kalau orang pompuan tak buat hal pun dia naik angin! Dapat pun dia naik hangin, tak dapat apa lagi kan?

Korang jangan otak kuning pulak. Kalau laki korang tahu korang dapat bonus 12 bulan tak lama lagi, maunya dia tak naik hangin kalau korang tak bagi share. Kalau dapat pulak, dia cadang nak bukak stesyen lain. So kalau dia dah dapat duit kita, tapi kita tak bagi dia bukak stesyen lain, hangin jugak dia kan?

Hah dah faham ker?  Bagi yang macam tu. Bukan bagi yang lain macam!!! Isyhhh isyhhh iyshhh


JAILANI NAFI KENYATAAN ZALEHA?




Maaflah. Kalau Kjee tak tulis , pasti rasa bersalah sangat. Hari ni 10 Muharam dan Kjee puasa. Niat di hati, tak naklah tulis apa2 yang boleh menyebabkan kecut pahala puasa Kjee. Tetapi, rasa2nya nawaitu Kjee ni  tiada yang buruk.




Okay, semalam Kjee dah tulis kisah pasangan ini. Ramai sangat yang baca. Semalam jer Page Views Kjee mencecah 12,800. Terkejut jugak. Biasanya paling banyak pun 10-ribu lebih. Rasa2nya ramai yang baca pasal kes Zizzie dan jugak Jailani/Raja Azmi. Kalau tak baca lagi klik jer. Tak payah susah2 cari.

Kes Zizzie tu jatuh tak penting apabila Kjee post entry Jailani/Raja Azmi. Ramai yang macam tak percaya, usia sudah hampir ke senja, masih nak buat macam apa yang dilaporkan mereka buat. Kalau ada penafian, korang tengok sendiri gambarnya kan? A picture tells a thousand stories!




Bagaimanapun, rupa2nya Jailani dah buat penafian dalam akhbar tabloid Harian Metro. Dia kata dia tak tahu apa motif Zaleha (khabarnya Datin) buat pendedahan itu. Dan tadi Kjee layari Murai.com dan jumpalah cerita penafian Jailani.

Ini antara penafian yang dipost oleh murai.com.

KUALA LUMPUR, 6 DISEMBER 2011: Kontroversi pengakuan eksklusif seorang usahawan, Datin Zaleha Mohd Khalid yang mengakui dia mempunyai hubungan istimewa dengan Jalani Sidek telah menyebabkan bekas jaguh badminton itu mempersoalkan motif wanita berkenaan berbuat demikian.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro semalam, Jalani yang diketahui umum sebagai suami kepada produser terkenal, Raja Azmi telah menghubungi akhbar tabloid berkenaan untuk menjelaskan perkara berkenaan.

Isu bermula apabila, Zaleha, 47, secara eksklusif telah memberitahu dalam ruangan sisipan Berita Minggu, B-Pop, Ahad lalu yang dia dan Jalani mempunyai 'hubungan istimewa' tetapi tidak sedikitpun mengetepikan Raja Azmi.

Tindakan Zaleha telah menambahkan kontroversi di mana pada minggu lalu, pasangan Jalani dan Raja Azmi telah tampil dalam sebuah akhbar harian untuk membuat penafian yang mereka sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga malah mahu bercerai.

Entahlah. Selebihnya korang bacalah sendiri di murai.com. Kjee tak berani nak komen banyak2


UWAIS ALQARNI...KORANG TEKA ANAK SIAPA!

Mama dia penyanyi yang kecil molek, papa dia pulak pelawak yang tubuhnya tak berapa besar jugak. Hah siapa? Cepat cepat!! Siapa dapat teka dapat cium baby sulung penyanyi dan juga pelawak ni!

Hehehe korang tak tahu? Okaylah. Inilah anak sulung Siti Sarah dan suaminya Shuib! Korang tengok, ada tak iras2 muka Sarah dan Shuib? 




Uwais dilahirkan malam minggu lalu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di Ampang. Ibu dan anak kini dalam keadaan sihat. Dan Kjee pasti Shuib paling banyak mengeluarkan airmata dengan kelahiran Uwais. 

Tahniah Siti Sara dan Shuib! Anak ni bila besar nak jadi penyanyi ke pelawak? Isyhh dua2 tak maw kan cayang...Uwais nak jadi loyar, majistret ataupun doktorlah Nek Jee. Insya Allah! 

Foto ehsan Murai.com


Monday, December 5, 2011

ADUHAI RAJA AZMI, JAILANI SIDEK

Jailani, Raja Azmi dan Roslin - ehsan google


Kjee selalu tersenyum simpul apabila Kjee tengok ada orang bubuh status perkahwinan (marital status) dalam Facebook sebagai In An Open Relationship. Wow! Ada pelbagai makna yang tersurat dan tersirat kalau dicatatkan macam itu.




Satu, ia bermakna, pemilik akaun FB itu seorang yang mengamalkan seks bebas. Maknanya dia Gay atau Lesbian. Yang kedua, dia sudah berkahwin tetapi masih rewang sana rewang sini. Itulah cara Kjee mentafsirkannya.

Kalau seseorang itu sudah ada buah hati dan belum bernikah, pasti dia bubuh In A Relationship With sipolan sipolan. Kalau dia single, bolehlah bubuh status single and available. Kalau sudah berpisah, bubuhlah divorced dan sewaktunya dengannya.

Tetapi yang paling Kjee musykil apabila satu kawan Kjee yang bolehlah dikatakan rapat,  catat statusnya sebagai In An Open Relationship walaupun dia sudah berkahwin tetapi tiada lagi anak. Apakah maksud dia, dia sanggup rewang lagi ataupun dia tak faham istilah In An Open Relationship itu. 

Okay, let's give him the benefit of the doubt. Katakanlah dia bermaksud, dia sanggup menerima sesiapa sahaja yang mahu berkawan dengannya walaupun dia sudah berkahwin. Tetapi, hati2lah bubuh status korang. Jangan nanti ada kaum sesama jenis, seronok dan ingin mendekati korang. Hehehe.

Kjee bangkit hal ini setelah baca satu entry dalam blog Roti Kaya. Kjee tak tahu macam mana Kjee terlepas lagi story ni. Mungkin sebab Kjee dah boring dengar gossip demi gossip pasal kawan Kjee ni, Produser Raja Azmi. Hari tu beliau disahkan bebas dari tuduhan berkhalwat dengan Roslin Hashim.

Kemudian Raja Azmi meroyan pulak kat Pesta Filem Malaysia, baru2 ni. So Kjee malehlah sebenarnya nak follow kisah2 dia lagi. 

Fuhhh berpeluh2 nak jawab keintiman macam ni kan?

Tetapi dalam pada itu, rupa2nya masih ada story lagi pasal Raja Azmi. Kononnya, rumahtangga dia dan suaminya, Jailani Sidek, berantakan walaupun Raja Azmi menafikannya. Mustahil pulak berantakan kerana Jailani Sidek selama ini cukup setia di sisi isterinya dalam keadaan apa sekali pun.

Rupanya kali ini sebab Jailani dikatakan ada affair pula dengan seorang wanita bernama Zaleha Khalid yang juga rakan kongsi perniagaan Jailani. Zaleha mengaku sudah setahun lebih mempunyai hubungan mesra dengan Jailani.

Pernah keluar negara bersama atas 'urusan bisnes'. Dan Zaleha jugak yang jamin Raja Azmi dalam kes yang mana satu, Kjee tak pasti. Roti Kaya mempersoalkan, apakah itu namanya Open Relationship? Apakah ini bermakna...oh tidak sanggup nak ngomel panjang lebarlah. Tak kuasa Kjee!!. 

Korang bacalah sendiri di blog rotikaya. Tetapi menarik jugak gambar2 ni yer. Hehehe.

Zaleha mengaku dalam Berita Minggu dia kekasih gelap Jailani?

ZIZIE EZETTE DATIN SETELAH ASIDAH ALIMUDIN UNDUR DIRI







Dari blog Papagomo

album Ms Google



Zaman ini dah ada lrt dan komuter tetapi Kjee nampaknya masih naik kereta lembu! Hahaha sejak pencen jadi wartawan hiburan, banyak kisah artis yang Kjee ketinggalan.

Sebab itu apabila baca dalam blog Papagomo sebentar tadi yang Zizie Ezette kini sudah bergelar Datin setelah menjadi isteri tunggal Datuk Bung Mokhtar, Kjee tersedak. Kjee memang kenal baik dengan Zizie dulu. Masa tu dia masih sekolah menengah. Masa tu dia cute sangat. Dia dan ibunya Fauziah yang sekarang digelar Kathy Fauziah, seringkali jumpa dengan Kjee nak suruh tulis berita dalam paper.

Kebetulan, Kjee pernahlah kenal arwah ayah Zizie bernama Samad Jamain. Dia ni dulu pegawai polis pangkat besar. Dan Kathy Fauziah adalah isteri kedua Tuan Samad ni. Selalu kalau Kjee jumpa Tuan Samad, Kjee akan mengusik beliau. Isterinya nama Fauziah dan dia Samad. Kjee pulak Fauziah Samad. Arwah seorang yang baik dan peramah.

Kathy Fauziah - album ms google
Tup2 berbelas tahun kemudian, kenal pulak dengan anak mereka Zizie. Apabila Kjee meninggalkan bidang kewartawanan, dah lama tak jumpa Zize kecuali ibunya yang sesekali adalah Kjee terserempak di gerai2 di Taman Melawati.

Masa mula2 Zizie berlakon dulu, Kjee minatlah jugak tetapi lama kelamaan, minat Kjee terhadap lakonannya mulai pudar. Satu, mungkin kerana ramai pelakon baru yang muncul dan kedua, lakonannya kekadang, pada Kjee lah, terlalu over. Tak best dah.

Kemudian apabila muncul cerita sensasi dia berkahwin dengan Bung Mokhtar, Kjee pun buka sikit mata baca. Macam2lah cerita yang enak dan kurang enak. TETAPI seperti biasa apabila dapat tahu dia sudah jadi Datin sejak November lalu, Kjee buka sikit mata yang dah mula kecik apabila terbaca kisah dia.

Datin Nor Asidah Alimudin khabarnya, terpaksa undur diri setelah suaminya, ahli Parlimen yang kecuh mulutnya dalam Parlimen itu, langgar janji. Untung ke tak untung badan Zizie, Kjee tak tau nak cakap. 

Semoga kau bahagia dalam deritaku...banyak kali Kjee gunakan ungkapan tu masa zaman muda2 dulu. Hehehe.

Sunday, December 4, 2011

JOM PEKENA PULUT DURIAN DI SUNGAI BULUH




Musim durian dah bermula. Hari tu Kjee pergi Alor Setar, singgah di R&R Bukit Gantang sebab Dato Hafifi Hafidz yang follow kami asyik citer pasal durian. So Unclepali pun stop lah kat situ. Dato Hafifi turun dan terus hilang. Ingatkan dia pergi tandas. Rupa2nya beliau dok sibuk ikut deria baunya ke arah gerai deghoyan.




Hmm memang sedap sangat dan terlalu murah! 1 kilo RM6 jer. Kjee pernah makan di KL durian yang dah lama gugur tetapi harganya RM30. Yang kat R&R Bukit Gantang ni, deghoyan Perak yang fresh sangat sebab baru gugur.

Tadi balik dari tengok rumah di Sungai Buluh, Nadia dah kelaparan. So kami singgah di satu gerai. Dari jauh dah nampak poster dia jual pulut durian. Kjee makan nasi dulu pastu untuk dessert orderlah pulut durian. Ingatkan pulut makan dengan serawa durian. 

Rupa2nya, tiga ketul durian yang baru diletakkan atas satu mangkuk pulut dan dicurahkan dengan santan yang manis. Rasanya, jangan cakaplah sedap sangat2. Harganya kalau tak silap RM4.50.

Esok lusa nak gi beli durian dan buat cara tu. Tak payah masak macam serawa. enak banget, dong!! Gerai yang mana satu? Hah sambil garu2 kepala  oh ya yang dekat dengan ayam pusing lada hitam. Ada tiga empat gerai jual ayam pusing (ayam golek) kat situ. Pepandai lah korang cari sebab ada satu gerai jer yang jual pulut durian. 

Ghairah sekali Dato Hafifi. Ini di R&R Bukit Gantang, Perak






SITI FAIRUZ PILIH MAHMUD SAMAD



Mahmud Samad

Korang ingat lagi tak Siti Fairuz yang popular satu ketika dulu dengan lagu "Bila Ku Rindu, Aku Tersebut Namamu"? Hah lagu tu meletup zaman lapan puluhan dulu.




Hah ini berita terbaru yang Kjee terima. Siti Fairuz sudah pun menamatkan zaman jandanya dengan pelakon Mahmud Samad (tiada kena mengena dengan Kjee tau), September lalu.

Kjee kemudian intai facebook Siti dan memang sahlah dia dah bernikah dengan Mahmud. Status dia kini Married To Mahmud Samad. Kemudian Kjee klik kat situ dan jenguk FB Mahmud. Sama gak staus dia..Married To Siti Fairuz.

Ada member Kjee beritahu Mahmud ni pelakon dan juga producer drama.

Selama Pengantin Baru Siti. Ini adalah perkahwinan kedua Siti dan Kjee tak pasti yang ke berapa bagi Mahmud Samad. Semoga bahagia ke akhir hayat. Ameen.



Saturday, December 3, 2011

I CAN NEVER BE A DOCTOR OR A NURSE...HEHEHE

dari album Ms Google








Korang tahu tak, masa Kjee remaja dulu, Kjee pernah bercita2 nak jadi nurse! Kjee seringkali beli majalah remaja dari Australia dan America. Dalam majalah tu ada iklan2 kolej kejururawatan untuk mereka yang ingin belajar jadi nurse. Kjee adalah curi2 apply. Bonda tak tahu. Tapi jawapan yang Kjee terima amat mengecewakan. Mereka tidak terima pelajar luar US atau Australia.








Hehehe bila difikirkan balik, betul2 tak masuk akal. Kenapa Kjee tak pilih untuk belajar jadi nurse kat Malaysia, taklah Kjee ingat. Cuma agaknya Kjee seronok tengok uniform Nurse yang segak sangat kat sana. Ya lah tu. Saja nak try pi jalan2 negara omputih kot..hehehe.

Anyway, nasib baiklah Kjee tak teruskan hasrat nak jadi nurse atau pun doktor. Doktor? Hmmm ada hati rupa2nya nak jadi doktor walhal Maths dan Science tak pernah lulus. Kahkahkah. Kjee kata nasib baik sebab Kjee ni penakut tahap gaban.

Jadi Nurse mesti berani cucuk orang, amik darah ataupun tak geli cuci kudis dan buat kerja2 yang boleh buat orang yang tengok uweekkkks.

Kenapa Kjee merapu pasal nak jadi nurse nak jadi doktor pepagi ni? Well, sejak Kjee buat bisnes baru jual supplimen ni, Kjee jumpa ramai orang yang ada macam2 penyakit. Biasanya, dia orang akan sms atau call bagitau sakit itu dan sakit ini.

Dan kalau ada yang kata mereka kena kencing manis dan kaki dah bocor ataupun kanser yang dah terkeluar sana sini, wah Kjee bukan main bersemangat lagi nak jumpa mereka. Bukan bersemangat nak menonton penderitaan orang tetapi nak kongsi pengalaman. Manalah tahu boleh hilang sikit penderitaan mereka! Serius ni!

Kjee selalu bagi tau Unclepali: "Abang, awak amik gambar before dan after nanti tau. Boleh jadikan testimoni." Unclepali sanggup jer. Bab amik gambar memang tugas dia. Tapi kalau amik gambar masakan, tugas Kjee. Sebab itu gambar2 masakan aku lawo lawo buat korang kecur. Alamak commercial break pulak.


Tetapi...hehehe perkataan biasa dalam setiap entry Kjee apabila berdepan dengan orang yang Kjee jumpa, terus Kjee tutup buku. Tak mau bagi Unclepali amik gambar. Bukan tak bagi amik gambar jer, Kjee tak berani nak tengok bahagian sakit pesakit berkenaan. melainkan betul2 depan muka atau bahagian tangan dia.

Kenapa? Kata nak gunakan gambar sebagai testimoni?

Well, sebab Kjee ni badan jer macam gajah tapi hati kuman. Penakut tahap gaban. Tengok darah sikit pun mengigil!! So camner nak jadi nurse atau doktor?!!

Kjee tabik spring kepada semua doktor dan nurse di luar sana sebab punya tahap keberanian luar biasa. Itu baru doktor dan nurse biasa. Macam manalah agaknya kalau Kjee jadi doktor atau nurse kat bilik mayat?!! Agak2nya Kjee turut terbaring sebelah mayat! Nauzibillah.

Teringat kes Aimran, anak sedara Kjee. Dia ni pun macam Kjee jugak. Penakut tahap gaban. Belajar cerdik. Bila dah lulus SPM dengan flying colors, bonda dia (arwah adik Kjee) syorkan Aimran amik Medicine di Universiti Malaya. Agaknya adik Kjee antar surat application untuk Aimran sebab tu Aimran dapat surat belajar kedoktoran di UM tetapi dia tolak sebab darah gemuruh! Hehehe





Friday, December 2, 2011

DINNER AT ALI TOM YAM

Udang Goreng Tepung
Ikan Kembung Goreng  

Nasi Daging Kaprau



Apabila hujan dan tubuh dah tak tahan sejuk sebab terperangkap dalam traffic jam, tekak ni teringin lak nak makan yang pedas2. Mula2 ingat nak pekena Western grill kat MJ Burger tetapi Nadia nak makan sup sayur dan cadang kami pergi Ali Tomyam.


Makan yang biasa2 jer iaitu Kjee makan Nasi Daging Kaprau, Nadia sup sayur sementara Unclepali mintak Ikan kembong Goreng biasa dan sup ekor. Kemudian Kjee order untuk Nadia, Udang Goreng Tepung.

Kat mana Ali Tom Yam? Hah korang klik kat sini. 


sup sayur
sup ekor

KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!!!


dari album cik google


Korang nak tahu tak entry Kjee yang mana satu paling banyak dibaca sepanjang bulan November 2011? Ikutilah senarai dibawah ini.

1. SELEPAS KES ANA DAHLIA, TUNANG DIA BUAT HAL    http://www.dapurkakjee.com/2011/11/selepas-selesai-kes-ana-dahlia-tunang.html









Terima kasih semua. 25 November hari tu genap 10 bulan usia Dunia Dari dapur Kak Jee. Page views dah menjangkau lebih 1.5 juta.

Terima kasih banyak2 kepada penyumbang trafik terbanyak di kalangan bloggers seperti dibawah:

1. DUNIA TANPA SEMPADAN http://www.tiffinbiru.com/
2. BERSAMA MAZIDUL http://www.mazidulakmal.com/
6. MAMAFAMI'S SPICE AND SPLENDOUR http://mamafami.blogspot.com/
8. CURLYBABE'S SATISFACTION http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/
9. DARI DAPUR MADIHAA http://mamawandiha.blogspot.com/

TERIMA KASIH DAUN KELADI SEMUA. LOVE YOU ALL!

Thursday, December 1, 2011

JJCM KARI KEPALA IKAN BANGSAR BELAKANG TMC


Ini jer yang sempat amik tadi


Ini lunch Kjee dan Unclepali tengah hari tadi. Kari kepala Ikan yang femes giler kat Lucky Gardens, Bangsar. Gerai ini terletak belakang TMC, Bangsar. Kjee tak tahu pun gerai ni femes tetapi dah banyak kali Kjee lalu situ dan orang yang beratur nak makan mengalahkan mereka yang beratur nak beli tiket bolasepak!!




Serius ni! Jarang2 Kjee tengok punyalah ramai manusia di gerai tepi jalan aje tau. Tengah hari tadi Kjee memang tak ada plan nak makan situ. Kjee tanya Unclepali dia nak makan apa for lunch sebab Kjee ada temujanji ngan Datin Azlin kul 2 di office 4Life. Unclepali kata nak makan kat Mahbub, Bangsar.

Sampai kat korner nak lalu belakang TMC, Lucky Gardens, Kjee terkejut nampak ramai orang beratur. Masa tu kul 1 tengah hari. Kjee suruh Unclepali slowdown dan cari parking. Nasib baik pulak, ada parking yang chentekkk!!

Apabila kami jalan ke arah gerai tu ternampak satu meja kosong dekat sangat dengan gerai mamak tu. Terus Kjee duduk sementara Unclepali beratur. Hampir 20 minit kemudian barulah sampai makanan. Masa tu pelanggan dah makin ramai. Kjee dan Unclepali kelaparan tetapi makan tak berapa selesa sebab yang beratur sebelah kami asyik perhatikan jer kami makan.

Kjee dan Unclepali pun makan punyalah sopan walaupun selalunya kalau dapat kari kepala ikan, kami pulun tak hengat dunia. Kali ni, Unclepali nak sedut otak dalam kepala ikan tu pun dia malu. Begitu jugak dengan mata ikan. Dia sedut slow slow jer. Hehehe kelakar betul.

Kenapa Kjee tak amik gambar lagi? Sebab Segan binti Malu. Korang bayangkan punya ramai manusia sedang beratur tak sampai ½ kaki dari Kjee. Kekadang tergesel2 ngan orang pompuan lah.

Sebab tu I malu you nak amik gambar. Anyway kalau ke sana lain kali, Kjee mesti amik gambar dan tayang kat korang. Tadi Kjee tengok berebut2 orang beli ayam goreng berempah panas2. Tapi sedihlah sebab kita dah janji tak makan ayam. Tanya Unclepali dia nak tak. Dia geleng. So melepaslah nak cubit sikit ayam goreng kalau Unclepali makan tadi.

Nak tahu rasanya? Well, sedap sangat2 patutlah ramai orang! Kjee rasa kari tu langsung tak bubuh santan. Ala2 kari India gitu. Sampai sekarang masih berbau lagi rempahnya kat tangan. Hehehe

Tadi kami makan kari kepala ikan tu dengan dua nasi putih dan 2 teh O Ais, bilnya came up to RM30! Kira okaylah sebab Kjee pernah makan kari kepala ikan Kampung Pandan harganya RM50 untuk ikan sahaja!!

Dinner tadi Kjee makan duck steak sama Nadia kat Papa Z, Taman Melati. Unclepali makan nasi ayam jer. Tak amik gambar sebab fon tengah caj kat umah. Gambar yang Kjee tayang ni gambar masa makan hari tu. Hehehe.
Duck steak di Papa Z

Nasi Ayam yang Unclepali makan at Papa Z