Sunday, November 11, 2012

MAJLIS ASK...IDEA PALING HAMPEH DARI TV3





...Kalau konsert tadika, saya boleh bagi A++....begitu memboringkan....sampaikan anak kecil saya ckp, x de rancangan lain ke??????....yg membuat sy sejuk ati cuma 1 je..ucapan dr pierre andre..sgt tulus dan ikhlas...bab yg lain lebih dr merapu dan merepek jek..x phm lgsg ape la kene mengene cinta dan fantasi ngn ask ni...yg btnding bknnye cite cinta semata yg nk d war2 kn psl cinta tu knape...sgt memb0sankn...Nk buat penyampaian anugerah ke atau persembahan teater bangsawan...Skrip tonggang-langgang...kjp ayahanda,ayah,abang,adik,bonda,ibu...haishhh...sgt3 bosan!!

Itu antara beratus komen yang Kjee baca di Facebook mengenai rancangan itu. Korang tentu dapat agak apa yang rancangan yang Kjee maksud?! Of course rancangan Anugerah Skrin Kebangsaan atau ASK. Sesuatu yang bukan Kjee sahaja yang excited nak tengok tetapi jutaan penonton lain.

Maklumlah, kalau TV3 yang buat, mesti hebat. Bukan calang2 track rekod TV3 selama ini berkaitan rancangan2 macam itu. Tetapi yang ado, hampeh!!! Boring tahap gaban!!

Kjee kena perli, kena sindir dengan my husband dan doter. Mereka dah standby nak tukar ke channel lain. Tapi Kjee tetap berdegil nak tengok sampai habis. Malangnya, sebaik habis, Kjee diketawakan. "Sepanjang siaran awak menyumpah tapi kenapa tetap tengok?" kata my husband. Oh Well...

Dia sambung: "Cita2 dia orang cukup dasyat. Nak tiru apa TV omputih buat. Tapi last2 ditertawakan penonton."

Tertawa? Kjee tengok muka penonton di dewan PWTC tu semua, rata2 ketat2 belaka. Jauh sekali nak ketawa. Mungkin untuk hormat pihak yang menjemput, tunggu jugaklah. Kalau perlu bayar tiket, Kjee rasa ramai dah angkat punggung.

Tak salah nak buat majlis bertemakan Lagenda. Tetapi perlulah tiru budaya Barat dan 'berkiblatkan' fantasi orang sana. Kita jugak mempunyai alam fantasi yang cukup luas. Ada Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah, Bawang Putih Bawang Merah, Si Tanggang, Mak Yong, Dikir Barat dan... well, the list is endless.

Apakah pihak TV3 merasakan kurang kelas kalau dibuat ala Bangsawan Melayu? Semua digalakkan memakai ala2 Fantasi Inggeris menyebabkan kita didedahkan dengan fesyen yang janggal dengan budaya Melayu. Ramai jugak yang datang dengan fesyen skirt labuh berjela2 tapi bahagian dada mungkin disentap sebab skirt terlalu berat hingga menampakkan apa yang sepatutnya diselindungi.

Alangkah manis kalau dibuat ala2 bangsawan Melayu. And then mereka yang hadir diminta berpakaian ikut imaginasi mereka berkaitan lagenda Melayu. Dan tiadalah pakaian ala Cinderella, Captain Hook, Witch dan sebagainya.

Tujuan sebenar majlis tenggelam dek bangsawan ala Tadika yang memualkan. Daripada terlalu excited nak tengok siapa pemenang, mood terus drop merundum.

Insan2 seni yang dilahirkan dari pentas lawak, seakan ambil kesempatan untuk tambah dailog dan aksi sendiri. Mereka ini seolah2 tidak sedar rancangan ini, kemungkinan besar ditonton sama oleh budak2.

Pada Kjee, penyelamat rancangan itu hanya pentas kedua yang menampil Rita Ridaini dan Addy Putra, serta pelakon2 lain. Pentas utama amat membosankan dan bercelaru. Untuk menambahkan kecelaruan, ditampilkan pulak cermin ajaib yang Kjee tak faham apa fungsinya.

Dalam keadaan sekejap tengok sekejap melayang fikiran entah kemana, Kjee sempat catatkan jugak beberapa adegan yang mencacatkan.

Kenapa... Scha AlYahya harus keluarkan kata2 kepada Nabila Huda seperti ini .."dahlah muka kau macam Zaiton Sameon!", Zizan harus kata Fauziah Ghous berpakaian ala tiada kemaluan?, Rosyam Noor pulak said something like this ... nasib baik TV3. boleh cuit sikit tapi tak boleh di TV AlHijrah...

Mujur Pierre Andre, yang satu ketika dulu dikatakan the Naughty Boy Of The Industry, muncul menyejukkan hati semua. Pierre mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah swt atas anugerah yang diterimanya. Itu sahaja yang boleh mengingatkan kita yang sebenarnya majlis ASK itu dibuat di Malaysia dan dihadiri dan ditonton 90% orang Islam!

Harap TV3 tak payahlah syok sendiri buat majlis yang hanya segelintir boss TV3 suka. Termasuk Johan Jaafar yang siap naik pentas iringi Menteri Dato Seri Rais Yatim, dengan memakai Cape! Ada hati ke nak jadi Dracula Prince of Darkness.

Kjee rasa ini satu rancangan yang paling teruk pernah dihasilkan TV3. Rasa2nya sudah sampai masa pihak stesyen menukar semua 'Brains' dan 'Thinkers' yang mereka ada. Mungkin mereka sudah ketandusan ideas so, bagilah can kepada karyawan baru yang muda dan lebih kreatif!.

27 comments:

Cho Zila said...

Samalah..tak suka tengok sekejap dah tukar siaran

Anonymous said...

anugerah skrin tiap2 tahun bosan. x pernah nye x bosan.

Hjh Noralenna Abbas said...

Boring to the maximum. Tengok kejap, entah apa-apa, tukar channel.

Anonymous said...

setuju sgt.......ntah apa2.hr cemerlang bdk2 sek pun terhibur

Anonymous said...

apa yang nak kami penonton nak katakan pasal anugerah ni dah kak jee keluarkan di entry ini..harap2 tahun depan kalau nak buat anugerah carilah idea yang lebih kreatif dan segar..tak perlu meniru cara omputih bagai hinggakan pakaian maaf cakap artis wanita melebihi omputih sendiri..malu nak tengok..rasa mcm bukan tengok orang terima anugerah tapi mcm teater pun ada gak..tengelam orang yang menerima anugerah tu..terlalu ramai sangat di ats pentas menyerabutkan..tahun depan kalau nak buat biar ringkas dan pakaian tu biarlah cukup2 kain yer...peace

Anonymous said...

anugerah skrin yang saya suka ialah masa waktu pembukaan siti nurhaliza nyanyi lagu tari tualang tiga tu ja..tak ingat tahun bila..tapi yang seterusnya x tengok pun..semalam pun tunggu gak kalau siti nynyi..tapi x de plak..apa nak kata persembahan siti tu selalunya pemyelamat kepada anugerah2 yang bosan mcm ask tu..hehehe

Nora said...

setuju sangat!! beriya saya nak tgk ASK alih2 .. mula2 lagi dah start boring!! neelofa ngan awal mmg tak ngam.. pastu konsep apa yang diorang nak ketengahkan? That night it's suppose to be a appreciation night turn to be nightmare!! Buat lawak sendiri paksa ornag ketawa.. rata2 semua artis memang rasa sungguh malu dengan award show ASK malam tu.

Cik RoSs said...

Kak Jee...memang serius BOSAN dan HAMPEH!!!!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Jee...Setuju3X

Anonymous said...

Perlu ke ada tema tema ni? Tak perlu pun. Satu lagi anugerah kat Msia ni tak suka bagi peluang kepada pemenang untuk berucap. tolonglah bagi semua pemenang buat ucapan ringkas. kita nak tau apa yang keluar dari mulut pemenang. kata anugerah untuk menghargai artis jadi bagilah peluang untuk berucap sepatah dua kepada pemenang.

PadangDiLalang said...

Setuju sgt dgn KJee. Sy rasa dorang nak buat majlis ala2 halloween kot KJee, tapi hancur. Walau bagaimanapun, kena ucapkan syabas jg la, sekurang2nya dorang mencuba sesuatu yg baru kat Malaysia ni. Harap thn depan akan lebih baik lagi.

ZarinAziz said...

betul tu..merepek meraban..x paham dgn konsep konon2 fantasi & cinta..kebanyakkan mereka cakap ikut sedap tekak jer dan yang paling bosan dgn neelofa..mujurlah lakonan pentas 2 dan persembahan artis penyelamat keadaan.

Anonymous said...

personal opinion sy, rita rudaini dgn adi putra tu pun mcm tak sesuai langsung...menari2 atas pentas tu, kan ke kes cerai pun belum selesai...bpeluk2 pulak dgn suami orang..entahla..mungkin sy yg konservatif sgt

tiga minit said...

Taknak komen lain cuma satu je...suka ayat kkjee 'Harap TV3 tak payahlah syok sendiri buat majlis yang hanya segelintir boss TV3 suka'...samala mcm kompeni anak2 'prima' yg lain...nak bodek dan ikut telunjuk bos...last2 produk entah2 apa2..sale pun drop kaw2..

syalinda johari said...

betoi kak.. bohsan tahap maximum..saya kebetulan tengah dinner kat kedai masa tu, tertanya-tanya ni rangcangan apa??? rupa2nyaa anugerah skrinn..aduhaii...sayangnyaaa

Anonymous said...

patut la org gelar TV3suku!!

Shamzuraini said...

setuju sgt dgn entry kakjee ni.....

waiem said...

Tak boleh ke buat majlis straight forward dan bagi pemenang buat ucapan. Banyak membazir masa pada benada yang tak perlu. Majlis perhargaan untuk pemenang tapi pemenang tak di beri buat ucapan. Apa daa....

Anonymous said...

Itulah arah tuju TV3 ... alam fantasi.
TV7 & 8TV dah tentu cina nya.
rtm pun macam hilang arah.

Nasib baik dah ade TV Al-Hijrah ... boleh baiki diri dan keluarga tanpa perlu masuk isu-isu politik.

TV9 banyak lagi perlu dibaiki, harap Media Prima tak tutup TV9.

Pendapat org tanpa Astro.

Anonymous said...

betul betul betul..memalukan sangat!

Nazz@Purple said...

Mereka nak buat kelainan dan pembaharuan..tp sayang..tidak kena cara..

Anonymous said...

Salam, memang tensen tengok.Bosan tahap gaban. Nak muntah. Ke laut jadinya ASK malam 2.

babylola2u said...

haha..kak jie..ingatkan saya sorang je yg rasa nak mengamuk tgk acara ni, kami sekeluarga punyalah tunggu dari hari isnin, dek kunun gembar-gembur iklan dan propanya. bila acara berlangsung...indah khabar dari rupa. kalaulah saya salah seorang dari penonton di sana, dah tentu saya tarik baju abang minta dihantar pulang! sepanjang2 acara, hanya 'KESIANNNN...' bermain di mulut saya. malu pon adooo sebab tebal muka tgk barisan pelakon2 malaysia yang teruk mempersembahkan 'hikayat? cerita fantasi?..what the hell. pada saya, cukup sekadar prop dan baju yang memberahikan dan persembahkan saja kategori2 mengikut skrip, tak perlu berdrama2 hampeh. kesiannn..duduk di malaysia tetapi masih memandang terlalu tinggi budaya luar. kesiannn..

Anonymous said...

Orang yg berlakon kt atas pentas tu smua org bodoh...

Rdimple said...

MEMANG MEMBOSANKAN.... akhirnya saya tidak berminat langsung untuk tonton sampai habis !!!

zures said...

Sungguh membosankan rancangan tu...

zira said...

pasal kes rita rudaini tu ,,apa kene menggena dgn kes cerai dia ,tu dah rezeki dia ,,kalau dia tak buat mcm tu ,saper nak bagi duit beli susu dgn pampers .
mintak maaf yer cakap ,sy pun tak brp suka dgn apa yg tv3 buat ,tp jgn salahkan artis2 yg dkt atas tu ,jgn kata mereka bodoh ,,mereka hanya dengar arahan ,,mereka dibayar untuk buat semua tu ,dah itu keje drg .patut disalahkan pada yang punya idea tu ,,mengarut !!!! ..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...