DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, June 18, 2021

SPAGETI SELERA MALAYSIA


       Sejak terkurung dan pergerakan ke sana ke sini, terhad lebih setahun, otak pun boleh jadi biol. Mana tidaknya, kekadang boleh jugak singgah restoran atau gerai untuk makan. Sekarang hari2 kena masak. Dah tak tahu dah nak masak apa kan!
       Kerana itu, terpaksa lah fusion kan menu. Hari tu buat Burger Malaysia. Hari ini Spageti selera Malaysia pulak. Esok lusa entah apa. 🤭
       Anyway, Spageti Sambal Ijo ini dah banyak kali Kjee buat. Letak udang, letak beef bacon, letak Salmon juga. Arini oleh kerana Kjee masak Ayam Goreng Kunyit untuk UnclePali, maka tumpanglah sikit kat my Spageti Sambal Ijo. My hubby tak minat sangat makan pasta. So for him it's rice. 

       Mesti korang tanya rasanya macam mana Spageti letak Sambal Ijo letak Ayam Goreng Kunyit. Gini, korang bayangkan makan  spageti gaul sama sambal ijo. Pastu bayangkan juga makan sama Ayam Goreng Kunyit. 🤔

       Hah dapat bayangkan tak? Hmmmm tentu okay rasanya kan? Opkos Kjee kata sedap sebab Kjee tetiba terfikir sepatutnya lama dah buat. 😂
       Okay untuk Sambal Ijo korang klik SINI. Untuk Ayam Goreng Kunyit pulak resipinya kat SINI. 
       Cuba lah buat. Kjee yakin hidup korang terkurung taklah rasa teruk sangat. 😁
       Oh ya kalau ada stok Parmesan, tabur lah banyak2. Sedap giler tau. 😋

       

Wednesday, June 16, 2021

BURGER SAMBAL MALAYSIA


       Burger Malaysia, nama yang diberi sekarang. Actually selama kini ia dikenali sebagai Pau Goreng Bersambal. Pau yang dibuat rasanya, guna resipi donut.
      Tiap kali tengok resipi, Kjee give up nak buat. Malas nak buat pau tu. So apabila ternampak kat FB my fren Rohanita Chik, buat guna Mantou, Kjee punyalah excited. Sebab ada satu peket plain mantou dalam esbok. Beli sejak Ramadhan. 
       Selalunya Kjee kukus aje Mantou atau Roti sepan. Tak berapa teruja nak goreng walaupun ada yang kata lagi sedap. Kjee kukus dan cicah Kari, sambal atau apa aje lauk leftovers. 


       Ini ☝️ mantou plain atau kosong. Ada yang kenit-kenit berinti Red Bean. Ada jual dalam chiller kat supermarket. Harga empat ringgit lebih rasanya. 
       Since Kjee ada sambal tumis atau ibu sambal yang Kjee simpan dalam freezer, maka Kjee keluarkan dan adjust. Intai satu resipi, kena letak sikit sos cili dan keringkan sikit. Goreng garing bilis dan campur dalam sambal. Klik SINI utk sambal yang Kjee buat. 
       Kemudian Kjee goreng Mantou. Panaskan minyak kemudian perlahankan api. Kena sentiasa jaga sebab mudah bertukar warna. Dah menjadi keperang-perangan, tos atas tisu dapur. 
       

       Selalu kalau beli pau sambal, diselitkan hirisan timun. Ada letak salad. Well, apa yang ada, bolehlah guna.
       Dah sejuk, belah dua Mantou dan sapu sambal di lapisan bawah. Letak hirisan timun dah terlangkupkan potong atas mantou goreng tu.  
       Siap!! Tak perlulah tunggu lagi. Terus ngaplah. 🤭
       Nyesal tadi Kjee buat empat biji aje. Biasanya kalau beli Pau Sambal, Kjee makan sorang. Sebab itu buat empat biji aje. Tetapi sebaik siap amik foto, UP dah duduk siap2 di meja dapur. 
       Kjee capai satu, dia pun capai dan ngap. Belum sempat Kjee habis ngap yang pertama, UP dah capai nombor dua. So cepat2 Kjee makan dan capai the last one. 😂😂😂
      Sedap sangat. Patutlah kalau beli, sambal dia ada rasa manis-manis sikit. Dia orang letak sos cili. So, cubalah buat Burger Malaysia secara ekspres ni. Sedap you! 


     

       

Tuesday, June 15, 2021

PUCUK PAKU GORENG


       Dah lama bebenor Kjee tak masak Pucuk Paku. Sayur ini boleh dijadikan macam2 lauk. Ada yang celur campur sayur-sayur lain jadi Gado-Gado. Ada yang masak lemak cili padi atau buat kerabu dengan Taugeh dan kerang. 
       Tetapi favourite Kjee dan UnclePali ialah goreng. Tumbuk semua bahan iaitu cili (tak kesah cili hidup atau cili padi), bawang dan ikan bilis. Goreng tumisan itu garing-garing, pastu humban semua pucuk paku. Letak sikit kicap cair ganti garam. Perghhhh sedap.
       Pucuk paku tu hanya perlu dipetik-petik. Pilih sayur nya kemudian batangnya dipatah-patah yang muda. Cepat-celat cuci dan toskan. Lama-lama nanti berlendir pulak.
      Foto bawah ni Kjee google. Masa beli aritu lupa nak amik foto.


       Ada beberapa jenis pucuk paku ni. Ada juga yang berwarna ungu (purple). Kjee tak tahu sama ada rasanya berbeza. 
       Ada banyak khasiat sayur kampung macam pucuk paku ni. Nak tahu, korang google aje lah ya. 

Monday, June 14, 2021

KEK PISANG BERANGAN

      

        Kjee suka sangat pisang Berangan berbanding pisang lain. So selalu lah pisang Berangan dijadikan kuih seperti Kek Pisang atau Jemput-jemput.
      UP beli satu sisih (sisir?) dua hari lepas. Tak berapa masak sangat. Simpan dua hari baru okay.
       Kebetulan tengok chef kat AFN buat Banana Bread. Sama tapi tak serupa kot. Banana Bread itu dihiris macam roti dan disapu peanut butter dan honey.
      Tetapi resipi Kek Pisang yang Kjee ada sedap makan gitu sahaja.

      Kjee tertarik apabila chef tu beri tips elak kek pisang mentah di tengah-tengah setelah siap masak. Ya Kjee ada masalah. Bahagian permukaan merekah dan kelihatan sedikit adunan yang masih cair walaupun bahagian luar dah cukup masak.
       Ohhh suhu oven kena letak 150 darjah Celcius bukan 180. Dan masa baking satu jam bukan 40 minit! Tetapi di minit ke-50, kjee naikkan suhu ke 200 darjah bahagian atas sahaja untuk dapat permukaan yang lebih brown.

      Hasilnya cukup memuaskan. Bagus jugak tips Chef tu. 
      Cubalah buat. Modal kecik aje. Hanya bahan asas  pisang (sukati pisang apa) , telor, gula dan tepung. Selamat mencuba. 
      Resipi asal milik Raihan Periuk Tanah. 

      

Saturday, June 12, 2021

SPAG BOLOGNESE SOS DAGING


       Kalau korang teringin nak makan Spageti Bolognese, jom ikut cara Kjee buat sos yang sangat-sangat mudah. Kjee tak pernah guna sos yang siap atau ready made aka dalam tin. So susahlah nak komen sedap ke tak.
       Bahan asas yang Kjee guna hanya Sup tomato (dalam tin), tomato puri, daging cincang Ramly (minced meat), bawang besar dan bawang putih. Oppps lupa. Juga seketul kiub daging knorrs, satu tin cendawan butang (kalau suka) dan dua helai bay leaf. 
       Untuk makan empat orang, Kjee guna satu peket dua keping mince beef Ramly, satu tin Sup Tomato, satu tin kecik tomato puri, satu labu bawang besar, dua ulas bawang putih.

       Mula-mula daging diletak pada suhu bilik. Dah lembut, ramas-ramas letak satu mug air dan rebus lebih kurang 15 minit. Kjee rebus untuk cairkan lemak daging yang tak berapa sihat tu. Tos dan buang airnya.
       Masa ini daging itu akan berketul. Susah nak hancurkannya. So Kjee trrr dua tiga minit dalam food processor. Boleh guna blender tapi pause dua tiga kali. Kalau lama, daging itu akan berubah jadi pes. Tepikan. 
       Dadu satu labu bawang besar dan dua ulas bawang putih. Panaskan periuk. Letak minyak Zaiton. Kalau tak ada boleh guna minyak yang ada. Kjee campur olive oil dan minyak jagung. Dah panas, tumis bawang2 tadi hingga layu. 

       Masukkan daging. Biarkan mesra seketika dengan bawang. Masukkan sup tomato dan airbyang disukat guna tin sama. Kacau sampai lebih mesra kemudian masukkan dua helai bay leaf. Rendidih guna api sederhana. Masukkan kiub daging ikut rasa. Kjee letak satu setengah kiub. 
       Sementara menunggu tu, Kjee hiris satu tin cendawan butang. Masukkan satu setengah sudu kecik serbuk lada hitam ke dalam periuk tadi. Kacau biar mesra mesraan. 
       Apabila sos sudah nampak agak pekat, masukkan hirisan cendawan tadi. Masak lagi lebih kurang 10 minit. Siap. Jangan lupa padam api. 

       Rebus spageti hingga kenyal. Gulungkan ke dalam pinggan, curah sos tadi. Kemudian taburkan keju Parmesan. Kjee suka letak banyak. 
       Itu aje. Boleh disimpan dan bekas satu atau dua portion dalam freezer. Nak makan, panaskan seketika dan curah atas spageti. Sedap lah gua cakap lu. 
       Ohh kalau ada yang nak sos tu pedas, sikit, letak ler cili flakes. Kjee tabur aje masa nak makan. 
       Spageti tak nampak dalam pinggan. 
Kjee memang suka curah kuah banyak-banyak. Parmesan cheese pun Kjee suka tabur banyak2. Hehehe. 


       
       

Thursday, June 10, 2021

SAPA HANTU SAYUR?


       Kjee manusia paling takut hantu. My family akan ketawa tengok Kjee tutup mata atau berpaling muka even kalau ada iklan/drama adegan hantu! Penakut yang amat-amat!
      Tetapi dalam takut hantu, Kjee sebenarnya Hantu. Pulak? Hantu sayur! Sapa hantu sayur? Kita Geng! Kjee pantang tengok sayur di supermarket. Mesti Kjee hangkut satu troli! Malangnya dapat suami yang tak kesah. Ada okay, tak ada pun okay.
       So sejak berkahwin dengan UP, 20 tahun lalu, kuranglah sikit kecintaan Kjee pada sayur. Especially sekarang Kjee tak pergi shopping makanan lagi dek kerana tak sihat. Laki kita pulak hanya beli ikut suka.
      Kjee sedih kalau dengar ada ibu kata anak-anak dia tak suka sayur. Hmmm kalau dia suka, pasti akan turun kepada anak2. Ini mesti kes dia tak suka kan!
      Sayur kalau masak begitu sahaja memanglah tak sedap. Kita mesti kreatif supaya dapat jamu mata kita sebelum jamu perut. Faham tak? Ala buat2 faham ajelah. 😬
      So Kjee tunjuk foto lauk yang membabitkan sayur sejak sekian lama. Semua ada dalam blog. Tetapi Kjee bagi link pada setiap foto untuk senangkan korang. Hiasan atau plating mesti menarik kalau nak pikat anak2 supaya makan sayur yer. 
      Dalam usia, senja ini, doktor nasihatkan Kjee banyak makan green leafy vegetables. Hmmm orang mengantuk disorong bantal. 

Kangkung Belacan klik SINI. 

Kailan Ikan Masin SINI

Stir Fry Tau Miu SINI

Daging Brokoli SINI

Aspargus Goreng SINI. 








Wednesday, June 9, 2021

NASI LEMAK ONJOHOR


       Apsal pelik judul Nasi Lemak Kjee ni? Hehehe saja lawak pagi Rabu. Ini nasi lemak cara orang Johor buat. Letak hirisan bawang, halba dan halia. Tapi kalau tak nak, ok jer. 
       Masa mula-mula dulu tahu orang Johor letak halba dan bawang, Kjee rasa amat pelik. Maklumlah sudah terbiasa makan nasi lemak letak santan dan garam aje.
       And one day, Kjee dan UnclePali singgah kat satu warung di Setapak Permai. Nampak nasi lemak bungkus atas meja. Memang UP pantang lah tengok nasi lemak bungkus. Terus capai, buka bungkusan dan makan. Kjee pandang. Isyhhh apsal ada macam biji halba, dan hirisan bawang?
       "Sedap. Cubalah," kata dia. The rest is history. Sejak itu, Kjee hanya masak Nasi Lemak onJohor! 😁
       Kjee paling bahagia kalau masak Nasi Lemak untuk sarapan. Why? Sebab sengaja masak lebih so that boleh terlajak sehingga lunch or even dinner!!!  The rest of the day I can do what I love to do most... SLEEP. 👍 😁


      
        Ini nasi lemak OnJohor versi Kjee yang separuh tanak separuh kukus. Sukatan sama iaitu 1:1:1 beras, air dan santan. Kemudian letak setengah sudu kecik halba dan satu bawang sederhana besar dihiris.
       Panaskan air dalam periuk kukusan. Letak loyang atau apa aje bekas. Kemudian cuci beras. Kjee guna beras wangi cos UP tak minat nasi lemak guna, Basmathi. 😢
       Dah cuci, toskan airnya. Masuk dalam periuk, campur air, santan, garam (secukup rasa) dan letak sehelai daun pandan yang telah disimpul. Jerang.
       Apabila air hampir kering, padam api. Alihkan nasi ke loyang/bekas dalam kukusan. Kukus sehingga sempurna masak. Siap! 
      Kjee kaup apa yang hendak dimakan. Baki nasi dalam kukusan dibiarkan. Bila nak makan lagi, panaskan sahaja dalan kukusan tu.




       Pagi tadi Kjee buat Sambal Tumis Sotong. Guna my home made sambal tumis yang telah dibekukan dan sotong dalam tin jenama Rex. Favorite Kjee sotong ni. Tapi UP kureng sikit so dia tolak tepi sotong dan amik sambal aje. 



     
         Selain itu wajib Nasi Lemak makan dengan telor rebus/telor goreng, ikan bilis goreng garing dan timun. Untuk lunch  nanti tambah lauk ayam goreng pulak kot. 

Tuesday, June 8, 2021

AYAM GORENG KUNYIT


       Kalau tiba musim malas, Kjee biasanya fikir lauk apa sesuai dan cukup syarat. Bagi Kjee, lauk yang cukup syarat harus ada protein dan sayur-sayuran. Senang kan? Tak payah masak dua jenis lauk. 😬
       So itulah lauk semalam. Actually Kjee dah kepenatan masak Sambal Ijo. UnclePali kata goreng aje ayam, lumur dalam sambal ijo. Settle! Tapi kjee kata masak Ayam Goreng Kunyit lagi best. 
       Senang aje masak lauk ni. Ayam dipotong bite size, lumur dengan kunyit dan garam. Perap seketika dalam esbok. Lebih kurang 15 minit aje. 
       Masa menunggu tu, sediakan kacang panjang, carrot dan juga sebatang cili merah atau beberapa biji cili padi. Potong saiz mancis. Hiris juga bulat-bulat sebiji bawang besar. Kemudian digoreng sehingga separuh masak. Ala-ala layu okay dah tu. Keluarkan. 
       Kjee letak sayur-sayur tadi dalam bekas dan perasakan dengan sedikit garam. Gaul mesra. Kemudian susun atas pinggan. 
       Goreng ayam sehingga masak dan garing. Keluarkan dari kuali susun atas sayur-sayuran tadi. Siap! Mudah kan? Sebab itu Kjee suka biat lauk ini. Dengan daging atau sotong pun sedap. 

     
 
      





Monday, June 7, 2021

MY SAMBAL IJO


        Setiap kali stok Sambal Ijo dah tiada dalam fridge, Kjee mula lah resah. Begitu juga kalau sambal tumis dah habis. Dua-dua ini banyak membantu Kjee kat dapur. Boleh sediakan macam-macam lauk dalam sekelip mata!
       Kjee even guna Sambal Ijo masak spageti. Sedap tau! Tak percaya cubalah. Kjee fusion kan dan tabur Parmesan Cheese! Kenalah dengan tekak wong Jowo ni!  😆

       UP beli lebih kurang 25 biji cili hijau aritu. Masa tengah petik2 buang tangkai, Kjee baru teringat. Kalau tambah cili padi hijau baru umphhhh! Selalu terlupa. 🤔
       Oleh kerana petang semalam Kjee baru vaksin first dose, maka arini tak berani lasak-lasak buat kerja. So bawang besar (lebih kurang 7 biji) dan cili hijau masuk food processor. Kalau tak ada, guna blender. Tak payah blend halus. Pause tiga empat kali aje. 

       Ini rupanya, setelah dikisar ☝️. Selalunya Kjee tumbuk. Lebih sedap
Tetapi apabila tak sihat, Kjee trrrr aje. 😁
      Kemudian panaskan lebih kurang secawan  minyak dalam kuali. Dah panas masukkan bahan2 tadi. 
     

       Masak sehingga berubah warna. Letak sekeping dua Asam Gelugor ya. Garam secukup rasa. Boleh letak Pak Aji. Kalau tak guna, letak ler secubit gula. 


       Dah siap masak, padam api dan sejukkan. Lepas sejuk, pek dalam bekas kecik-kecik dan simpan dalan fridge atau freezer. 
       Sambal ini sangat versatile. Boleh buat macam-macam. Terserah kreativiti korang. 
      Kjee belajar buat Sambal Ijo ni dari adik angkat Kjee, Ann. Dia ada kedai Masakan Padang di Paya Jaras, Sungai Buloh. 
      Klik SINI. 







       

Sunday, June 6, 2021

GULAI TEMPOYAK ORANG PAHANG


      Kalau masak Gulai Tempoyak, Kjee buat stail orang Pahang. Bukan kerana my asben orang Pahang (asal Kedah lahir di Pahang). Tetapi tiap kali dalam perjalanan pulang ke kampung UnclePali di Pahang, mesti singgah Temerloh makan Patin Tempoyak.
      Dan Kjee buat pemerhatian, cara orang Pahang lagi mudah. Tak cerewet bahan. Tak perlu bawang bagai. Cuma tempoyak, cili, daun kesom, asam keping dan bunga kantan kalau ada. Isyhhh mudah kan!

       Mujur ada tempoyak yang Kjee buat musim lalu. Simpan dalam fridge jer. Alhamdulillah masih okay. ☝️
       Sahabat Kjee orang Pahang kata tempoyak itu mesti ditumbuk. Agaknya supaya kuahnya halus dan tidak bergentel. 
        I have a solution to that. Kjee blend dua sudu besar tempoyak, kunyit hidup, cili kering (dah blend guna lebih kurang 2 sudu makan) dan cili padi. Tahap kepedasan ikut suka. Letak air cukup2 untuk kuah. Trrrrrr. Siap.
       Tuang semua bahan kisar ke dalam periuk. Jerang. Kjee letak dua batang serai. 
       Sebelum itu Kjee dah bersihkan dua ekor ikan kembung (Mabung). Petik2 daun kesom. Bunga kantan ditoreh hujungnya. 
       Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, bunga kantan, daun kesom dan tiga keping asam gelugor. Rendidih sehingga ikan masak. Rasa. Letak sedikit garam dan secubit gula. Itu aje. 
       Ada orang letak bendi atau timun tua. Kjee tak ada stok dua-dua tu hari ini. 

       

Saturday, June 5, 2021

DAGING GORENG BEREMPAH


      Apabila tekak teringin nak makan, buat aje lah walaupun sepatutnya Kjee kena elak bagi UnclePali makan daging merah. Darahnya tinggi dari Kjee. Jauh sangat beza. Tetapi katanya, sekali sekala okay.
      Hmm kesian jugak kan? So Kjee turut aje. Tetapi dalam masa yang sama, control jugak.
      Kjee hanya masak lauk daging kalau dapat beli daging batang pinang. Gigi kami berdua dah longgar jadi itu sahaja yang boleh dikunyah.
      Senang sangat masak lauk ni. Cuma kena perap lebih kurang sejam bersama rempahnya dalam peti ais. 
      Kjee guna 300 grams daging yang telah dihiris nipis. Kemudian Kjee sangai satu sudu teh biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Dah garing sikit Kjee terus tumbuk sampai halus.
      Campurkan bahan tumbuk itu dengan satu sudu makan rempah daging dan satu sudu teh kunyit serbuk. Lumur pada daging sehingga mesra. Perap lebih kurang satu jam.
      Hiris bulat-bulat satu bawang besar, dua ulas bawang putih, sebiji cili hijau dan cili padi ikut suka.
      Tumis bahan-bahan ini sehingga layu. Masukkan daging. Masak sehingga daging itu kecut dan airnya kering. 
      Oleh kerana tak letak garam ketika perap, Kjee guna kicap cair atau fish sos sebagai ganti. Jika letak garam, usahlah tambah fish sos melainkan untuk jadikan ia cukup rasa.
      Itu aje. Siap. Hidang panas-panas. 


Friday, June 4, 2021

SAMBAL GARING BILIS KENTANG


      Setelah banyak hari tertangguh, akhirnya buat jugak lauk ini hari ini. Ikan Bilis saiz kenit tu (Bilis Jepun) dah lebih sebulan duduk termenung dalam fridge.
      Sebaik selesai sarapan, Kjee terus capai kentang yang tinggal tiga biji. Terus buang kulit dan hiris batang mancis dan rendam. So tiada alasan nak tangguh pembikinannya. 😁
      Kjee rendam segenggam cili kering dalam air panas dalam 30 minit. Kemudian tos kering dan gunting-gunting. Mesti tos sampai kering sebab nanti nak goreng. 
      Kemudian Kjee amik segenggam bawang Ros, buang kulit dan mayang halus. 
      Mula-mula goreng kentang. Dah garing, tepikan. Kemudian goreng bawang. Ala2 nak buat bawang goreng. Tepikan. Lepas itu, goreng cili kering sampai garing. Jangan sampai hangus. Last sekali minyak yang sama goreng ikan bilis kenit sampai garing. 



      Selepas semua siap, Kjee tumbuk cili kering. Tumbuk jangan sampai lumat sangat. Manja-manja tapi jangan terlalu kasar. 
      Letak cili tumbuk dalam besen. Bubuh sikit garam. Jangan banyak sebab ikan bilis dah masin. Letak secubit gula atau pak aji kalau suka. 
      Masukkan semua bahan goreng tadi, kacau sehingga mesra. Siap! 
      Kjee terus ratah sepiring kecik tadi. Sedapnya! Tak payahlah bagitau sedap makan dengan apa. Lu pikir lah sendiri. 😁

      

Thursday, June 3, 2021

TELOR BUNGKUS BERLAUK


      Kalau jamu selera di kedai makan yang menyediakan Thai food, Kjee paling suka order Telor Bungkus. Juga Bistik Daging Telor. 
      Tetapi sekarang restoran Thai favourite kami (Ali Tomyam, depan Masjid Keramat) dah lebih setahun tutup. Food dia paling menepati citarasa Kjee. Antara yang sedap Sup Ekor, Lidah Lembu Masak Merah, Daging Kaprau... 😋😋😋
      Semalam Kjee teringin nak makan Telor Bungkus. UnclePali kata buat aje lah. Bukan susah mana pun. Cik google kan ada.
      Kjee cek dalam fridge. Ada carrot dan sedikit kacang panjang aje. Boleh letak kacak peas dan juga jagung kalau ada. Kjee nak letak daging tapi tak ada stok so letak ayam. Kjee guna 3 biji telor ayam saiz A untuk didadar. 
     So mula-mula Kjee potong isi ayam kecik2, dadu carrot, hiris2 kacang panjang dan ketuk dua ulas bawang putih. Juga potong2 cili padi ikut suka kepedasannya. 
    Untuk sosnya - sos tiram, sos cili dan kicap cair. Itu aje. Campur tiga jenis bahan ini dengan sedikit air. Agak2 aje. 
      Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam, carrot dan kacang panjang. Apabila dah elok lembut, ayam dah masak, masukkan sos. Kacau sehingga rata. Rasa. 
      Pukul telor. Tak perlu tambah perasa sebab lauk dah cukup rasa. Buat telor dadar. Apabila sudah siap, letak lauk di tengah-tengah. Jangan banyak sangat lauk nanti susah nak bungkus. 
      Ambil pinggan dan tekup atas telor bungkus. Telangkupkan. Toreh sedikit utk nampakkan lauknya. 
     Itu aje Telor Bungkus Berlauk Kjee. Selamat mencuba.