DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, June 27, 2021

REALLY BANJIR MELELEH YOU!!


      Beberapa hari lepas Kjee teringin nak makan cheese cake. Opkos pernah buat sendiri. Tetapi bahan tak ada. Nak keluar beli, malas. Beli untuk buat dan makan sendiri rasa macam tak berbaloi. Semua bahan mahal.
       Tetapi rezeki Allah swt jarang salah alamat. Tetiba CP, adik angkat Kjee text me. MH (Panggilan manjanya kepada kakak angkat nya ini. Jangan sesapa berani tanya panggilan penuh) nak makan kek? Kjee terkedu seketika. Ibunya CM pernah beritahu CP memang terer baking. Oh rupanya dia nak bagi kek yang kawan dia jual.
       "Sedap MH. My mom cerewet bab kek ni. Tetapi kali ini dia punyalah suka. Makan sikit-sikit pastu simpan dalam esbok. Takut habis. Terai dan bagitau CP. Esok kita antar."

       Esoknya lepas Zohor, CP antar. Tak masuk. Depan Gate aje sebab PKP. UP yang terima. Kjee seperti biasa, lambai-lambai ala Miss Universe dari dalam rumah.
       Sebaik sahaja kek masuk, Kjee terus capai. Alahai comel-comel jer rupanya dalam packaging yang cute. Siap ada sudu cenonit. 
       Ewah first suap, second suap nak ke third suap teringat abang sebelah. 'Eh you kan diabetic. Makan tu ingat2 lah sikit!' Come on babe. Chek boleh makan lah. Tak manis. Just nice! Really and seriously bukan setakat tak manis giler tapi sedap!
      Lapisan atas cheese tu compliments the cake. Macam-macam perisa cake ada. Red velvet, choklat, orange ... Hah korang tengoklah kat foto bawah. Dan semua sedap walaupun Kjee hanya dapat rasa 5 jenis aje. 


      Wah ini sudah bagus. Harga mampu makan. Rm6 aje sebekas. Tapi kalau nak buat sendiri, mau spend tak kurang rm50 tapi dapat rasa satu flavour aje. 
      Hebatlah orang sekarang masa PKP ni. Otak creative buat bisnes camni. Bisnes cake yang boleh buat orang asyik teringat. 
      So kalau korang yang hantu cheese cake macam Kjee, jangan lepas peluang nak menikmati cheese cake ini. Kat foto bawah ni ada nombor nak contact penjualnya. Really meleleh air liur!! 


       Ohh ada tiga saiz. Ahhh ini sudah bagus. Korang contact aje lah nak tahu harga ya. 


Saturday, June 26, 2021

CARA ASAH GUNTING

      
       Kjee suka sangat tengok iklan-iklan yang lalu kat FB. Tetapi apabila terasa nak terjebak, Kjee cepat2 check harga kat Shopee. Maklumlah dah terkena! Kat iklan FB, harga berkali-kali ganda!
      Anyway beberapa bulan lalu, Kjee terpikatlah dengan satu Pengasah Pisau ni. Kat iklan FB as usual kalau tahu harga kena Whatsapp. Isyhh tak kuasa aku. So Shopee jadi penyelamat!
       Ada harga antara rm30 hingga rm90. Kjee suruh UnclePali amik harga yang tengah-tengah. Rm55 rasanya! Happy giler sebab selama ini Kjee guna pengasah batu yang UP beli kat Mr DIY. Pengasah batu tu Kjee dah pandai guna sejak Kjee kecik. Maklumlah atuk jual sate. Jadi tetap berfikiran old school. 😁

       Apabila Pengasah moden tu sampai, Kjee pun asah segala pisau yang ada di dapur. And then teringat my gunting. My one and only kitchen shears. Beli dekat 10 tahun lalu. Jenama popular. Gunting yang boleh dipisahkan dua kalau nak cuci.
       Since pisau ok tajam, gunting pun should be okay kalau guna pengasah moden tu, fikir Kjee. Malangnya, tak okay. Semakin tumpul. Kjee give up. Kalau terus mencuba, boleh jahanam! So tunggu tamat PKP, nak kena hantar pergi asah kat satu kedai di Chow Kit lah. 
       Then UP kata kenapa tak buat style lama? Guna daun tebu atau daun serai! Kjee tepuk dahi! Camner boleh forget! 🀦‍♀️

       Then terus ajak UP minggu lepas ke rumah adik angkat Kjee di Hulu Kelang. Dia mesti ada tanam tebu. Bukan tebu aje, sebutlah apa tanaman kampung dia mesti ada dikawasan rumahnya yang sekangkang meow tu.
       Mula-mula UP amik 5 helai. Sampai rumah Kjee terus project. Dan kelmarin UP amik lagi lima helai daun tebu sebab Kjee kata kalau buat dua kali buat baru cantik tajam!!!
       Cara mudah sangat. Gunting aje halus2 daun tebu. Tak picaya? Cubalah. Kalau tak ada daun tebu, daun serai atau lalang pun ok. Kita yang buat dia. πŸ˜†

       Dulu Kjee pernah ajar kat blog cara nak asah gunting. Klik SINI.
       Kaedah ini hanya untuk gunting aje tau. Guna pengasah moden tu untuk pisau okaylah. Tetapi Kjee lebih suka guna batu pengasah old school. Harga tak sampai rm5 rasanya, satu. Namun kena ada cara nak asah. UnclePali kalau asah guna batu ni, semakin tumpul pisau. Serius. Kalau silap teknik, tak maunya tajam pisau tu! 
       Nantilah satu hari suruh UP  buat video Kjee ajar cara asah pisau guna Batu Pengasah ya. Cara old school tapi tidak mengecewakan.


       Yang moden dan yang pesen lama. Pilihan di tangan anda. Batu pengasah yang ini, rasanya baru dibeli setahun lalu. Tak tahu yang ke berapa. Ada yang dah 'haus' dan ada yang patah dua apabila terjatuh. 😁

Friday, June 25, 2021

SNOW WHITE DAH PERGI...




       Tak ingat exactly bila dia menjadi penghuni rumah Kjee. All that I can remember is, dia datang bersama ibunya CekNah, abangnya Daq Siam (sebab ala2  kucing siam) dan adik dia Prince. Berlegar-legar di luar. Tak boleh disentuh. Hanya boleh beri makan. 
       Sakit di mata kirinya. UnclePali tangkap, cuci dan letak ubat. Kemudian dilepaskan. Esoknya ulang sehingga pulih. 

       Ibu dan adik beradik yang lain, jarang lekat. Hanya muncul apabila lapar. Ohhh lupa. Prince jinak sangat. Selalu masuk rumah dan relax dengan Kjee. Cuma Snow White lebih selesa tidur dicelah-celah semak luar rumah. 
       πŸ‘‡Prince, adik beradik kandung Snow White. Comel dan jinak sangat. Kjee plan nak ambil dua-dua supaya ada kawan untuk bermain. Yang lain dalam rumah semua tua-tua. Tetapi sehingga ke akhirnya, bayang pun tak nampak. Mujur sempat kami rembat dulu Snow White. 

        Hari-hari Kjee intai Snow White.  Sayu  tengok dia tidur terkangkang di kawasan yang tak bersih. Tepi longkang, semak. Kucing-kucing kami yang lain, (12 ekor semuanya), ada yang tidur atas carpet, sofa dan sebelah malam, dalam bilik aircon. 
       Masa itu Kjee nekad. Suruh UP tangkap dan kurung Snow White dalam rumah. Bukan sangkar tau sebab Kjee tak sanggup tengok kucing dikurung dalam sangkar. 

       Lebih dua bulan dia mengamuk. Cari jalan nak lepaskan diri. Korek grill, tapi gagal. Ibunya dan Prince tak pernah muncul lagi. Mungkin mati atau diambil orang. Hanya Daq Siam sentiasa ada untuk perhatikan adiknya. Daq Siam jauh lebih tua. Mungkin dilahirkan lima enam bulan terdahulu. Ada bibik sebelah beritahu Snow White dan Daq Siam sama ibu. 
       Snow White, Prince dan Daq Siam ada penyakit yang sama. Seringkali batuk dan bersin. Keturunan rasanya. 
       Sejak masuk rumah, Kjee bela Snow White penuh kasih sayang sebab baru kematian Snowy setahun lalu. Snowy, telah hidup bersama kami 13 tahun.
 Terubat lah rindu pada Snowy. πŸ‘‡

       Snow White tak lah jinak sangat. Cuma time makan dia akan lebih manja. Malam dia tidur dalam bilik kami. Tetapi seminggu tiga, empat kali dia akan kencing atau berak atas katil. Akhirmya, dia tidak dibenarkan tidur dalam bilik. UP dah tak larat nak uruskan king size bed tu. 
       Setelah 3 bulan bersama kami, dia dimandulkan. Lepas mandul baru dia jinak sedikit. 

       Tiga minggu lepas, Snow White demam. UP bawa ke vet. Kata Vet, flu. Diberi injection serta ubat yang banyak. Batuk selsema dia masih tak kebah. Kjee mula risau especially apabila Rizkee pun mula menunjukkan tanda-tanda batuk dan selsema yang agak teruk. Dua-dua ini tidur atas katil sama UP tiap malam. 

        Dua minggu kemudian Snow White mula tak selera makan. Wetfood dia reject. Hanya makan kibbles seperti Temptations, Jungle dan Ownat. Dia juga suka sangat multi vitamins. Hari2 ke rak vitamins itu minta disuap. 
       Seminggu selepas itu, dia langsung tak nak makan. Jenuh Kjee pujuk. Hanya minum air. 
       Beberapa hari yang lepas, UP force feed guna syringe. Dia mengamuk. Meronta-ronta. Kjee yang cuba tenangkannya dicakar sehingga berdarah. 

       Tetapi UP tak putus asa. Tetap beri ubat dan force feed. Dua hari selepas itu, dia semakin lemah. Kjee redho segala kemungkinan sebab tak nak dia kesakitan. Lelehan air liurnya bertukar menjadi darah! Snow White terlalu lemah. Hanya tidur sahaja. 
       Pagi semalam lepas Subuh dan berdoa untuk Snow White, Kjee terkejut apabila bukan pintu bilik dan tengok dia sudah boleh bangun. Pandang Kjee sayu apabila ditegur. Petang dia sudah goyang-goyang ekornya yang panjang. Kjee tadah tangan bersyukur. Sukanya hanya Allah swt yang tahu. 
       Petang tepat pukul 6.15 pm, (24/6), UP suruh Kjee redho. Snow White dah tak ada.... 

       

       
        
      



Thursday, June 24, 2021

KERABU MANGGA MUDA


       Kalau nampak mangga muda, terus register dalam otak nak buat Kerabu sama ikan bilis. Alahai sedapnya especially kalau letak extra ikan bilis garing. Perghhh.
       Dekat kawasan rumah Kjee adalah satu kampung kecil. Kampung Klang Gate. UP selalu guna jalan kampung itu untuk short cut ke jalan besar.
       Dan kiri kanan tepi jalan kampung itu ada pokok mangga. No man's land. Mangga pauh atau mangga telor. Kekadang Kjee suruh juga UP berhenti. Amik sebiji dua. Kalau ada orang kat situ, minta lah kebenaran dulu. Tapi selalunya dia kata amik aje lag. Bukan pokok dia pun. πŸ˜†
       Kelmarin, anak bujang my fren Bakyah hantar lima biji mangga. Empat dah masak dan manisnya Ya Rabbi. Semua dah bedal kecuali yang sebiji hijau. So projek Kerabu lah kan! 


       Mula2 dibuang kulit dan ditokak-tokah buah tu sebelum dihiris. Kjee amik satu hirisan. Rasa. Alamak mangga lemak lah. Sama pokok pun dengan yang manis aritu. 
       No hal. Kjee suruh UP petik lima biji limau kasturi yang ditanam kat luar pagar rumah mendiang Uncle Chong. Perah amik jusnya dan letak sedikit gula. 
       Bahan2 lain seperti foto bawah. 


       Kemudian campur lah semua bahan itu dengan mangga. Last sekali curah jus limau+gula tadi dan gaul rata. Actually masa nak makan baru gaul bilis supaya tetap garing dan sedap kruk kruk. 
      Ketika sedang makan, UnclePali kata ada satu bahan tertinggal. Kjee kerut dahi. You lupa letak kacang goreng or even gajus!! Opppsss dia lupa gajus dah habis dia ratah. Kacang tanah ada tapi... 
       Itu aje cara buat Kerabu Mangga Muda. Mudah buat kan! Hah tak reti-reti ke nak buat sendiri. 😁




Wednesday, June 23, 2021

LEMAK PUTIH FUCUK

       

       Masa mula-mula kahwin dengan father Nadia dulu, satu hari Kjee ikut dia balik kampung. Tak bagitau MIL nak balik. Sampai aje dia tengah masak. Sayur aje katanya. Naper tak bagitau nak balik? 
       Kjee jenguk periuk atas dapur. MIL guna dapur kayu, masa tu. Isyhhh masak lemak putih fucuk. Mana sayur?
      And then baru tahu sayur yang MIL maksudkan tu, fucuk! 🀭
       So today Kjee masak sayur lemak putih Fucuk sama telor. Selalu letak juga kentang dan sohun tapi selongkar pantri, elek. So apa yang ada aje lah kan! Kita yang buat dia. πŸ˜‰
       Kjee suka guna fucuk keras daripada yang keping tau. Tekstur dia lebih sedap. Kenyal-kenyal gitu sekiranya cukup masa direndam. 


       Kjee rendam lebih 3 jam tadi. Kemudian ditoskan dan potong (gunting) kecik-kecik. Kjee rebus hingga lembut dan toskan. 
       Bawang merah,  bawang putih dan sebiji cili merah dimayang. Letak dalam periuk bersama santan dan sedikit cili kering. Didih perlahan. Masukkan fucuk. Kacau. Letak garam. 
       Last sekali pecahkan telor ke dalam periuk tadi. Jangan diganggu telor itu. Biar rendidih sehingga kuningnya keras. 
       Siap. Sedap dihidangkan bersama satu lauk yang pedas. Kjee buat sambal tumis bilis dan goreng ikan tenggiri jeruk. 


Monday, June 21, 2021

SICHUAN CHICKEN

      

        Ohhh nama sebenarnya Kung Pao Chicken. Selama ini Kjee kenalinya sebagai Szechuan (Sichuan) chicken.  Google recipe. Hah betul lah. Bahan-bahan lebih kurang aje. 
       Dah lama terfikir nak buat sebab ada baki segenggam kacang gajus. Hari tu selepas di panggang, banyak ler tapi ada kucing kepala itam dalam rumah ini asyik bagi luak. Mujur dah sorokkan segenggam. πŸ˜†

       Kalau ikut resipi, kena guna isi ayam bahagian dada jer. Diracik-racik. Tapi kalau tak ada, bahagian mana pun ok asal tulang dibuang. Kita yang buat dia. Must be boneless. 
      Mula-mula rendam cili kering dalam air panas. Ikut suka banyak mana sebenarnya. Tapi Kjee 6 biji setelah dikerat-kerat dalam satu inci setengah. Dan lembut, tos sehingga kering.
      Next step, ricik ayam. Kjee guna bahagian dada dari suku seekor ayam. Satu ekor potong empat. Dapatlah satu mangkuk isi ayam.
      Kemudian hiris halia muda. Letak lah banyak mana suka sebab ia masih muda. Dah masak nanti sedap dikunyah. Empat ulas bawang putih juga diricik. Daun bawang gunalah dua tangkai. Kerat2 dalam satu inci setengah.
      Ada satu peket Shitake Mushrooms dalam esbok. Selalu tak ok etak. Tapi since ada, guna ajelah kan. Kjee buang tang dan potong dua atau tiga. 

       Untuk sosnya, Kjee letak semua dalam satu mangkuk kecil. Campur sos tiram, kicap pekat (karamel), kicap cair (fish sos) dan kicap manis. Semua satu sudu besar kecuali kicap pekat karamel tu satu sudu kecil cukup lah. Letak air lebih kurang setengah cawan. Kacau. Titis sedikit minyak bijan. Ini optional. 
       Mula2 goreng cili kering dengan lebih kurang 2 sudu besar minyak, sehingga garing. Hati2 jangan hangit. Tepikan. Masukkan hirisan halua. Dah garibg, masukkan bawang putih dan goreng sehingga wangi. 
       Masukkan hirisan ayam. Goreng sehingga ayam kecut. Curahkan sos dan cepat2 dikacau rata selama lebih kurang lima minit. Masukkan cendawan jika ada. Kemudian masukkan cili kering dan daun bawang. Kacau rata. 
       Campur satu sudu kecil tepung jagung bersama dua sudu air. Besarkan api. Kacau dan masukkan kedalam kuali. Gaul rata. 
       Sebelum padam api, masukkan gajus yang telah di panggang terlebih dahulu. Kacau seketika. Siap. Terus hidang dengan nasi putih. 

      
      

Sunday, June 20, 2021

MI KARI NYONYA LEGEND

   

       Dah setahun rasanya last Kjee buat Mi Kari. Malam tadi sebelum tidur teringat nak masak. Bahan asas tak lah lengkap sangat dalam peti peti ais. Yang ada hanya ayam, buah keras, belacan dan opkos rempah kari.
       So lepas breakfast tadi, ajak UnclePali beli santan, taupok dan kacang panjang. Sepatutnya letak juga chicken balls tetapi since Hero Market di Taman Melawati masih ditutup, malas pulak nak cari. Fish ball biasa tak sedap bagi Kjee. 
       Sampai rumah terus Kjee mula masak. Awal sangat. Baru pukul 9 pagi. Start awal boleh lah rehat awal kan! 

       Resipi penuh Mi Kari Nyonya yang Kjee anggap legend ni klik lah SINI. Kjee anggap ia legend sebab dah 40 tahun rasanya Kjee kecek resipi ini dari nyonya tukang masak kat kantin NST dulu. 
       Faham-faham ajelah orang niaga susah sikit nak share resipi. Tetapi kalau pandai kecek, tak lah mustahil sangat untuk mendapatnya. 
       Hampir semua resipi makanan yang Kjee niaga di Anjung Melawati dulu, sudah Kjee share dalam blog ini. Ada juga yang terai buat dan buat niaga. Alhamdulillah syukur. 


  

Friday, June 18, 2021

SPAGETI SELERA MALAYSIA


       Sejak terkurung dan pergerakan ke sana ke sini, terhad lebih setahun, otak pun boleh jadi biol. Mana tidaknya, kekadang boleh jugak singgah restoran atau gerai untuk makan. Sekarang hari2 kena masak. Dah tak tahu dah nak masak apa kan!
       Kerana itu, terpaksa lah fusion kan menu. Hari tu buat Burger Malaysia. Hari ini Spageti selera Malaysia pulak. Esok lusa entah apa. 🀭
       Anyway, Spageti Sambal Ijo ini dah banyak kali Kjee buat. Letak udang, letak beef bacon, letak Salmon juga. Arini oleh kerana Kjee masak Ayam Goreng Kunyit untuk UnclePali, maka tumpanglah sikit kat my Spageti Sambal Ijo. My hubby tak minat sangat makan pasta. So for him it's rice. 

       Mesti korang tanya rasanya macam mana Spageti letak Sambal Ijo letak Ayam Goreng Kunyit. Gini, korang bayangkan makan  spageti gaul sama sambal ijo. Pastu bayangkan juga makan sama Ayam Goreng Kunyit. πŸ€”

       Hah dapat bayangkan tak? Hmmmm tentu okay rasanya kan? Opkos Kjee kata sedap sebab Kjee tetiba terfikir sepatutnya lama dah buat. πŸ˜‚
       Okay untuk Sambal Ijo korang klik SINI. Untuk Ayam Goreng Kunyit pulak resipinya kat SINI. 
       Cuba lah buat. Kjee yakin hidup korang terkurung taklah rasa teruk sangat. 😁
       Oh ya kalau ada stok Parmesan, tabur lah banyak2. Sedap giler tau. πŸ˜‹

       

Wednesday, June 16, 2021

BURGER SAMBAL MALAYSIA


       Burger Malaysia, nama yang diberi sekarang. Actually selama kini ia dikenali sebagai Pau Goreng Bersambal. Pau yang dibuat rasanya, guna resipi donut.
      Tiap kali tengok resipi, Kjee give up nak buat. Malas nak buat pau tu. So apabila ternampak kat FB my fren Rohanita Chik, buat guna Mantou, Kjee punyalah excited. Sebab ada satu peket plain mantou dalam esbok. Beli sejak Ramadhan. 
       Selalunya Kjee kukus aje Mantou atau Roti sepan. Tak berapa teruja nak goreng walaupun ada yang kata lagi sedap. Kjee kukus dan cicah Kari, sambal atau apa aje lauk leftovers. 


       Ini ☝️ mantou plain atau kosong. Ada yang kenit-kenit berinti Red Bean. Ada jual dalam chiller kat supermarket. Harga empat ringgit lebih rasanya. 
       Since Kjee ada sambal tumis atau ibu sambal yang Kjee simpan dalam freezer, maka Kjee keluarkan dan adjust. Intai satu resipi, kena letak sikit sos cili dan keringkan sikit. Goreng garing bilis dan campur dalam sambal. Klik SINI utk sambal yang Kjee buat. 
       Kemudian Kjee goreng Mantou. Panaskan minyak kemudian perlahankan api. Kena sentiasa jaga sebab mudah bertukar warna. Dah menjadi keperang-perangan, tos atas tisu dapur. 
       

       Selalu kalau beli pau sambal, diselitkan hirisan timun. Ada letak salad. Well, apa yang ada, bolehlah guna.
       Dah sejuk, belah dua Mantou dan sapu sambal di lapisan bawah. Letak hirisan timun dah terlangkupkan potong atas mantou goreng tu.  
       Siap!! Tak perlulah tunggu lagi. Terus ngaplah. 🀭
       Nyesal tadi Kjee buat empat biji aje. Biasanya kalau beli Pau Sambal, Kjee makan sorang. Sebab itu buat empat biji aje. Tetapi sebaik siap amik foto, UP dah duduk siap2 di meja dapur. 
       Kjee capai satu, dia pun capai dan ngap. Belum sempat Kjee habis ngap yang pertama, UP dah capai nombor dua. So cepat2 Kjee makan dan capai the last one. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
      Sedap sangat. Patutlah kalau beli, sambal dia ada rasa manis-manis sikit. Dia orang letak sos cili. So, cubalah buat Burger Malaysia secara ekspres ni. Sedap you! 


     

       

Tuesday, June 15, 2021

PUCUK PAKU GORENG


       Dah lama bebenor Kjee tak masak Pucuk Paku. Sayur ini boleh dijadikan macam2 lauk. Ada yang celur campur sayur-sayur lain jadi Gado-Gado. Ada yang masak lemak cili padi atau buat kerabu dengan Taugeh dan kerang. 
       Tetapi favourite Kjee dan UnclePali ialah goreng. Tumbuk semua bahan iaitu cili (tak kesah cili hidup atau cili padi), bawang dan ikan bilis. Goreng tumisan itu garing-garing, pastu humban semua pucuk paku. Letak sikit kicap cair ganti garam. Perghhhh sedap.
       Pucuk paku tu hanya perlu dipetik-petik. Pilih sayur nya kemudian batangnya dipatah-patah yang muda. Cepat-celat cuci dan toskan. Lama-lama nanti berlendir pulak.
      Foto bawah ni Kjee google. Masa beli aritu lupa nak amik foto.


       Ada beberapa jenis pucuk paku ni. Ada juga yang berwarna ungu (purple). Kjee tak tahu sama ada rasanya berbeza. 
       Ada banyak khasiat sayur kampung macam pucuk paku ni. Nak tahu, korang google aje lah ya. 

Monday, June 14, 2021

KEK PISANG BERANGAN

      

        Kjee suka sangat pisang Berangan berbanding pisang lain. So selalu lah pisang Berangan dijadikan kuih seperti Kek Pisang atau Jemput-jemput.
      UP beli satu sisih (sisir?) dua hari lepas. Tak berapa masak sangat. Simpan dua hari baru okay.
       Kebetulan tengok chef kat AFN buat Banana Bread. Sama tapi tak serupa kot. Banana Bread itu dihiris macam roti dan disapu peanut butter dan honey.
      Tetapi resipi Kek Pisang yang Kjee ada sedap makan gitu sahaja.

      Kjee tertarik apabila chef tu beri tips elak kek pisang mentah di tengah-tengah setelah siap masak. Ya Kjee ada masalah. Bahagian permukaan merekah dan kelihatan sedikit adunan yang masih cair walaupun bahagian luar dah cukup masak.
       Ohhh suhu oven kena letak 150 darjah Celcius bukan 180. Dan masa baking satu jam bukan 40 minit! Tetapi di minit ke-50, kjee naikkan suhu ke 200 darjah bahagian atas sahaja untuk dapat permukaan yang lebih brown.

      Hasilnya cukup memuaskan. Bagus jugak tips Chef tu. 
      Cubalah buat. Modal kecik aje. Hanya bahan asas  pisang (sukati pisang apa) , telor, gula dan tepung. Selamat mencuba. 
      Resipi asal milik Raihan Periuk Tanah. 

      

Saturday, June 12, 2021

SPAG BOLOGNESE SOS DAGING


       Kalau korang teringin nak makan Spageti Bolognese, jom ikut cara Kjee buat sos yang sangat-sangat mudah. Kjee tak pernah guna sos yang siap atau ready made aka dalam tin. So susahlah nak komen sedap ke tak.
       Bahan asas yang Kjee guna hanya Sup tomato (dalam tin), tomato puri, daging cincang Ramly (minced meat), bawang besar dan bawang putih. Oppps lupa. Juga seketul kiub daging knorrs, satu tin cendawan butang (kalau suka) dan dua helai bay leaf. 
       Untuk makan empat orang, Kjee guna satu peket dua keping mince beef Ramly, satu tin Sup Tomato, satu tin kecik tomato puri, satu labu bawang besar, dua ulas bawang putih.

       Mula-mula daging diletak pada suhu bilik. Dah lembut, ramas-ramas letak satu mug air dan rebus lebih kurang 15 minit. Kjee rebus untuk cairkan lemak daging yang tak berapa sihat tu. Tos dan buang airnya.
       Masa ini daging itu akan berketul. Susah nak hancurkannya. So Kjee trrr dua tiga minit dalam food processor. Boleh guna blender tapi pause dua tiga kali. Kalau lama, daging itu akan berubah jadi pes. Tepikan. 
       Dadu satu labu bawang besar dan dua ulas bawang putih. Panaskan periuk. Letak minyak Zaiton. Kalau tak ada boleh guna minyak yang ada. Kjee campur olive oil dan minyak jagung. Dah panas, tumis bawang2 tadi hingga layu. 

       Masukkan daging. Biarkan mesra seketika dengan bawang. Masukkan sup tomato dan airbyang disukat guna tin sama. Kacau sampai lebih mesra kemudian masukkan dua helai bay leaf. Rendidih guna api sederhana. Masukkan kiub daging ikut rasa. Kjee letak satu setengah kiub. 
       Sementara menunggu tu, Kjee hiris satu tin cendawan butang. Masukkan satu setengah sudu kecik serbuk lada hitam ke dalam periuk tadi. Kacau biar mesra mesraan. 
       Apabila sos sudah nampak agak pekat, masukkan hirisan cendawan tadi. Masak lagi lebih kurang 10 minit. Siap. Jangan lupa padam api. 

       Rebus spageti hingga kenyal. Gulungkan ke dalam pinggan, curah sos tadi. Kemudian taburkan keju Parmesan. Kjee suka letak banyak. 
       Itu aje. Boleh disimpan dan bekas satu atau dua portion dalam freezer. Nak makan, panaskan seketika dan curah atas spageti. Sedap lah gua cakap lu. 
       Ohh kalau ada yang nak sos tu pedas, sikit, letak ler cili flakes. Kjee tabur aje masa nak makan. 
       Spageti tak nampak dalam pinggan. 
Kjee memang suka curah kuah banyak-banyak. Parmesan cheese pun Kjee suka tabur banyak2. Hehehe.