Thursday, November 8, 2012

FILEM ZAITON SAMEON TAK DAPAT SAMBUTAN

Zaiton dulu
Zaiton Sameon sekarang 
Kjee dah agak dah risikonya buat filem Zaiton Sameon. Satu, sebab generasi sekarang sudah tidak mengenali siapa dia. Dua, generasi yang mengenalinya mungkin tidak dapat menerima penampilan Zaiton sekarang.

Hari ini Kjee baca mengenai kegagalan filem itu di pawagam. Kutipan tidak sampai RM100,000. Bagaimanapun, kalau produser lain, Kjee rasa sudah terduduk dengan mendapat kutipan tersebut. Tetapi bagi produser jutawan Beruang Films, no hal punya! Lagipun, isteri bos BF ini pernah kata, untung rugi tak jadi masalah. Dia peminat nombor satu Zaiton Sameon.

Kjee cuba senaraikan anak2 seni yang sebaris Zaiton di zaman tersebut. Antara yang terhebat ialah Sudirman Haji Arshad. Lagu2nya cukup merdu dan masih dinyanyikan serta dimainkan di TV dan Radio hingga kini. Tiadakah produser yang sanggup mengeluarkan belanja untuk memfilemkan kisah hidup Arwah Dato Sudirman?

Produser Hafsah Hassan aka Kak Chah tak minat ker? Kjee pasti beliau antara insan yang sangat2 rapat dengan arwah Sudir. 80 peratus lirik lagu Sudir, kalau tidak silap Kjee adalah hasil kreativiti Kak Chah. selain kak Chah, Saodah Ismail dan Bahyah Mahmud juga insan terapat arwah. Mungkin boleh ditugaskan mereka buat skrip.

Dan Kjee yakin, dengan izinNya, filem kisah hidup Sudir ini akan meletup!

18 comments:

  1. betul ckp kak Jee tu. Org skrg tak kenal Zaiton. Anak KC umur 16 tahun pun tanya .. Zaiton ni sapa ma? Lagipun tayangannya serentak dgn J Bond. Bertambah kuat la saingannya.

    ReplyDelete
  2. betul tu.bdk2 skrg x kenal siapa zaiton sameon
    saya pun kenal sikit2 masa zaman dia gelemer tu masih skolah rendah

    kalau sudirman mgkin ramai kenal

    ReplyDelete
  3. Kalau filem sudirman, rasanya que haidar boleh jadi watak sudirman hehe

    ReplyDelete
  4. taste penonton sukar dijangka...tp mostly suka filmem2 cinta,seram..

    follow u kjee...salam ukhuwah

    ReplyDelete
  5. saya membesar dgn lagu zaiton sameon... Arwah Sudirman, siapa tak kenal. Artis yang membanggakan negara dgn cara yang tersendiri. saya sokong cdgnan kjee tu kalau2 ada pengarah filem yang nak buat cerita Sudir... =)

    ReplyDelete
  6. betul k jee, buat filem macam ni pasti ada risiko.

    Best lah, tiap kali jalan rumah k jee mesti ada cerita baru....

    ReplyDelete
  7. kat malaysia ni majoriti yg tgk wayang adalah budak muda...rasanya kalau buat kisah2 hidup ni mmg tak boleh utk sale..buat koleksi boleh la kot.

    ReplyDelete
  8. Yap k.jee setujuuuuuuuuuuuuuuuuuu..hehe

    ReplyDelete
  9. filem biografi kat malaysia sgt hampeh! tak bnyak info atau kejadian sebenar diceritakan. nak jaga sensitiviti la konon. harap2 diorang release Dukun, filem psl mona fendi

    ReplyDelete
  10. Saya lahir waktu Zaiton Sameon tnegah meletup.Mula2 memang tak kenal tapi yang buat saya nak kenal siapa Zaiton Sameon sebab lagu2nya. Kalau tengok cerita tu memang berbaloi beli astro first or tengok kat wayang. cerita ni buat saya pikir ada jugak dugaan yang lebih besar yang orang lain terima...

    ReplyDelete
  11. Filem Zaiton Sameon agak unit.... Ia memberikan pengajaran supaya jangan lupa diri ketika senang & bagaimanakah keadaan setelah kreayernya runtuh selepas kemalangan..... Sudirman...????

    ReplyDelete
  12. Promosi kurang. Target audience semestinya bukan gen x dan gen y, tapi mereka yg sekarang dlm lingkungan umur 40han keatas.Astro First saluran berbayar menawarkan tayangan filem ini. Filem ni not bad. Lakunan Nadia Aquira sebagai Zaiton sgt berjaya. Screenplay dan directing pun bagus.

    ReplyDelete
  13. I bought zaitun sameons movie from astro and introduced her to my kids , they loved her songs even though they are just teenagers and , i dont think so people should forget someone famous like her. I am a punjabi married to chinese , i was very young when kak zaitun met an accident . I shed tears just listening to the news . Just to shocking .Kak zaitun have a good life ahead . WE LOVE U FOREVER.

    ReplyDelete
  14. Saya suka cerita zaiton sameon ni.... mungkin kurang promosi...lagu-lagu semua sedap.

    ReplyDelete
  15. Bukan masalah generasi, masalahnya pada filem dan jalan cerita. Sgt disappointed. Rasa mcm nak buat balik je, kalau ada dana. Esma Daniel sbg pengarah baru perlu belajar byk perkara. Huhu.

    ReplyDelete