DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, September 25, 2022

ROTI JALA BIDAN TERJUN


        Tak ada plan pun nak buat Roti Jala hari ini. Tetapi apabila UnclePali kata nak lunch Nasi Padang Kak Anne, di kedai makan nya di Paya Jaras, Sg Buloh, terus Kjee decide nak buat Roti Jala dan kari ayam. Ala2 Roti Jala bidan terjun gitu. 
       Dah banyak tahun dah Anne beritahu Kjee yang dia suka sangat makan Roti Jala. Seringkali Kjee nak buatkan, asyik ada hal. Dan akhirnya pagi ini Kjee beritahu UnclePali hajat ini tidak boleh ditangguhkan lagi. Mujur UP ok jer walaupun dia tahu Kjee tak sihat.    
       So lepas breakfast, Kjee mula masak kari ayam. Kari yang hampir2 tak cukup korum sebab rempah kari daging tinggal secoit sangat. So Kjee cepat2 fikir cara mudah. Buat guna rempah campur2. Sikit yang sana, sikit yang sini. Maksudnya rempah lain2 jenama. 

       Ehhh hasilnya sedap rupa-rupanya guna rempah2 lain jenama. UP kata ala kalau terer masak, campak2 pun sedap. Alaaa sudahlah... dia puji sebab sebenarnya malas nak gi kedai beli rempah. 😁😁😁
       So siaplah kari. Oleh kerana ayam ada dalam tiga ketul, Kjee masak dalam kuali aje. 
       Pastu Kjee pun mula bancuh adunan tepung. UP kejap2 keluar masuk dapur tapi kena halau. Tak suka dia menyibuk. Dapur udahlah sekangkang meow. Asyik selalu berlaga montot. 🤭

       Dah siap adunan, bagi ia rehat sekejap. Kjee pun dah tercungap-cungap. Kita sekarang ala2 puteri lilin. Tak tahan bahang panas dapur. Nanti muka gatal2. 
       So Kjee start menjala. Dah separuh jalan baru UP masuk dapur dan dapat rampas senjata menjala. 🤣🤣🤣



       Sementara UP habiskan jalaan, Kjee mandi dan tukar baju untuk ke kedai makan Anne. 
       Resipi RJ yang Kjee selalu guna sila klik SINI
       Dan Roti Jala pun bertukar tangan di kedai makan Kak Anne tadi 👇
       Korang yang nak ke sana, sila ke FB seperti dibawah. Sedap airtangan dia. Harga pun sangat lah berpatutan. 




Saturday, September 24, 2022

BUBUR SIAP 30 MINIT

       Ya betul. Tetapi bukan bubur segera yang dalam pek tu (ada ke? ) dan direbus bila nak makan. Tetapi ini bubur yang kacang nya telah dibekukan terlebih dulu. Tak kesahlah beku semalaman atau berhari-hari! 
       Bubur Kacang, Bubur Pulut Hitam, Bubur Kacang Merah ataupun Bubur Nasi. Semuanya boleh siap dihidang dalam masa setengah jam. Serius. Tak perlu guna Pressure Cooker. Tak perlu rendam kacang macam selalu dibuat. Kacang Dhall pun boleh. Kjee juga rebus kacang dhall sehingga lembut dalam tempoh masa yang sama!
       Kjee ada Pressure Cooker. Tetapi setelah dapat tahu kaedah bekukan kacang tersebut semalaman, terus tak guna cara lama guna Pressure Cooker. Tak pasti (sebab belum pernah cuba) boleh guna kaedah sama untuk daging. Tunggulah nanti.
       Ada tanya hari itu, lepas bekukan, kena cuci dulu? Eh tak lah. Cuci bersih2 dan terus letak dalam bekas bersama air. Air dalam dua inci atas kacang. Pastu bekukanlah. Boleh beku semalaman atau lebih. Sukatilah. 




       Hah bekukan macam diatas ☝️. Kemudian apabila nak masak, terbalikkan terus ke dalam periuk. 




     Lepas itu letak air. Kjee letak dalam 5 cawan dan terus hidupkan api dan rebus. Mesti perhatikan selalu sebab takut membuak. Dalam masa 25 minit, api sederhana besar, cek tengok dah lembut ke belum. 


       Aritu Kjee bekukan beras, agaknya dekat 3 bulan sebab terlupa. Masa UP bersihkan freezer, dia hampir nak buang. Mujur sempat Kjee selamatkan. Dan jadilah bubur nasi stail Kjee yang digelar my Bubur Lambuk Special. Lihat foto atas. 
       Kjee memang dah lama masak Bubur Lambuk guna kaedah bekukan beras nya dulu sebab malas nak tunggu lama. 
       Dan ini kejadian tadi. Bubur Kacang. Korang masaklah bubur ikut resipi memasing ya. Bagi yang nak buat bubur kacang my way, klik SINI


Tuesday, September 20, 2022

GULAI TEMPOYAK PAHANG


       Kjee masak gulai ini tiga minggu lepas. Baru teringat belum lagi dikongsi disini. Tetapi Better Late Than Never.
       Kenapa Kjee pilih cara buat gulai ini cara Pahang? Sebab mudah dimasak, bahan tak banyak. Kjee paling rimas kalau kena keluar masuk hutan cari bahan. 🤭
        Hari itu masa kemas peti ais, UnclePali beritahu ada tempoyak berbaki dari musim lepas. Taklah banyak. Ada ler dua tiga sudu besar. Tapi cukuplah untuk masak seekor ikan Talapia yang tengah termenung dalam freezer. 😁

         Bahan2 lain semua ada. Daun kesom memang tumbuh lebat di laman kami yang sekangkang meow. Begitu juga UP ada tanam kunyit dan serai. Cili api pulak Kjee guna cili Bangla yang dua tiga biji pun terlajak pedas. Suka hatilah korang nak letak banyak mana. Mokcik memang seringkali masak terlajak pedas.
        Terlebih dahulu, tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Dan halus, masukkan tempoyak. Tumbuk perlahan-lahan atau gesek2 sampai halus.
        Korang tahu kenapa mesti ditumbuk sekali tempoyak? Sebabnya, nak bagi tempoyak itu halus dan tidak nampak berbiji-biji. Tempoyak ini Kjee buat sendiri sebab tak yakin dengan yang beli. Seringkali terfikir, bersih ke cara pembikinannya? Sure ke tak campur bahan lain contohnya pisang yang masak ranum?

        Setelah siap ditumbuk bahan2 itu, masukkan ke dalam periuk, letak air. Tak payah banyak sangat. Mula2 letak sikit. Digodek-godek sampai sekata dengan bahan2 tumbuk tadi. Kalau perlu, letaklah air lagi sampai cukup kuahnya. 
        Didihkan atas dapur. Dah mendidih, masukkan ikan. Boleh guna apa jua ikan pilihan korang. Kjee guna ikan Talapia. Itu jer yang ada. Kalau ada ikan Patin, mesti best. Tapi my asben kureng sikit minatnya. 
        Dah mendidih, masukkan daun kesom, asam keping dan sebatang serai yang telah diketuk-ketuk. Kacau perlahan-lahan. Perasa dengan garam dan sedikit gula.  
        Itu aje cara buat gulai Tempoyak stail Pahang. Cara negeri lain Kjee tak pasti tapi dia orang letak macam-macam. Oklah itu kan. 






         
        
        


Monday, September 19, 2022

NASI GORENG KAMPUNG


      Kjee tahu ramai pandai masak Nasi Goreng Kampung. Kalau tidak pun akan kata Nasi Goreng emak dia paling best. Yalah kalau anak tak puji, sapa nak puji kan!
       Kjee paling menyampah kalau ada tukang masak baik yang tempatan atau overseas kata, kalau nak buat nasi goreng mesti guna nasi yang telah dimasak hari sebelumnya. Kata orang Jawa, nasi sejuk.
        Kjee pulak bab Nasi Sejuk ni, ada pantang. Arwah mak kata Nasi Sejuk ada 'angin'. So memang dielakkanlah. Kalau nak masak Nasi Goreng mesti guna nasi baru dimasak.
       Korang tahu kenapa tukang masak kata mesti guna Nasi yang telah dimasak sehari sebelumnya? Sebab nak bagi nasi tu cantik berderai sebiji-sebiji.

       Actually, dia orang tu nak kata nasi tu mesti kering dan sejuk. Nasi yang baru masak akan berkepal dan tak sedap.
       Well, Kjee ada solution. Masak nasi yang kurang air dari biasa. Apabila dah masak, keluarkan, letak atas dulang. Ratakan dan biar sejuk betul2. Dua tiga jam. Lepas itu masaklah.
       Maka jadilah Nasi Goreng macam Kjee buat ni. Cantik, berderai-derai dan sedap ikut citarasa dan resipi masing-masing.
       Resipi Kjee, cili padi dan bawang putih ditumbuk. Kemudian masukkan ikan bilis. Tumbuk lagi sampai halus. Bawang besar dipotong bulat2. Kjee letak hirisan kacang panjang sebab ada stok. 
       Tumis bahan tumbuk sampai garing. Kalau tak garing, tak sedap. Kemudian masukkan hirisan bawang dan kacang panjang. Lepas tu, masukkan telor sebiji dua. Telor dah mengeras sikit baru masuk nasi. Kjee letak sedikit kicap manis dan kicap cair. Kalau tak suka letak ler garam. Makan dengan telor dadar, ayam goreng atau ikan goreng. 
      Kalau ada guna nasi sejuk dan nasi itu bergumpal, basahkan tangan dan leraikan pelan2 nasi tu. Itu jer. 

       

Friday, September 16, 2022

KARI AYAM KERING


        Lama sangat tak masak Chicken Paratel ni. Dulu selalu makan di Restoran Thurkah, Melawati. Tetapi sejak kedai tu bertukar toke, rasanya dah tak sama.
        Bukan susah pun nak masak lauk ni. Hari ini buat versi Kjee. Ayam tu (bahagian peha/thighs), UnclePali beli kat Ayam Mas. Elok guna ayam yang ada tulang2. Dulu masa gigi masih elok, Kjee suka kunyah2 tulang tu. Tapi sekarang, tak payah citer lah. 🤭


        Kjee belajar buat dari blog Chef Thyaga B Rajan. Tapi ada seorang fren India kat FB suh Kjee tambah sikit susu cair. Ada rasa lemak katanya. Dulu buat memang letak sikit tapi arini tak ada pulak susu cair. Apapun, sedaplah.
       Versi Kjee yang Kjee sebut tadi ialah selepas ayam itu dipotong-potong bite size, Kjee perap dulu dengan sedikit kunyit. Letak dalam peti ais lebih kurang 30 minit. Lepas tu baru dimasak. Resipi penuh klik SINI.
       Chicken Paratel ini sedap dimakan dengan roti cabai, tosei ataupun lempeng kelapa. Dengan nasi pun sedap! Inilah cara Kjee makan. Nasi dua tiga suap aje. Lauk diratah. 

Monday, September 12, 2022

MI KARI? NYONYA MANA?


       Teringat satu kisah lucu sewaktu Kjee meniaga di Foodcourt Anjung Melawati dulu. Ramai budak2 sekolah beratur time habis waktu sekolah. Dia orang memang hari2 booking Ice Blended UnclePali. Malah nama UnclePali yang dia orang selalu jerit2, terlekat hingga ke hari ini. 😂
       Dalam ramai2 budak2 yang berasak-asak itu, Kjee terdengar satu budak ni kata.. "Eh sini ada jual Mi Kari Nyonya lah. Nyonya mana pulak ni?" Geli hati Kjee dengar. 😆
       Dah lama Kjee tak masak Mi Kari. Hujung minggu lepas, Kjee ke Klinik Pergigian Zalinda nak tampal gigi. Dentist Dr Azizah nampak aje Kjee dia kata : "Wah lamanya tak makan Mi Kari Kjee. Puas saya makan tempat lain. Tak sama"
       Dalam kereta nak balik Kjee beritahu UP nak buat utk Dr Azizah dan staf KPZ. Semua di situ macam adik2 dan anak2 Kjee. So itulah kisahnya Kjee buat Mi Kari hari ini. Rempahnya Kjee buat semalam. Kalau kena buat hari ini, tak sempatlah dia orang nak makan lunchtime.


       Oleh kerana, rempah dah siap, mudahlah kerja Kjee hari ini. Lepas sarapan, Kjee mula proses. UP tolong buat kuah. Rempah dimasukkan dalam periuk, letak air dan ayam dan santan dan lebur. Yang lain semua Kjee buat. 



         Semua bahan ☝️ kena celur. Dan setelah kuah siap dan bahan dicelur, UnclePali punya giliran packing untuk dihantar ke KPZ. Tak banyak. 10 pax jer. 


       Selesai packing, Kjee sukat kuah dan ayam ke dalam plastik. Kelamkabut tadi sebab Kjee bukannya sihat sangat. UP nak buat semua tapi Kjee mana reti duduk diam. 
        Dan akhirnya UP pack semua letak dalam kotak polistairin yg putih tu. Cara ini makanan sampai dapat dimakan panas2. Terus kami ke KPZ 👇. 


       Resipi penuh Mi Kari, korang klik SINI. 


       Resipi  Ice Blended UnclePali ☝️ korang klik SINI. 


       

Thursday, September 8, 2022

MI HAILAM KICAP



       Ini antara Mi kesukaan Kjee yang paling mudah dimasak. Dalam masa 10 minit dah boleh makan. Kalau time kelaparan Mi Hailam menjadi pilihan sekiranya ada mi kuning dan sawi.
       Mi Hailam tak cerewet. Boleh letak ayam, daging, udang atau sotong. Semua boleh masuk!! Letak semua sekali gus pun okaylah! 😆
       Semalam untuk lunch Kjee letak daging. Kjee memang dah siap2 rebus daging untuk kerja jimat masa. Airnya simpan sekali. Hah kalau nak buat Mi Hailam dan semua yang sewaktu, kan dah senang! 
       Mi Hailam semalam terlajak 'gelap'. Kjee masak ketika badan tak sihat. So tak perasan terlebih tuang kicap Karamel. Mujur kicap karamel tak ada rasa. Cuma untuk bagi cantik kejadian. 👇

       Hari ini Kjee selongkar freezer jumpa dua ketul ayam bahagian peha' (thighs). Cukuplah untuk buat Mi Hailam for me. UnclePali tak berapa berkenan makan Mi Hailam. Rugi tau tak makan. Sedap cegini 👍👍👍. 
        Kali ini Kjee hati2 tuang kicap karamel. Takut terlajak gelap lagi 😝. Kicap ini boleh dibeli di semua pasaraya, opkos di bahagian kicap. Kalau tak ada, usah bimbang. Kita yang buat dia! 
       Kjee guna bukan sahaja untuk goreng mi/mihun tetapi untuk lauk yang perlu kaler hitam.          
       Pernah dulu Kjee letak sikit masa buat kuih kaswi. Jangan ketawa. Serius ni. Cantik kaler kuih tu. Opah penyanyi Wann yang ajar buat kuih Kaswi letak kicap sikit. 
       Selain mudah dan cepat masak, Mi Hailam juga elok dihidang untuk anak2 sebab tak pedas.
       Both my husband dan anak terer masak Mi Hailam. Tetapi ada sorang customer dulu kata Nadia masak lagi sedap. Airtangan anak dara kot 
       Okay untuk resipi sila klik SINI.  Cara Nadia buat Mi Hailam.

Wednesday, September 7, 2022

KUAH KACANG FAV KJEE


       Kuah kacang yang Kjee tahu buat, cuma kuah Sate. Maklumlah dilahirkan dalam keluarga penjual sate, jadi dari kecik hanya tahu buat cara itu. 
       Apabila dah tahu cara memasaknya, Kjee dah tak minat cuba resipi kuah kacang lain kerana kuah sate kami tak banyak bahan macam kuah kacang. Tiada rempah ratus. Cuma kacang, cili kering, bawang dan gula Melaka. 
       Kjee suka sangat kalau cicah kuah sate dengan roti. Sedap sangat. Tapi kalau ada nasi impit, tersangat ngamlah.

       Kelmarin Kjee sangai kacang tanah. Hajat hati nak buat kuah sate. Sedihnya, dibalun sampai licin oleh asben kita yang suka sangat macam kacang. Itulah 'ubat' gout dia. 🤭
       Sebelum kita intai resipi kuah sate, Kjee nak bagi tips camner nak sangai kacang tanah, camner nak tahu dah elok masak ke tidak dan cara buang kulitnya. Kjee dah share kat FB aritu seperti dibawah.
       Tahu tak korang cara betul nk tahu kacang tanah yang disangai itu sudah elok masaknya?
       Biar mokcik story sikit.
Letak kacang dalam kuali dan guna api slow. Api besar kacang jadi hangit dan pahit. Balik2kan selalu. Lebih kurang 20 minit gitu. Kemudian keluarkan sebiji dua dan sejukkan. Dah sejuk, kunyah dan pasti dapat rasa kacang tu dah cukup masak. Kalau belum sangai lagi.

       Kalau korang amik sebiji dari kuali masa panas2 terus masuk mulut, selain lidah korang melecur, korang akan tetap rasa kacang tu belum cukup masak.
       Lepas tu tuang semua kacang tu dlm tampi (mokcik guna besen jer) dan amik batu tumbuk dan gesek. Jangan guna tangan tanpa alas tuala (korang cuba terai test tengok apa jadi!) dan jangan lama2 nanti kacang jadi serbuk. Gesek sikit, tampi dan tiup buang kulit. 

       Tampi kat luar rumah. Jangan jadi pemalas cam aku tampi kat sinki. Berselerak kulit kacang satu lantai dapur.            Dah rasa puas hati, sejukkan kacang tadi. Dah 100% sejuk baru masukkan dalam bekas kedap udara untuk digunakan nanti. 
       Faham? Tak Faham buat2 ler faham. 😅
      Hah itu lah cara nak proses kacang tanah selepas disangai.
      Okaylah kalau dah siap kacang tanah jadi kacang goreng, intai resipinya DISINI.

Monday, September 5, 2022

MI BANDUNG MUAR


       Kjee ni 'hantu' segala jenis Mi, Bihun atau Kway Teow yang berkuah atau basah. Malangnya UnclePali tak minat sangat. Tetapi itu bukan satu penghalang untuk Kjee. Nak makan silakan, tak nak dia buatlah sendiri mi tanpa kuah.
       Tetapi UnclePali tak kesah kalau Kjee ajak dia makan Mi Jawa Suwarno di Kampung Baru. Dulu dia tak lah suka sangat. Hmmm banyak lauk pauk Jawa sebenarnya dia tak berkenan. Tapi apabila seringkali dimasak orang ghumah, well whatever lah. Redho jer. 😆🤷‍♀️
        Hari ini UP balik kampung. Urusan tanah Arwah Mak dia yang meninggal dunia 26 hari lalu. 
        So, apabila tinggal sorang2, Kjee kena fikir apa nak masak. Mujur arini Kjee sihat sikit. Tadi dah suruh UP beli sawi dan mi kuning. Plan nak buat Mi Bandung Muar.
        Oleh kerana tak ada stok pes, Kjee google resipi. Cari yang paling simple. Dan mesti semua bahan ada di rumah.

        Banyak resipi tak guna kacang tanah sangai. Kjee nampak resipi Mat Gebu ada letak. So sementara tunggu daging direbus, Kjee sangai kacang tanah. Daging dah lembut, dihiris kecik2. Dua sudu makan udang kering direndam dalam air panas dan dikisar halus. 
       Then keluarkan cili kisar dari peti ais. Ketuk2 bawang putih dua ulas. Panaskan pan dan tumis bawang putih hingga garing. Masukkan pula dua sudu cili kisar, ikutlah kepedasan sendiri. Dah naik minyak, masukkan udang kering kisar. Tumis lagi sehingga naik bau dan udang kering dah garing. 
        Kemudian masukkan satu cawan air rebusan daging. Sudah mendidih, masukkan daging. Apabila mendidih, letak satu sudu sos cili, satu sudu sis tiram dan sawi yang telah dipotong-potong. 

        Kemudian ambil tiga senduk kuah dah letak dalam kuali kenit. Pasang api perlahan dan pecahkan telor sehingga telor itu mengeras sikit. Ini tips dari Mat Gebu supaya kuning telor itu tak pecah. 

       Kuah dalam pan dimasukkan satu sudu besar kacang tanah sangai yang telah ditumbuk halus (Kacang ini optional) dan mi kuning yang telah dicuci dan toskan. Apabila Mi sudah lembut sedikit, pindahkan ke mangkuk. Perlahan-lahan curahkan kuah bersama telor dari kuali kenit diatas mangkuk. Hati2 jangan telor pecah. 
         Nikmatilah masa hidangan masih panas. Ini untuk Mi Bandung satu portion aje. Kalau nak buat untuk ramai orang, gandakan lah.


         Nampak foto macam banyak minyak. Sebenarnya Kjee terlupa air rebusan daging itu ada kandungan lemak.. Hmmm silap Kjee. So korang hati-hatilah. 

Saturday, September 3, 2022

LODEH KERING WONG JOWO



       Lauk ini dengan wong Jowo memang tidak boleh dipisahkan. Sampai asben kita yang dulu mencebek apabila first time Kjee nak masak masa lepas kahwin dulu, sekarang suka sangat! 🤭
       Rata2 ramai frens Kjee di FB yang bukan wong Jowo kata, lauk ini hanya boleh dinikmati pada musim perayaan. Tersedak wong Jowo dengar. Bukan lauk eksotik pun. 😁
        Kjee tak pasti lauk ini turut dimasak oleh orang Jawa di Indonesia. Contohnya macam Mi Bandung atau sirap Bandung. Kalau kat sana dia org tak kenal pun.  Maka wong Jowo Malaysia bolehlah ngaku ini lauk Malaysia. 👍

        Arwah Mak kalau buat lauk ini, dia letak macam2. Ayam lah, hati, pedal dan udang. Kali ini Kjee letak yang wajib iaitu tahu tempe, kacang panjang dan ayam. Juga, seketul dua hati ayam. Udang tak ada stok. Dan kalau ada petai, Ya Allah sedapnya jika letak! 
       Rahsia kesedapan lodeh kering ini ialah mesti letak gula Melaka dan belacan. Juga letak banyak cili. Harus ada tiga jenis iaitu cili kering, cili merah dan cili padi. Tapi hari ini Kjee terlupa pasal cili kering.            Resipi penuh korang KLIK SINI.

Thursday, September 1, 2022

LAKSA JOHOR VERSI KJEE



       Ramai nak tahu macam mana Kjee ada tenaga nak masak Laksa Johor hari ini. Maklumlah menyediakannya bukan main renyah lagi. Dan Kjee buat semuanya, sorang-sorang. Tak nak bising2 sebab nanti kena marah dengan UnclePali. Dia kata tak sihat, duduk lah diam2. 😅

       Nak jadikan cerita, Kjee buat arini sebab geram, marah dan bengang! Semalam Kjee teringin nak makan so pujuklah UnclePali gi satu restoran tak jauh dari rumah kami. 
       Dulu harga semangkuk rm12.90. Masih okay kata Kjee berbanding satu restoran depan Giant Taman Permata rm20! Tetapi masa menatap menu, terkejut Kjee dah naik rm5! Tapi masa google masih rm12.90.
       Okaylah sebab dah teringin. Masa kami masuk, hanya ada dua customer lain. Masa Kjee tunggu makanan 20 minit kemudian masuk satu geng 8 dewasa 3 kanak-kanak. 
       Makanan sampai dulu di meja sebelah kami. Dua dewasa, dua kanak2. Walaupun waiter amik order kami dulu, tapi meja, sebelah yang order lepas kami dapat dulu. Oklah. Mungkin ada kanak-kanak. 
      Kjee tengok jam. Dah dekat 35 minit dari kami masuk. Hanya order Laksa Johor dan UnclePali order Nasi Putih Asam Pedas Ikan. 
       Tetiba Kjee tengok pelayan keluar dari dapur dan bawak hidangan. Waduhh hepinya Kjee sebab dah dekat pukul 2.45. Lapar beb! Tetapi pelayan ke meja grup ramai yang masuk kemudian!!! 
       Kjee terpinga-pinga. Pandang UnclePali yang nampak cam kecut. Dia ingatkan Kjee nak sound waiter. Tapi Kjee cool jer. 
       Capai my tongkat dan cakap perlahan kat UP. "Jom balik!" Terus Kjee jalan keluar dan menuju ke kereta. Kjee toleh ke belakang. Nampak dia ikut. 
       "Cam siot kan! Mungkin waiter tu terlupa order kita!" kata UnclePali. Kjee tak cakap apa2. Terus masuk kereta. Masa UP start enjin nampak pelayan jenguk muka kat pintu. UP terus drive. 
       Tak pernah kami berdua buat kerja camni tau selama 22 kami berkahwin. Dan tak pernah Kjee cool camtu. Kjee tahu UP mesti kecut perut. Dia tahu bini dia punya perangai. Hehehe. 
       Hah sebab itulah terjadinya Laksa Johor arini. Sambil makan tadi, kami diam jer sebab sepatutnya makan semalam. 
       Oh ya dalam kereta semalam UP kata restoran tu ada CCTV. So what? Ada aku kesah? Bukan kita makan pastu chow tak bayar! 
       Kalau nak resipi Laksa Johor Kjee ni, klik SINI. Korang mesti cuba buat. Sedap tau. Kalau tak mesti nyesal. 🤭