DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, January 23, 2022

BUBUR PULUT HITAM


      Tiap kali ke kedai makan my adik angkat kat Paya Jaras, Sg Buloh, pasti mata UnclePali liar cari Bubur Pulut Hitam. She makes the best ever! Kalau terlewat ke Kedai Makan Nasi Padang Anne, mesti habis. Ramai yang tergila-gila bubur pulut hitam Anne yang sedap sangat tu! 
      Dah tiga empat kali Kjee buat tetapi rasanya tak hampir pun dengan kesedapan air tangan Anne. Tapi Kjee tak give up. Dan hari ini, walaupun licin UnclePali makan tapi tak puji pun. 😢
      Ahhh janji licin semangkuk kan! Kalau tak sedap, masakan licin. Hehehe pujuk hati lah tu. 😁


       Pagi tadi lepas sarapan, Kjee rendam sepeket 250gms pulut hitam. Malam tadi tak sihat so terlupa nak rendam. Okaylah tu dapat rendam 5 jam. 
      Kjee masukkan dalam pressure cooker selama 30 minit. Masa menunggu tu, Kjee blend kelapa parut putih. Guna dua cawan air untuk santan pekat. Tepikan. Dan guna 3 cawan air untuk santan cair. 
      Dah elok pulut tu 'pecah', masukkan santan cair dan dua helai daun pandan. Masak lagi sampai hampir pekat. Kemudian letak gula. Banyak mana ikut sukalah ya. 
      Dah cukup pekat, padam api dan sejukkan. Bubur pulut hitam sedap makan ketika sejuk. Itu ikut citarasa Kjee lah. 
      Kemudian dua cawan santan pekat tadi dididih perlahan atas api. Letak garam ikut kesesuaian tekak. Dah mendidih perlahan, Kjee campur satu sudu makan tepung jagung dengan sedikit air. Curahkan ke dalam santan tadi. Ini cara Kjee. Orang lain tak letak. 
       Cara hidang, kaup Bubur dan letak dalam mangkuk. Pastu curah santan ikut suka. 
       Ini cara orang Johor. Arwah mak buat, dia lebur sekali santan dalam pulut hitam yang telah lembut direbus. 




Saturday, January 22, 2022

RENDANG AYAM



     Rendang Ayam Kelantan ni mudah sangat nak masak. Tak renyah macam buat Rendang Ayam lain. Bahan2 pun simple aje. Sudah menjadi rendang pilihan Kjee sekeluarga lebih 40 tahun, kot.
     Bagi Kjee ini mungkin bukan rendang tradisi  Kelantan. Tetapi oleh kerana resipi yang ditemui kata Rendang Kelantan maka itulah nama yang Kjee gunakan sejak dulu.
     Bagi Kjee ia ala2 Thai Red Curry yang di adjust. Bahan2 hampir serupa. Adanya daun limau purut membuatkan ia dikatakan mirip lauk Thai itu. Tetapi ada juga lauk pauk dari Kelantan yang mirip resipi dari Thailand kan! Maklumlah berjiran. 



     Kjee suka buat sebab tak amik masa lama memasaknya. Sama macam masak lauk pauk biasa. Dan tak perlu krisek atau lengkuas yang sinonim dengan masakan yang dikatakan Rendang.
     Tetapi ramai yang telah cuba membuatnya beritahu Kjee, Rendang ini sedap sangat. Ada juga yang macam Kjee. Dah tak terai buat rendang versi tradisional. Juga menjadi lauk wajib di pagi perayaan.
     Rendang Ayam Kelantan ini sangat2 sedap dimakan dengan Lemang ataupun Pulut Kuning. 
     Resipi penuh KLIK SINI.


Tuesday, January 18, 2022

IKAN GORENG PEDAS THAI


     Lauk ini UP mesti order kalau kami makan di gerai atau Restoran Tomyam. Entah kenapa dia suka sangat.
     So tadi Kjee cuba lah buat. Dalam hati punya lah kecut sebab sure tak sama dengan yang biasa kami order. 
      Suruh UP amik serai dan daun limau purut kat laman depan. Itu bahan wajib kalau nak buat lauk pauk ala Thai.
      First Kjee keluarkan ibu sambal tumis dari dalam freezer. Sementara tunggu sambal tu cair sikit, Kjee kerjakan ikan. Letak kunyit garam dan goreng. Hanya Ikan Pelaling yang ada. Jadi lah kan. Goreng garing. Tepikan.
      Ketuk2 tiga ulas bawang putih, dua biji cili Bangla yang merah menyala dan dua batang serai. Tumis. Dah naik bau (actually dah nak bersin 🤭) masukkan satu atau dua sudu ibu sambal. Kacau2 dan letak satu sudu besar sos tiram dan sos cili. Campak jugak tiga empat helai daun limau purut yang telah diramas-ramas.



      Rasa. Kalau dah cukup perisa, masukkan ikan goreng tadi dan golek-golek. Kjee tak letak garam sebab sambal tumis dan sos tiram dah cukup masin. Padam api dan segera hidang. 
      Resipi ibu sambal tumis, klik SINI
      As usual UP memang tak pernah tipu kalau Kjee mintak pandangan dia. Tadi tanya sedap ke? Sorrylah kalau tak sama. Dia hanya jawab okay. Kjee tak kecik ati. Cos I know dia jujur. 😉
      Tapi heran gak, dia tambah nasi dua kali. Habis licin ikan dan sambal. Camtu okay jer ke? Or mungkin dia lapar. 🤭🤭🤭



Saturday, January 15, 2022

GULAI JENGKOL/JERING TUA


    
  Sesiapa yang belum pernah rasa/makan gulai ini mesti tak tahu keenakannya. Ini lauk kesukaan orang Minang. Orang Jawa pun suka jugak! 😂
      Dan apabila berkahwin dengan UnclePali yang tidak pernah didedahkan kepada lauk ini, adoiiii dia pulak tersuka. So, tiap kali makan kena share dengan dia. Kuranglah jadinya portion kita. 🤭
      Kelmarin Kjee suruh UP beli selonggok dua jering tua. Tak tahulah dia dengar ke tidak. Sebab dia beli sekilo! Tetapi jangan terkejut dengar sekilo. Kulit dia aje dah setengah kilo! 🤔





      Plan nak buat separuh untuk gulai. Separuh lagi nak buat goreng berlado. Tetiba ada sahabat telefon bila dapat tahu Kjee nak buat gulai jering. Dia nak sikit. Tapi jangan pedas sgt.
      Adoiiii Kjee letak 5 ke 6 biji aje cili padi Bangla yang merah menyala tu. Waduuhhh pedas banget dong!!!




      
      Kjee rebus aje jering tadi dalam pressure cooker. Lebih kurang 30 minit. Tak ada PC, korang rebuslah sampai jering itu lembut atau kenyal. 
      Lepas itu buang kulit ari nipis tu dan   ketuk-ketuk. Sebiji demi sebiji! Ini petua orang lama. Kononnya tak terkepit masa nak buang air kecik. 
      Resipi klik SINI. 
     Sedap gua cakap lu kalau buat pekat-pekat dan pedas-pedas! Mak mertua jalan belakang tak nampak tau! Ehhh Sapa suruh dia jalan belakang. Mesti tak nampak. Cer dia jalan depan. 🤭





Tuesday, January 11, 2022

SAMBAL IJO TELOR BILIS


      Actually hari ini malas sangat nak masak. Tapi lunch nak makan apa? So heret body ini ke dapur. Nampak sebekas ikan bilis goreng garing. Memang sentiasa ada ikan bilis goreng garing kat dapur.
      Fikir punya fikir, buka freezer dan nampak satu bekas kecik sambal ijo. Dah lebih sebulan bertapa. Kena selamatkan Sambal Ijo ni dan juga ikan bilis tadi.
      Maka terjadilah Telor Sambal Ijo Bilis! Sedapnya makan dengan nasi panas tadi. Masih terasa kruk kruk bilis.

      Cara buatnya mudah. Panaskan Sambal Ijo. Resipi Sambal Ijo klik SINI
      Ada lebih kurang setengah cawan. Pecah dua biji telor. Pukul manja2. Kemudian apabila sambal dah panas, curahkan telor dan gesek2 campurkan dengan sambal ijo jadi macam scrambled eggs. Sejukkan. 
     Time nak makan, gaulkan dengan ikan bilis goreng garing. Kena masukkan bilis last minute supaya terasa ranggupnya.
     Stok Sambal Ijo memang sentiasa ada dalam freezer. Ia sangat versatile. Boleh campur dengan ikan goreng, udang dan yang paling Kjee suka buat Spageti Sambal Ijo. Resipi klik SINI. 

Thursday, January 6, 2022

CARA SOROK SAYUR


      Dah lama Kjee tak post entri masakan yer. Bukan sebab Kjee tak masak tetapi tak sampai hati melihat mangsa2 banjir yang entah makan entah tidak. 😓
       Tetapi kini apabila suasana sudah agak reda sedikit maka boleh lah kot buat entri ini. Lauk ini tidak akan buat mereka terliur. Ala telor dadar biasa aje. 
      Inilah cara nak sorok sayur dari anak2 yang alergik makan sayur. Bukan elergik alahan tetapi mereka nampak sayur, terus tolak.
      

      Senang aje buat tetapi hasilnya sedap tau. Kjee buat kalau ada lebihan kacang panjang. Aritu beli kat Hero Market untuk letak dalam Daging Goreng Kunyit. Antara makanan yang Kjee letak lebihan kacang panjang ialah Nasi Goreng Kampung.
      Dalam peti ais ada 3 biji aje telor. Nak keluar pergi beli, malas pulak sebab tengok UnclePali tak berapa sihat hari ini. So guna 3 biji aje telor dan didadar dalam kuali non stick 5 inci. Cukuplah sekali makan kami berdua. 
      Resipi penuh sila klik SINI. Cubalah ya. 


      

Sunday, January 2, 2022

KEJAYAAN TERBESARKU


      Tadi masa tunggu nak sarapan di Restoran Taqwa, Gombak, Kjee scroll my memories kat FB. Waduhhhhh terlintas satu post yang Kjee anggap cukup eksklusif 👇. For me that is. 

     Kjee tak pernah rasa malu nak share pengalaman lalu. Masa muda kan! Apa yang kita lakukan seringkali ikut hati bukan otak. Nevertheless never too late to change. 
     Dibawah Kjee kongsikan apa yang Kjee luahkan di FB a few years ago. Moga tidak diulangi apa yang pernah dilalui. Insya Allah. 

######### 🤭🤭🤭🤭🤭🤭#########

Tadi pergi makan di restoran nasi kandar. Masa nak bayar, Kjee tengok kotak pameran rokok kosong. Kjee tanya cashier kenapa kosong? Dia kata ada larangan tak boleh jual rokok. Hmmm. Mokcik ada satu pengakuan. Mungkin korang tak percaya. 
Mokcik dah stop hisap rokok sejak 17 tahun lalu setelah bergelar perokok selama 30 tahun! Oppppsss terkejut?!!
Ini kisah benar.
Belajar merokok masa menjadi wartawan. Kononnya dengan menghisap rokok idea boleh datang mencurah-curah. Maybe yes, maybe no.
Tapi mokcik bangga tiada siapa yg paksa mokcik berhenti. Setelah 30 tahun bergelar perokok, akhirnya satu malam, Kjee berazam berhenti merokok. Masa itu baru dua tahun berkahwin dgn UP. 
Masih ingat lagi malam itu di Hosp Pantai Medical Centre. Pagi esoknya mokcik akan jalani satu pembedahan. Agak major. Kjee dan UP sama2 hisap dlm toilet single room di hosp itu. Nurse masuk. Dia bau asap. Suruh UP hisap kat car park bawah. Dia tak sedar patient tu pun sama hisap. Malam tu Kjee beritahu UP agar itu 'our last cigarette'. Dia setuju. Dan sejak malam itu, hingga kini, Kjee sudah tiada title perokok. (Sedihnya iman UP tidak sekuat Kjee. Dia masih merokok). 
Semua rakan2 terkejut bagaimana kjee boleh berhenti. Ada satu wanita dari grup anti perokok, kata dia tidak percaya. Impossible. Too drastic, katanya. Dia kata sukar utk stop setelah merokok selama 30 tahun, dlm masa sehari! Dia kata Kjee pasti ambil ubat atau jalani terapi. Well, tak suruh dia percaya pun! UP dan keluarga jadi saksi! Siapa percaya kalau kjee hisap 2 kotak, 40 batang sehari! 
Well, I did it! Iman mesti kuat babe. Kjee ni jenis manusia degil. If I want to do anything, by hook or by crook, I will achieve it.
Kjee tak pernah menyesal atau malu jadi perokok satu ketika dulu. Cuma rasa terkilan apabila melihat kaum wanita muda/remaja sekarang menghisap rokok tanpa segan silu. Apa yg melintas dlm fikiran... "Macam itu ke rupanya aku masa jadi perokok dulu. Hodohnya!!" 
Terima kasih Allah kerana kuatkan imanku. Tak dapat bayangkan jika masih ketagih merokok walaupun sudah berhijab.
Ini pengakuan mokcik yg eksklusif di FB. Belum pernah lagi buat sebelum ini. 
Sekian. 
###########😆😆😆😆😆#######

      Semua foto diatas ehsan google.