DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, August 31, 2021

LODEH KERING MY WAY


      Lodeh Kering My Way? Nothing to do with Frank Sinatra's song. Tapi ini cara Kjee buat Lodeh Kering. Kali ini letak sotong dan petai. Tapi secoit sangat petai, tak nampak pun. 😬
      Yes selain itu, must have Tempe, Tahu dan Kacang Panjang. Tadi Kjee dera UnclePali tolong goreng tempe dan tahu selain tumbuk lengkuas, serai dan halia. 
      Masak lauk ni memang banyak songeh. Kena ada helper. So masa UP sibuk goreng dan menumbuk, Kjee hiris tiga jenis cili iaitu cili merah, cili padi dan cili kering serta bawang. Hiris cili itu menyerong dan mesti  nipis-nipis. Kalau arwah mak dulu, jeling aje tengok Kjee buat, terus ketar lutut. 😬
      First time Kjee buat guna sotong sahaja. Selalu Kjee letak udang, hati pedal ayam. Tapi tak ada stok dalam freezer.
       Okaylah Kjee nak ratah sepiring sebelum lunch. 
      Resipi penuh klik SINI.
Oh ya sebelum lupa Merdeka, Merdeka, Merdeka! Tanggal 31...nyanyi2 sambal berjalan ke dapur. 💃💃💃


Monday, August 30, 2021

AYAM SERAI THAI


      Dalam peti sejuk ada baki ayam. Tak ler banyak. Dalam tiga ketul full leg yang Kjee beli di Ayam Mas. Dah bagitau UnclePali nak buat Ayam goreng kunyit jer. Lagipun, masih mode malas.
      And then tetiba muncul foto dan resipi Ayam Serai ala Thai yang diposkan oleh Nurul Ateeqa. Kjee terus semak resipi. Menarik. Semua bahan ada kecuali akar Daun ketumbar. Boleh tiadakan. Kita yang buat dia kan! 😉
      Orite. Lepas sarapan tadi terus keluarkan ayam. Rendam seketika. Sementara itu, suruh UP amik serai dan daun limau purut kat laman rumah.

      Ayam dan defrost sikit. Kjee terus debone (buang tulang) dan potong kecik-kecik. UP timbang. 470gms. Ok lah tu. Kjee letak dalam fridge. In the meantine, siapkan bahan perapan.
      Kjee potong-potong 3 batang serai sepanjang 2 inci. Tumbuk hingga halus. Kemudian masukkan 4 ulas bawang putih. Tumbuk sekali sampai lumat. Kemudian tumbuk juga satu sudu setengah lada hitam, bersama. Campurkan bahan tumbuk tadi kepada Ayam, gaul hingga rata.
      Letak dua sudu besar Sos Tiram, satu sudu kicap cair (Nampla), satu sudu kecil gula dan satu sudu besar tepung jagung kepada ayam tadi. Gaul sampai mesra. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Tetapi tadi Kjee perap dekat 3 jam.

      Pastu Kjee pilih 6 helai daun limau purut yang muda sedikit. Cuci bersih, keringkan dan goreng garing. Tepikan. (Goreng daun ini sehingga garing bukan rentung. Dan seelok-eloknya dibuat sebelum mula goreng ayam. Ini supaya daun limau purut itu kekal garing ketika diletakkan atas lauk yang sudah siap nanti). 
      Gunakan minyak sama yang digunakan untuk menggoreng perapan ayam itu. Minyak harus banyak kerana perapan ayam itu harus tenggelam ketika digoreng. Gunakan api sederhana dan sekali sekala terbalikkan ayam tersebut sehingga cantik garing. 
      Apabila puas hati dengan hasilnya, keluarkan dan letak dalam pinggan hidang. Aturkan daun lau purut goreng tadi. 
      Siap untuk dihidang. Kunyah sekali daun limau purut itu. 
      Tadi Kjee agak hati-hati letak gula. Kalau manis sedikit, pasti lebih sedap. Dan kalau nak pedas, ketukan empat lima biji cili padi dan campurkan masa mula menggoreng ayam. 
      Selamat mencuba. 

      
      

Sunday, August 29, 2021

CEMPEDAK GORENG


      Musim durian dah hampir sampai ke penghujung. Tiba pula musim Cempedak. Kjee jarang layan Cempedak sebab seringkali dimomokkan ia akan menambahkan angin dalam badan. Seram Kjee. Udahlah kita kilang angin. 🤭
      So tiap kali Kjee tengok aje dari cermin kereta apabila melalui kawasan orang jual Cempedak. Baunya cukup menggiurkan. Tiap kali ajak UnclePali singgah, alasan angin, akan dibangkit.
      Kelmarin seorang FB fren kata nak kurang sikit angin, kena beli Cempedak kampung. Beza yang kampung dan bandar ialah buah kampung kecik sikit. Kjee punyalah happy tanpa banyak citer terus ajak UP gi beli.
      Foto bawah ni ehsan google. Ini cempedak bandar kot. 

      Kjee tak pulak tahu Cempedak kampung bukan sahaja saiz buah kecik tetapi isinya pun kenit-kenit. Hmmm dah beli so jangan banyak songeh.
      Pantas otak Kjee fikir camner nak goreng sebiji-biji yang kenit besar guli kaca tu. So, Kjee decide buang biji dan satukan isinya dari 3 biji jadi sebesar bola ping pong dan goreng!!! Yayyy kita yang buat dia kan. 😁
      Untuk batter Kjee campur satu cawan tepung beras, dua sudu makan tepung gandum, secubit garam dan satu sudu teh air kapur. Selalunya Kjee guna tepung beras aje tapi tengok ada yang campur tepung gandum, terai jer 
     Masukkan sedikit demi sedikit air dan kacau sehingga sebati. Jangan terlalu pekat atau cair. Ada kata letak sedikit serbuk kunyit. Kjee ikut jer.
      Foto bawah ni ehsan google. Kalau montok-montok cam ni tak perlu buang biji. 

       Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Api mesti sedang2. Terlalu kecik api, gorengan akan serap minyak.
      Ambil satu kepalan isi cempedak macam bola ping pong tu dan celupkan dalam batter. Kjee kaup guna sudu. Masukkan dalam kuali. Jangan letak terlalu banyak dalam kuali takut suhu minyak turun. 
       Goreng sehingga habis. Toskan atas tisu dapur. Itu aje. Selamat mencuba. Cempedak yang digoreng tanpa biji selamat untuk dimakan anak2 dan warga emas.


Saturday, August 28, 2021

CENCARU SUMBAT SAMBAL

      Kami sekeluarga suka sangat Ikan Cencaru Belah Belakang. Tetapi Kjee jarang memasaknya sebab tak berapa gemor tengok berterabur sambal masa menggoreng. Justeru kalau beli Ikan Cencaru, selalu Kjee suruh UP bakar aje.
      Tetapi rasa tercabar apabila UP kata dia teringin nak makan. Suruh Kjee prep. Biar dia yang goreng kalau Kjee tak berapa suka lakukannya. 
       Tetiba terfikir cara untuk selesaikan masalah Kjee tu.  Yayyyy dapat idea. Buat aje Ikan Cencaru sumbat bukan belah belakang!!
       First thing first. Ikan itu kena dikeluarkan isi perutnya dengan menarik perlahan-lahan dari insang. Kemudian korek perlahan saki baki yang tertinggal. Lalukan bawah air. Cuci bahagian dalam sehingga bersih. Toskan secara terbalik dan simpan dalam peti ais. 

       Cara menyediakan sambal ikut suka masing-masing. Kjee tumbuk cili hidup, cili padi, bawang besar dan sedikit belacan. Ada orang letak kelapa parut. Ikut suka korang lah. Pastu letak sikit perahan limau atau asam jawa. Rasa. Perisakan. Siap. Opppss kalau nak tumis seketika sambal itu pun ok. The choice is yours. Kjee tak buat. 
       Kemudian guna sudu atau tangan jer untuk sumbat ke dalam ikan itu menerusi rongga dia. Buat padat-padat. Buat sampai habis. 

      Sediakan kuali dan panaskan minyak. Masukkan ikan perlahan-lahan. Dah garing satu bahagian, terbalikkan. Kalau dilakukan dengan hati-hati Insya Allah korang selamat dan percikan minyak. Dan ikan Sumbat Sambal pun siap. 
      Tiada sambal keluar bertaburan buat cara ini berbanding buat belah belakang. Dan minyak pun taklah jadi hitam. 





Friday, August 27, 2021

KUIH DANGAI



      Ini kuih favourite my late parents. Kjee selama ini ingatkan Kuih Dangai, kuih orang Melaka. Maklumlah both my parents orang sana. Tetapi apabila berkahwin dengan UnclePali dia claim itu orang Utara punya!! 🤷‍♀️
      Tak kesah lah asal ia kuih dari Malaysia. Jangan nanti orang Indon kata itu kuih mereka!!
      Susah tau nak cari orang jual kuih ini. Even pada bulan Ramadhan pun tak kelihatan. Or maybe Kjee dah lama tak masuk celah2 ratusan manusia di Pasar Juadah. 🤭
       As usual kerana teringin, Kjee plan mintak tolong Cik Google. Tetapi belum sempat tanya Cik Google, tetiba ada yang post kat FB. Apa lagi, orang mengantuk disorong bantal. Tak perlu buat guna acuan. Yayyyyy. 

      Foto atas ni, Kjee jumpa di satu blog. Inilah original Kuih Dangai dan acuan dia. Tapi acuan dia memang payah nak cari kecuali di negeri2 Utara. Rasanya. 
     Tetapi dek kena nak makan, dan apabila UnclePali pun kata teringin, maka kita buat ajelah guna loyang biasa. Resipi yang Kjee dapat kata guna loyang 8x8 inci. Tetapi Kjee rasa loyang 7x7" lagi okay. 


      Bahan2 yang diperlukan cuma sebiji kelapa muda yang diparut. Amik putih aje. Tepung pulut satu cawan, gula lebih kurang satu cawan. Tepikan dua sudu gula untuk tabur atas. Juga secubit garam. Campur semua bahan sehingga rata. Letak jugak lah satu sudu kecik garam dan gaul lagi. 
      Panas oven. 
      Masukkan bahan2 tadi ke dalam acuan Alluminium 7x7". Ratakan manja2. Tak perlu tekan bagi padat. Kemudian tabur satu atau sudu gula pasir di atas permukaannya. 
       Bakar suhu 180 darjah selama 40-50 minit ikut Kepanasan oven memasing. Apabila dirasakan puas hati dengan warna perang di permukaan kuih, kira siaplah. 
      Toreh-toreh dengan pisau tajam ketika masih panas. Makanlah terus. Tunggu apa lagi. 


Kredit kepada Nor Azazudin. Terima kasih share resipi. 




Thursday, August 26, 2021

CRISPY GARLIC SLICES


      When my Bff Aishah, kirim sebalang bawang putih goreng crispy beberapa bulan lalu, masa UP singgah rumahnya, Kjee was so excited! Isyhhh sedap buat ratah ni. Garing dan ranggup!!
      Bibik dia buat jual. Aishah suruh Kjee ke rumahnya lagi kalau nak. Kjee congak-congak, kalau suruh dia hantar by delivery man, kos lagi mahal dari harga sebalang. So fikir-fikir, tunggu lah nanti lepas PKP baru ke sana.
      Tetapi hari-hari teringat kerangupan Crispy Garlic Slices tu especially kalau makan Bihun Goreng. Tabur diatas bihun tu, fuyooooo sedap tak terkata.
      UnclePali kata takkan tak reti buat sendiri. Ricik-ricik, goreng. Isyyyy orang lelaki cakap memang mudah. Tetapi boleh ke dapat ranggup macam bibik buat!!
      Then Kjee google. Yayyyyyyy ada rahsia rupa2nya. Terus plan nak buat berbalang-balang. Malangnya Kjee jatuh sakit minggu lepas. Hanya terbaring jer. Dan masa sakit UnclePali masakkan bubur nasi. Ayoyo berderai-derai airmata fikir kalau ada garlic slices yang garing...
     Semalam apabila dah boleh bangun sikit, Kjee minta UnclePali tolong cari bawang putih jenis besar-besar. Kalau kecik-kecik, reject!!
      Apabila melihat bawang putih yang dibeli, rasa nak peluk cium my husband. Molek sangat. Besar-besar dan masih fresh. Terus leraikan bawang putih tu sama UP malam tadi. Opppps lupa nak amik foto. 
      Tadi lepas breakfast, Kjee buang kulit dan ricik. Pedihnya jari jemari! Tapi tahan ajelah. Ricik sampai habis. 


      Pastu panaskan minyak dalam kuali. Minyak mesti banyak supaya tenggelam bawang putih masa goreng. Dan rahsianya... Jeng, jeng, jeng, rupa2nya letak satu sudu marjerin dalam minyak. Penambahan marjerin buat garlic slices tu ranggup! Ohhhhh camtu! 
      Apabila minyak dah panas, perlahan sikit api dan masukkan bawang putih ricik tu. Sekali-sekali dikacau supaya  masaknya, sekata. 
      

      Api tak boleh terlalu besar. Atau terlalu kecik. Sedang-sedang aje tau! Dan apabila sudah nampak keperang-perangan, cepat-cepat ditoskan atas pinggan yang telah dilapikkan tisu dapur. 
      Jangan tunggu sampai terlalu golden brown nanti hasilnya terasa pahit. Warnanya akan berubah apabila disejukkan dalam pinggan. Dan akibat kepanasan sebaik keluar kuali. 


      Dah sejuk betul-betul baru disimpan dalam bekas kedap udara. 


      Boleh tahan berapa lama? Hmmm kalau tak habis korang bedal/ratah begitu sahaja, lama kot 🤭. 
      Alamak ingatkan UnclePali tak gemar. Hmmm sambil jenguk Kjee nak masukkan dalam balang, sempat dia cilok masuk mulut dia. 
      "Fuyoooo dasyatnya ranggup!" Hmmm esok kena suruh dia beli lagi lah bawang putih. 😉




      

      

Monday, August 16, 2021

YEE MEE


       Kjee memang minat Chinese Noodles. Banyak jugak yang Kjee belajar buat sendiri kerana gagal dapat yang menepati citarasa. Maklumlah makan first time di satu restoran, tetapi apabila cari kali kedua, restoran dah tak ada. Cara di restoran lain, tak ngam lah pulak. 
       Anyway, Yee Mee ini banyak dijual di Foodcourt. Rasanya semua sama di mana sahaja Kjee singgah. Yang selalu Kjee kunjung ialah di Giant Foodcourt, Taman Permata. Cuma masalahnya sekarang, musim PKP so tak boleh dine in. Tapau bukan tak boleh tetapi rasa jadi lain apabila dah sejuk.
        Semalam Kjee terai buat Yee Mee for the first time setelah intai-intai resipi di rumah Cik Google. Tetapi Kjee guna kuali non stick biasa, sebab tiada hot plate. Resipinya biasa-biasa aje. Yee Mee menggunakan kicap sebagai bahan asas.

        Tiga jenis kicap digunakan. Kicap cair, kicap manis dan kicap karamel. Kicap karamel tiada perasa. Hanya untuk warna. So boleh ditiadakan. Ia hanya menghasilkan warna gelap.
       Selain tiga kicap itu, juga digunakan sos tiram dan hoisin sauce. Tetapi Hoisin sauce juga optional. Kjee pun tak guna semalam.
       First thing first, ayam dipotong-potong bite size. Kalau nak guna isi ayam sahaja pun alright.
       Kjee buat semalam untuk satu portion atau untuk seorang makan. Well, my other half punya selera tak sama. So buat untuk makan sowang2. 😁

       Ini rupa atau wajah 👆 Yee Mee yang kering. Dijual dalam satu peket 6 keping kot. Boleh dibeli di semua supermarket. UnclePali beli kat Hero Market.
       Yee Mee ini tak perlu rendam atau celur. Cuma curah kuah yang panas keatas mee ini. Ia menjadi lembut, dalam masa dua tiga minit.
       Untuk satu portion, Kjee ketuk tiga ulas bawang putih. Dan potong dua, 3 batang cili kering.
       Kalau guna cendawan Shitake kering, harus direndam dalam air panas sehingga lembut. Air itu boleh diguna untuk buat kuah kelak. Kjee guna cendawan shitake fresh. Kalau besar sangat, belah dua.
       Okay bahan-bahannya dah siap. Sediakan juga satu sudu besar tepung jagung/tepung ubi kayu yang telah dicampur dua sudu air. Begitu juga sayur sawi ikut banyak mana suka. Potong2 sepanjang 3 inci. 
       Panaskan lebih kurang sudu besar minyak. Kemudian masukkan bawang putih ketuk. Apabila sudah naik bau dan sedikit garing, masukkan ayam dalam kuali. Masukkan juga cili kering. Tutup kuali dengan tudung sehingga ayam masak. Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah. Kjee guna lebih kurang dua cawan. Kalau ada air rendaman cendawan kering, boleh masukkan. 

       Apabila ayam sudah masak, masukkan 1 sudu sos tiram, 1 sudu kicap manis, 1 sudu kicap cair dan 1 sudu kicap karamel (kalo guna). Tunggu sehingga mendidih, masukkan cendawan dan sawi. Curahkan juga air tepung jagung/tepung ubi. Kacau pantas2. Rasa. Tambah kicap mengikut kesesuaian. 
       Sediakan pinggan atau mangkuk besar. Letak yee mee kering. Padam api kuah yang sedang mendidih, curah terus keatas Yee Mee kering sehingga menutup paras mee. 
       Jika suka pedas sediakan cili padi potong. Letak sedikit kicap cair pada cili potong itu. 
       Makan apabila Yee sudah lembut. Selamat mencuba. 

       Dibawah sekali adalah Yee Mee yang selalu Kjee makan di Foodcourt Giant. Digunakan hotplate jadi kena tunggu sehingga 7-8 minit baru boleh makan, kalau tidak mahu mulut melecur. 

      
        
       

Sunday, August 15, 2021

KJEE ADA LAGI LAH

     
      Kjee sedar dah lebih sebulan Kjee terkeluar dari Radar. Ada yang risau. Mesej tanya, Kjee ok ker? Mungkin nak tahu hidup lagi ke? Isyhh dia orang tak lah guna perkataan 'Hidup ke lagi?'. Cuma guna bahasa sopan... Kjee sihat? 🤭
      Ya Kjee masih hidup. Zaman sekarang kalau senyap dikaitkan dengan wabak Covid-19. Taklah. Kjee jenis manusia yang penakut. Orang kata jangan keluar rumah, Kjee pun tak lah keluar. Cuma kalau dah lemas sangat, ikut aje UnclePali duduk dalam kereta masa dia gi beli barang. 
       Keluar masa gi cucuk vaksin AstraZeneca dua kali di PWTC. Naik kerusi roda dan pakai mask dua lapis dan face screen juga. Yang pertama pada 6/6 dan yang kedua pada 8/8. Cantik-cantik tarikh kan? Alhamdulillah dah settle dua dose. 😁

       Kjee lama dah tak upload entri kat sini sebab masa wabak start teruk dua bulan yang lepas, Kjee dah berazam. Tak mau lagi tayang apa yang Kjee masak demi menghormati mereka yang begitu payah hidup. Sampai kibar bendera putih mohon bantuan. 

        Sedihnya Kjee masa itu, Allah sahaja yang tahu. Ada yang hanya hidangkan nasi sama telor goreng tiap hari buat anak2. Sedih tak terkata apabila membaca ada juga yang berlaukkan nasi dan kicap untuk keluarga. Justeru Kjee tak mahu tayang food yang seadanya Kjee sediakan tiap hari untuk kami suami isteri. Mungkin seadanya buat kami tetapi mewah buat mereka yang tiada. 😭
       Sekarang apabila lambaian bendera putih sudah jarang-jarang lagi dilihat, maka Kjee rasa nak kembali aktif disini.
       Terima kasih semua yang tidak putus-putus jenguk blog Kjee ini walaupun tiada entri baru. Mungkin korang baca ratusan entries Kjee sebelum ini. Jumlah yang masuk tiap hari dalam blog ini ada kala, sehingga 5,000 page views sehari. Thnx.
       So esok Kjee akan muncul dengan entri baru. Tengoklah apa keluar esok ya. 
       In the meantime, jaga SOP. Jangan keluar kalau tiada urusan penting. 
COVID-19 IS REAL, MY FRIENDS. 😭