Friday, November 11, 2011

CHEF WAN BERANG ANAKNYA MENIPU!





Chef Wan berang!
Nadzri Redzuawan, telah memadamkan nama dua restoran terkemuka di Amerika, sebaik sahaja timbul kontroversi penipuannya, dari resume nya. Bagaimanapun dia telah menulis pengalamannya bekerja sebagai Executive Chef di beberapa restoran lain.


Selain itu, dia memohon maaf atas keterlanjurannya, di Facebook dan khabarnya pihak Astro turut menerima permohonan maaf dari Nadzri.

Dato Chef Wan yang berang dengan Nadzri, menyifatkan tindakan anaknya itu lebih teruk dari menipu ketika peperiksaan dalam kelas, lapor mStar.

“Sebagai orang dewasa, dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar. Satu perkara yang memalukan. Tapi nak buat apa, nasi sudah menjadi bubur,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya pada Khamis.

“Bukan senang menjadi bapa ini, walaupun berat kita perlu cuba yang terbaik. Kita perlu ingat cabaran akan datang bertubi-tubi,” katanya dalam posting terbaru di akaun Facebooknya dan beliau turut cuba ditenteramkan oleh peminatnya yang mahukan dia memaafkan anaknya.

Apa yang boleh dikatakan. Memang nasi sudah menjadi bubur. Nadzri patut berasa bertuah kerana tidak dikeluarkan dari senarai Juri sebuah rancangan yang popular seluruh dunia. Biasanya, kalau sesebuah rancangan itu 'difranchaise', pihak yang 'melanggar peraturan' harus bertanggungjawab atas kesilapan yang telah dilakukan. 

Moga ini bakal penjadi pengajaran buat Nadzri dan juga sesiapa sahaja yang merancang melakukan perkara sama. Tahniah Chef Wan kerana tidak memilih bulu ketika mengeluarkan pandangan. Walaupun Nadzri satu2 anak lelakinya, tetapi yang salah tetap salah. Beliau pasti tahu, penipuan seperti itu adalah satu kesalahan yang cukup besar, memalukan serta melanggar etika.

Bagi yang terpinga2 sebab tak tahu apa sebenarnya berlaku, sila baca di sini.




foto2 ehsan google

5 comments:

  1. kalau saya jadi astro saya buang jer nadzri ni...ganti org lain sangat memalukan

    ReplyDelete
  2. dengarnya sengaja dilakukan...untuk menaikkan rating...wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Kjee rasa tidak bertujuan menaikkan rating. Ini soal maruah diri. Takkan si nadzri tu nak benarkan dirinya dijadikan kambing hitam!! ini adalah kisah benar.

    ReplyDelete
  4. Respect kat chef wan, bukan semua orang suka anak mereka dikritik, tahniah chef wan. Bagilah chef Ridz peluang kedua insyaallah dia pasti tak akan mengulangi kesalahan yang lalu.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah ...
    NO Wonder la sy & housemate smua mengutuk btol cara dia msk *episod kump biru menang* ...

    memang jauh panggang dr api !!
    hancur!! xda gaya chef lgsg!

    ayat sy pd kwn2 ms tu
    "selekehnya cara dia memasak .. kalu bapak dia tengok ni .. failed!! sure kene bebel lah!"

    bila tau citer .. ermmm no wonder la gaya dia mcm tu ...

    ReplyDelete