Thursday, November 22, 2012

KWC - COMPLEX UNTUK BORONG DAN JUAL ONLINE










Hari Ahad lepas, Kjee dibawa jalan2 di sebuah shopping complex kat KL yang Nadia enggan dedahkan yang mana satu sehingga kami sampai. Kami pergi berempat. Orang yang keempat, bayang2 Nadia. Hehehe.

Anyway, oleh kerana Nadia kata shopping complex tu bertingkat2, maka UnclePali dah standby bawak wheelchair. Lepas sorang, sorang tolong push Kjee. Thnx so much.

Sampai kat tengah2 KL, barulah Kjee ternampak satu complex beli belah besar yang belum pernah Kjee lihat sebelum ini. Kenanga Wholesale Centre. Pusat beli belah orang niaga dimana barang2 semua murah jika dibeli secara borong.







Isyhhh buat apa bawak Mama sini? Saja. kata Nadia. Dia suka datang cuci mata sebab menurutnya, barang2 murah giler! Lagi banyak beli, lagi sukar nak percaya harga yang mereka beri.

Inilah "syurga" orang meniaga especially mereka yang meniaga online, kata Nadia sementara Sham tak henti2 mengambil gambar. Tapi halfway, bateri kamera kong. So ini sahajalah gambar2 yang dapat ditayangkan.

Menariknya KWC ni ialah, ada dua tingkat dari 8 tingkat, khas untuk pakaian Muslimah! Dari jubah, tudung ke segala keperluan untuk lelaki dan wanita. Turut disediakan satu level khas unuk makanan halal.











Minah ni larang kami amik gambar...



Pelbagai jenis pakaian, beg dan kasut dipamerkan. Boleh rambang mata dibuat.

Kjee berhenti seketika di satu kedai menjual beg. Fesyen yang dijual agak menarik.Pelbagai warna disediakan, Walaupun bukan kulit original tetapi memang  mudah tertipu. Harganya agak mengejutkan. Beli satu, misalnya RM40. Beli tiga RM28 sahaja! Beli enam, lagi murah!!

Kalau ada yang ingin meniaga online atau jual di pejabat2 secara kutu atau bayar ansur-ansur, sinilah tempatnya. Kebanyakkan barang2 rasanya dari China. Kalau satu keluarga pergi, semua ada under one roof. Dari anak2 ke ibu ke bapa ke datuk ke nenek serta ke maid! Hehehe.






Tapi ada jugak kedai yang jual product yang mahal dan berbaloi dengan harga. Kjee terpikat pada satu beg tangan. Harganya RM300++. Salesgirl tu kata kulit ori. Hmmmm.

Korang ingat Kjee borong ker? Oh tidak. Tak sesuwai dengan bisnes online Kjee. Hehehe.

1 comment:

  1. ada jugak pegi tp beli utk sendiri jer.. kat situ memang blh rambang mata.. kalau beli 1 je utk 1 kedai rasa rugi.. beli 3 dpt hrga borong.

    ReplyDelete