Monday, June 27, 2011

JJCM - TOMYAM ALI RASA AUTHENTIC THAI

Tak susah nak cari. Betul2 seberang Jalan dari pintu utama Mesjid Pasar Keramat



Nasi Kaprau



nasi goreng kampung
Kalau Kjee dan keluarga keluar dinner, makanan ala Thai ataupun tomyam, adalah pilihan kami yang terakhir. Bukannya kami tak suka makan tomyam dan lauk2 yang selalu dikaitkan dengan masakan Thailand, tetapi dah jelak. Jelak bukan sebab makan hari2 tapi boring bila pusing sana nampak gerai tomyam. Pusing sini nampak lagi.

ikan goreng fav unclepali
Ada sekali itu Kjee pergi ke Kluang. Petang tu kami berkunjung ke rumah seorang kenalan. Dia kata malam tu dia nak belanja makan special kat Kluang. Bila dia sebut tomyam jer, Kjee dan Nadia berpandangan. Ya Ampun...Tomyam? Dah tak boleh masuk lagi. Kalau dia kata gerai jual ikan bakar ke ataupun nasi lemak panas sekali pun, pasti kami teruja.

Tapi di KL ni, Kjee baru jumpa satu gerai tomyam yang boleh dikatakan menepati citarasa kami, dari segi gerai (ala2 restoren) yang menarik dan bersih, makanannya yang piau Thai dan juga harganya yang amat berpatutan.
tomyam campur

Ali Tomyam Thai Restaurant di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur (seberang jalan dari Mesjid Pasar Keramat) boleh dikatakan gerai Tomyam yang cukup authentic di segi rasa. Macam rasa makan kat Thailand. Pekerja dia juga 100% dari sana. So korang boleh expectlah makanan Thai yang ori dan sedap.

sup sayur
First timelah Kjee tak cerewet kalau ke gerai tomyam. Semuanya sedap di Ali Tomyam ni. Hari tu Nadia order sup sayur. Udahlah mewah sayur2annya, rasa sup dia pun sedap. Tak macam sesetengah tempat dimana sup dia rasa kosong. Arwah mak kalau guna bahasa nak marah tak sedap, dia akan kata rasa cempeleng. Itu bahasa Jawa maknanya tak sedap atau tak ada rasa. Lagi satu bahasa yang dia gunakan...oppps kena sensor.

Sejak makan di Ali Tomyam ni, kami sekeluarga memang kalau boleh, elakkan makan di restoren tomyam lain. Buat apa nak cari dosa, menyumpah, walaupun dalam hati, sebab makanan dia tak sedap.

Semalam Kjee buka menu dia. Pelayan dia yang berdiri sebelah melayan dengan manis sekali. Walaupun tak berapa lawa (pelayan dialah), tapi senyuman tak lekang dari bibir. Kita nak order pun senang hati. Kjee sejak pagi tak pekena nasi. So nak makan Nasi Goreng kampung dia yang memang sedap. Dah try banyak kali.

bistik telor
Tapi bila selak menu, Kjee nampak Nasi Kaprau Ayam atau Daging. Kaprau? Apa benda ni. Pelayan manis tadi kata, daging masak kering dengan daun selasih. Sedap ke? Sedap makcik, katanya lembut.

Masa Nasi Kaprau tiba, Kjee tengok memang ada ciri2 sedap. Bila makan, confirm dah memang sedap. Hah nanti Kjee nak try buat sendiri. Bila makan malam tadi, Kjee tau dah dia buat camner. Dia guna daging batang pinang. Hah kena tunggu esok lusa Kjee buat ya.

Okay itu jee lah yang Kjee nak cerita pasal Ali Tomyam ni. Makanan dia bukan sahaja sedap tapi servis pun pantas. Kalau tengah kebuluran, mesti tak mengamuk tahap gaban sebab makanan cepat sampai.

Cubalah. Kalau Kjee kata sedap, berbaloi korang cuba. Kjee bagi 4½ bintang.


kerabu perut lembu/babat



19 comments:

mala said...

assalamualaikum kjee - dah lama teringin nak cuba restoren ni tapi bila memkirkan tang mana nak parkign terbantut .. hehehe kat mana kjee parking?

Kjee said...

mmg susah parking kalau peak hours mala. usually we go there dalam pukul 9 malam. park kat depan tu lah atau kat seberang jalan side mesjid tu.

Anonymous said...

salam kak jee..ini mmg fav restoran kitorang satu family..tp kak jee ini branch derang je tau..dia nye HQ kat kg baru. nama restoran Anwar Seafood...
IDAYU

Anonymous said...

salam kak jee..kalau nasi pakapau tu sy pena dengar laa..kalau kaprau tu tak pena plaks..dulu masa study kt um mmg femes menu ni slalu beli nasi ni..murah je..ade nasi..daging pakapau,telo mate n sup skli..

Zaliedana said...

Assalam kak jee,semua menu nmpk sedap2,xsabar nak tggu resepi daging kaprau dari akak,nanti leh la try buat..

Ezza said...

kak jee,
saya ni puasa hari ni, nengok lauk2 ni naik seriau lidah saya...hahhaaa

sharifah rosidah said...

alahai sedapnya jee, kau ni pandai je cari tempat makan sedap.

Anonymous said...

salam kak jee

i'm one of yr silent reader

pasal tomyam nih...masa tahun 80'an pernah makan kat restoran phee fatimah thai food (kalau tak silap la nana dia) kat batu caves (mcm kg nakhoda-before develop kut)...kat area mana jgn tanya pasal i'm from penang & belajar kat shah alam...arwah abg ipar yg bawa...sampai sekarang i makan tomyam kat mana2 pun...takdak satu kedai pun yg dapat menandingi rasa dia...sedap sgt...tu la memory i dgn arwah abg ipar yg suka jjcm

noel

mala said...

assalamualaikum kakjee - mala dah pekena nasi kaprau sabtu lepas, sedap!! thanks to u!!

Kjee said...

w'salam Mala. Dah try? well, Kjee pun suka sangat. nanti nak pergi makan lagi.

Anonymous said...

salam kak jee,

saya baru lepas makan kt rest nie ari sabtu ari tuh due to your recommendation..hihi...order tomyam campur, bawal 3 rasa dgn lala masak pedas..

as 4 my tekak, sgt xsedap kak jeee... tomyam die cair, masak 3 rasa die mcm letak dgn thai cili sos jer...lala masak pedas da mcm goreng berserai kunyit... sgt2 frustrated sbb perot tgh lapar n dpt makanan mcm tuh... servis mmg laju tp makanan xsedap... huhu

da la mahal...saya kene charge 42hengget padahal minum air tembikai 1, sirap 1, ns pth 2, tmym cmpr 1, bawal 3 rasa 1, & lala masak pedas... adesssss...sgt2 menghampakan... :(

Kjee said...

salam. Terkejut Kjee baca your comment. Tekak Kjee cukup cerewet. Kalau tak sedap, Kjee akan berterus terang. Are your sure awak pergi to the right restaurant?

Anonymous said...

series kak jee.. saya xtipooo...mcm mana bule salah tempat pulak, sekolah rendah saya kt dato keramat 1 tuh la..tempat saya main mase kecik2..hehe

disebabkan mahal n xsedap, my hubss sampai cancel plan nk tgk wayang...tsk tsk tsk

tp maybe tekak orang lain2 kot kak...maybe sbb saya pernah makan kt tempat lain yang lagi sedap so mmg frustrated la... neway, jgn rase pape lak erk...nie just my opinion..maap sgt kjee, bukan nak condemn restaurant favorite akak, cume nak share jer... :)

Kjee said...

mest ada yg tak kena. kjee tak tau apa nk kata. tapi restoren tu ari2 penuh. kjee heran betul2.

Anonymous said...

erm, mmg full pon kak...saya dtg pukul 9 lebih mcmtuh...nasib awal, sbb kalo lambat sikit, mmg full.. ramai tol orang keluar masuk...
means that me n my hubs 'tekak' jer kot yang xboleh masuk..org lain ok jer.. :)

Kjee said...

wallahualam. anyway sorry kalau tak kena citarasa you. selamat berpuasa.

Anonymous said...

its okay... selamat berpuasa jugak kjee..

Anonymous said...

SEDAPNYA, TETIBA AIR LIUR JD BANYAK, KENA G NI

Nur Hazwani said...

Salam Kak Jee... Ahad lepas sy n family singgah mkn kat sini.. konon2 nak try tomyam dia yg ex-housemate kata sedap sgt tu.. and sy sendiri pernah tapau sotong grg tepung dia sekitar thn 2008 dulu, masa tu rangup betul sotong grg tepung dia..
tup2 tomyam yg kami dpt hanya rs pedas cilinya aje.. ayam grg kunyit lak, ayamnya keras.. sotong grg tepung sgt berminyak dan x rangup, huhu.. nasib baik telur bungkus dia sedap.. agaknya dah tukar tukang masak kot kan? sbb sy pernah dgr kalau restoran Thai ni selalu diorang tukar2 tukang masak tiap kali balik ke sana.. perasan x sesetengah restoran Thai diorang akan cuti lama tiap2 3 bulan.. Wallahualam..
kebetulan arini scroll post Kak Jee pasal jjcm, terjumpa entry ni.. huhu.. bertuah Kak Jee dapat rasa masakan diorang yg sedap2.. harap2 pasni kalau kami ke sana lg, dpat yg sedap2lah hendaknya.. lg best kalau dapat pegi dgn Kak Jee.. eh? :)

p/s: FYI sy dah lahirkan rasa kurang puas hati ni kat page facebook restoran tu and diorang dah respon. sorry, panjang pulak I mencelah kat sini ;)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...