DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, September 18, 2020

PERIHAL BELACAN


   Kjee ingat belacan hanya disukai negara rumpun Melayu aje. Rupa-rupanya banyak negara sebelah sini ada versi belacan dengan bahan sama iaitu udang geragau.
   Di Indonesia ia dikenali sebagai Terasi. Dan Kjee rasa orang Indonesia paling banyak guna belacan dalam masakan mereka. Masak lemak kuning pun depa letak belacan. 
   Kjee ni hari-hari tengok rancangan masak di AFN, Astro. Di Thailand, Filipina juga guna belacan yang mereka gelar shrimp paste atau pes udang. 
   Kjee dididik oleh Arwah Mak supaya hati2 memilih belacan. Yang warna dark pink tu elok. Yang warna cekelat gelap tu, mesti pahit. 
   Sedap tidak masakan kita bergantung kepada eloknya belacan. Buat sambal belacan pun akan sedap kalau belacan itu dari kualiti yang elok. 
   Setelah beli belacan, mak akan hiris-hiris dan sangai sehingga menjadi serbuk. Dah sejuk dia simpan dalam bekas dalam peti ais. Nak masak senang. Especially kalau buat Sambal Belacan. Tak payah bakar lagi belacan tu. 
   Antara belacan pilihan arwah Mak ialah Belacan Sementa yang dihasilkan oleh mereka yang tinggal ditepi pantai Perak. Tetapi belacan Melaka pun sedap. Ada sahabat pernah beri Kjee belacan bakar dari Melaka. Sedap sangat. Nak mintak dia lagi, malu pulak. 😁
   







Thursday, September 17, 2020

SUP AYAM ALA MAT GEBU


   Oleh kerana dua hari berturut-turut makan pedas-pedas, perut kami suami isteri meragam. Bergilir-gilir ke tandas. 
   So hari ini Kjee bagitau UnclePali, kita makan Sup Ayam. Mula-mula rancang nak buat Sup Ayam ala Thai. Tetapi apabila tengok resipi, ia juga pedas. 
   So Kjee beralih nak buat Sup Ayam style orang Malaysia. Stail kampung. Dulu pernah buat ikut resipi Mat Gebu. Klik SINI. Sedap sangat. So arini kita buat ler. 
   Kjee kan kalau buat Sup Ayam mesti ada cara tersendiri nak makan. Kjee letak sedikit nasi dalam mangkuk kemudian curah sup plus ayam plus kentang. Fuyoooo fav dari kecik tu! 
   Masa nak jamah sup ayam nasi tu, baru teringat terlupa buat Sambal Kicap. Aiseyman. Malas pulak nak bangun buat. Membuatnya mengambil masa. So Kjee amik sikit sambal belacan UP dan makan. 
   UP pun macam redho aje makan. Sebab dia tahu kalau ikutkan nafsu makan pedas-pedas lagi, sure berlari ke tandas bergilir-gilir. 😆
   Thnx Che Mat for the recipe. Kjee buat Soto atau Bihun Sup pun guna resipi sama. 
   

Wednesday, September 16, 2020

ASAM PEDAS IKAN PARI


   Seronoknya kita sejak UnclePali dah suka makan Ikan Pari. Dia memang cerewet bab ikan. Banyak jenis dia tak makan. Hanya suka ikan Pelaling dan Terubuk!  Kalau Kjee masak Asam Pedas Ikan Pari sebelum ini, dia hanya kuis sikit2 tak mau kita kecik hati. 🤭
   So apabila kami singgah di gerai ikan bakar Pak Teh kat Pasar Keramat baru-baru ini, Kjee tanya boleh ke order Ikan Pari Bakar? Dia nampak confused. Tetapi apabila ikan Pari Bakar sampai, dia rasa sikit pastu terus makan tanpa toleh kiri kanan.
   Alhamdulillah. Pagi tadi dia singgah pasar dan beli ikan Pari. Macam tak percaya pulak. Dia beli dua potong yang agak besar. Satu potong, dia suruh masak Asam Pedas dengan bendi, satu lagi esok dia nak bakar!
   So Kjee suruh dia petik Daun Kesum yang ditanamnya didalam pasu depan rumah
Merimbun daunnya. Juga amik serai dan kunyit.
   Maka jadilah Asam Pedas. Arini Kjee letak sedikit lada hitam. Asam Pedas style Johor, gitu. Kelakar ada orang ingat Kjee orang Johor. Taklah. Anak2 Kjee punya arwah abah orang Batu Pahat. Itu aje kaitan Kjee dengan orang Johor.
   Kalau nak tahu cara Kjee masak Asam Pedas, klik SINI. 

Tuesday, September 15, 2020

MINI SEAFOOD LONGGOK


   Mini lah sangat tapi kolestrol tetap high. 🤫🤭
   Kjee buat hujung minggu lepas. Teringin sangat nak makan Kepah. UnclePali pergi cari hanya jumpa Lala di Hero Market. Kebetulan ada pasar Tani kat Melawati. So dia singgah dan jumpa Kepah!
   So itulah kejadiannya. Dia whatsapp nak ketam tak? Mood Kjee hanya nak makan Kepah. Ada Lala tu bonus. Kat rumah ada empat ekor udang Harimau. Baki buat Penang Fried Kway Teow aritu. Okay lah kan? Makan berdua aje.
   Kerana tak lengkap seafood, Kjee gelar Mini Shellout. Eh boleh ke guna perkataan Shellout? Tak kena saman ke? Sebab itu Kjee tukar ke Seafood Longgok. 
   Yesterday Kjee hilang dari radar sebab ada appointment kat HKL. Sakit apa? Tak tahu lagi. Awal November ni baru tahu. Serius ke tidak, Wallahualam. Kjee redho.
   Oklah untuk resipi Seafood Longgok ni, korang klik SINI ya.
   Foto bawah ini longokkan seafood yang sinonim orang sediakan kalau masak lauk ini. 

Sunday, September 13, 2020

BERGEDIL


   Kjee ni kan bab makan memang cerewet. Suka makan ala2 kudapan. Makan sikit aje tetapi lepas tu asyik lapar. Sebab itu mesti sentiasa ada buah atau biskut di meja sisi. Kalau tak ada sanggup berlapar sampai kena gastrik. 
   Kerana itu kena ada makanan ringan yg berat. Ringan yang berat? Hah macam Bergedil ini lah. Nampak ringan tapi berat dengan karbohidrat. 
   Kjee suka sangat Bergedil. Kalau makan di restoran nasi campur, nampak aje 
Bergedil, itu yang Kjee akan capai dulu. Sebab Kjee ni kureng bab nasi. So Bergedil ganti nasi. 


   Bergedil daging ni Kjee buat minggu lepas. Kalau korang suka boleh ganti dengan Ayam ataupun udang. Resipi lengkap korang klik SINI 
   Selalunya orang buat daging atau ayam atau udang dicincang-cincang. Kemudian dicampur dengan kentang goreng yg dah tumbuk. Tapi cara Kjee, daging/ayam Kjee tumis dulu dengan bawang. Dah masak baru campur dlm kentang. Ini supaya proses menggoreng Bergedil tidak terlalu lama. 
   Kjee suka makan Bergedil dengan Soto, Bakso ataupun Lontong. Ratah begitu sahaja pun sedap. Cicah dengan sambal kicap. 

Saturday, September 12, 2020

PENANG FRIED KWAY TEOW


   Kjee pasti ramai suka makan Penang Fried Kway Teow. Kjee selalu suruh UnclePali tolong masakkan apabila timbul keinginan sebab jarang-jarang ada yang jual seperti ini. Selalunya yang basah. Itu kekadang aje Kjee teringin. 
   Kejadian semalam ini tanpa kerang. UP ke Hero tapi katanya kerang tu udahlah kecik-kecik, harga macam emas. So dia beli udang saja. 
   Kjee dan banyak kali buat entry untuk PFKT ini. Klik SINI untuk cara step by step. 
   
   

Friday, September 11, 2020

CHICKEN PARATEL


   Tekak Kjee ni betul2 Malaysian. Suka apa jua jenis makanan rakyat Malaysia. Kalau susah nak dapat, cik Google kan ada. Anytime of the day dia boleh bagi resipi. 
   Tetapi Kjee ada ada good FB friend. Chef Thyaga B Rajan. Kalau Kjee ada masalah pasal authentic Indian foods, I go to him. Tapi dia juga terer buat kuih muih Melayu. Maklumlah didedahkan kepada persekitaran orang Melayu di Kelantan. Kehebatan dia seringkali put me to shame. 
   Anyway, Chichen Paratel ini antara lauk kaum India fav Kjee. Korang mesti terai. Buat mudah, rasa tersangatlah sedap! 
   Kjee buat ni semalam. Lunch makan dengan nasi. Dan untuk dinner, UnclePali kukus Mantou atau pau kosong. Cicah dengan Chicken Paratel. So yummy. 
   Resipi asal Chef Thyaga tak letak santan. Tapi Kjee letak satu dua sudu susu evaporated. Sedap sgt. The choice is yours. 
   Resipi penuh klik SINI. 


Thursday, September 10, 2020

UDANG GARLIC PEDAS


   Semalam selongkar freezer. Nak tengok apa yang ada then clear stok. Ada separuh ekor ayam, satu peket kecik daging dan 10 ekor Udang Harimau. Tak tau nak masak apa. Then terfikir udang tu buat Goreng Pedas lah. Set!
   Kjee pernah buat satu ketika dulu. Tetapi harus ada daun Ketumbar baru sedap. Alahai kita yang buat dia. So Kjee adjust. Ganti dengan daun Limau Purut. Kjee ada dua pokok Limau Purut yang ditanam di tepi pagar sejak 6-7 tahun lalu.
   First thing first. Bersihkan udang, buang muncungnya, buat hirisan kecik kat belakang untuk keluarkan 'tali hitam'. Letak garam dan kunyit sikit. Tinggalkan dalam 20 minit dalam fridge. 
   Tumbuk 2 biji cili hidup, 4 biji cili padi sampai lumat. Kemudian masukkan 6 ulas bawang putih. Tumbuk kasar-kasar aje. Lima helai daun limau purut dihiris halus. Buang dulu 'tulang belakang' daun tu baru hiris. 
   Udang digoreng separuh masak. Tepikan. Guna minyak sama, tumis bahan2 tumbuk tadi. Kemudian goreng sampai garing. Masukkan daun limau purut dan balik-balikkan. Masuk juga dua sudu makan sos cili. Kalau guna pak aji bolehlah letak sikit. Jika tidak, letak sedikit gula. 
   Pastu masukkan udang goreng. Pastikan udang itu mesra dengan rempah tumisan tadi. Rasa. Kalau perlu letak sedikit kicap cair atau fish sos. Siap. 
   Hidang panas-panas. 
Foto bawah ini Kjee buat satu ketika dulu. Kaedah masak sama cuma letak daun Ketumbar. 



Wednesday, September 9, 2020

Ayam Percik


    Ayam Percik ini boleh dikatakan makanan bermusim di kawasan luar Pantai Timur. Nak makan kena tunggu bulan Ramadhan. Jika tak sabar tunggu, well opkos, kena buat sendiri. 
   Kjee jarang-jarang buat. Sekali dua aje kot sepanjang hidup ini. So apabila teringin semalam, Kjee pun google cari resipi. Dan dibawah ini resipi agak-agak aje. 
    Mudah jer buat. Kjee guna separuh ekor ayam yang tak besar sangat. Perap guna bawang besar, bawang putih dan halia. Tumbuk halus kemudian lumur kat ayam. Jangan lupa letak garam. Perap 30 minit atau 1 jam oklah. 
   Kemudian blend bawang besar, bawang putih dan halia. Campur dengan lebih kurang 3 sudu besar cili kering kisar. Kjee suka pedas so letak lebih. Kemudian masukkan semua dalam periuk dengan satu kotak kecik santan dan air juga dari kotak sama. Letak garam dan kira-kira dua sudu gula Melaka. Masukkan dua batang serai yg telah diketuk-ketuk. Jerang atas api sederhana sampai pekat.
    Kjee kukus ayam lebih kurang cukup masak. Kemudian panggang ayam atas grill pan sambil dimandi-mandikan kuah tadi. Terbalikkan pastu letak lagi kuah sehingga ayam cukup masak.
   Itu cara Kjee buat Ayam Percik mudah. Oklah rasanya. Orang yg buat jualan itu panggang atas dapur arang. Itu yg buat bangkit selera sebab bau yg menusuk kalbu.
   Kata orang Ayam Percik Kelantan merah warnanya. Yg Terengganu warna putih. 

Tuesday, September 8, 2020

ROTI KOK



   Masa Kjee kecik2, bapak suka belikan Biskut Tongkat. Ia roti sebenarnya yang telah dibakar garing. Cicah kopi atau teh. Tapi Biskut Tongkat bukan guna roti slice. Ia macam roti lonjong.  Kurus sikit daripada roti hotdog. Rupa2nya biskut roti ni namanya Roti Kok. 😆
   Tadi Kjee guna roti Gardenia. Tak payah guna roti berjenama. Roti yang murah pun okay. Dan tak perlu roti segar. Roti yang berbaki duduk dalam fridge tiga empat hari pun okay. 


   Tadi Kjee buat guna 1 buku roti dan marjerin dan gula pasir. Kjee kerat dua roti tu sebab takut tak muat masuk dalam bekas. 
   Lepas itu sapu marjerin. Susun atas loyang dan tabur gula sikit 
Panaskan oven suhu 250 C. Bakar lebih kurang 20 minit, api atas bawah sampai garing betul2. 

   Kalau sempat disejukkan, simpan dalm bekas kedap udara. Kjee hanya sempat simpan satu loyang. Satu lagi my other half ke sana kesini sambil makan. 🤣
   Cicah dengan kopi O, fulamak Nyaman! 





Monday, September 7, 2020

SAMBAL GORENG AYAM



   Ini lauk orang Jawa. Tahukah korang kalau masak lauk resipi ori Jawa mesti letak gula. Gula Melaka. Taklah jadi manis melekit lauk tu nanti tapi ala-ala secukup rasa gitu.
   Sambal Goreng ini adalah nama yang arwah mak bagitau kat Kjee sejak kecik. Kjee tak tahu sama ada ia nama yang tepat. Ini adalah kerana Kjee tengok ada banyak versi Sambal Goreng Ayam. Kalau mak guna daging, dia campur jugak hati, limpa atau paru lembu. Cegini 👍👍👍
   Persiapan buat lauk ni renyah sikit. Kena banyak  sabar sebab setiap yang diricik harus halus-halus. Cili sampai tiga jenis. Cili merah, cili padi dan cili kering. Ada guna serai dan Lengkuas serta bawang besar dan bawang putih. Belacan dan gula Melaka jangan lupa tau. 
   Rasa lauk ni sedikit masam, manis dan pedas. In other words, secukup rasa. 
    Walaupun lauk ini kebiasaan orang Jawa hidang di hari perayaan tetapi arwah nak masak ikut suka dia. Bila teringat. Samalah Kjee pun. 
   Kalau korang nak cuba buat, sila klik resipinya DISINI. 



Sunday, September 6, 2020

FACE MASK EXTENDER

boleh klik sini untuk pembelian di SHOPEE

LEMAK TALANG KERING



   Lauk Lemak Kuning Ikan kering dengan nanas, buat Kjee rindu kepada arwah mak. Masa kami kecik2 dulu kami sering dibawa berkelah. Di tepi pantai, sungai, air terjun dan semua tempat perkelahan yang sempat. Itu aktiviti orang kurang berada macam famili kami. Habiskan masa tempat tak perlu bayar. 😁
    Mak akan masak lauk Lemak Kuning Ikan Kering. Selalunya guna Ikan Sepat dengan nanas. Goreng telor dadar. Nasi satu periuk besar. Dan kami sekeluarga, selepas mandi manda, akan mengadap hidangan diatas tikar mengkuang yang dibentang. Sedapnya. Habis nasi seperiuk! 
   So aritu masa Kjee masak teringat Arwah Mak. Lauk kegemaran beliau. 
   Bulan lepas adik FB Kjee. Noor Safizah Yapis balik kampung. Pastu dia belikan Kjee ikan Talang kering. Punyalah besar. Kjee potong-potong. Dapat 6 plastik ziplock yang Kjee simpan 5 peket dalam freezer. Plastik ke-6, masak kari. 
    Minggu lepas Kjee nak tidur. Teringat pasal ikan Talang. So UnclePali tolong rendam. At least overnite, kuranglah masinnya. Tanya masak apa esok, dia kata Lemak Kuning Nanas. Set! 
   Maka itulah kejadiannya, awal minggu aritu. Tak pernah Kjee makan sampai dua senduk! Sedapnya ya rabbi! Ada pulak Kerabu Mangga Muda. Perghhhh. 
    Korang nak resipi atau cara Kjee buat, sila KLIK SINI

  

Thursday, September 3, 2020

STIR FRY FAVORITE


   Kjee rasa bertuah sebab ada ibu yang sangat prihatin dalam  menjaga pemakanan anak-anak. Makan harus ada sayur. Macam-macam cara dia pelbagaikan menu sayur sehinggakan sampai ke tua Kjee dan adik beradik suka makan sayur. 
   Sedih tengok budak-budak sekarang yang tak mahu makan sayur. Of course mereka ambil contoh dari ibu yang juga tidak makan sayur. 
   Tanpa sayur, Kjee rasa tak complete menghadap hidangan. Ulam-ulam mentah pun sedap. Kesian pokok-pokok betik liar belakang rumah. Sering dijadikan pucuknya, ulam. 
  Hari ini Kjee nak share dua jenis lauk sayur yang Kjee suka sangat. Mudah disediakan. Namun untuk sayur brokoli, sukar sikit nak stir fry kerana sayur tu keras. So kena celur seketika baru di tumis stir fry. 
   Apa itu Stir Fry? Ia kaedah goreng pantas. Bahan yang lazim digunakan ialah bawang putih yang dihiris atau ketuk-ketuk. Oleh kerana asalnya ia masakan Chinese, elok kalau ada minyak bijan. Sikit saja tau. Baunya agak kuat. Mungkin ada yang tak gemar. 
   Biasanya Kjee campur minyak masak dan sedikit minyak bijan. Panaskan dalam kuali. Kemudian masukkan bawang putih. Goreng seketika sampai wangi tapi hati-hati jangan bagi hangit. Lepas itu masukkanlah daging, udang, ayam atau sotong. Apabila dirasakan protein tu dah elok masak, masukkan sayur. Kacau pantas-pantas, letak kicap cair atau garam. Golek-golek, kemudian hidang. 

  Korang pernah ke makan sayur Tau Miu. Ia satu famili dengan Taugeh tetap berwarna hijau. Cuba intai-intai di bahagian sayur kat supermarket. Sedap tau digoreng dengan cendawan. 
   Ajarlah anak-anak makan sayur dari kecil. Insya Allah tabiat suka makan sayur akan terbawa-bawa sehingga ke tua. 




Wednesday, September 2, 2020

BINGKA UBI KAYU


   Ini kejadian hujung minggu lepas. Tengok orang buat, kita pun teringin. Mujur hari Ahad ada Pasar Tani di Desa Setapak. So UnclePali tolong belikan ubi kayu. 
   Actually, sekarang ramai orang jual Bingka Ubi yang menepati selera Kjee. Tetapi kerana nak test Oven baru hadiah Dato Nor Inchun, for my birthday recently, maka Kjee pun teruja buat.

   Kjee mula buat Bingka ni sejak zaman muda-muda dulu. Tapi tak ada resipi khusus. Main ikut naluri or hantam sajalah labu. So apabila ada satu grup tu post Bingka Ubi lengkap dengan resipi maka Kjee pun terai lah. Tetapi Kjee adjust sana sini.
   Resipi asal kata 2 kati atau 1.2 kilo tapi Kjee buat guna 1 kilo aje ubi kayu. Kjee kupas buang kulit dan ricik2 masuk food processor. Bukan tak ada sagat tradisional tapi serik asyik terluka. 
   Setelah disagat halus, masukkan dalam besen, campur 1 kotak kecik santan kotak. Masukkan setengah cawan air dalam kotak tu untuk habiskan saki baki santan. Tuang dalam adunan. Kemudian masuk satu cawan gula putih. Kalau nak manis tambah ler lagi. Kacau sampai gula larut. Kjee tambah sedikit pewarna kuning dan sedikit garam . Kacau rata. Kemudian tuang dalam acuan. Kjee guna acuan 8x8". Pastikan adunan diratakan dalam acuan. Berus sedikit minyak di permukaan adunan. 
   Panaskan oven selama 10 minit. Set suhu 200 darjah dan bakar selama 60 atau 90 minit ikut kepanasan oven masing-masing. 
Sejukkan betul-betul baru dipotong-potong guna pisau plastik.

Tuesday, September 1, 2020

KERABU MANGGA MUDA


   Nak share dengan korang this simple appetiser. Pembuka selera terutama time pompuan kalau... pepaham aje lah kan. 😁
   Buat ini semalam. Ikut UnclePali gi Hero Market beli mangga. Mesti nak yang muda dan masam. Kjee opkos tunggu dalam kereta sebab sejak kehadiran Covid-19, Kjee boleh ikut dia keluar tapi mesti duduk dalam kereta. Arahan Big Boss. 
   Keluar dari Hero, Kjee cek mangga dalam kereta. Eh ini mangga masak. Dah pasti manis. UP kata itu yang paling muda. Muka kita terus ketat. Sepanjang jalan balik membisu aje dan UP faham sangat perangai bini dia. 
   So dia round kampung Klang Gate cari. Tak ada orang jual. Tapi ada dua tiga pokok tepi jalan yang ada buah Mangga Pauh. So UP berhenti kereta. Nak mintak atau beli dengan sapa? Pokok mangga tepi jalan. So dia Tawakkal dan petik 3 biji. 
   So itulah kisahnya Kerabu Mangga semalam. 
   Sampai rumah terus buang kulit. Tokak2 dan hiris. Sambil tokak2, selawat atas Nabi mohon ampun ambik free dari pokok. 🙏
Dapat dalam semangkuk. Hiris bawang besar dan cili api. Limau Kasturi petik dari laman. Kjee perah 5 biji limau Kasturi letak Thai Palm Sugar dan sedikit fish sos. Dah sebati curah atas hirisan mangga dan bawang besar dan cili api. Gaul. Perghhhhh sedapnya. 
   Masa nak makan tabur ikan bilis goreng garing dan jugak daun ketumbar. Terlupa letak gajus. Masa tengah makan UP tanya. Terus kita capai balang gajus dan tabur. 



KILANGU



   Sejak PKP hingga ke PKPP, Kjee dan UnclePali dah jauhkan diri dari makan di restoran Mamak. Semuanya kerana seriau apabila muncul Kluster Sivagangga. Dan satu lagi di Titiwangsa yang boleh dikatakan dekat sangat dengan kawasan perumahan kami. 
   Jadi bayangkan betapa rindu nak makan roti canai, tosei, puri dan semua yang  seringkali kami order apabila singgah Rest Mamak. Dulu-dulu at least 3 kali seminggu!
   So lepas Subuh tadi, Kjee terus ke dapur. Harap2 sempatlah buat Puri & Kilangu. Roti Puri tepung gandum Kjee dah jadikan entri ari tu. Tapi masa tu cicah kari baki dinner. 
   Korang tau apa itu Kilangu? Kalau korang biasa makan Poori kat Rest Mamak mesti ia dihidangkan dengan kuah kentang yang pekat dan sedap. Hah itulah Kilangu. Sedap kan? Hanya ada kat Rest Mamak aje tau. 
   Buatnya taklah susah mana. Tiga biji kentang dibuang kulit. Belah empat supaya cepat empuk masa merebus. Letak garam dalam air dan rebus lah sehingga empuk. Lenyek kasar-kasar dan tepikan. Airnya jangan buang dulu. 
    Selain kentang, bahan-bahan lain yang diperlukan ialah sebiji bawang besar, dua ulas bawang putih, satu sudu kecik biji sawi, 1 biji cili hijau, 1 tangkai daun kari, satu sudu kecik serbuk kunyit dan dua sudu makan susu cair. Susu cair ni adalah optional. Tapi kalau letak, ada rasa lemak sikit. 
   Hiris bawang besar dan bawang putih.  Hiris panjang-panjang. Bole juga guna cili padi hijau. Kemudian tumis. 
   Mula-mula letak dua sudu minyak dalam periuk. Apabila sudah panas, letak biji sawi. Setelah mula meletup-letup, masukkan bawang semua. Kacau hingga bawang lembut. Masukkan kunyit serbuk dan daun kari. Kacau sehingga rata. Apabila sudah naik bau, masukkan kentang dan cili hijau. Kacau rata dan letak satu atau dua senduk air rebusan kentang. 
   Oleh kerana air rebusan itu telah diletak garam, maka tak perlu tambah garam dalam Kilangu. Tetapi rasalah. Jika perlu, tambah. 
   Apabila sudah naik wap, masukkanlah susu cair. Kacau dan padam api. Makan dengan Puri atau Capati. 
   Resipi Roti Puri Gandum KLIK SINI