DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, September 26, 2020

Puri Tepung Gandum


    Lain yang dirancang, lain yang Kjee buat for bekfes. Well, kita hanya mampu merancang. Allah swt menentukan. Insya Allah. 
    Dah dua hari gastrik teruk so last nite plan buat bubur nasi kosong for bekfes. Tak ada apa2 yang boleh dijadikan lauk. Hanya ada bilis. But I already got in mind nak buat apa dengan bilis tu. 
    Sampai dapur Kjee ternampak kentang. Then selongkar pantri jumpa Yeast. Hmmmm. Since kalau buat bubur nanti only Kjee yang makan, so Kjee ubah plan buat Puri Tepung Gandum dan Masala Kilangu. 
    Kerana badan masih lemah, dekat sejam kat dapur masih belum siap. UnclePali keluar bilik lepas menggaji dan terus panaskan minyak dalam kuali. 
    Lauk Masala Kilangu dah siap, doh buat puri pun dah settle. Kjee buka tengok doh, dah naik cantik. So Kjee buat bulat-bulat dan gelek. UP amik dan terus goreng. 
    Sedapnya kami bekfes berdua. Habislah 3 keping puri sorang. Tapi Masala Kilangu ada baki. Masuk peti ais dulu. 
    Resipi Puri Tepung Gandum klik SINI. 
Untuk Lauk Kilangu tu, SINI. 

Friday, September 25, 2020

KEK PISANG


   Sehari dua ni, Kjee asyik teringin nak makan kek. Home made old school butter cake pulak tu. Resipi dah ada tetapi belum ada mood nak baking.
   Semalam UP beli pisang. Katanya, buat alas perut in between meals takut Kjee gastrik. Tetiba dapat idea nak buat Kek Pisang. Kjee ada satu resipi Kek Pisang yang awesome sangat. Dah banyak kali Kjee buat. Tiap kali puas hati. 
   So pagi semalam, sebaik UP keluar kerja, Kjee pun menyusup ke dapur. Kalau dia ada mesti bising sebab kelmarin Kjee teruk kena gastrik. Terbaring aje.
   Bukan susah nak buat Kek Pisang ni. Guna blender aje untuk kisar telor, gula dan minyak. Kjee guna hand blender sebab kelmarin blender biasa buat kisar cili.


   Tak sampai setengah jam, adunan kek dah masuk oven. Kali ini seperti biasa, Kek Pisang yang Kjee buat, merekah sikit. Silap Kjee rasanya. Suhu oven terlalu panas. Tapi apa der hal. 
   Kejadiannya cukup memuaskan hati. Kjee rasa ini Kek Pisang terbaik yang Kjee pernah hasilkan guna resipi sama! Tak tahu kenapa. 
   Korang intai kat LINK ini untuk resipi lengkap ya. Ramai yang mintak resipi apabila nampak gebu sangat kek ini semalam.
    Satu peringatan kalau tak mahu kek ini merekah. Jaga kepanasan oven. Hanya korang yang tahu oven korang. Next time Kjee buat, Insya Allah Kjee turunkan sikit suhu. 
 

UBI GETUK


   Salam Jumaat. Good morning. 
    Pagi ini Kjee buat kuih Ubi Getuk untuk sarapan. Yes Ubi Getuk. Bukan Ubi Ketuk. 😁
     Semalam kan Kjee buat Ubi Rebus cicah sama kelapa parut dan sambal sotong kering. So ada baki dua potong, nak buang sayang so tercetus idea buat ubi Getuk. Selama ini Kjee beli aje. 
    Tak susah buat. Tumbuk ubi yang sudah direbus dalam lesung. Keluarkan, campur sedikit Kelapa parut putih, gula dan secoit garam. Then kepal2. Tepikan. 
    Buatlah pencelup tepung beras. Sama macam kita buat untuk buat goreng pisang. Letak secubit garam dan sedikit air kapur. Kacau mesra. 
    Letak minyak dalam kuali. Mesti agak banyak sebab kuih tu mesti terendam masa goreng. Dah panas minyak, celupkan ubi kepal tadi dan goreng lah. 
    Orang Johor selalu cicah sambal kicap. Tapi pepagi buta, kita malas nak buat. 😆



   

Thursday, September 24, 2020

BIDADARI KIRIMAN TUHAN


   Kjee pernah menulis skrip. Taklah banyak tetapi pernah menjadikannya sumber rezeki suatu masa dahulu. 
   Tetapi Kjee bukanlah seorang penulis skrip yang hebat. Suam-suam kuku aje. Namun pengalaman hidup dan juga sebagai wartawan, is enormous, kata omputih. Maklumlah dah lama hidup. 65 tahun.
   Pagi ini sambil sarap ubi rebus dengan UnclePali, Kjee luahkan rasa tidak puas hati dengan skrip/cerita dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan. 
   Hebat judulnya. Takut dengar tetapi isinya tidak mantap dan meyakinkan. Okay kita tolak tepi elemen cinta dalam drama itu. Kjee nak kupas mengenai Ayu, kisah anak malang bawah umur yang jadi mangsa bapa kandung dia. Seekor Haruan makan anak. 
   Sejak menontonnya dari episod Ayu muncul, Kjee dah agak Ikram seorang fidofilia. Dan Kjee tertunggu-tunggu saat dia ditangkap. Malangnya hingga ke episod 19. Ikram bebas ke sana ke sini. 

    Dan juga dalam treler untuk episod ke-20, Ikram kata apa polis boleh buat? Sanggup dan bangga beritahu ibunya yang mungkin Ayu telah diperalatkan untuk bercakap bohong oleh ibu tirinya, Manis. 
   Kjee menarik nafas panjang. Kjee pernah jadi Wartawan Jenayah di akhbar The Malay Mail, satu  ketika dulu. Walaupun Kjee tak pernah cover kes seperti Ayu tetapi Kjee kutip pengalaman dari membaca kes-kes yang dilaporkan rakan-rakan seperjuangan. 
   Manis, hanya terpaku apabila ternampak Ayu diperkosa oleh ayahnya, Ikram. Di sini Kjee kecewa dengan Pengarah yg kurang kreatif. Adakah masuk akal, Ikram nak setubuh anak dia tetapi tak kunci pintu? Manis terbuka pintu, tutup balik dan menangis. Itu aje. 
   Apa yang mungkin Pengarah boleh buat ialah buat adegan Manis lekapkan telinga di pintu berkunci dan terdengar 'keghairahan' Ikram dan tangisan Ayu yang sedang kesakitan.  
    Come on lah. Ini tahun 2020. Dah banyak dipaparkan dalam akhbar! Orang semua sudah tahu kena terus report polis! Dan Ikram boleh ditangkap tanpa banyak cerita & terus disoalsiasat. Ini kes budak bawah umur bukan pelacur jalanan! Ayu juga harus dihantar ke rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat perlindungan. Bukan diletakkan dalam rumah kampung mak tirinya Manis dengan bapanya Ikram bebas berlegar-legar di kampung sama! 

   Apa yang cuba dipaparkan dalam drama ini (hasil idea Pengarah), adalah satu isu yang cukup menarik dan boleh dijadikan ikhtibar oleh keluarga terdekat mangsa-mangsa, seperti Ayu. 
   Tidak salah didramakan tetapi biarlah ada unsur-unsur pengajaran disebaliknya. Biar ia menginsafkan penonton dan sentiasa peka sekiranya terjadi dalam komuniti kita.
   Mak Som, ibu Ikram juga tidak sepatutnya menyembunyikan 'skandal' anaknya. Cuba jadi ibu mithali konon-kononnya! Karektor yang tak realistik sedangkan Mak Som seorang bekas guru! 
   Anyway, Kjee harap banyak lagi drama yang membabitkan kisah gelap dalam rumahtangga dihasilkan. Tetapi penulis skrip atau Pengarah harus lebih peka. Berpijaklah kepada realiti. Do your homework first! 
   My two cents! 

   

UBi KAYU REBUS


    Sarapan ala kampung. Ubi Kayu rebus sama sambal Sotong dan kelapa parut letak garam gula sikit. 
   Jom makan. 

Wednesday, September 23, 2020

KACANG KUDA TUMIS PEDAS


    Sejak Kjee baca dulu kekacang elok untuk kesihatan jantung (Wallahualam), maka kat rumah sentiasa ada stok gajus, sunflower seeds dan kacang kuda. 
    Dah lama tak makan kacang kuda. Aritu masa makan kat satu warung nasi lemak di Keramat, ternampak atas meja, tersusun kuih muih dan kacang kuda tumis pedas. Ehh dah lama tak makan. So suruh UP gi beli kacang kuda mentah di Hero Market. Satu peket dalam 200 gms. 
    Malam tadi rendam letak sedikit serbuk kunyit dan garam. Pagi tadi cuci dan rebus dalam pressure cooker. Lima minit aje dah elok lembut. Tos kering. 
    Kjee hiris dua ulas bawang putih dan gunting-gunting 5 batang cili kering. UP petik dua tangkai daun kari di laman. Kjee panaskan kuali. Letak lebih kurang 1 sudu makan minyak. Dah panas, masukkan bawang putih dan satu sudu kecil biji sawi. Apabila bawang putih dah agak garing dan biji sawi mula meletup-letup, masukkan cili kering dan daun kari. Perasakan sedikit garam dan masukkan kacang kuda rebus. Golek-golek sampai mesra. 
    Siap! Dan jadi kudapan yang enak. 



Tuesday, September 22, 2020

AYAM MASAK BALI


    Lauk ini adalah masak kicap versi berempah. Pada Kjee, ia lebih sedap daripada masak kicap kita yang biasa. Cuma kerjanya agak renyah sedikit. Ayam harus diperap dengan rempah ratus barulah masak. 
    Lauk ini pernah viral beberapa tahun lalu sehingga Kjee pun teruja hendak mencuba. Setelah meneliti resipi barulah tahu ia tak lah eksotik namanya. 
    Kje buat lauk ini beberapa hari lepas. Ada dua peket ayam dalam freezer. Kjee ingatkan dua-dua bahagian thighs atau peha ayam. Apabila sudah rendam baru tahu ia ayam bahagian dada. Kjee tidak minat sangat ayam bahagian dada. Ia sebenarnya sangat elok tetapi kureng pada rasa. 
    Anyway dah rendam, Kjee pun potong kecik-kecik atau bite size. Cuci, tos hingga kering dan perap dengan bahan-bahan tumbuk. 
    Resipi penuh korang klik SINI
    Apapun, lauk ini memang boleh dihidangkan untuk hari perayaan atau apabila jemput sedara mara atau kengkawan makan. Sedap dimakan dengan nasi putih, lemang, nasi impit dan ketupat. 
    Foto bawah antara bahan-bahan yang diguna dalam membuat Ayam Masak Bali. Semua diperolehi dari lama kami yang sekangkang meow. 😁
   

Monday, September 21, 2020

ASAM REBUS BENDI


   Ramai orang masih tak tahu khasiat sayur Bendi. Seorang kawan Kjee yang berbangsa Cina kata, kandungan lendir dalam Bendi, adalah ubat. 
   Satu, ianya elok untuk mereka yang sakit2 sendi sementara ia jugak elok untuk pesakit Diabetes. Kjee pernah amalkan satu ketika dulu. Potong tiga sebatang bendi. Rendam dalam air semalaman. Esoknya terus minum sebelum sarapan. Tetapi sekarang Kjee dah malas buat. 😁
   Apapun, ia ulam fav Kjee. Makan bendi yang dicelur sedikit, tiap hari pun okay bagi Kjee. Especially cicah sambal belacan. Kalau ada Tempoyak lagi umphhh. 
    Tadi Kjee nampak ada 6-7 biji Bendi dalam peti ais. Tetiba teringat nak masak Asam Rebus. So Kjee tumbuk 1 labu bawang besar, satu ulas bawang putih, satu sudu belacan serbuk dan segenggam kecik ikan bilis. Masukkan dalam periuk. Letak air dan bahan tumbuk tadi.         Kemudian masukkan juga lebih kurang 2 sudu besar cili kisar. Kalau tak ada cili kisar, tumbuk cili padi dan juga cili hidup. Juga letak satu sudu serbuk kunyit. 
   Didihkan. Jangan letak garam dulu sebab belacan dan ikan bilis dah masin. Apabila sudah mendidih, masukkan satu batang serai yang telah diketuk-ketuk dan daun kesom. Kjee suka letak banyak daun kesum. Maklumlah tanam sendiri. Kalau ada bunga kantan, bolehlah letak. Masa ini bolehlah letak sekeping dua, asam Gelugor. 
   Biarkan ia rendidih. Rasa. Kalau tak cukup masin baru letak garam. Last baru masukkan Bendi. Jangan lama sangat. Padam api. 
   Sedapnya! Ini cara, arwah nak ajar Kjee. Cubalah. 

 

Sunday, September 20, 2020

KUIH LOPES


   Seminggu sekali, Kjee dan UnclePali mesti ke Kampung Baru, untuk menikmati Lopes dan Lontong. Ada satu warung yang memang best giler! Kuah gula Lopes mereka, pekat. Ngamlah.
   Pagi semalam Kjee ternampak pulak fren FB Chom Bahar, tayang kuih Lopes dia yang nampak molek sangat. Kjee terus selongkar pantri. Jumpa semua bahan-bahan yang diperlukan. So apa lagi!

   Mula-mula cuci beras pulut dan rendam dengan sedikit kapur masak. Biarkan direndam sejam.
   Lepas tu sediakan daun pisang. Dikoyak-koyak selebar empat jari. Lap bersih dan layur atas api bagi lembut. Pilih daun yang lebar ya.
   Selepas direndam sejam, cuci bagi hilangkan sisa2 kapur. Toskan. 



   Untuk balut Lopes, Kjee syorkan korang tengok kat You Tube. Type 'Cara Balut Kuih Lopes' . Ada banyak cara pilihan.  Siap balut satu, semat dengan lidi. Selepas itu, ikat ketat-ketat dengan tali. Kjee guna tali rafia. 


   Kemudian rebus selama dua jam. Api biar sederhana. Tambah air panas sekiranya air rebusan kurang. 
   Sementara itu masak air gula. Kjee campur gula merah (timbang kati) untuk dapat kaler yang gelap, gula Melaka dan sedikit gula batu. Apabila sudah siap, Kjee letak sedikit tepung jagung sebab UnclePali suka sirap yang pekat untuk dimakan dengan Lopes. 
Apabila Lopes dah masak, keluarkan sejukkan lebih kurang tiga empat jam. Baru dikeluarkan dari daun, digolek dalam kelapa parut putih yang telah diletak sedikit garam. Makan dengan Sirap Gula tadi. 

   
   

Saturday, September 19, 2020

APABILA ANGIN MENYERANG


   Selama ini kita ingat hanya babies aje mengalami perut kembung. Rupa-rupanya apabila kita dah menjelang tua pun, akan alami benda yang sama. Kalau babies, puncanya mungkin kerana alah kepada sesuatu jenis susu tetapi kita yang tua ni pasal makan macam2 dari pagi hingga ke malam. 
   Tiap hari, apabila menjelang petang aje, perut Kjee selalu kembung. Kalau ditepuk bunyi macam drum. Bongoooo kata Allahyarham Dato Azez Satar. 😂
   Pergi klinik, doctor bagi antacid. Ubat pecah angin yang rasa cam pudina atau ubat gigi. Ada kala ubat kunyah. Ada kala cecair. Dua-dua tak sedap. 
   So UnclePali memang selalu standby stok Eno Halia. Minum Eno lebih cepat pecahkan angin. Dan rasanya menepati citarasa. 😂


   Tetapi korang tahu tak cara paling berkesan untuk minum air yang dicampur Eno? Yang dah tahu duk diam2. Kjee tahu dari seorang sahabat masa sekolah dulu berbangsa Filipina. Nama dia Fatima Villanueva. Sekarang rasanya masih  tinggal di Singapura kerana kahwin orang sana. 
    Ini cara yang Fatima ajar. Letak air dalam mug. Jangan penuh sangat. Separuh aje. Koyakkan satu peket Eno dan standby. Sebaik sahaja korang tuang Eno tu ke dalam mug, terus gogok.  Memang susah sebab gasnya banyak. Boleh lemas. Tapi terus minum sampai habis.
   Rupa2nya gas Eno tu yg pecahkan gas dalam perut kita sampai kita sendawa atau kentut.
   Jgn sesekali kacau Eno tu apabila dituang ke dalam air tau.
   Faham tak? Alaaa tak susah nak faham kan? Tapi tak kesahlah. Buat-buat faham aje lah ya. Mudah-mudahan lega sikit kembung tu. 😉😜

Friday, September 18, 2020

PERIHAL BELACAN


   Kjee ingat belacan hanya disukai negara rumpun Melayu aje. Rupa-rupanya banyak negara sebelah sini ada versi belacan dengan bahan sama iaitu udang geragau.
   Di Indonesia ia dikenali sebagai Terasi. Dan Kjee rasa orang Indonesia paling banyak guna belacan dalam masakan mereka. Masak lemak kuning pun depa letak belacan. 
   Kjee ni hari-hari tengok rancangan masak di AFN, Astro. Di Thailand, Filipina juga guna belacan yang mereka gelar shrimp paste atau pes udang. 
   Kjee dididik oleh Arwah Mak supaya hati2 memilih belacan. Yang warna dark pink tu elok. Yang warna cekelat gelap tu, mesti pahit. 
   Sedap tidak masakan kita bergantung kepada eloknya belacan. Buat sambal belacan pun akan sedap kalau belacan itu dari kualiti yang elok. 
   Setelah beli belacan, mak akan hiris-hiris dan sangai sehingga menjadi serbuk. Dah sejuk dia simpan dalam bekas dalam peti ais. Nak masak senang. Especially kalau buat Sambal Belacan. Tak payah bakar lagi belacan tu. 
   Antara belacan pilihan arwah Mak ialah Belacan Sementa yang dihasilkan oleh mereka yang tinggal ditepi pantai Perak. Tetapi belacan Melaka pun sedap. Ada sahabat pernah beri Kjee belacan bakar dari Melaka. Sedap sangat. Nak mintak dia lagi, malu pulak. 😁
   







Thursday, September 17, 2020

SUP AYAM ALA MAT GEBU


   Oleh kerana dua hari berturut-turut makan pedas-pedas, perut kami suami isteri meragam. Bergilir-gilir ke tandas. 
   So hari ini Kjee bagitau UnclePali, kita makan Sup Ayam. Mula-mula rancang nak buat Sup Ayam ala Thai. Tetapi apabila tengok resipi, ia juga pedas. 
   So Kjee beralih nak buat Sup Ayam style orang Malaysia. Stail kampung. Dulu pernah buat ikut resipi Mat Gebu. Klik SINI. Sedap sangat. So arini kita buat ler. 
   Kjee kan kalau buat Sup Ayam mesti ada cara tersendiri nak makan. Kjee letak sedikit nasi dalam mangkuk kemudian curah sup plus ayam plus kentang. Fuyoooo fav dari kecik tu! 
   Masa nak jamah sup ayam nasi tu, baru teringat terlupa buat Sambal Kicap. Aiseyman. Malas pulak nak bangun buat. Membuatnya mengambil masa. So Kjee amik sikit sambal belacan UP dan makan. 
   UP pun macam redho aje makan. Sebab dia tahu kalau ikutkan nafsu makan pedas-pedas lagi, sure berlari ke tandas bergilir-gilir. 😆
   Thnx Che Mat for the recipe. Kjee buat Soto atau Bihun Sup pun guna resipi sama. 
   

Wednesday, September 16, 2020

ASAM PEDAS IKAN PARI


   Seronoknya kita sejak UnclePali dah suka makan Ikan Pari. Dia memang cerewet bab ikan. Banyak jenis dia tak makan. Hanya suka ikan Pelaling dan Terubuk!  Kalau Kjee masak Asam Pedas Ikan Pari sebelum ini, dia hanya kuis sikit2 tak mau kita kecik hati. 🤭
   So apabila kami singgah di gerai ikan bakar Pak Teh kat Pasar Keramat baru-baru ini, Kjee tanya boleh ke order Ikan Pari Bakar? Dia nampak confused. Tetapi apabila ikan Pari Bakar sampai, dia rasa sikit pastu terus makan tanpa toleh kiri kanan.
   Alhamdulillah. Pagi tadi dia singgah pasar dan beli ikan Pari. Macam tak percaya pulak. Dia beli dua potong yang agak besar. Satu potong, dia suruh masak Asam Pedas dengan bendi, satu lagi esok dia nak bakar!
   So Kjee suruh dia petik Daun Kesum yang ditanamnya didalam pasu depan rumah
Merimbun daunnya. Juga amik serai dan kunyit.
   Maka jadilah Asam Pedas. Arini Kjee letak sedikit lada hitam. Asam Pedas style Johor, gitu. Kelakar ada orang ingat Kjee orang Johor. Taklah. Anak2 Kjee punya arwah abah orang Batu Pahat. Itu aje kaitan Kjee dengan orang Johor.
   Kalau nak tahu cara Kjee masak Asam Pedas, klik SINI. 

Tuesday, September 15, 2020

MINI SEAFOOD LONGGOK


   Mini lah sangat tapi kolestrol tetap high. 🤫🤭
   Kjee buat hujung minggu lepas. Teringin sangat nak makan Kepah. UnclePali pergi cari hanya jumpa Lala di Hero Market. Kebetulan ada pasar Tani kat Melawati. So dia singgah dan jumpa Kepah!
   So itulah kejadiannya. Dia whatsapp nak ketam tak? Mood Kjee hanya nak makan Kepah. Ada Lala tu bonus. Kat rumah ada empat ekor udang Harimau. Baki buat Penang Fried Kway Teow aritu. Okay lah kan? Makan berdua aje.
   Kerana tak lengkap seafood, Kjee gelar Mini Shellout. Eh boleh ke guna perkataan Shellout? Tak kena saman ke? Sebab itu Kjee tukar ke Seafood Longgok. 
   Yesterday Kjee hilang dari radar sebab ada appointment kat HKL. Sakit apa? Tak tahu lagi. Awal November ni baru tahu. Serius ke tidak, Wallahualam. Kjee redho.
   Oklah untuk resipi Seafood Longgok ni, korang klik SINI ya.
   Foto bawah ini longokkan seafood yang sinonim orang sediakan kalau masak lauk ini. 

Sunday, September 13, 2020

BERGEDIL


   Kjee ni kan bab makan memang cerewet. Suka makan ala2 kudapan. Makan sikit aje tetapi lepas tu asyik lapar. Sebab itu mesti sentiasa ada buah atau biskut di meja sisi. Kalau tak ada sanggup berlapar sampai kena gastrik. 
   Kerana itu kena ada makanan ringan yg berat. Ringan yang berat? Hah macam Bergedil ini lah. Nampak ringan tapi berat dengan karbohidrat. 
   Kjee suka sangat Bergedil. Kalau makan di restoran nasi campur, nampak aje 
Bergedil, itu yang Kjee akan capai dulu. Sebab Kjee ni kureng bab nasi. So Bergedil ganti nasi. 


   Bergedil daging ni Kjee buat minggu lepas. Kalau korang suka boleh ganti dengan Ayam ataupun udang. Resipi lengkap korang klik SINI 
   Selalunya orang buat daging atau ayam atau udang dicincang-cincang. Kemudian dicampur dengan kentang goreng yg dah tumbuk. Tapi cara Kjee, daging/ayam Kjee tumis dulu dengan bawang. Dah masak baru campur dlm kentang. Ini supaya proses menggoreng Bergedil tidak terlalu lama. 
   Kjee suka makan Bergedil dengan Soto, Bakso ataupun Lontong. Ratah begitu sahaja pun sedap. Cicah dengan sambal kicap. 

Saturday, September 12, 2020

PENANG FRIED KWAY TEOW


   Kjee pasti ramai suka makan Penang Fried Kway Teow. Kjee selalu suruh UnclePali tolong masakkan apabila timbul keinginan sebab jarang-jarang ada yang jual seperti ini. Selalunya yang basah. Itu kekadang aje Kjee teringin. 
   Kejadian semalam ini tanpa kerang. UP ke Hero tapi katanya kerang tu udahlah kecik-kecik, harga macam emas. So dia beli udang saja. 
   Kjee dan banyak kali buat entry untuk PFKT ini. Klik SINI untuk cara step by step. 
   
   

Friday, September 11, 2020

CHICKEN PARATEL


   Tekak Kjee ni betul2 Malaysian. Suka apa jua jenis makanan rakyat Malaysia. Kalau susah nak dapat, cik Google kan ada. Anytime of the day dia boleh bagi resipi. 
   Tetapi Kjee ada ada good FB friend. Chef Thyaga B Rajan. Kalau Kjee ada masalah pasal authentic Indian foods, I go to him. Tapi dia juga terer buat kuih muih Melayu. Maklumlah didedahkan kepada persekitaran orang Melayu di Kelantan. Kehebatan dia seringkali put me to shame. 
   Anyway, Chichen Paratel ini antara lauk kaum India fav Kjee. Korang mesti terai. Buat mudah, rasa tersangatlah sedap! 
   Kjee buat ni semalam. Lunch makan dengan nasi. Dan untuk dinner, UnclePali kukus Mantou atau pau kosong. Cicah dengan Chicken Paratel. So yummy. 
   Resipi asal Chef Thyaga tak letak santan. Tapi Kjee letak satu dua sudu susu evaporated. Sedap sgt. The choice is yours. 
   Resipi penuh klik SINI. 


Thursday, September 10, 2020

UDANG GARLIC PEDAS


   Semalam selongkar freezer. Nak tengok apa yang ada then clear stok. Ada separuh ekor ayam, satu peket kecik daging dan 10 ekor Udang Harimau. Tak tau nak masak apa. Then terfikir udang tu buat Goreng Pedas lah. Set!
   Kjee pernah buat satu ketika dulu. Tetapi harus ada daun Ketumbar baru sedap. Alahai kita yang buat dia. So Kjee adjust. Ganti dengan daun Limau Purut. Kjee ada dua pokok Limau Purut yang ditanam di tepi pagar sejak 6-7 tahun lalu.
   First thing first. Bersihkan udang, buang muncungnya, buat hirisan kecik kat belakang untuk keluarkan 'tali hitam'. Letak garam dan kunyit sikit. Tinggalkan dalam 20 minit dalam fridge. 
   Tumbuk 2 biji cili hidup, 4 biji cili padi sampai lumat. Kemudian masukkan 6 ulas bawang putih. Tumbuk kasar-kasar aje. Lima helai daun limau purut dihiris halus. Buang dulu 'tulang belakang' daun tu baru hiris. 
   Udang digoreng separuh masak. Tepikan. Guna minyak sama, tumis bahan2 tumbuk tadi. Kemudian goreng sampai garing. Masukkan daun limau purut dan balik-balikkan. Masuk juga dua sudu makan sos cili. Kalau guna pak aji bolehlah letak sikit. Jika tidak, letak sedikit gula. 
   Pastu masukkan udang goreng. Pastikan udang itu mesra dengan rempah tumisan tadi. Rasa. Kalau perlu letak sedikit kicap cair atau fish sos. Siap. 
   Hidang panas-panas. 
Foto bawah ini Kjee buat satu ketika dulu. Kaedah masak sama cuma letak daun Ketumbar. 



Wednesday, September 9, 2020

Ayam Percik


    Ayam Percik ini boleh dikatakan makanan bermusim di kawasan luar Pantai Timur. Nak makan kena tunggu bulan Ramadhan. Jika tak sabar tunggu, well opkos, kena buat sendiri. 
   Kjee jarang-jarang buat. Sekali dua aje kot sepanjang hidup ini. So apabila teringin semalam, Kjee pun google cari resipi. Dan dibawah ini resipi agak-agak aje. 
    Mudah jer buat. Kjee guna separuh ekor ayam yang tak besar sangat. Perap guna bawang besar, bawang putih dan halia. Tumbuk halus kemudian lumur kat ayam. Jangan lupa letak garam. Perap 30 minit atau 1 jam oklah. 
   Kemudian blend bawang besar, bawang putih dan halia. Campur dengan lebih kurang 3 sudu besar cili kering kisar. Kjee suka pedas so letak lebih. Kemudian masukkan semua dalam periuk dengan satu kotak kecik santan dan air juga dari kotak sama. Letak garam dan kira-kira dua sudu gula Melaka. Masukkan dua batang serai yg telah diketuk-ketuk. Jerang atas api sederhana sampai pekat.
    Kjee kukus ayam lebih kurang cukup masak. Kemudian panggang ayam atas grill pan sambil dimandi-mandikan kuah tadi. Terbalikkan pastu letak lagi kuah sehingga ayam cukup masak.
   Itu cara Kjee buat Ayam Percik mudah. Oklah rasanya. Orang yg buat jualan itu panggang atas dapur arang. Itu yg buat bangkit selera sebab bau yg menusuk kalbu.
   Kata orang Ayam Percik Kelantan merah warnanya. Yg Terengganu warna putih. 

Tuesday, September 8, 2020

ROTI KOK



   Masa Kjee kecik2, bapak suka belikan Biskut Tongkat. Ia roti sebenarnya yang telah dibakar garing. Cicah kopi atau teh. Tapi Biskut Tongkat bukan guna roti slice. Ia macam roti lonjong.  Kurus sikit daripada roti hotdog. Rupa2nya biskut roti ni namanya Roti Kok. 😆
   Tadi Kjee guna roti Gardenia. Tak payah guna roti berjenama. Roti yang murah pun okay. Dan tak perlu roti segar. Roti yang berbaki duduk dalam fridge tiga empat hari pun okay. 


   Tadi Kjee buat guna 1 buku roti dan marjerin dan gula pasir. Kjee kerat dua roti tu sebab takut tak muat masuk dalam bekas. 
   Lepas itu sapu marjerin. Susun atas loyang dan tabur gula sikit 
Panaskan oven suhu 250 C. Bakar lebih kurang 20 minit, api atas bawah sampai garing betul2. 

   Kalau sempat disejukkan, simpan dalm bekas kedap udara. Kjee hanya sempat simpan satu loyang. Satu lagi my other half ke sana kesini sambil makan. 🤣
   Cicah dengan kopi O, fulamak Nyaman!