Monday, December 5, 2011

ADUHAI RAJA AZMI, JAILANI SIDEK

Jailani, Raja Azmi dan Roslin - ehsan google


Kjee selalu tersenyum simpul apabila Kjee tengok ada orang bubuh status perkahwinan (marital status) dalam Facebook sebagai In An Open Relationship. Wow! Ada pelbagai makna yang tersurat dan tersirat kalau dicatatkan macam itu.




Satu, ia bermakna, pemilik akaun FB itu seorang yang mengamalkan seks bebas. Maknanya dia Gay atau Lesbian. Yang kedua, dia sudah berkahwin tetapi masih rewang sana rewang sini. Itulah cara Kjee mentafsirkannya.

Kalau seseorang itu sudah ada buah hati dan belum bernikah, pasti dia bubuh In A Relationship With sipolan sipolan. Kalau dia single, bolehlah bubuh status single and available. Kalau sudah berpisah, bubuhlah divorced dan sewaktunya dengannya.

Tetapi yang paling Kjee musykil apabila satu kawan Kjee yang bolehlah dikatakan rapat,  catat statusnya sebagai In An Open Relationship walaupun dia sudah berkahwin tetapi tiada lagi anak. Apakah maksud dia, dia sanggup rewang lagi ataupun dia tak faham istilah In An Open Relationship itu. 

Okay, let's give him the benefit of the doubt. Katakanlah dia bermaksud, dia sanggup menerima sesiapa sahaja yang mahu berkawan dengannya walaupun dia sudah berkahwin. Tetapi, hati2lah bubuh status korang. Jangan nanti ada kaum sesama jenis, seronok dan ingin mendekati korang. Hehehe.

Kjee bangkit hal ini setelah baca satu entry dalam blog Roti Kaya. Kjee tak tahu macam mana Kjee terlepas lagi story ni. Mungkin sebab Kjee dah boring dengar gossip demi gossip pasal kawan Kjee ni, Produser Raja Azmi. Hari tu beliau disahkan bebas dari tuduhan berkhalwat dengan Roslin Hashim.

Kemudian Raja Azmi meroyan pulak kat Pesta Filem Malaysia, baru2 ni. So Kjee malehlah sebenarnya nak follow kisah2 dia lagi. 

Fuhhh berpeluh2 nak jawab keintiman macam ni kan?

Tetapi dalam pada itu, rupa2nya masih ada story lagi pasal Raja Azmi. Kononnya, rumahtangga dia dan suaminya, Jailani Sidek, berantakan walaupun Raja Azmi menafikannya. Mustahil pulak berantakan kerana Jailani Sidek selama ini cukup setia di sisi isterinya dalam keadaan apa sekali pun.

Rupanya kali ini sebab Jailani dikatakan ada affair pula dengan seorang wanita bernama Zaleha Khalid yang juga rakan kongsi perniagaan Jailani. Zaleha mengaku sudah setahun lebih mempunyai hubungan mesra dengan Jailani.

Pernah keluar negara bersama atas 'urusan bisnes'. Dan Zaleha jugak yang jamin Raja Azmi dalam kes yang mana satu, Kjee tak pasti. Roti Kaya mempersoalkan, apakah itu namanya Open Relationship? Apakah ini bermakna...oh tidak sanggup nak ngomel panjang lebarlah. Tak kuasa Kjee!!. 

Korang bacalah sendiri di blog rotikaya. Tetapi menarik jugak gambar2 ni yer. Hehehe.

Zaleha mengaku dalam Berita Minggu dia kekasih gelap Jailani?

5 comments:

Anonymous said...

Ni la bila masing2 perasan western sgt... cth buruk utk anak2.... yg bapak pintu depan .. yg mak keluar pintu blkg ... nk deny apa lg kawan2 biasa tgkp gmbr tk letak tgn celah2 kangkang mcm tu...apa nk jd la dorg ni

~~zAnAfAhMi~~ said...

Saya nmpk kt status hubby tulis i miss u pd kwn pompuan fb pun dah menggeletar.....apa lg kalau gmbr pegang peha? Mau meroyan jadinya...

sharifah rosidah said...

Hrmm, pada aku sama je laki bini ni dua dua tak takut dosa, ah aku pun dah malas nak komen sebab aku ada dua tiga cerita tentang dia ni yang terlalu memalukan so senyapkan jer lah tak baik pulak cerita keburukan orang kat dalam komen ni nanti aku jumpa kau aku cerita.

elly said...

hmm.... ada pompuan belanja en. suami pizza sebagai tanda terima kasih (katanya)... macam nak ceracak rambut ...... inikan pula lentuk liuk....

zuwaidah said...

hmmmmmm....tak tahu nak cakap...sudah terang lagi bersuloh

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...