Monday, November 21, 2011

BOK KUMAN KAT HOSPITAL TAWAKKAL


Bersama Johan Abdullah aka JP

Jazzly, anak Johan dan Wan Noor Rizan


Inilah wajah terbaru pelawak terkenal Bob Kuman. Gambar ini ehsan Wan Noor Rizan yang pergi menziarah Bob bersama suaminya pengarah muzik popular Johan Abdullah atau JP serta anak mereka Jazzly.



Kata Wan, air mata Bob berlinangan ketika nampak Wan dan keluarganya datang berkunjung.  Badan Bob dah kurus sekarang setelah mengambil produk pelansingan. Tetapi faham2 jer lah. Oleh kerana tak excercise, badannya mengelebeh.

"Perut Bob bengkak dan keras. Risau gak Wan tengok, Kjee. Takut ada penyakit lain," kata Wan.

Bob sekarang menduda. Tetapi baru sahaja bertunang. Katanya nak kahwin tak lama lagi, nak dapat anak cepat2 sebab dia pun bukannya muda lagi. Walaupun sakit, Bob tetap boleh melawak. Apabila ada orang telefon, dia kata abang dia tengah datang jenguk dia. Dia ada abang omputih! Hehehe

Kalau kelapangan esok Kjee singgah kat Hospital Tawakkal dengan Unclepali. Kalau korang tak ikuti perkembangan, Bob terjatuh dalam bilik air rumahnya sampai pengsan sebab dahinya terhantuk sinki. Tidak ada siapa pun tahu. Entah berapa jam kemudian baru teman serumahnya balik dan terjumpa dia tersungkur dalam bilik air. Nauzubillah. 

10 comments:

fieda said...

kesiannya kt bob..semoga dia cepat sembuh...

zures said...

semoga bob kuman cepat sembuh

sharifah rosidah said...

Harapnya Bob tabah menghadapi dugaan dari Allah.

makcikkantin said...

Moga bob cepat sembuh

RATUIBUNDA said...

CIAN DIA TP LARAT LG BERLAWAK KAT MLM(MAHARAJA LAWAK MEGA)

Anonymous said...

semoga bob cepat sembuh - wintanhir-

zuwaidah said...

kak jee, mudah2an bob cepat sembuh yaaaa...kirim salam ya...kata dari peminat!

ida said...

eh..eh..baru smlm terserempak dgn abg mat saleh ni kat downtown bukit jalil bersama dgn anak dan wife(rasanya itulah kak wan kot)lama sy duk memerhatikan dia org waktu dia org duk belek2 baju sbb dlm hati duk kata mcm pernah nampak tup2 buka blog kak G nampak gambar dia org

dayang Citra said...

Kesian...semoga Bob Kuman cepat sembuh...suka tengok dia dalam Maharaja Lawak Mega...semoga mereka jadi juara...

bujai said...

salam,

semoga dia cepat sembuh, kahwin, dapat anak buat semula apa yang dia suka.

dah lama kita tak jumpa, sis. ni pun terbaca about u dalam blog shila. hope u are okay and makin gebu sekarang.

- jailani harun -

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...