Friday, November 23, 2012

TAKZIAH BUAT KONVOI MOTORSIKAL DARI JOHOR



foto ehsan panggungopera.blogspot.com


Terkedu seketika apabila tonton Buletin Utama tadi dan terdengar berita konvoi motorsikal berkuasa besar terbabit dalam kemalangan. Seorang meninggal dan kalau tidak silap 6 lagi parah. AlFatihah.

Terus teringat kisah kemalangan konvoi motorsikal berkuasa besar yang meragut nyawa aktor Indon kesayangan ramai, Sophan Sophian beberapa tahun lalu. Mujurlah isterinya aktres Widayawati tidak membonceng ketika itu walaupun suaminya mengajaknya.

Salam takziah kepada keluarga mangsa2 nahas dari Johor itu. Kemalangan itu berlaku di lebuhraya NKVE, Kuala Lumpur.

Sudah menjadi kebiasaan penunggang2 motorsikal berkuasa tinggi ini akan menuju ke tempat2 peranginan seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands menjelang hujung minggu dan cuti umum.

Apakah konvoi ini tidak mempunya Marshall untuk memantau keselamatan mereka? Mungkin semuanya sudah takdir. Mudah2an keluarga mereka tabah.


7 comments:

ibuintan said...

takziah kpd keluarga mangsa

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam takziah buat keluarga mangsa...

miszme_ieda said...

http://ondscene.my/kemalangan/kemalangan-konvoi-superbike-1-maut-6-parah

Anonymous said...

al Fatihah. sudah tertulis begitu takdir mereka.

mungkin semuanya sudah takdir - takdir adalah ketentuan dan ianya sesuatu yang pasti. WA

SURIA AMANDA said...

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA...

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Condolences to the deceased's family and hope the rest recover soon. I ni peminat superbikes tapi tak pernah naiki :(

:|: TinTa Kibod :|: said...

katanya kete tu yg tiba2 kekanan jln...dan merempuh dorang...

takziah...sedih. ...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...