DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, January 29, 2021

SPAGETI SAMBAL IJO


     Sesiapa yang rajin layan Asian Food Network, pasti kenal Chef Yuda Bustara dari Indonesia. Ala chef yang sado tu. Kjee dah lama nampak dia tunjuk Spag Sambal Ijo ni. Nampak sedap sangat. Tak pernah terfikir spageti boleh letak sambal hijau. 
     Kebetulan kelmarin Kjee buat stok Sambal Ijo. Resipi KLIK SINI.  Tetapi Sambal Ijo kali ini kureng umppph berbanding buat sebelum ini sebab Kjee terlupa campur cili padi hijau. So pedasnya idoklah menyengat. πŸ˜‰

     Kjee guna pasta Angel hair untuk kejadian hari ini. Dapat dua peket spageti tu dalam food basket baru-baru ini. 
     Kjee lambat masak spageti ni hari ini sebab pagi tadi migraine teruk. Lepas Zohor baru lega sikit. Mula-mula tak pasti nak letak Udang atau ikan Salmon. Ada dua keping Salmon pemberian Nur Farhana minggu lepas.  Tetapi disebabkan sudah kebuluran, decide keluar udang yang tak perlu defrost lama. 
     Mula-mula rebus spageti. Kjee tak letak garam dalam air rebusan sebab Sambal Ijo dah termasin sikit. Kalau tidak, kena rebus letak garam. Rebus ikut masa pada peket atau sampai al dente. 

     Sementara tunggu tu, udang dipotong muncung dan toreh belakangnya. Kjee panaskan kuali, letak tiga sudu minyak yang bertakung dalam bekas Sambal Ijo. Guna minyak itu untuk goreng udang. Kjee guna tiga sudu aje sebab spageti yang direbus untuk makan sorang. 
     Balik-balikkan udang sampai cukup masak. Tepikan. Kemudian masukkan Sambal Ijo ikut suka. Actually lagi banyak lagi sedap. Kemudian toskan spageti. Airnya jangan buang dulu. 
     Masukkan spageti dalam kuali bersama Sambal Ijo dan gaul sampai mesra. Kalau rasa terlalu kering, letaklah satu atau dua senduk air rebusan spageti. Gaul rata. Kemudian tuang ke dalam pinggan. Susun udang. Tabur Parmesan Cheese. Sedap makan sebaik siap tau.
     Esok nak buat letak Salmon pulak. Mesti sedap kan! 

     Selamat Mencuba. 
   

Wednesday, January 27, 2021

CUCUR BILIS BULAT


     Dah lama tak buat. Malam tadi sebelum tidur dah plan nak suruh UP beli Laksam kat foodcourt AU5. Sedap sangat. But bangun Subuh tadi, anak-anak bulus buat hal. UP kena uruskan
So kerana tak nak nyusahkan dia beli food, Kjee decide buat cucur ni.
     Masa kita semua kena kurung ekoran PKP, cucur ni boleh disediakan untuk breakfast atau minum petang. Atau bila-bila aje anak-anak lapar. Mudah dan sedap. 
    Tadi Kjee buat dua cawan tepung, sebiji bawang dihiris, ikan bilis ditumbuk-tumbuk dan dua cawan air panas. Kjee tak letak garam sebab bilis dah masin.
     Campur tepung dengan bawang dan bilis dalam mangkuk. Gaul rata. Air harus mendidih. Tuang ke dalam mangkuk sedikit demi sedikit dan kacau guna garfu. Jadikan doh. Apabila dah suam sikit, bentuk2 jadi bebola dan goreng guna api sederhana sampai cantik keperang-perangan. Angkat. Tos atas tisu dapur. Hidang dengan sos cili.
      Ia garing di luar dan lembut didalam. Boleh pelbagai letak udang atau jagung. 

Monday, January 25, 2021

GARLIC POTATOES


     I love anything that's potatoes. Maklumlah Kjee kureng sikit bab nasi. So Kjee seringkali cari resipi yang babitkan kentang sebagai ganti karbo. 
     Then minggu lepas Kjee ternampak resipi Garlic Potatoes. Menarik. Cuma Kjee nak adjust sana sini. Kjee letak bawang putih hiris goreng garing! Tabur atas kentang apabila tiba masa nak hidang.
     Oleh kerana resipi seperti ini perlukan Russet Potatoes, maka itu yang Kjee guna. Ia lebih empuk dan gebu.





     Kjee ikut resipi dengan menggunakan dua biji kentang Russet. Buang kulit kulit dan potong wedges. Rendam 30 minit. Kemudian rebus selama 5-7 minit. Separuh masak lah tu. 
     Sementara tunggu kentang tu direbus, siapkan adunan tepung. Untuk 2 biji kentang, Kjee guna lebih kurang setengah cawan tepung gandum. Letak garam secukup rasa, satu sudu kecil serbuk kunyit, satu sudu besar cili flakes dan pak aji, kalau guna. Kemudian dicampur air sedikit demi sedikit. Lupa nak sukat air tadi tetapi rasanya dalam setengah cawan. Kacau sehingga rata. 


     Apabila kentang sudah cukup masa masaknya, keluarkan dan sejukkan seketika. Kemudian dicampurkan kentang ke dalam adunan tepung. Kjee telah letak sedikit hirisan daun bawang ke dalam adunan tepung tadi. 
     Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kentang satu persatu. Goreng sehingga warna keperang-perangan. Toskan sebaik dikeluarkan dari kuali. 


     Guna minyak sama untuk goreng bawang putih. Goreng sehingga garing dan ranggup. Toskan seketika. Kemudian dicampur kepada kentang goreng tadi. Gaul rata dan taburkan hirisan daun bawang. Sedap sangat dimakan panas2. 
     Kjee hidangkan bersama Grilled Lamb Chops untuk lunch tadi. Actually sedap makan untuk sarapan atau minum petang. First time makan kentang goreng seperti ini. Ala2 kentang celup tepung gitu. 😁



     

Saturday, January 23, 2021

ROTI ARAB


     Kalau ada yang tidak kenal, inilah Roti Arab versi orang kita. Teksturnya sangat lembut bagai kapas. Dah cuba sekali, memang tutuplah selera makan roti biasa. Opppss 🀭. 
     Kjee ada makan sekali dua di restoran Mamak. Diberi kuah kari untuk dicicah. Tetapi sambil makan tadi UP kata Roti Arab ni sangat versatile. Boleh dibuat sama seperti kita buat roti biasa. Nak jadikan sandwich, garlic bread dan lain-lain.

     UnclePali beli satu peket empat keping. Tak perasan berapa hengget. Caranya, sapu marjerin atau butter pada sekeping Roti Arab. Panaskan atas kuali. Teksturnya menjadi garing di luar tetapi lembut didalam.
     Seperti biasa malam tadi Kjee terfikir nak buat Sambal Sardin. Tentu sedap. Kemudian tekak nak pulak makan Kilangu atau lauk kentang yang selalu dihidangkan bersama roti canai. Resipi KLIK SINI. 


     Hmmm. So akhirnya, masuk dapur tadi, Kjee buat dua-dua. Nyata sekali cegini! πŸ‘Taklah renyah cuma kena rajin sedikit. UP seperti biasa mesti nak tolong. So bab roti tu dia yang uruskan. 
     Kjee tak pasti dimana boleh dapat Roti Arab. Ada sekali tu, Kjee pernah nampak kat bakeri orang kita. 

     

Friday, January 22, 2021

SENGKUANG CALIT


      Tiga hari lepas masa ikut UP keluar, Kjee ternampak ada gerai baru sepelaung jer dari rumah. Kat poster tertera 'Best Sengkuang Calit in KL'. Oleh kerana kereta kami dah terlajak agak jauh, masa balik Kjee suruh UP singgah. Nak support anak muda niaga. 
      Sampai depan gerai tu, Kjee turunkan cermin tingkap kereta. Camner jual? "Tiga ringgit sekeping acik". Kjee pandang UP. Kita terai satu jer lah. Dalam hati, mahalnya! Tetapi sampai rumah, sekejap aje licin. Mujur sedap. 
      Then Kjee terfikir nak buat sos sendiri. Kjee ada resipi Tahu Bakar yang sangat awesome masa niaga dulu. KLIK SINI. 
Bahan2 semua ada di rumah kecuali Sengkuang. Boleh guna sos tu untuk calit atas Sengkuang. 

       Tetapi apabila Kjee sembang-sembang dengan UP, dia kata : "Alahai buat apa nyusahkan badan. Beli aje kuah rojak Mak Bee." Fuyooo UP ni sejak dua menjak ni terer fikir. 
      So tolak tepi plan nak sos sendiri. Maaf frens yang nak tumpang suruh buatkan. Insya Allah nanti kalau buat, boleh pass kat korang. 

      So tadi, Kjee keluarkan dua biji Sengkuang yang UP beli. Tak besar sangat. Besar penumbuk orang Jantan. 😁
Tetapi dua biji rm2. Tadi Kjee potong2 sebiji pun kenyang kami makan berdua. 
      Kacang tanah Kjee sangai atau goreng tanpa minyak. Dah elok masak, dibuang kulit kemudian tumbuk. Jangan halus sangat. 
      Calitkan kuah rojak Mak Bee atas sengkuang yang telah dibuang kulit dan hiris. Tabur kacang. Hmmmm sedap gua cakap lu. πŸ˜‹πŸ€­




Wednesday, January 20, 2021

BACALAH CITER MERAPU


     DULU-dulu masa Kjee mula-mula wujudkan blog ni, Kjee rajin sangat tulis citer merapu. Macam-macam ada, dari citer cik Han (hantu πŸ˜†) sampai ntah apa-apa.
     Kjee baru aje sedar adanya tajuk Citer Merapu beberapa minggu yang lalu. Seorang pembaca tulis kat ruang komen pasal kisah 'kencing malam'. Fuyooo terkejut Kjee apabila Kjee tengok entri tersebut! Waduuuh dulu2 (opppps sampai masa dah kawin dengan UnclePali), Kjee memang Ratu Kencing malam lah. Sekarang dah tak der lah. ☺️
     Then Kjee intai balik semua entri dibawah tajuk Citer Merapu. Ada 76 citer semuanya! Kjee ketawa berdekah-dekah membacanya sampai UP tegur. "Dah gila apa pulak kali ini," tanya dia. 😁
      Tetapi dalam banyak2 Citer Merapu tu, Kjee rasa citer Cik Han yang paling serem. Semua kisah yang Kjee lalui sendiri BUKAN rekaan tau. 
     Ada satu entri Cik Han tu, Kjee terpaksa padam sebab kena warning dengan Cik Han! Serius ni. Kjee dapat amaran itu dalam mimpi! Kjee jenuh fikir cerita Cik Han yang mana satu. Then baru teringat! Kjee post foto2 kawasan berhantu dimana Kjee kena kejar dengan hantu!!! 
     Dari kawasan belakang Zoo Negara menuju ke rumah sewa Kjee di Kpg Kemensah! Masa tu Kjee ibu tunggal. Sebaik kahwin dengan UP, Kjee bawak dia ke kawasan2 tersebut. Dia yg amik foto, Kjee post dalam blog. 
     Padan muka! Rupa2nya Cik Han marah! Tak suka Kjee bocorkan rahsia tempat mereka. 😬
     Malam tu Kjee bermimpi jumpa seorang kawan. Kononnya kawan tu suruh Kjee padam entri nombor (dah tak ingat). Esoknya Kjee bagitau UP. Cek entri tersebut. Alamak entri citer Cik Han. So Kjee sepantas kilat padam. Punyalah takut! 
     Itu jer nak bagitahu. So kalau korang boring, pergi cari tajuk Cerita Merapu Kjee ya. Ada 76 semuanya. 
     Citer Cik Han ada 7. Hanya untuk mereka yang tak lemah semangat. Kalau jadi apa2 kat korang, gue tak dapek nak nolong. 



    
     

Monday, January 11, 2021

TELOR PINDANG


     Walaupun bukan orang Johor, namun citarasa Kjee lebih mirip ke sana. Apa sahaja makanan Onjoho (orang Johor 🀭), pasti Kjee sukalah.
     Masa bujang dulu duduk serumah dengan The Ali Sisters (Zainon dan Aishah). Orang Johor. Banyak belajar memasak dari Aishah, ibu Joe Flizzow yang mesra disapa Kudu. Kami sama-sama di NST. Manakala Zainon yang kini Tan Sri, seorang peguam ketika itu.
     Tetapi Kjee tak pernah belajar buat Telor Pindang dari mereka walaupun Kjee suka sangat. Sebab dia orang pun tak pernah buat. Dah kahwin dengan orang Batu Pahat pun Kjee tak belajar buat.

     So apabila Kjee risik-risik nak beli aritu, terkejut harganya agak bangsawan. Belum masuk caj delivery!  So apadehal. Buat ler sendiri.
     Bukan mudah nak buat. Dedaun dan rempah ratus ada 15 jenis. Rebus 3 hari dua malam! Tetapi ada cara rebus yang boleh cheat sikit. Baca lagi.
     UnclePali punyalah sabar masuk lorong keluar lorong cari pokok Manggis dan Senduduk. Yang lain semua ada disekitar taman perumahan. Dan akhirnya Pokok Manggis dan Senduduk sepelaung jer. Semua tak payah beli kecuali telor dan Daun Salam. Telor 30 biji dan daun Salam singgit aje seiikat di pasar.

     Kjee berjaya dapat Daun-daun Manggis, Senduduk, Mengkudu, jambu batu,  lengkuas, serai, pandan, limau purut, Salam dan kulit bawang merah. Rempah pula Ketumbar, jintan Manis, Jintan Putih. Juga letak serai 5 batang, halia dan Lengkuas. Agak2 ler. 
     First thing first cuci telor. Daun-daun dicuci. Kemudian dipotong-potong kalau terlalu besar atau panjang.
     Kjee guna periuk rice cooker besar yang muat 30 biji telor. Susun dedaun selapis bahagian bawah periuk. Taburkan dua sudu biji ketumbar, jintan-jintan. Kemudian susun telor. Lapis lagi dengan baki dedaun sampai tertutup telor. Tabur segenggam kecil garam, dua sudu gula dan satu cawan kicap. Kjee guna kicap pekat ala karamel. Ada jual di supermarket. Orang Cina guna untuk goreng mi kuning bagi warna.

     Letak air menutupi dedaun. Rebus guna api paling perlahan selama dua jam. Lepas tu, Kjee alihkan periuk tu ke rice cooker. Guna mode 'Keep Warm' selama dua malam tiga hari. Boleh intai selepas sehari. Kalau rasa air kering, boleh tambah air panas tetapi Kjee tak tambah sebab air tak susut pun.
     Kjee buat hari Khamis, Ahad Kjee dah keluarkan daun-daun serta alihkan telor ke penapis. Sejukkan. Boleh terus makan especially kalau ada yang dah retak2. Yang lain boleh disimpan esbok sampai abis.
     Cubalah. Memang renyah sangat especially bab cari dedaun. Tetapi hasilnya memuaskan. Nanti nak buat lagi seminggu dua lagi. 
     Semalam bagi my fren terai. Dia kata sedap cegini πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Siap nak order jika Kjee buat lagi. πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ
    Yang tak pernah makan, jangan tanya camner rasanya. To me, very the sedap! πŸ˜‚

     

Friday, January 8, 2021

SEMOGA SELAMAT


     Sorry. Hope semua faham. Terus doakan buat mereka. 

Thursday, January 7, 2021

DOA BUAT SEMUA


     Jom semua titipkan doa ke hadrat Allah swt agar kita semua terselamat dari musibah Banjir dan Covid-19.
     Setakat hari ini, jumlah kes positif Covid-19 telah melepasi angka 3,000. Manakala amaran telah dikeluarkan malam ini, agar penduduk di negeri-negeri Pantai Timur siap siaga untuk dipindahkan.
     LA HAWLA WALA KUWATAILA BILLA. 

Wednesday, January 6, 2021

LAWAK PAGI RABU

Tuesday, January 5, 2021

JAGA DIRI, KELUARGA, SOP

Salam semua. Selain berdepan Pandemik Covid-19, negara sedang berdepan satu lagi musibah besar iaitu banjir.
Jumlah kematian semakin meningkat. Jadi, jagalah keluarga dan diri sendiri. Banjir kali ini usahlah dianggap lagi sebagai Pesta.
Jaga SOP juga ya. Doa kami yang berada di tempat terselamat dari banjir, buat kalian, sepanjang masa.

Saturday, January 2, 2021

STEW TULANG/GARLIC BREAD


     Sewaktu melangkah keluar dari mini mart Ladangku di Taman Melawati semalam, Kjee dah terbayang tulang lembu yang dibeli untuk buat Asam Pedas. Tetapi apabila masuk kereta, UnclePali kata esok buat Stew dengan Garlic Bread ya.
     Oh yes! Lama tak buat. I follow! Lagipun senang sikit. Beli roti Baguette buat Garlic Bread. Tak perlu ada lauk lain.
     Sedapnya kami berdua mengadap tadi. Walaupun perasan macam sikit aje masa defrost dua peket tadi, rupa-rupanya ada sikit lagi baki untuk dinner. Tetapi garlic bread dah licin. Kena beli roti Gardenia untuk dinner nanti. 
     Kjee dah banyak kali buat Stew. Ada guna ekor lembu, daging lah. So resipi korang intai SINI ya. 
     Untuk Garlic Bread kena buat Garlic Butter. Selalunya kalau buat, Kjee memang lebihkan. Simpan dalam bekas dalam peti ais. Senang sapu aje pada roti, bakar dan makan dengan mushrooms soup atau sup biasa. Makan Garlic Bread gitu saja pun sedap! 
     

     Selalu Kjee tumbuk aje bawang putih. Tapi arini malas. So Kjee sagat. Senang jer. Lepas tu campurkan dengan butter yang telah diletak at room temperature. Letak secubit garam dan hirisan daun bawang. Daun bawang tanam sendiri. Gaul sampai rata. Sapu kepada roti atau baguette dan bakar. 


Friday, January 1, 2021

REZEKI PERTAMA 2021


     Sambil makan Penang Fried Kway Teow airtangan UnclePali tadi, Kjee kata. "Rasanya Penang Fried Kway Teow ini is the only one in Malaysia orang buat untuk breakfast pagi ini." My other half senyum.
      Selepas Subuh tadi, Kjee telah ke dapur siapkan bahan-bahan. Terkejut UnclePali tengok bahan-bahan. Nampak aje dia dah tahu Kjee nak makan apa. Hehehe.
      Lantak ler kalau orang lain makan Nasi Lemak, Nasi Dagang ke atau Roti Jala. Yang penting, kita makan apa yang kita suka kan! Mujur tadi Kjee tak buat Laksa Johor. πŸ˜„
      

     Ini jer bahan-bahan yang Kjee sediakan tadi. Semua bahan dah beli semalam. Ingatkan nak buat dinner tetapi tengok asben kita macam keletihan, tak jadi buat. Kalau tak bagi dia masak, nanti merajuk.
     Ok nak tahu cara membuat, klik SINI ya. Cuba jangan tak cuba.