Sunday, November 11, 2012

MY PULUT MANGGA...AT LAST













Akhirnya, sesudah berhari2 mengidam, I pushed myself tadi buat Pulut Mangga Manis ala Thai ni. Bukanlah susah sangat nak buat. Tetapi maklumlah, cuaca mendung kat luar buatkan body lemah gemalai ikut alunan angin yang sepoi2 bahasa.

Ewah mokcik ni. Tetiba jer kan?

Anyway, hari ni kami suami isteri tak lunch sebab pagi tadi dah brunch Nasi Kerabu kat Kundang. Kenyang sampai ke petang. Nadia ada lectures hari ni.

So oleh kerana banyak time tak perlu masak for lunch, Kjee layan TV jap. Rancangan semua boring. So terus ke dapur dan tanak pulut. Ada tiga jenis makanan nak dibuat dari pulut ini. So tanak lebih sikit supaya dapat bagi jiran jugak merasa.

First thing first.




Kjee tanak dalam rice cooker jer. Paras air dia about satu inci dari paras pulut. Bubuh sedikit garam dan the rest leave it to the rice cooker to do the job.

Kemudian Kjee rehat lagi iaitu tengok tv. Banyak sangat rehat, bila nak siapkan? And then about ½ jam kemudian apabila dah berbau sampai ke hall pulut siap ditanak, Kjee ke dapur balik kupas mangga yang dah tak seberapa handsome. Tak handsome tak per, janji ia manis! Manis cam my asben. hehehe

Lepas itu, Kjee masukkan satu kotak santan ke dalam periuk, bubuh sediikit air (lebih kurang setengah cawan), gula ikut suka dan sedikit garam dan juga kira-kira 1 sudu besar tepung jagung. Kacau sampai rata dan tidak bergentil. Jerang atas api sederhana sampai menidih manja pastu sejukkan.

Pulut dah siap cantik lembutnya. Kjee jenuh cari acuan sesuai nak plating. Yang dicari tak jumpa. Kemudian ternampak acuan berbentuk heart yang beli kat Daiso hari tu. Lamanya tak gi Daiso. Suka sangat kalau dapat gi sana.

Hiaslah ikut suka. Kjee tak der mood hari ni. Mood mendung cam cuaca. So, what you see is what you get. Lepas amik gambar terus makan. Hmmm sedapnya.





2 comments:

Suraya said...

Kak jee... Dulu saya suka sgt beli laksa johor kat gerai k jee.. Skrg dah xnak langsung ke jual.. Klo kak jee jual frozen pon saya sanggup beli hihi. Mak mertua, nama dia kak an kalo kak jee ingat, dia la yg introduce laksa k jee.. Sedapnya...

NaOMi said...

Terimakasih sudi share resepi pulut mangga style Fauziah Samad..Esok nk test...buah mangga tgh banyak kat belakang rmh...yummmmm...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...