Friday, November 9, 2012

KERABU DARI MANGGA YANG MASAM




























Ingat lagi tak hari tu Kjee naik darah sebab terbeli mangga yang masam dengan harga yang tak sepadan? Hah hari ni ketika menyelongkar fridge, terpandang mangga tersebut. Ringan jer tangan nak buang.

Tetapi apabila difikirkan betapa berdosanya, dibuang makanan yang masih boleh diselamatkan, Kjee pun suruh Nadia petik cili padi untuk ditumbuk bersama belacan. Buat sambal belacan mangga masam. Okaylah tu kan?

But apabila Kjee terpandang mangga tu, terfikir pulak nak buat kerabu mangga yang mudah. Buat jer guna apa saja yang ada dalam fridge.









So terjadilah kerabu mangga orang kurang rajin ni.

Kjee hiris halus2 mangga tu. Dulu Kjee biasa sagat jer until my aunty Yati kata kalau disagat, air mangga itu akan keluar. So nanti tak sedap. Begitu jugak dengan sengkuang kalau nak buat tahu bakar. Tak boleh sagat. Keluar air manisnya.

Dapatlah semangkuk mangga. Kemudian Kjee mayang sebiji bawang besar. Nadia pulak ketuk2 jer kira-kira 10 biji cili padi. Campur semua. Kemudian bubuh gula. Kjee guna soft brown sugar kira-kira 1 sudu besar. And then perahlah jus lemon atau limau dalam satu sudu.

Gaul sebati. Kemudian ambil daun kesom. Racik dan campakkan ke dalam kerabu tadi. Rasalah. Mesti sedap. Oklah. That's my version of Kerabu Mangga. Nasib lah kan? Daripada dijadikan habuan Cik Tong, betul tak?





2 comments:

dayang Citra said...

Buat ulam sambal belacan je kak...meleleh dah air liur ni...

SURIA AMANDA said...

simple tp workmanship sgt2 menarik...tahun depan masuk masterchef la kak jie..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...