Sunday, November 20, 2011

BOB JATUH DALAM BILIK AIR



Bob atau Husni. - foto google

Sedih sangat dapat berita Bob (Kuman), dimasukkan ke Hospital Tawakkal setelah terjatuh dalam bilik air. Bob atau nama sebenar Husni Rawi, 39 tahun dikejarkan ke Tawakkal dari rumahnya di Kota Damansara, lapor mStar.


Baru beberapa hari lepas Kjee tengah layan satu blog dan lihat testimoni Bob. Dia telah makan sejenis produk pelansingan dan berat badannya susut dengan mendadak. Kalau tak silap Kjee, hampir 40 kilogram! Tetapi hari ini dapat berita sedih pulak.

Mudah2an Bob tidak mengalami kecederaan yang serius. Kjee dan Unclepali kenal baik dengan Bob. Kalau ada kelapangan nak pergi ziarah dia di Hospital, Insya Allah.

Last jumpa Bob ketika SENIMAN bagi sumbangan kepada beberapa artis tanahair termasuk Kjee, setahun yang lalu.

3 comments:

kasihredha said...

siannya kat dia...
walaupun bob lucu
tapi saya selalu simpati kat dia
tak tahu kenapa...
dia ada wajah simpati kot?
Titip salam pd Bob ye kak :)

sharifah rosidah said...

Kesian nya, harap2 tak ada yang patah2.

Zaliedana said...

Wow kjee,bob mkn ubat pe kak,smp turun berat badan mendadak,byk tu 40kg..Mudah2an bob sembuh seperti sedikala..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...