Tuesday, November 20, 2012

SOSEJ GULUNG ROTI





















Ini breakfast yang mudah disediakan untuk anak2 yang cuti sekolah. Ajak mereka join sekali buat. Lain kali pepandailah mereka buat sendiri untuk minum petang pulak.

Bahan2 yang diperlukan hanya roti biasa yang dileperkan. Setelah dileperkan gulung rolling pin, Kjee hiris buang kulit tepi atau edges roti. Pastu Kjee letak sekeping cheese slice. Cheese ni kalau tak suka, tak perlu letak.



Hari tu ada terlebih mash potato dan brown sos. 


Kemudian ambil satu sosej, letak atas cheese dan roti dan gulung ketat. Kjee guna gam yang diperbuat dari sedikit tepung dan air untuk melekatkan hujung gulungan itu. Idea ni dapat dari blog MamaFaMi.

Pastu Kjee celup dalam telur dan golekkan dalam breadcrumbs. Kalau tiada breadcrumbs, boleh jugak di goleh dalam oats yang telah dikisar kasar. Kalau tiada jugak, just celup dan telor dan goreng.

Kjee tak goreng. Kjee susun atas baking tray yang telah diletak parchment paper atau kertas minyak dan bakar. Bakarlah lebih kurang 15 minit suhu 160. Lebih sihat daripada digoreng. Tapi kalau korang sihat, goreng jer lah. Kita yang buat dia.

Sedap makan dengan mayo dan jugak sos cili.

Lupa lak. Agaknya kalau crab sticks dibuat cara ni sedap tak? Nanti Kjee try yer.



14 comments:

Kesuma Angsana said...

yg ini mmg feveret KA kjee

eintan nurfuzie said...

mmm.. nmpak sedaaap

Anonymous said...

Salam....Kak Jee...kulit roti yg dah dipotong tu takkan nak dibuang? Ader idea utk buat aper2 makanan menggunakan kulit roti tersebut? TQ

Irfa said...

pasti sedap sbb ada cheese

Kjee said...

kulit roti boleh dikumpulkan dan simpan dalam peti ais. boleh buat bread pudding, agar2 roti ataupun breadcrumbs.

Anonymous said...

Salam,

Saya peminat blog Kak Jee.mmg menu masakan kat sini amat mudah.tQ pasal Kak Jee berkongsi mengenai menu2 dan cara masakan yang menarik.

Pasal sosej nie,nanti saya cuba. :-)

nini said...

sedap la....tengok gambar ja pun dah geram...

MamaFaMi said...

Wah.. Kjee punya ni healthy style punya sosej roll. Kita nak cepat, tu yang main goreng je. Kita belah dua lepas goreng.. bagi muai sikit... hehehe..

Kjee said...

Nadia yang suruh bake, MamaFaMi. Dia kata nakti goreng, serap minyak.

Anonymous said...

As-salam.
KJee, minta izin amik mana2 resepi yg ada dlm ni...nmpk senang mudah dan menyelerakan.
Sblm ni sy dah cuba sago melaka & adik ipar sy pun minta resepi yg sama jd sy kongsikan (minta maaf sbb kongsi sblm dpt kebenaran. Sy ada minta izin sblm ni tp sbb kesibukan sy x tgk samada ada reply dr KJee ke x)

Alin

Kjee said...

Salam Alin. Semua resipi tidak perlu mintak izin.

@YUNID@TI said...

sedapnye...

smell delicious! a.k.a inachomel said...

sedapppnye ... saya dah try buat gunakan crabstick! memang tak mengecewakan! makan masa panas-panas cun kak jee! ada lagi stok yang dah siap, tunggu masa untuk goreng jerrr! musim hujan sekarang ni memang best untuk minum petang nihh!!!

nadiah zin said...

crabstick kalau gulung dengan kulit popia pun sedap!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...