DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, August 30, 2020

SALAM MERDEKA

1957-2020

DOUBLE FRY FRENCH FRIES


   Nak buat kentang goreng sedap, kenalah belajar dari mereka yang pakar. Bukan main lebur aje. Itu yang Kjee buat selama ini sehingga satu hari UnclePali tengok chef Bobby Flay buat. Dia pun terai test ler.
   Rupa2nya kena goreng dua kali! Barulah sedap bebenor. Tetapi yang dijual di McD tu kerja orang malas. Dia main lebur goreng. Tetapi fries kat Burger King boleh dikatakan lebih sedap. 
   Selalu UP yang goreng tetapi aritu Kjee nak test skil. Waduh sedap banget daripada yang biasa Kjee buat. Tak payahlah guna Russet Potato mcm Bobby Flay buat. Kentang biasa Indonesia pun ok. 



   Mula-mula kupas kulit. Potonglah ikut suka. Boleh buat potongan secara wedges jugak. Kemudian rendam dalam air yg telah diletak garam. Rendam kira-kira 20 minit. Kemudian tos kering. 



   Panas minyak dalam kuali. Masukkan kentang dan goreng separuh masak. Keluarkan. Letak atas tisu dapur lebih kurang 20 minit. Padam api dulu. 


   Lepas 20 minit, hidupkan kembali api. Apabila dah panas, goreng kembali kentang tadi hingga cantik keperang-perangan. Toskan dan ngap dengan sos cili sos atau mayo. 
   Cubalah ya. 
   




Friday, August 28, 2020

SICHUAN CHICKEN


   Ini lauk minggu lepas. Antara lauk yang mudah disediakan. Resipi asal memang letak kacang gajus. Bukan suatu kemestian tetapi lauk ini mesti pedas. 
   Sichuan adalah satu daerah di negara China yang penduduknya sangat gemari makanan pedas. Selain cili kering dan cili merah, antara bahan yang selalu mereka gunakan ialah Lada Merah. Macam lada hitam tapi warna merah dan agak pedas.  
      Bebarapa tahun lalu, kawan FB kita, Nelawati Ngadul yang tinggal di China ketika itu kerana kerja, ada kirim kat Kjee. Tapi ketika proses berpindah rumah, boleh hilang pulak peket Sichuan Red Pepper tu.     Anyway, cara buat Sichuan Chicken ini ialah mula-mula kena perap dulu ayam yang telah dipotong-potong ikut suka. Selalunya kecik-kecik atau bite size. Kjee letak ayam tersebut dalam beg plastik zip lock, campurkan sos tiram, kicap manis serta kicap cair. Semua dua sudu each. Kemudian di zip lock dan diramas-ramas plastik tu. Tujuannya untuk disatukan semua sos dengan ayam. Kalau tak ada plastik ziplock ini, boleh letak dalam besen atau apa jua bekas. Dah gaul rata, letak dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.


   Kemudian hiris 4 bawang putih, 3 inci halia muda dan satu labu bawang besar. Cuci lebih kurang 10 batang cili kering. Rendam seketika. Keringkan cili itu guna tisu dapur. Kerat dua atau tiga ikut kepanjangan cili kering. Pastu goreng guna apa sederhana sehingga garing. Tepikan. 
   Setelah cukup masa ayam diperap, tumis dulu hirisan halia hingga garing. Masukkan pula bawang putih dan bawang besar. Goreng sehingga layu. Masukkan pula ayam bersama sos perapan. Tunggu sehingga ayam masak. Kalau perlu tambah sedikit air supaya ayam betul-betul masak. Pastu masukkan cili kering yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Letak sedikit gula. Rasa. Kalau tak cukup masin, tambah sedikit lagi kicap cair. 
    Sebelum padam api, masukkan daun bawang yang telah dipotong-potong selebar dua inci. Gaul rata. Masukkan kacang gajus, gaul seketika. Kemudian curah air campuran dua sudu tepung jagung. Besarkan api, kacau pantas-pantas sehingga kuah pekat dan terus hidang. 
   Kjee suka sangat kunyah sekali cili kering goreng itu sama ayam masa makan dengan nasi. 
   Daun bawang dalam foto bawah ini, sendiri tanam tau. 😁



Thursday, August 27, 2020

BIHUN LEMBUT DLM 5 MINIT


Pagi ini kami bekfes bihun goreng biashe biashe. Malam tadi plan nak buat nasi goreng. Lepas Subuh bagitau UnclePali nak goreng bihun lah pulak. Dia kata kenapa tak bagitau sebelum tidur. Dia boleh rendam bihun.
Hehehe dia tak tahu orang ghumah dia ni dah lama hidup. Setakat bihun nak lembutkan, no hal. Insya Allah lima minit dah boleh jadi. So easy kalau korang ada tamu yg tetiba muncul dan pening fikir apa nak sediakan.
Hanya masak air panas. Biar sampai mendidih. Then curah atas bihun. Selalunya 5-6 minit dah okay. Tetapi kalau bihun tu liat sgt, tambahlah sikit lagi masa merendam. Guna garfu golek-golekkan bihun tu. Dah rasa elok kenyal atau a bit al dente, toskan. Kekadang Kjee biar kepanasan dan wap bihun tu, lembutkan lagi bihun tersebut. Tetapi kalau rasa dah lembik sangat, letak bawah paip. Biar air paip sejukkan and stop the cooking process.
Tarrraaaa bihun dan siap untuk digoreng. Mudahkan! Well mokcik ni dah lama hidup. Banyak tricks yang mokcik tahu.
Kalau goreng bihun, Kjee suka buat telor dadar nipis-nipis, hiris dan tabur atas bihun goreng. Sedap gua cakap lu. 


Wednesday, August 26, 2020

LEMAK PUTIH FUCUK



Sejak dua menjak ni, Kjee bukan sahaja tak bermaya nak ke dapur tetapi nak makan pun tak larat. Justeru Kjee diserang gastrik beberapa hari lalu. Sekarang dah serik. So makan ikut time.
   Hari ini UnclePali request Fucuk masak lemak putih. Dia kata sohun ada. Bolehlah letak. Tetapi time nak makan, dia kuis-kuis lauk. Mana sohun? Alamak lupa nak letak.
   Anyway, berselera UP makan especially ada lauk pengiring iaitu Sambal Ikan Merah. Selain itu ada sambal belacan power airtangan UP dan petai jeruk.
   Kjee guna fucuk jenis batang. Kena rendam tiga empat jam baru lembut. Kjee lebih suka tekstur fucuk batang daripada yang keping. 
   Lauk ini senang aje membuatnya. Hiris bawang, bawang putih serta cili. Masukkan ke dalam periuk sama santan dan sedikit udang kering yg telah direndam seketika. Apabila mula mendidih, perlahankan api dan masukkan fucuk serta kentang. Masak sehingga fucuk dan kentang lembut. 
   Kemudian letak garam ikut citarasa. Hati2 sebab dah letak udang kering tau. Lima minit sebelum padam api bolehlah masukkan sohun yang telah direndam. Kacau2 seketika dan padam api. 



Friday, August 21, 2020

SAMBAL TERUNG UDANG KERING


Kjee suka sangat makan Sambal Udang Kering Terung. Terbaik setakat ini yang Kjee makan ialah di Restoran Sakura Krystal di Taman Melawati. Ada beberapa cawangan di mall lain. Di Restoran Group Base Sri Damansara pun ok.
Banyak kali Kjee cuba tiru masakan itu masa pergi jamu selera di Sakura Krystal. Tapi gagal. Kjee yakin dia orang golek terung itu dalam tepung (mungkin tepung jagung) sebelum goreng. Entahlah.
Anyway aritu Kjee terai tapi masih gagal dapat rasa yang sama. Hampir sama pun tak ada. 😆
Tetapi at least terhidanglah lah jugak Sambal Terung Udang Kering. UP tak komen apa2 sebab makanan camtu bukan taste dia. 
Ini resipi agak2 jer. Pepandailah korang adjust tau. Kjee guna dua biji terung yang sederhana besar. Buang kulit. Hiris sebesar jari kelingking dan gaul dalam tepung jagung. Kemudian goreng hingga garing. Tepikan.


Lepas tu buat sambal nya. Mula2 Kjee rendam segenggam udang kering. Dah lembut, tumbuk halus. Tepikan. Tumbuk bawang merah dan bawang putih sampai halus.
Tumis semua bahan tadi hingga garing kemudian masukkan cili kering kisar. Sukati banyak mana. Nak pedas letak lebih. Guna api perlahan sampai sambal tu naik minyak.


Kemudian letak satu dua sudu asam jawa, sedikit garam dan gula ikut rasa. Masukkan terung yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga mesra. Padam api. Makan panas-panas. 


Thursday, August 20, 2020

SALAM 1 MUHARAM 1442H

Tuesday, August 18, 2020

SOTONG GORENG KUNYIT



Ini lauk yang cukup simple, mudah dimasak dan sedap. Sangat versatile dalam penggunaan sayur. Boleh letak kacang panjang, kacang buncis, carrot, cauliflower, broccoli ataupun bendi.
Kjee guna Bendi sebab itu lah Kjee teringin nak makan. Kebetulan ada Shitake Mushrooms. Walaupun UnclePali kurang bab mushrooms, it's okay. Gua makan sowang-sowang lah.
Bab protein pulak boleh letak ayam, daging atau udang. Semua sedap.
Dah banyak kali Kjee buat dan setiap kali tak lalu makan nasi. Sedap ratah begitu sahaja. 
Bahan-bahan menumis hanya Bawang Besar, Bawang Putih dan Cili Merah dan cili padi kalau suka. Harus ada kicap cair atau fish sauce. Tak payah penambahan sos tiram sebagainya. 
Oleh kerana Kjee guna sotong so cara membuat ikut sotong lah ya. Bersih dan potong sotong ikut suka. Kemudian ditoskan kira-kira 10 minit. Lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit aje garam.Tepikan dlm 10 minit. 
Bawang dihiris melintang. Jangan halus sangat. Bawang putih ketuk2 pun ok. Cili dihiris. Banyak mana ikut kepedasan. Kjee guna bendi so hiris serong. 
Panaskan kuali. Letak mintak lebih kurang suku cawan. Dan panas, goreng sotong. Jangan garing nanti liat. Asal cukup masak ok lah. Tepikan. 
Masukkan bawang dan cili. Goreng sampai layu. Masukkan bendi. Kalau letak cendawan, boleh masuk sekali. Kjee biarkan sebiji-sebiji. Guna penutup. Apabila sudah berwap, masukkan sotong. Gaul sampai mesra. Letak kicap cair ikut rasa. 
Itu aje. Hidang panas-panas. 
Kalau guna daging atau ayam, goreng sampai masak dan ketepikan. Cara masak letak udang seperti untuk sotong. 


Sunday, August 16, 2020

FACE MASK EXTENDER

Sekarang ni Kjee perhatikan semakin ramai wanita yang guna Face Mask Extender. Kjee pun pujuklah UP buat untuk Kjee sekeping. Guna leather.
The next day, siap satu keping, my dear husband buatkan. Yang mengejutkan, dia letak butang besi. So sweet of him! 😍
Seperti biasa, Kjee pun post lah kat Facebook. Wallaaa ramai yang minat nak beli. Kjee tanya UP, kawan2 nak beli. Dahinya berkerut. Cost mahal sebab guna leather atau kulit lembu ori. Butang besi lagi. Tak nak lah katanya. Unless jual rm25 satu keping.
Kjee pun tanya frens FB. Semua yang berhajat kata okay aje. So UP got no choice apabila orders masuk.
So kalau ada, sesapa berminat, bolehlah whatsapp 01110165672/0104596108.
Kami post /courier dan caj post/courier ialah rm7 sekeping di Semenanjung. Lebih dari 5 keping, free post Semenanjung. 


Saturday, August 15, 2020

Taufoo Lembut Kukus


Apabila tak sihat, ketika dilanda sakit tekak, Kjee suka makan Taufoo Lembut Kukus yang dalam kotak plastik tu. Mudah aje buat. Tak payah kunyah, telan aje.
Cuma masalah nak keluarkan taufoo tu tanpa banyak kecederaan. Pernah dulu Kjee buat, kerana nak cepat, Kjee kaup aje isi taufoo guna sudu.
And then satu hari Kjee terfikir. Taufoo ini popular seluruh dunia. Takkan tak ada, sesiapa tau cara nak keluarkannya. So google. Dan Kjee berjaya mengatasi masalah ini.



Amik satu kotak taufoo tu. Buang plastik di permukaannya. Buang hati-hati. Masa Kjee buat tadi, terganas. Adalah cedera sikit.
Kemudian terbalikkan atas bekas yang korang nak guna untuk kukus. Amik gunting atau pisau. Lebih senang gunting. Potong sedikit 4 buncu kotak plastik tu.
Then cuba angkat pelan-pelan. Tarrraaaa. Cenang aje terpisah kotak tu. Tapi arini Kjee terganas sikit. Namun kecederaan tidak melampau. 🤣
Pastu kukuslah ikut resipi kat SINI.
Selamat mencuba.

Friday, August 14, 2020

SUKATAN BERGUNA DI DAPUR


Setiap kali nampak resipi baru, pasti korang intai-intai yunit sukatan apa yang mereka beri. Macam Kjee lah, suka sangat kalau diberi sukatan cawan daripada timbangan metrik. Kjee ada alat penimbang digital tapi tak reti nak guna. 😁
Tadi sewaktu Kjee skrol foto lama dalam galeri foto Kjee, jumpa dua foto ini yang Kjee rasa berguna untuk simpanan kita, semua.
Simpan jangan tak simpan.

Tuesday, August 11, 2020

SAMBAL GESEK GUNA COBEK


Ini antara Sambal fav Kjee. Resipi asal orang Jawa. Kjee hanya belajar buat selepas kahwin dengan orang Jawa Batu Pahat dulu. Walaupun Kjee pun orang Jawa, namun jauh beza lauk Jawa bandar dengan desa. 
Dah apabila Kjee dapat beli cobek, semakin seronok Kjee buat sambal gesek ini. Kjee beli cobek batu ini di dalam pasar kat Chow Kit. Orang Indon jual. Tak pasti ada lagi ke tidak. Harga pun lupa tapi rasanya dlm rm70. Ada jugak yang diperbuat dari kayu. 
Resipi sambal gesek ni mudah aje. Goreng ikan bilis, bawang, cili padi atau cili hidup. Goreng asing-asing. Kemudian digesek guna cobek. Kalau tak ada cobek, guna lesung pun ok. 
Tumbuk jangan halus sangat. Kemudian letak sedikit gula dan perah limau nipis atau limau kasturi. Siap. 
Sedap makan dengan ulam2 dan nasi panas. 



Sunday, August 9, 2020

HOME MADE HASHBROWNS


Sejak kenal Potato Hashbrowns 7-8 tahun lepas, baru dua kali Kjee beli kat supermarket. Itu pun kerana terserempak dalam chiller kat salah satu supermart. Tak ingat yang mana. 
Selepas itu, seperti biasa, Kjee google dan belajar buat sendiri.
Apa itu Hasbrowns? Maaf Kjee lupa. Mungkin ada yang tahu dan ramai jugak yang tidak. Hashbrowns adalah Lempeng yang diperbuat dari kentang yang telah disagat kasar. 


Buang kulit 2 biji kentang, sagat guna box grater pastu diperah airnya. Campur sebiji telor dan secubit garam. Panaskan kuali (Kjee guna kuali kenit non stick) letak sedikit minyak atau marjerin dan panaskan. Letak satu senduk adunan kentang sagat. Guna api slow. Kalau besar nanti cepat hangus. Terbalikkan bila dah brown. Boleh juga lapikkan atasnya dengan cheese sebelum padam api. 

Makan dengan hidangan pilihan seperti baked beans, sosej, scrambled eggs, telor matau ataupun sambal tumis. 
Selamat mencuba






Thursday, August 6, 2020

TIP ELAK KUALI BARU MELEKAT


Apabila ternampak Apom air tangan Chef Thyaga B Rajan kat facebook, punyalah teringin nak buat. Sebelum tu sis Lina Thomas dah tayang Apom Lenggang kat page dia Sejuta Rasa by Lina Thomas. Tapi Kjee tak konfiden nak buat.
Anyway, masa pergi Chow Kit aritu, UP belilah kuali kenit 6", untuk buat Apom. Kuali murah aje. Rm13.
Esoknya Kjee projek lah. Buat persiapan sebelah malam. Kena bagi perap adunan. Masa adunan tengah diperam, Kjee was-was tengok kuali. Cantik sangat kilatnya. Mesti melekat! Mula rasa cuak! 
So Kjee tanya Chef Thyaga sama ada beliau tahu cara untuk buat kuali baru jadi non stick. Maklumlah beliau chef di banyak hotel bukan sahaja di Malaysia tetapi di Sri Lanka.
Chef Thyaga kata, cuba letak minyak, garam dan halba sikit dalam kuali tu. Then panaskan kuali sampai halba garing. Buat malam. Esoknya, lap bersih kuali guna kitchen towel atau tisu dapur. Lap aje jangan cuci tau. Pastu terai goreng sebiji telor. Kalau telor tu tak melekat, maknanya sukses!! 
Kjee tak terai dulu teknik Chef Thyaga. Nak tunjuk pandai ler tu. Hasilnya Apom melekat banget. Tapi nak pujuk kita, UP kata rasa dah cukup cantik. Kita fikir cara tak bagi melekat.
So pagi semalam Kjee buat macam Chef Thyaga sarankan. Dan Alhamdulillah syukur. Hepi giler mokcik! Esok plan nak terai buat Apom. Resipi Kjee bagi lepas buat ya. 😆
Oh by the way, Chef Thyaga kata, kuali tu tak payah cuci. Lap guna kitchen tissue aje. Sebelum nak simpan, oles minyak sikit. Kalau kotor sangat, cuci manja2 aje. Tak perlu guna sabun cuci. Goreng ikan pun khabarnya tak akan melekat lagi. Cubalah. Tak perlu beli kuali non stick yang mahal banget. Mudah rosak/tercalar kalau tak hati2 guna. 


Saspen juga masa ni. Takut telor tu melekat. Slow slow Kjee guna sudu, selak sikit. Fuyoooooo tak melekat! 

Elok aje macam goreng guna kuali non stick! 

Kesudahannya! Bersih aje kuali. Pastu lap guna tisu, oles sikit minyak dan gantung. Jangan dicuci. 


Wednesday, August 5, 2020

DAGING QURBAN GORENG KUNYIT


Kjee cukup excited kalau dapat Daging Qurban kerana confirm dagingnya, tak liat. Maklumlah apabila dah join geng warga emas, semua 'pagar2' dah longgar. 😂
Dulu Kjee heran kenapa daging qurban tak liat macam biasa kita beli. Baru terfikir Lembu yang dikorbankan, usia dalam lingkungan 2 tahun. Masih muda jadi dagingnya tak lah liat. Mungkin gitu. Wallahualam. 
Anyway, tahun ini Kjee dapat rezeki nak merasa daging Qurban. Terima kasih Faizah Shahbudin, yang memberi bagi pihak keluarganya. Terima kasih Finas menerusi GISB Holdings yang beri sebahagian ahli2 Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, daging Qurban.  Alhamdulillah. 


Dan apabila dapat daging Qurban, seringkali Kjee akan buat daging goreng atas permintaan my other half. Sekiranya Kjee buat Daging Bakar, UnclePali akan buat sendiri cicah Sambal Kerisik yang popular dengan orang Utara. Dan Kjee pula lebih suka Air Asam ala Thai yang letak cili padi, hirisan bawang besar, sos nampla, jus limau kasturi, gula kabung dan juga akar serta daun ketumbar. 
Simple aje daging goreng versi Kjee. Cuci dulu kemudian hiris-hiris nipis-nipis. Perap dengan garam dan kunyit serbuk lebih kurang 30 minit. 
Hiris bulat2 satu labu bawang besar. Lebihkan bawang jika suka atau mengikut banyak mana daging yang diguna. Hiris juga sebiji dua cili merah. Boleh dicampur juga cili padi. 
Panaskan minyak dan goreng daging. Biarlah sampai cukup masak. Jangan terlalu garing. Kemudian asingkan sikit minyak dan tumis bawang sehingga lembut. Masukkan pula cili. Kemudian masukkan semua daging. Perasa dengan pak Aji jika guna. Gaul sampai rata. Kalau ada daun bawang, bolehlah hiris selebar dua inci. Digoreng sekali sebaik api dipadam. 
Itu aje. Kjee selalu ratah aje kalau buat daging goreng.