DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, April 21, 2021

AGAR-AGAR ROS LEGEND

      Pagi tadi Kjee tiba-tiba teringin nak makan Agar-Agar kosong. Yang warna merah tu. Yang bau wangi sangat. Legend Agar2 ni. Kalau Raya kat kampung, biasa ada. Dan paling penting ia mesti lembut.
      Kjee geledah my blog. Eh rupa2nya Kjee tak pernah buat Agar-Agar merah tu. Biasa buat Agar2 Santan atau puding. 
      Kjee suruh UnclePali cek dalam pantri kot-kot ada Agar-Agar Tali. Aisey yang ada hanya Agar2 Serbuk cap Swallow. UP jadi mangsa. Kena keluar beli. 
      Sebelum itu, Kjee google resipi. Mesti guna Pewarna Ros. Ohhh sebab itulah wangi macam Agar-Agar beli!! Selama ini tak tahu pun! 🤭

      Masa nak buat tadi, Kjee amati resipi pada plastik agar-agar tali. Rebus dalam 1250ml air. Kemudian letak gula dan pewarna. 
      Kjee dah google resipi sebelum buat. Ada yang guna air 1 liter. Ada guna 1100 ml. Tetapi Kjee decide guna air mengikut peket. Mungkin pengeluar agar-agar itu lebih tahu berapa banyak air diperlukan. 
      First thing Kjee gunting-gunting agar-agar dan rendam lebih kurang 20 minit. Tos. Kemudian rebus agar-agar dalam 1250ml air bersama 2 helai daun pandan sehingga larut. Lebih kurang 10 minit. Keluarkan daun pandan. 
      Kjee guna 1 cawan gula dan satu ketul gula sebesar ibu jari. Kononnya gula batu untuk jadikan Agar-Agar berkilat. 
      Setelah gula larut, dimasukkan 4 sudu kecil pewarna ros. Kalau suka merah menyala, tambah lagi. Kaup buang buih-buih di permukaan Agar-Agar. 
     Tuang ke dalam acuan pilihan. Sejukkan diatas meja kemudian apabila dah kental, masukkan dalam peti ais. Untuk hidang, potong-potong ikut suka. 

     
      

Tuesday, April 20, 2021

SAMBAL GORENG JAWA

      Ini antara lauk pembuka selera, bukan sahaja di bulan Puasa tetapi setiap hari. Ramai dah pandai buat justeru ia bukan lagi boleh dikata milik orang Jawa. 🤭
      Kjee pernah kata ini Sambal Goreng Jawa. Ada yang konfius. Tang mana sambalnya? So Kjee rebranding (ewah) jadi Lodeh Kering.
      Kalau ikutkan sepupu-sepupu Kjee belah arwah Mak, macam-macam dia orang letak. Paling Kjee suka kalau letak petai dan rebung. Petai memang biasalah letak tetapi letak rebung enak banget you!
      Kjee buat arini sebab my one and only brother nak makan. Kangen (rindu) kot kat airtangan arwah Mak. Tapi dia tahu adik tunggal dia ni (dua lagi dah meninggal) pun terer. Dia pernah makan kita masak dulu.

      Nyesal pulak tadi suh UP beli 2 peket tempe dan 3 tahu. Dah goreng, aduhai sikit lah pulak. Camner nak bagi abg Fauzee banyak2 . Or Kjee tepikan sepiring untuk kami dan lebihnya dihantar ke rumah abang. 
      Oleh kerana buat Sambal goreng ni agak renyah, maka Kjee siapkan lebih awal. Kjee ni kan suka bebenor adjust time nemasak. Maklumlah Kjee bukannya sihat.  Jadi, cara ini tidak lah kelamkabut. 


      Kali ini buat Kjee letak petai yang sudah siap Kjee jeruk aritu. Tadi terlupa nak suruh UP beli petai. Ada kedai Aceh dekat rumah tapi tak berani nak suruh UP keluar lagi. Well, bulan puasa kan lagi kita banyak hangin. 😆
       Resipi untuk Sambal Goreng aka Lodeh Kering, korang klik SINI ya. Cubalah buat. Sedap you! 


FOTO TERBARU. 👆👆👆

      



Monday, April 19, 2021

BUBUR MANIS BUTIR NANGKA


     Ini bubur yang selalu Kjee buat kalau bulan Ramadhan. Arini Kjee nak buat lepas Zohor. Itu aje yang larat sebab badan masih lemau.
     Bubur ini namanya ikut Negeri. Tetapi Kjee kenali ia sebagai Bubur Butir Nangka. Sedap sekiranya dimakan chilled dalam peti ais. 
      Kjee nak cari lah buah Nangka Madu yang orang jual kat tepi-tepi jalan. Kjee pernah letak sikit masa buat dulu. Sedap. Tapi campur lah juga dengan gentelan pulut tu.





      Kalau buat, Kjee suka letak pewarna merah dan kuning selain warna asal tepung yang putih. 
      Santannya mesti manis dan sedikit masin. Garam kena letak untuk menaikkan rasa.
      Okaylah untuk resipi, korang klik SINI.



Sunday, April 18, 2021

JUS ASAM BOI KASTURI


      Yezza entri seperti ini muncul setahun sekali aje dalam blog ni. Maklumlah apabila tiba bulan Puasa, tekak meracau.
      Dan ini minuman favorite Kjee. Unclepali pulak mesti menjajau cari air tebu atau air kelapa. 
      Mudah sangat menyediakan jus ini. Bahan hanya Asam Boi, Limau Kasturi dan Ais. Kjee tak pasti rasanya kalau letak limau nipis atau Lemon. Tetapi kalau itu yang ada, hantam sahajalah labu.
      Kjee ada dua pokok Limau Kasturi. Satu wakaf dari Mendiang Uncle Cheong yang ditanam luar pagar. Satu pokok UnclePali tanam. Dua-dua mewah dengan buah. 

      Kjee buat jus ini ikut cara Kjee. Tak blend Asam Boi dan Limau Kasturi. Kjee cuma letak Asam Boi dan air Limau Kasturi dan bancuh. Nak letak gula pun boleh tetapi kekadang Asam Boi tu dah ada rasa manis.  Letaklah ais banyak-banyak.
      Oleh kerana mudah buat, suruh aje anak2 bujang atau yang dara buat. 
      Cara UP buat klik link DISINI. Kjee suka juga cara my asben tu. Ada rasa pahit2 sikit. Tetapi selera kali ini, tak nak blend. 
      


      Ini yang UP buat dulu. Setelah diblend asam boi dan limau Kasturi, berubah warna. Sedap. Kjee suka!! 
     Selamat Mencuba. 


      
      

Saturday, April 17, 2021

AIR NABEEZ PENAWAR GASTRIK


      Apabila muncul aje bulan Ramadhan, tetiba ada yang bagi alasan Gastrik. Sebab tu tak boleh Puasa. Hehehe alasan budak-budak noti, dulu-dulu. Sekarang budak-budak tu dan dewasa. Tak berani kot guna alasan cam tu. 🤭
     Kjee memang lama dah alami Chronic Gastritis. Gastrik yang teruk. Pernah jalani pembedahan di perut. Kjee cuba juga Puasa sehingga pernah pengsan.
      Alhamdulillah. Kini sudah banyak tahun Kjee tak gastrik di bulan Ramadhan.
Rahsia Kjee adalah Air Nabeez. Air ini tidak boleh dibeli. Hanya dibuat sendiri di rumah pada sebelah malam sebelum tidur.



      Caranya, amik tiga biji Kurma. Selalunya angka ganjil. Buang bijinya. Carik-carik isi Kurma tu. Kemudian direndam dalam satu atau setengah mug air masak. Buat sebelum tidur. Tutup mug dengan piring. Pagi masa Sahur terus minum masa perut kosong. Tetapi selawat lah dulu. Dan seeloknya dimakan sekali Kurma yang telah direndam itu. 
      Alhamdulillah Kjee tak ada masalah pedih ulu hati (reflux) atau gastrik.
Anak-anak pun boleh amalkan. Selamat mencuba.
     Baca juga di SINI. 


Friday, April 16, 2021

PULUT MANGGA SOS SANTAN THAI


      Kjee beli mangga ini di pusat Bandar Melawati semalam. Murah aje. Dua kilo rm10. Ada tiga jenis. Boleh campur-campur.
      Dah plan nak buat Pulut Mangga Thai. Curah santan. Waduhhhh sedap banget. Tetapi nak buat arini,  tak larat lah pulak. UnclePali kata buang kulit, potong-potong dan chill kat dalam fridge. Sedap juga makan begitu sahaja.
      Hmmm betul juga. Mana tahu esok lusa sihat, boleh buat. 

      Ini antara dessert kesukaan Kjee. Kalau ternampak orang jual, mesti beli. Tetapi buat sendiri lebih sedap. Bukan susah mana pun.
     Bahan-bahan hanya pulut dan santan satu kotak. Opkos selain mangga. Sos santan tu mesti secukup rasa. Mesti rasa manis dan sedikit masin. Baru ngam.
Kalau nak resipi penuh, sila klik SINI.

Thursday, April 15, 2021

BUBUR LAMBUK DAGING TELOR ASIN


     Memang bulan puasa ni Kjee dah plan buat my special Bubur Lambuk Daging. Tetapi tak tahu pulak kena buat pagi ni.
     Tadi Kjee pergi Klinik Kesihatan. Doktor sarankan Kjee amalkan soft diet sehari dua ini. Kjee sengih. Ada excuse nak buat Bubur Lambuk. UnclePali kena fikir what he wants to eat for Buka Puasa. Terjah Pasar Juadah lah kot.
      Selain dari Bubur Lambuk, semalam UP beli kelapa muda. And opkos kalau beli Kelapa Muda, wajib buat jeli. Well, kan kena soft diet. 😅
      Sampai rumah terus Kjee keluarkan daging. Beras dicuci dan rendam. Lepas defrost daging, Kjee ricik halus-halus dan masuk dalam Pressure Cooker dengan beras. 30 minit rebus,  settle lah.
      Why Kjee kata Bubur Lambuk special. Hah korang kena tengok resipi penuh lah. 
       Resipi penuh Bubur Lambuk klik SINI.
       Resipi Jeli Kelapa Muda, klik SINI. 


Wednesday, April 14, 2021

SPAGETI SAMBAL IJO UNTUK BUKA


     Kemalasan sudah melanda. Actually lebih kepada keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Selalunya di bulan Puasa, Kjee orang pertama yang excited nak sediakan juadah for my family. 
     Semalam panaskan lauk leftovers dalam freezer. Hanya beli dua keping roti Murtabak. Satu makan masa buka dan sekeping lagi lepas solat Terawih. 
     Dan hari ini, Kjee plan nak buat aje spageti Sambal Ijo. Mudah sangat buat sebab stok sambal ijo ada dibekukan dalan fridge. Kali ini Kjee letak udang dan mungkin juga daging ala beef bacon.
     Resipi penuh Spageti Sambal Ijo klik SINI.
     Untuk resipi Sambal Ijo klik SINI. 

Monday, April 12, 2021

KUIH BAKAR BONDA


      Kuih ini betul-betul legend buat keluarga kami. Kalau buat, air mata bergenang. Teringat orang yang paling Kjee sayang dalam hidup ini. Pergi lebih 27 tahun. Al Fatihah buat bonda Hjh Bakyah Hj Abdul Majid. 
      Seronok sangat apabila Kjee share resipinya dulu, ramai yang buat. Moga ada pahala buat Bonda di sana. Insya Allah. 
      Kjee buat ini minggu lepas. Tetapi berat nak share sebab kejadiannya tidak seperti dirancang. Mungkin sebab buat letak inti ayam. Mungkin juga Kjee yang buat. Masa dulu-dulu UnclePali yang buat. Beratus-ratus keping orang order. Semua cantik
Well, that was history. Foto bawah ni yang UnclePali buat dulu-dulu. 👇

      Jiran belakang rumah serta my aunty yang sempat rasa kuih ni aritu, kata okay. Tapi Kjee tak happy sangat dengan kejadiannya. Next time buat Insya Allah guna daging. 
      My sis, Maryam Hj Ahmad Shah yang buat kelmarin happy sangat dengan hasilnya, ikut resipi dibawah ini. Cubalah
Insya Allah boleh panjangkan pahala buat bonda arwah Hajah Bakyah Majid
Aamiin. 
      Resipi penuh klik SINI. 




Saturday, April 10, 2021

MLCP JERING TUA


      Dah dekat-dekat nak masuk bulan Puasa, Kjee sentiasa tercari-cari lauk pauk yang menjadi favorite. Takut kempunan nanti. Maklumlah masa tu, Kjee jarang keluar rumah. Masak ada aje ada dalam fridge.
      Tadi lepas bekes Rava Tosei kat Gombak, ajak UP gi Chow Kit. Pakcik tu sengih-sengih tengok Kjee sebab dia tahu Kjee regular. Mesti rembat banyak-banyak.
      "Jering tua tinggal tiga longgok jer. Amiklah. Rm10!"

      Kjee sengih suka. Murah giler tu. Aritu Kjee beli jering cambah rm25 untuk 5 longgok. Bukan untuk Kjee tapi my aunty kirim.
     Sampai rumah terus Kjee ke dapur. Maklumlah Kjee ni bukannya sihat sangat. Tenaga cukup-cukup jer. Lepas kul 12 tengah hari, lemau. Ehhh macam Cinderella pulak. Tapi dia lepas kul 12 mlm tukar jadi budak miskin. 😂😆😁

      So rebus dulu dalam Pressure cooker selama lebih kurang 20 minit. Masa menunggu, Kjee siapkan perencah. Tumbuk kunyit hidup, cili padi dan ikan bilis. Ketuk serai 3 batang. Ada lagi ke serai yang UP tanam untuk bulan puasa? 🤔
       

      Lepas itu, keluarkan jering dari Pressure Cooker. Buang kulitnya dan tumbuk manja-manja. Orang dulu-dulu kata, kalau tidak ditumbuk, nanti 'tersepit' masa nak buang air kecik. Maaf, Kjee tak faham maksud tu.


      Kemudian, semua jering yang siap ditumbuk, dimasukkan ke dalam periuk berisi bahan tumbuk dan santan tadi. Masak sampai mendidih. Campak juga dua helai daun kunyit dan sekeping asam Gelugor. 
      Rasa. Oleh kerana masa tumbuk dah letak ikan bilis, hati-hati letak garam tau. 
Dah mendidih kuahnya, boleh padam api. Kjee guna santan kotak aje tadi. Terserahlah korang nak guna santan perah atau pati santan. 




Friday, April 9, 2021

ASAM PEDAS AYAM

       Masa Kjee dapat tahu dulu yang ada orang buat Asam Pedas Ayam, Kjee agak sceptical. Isyhhhh ada ke ayam boleh dimasak gitu. Umur dah banyak camni hanya tahu orang masak Asam Pedas guna ikan atau daging.
      Agaknya blogger femes Mat Gebu dapat tahu Kjee was-was. So masa Kjee bertandang ke rumah beliau di Sedenak, Johor, many many years ago, beliau pun masaklah. It was really a pleasant surprise. Ditambah pulak dengan air tangan beliau, semakin sedaplah kan!
      Anyway sejak itu, Kjee selalulah buat Asam Pedas Ayam stail Mat Gebu. Tetapi rasanya tak samalah dengan sifu masakan Kjee tu. Maklumlah, Asam Pedas kan forte onJoho. 😆
      Kjee buat dah banyak kali. Dan each time my family suka. Dan menjelang Ramadhan ini, harus menjadi hidangan berbuka Puasa dan kalau ada lebih dibawa ke Sahur.
      Resipi penuh sila KLIK SINI. 

Wednesday, April 7, 2021

TELOR ASIN

    Seminggu lagi kita akan menerima kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak.
    Dan kalau tiba bulan Puasa, antara yang menjadi favorite kami sekeluarga, adalah untuk berbuka atau bersahur dengan Telor Asin. 
     Memang tak sihat sangat untuk mereka yang berpenyakit contohnya Darah Tinggi. Well, macam UnclePali lah. So Kjee kontrol pengambilan telor asin untuknya.
    Actually dah seminggu Kjee buat telor asin. Hanya boleh dimakan setelah diperap dalam air garam after two weeks. Kali ini tak buat banyak. Hanya sepapan. Telor itik pun tak murah sekarang. Dulu gred A, 80 sen sebiji. Yang kjee beli aritu, gred B. Itu pun dah 85 sen. Hanya gred B yang ada. Gred lain semua dah kena rembat.

     Senang aje buat Telor Asin. Beli telor itik. Pilih yang elok-elok. Jangan ada yang retak. Yang pecah opkos korang tak beli kan! Pastu cuci bersih-bersih, manja-manja. Kemudian dilap bagi kering. Tepikan. Jangan simpan dalam peti ais. Telor yang sudah dicuci dilarang simpan dalam peti ais. Cer google kenapa. 

     Malam sebelumnya, kena masak air garam dalam periuk. Kalau untuk 30 biji telor, Kjee masak 1 peket garam untuk 1 litre atau satu litre setengah air. Masak sampai garam larut. Tepikan. Biar sejuk. 
     Pagi esok cari balang. Yang kaca atau plastik pun ok. Kjee pernah guna periuk ceramic slow cooker. Kena hempap dengan piring yang berat supaya telor tenggelam. 👇

     Susun telor di dalam bekas, cermat-cermat. Takut bergeseran nanti retak. Kemudian curahkan air garam yang telah dibuat malam sebelumnya. Pasti air itu betul2 sejuk bukan suam. 
     Kalau korang guna balang, pastikan ada ruang untuk letak satu plastik kecik beg air yang telah diikat dengan getah. Beg itu untuk tenggelamkan telor asin. Untuk 30 biji telor kena guna dua balang. Pastikan telor itu benar-benar tenggelam dalam air garam. Pastu tutup balang guna penutup. 

     Simpan balang berisi telor asin itu selama dua minggu dalam tempat tersorok, gelap dan dingin. Ini kata orang, untuk pastikan dapat warna kuning telor yang cantik. 
     Lepas dua minggu, korang amik sebiji dan rebus. Kalau sudah cukup masin, dah readylah. Kalau tidak, tambah lagi hari merendam. 
     Selepas cukup masa, keluarkan dari balang. Susun dalam bakul telor dan letak dalam peti ais. 
     Selamat mencuba. 

   

Monday, April 5, 2021

KUIH TEPUNG PELITA


     Kuih ini, is a must, di bulan Ramadhan. Beli memang mudah, tetapi tak semua yang dibeli tu, sedap. So, sejak Kjee terai buat guna resipi home cook popular Rina Mohd Dom, Kjee udah tak beli lagi.
      Plan nak buat dah banyak hari. UnclePali kata tunggu bulan puasa aje lah baru buat. Isyhhh kalau dah terlentok di bulan Puasa, semua kerja tertangguh.
     So tadi Kjee sukat semua bahan. Kemudian susun acuan. 

TEPUNG PELITA 
RESIPI RINA MOHD DOM

Bahan-bahan nya:
Lapisan hijau (A) 
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air (termasuk air daun Pandan)

Lapisan putih (B) 
Tiga suku cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 kotak kecil santan
6 (kotak santan tadi) air
Secubit garam

CARA:

Blend 5 helai daun pandan. Tapis airnya, tambah air untuk jadikan 7 cawan. 
Campur bahan A dalam periuk sehingga larut. Kemudian diletak sedikit pewarna hijau, jika suka. Kacau atas api sehingga pekat dan berkilat.  Terus sendukkan dalam acuan. 
Kemudian masak bahan B atas dapur sehingga pekat. Sendukkan terus keatas lapisan hijau. 
Dah sejuk, masukkan dalam peti ais sebab sedap makan chilled. Senang kan? So cubalah. Tak yah beli. 

(Ada yang tanya tiga suku cawan tepung tu banyak mana? Hmmm senang citer satu cawan, keluarkan 1 sudu makan). 

Daun pandan dicuci bersih-bersih, gunting halus-halus lepas itu, blend. Blender Kjee pecah minggu lepas. So Kjee guna hand blender. Lihat foto bawah. Lepas itu tapis airnya. Campur air biasa untuk jadi 7 cawan. 



      Masak sampai likat cam ni. Lepas dah senduk semua lapisan bawah ni ke dalam acuan, barulah mula proses memasak bahagian atas. 
     Kjee dah siap bancuh dua-dua adunan dalam periuk berasingan sebelum mula masak. Ini adalah kerana adunan hijau itu cepat mengeras dalam acuan. So kena mula bahagian atas sebaik sahaja siap tuang yang hijau ke dalam acuan.  
    Tak payah panik atau kalut. Api haruslah sederhana besar. Mesti kacau tanpa henti takut adunan bergentel. 
     Bahagian atas pun harus sama pekat. Terus sendukkan diatas lapisan hijau. 
     Sejukkan di luar. Kemudian baru masukkan dalam fridge. Elok guna acuan bekas taufoo faa sebab ada penutup. 








Saturday, April 3, 2021

SAMBAL TUMIS JERING CAMBAH


     Sekilas pandang macam kentang potong wedges masak sambal tumis. Ehh jauh tu antara kentang dengan jering.
     Jering (dalam bahasa Jerman piau 🤭), Jengkol. Kalau Kjee jumpa jering cambah, Kjee mesti beli dan buat Sambal Tumis. Kat bawah ini foto Jering Cambah.
     

      Susah tau nak dapat Jering Cambah. Ia adalah kejadian dari Jering Tua yang ditanam selama 40 hari. Apabila keluar cambahan atau akar, maka dikorek balik dan dimasak.
     Mana Kjee tahu info ini. Well, Kjee kan peramah. So masa beli, mulut tu kena ringan sikit tanya orang yang jual. 
    Rupa-rupanya Kjee ada ramai geng yang sama citarasa. My Aunty Zaiemar suka Jering  goreng berlado. Maklumlah orang Minang. Sementara Myna kata dia suka jadikan Rendang.
      Itu tekak masing-masing but Kjee tetap buat Sambal Tumis dengan taburan ikan bilis goreng garing.

      Ada teknik nak goreng Jering cambah ni. Tak boleh main goreng sesuka hati. Nanti dia keras. Caranya setelah dibuang kulit dan dibersihkan, potong tiga atau empat keping. Ini ikut besar jering. Kalau kecik kerat dua pun ok lah.
      Kemudian goreng separuh masak sahaja. Tepikan. Goreng pulak ikan bilis sampai garing. Tepikan. Bilis kena benar-benar garing. Kalau tidak, tak sedap sebab rasa lemau dan ganyut. 

     Kemudian buatlah sambal tumis macam biasa. Macam sambal tumis frozen yang biasa Kjee buat. Tapi arini frozen wes entek. So Kjee buat sambal baru.
     Sambal sudah siap, masukkkan jering goreng tadi. Kjee hanya letak ikan bilis time nak makan. Maknanya setelah sambal dah sejuk. Letak ikan bilis goreng dan gaul. Macam tu lah baru sedap. Rasa kruk krak masa makan.
     Cubalah buat kalau terjumpa orang jual Jering Cambah.